Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1

ADAT RESAM SUKU KAUM KADAZAN





Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga
dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali
sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam
warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui
kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan
tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui
adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan
dan kematian.





2


PERKAHWINAN [Merisik]

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak
akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang
diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda
peminangan daripada pihak lelaki.

Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri
daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga
pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam
tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa
perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa
perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam
proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu
dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu
didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan
buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan
terdahulu itu.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang
kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan
adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai
berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas
oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah
susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.


PERKAHWINAN [Meminang]

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka
akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka

3

(dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin
itu mesti dibawa pada waktu pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti
membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa
sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa
perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih',
iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu
atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan
mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti,
risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk.
Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses
pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit
kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang
yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang
yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk
ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa
sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu
berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga
terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat
mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka
menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.


PERKAHWINAN [Bertunang]

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak
lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin
yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki

4

diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi
kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi
buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki
dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran
perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta
perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika
tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang
sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan
pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang
yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong
dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi
atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-
ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat
hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain
yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran
itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga
berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,
pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula

5

adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang
berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun
perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat
mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada
besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan
pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.
Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak
boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.


PERKAHWINAN [Majlis Perkahwinan]

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang
yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol'
iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut
darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada
kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak
perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah
pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan
lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi
arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin
perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat

6

beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan
memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa
majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,
pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula
adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang
berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan
kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama.
Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang
mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini
bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan
pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.
Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak
boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang
paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara
menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan
perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-
pakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur
ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu
dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara
tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan
kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan
pertunjukan tarian sumazau.



7



KELAHIRAN [Sewaktu Mengandung]


Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak.
Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang
selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan
meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.

Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam
keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa
pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di
dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat.
Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu
beranak sulung.

KELAHIRAN [Bersalin]

Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari
berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh
berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah
21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.
Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru
lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk
halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar
tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan
daun-daun limau.

Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh
makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur
air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari
pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah,
umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu

8

oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman
mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu
menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai
yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang
terdekat.

Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang
ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada
masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin
untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu
tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Bidan yang tahu
tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit merupakan satu
kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat yang
mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak
digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan
pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan
persekitaran.

Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk
menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu
dan kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan
oleh sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan
mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara
ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga
mereka.

Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit,
tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan
masyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau
hospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.




9

KELAHIRAN [Selepas Lahir]

Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu
diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.
Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama
sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan
mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak
tersebut.

Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.
Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.
Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk
berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau
Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang
dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala
macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu
diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.

Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut
Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa
baranga dibawa bersama iaitu;

Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk
disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.

Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada
segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.

Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.

Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan
satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu
dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan
membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak

10

oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.




KEMATIAN [Pengenalan]

Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang
dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di
mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh
diketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan
oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.

KEMATIAN [Semasa Kematian]

Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di
kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga
dan moginupus.


KEMATIAN [Memberi Tahu]

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua
penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana
setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami
oleh keluarga si mati.

Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal
kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat
Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara
pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut
kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan
tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain
itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.

11


Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan
yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan
masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.


KEMATIAN [Berjaga-Jaga]

Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan
dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi.
Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan
rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut
yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau
tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat
akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama
kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang
melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka
yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor
burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak
menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka
menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian
tersebut adalah tubuh rnanusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan
bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya.
Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit,
matahari terbenam dan waktu tengah malam.


KEMATIAN [Moginupus]

12


Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli
keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai
menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong,
tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah
terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari
pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah
dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk
kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan
kubur si mati nanti.


KEMATIAN [Pengebumian]
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan
keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang
dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai
mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan
paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan
secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik
sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk
ke tubuh mayat.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan
menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk
mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut.

Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan
di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan
berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau
tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika
tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.


13

Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka
akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum
ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang
besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di
kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat.
Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur
sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang
dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan
terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang
penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan
perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan
pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut
kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.

Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama
tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh
si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada
keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak
boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit
atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian
dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang
diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik
bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan
kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua
lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau
lembu.

Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah
kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan
direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal
si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam
atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di

14

dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

KEMATIAN [Selepas Kematian]

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai
beberapa tahap iaitu:

- Makan Tiga dan Tujuh Hari
- Makan Empat Puluh Hari
- Makan Seratus Hari
- Makan TigaTahun


KEMATIAN [Makan Tiga dan Tujuh Hari]
Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan
pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke
bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan,
titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan
sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut.
Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak
ada makanan istimewa yang disediakan.
KEMATIAN [Makan Empat Puluh Hari]

Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini
berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan
malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada
pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi
hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang
lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu
kepada masyarakat setempat.

Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan
pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk

15

menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan,
barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si
mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara
bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan
akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai,
barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.


KEMATIAN [Makan Seratus Hari]

Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih
besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu
hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-
buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau
lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian
putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan
pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat
Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli
keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini
mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan
hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

KEMATIAN [Makan Tiga Tahun]

Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah
berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan
Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati
secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak

16

tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan
lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30
gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.

Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam.
Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,
seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang
wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan
pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah
pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik
sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu
yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam
dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan
di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak
mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan
dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau
yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua
rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan
secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa
yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan
menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali
teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara
si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain
menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini
dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada
dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya
salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka
dikehendaki meminum arak sekaligus.

Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu

17

diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada
waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak
sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan
memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah
tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad
yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna
perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang
belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan
berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang
demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat
terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.



Sumber: PNM
I NFO RI NGKAS | PRI BUMI S ABAH | SUKU KADAZAN
SI LA CLI CK RATI NG STAR DI ATAS I NI
5 comments:
ayuni.eleena.M.T.azar. said...
waaa.. selama 10tahun stay di borneo sekarang bru sya tau pasal budaya2 kadazan ni.. unikk o..
Wed Jun 30, 02:34:00 pm 2010
Limza said...
hahaha , mmg unik pun ni :)
Wed Jun 30, 08:57:00 pm 2010
PROUD TO BE A DUSUN said...
Entah sampai berapa lama adat tersebut boleh bertahan....sebahaian besar suku KadazanDusun telah
memeluk agam Kristian dan Islam.....diharapkan generasi baru nanti akan menghidupkan semula
sebahagian ADAT yang serasi dengan peredaran zaman....
Tue Feb 22, 08:45:00 pm 2011
nidolnaphin said...
owh... baru saya tahu adat istiadat kadazan dusun.. amat unik.. :)
Sun Jul 17, 12:54:00 pm 2011
^sironaidura^ said...
Thank u for the information. :) it's really help to do my task.
Thu Apr 12, 07:03:00 pm 2012

18

Post a Comment
KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA
DI AJTR INI.
Links to this post
Create a Link
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Entries Comments Bookmark Fave
LEVEL CARIAN
AWARD BANNER BELAJAR BERITA ONLINE BIRHTDAY CERITAKU CERPEN EMAIL FORWARD HUBUNGI PENULIS INFO
RINGKAS ISLAM JIWANG KREATIF LAWAK SPONTAN LINK LIRIK LAGU MOTIVASI ORANG SUNGAI PENCORET PRIBUMI SABAHPUISI RADIO
ONLINE RENUNGAN SAHABAT SMS FORWAD SUARA HATI SUKU BAJAU SUKU BANJAR SUKU BISAYA (VISAYA) SUKU BUGIS SUKU DUSUN SUKU IDAAN SUKU
IRANUN SUKU KADAZAN SUKU KEDAYAN SUKU MOMOGUN SUKU MURUT SUKU RUNGUS SUKU SULUK SUKU TIDUNG TEMPLATE TIPS TUTORIAL TV
ONLINE VIDEO YAHOO MASSENGER YOUTUBE
Powered by WidgetsForFree
DI SOKONG OLEH :
BLOG INI DI SOKONG OLEH :




PENGIKUT CERITA

19


Blog Informasi Untuk Semua 2008 Designed by Marzuki Jalil. Distributed
by Deluxe Templates
Follow Me On Twitter

You might also like