Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

Jika ingin dibandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Indonesia, China,


Pakistan dan India, sudah pasti kita jauh ketinggalan dari segi saiz negara dan jumlah
penduduk. Negara-negara tersebut merupakan antara negara yang paling ramai penduduk
di dunia. Menurut statistik tahun 2012 yang dikeluarkan oleh laman sesawang Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (BPP), China mencatatkan jumlah penduduk tertinggi iaitu seramai
1.3 billion orang, diikuti oleh India dengan 1.2 billion orang, Indonesia menduduki tempat
keempat dengan 249 juta orang dan seterusnya Pakistan yang menduduki tangga keenam
dengan jumlah penduduk seramai 182 juta orang. Jumlah penduduk yang ramai ini telah
mendatangkan pelbagai isu dan kesan khususnya terhadap sosio-ekonomi negara tersebut.
Walau bagaimanapun, berbeza keadaannya dengan Malaysia yang mempunyai kira-
kira 30 juta penduduk. Berbekalkan sumber-sumber serta pontensi dalam negara, para
pemimpin yakin bahawa pertambahan penduduk di Malaysia diperlukan untuk membawa
negara ke satu tahap yang lebih baik. Oleh itu, Dasar Kependudukan Negara telah
diperkenalkan dengan matlamat untuk mencapai sasaran 70 juta orang penduduk dalam
tempah 100 tahun perlaksanaannya. Dasar kependudukan merupakan satu dasar yang
dibuat oleh kerajaan yang menekankan kepentingan penduduk atau manusia sebagai
sumber dalam proses pembangunan negara. Dasar ini telah disarankan oleh Tun Dr
Mahathir ketika beliau berucap di Perhimpunan Agong UMNO dalam bulan September
1982. Menurut beliau, Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk yang berjumlah 70
juta. Saranan beliau sekali lagi dijelaskan melalui ucapannya ketika membentangkan kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada Mac 1984.
Terdapat beberapa rasional dan objektif mengapa Malaysia perlu mencapai
matlamat 70 juta orang penduduk. Menurut Yusof Ismail (2010) dalam bukunya yang
bertajuk Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia, Malaysia masih mempunyai bilangan
penduduk yang kecil sedangkan negara ini masih berkemampuan menghasilkan kekayaan
bagi menampung penduduk yang ramai. Jumlah penduduk yang kecil ini telah menjadi
halangan kepada pembangunan negara. Pertumbuhan penduduk yang positif diperlukan
oleh negara dan pekara ini tidak dianggap sebagai beban atau kesulitan kerana negara ini
dikatakan berkemampuan menampung pertumbuhan tersebut.
Pertambahan penduduk akan menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi
pengeluaran industri-industri tempatan. Pasaran Malaysia masih lagi kecil dan pekara ini
telah menghalang perkembangan industri tempatan terutamanya dalam aspek pemasaran
dan kuasa beli. Selain itu, jumlah penduduk yang ramai akan memastikan tenaga kerja yang
mencukupi mengikut permintaan pasaran. Selain dapat memenuhi permintaan sumber
manusia untuk pembangunan negara, penggunaan tenaga kerja asing juga dapat
dikurangkan. Apabila industri-industri berkembang dengan jumlah tenaga kerja yang
semakin ramai, daya pengeluaran dalam negara turut akan meningkat dan memberi kesan
positif kepada ekonomi negara. Selain, pertambahan penduduk akan meningkatkan
kestabilan politik dan keselamatan negara. Jika dibandingkan dengan penduduk negara
jiran, jumlah penduduk Malaysia masih lagi kecil.
Bagi memastikan perlaksanaan Dasar Kependudukan ini berjaya, beberapa strategi
telah dilaksanakan. Pertama, mengadakan dasar cukai dan faedah bersalin iaitu cuti bergaji
selama 90 hari untuk kakitangan awam yang baru melahirkan anak. Tempoh ini merupakan
tempoh bersedia dan pulih dan membolehkan si ibu untuk menjaga dan menyusukan
bayinya. Strategi lain termasuklah meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran melalui
lembaga penduduk & pembangunan keluarga negara. Peningkatan penggunaan tenaga
dalam sektor kerajaan mahupun swasta telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada
golongan muda. Golongan muda yang sudah bekerjaya membolehkan mereka untuk
bekeluarga. Selain itu, bekalan air juga ditingkat sebagai persediaan untuk menampung
jumlah penduduk yang ramai. Pembukaan kawasan-kawasan perumahan yang baru akan
meningkatkan penggunaan air terawat dalam negara.
Antara agensi-agensi yang terlibat dalam perkembangan penduduk Malaysia
termasuklah Jabatan Perangkaan Negara, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelidikan
Sosial Ekonomi, Kelas Kemajuan Masyarakat, Felda, Kementerian Kesihatan, Persatuan
Perancang Keluarga, Hal Ehwal Agama Islam, Kementerian Pertanian, dan Lembaga
Penduduk dan Perancang Keluarga Negara. Agensi-agensi ini saling berkait antara satu
sama lain terutamanya dalam menangani implikasi sosio-ekonomi akibat daripada
pertambahan penduduk. Menurut Marshitah Mohd Radzi, Pensyarah Pusat Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, saiz keluarga yang semakin
bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesebuah keluarga turut bertambah, maka
kependudukan yang positif dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan naik
seiring. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan ekonomi
negara stabil dan kebajikan rakyat dijaga bagi memastikan Dasar Kependudukan ini berjaya
mencapat matlamatnya.

You might also like