Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ULASAN JURNAL

PEMUPUKAN AKHLAK MUSLIM MENURUT PANDANGAN IBNU MISKAWAYH.



Mohd Faizal Mat Pesa
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia


1.0 LATAR BELAKANG
Jurnal ini merupakan hasil kajian Siti Norlina Muhamad & Mohd Nasir Ripin dari Pusat
Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai, Johor
Manakala Mohd Dani Muhamad daripada Centre For Islamic Thought And Understanding
(CITU) UiTM Shah Alam, kajian terhadap pemupukan akhlak muslim menurut pandangan
Ibnu Miskawayh. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas
kepada kumpulan sasarnya tentang pembentukan akhlak amat penting kerana ia mempunyai
kaitan rapat dengan iman. Sungguhpun fitrah semulajadi manusia adalah baik, ada ketikanya
manusia mempunyai keinginan yang tersasar dari kebaikan. Akhirnya dalam mengejar
kemajuan kebendaan, manusia mengorbankan keluhuran akhlak dan iman. Penulisan ini juga
telah disokong oleh penulis dengan membawa sorotan tokoh contoh akhlak Islam terkemuka
iaitu Ibnu Miskawayh dalam menghadapi keruntuhan akhlak masyarakat pada zamannya dan
boleh diaplikasikan pada masa kini.

2.0 SASARAN PEMBACA
Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan jurnal ini adalah ditujukan kepada pemikir-
pemikir ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi. Idea ini
kemudiannya dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat pendapat al-
Ghazali yang berasaskan al-Quran dan Sunnah, sekaligus menolak dakwaan ahli falsafah
barat yang mengatakan falsafah Islam merupakan disiplin ilmu yang berasal dan bersandarkan
pada pemikiran Yunani.

3.0 RUMUSAN JURNAL
Isu akhlak bukan hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti sosial, tetapi juga wujud dalam
setiap aktiviti manusia seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Pemupukan nilai-nilai akhlak
dan etika yang baik dalam kehidupan muslim mestilah dititikberatkan. Proses pemupukan
akhlak muslim harus bermula dengan keluarga di rumah dan diteruskan dalam kehidupan
sosial bermasyarakat. Keruntuhan akhlak yang berpunca daripada kemerosotan nilai-nilai
akhlak boleh diatasi melalui peningkatan kualiti kehidupan keluarga. Ini boleh dilaksanakan
melalui penghayatan terhadap tuntutan Islam dalam kehidupan seharian di samping
penekanan terhadap disiplin dan membezakan dosa atau pahala dalam setiap tingkahlaku.
Maka sebab itulah, penulis melihat keperluan usaha untuk menjana semula akhlak
Islam dalam masyarakat adalah dengan cara mencari penyebab berlakunya penyelewengan
dalam masyarakat dan berusaha mengubati penyelewengan tersebut. Di antara langkah-
langkah yang boleh diambil ialah denagn meluaskan pemikiran, kerana pemikiran yang
sempit merupakan faktor berlakunya perbuatan jahat, bersahabat dengan orang yang
berperibadi mulia kerana ia merupakan antara perkara yang boleh mendidik jiwa dan meneliti
perjalanan hidup para nabi, ulama dan pahlawan Islam kerana ia boleh dijadikan teladan
kepada orang yang mengkajinya.

