Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 SCE 3112

SJK SUNGAI TENGAH


LAPORAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
PENDAHULUAN
Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang
dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut
terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains
SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di
bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan
bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya.
Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan
untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah
meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15
hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga
pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan
memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah
dipasang di bahagian ini.

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
Kekuatan
Dari segi kekuatan, pihak pengurus telah menyediakan maklumat semua guru
Sains yang terkini berdasarkan kelas yang diajar. Kesemua guru Sains tersebut adalah
guru yang berpengalaman. Antara guru-guru tersebut adalah seperti berikut.
Bil Nama Guru Kelas yang diajar Pengalaman Opsyen Tugas Khas
1. Pn. Lai Li Na Tahun 1 3 BC Guru Data
2. En. Chang Ted Yung Tahun 2 SN PKKK
3. Pn. Lau Yien Nee Tahun 3 5 BC/SN Guru Media
4. Pn. Phang Chai Fung Tahun 4 & 5 11 SN/PSV Ketua Panitia
5. En. Foo Tiang Han Tahun 6 BC Guru Sukan



PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 SCE 3112
Pihak pengurus juga telah menyediakan peraturan penggunaan bilik sains serta
dipamerkan di bahagian papan notis. Guru Sains yang menggunakan bilik sains akan
memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke
semasa.
Bilik Sains SJK Sungai Tengah mempunyai kemudahan ICT yang lengkap. Guru
Sains boleh menggunakan kemudahan ICT seperti LCD dan komputer semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Keadaan bilik sains yang berhawa dingin juga
menjadikan bilik sains lebih selesa digunakan kerana murid-murid tidak perlu
kepanasan semasa menjalankan aktiviti. Langsir jenis tebal juga digunakan supaya
sesuai untuk guru dan murid menjalankan aktiviti atau eksperimen yang melibatkan
keadaan yang gelap.
Meja murid yang digunakan adalah jenis yang mudah dialihkan supaya ruang
pengajaran sains dapat diubah suai untuk kegiatan seperti simulasi dan main peranan.
Di bahagian belakang bilik sains, almari telah disediakan untuk penyimpanan alatan
dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi seperti bikar, glob, dan sebagainya. Model-
model seperti model organ manusia telah dipamerkan di bahagian belakang bilik sains.
Konsep bilik sains bergerak juga telah diperkenalkan kepada semua guru sains
supaya semua kelas dapat menggunakan alatdan sumber sains pada masa yang sama.
Guru sains menggunakan dulang untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari
bilik sains ke bilik darjah yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
diadakan secara hands-on.
Bilik sains SJK Sungai Tengah sentiasa dalam keadaan yang bersih kerana
terdapat dua orang tukang bersih ditugaskan untuk membersihkan bilik sains setiap hari.
Guru dan murid juga selalu diingatkan untuk menjaga kebersihan setiap kali
menggunakan bilik sains.
Selain itu, pengurus bilik sains juga telah menyediakan pelan kecemasan
kebakaran dan dipaparkan dalam bilik sains. Alatan pemadam api kit pertolongan
cemas yang lengkap telah disediakan untuk kes kecemasan.



PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 SCE 3112
Kelemahan
Dari segi kelemahan pula, panitia sains tidak ada menubuhkan jawatankuasa
pengurusan bilik sains. Carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains juga
tidak dipamerkan di bilik sains. Peranan dan tugas ketua panitia dan guru sains juga
tidak disediakan serta dipamerkan di bilik sains. Buku rekod pelupusan stok dan buku
rekod pergerakan alatan tidak diwujudkan.
Dari segi keadaan fizika, bilik sains SJK Sungai Tengan terlalu sempit untuk
murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana separuh daripada
bilik sains tersebut telah digunakan sebagai bilik komputer atas sebab tiada bilik lebih
untuk dijadikan bilik komputer . Salah satu pintu di sebelah kanan bilik sains tidak dapat
berfungsi kerana telah dihalang oleh wayar-wayar semasa pemasangan suis untuk bilik
komputer. Keadaan ini membahayakan nyawa murid dan guru sekiranya berlakunya
kes kecemasan seperti kebakaran kerana hanya tinggal satu pintu sahaja yang
berfungsi.

Keadaan bilik sains yang sempit Separuh daripada bilik sains digunakan
untuk meletak komputer

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 SCE 3112

Pintu yang telah dihalang oleh Hanya satu pintu yang masih berfungsi
wayar-wayar

Selain itu, banyak bahan-bahan tidak berkaitan dengan bilik sains telah disimpan
dalam bilik sains. Antaranya ialah kertas-kertas A4, kad manila, mesin taip, kereta
sorong, dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan bilik sains bertambah sesak lagi.
Sekarang bilik sains ini hanya dapat menampung bilangan murid yang kecil sahaja iaitu
tidak melebihi 15 orang. Rak-rak yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan
peralatan sains telah digunakan untuk menyimpan stok pejabat am seperti kertas dank
ad manila.


Rak untuk penyimpanan alatan sains Kotak-kotak dan TV juga disimpan
telah digunakan untuk tujuan lain dalam bilik sains

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 SCE 3112
Peralatan di bilik sains juga tidak dilabel dengan jelas. Keadaan ini
menyebabkan guru susah hendak mencari alatan dan bahan sains. Peralatan yang
kecil seperti magnet, jam randik, pita pengukur juga tidak disusun dengan kemas.
Peralatan yang telah digunakan oleh guru dan murid juga tidak disusun balik ke tempat
asalnya.

Keadaan alatan sains yang tidak tersusun Bikar-bikar tidak disusun balik ke tempat
asalnya selepas digunakan

Guru-guru sains juga jalang menggunakkan bilik sains untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran mereka. Kebanyakan alatan dan bahan sains tidak pernah
digunakan dan masih dalam keadaan yang baru lagi.
Bilik sains tidak mempunyai papan notis yang besar untuk mempamerkan poster
atau hasil kerja murid. Dua papan notis kecil di bahagian depan bilik sains dalam
keadaan kosong sahaja kerana tiada notis yang dipamerkan.

You might also like