Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1

1.0 PENGENALAN
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau Total Quality Management (TQM)
merupakan penambahbaikan kepada cara tradisional dalam pengurusan organisasi. Hanya
dengan cara menukarkan tindakan pengurusan sahaja sesuatu organisasi itu akan berjaya
mengubah budaya dan tindakan keseluruhan organisasi. Secara umumnya, TQM boleh difahami
melalui definisinya: Total bermaksud melibatkan secara keseluruhan (anggota atau aktiviti),
Quality bermaksud memenuhi kehendak pelanggan atau tiada aduan, manakala Management
pula bermaksud tindakan, seni atau cara mengurus, mengawal, mengarah untuk mencapai
sesuatu objektif. Kualiti diukur apabila tiada aduan yang dibuat oleh pelanggan. Bagi organisasi
sekolah pelajar, ibubapa, masyarakat adalah merupakan pelanggannya. Kualiti harus diurus,
dengan kata lain, ianya tidak berlaku begitu sahaja. Kualiti bermakna harus melibatkan setiap
orang dalam proses dan harus diterapkan keseluruh organisasi. Kualiti sebenarnya adalah
mengikut pernyataan Quality is not a process but a journey.

2.0 DEFINISI TQM
TQM mempunyai definisi yang pelbagai, diantaranya adalah: (Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam) Bilangan 1 tahun 1992 mendefinisikan TQM sebagai satu proses
pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan
semua aspek dalam organisasi. Manakala Robiah Sidin ( 2003) memberi dua definisi kepada
TQM iaitu satu proses pengurusan kualiti yang berorientasi pelanggan, berjalan secara berterusan
dan melibatkan semua aspek dalam organisasidan juga proses transformasi budaya, melalui
amalan dan ciri-ciri baru yang lebih baik. ISO mendefinisi TQM sebagai, TQM is a movement
approach for an organization, centred on quality, base on the participation of all its members
2

and aiming at long term success through customer satisfaction, and benefits to all members of
the organization and society
3.0 MODEL DAN CIRI-CIRI TQM
Robiah Sidin (2003) menyatakan Model TQM mengandungi empat aspek berikut:
matlamat, fokus, strategi dan pelaksanaan (rujuk rajah 1). Menurutnya lagi model TQM ini
memerlukan persekitaran organisasi yang baik untuk bertapak kukuh sebagai satu budaya kerja.
Bagi mewujudkan persekitaran itu sesebuah organisasi harus memberi penekanan kepada tujuh
prinsip pengurusan TQM yang akan dibincangkan dibawah tajuk Prinsip-prinsip TQM

Rajah 1 Model dan Ciri-Ciri TQM

3

PRINSIP
TQM
Sokongan
pengurusan
atasan
Kualiti
perancangan
strategik
Mengutamakan
pelanggan
Latihan &
Pengiktirafan
semangat
berpasukan
pengukuran
prestasi
kepastian
kualiti
4.0 PRINSIP-PRINSIP TQM (PKPA BIL 1/92)
Kerja berpasukan dalam konteks pendidikan ialah usaha meningkatkan kualiti pendidikan.
Dalam sektor pentadbiran semangat berpasukan bermula dengan perkembangan budaya kerja
kualiti dalam awal tahun 1990an (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 7 tahun
1991). Seterusnya, PKPA Bil 1/92 memberikan tujuh prinsip yang boleh membantu pelaksanaan
TQM. Prinsip- prinsip itu ialah sokongan pengurusan atasan, kualiti perancangan strategik,
mengutamakan pelanggan, latihan dan pengiktirafan, semangat berpasukan, pengukuran prestasi
dan kepastian kualiti.