3.1 PENILAIAN
Penulis cuba menterjemahkan apakah yang dimaksudkan dengan akhlak dan
bagaimanakah pemupukan akhlak dibina oleh Ibnu Miskawayh bagi mengatasi gejala sosial
pada zamannya dan diaplikasikan dalam konteks semasa. Bahkan pendekatan Ibnu
Miskawayh ini terbukti masih releven sehingga kini.
Penulis juga memberikan senarai panjang contoh gejala sosial masyarakat masakini
termasuklah jenayah berat, keganasan seksual, jenayah remaja, penderaan kanak-kanak, dan
gejala rasuah. Banyak juga gelala sosial ini dibukti melalui stakeholder seperti kes ragut
dalam berita Harian, 17 Jun 2004, jenayah remaja seperti peras ugut dan rogol dalam majalah
dakwah, September 2006, rasuah dalam Utusan Malaysia, 17 jun 2004 dan sebagainya. Di
samping itu juga penulis cuba mengfokuskan kepada etika hidup yang tinggi dan mulia
sebagai hamba Allah menurut Ibnu Miskawayh antaranya pegangan agama yang mantap,
usaha dari individu, bersahabat dengan orang baik dan sebagainya.

3.1.1 TEMA
Penulis telah memilih tema akhlak muslim dan langkah mengatasi masalah akhlak
masakini mengikut metodologi Ibnu Miskawayh sebagai fokus utama penulisan. Ini
bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada kepada pemikir-pemikir
ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi.

3.1.2 CIRI-CIRI
Penulisan penulis ini bercirikan penulisan ilmiah dan dipersembahkan dengan
mewujudkan ciri-ciri kajian dan dapatan. Hasil dapatan adalah bertujuan bagi menguatkan
lagi hujah agar boleh menyakinkan pembaca menerima pendapat beliau.

3.1.3 KAITAN TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN
Penulis telah berjaya memberikan pendapat daripada para sarjana dan ilmuan tentang
pemupukan akhlak muslim. Di antaranya Ibnu khaldun (1995), mengatakan pasang surut
sesebuah Negara dan tamadun banyak bergantung kepada sejauhmana umat itu berpegang
kepada nilai-nilai yang tinggi. Penulis juga menggunakan pendapat penyair arab terkenal yang
bernama Ahmad Shauqi tentang akhlak yang mana beliau mengatakan sesebuah masyarakat
itu akan ada selagi ada akhlaknya. Sekiranya akhlaknya tiada, maka masyarakat akan lenyap.
Penulis juga cuba membawa pendapat tokoh lain seperti Prof Khurshid Ahmad yang
berpandangan Islam tidak menghalang manusia mengejar kemajuan, teknologi dan kekuasaan
tetapi ia menghalang semua ini jika dijadikan sebagai matlamat dan tujuan hidup manusia.
Menurut Prof Khurshid Ahmad lagi beliau mengatakan kemajuan, teknologi dan kekuasaan
hanya dijadikan sebagai alat dalam mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata lain melalui
memahami hakikat tauhid, takwa dan adil yang sebenar akan menjadi asas kepada pemurnian
akhlak seseorang muslim.
Selain itu terdapat juga pendapat ilmuan seperti Ziaudin sardar (1988) berpendapat
masa hadapan Tamadun Islam banyak bergantung kepada sejarah. Kita juga memerlukan
analisis terhadap pengalaman masa lalu di samping mengambil kira pengalaman masa kini
agar kita mengambil pengajaran daripadanya. Penulis juga mengemukakan kenyataan Mantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berhubung kes Rasuah (akhlak) yang
mana melibatkan ramai orang kenamaan telah pun didakwa di mahkamah. Kenyataan Ketua
Polis Kuala Lumpur berhubung kes kes ragut dalam kategori jenayah berat,
mengemukakan statistik perangkaan kementerian Pendidikan pada tahun 1994
berhubung kes jenayah remaja dan sebagainya.

Akhirnya, penulis membawa pembaca melihat kenyataan sorotan berita yang sering
dipaparkan distakeholder antaranya termasuklah berita harian, utusan Malaysia, majalah
dakwah yang mana kesemuanya membincangkan tentang isu akhlak yang melibatkan kanak-
kanak, remaja, dewasa dan juga orang kenamaan. Oleh itu semua isu-isu akhlak ini perlu
diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang berkenaan bagi mengelakkan iainya
menjadi barah dalam masyarakat sekaligus meruntuhkan akhlak ketamadunan manusia.

You might also like