4

Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan sebuah organisasi dinamik yang berinteraksi
dengan agensi luar dan memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai potensi mereka. Oleh
sebab itu sistem pengurusan kualiti sesuai dilaksanakan di sekolah sebagai asas untuk
membekalkan perkhidmatan yang berprestasi tinggi. Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh
atau TQM (Total Quality Management) telah diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920an dan terus
mendapat sambutan selepas dipelopori semula oleh Edward Demings, 1950an dan tahun 1980an
telah bangkit sebagai suatu cara peningkatan kualiti dan kaedah pengurusan yang bersistematik
dan berstrategi di seluruh dunia. Salah satu daripada prinsip-prinsip yang menyokong
pengurusan kualiti menyeluruh ialah mengukuhkan semangat berpasukan.
PRINSIP 5: Semangat Berpasukan
Pengurus sekolah hendaklah mencipta satu budaya di sekolah sebagai usaha memupuk
semangat berpasukan. Ini bermakna, budaya ialah satu sistem nilai yang abstrak seperti,
kepercayaan, harapan, norma-norma dan matlamat yang sama dimiliki, diterima dan konsepnya
dipegang secara umum dan dominan.Demi kejayaan organisasi, semua guru dan staf mestilah
mempunyai nilai dan menuju ke arah matlamat yang sama. Sistem pengurusan sekolah
hendaklah dalam bentuk berpasukan bukan mengikut sistem hierarki sebenar. Budaya
individualisme juga perlu dihapuskan. Bukan semua keputusan mengurus sekolah dibuat hanya
oleh pihak pentadbir atau Pengetua/Guru Besar, tetapi sebarang keputusan hendaklah dibuat
bersama-sama, atau pihak pentadbir perlu menggunakan idea dan maklum balas dari guru,
pelanggan dan staf semasa membuat sebarang perancangan. Konsep seperti ini akan memberi
motivasi kepada semua warga sekolah memberikan komitmen yang sama kepada kejayaan
organisasi tersebut.


5

5.0 KONSEP KERJA BERPASUKAN
Menurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen
terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar. Merujuk Zainal
Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama
untuk mencapai matlamat spesifik organisasi atau organisasi. Saari (1991) menyatakan bahawa,
kerja berpasukan ialah sesuatu kumpulan yang melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi
sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.
5.1 Norma Pasukan
Norma didefinisikan sebagai peraturan informal yang telah dipersetujui secara kolektif bagi
menyediakan garis panduan ahli-ahli pasukan untuk bergelagat.Oleh itu, norma berperanan
untuk:
i. menyediakan panduan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui bersama oleh ahli-
ahli pasukan.
ii. memberitahu atau menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli berkaitan dengan
perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
iii. norma juga akan menjelaskan apakah jangkaan ahli-ahli pasukan terhadap ahli yang
lain dalam organisasi yang dianggotai.
iv. membolehkan pengalaman terdahulu dijadikan garis panduan untuk bertindak dalam
situasi yang baru.
v. menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma-norma yang ada
dalam pasukannya.
6

vi. dapat membangkitkan kejujuran, ketaatan dan peningkatan komitmen terhadap
organisasi.
Dalam sesebuah organisasi biasanya akan membentuk norma tidak formal bagi membendung
perlakuan yang diizinkan atau pengelak daripada berlakunya pelencongan di kalangan ahli. Oleh
kerana perubahan akan mengubah struktur tanggungjawab dan perhubungan maka secara tidak
langsung di antara pasukan, norma dan tanggapan ahli-ahli yang memerlukan penerimaan norma
baru untuk situasi yang baru.
5.2 Keakraban Pasukan
Keakraban pasukan bermaksud tahap di mana ahli-ahli pasukan tertarik terhadap satu dengan
yang lain sehingga terdorong untuk terus tinggal dalam pasukan. Keakraban yang ditunjukkan
menyebabkan mereka lebih bersedia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran.
Disamping itu, pereratan yang tinggi akan menarik ahli untuk lebih bertolak ansur untuk saling
membantah ke atas sesuatu isu, mewujudkan perasaan kekitaan (esprit de corps) dan rasa
pemikiran yang tinggi. Adalah didapati keakraban pasukan akan mempengaruhi produktiviti
sesuatu pasukan. Hubungan antara keakraban dengan pasukan adalah seperti berikut:
i. keakraban pasukan akan mempengaruhi produktiviti hasil daripada komitmen dan
keyakinan yang dimiliki antara satu dengan yang lain.
ii. keakraban dan produktiviti saling mempengaruhi prestasi yang ditunjukkan oleh
pasukan kesan daripada semangat ada dalam setiap ahli pasukan.
iii. gabungan antara norma prestasi kerja yang tinggi dan tahap keakraban yang tinggi
akan menjurus kepada peningkatan produktiviti kesan daripada penumpuan total
yang diberikan terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan.
7

iv. jika keakraban dalam organisasi tinggi tetapi norma prestasi yang rendah akan
mengakibatkan produktiviti yang sederhana kesan daripada tumpuan terhadap
tugas yang rendah.
v. jika keakraban rendah dan norma prestasi rendah, produktiviti juga akan
rendah kerana berlakunya banyak pembaziran terhadap sumber organisasi
kesan daripada konflik, kekecewaan dan ketidakpuasan.
Hubungan rapat ahli-ahli dalam pasukan membabitkan prestasi sesuatu pasukan. Ahli pasukan
yang menjalin hubungan baik dan akrab dengan ahli yang lain akan berusaha memelihara
hubungan tersebut dan menghalang semua usaha atau percubaan untuk memecah dan mengubah
matlamat pasukan tersebut. Ahli-ahli pasukan lebih gemar mengekalkan status quo dan
mempertahankan kepentingan pasukan daripada ancaman perubahan yang dapat menggugat
kedudukan mereka.
5.3 Lepak Sosial Pasukan
Lepak sosial pasukan merupakan keadaan subordinat yang tidak bersedia melakukan
perubahan apabila berada dalam organisasi di mana prestasi kerja keseluruhan adalah
rendah. Bagi mereka mengapa perlu berubah sedangkan ahli pasukan yang lain tidak bersedia
untuk berubah. Oleh itu, tiada sebab bagi sesetengah ahli pasukan bersusah payah berhadapan
dengan ketidakpastian melakukan perubahan walhal ahli-ahli yang lain bersikap tunggu dan
lihat. Lepak sosial pasukan berlaku adalah mungkin disebabkan oleh ramai ahli dalam
pasukan tidak memberikan tahap usaha yang sama untuk melakukan perubahan berbanding
dengan segelintir yang lain. Sekiranya terdapat di kalangan ahli dalam pasukan yang menolak
perubahan maka kebiasaannya akan mempengaruhi ahli-ahli yang lain.Lepak sosial pasukan
berlaku apabila wujudnya senario tunggu dan lihat di kalangan ahli sebelum menerima atau
menolak senario perubahan. Akibat daripada keadaan ini berlaku, ahli-ahli tertentu
8

mengharapkan ahli lain supaya melakukan perubahan terlebih dahalu. Lepak sosial pasukan
mungkin juga disebabkan terdapat di kalangan ahli pasukan yang bergantung kepada kesediaan
dan keupayaan individu tertentu untuk mengambil initiatif bagi memulakan perubahan. Akibat
daripada keadaan ini banyak di kalangan ahli pasukan yang lain menunggu untuk mengambil
kesempatan dan menumpang di atas kejayaan orang lain.

6.0 KEPENTINGAN KERJA BERPASUKAN
Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, terdapat enam kelebihan dalam amalan kerja
berpasukan iaitu:

Keberkesanan kerja berpasukan bergantung kepada ahli pasukan bersemangat untuk
bekerjasama, menerima dan menggunakan kekuatan yang ada pada setiap ahli dalam pasukan,
dan sentiasa memberikan galakan antara sesama mereka dalam menjalankan tugas masing-
masing. Setiap ahli perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada matlamat yang telah
ditetapkan dan mereka perlu juga mengambil berat dan prihatin terhadap sesama ahli dalam
Kelemahan seseorang
individu dalam pasukan
akan dineutralkan oleh
kekuatan anggota pasukan
yang lain.
Kerja pasukan membina
persetujuan dan komitmen
kepada matlamat organisasi.
Perhubungan pasukan
merupakan motivasi yang
paling kuat.
Ahli pasukan dapat bekerja
bersama dengan berkesan,
berjaya dan gembira.
Pasukan dapat
mendisiplinkan ahli-ahlinya
iaitu pemikiran
negatif seolah-olah tidak
wujud di kalangan ahli.
Kemahiran pasukan
membolehkan ahlinya
menyertai pasukan baru dan
mencapai keberkesanan
berpasukan dengan cepat.
9

pasukan mereka. Selain daripada itu, aspek yang perlu diberi perhatian ialah kepuasan kerja yang
merupakan kesan daripada keberkesanan kerja berpasukan.

Maddux (1993), membuktikan dalam kajian beliau bahawa peningkatan produktiviti
semakin bertambah jika kerja dilakukan secara berpasukan berbanding kerja secara individu.
Kepentingan kerja berpasukan dalam organisasi adalah jelas dan tidak boleh disangkal lagi
dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Organisasi, Panitia serta guru di sekolah
akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekolah. Menurut
Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benar-benar cemerlang jika dia boleh
mencipta situasi saling kebergantungan antara satu sama lain. Dalam buku beliau juga
memperkatakan kemahiran kerja berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis kerja dengan
orang lain yang paling popular dan berkesan. Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan
pakar-pakar pengurusan menekankan kepentingan kerja berpasukan kerana ia adalah
penyumbang terbesar kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi mengagumkan pertubuhan-
pertubuhan induk dunia. Antara kemahiran kerja berpasukan yang perlu di terokai seperti
komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik,
membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian,memberi ganjaran, dan
sebagainya.
Kerja berpasukan yang berkesan penting dalam sesebuah organisasi sekolah kerana ia
menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara bekerja yang paling baik. Contohnya, Jika
organisasi atau panitia itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan ahli, tiba-
tiba ada seorang ahli yang marah seorang ahli lain,setiap ahli dalam organisasi atau panitia tidak
akan dapat menerima kelakuan ini kerana kemarahan itu tidak disebabkan oleh sesuatu perkara
yang munasabah. Dalam kerja berpasukan, setiap anggota tidak akan melambatkan kerjanya. Jika
10

ada seseorang ahli tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya sudah diberi,
tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua ahli dalam organisasi pasti akan melihatnya
dengan pandangan yang sinis. Selain itu, dalam kerja berpasukan, jika sifat tolong-menolong itu
sudah menjadi tradisi dalam organisasi, maka setiap ahli tidak akan segan untuk bertanya sesuatu
kepada siapa pun apabila ia ada masalah. Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan,
sudah tentu masing-masing akan bekerja bersendirian.
Kerja berpasukan adalah penting kerana ia dapat membina semangat kerja dalam
kalangan Ketua Panitia yang akan menentukan keberkesanan organisasi berkenaan dan
seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan dan kualiti pembelajaran di
kalangan ahli pasukan serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Semangat kerja berpasukan
ialah unsur yang menyatupadukan seluruh ahli organisasi dalam menjayakan peningkatan kualiti.
Semangat kerja berpasukan ini boleh dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen di dalam
program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh organisasi. Semangat berpasukan
di kalangan ahli pasukan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh
pihak pengurusan.
Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah menjalankan kempen
kesedaran, mengadakan latihan, mewujudkan struktur pasukan, memberi pengiktirafan dan
memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja. Semangat berpasukan
adalah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan organisasi atau panitia dalam
menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran
maklumat dan idea dalam kalangan ahli pasukan, mewujudkan perasaan saling mempercayai di
kalangan ahli, mengukuhkan komunikasi di dalam organisasi atau panitia ke arah peningkatan
kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Menurut Fields (1993), kualiti amat penting
dalam sesebuah organisasi, dan kualiti tidak wujud dengan sendirian, kualiti adalah perubahan
11

budaya yang mengutamakan proses menambahbaik dan prinsip-prinsip yang berkualiti akan
berkekalan. Semangat kerja berpasukan dapat membendung seseorang itu daripada terbabit
dalam salah laku dan gejala negatif kerana segala urusan pembangunan ekonomi dapat
diimbangkan dengan pembangunan kemanusiaan seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan.
Menurut beliau, integriti yang kukuh dalam pasukan berupaya membendung kelemahan dalam
pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta menjauhkan individu daripada
perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Beliau mahu nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati, bekerjasama serta sentiasa bermusyawarah diterapkan di kalangan
kakitangan supaya satu pasukan bekerja yang lebih berkesan dapat dibentuk. Kajian-kajian lepas
telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi input kepada mereka dan kejayaan
sekolah berasaskan visi dan misi sekolah serta matlamat sekolah. Recardo et.al, (1996),
menyatakan bahawa high involvement high performance dan penglibatan serta komitmen akan
memberi hasil yang memberangsangkan. Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada
ahli dan ketua bekerja secara bersama dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan yang
efektif adalah yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus
untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara
usahasama. (Hadyn and McDonnel, 1996).

7.0 KELEBIHAN KERJA BERPASUKAN
Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah
kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan
meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral
pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan
tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan,
12

kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli
pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli
pasukan. Kerja berpasukan turut mempunyai kelebihan seperti meningkatkan ransangan,
mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang
pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan
mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja
yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga akan meningkatkan
perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.
Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat untuk
melaksanakan perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam Tengku Abd Aziz, 1999).
Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu
dilahirkan dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah,
pasukan kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas (Tengku
Abd. Aziz, 1999). Manfaat yang akan diperolehi oleh panitia mata pelajaran dengan bertindak
sebagai kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang
berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan
dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah
kualiti organisasi. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian
boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan
secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan cadangan yang
dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan
secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti
iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-
13

mempercayai dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi. Ahli
kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman,
maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini akan
meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru yang kreatif
dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja
berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka.
Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam
menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat
keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan
mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi mengerakkan
proses peningkatan kualiti.

8.0 ULASAN JURNAL TERPILIH
Bagi melengkapkan tugasan ini, 3 jurnal telah dipilih bagi melihat aspek kerja
berpasukan dalam konteks Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

Jurnal I
An Evaluation od
Factors Influencing
Teamwork and
Customer Focus


PENULIS : Dotun Adebanjo Dennis Kehoe (Liverpool UK)
ABSTRAK
Kerja berpasukan dan tumpuan pelanggan merupakan aspek penting
dalam kualiti menyeluruh . Penyelidikan ini menghuraikan agen
perubahan dan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan kepada aspek-aspek
tersebut. Kesan faktor motivasi dan sikap kerja terhadap kerja
berpasukan dan fokus pelanggan telah dikaji dengan menggunakan soal
14

selidik dan temubual berstruktur yang mana telah melibatkan lebih
daripada 150 syarikat .Syarikat-syarikat tersebut telah telah dibezakan
kepada syarikat yang mengamalkan kualiti menyeluruh (TQ) dan
syarikat yang tidak mengamalkan kualiti menyeluruh (non-TQ).
DAPATAN
Dapatan awal kajian telah melihat faktor kerja berpasukan yang lemah
dan ketidak upayaan untuk meraih tumpuan pelanggan menjadi aspek
penghalang dalam melaksanakan kualiti menyeluruh. Analisis kajian
seterusnya membawa kepada penentuan agen pembangunan membawa
perubahan penting terhadap kedua-dua aspek. Satu kerangka kajian yang
melibatkan penerangan aktiviti perubahan telah dibangunkan untuk
membantu syarikat-syarikat dalam pembangunan tumpuan pelanggan
dan kerja berpasukan.
Jurnal II
The Soft Foundation
of the Critical Success
Factors on TQM
Implementation in
Malaysia
PENULIS: H.C Lau dan M.A Idris (UTM, SIRIM Malaysia BHD)
ABSTRAK
Kajian literatur menyimpulkan bahawa TQM adalah pendekatan
sistematik yang telah terbukti memberi sumbangan besar peningkatan
proses perniagaan secara keseluruhan, termasuk pengeluaran produk dan
perkhidmatan yang berkualiti. Kekurangan data dan maklumat didapati
menyumbang kepada perlaksanaan TQM yang berkesan dan berjaya.
Kajian ini membangunkan model TQM yang sesuai digunakan dalam
membangunkan konsep TQM yang berjaya. Ia telah dianggap sebagai
satu keperluan dan memudahkan aktiviti TQM. Kajian ini turut melihat
15

hubungan antara elemen-elemen lain yang turut membantu dalam
kejayaan TQM seperti budaya, kepercayaan, kerja berpasukan,
kesinambungan pekerjaan, pendidikan dan latihan, kepimpinan
pengurusan atasan untuk kualiti dan penambah baikan secara berterusan
serta penglibatan dan kepuasan pekerja. Tiga kaedah penyelidikan
utama yang diguna pakai dalam membangunkan model TQM: satu soal-
selidik pasca tinjauan , temuduga berstruktur dan pelaksanaan model
praktikal yang digunakan di syarikat berkenaan. Analisis regresi
berganda dan ujian binomial digunakan untuk menganalisis data.
DAPATAN
Lapan elemen telah dikenalpasti sebagai memberi kesan terhadap
perlaksanaan TQM dan elemen penting dalam menentukan kejayaan
TQM di sesebuah organisasi adalah budaya dan kepercayaan, diikuti
dengan kerja berpasukan.
Jurnal III
A Study on TQM in
Higher Education
Industry in Malaysia
PENULIS : Hani Samimi Sabet, Zeinab Seyed Saleki, Benoush Roumi,
Amin Dezfoulian (Multimedia University, Cyberjaya)
ABSTRAK
Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) telah berkembang dan
ditakrifkan dalam banyak organisasi industri tetapi kini TQM
memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Kertas ini
secara ringkas mengulas bagaimana pengurusan kualiti beroperasi dalam
bidang perindustrian dan menjelaskan bagaimana falsafah TQM boleh
diterjemahkan ke dalam bidang pendidikan; Ia juga menjelaskan
16

bagaimana pensyarah universiti melaksanakan jumlah proses dan
konsep yang di dalam kelas mereka pengurusan kualiti dan
mengetengahkan hubungan antara faktor-faktor ini. Penduduk sasaran
kajian ini adalah 112 pensyarah lima universiti terkenal di Malaysia dan
soal selidik telah dibina oleh pengkaji sebagai instrumen kajian. SPSS
telah digunakan sebagai perisian menganalisis untuk membandingkan
dan menganalisis data.
DAPATAN
Daripada dapatan kajian ini melihat bahawa semua pensyarah komited
untuk menggunakan konsep-konsep pengurusan kualiti menyeluruh
(TQM) dan proses di dalam kelas mereka sebagai satu cara untuk
peningkatan kualiti. Ini membawa kepada pemahaman yang lebih baik
dalam kalingan pelajar tentang bahan dan akhirnya ia adalah kunci
penting dalam bidang pendidikan. Hasil kajian mendapati bahawa aspek
komitmen dan kerja berpasukan dalam pelaksanaan TQM adalah dua
elemen penting di universiti di Malaysia yang boleh membawa kepada
banyak kelebihan. Pensyarah Somany menyebut bahawa terdapat
hubungan antara ganjaran dan pengiktirafan dan motivasi dengan
pencapaian tinggi dan ia menunjukkan bahawa di universiti, kerja
berpasukan yang bersesuaian boleh meningkatkan kreativiti, kepuasan
dan kemahiran akhirnya menyokong kejayaan mereka.

17

Konsep Pasukan Kerja telah benyak digariskan dalam kajian-kajian yang dijalankan oleh ramai
pelopor teori TQM. Antara yang telah menyatakan konsep kerja berpasukan adalah salah satu
ciri penting dalam pengurusan kualiti sesebuah organisasi adalah seperti:
i. Deming Put everybody in the organization to work to accomplish the
transformation top management commitment to action (P14)
ii. Kaoru Ishikawa encourages group participation and utilizes group
knowledge of the process (Reasons for implementing Fishbone Diagram)
iii. Flynn et al (1994) teamwork (C9)
iv. Goetch and Davis(1995) - - teamwork (C5)
v. Detert et al. (2003) Collboration (teamwork) (C6)

Dalam konteks pendidikan, banyak kajian telah dijalankan bagi melihat perkaitan antara
konsep kerja berpasukan dan TQM. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan
kerja berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut
beliau lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited
memberi tranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti. Peningkatan kualiti
bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada seseorang secara individu. Ini kerana masalah-
masalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem.
Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam
keadaan yang demikian setiap pihak dalam organisasi perlu bertindak secara berpasukan supaya
segala kekuatan dan sumber yang ada dalam organisasi dapat digemblengkan sepenuhnya. Kerja
berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan organisasi atau panitia dalam
menjayakan peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan
Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan organisasi berkenaan dan
18

seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan
guru serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Kerja berpasukan akan memudahkan
pertukaran maklumat dan idea di kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan
saling mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam organisasi serta menuju ke arah
peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Kajian-kajian yang lepas telah
membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi input kepada organisasi sekolah
untuk mencapai kejayaan sekolah berasaskan visi dan misi sekolah. Sekolah yang berkesan
melahirkan murid, pekerja dan organisasi yang berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan
dalam organisasi menjadi salah satu elemen kualiti menyeluruh yang dapat membantu pihak
pengurusan mencapai visi dan misi sekolah dengan cemerlang.
Kerja berpasukan dapat mengenal pasti masalah kualiti, dapat mengkaji masalah dan
membuat cadangan serta boleh digantikan dengan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).
Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui
kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan ahli kerja berpasukan,mewujudkan semangat
bekerja secara berpasukan, penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif.
Dengan melalui penglibatan dan minat terhadap kerja akan memberi dorongan kerja yang tinggi
kepada ahli pasukan dan mewujudkan kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, pasukan,
organisasi dan sekolah. Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dari pelaksanaan KMK.
Di antaranya ialah mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan,memupuk
kerjasama di kalangan pekerja dan memberi kepuasan bekerja. Begitu juga,dengan dorongan
untuk bekerja akan memberi keyakinan mengenai kebolehan diri ahli pasukan, mengasah bakat
kepimpinan dan menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan ahli pasukan, memperbaiki sistem
dan cara bekerja serta membina semangat kerja berpasukan.

19

9.0 PENUTUP
Keberkesanan kerja berpasukan dalam organisasi di sesebuah sekolah amat penting. Ini
disebabkan kerja berpasukan yang berkesan mengutamakan kualiti kerja dan produktiviti
seterusnya membina kepuasan kerja lalu dapat membina inovasi dan kreatif di kalangan Ketua
Panitia dalam organisasi. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah
pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di kalangan ahli pasukan
dalam organisasi. Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu
seterusnya akan memudahkan proses komunikasi di dalam organisasi. Dengan ini, ahli di dalam
organisasi bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta
sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di
antara ahli organisasi, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi organisasi
tersebut seterusnya mencapai misi dan visi yang telah disasarkan.












20


RUJUKAN
Abd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Kuala
Lumpur: Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South Austrralia:Flexible
Learning Centre.
Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams.
Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380.
Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American Schools.
Wisconsin: ASQC Quality Press.
Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance Managemant-The
Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42.
Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building. Health Care Financial
Managemant.
Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan Kepimpinan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who Needs
Houston. Texas: Gulf Publishing Company.
21

Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working. California:
Pfeiffer & Co.
Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering.
International Journal of Education Management.12/6. 250-259.
Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti.

You might also like