Peribahasa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Peribahasa 1

1. Sama lebur, sama binasa


Ketika Yatim dan dua orang kawannya memulakan perniagaan itu, mereka berjanji akan sama lebur, sama
binasa.
2. Runcing tanduk bangkah kening
Apabila disebut sahaja Kalimuthu, semua orang menjadi takut kerana lelaki itu memang runcing tanduk
bangkah kening.
3. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Masyarakat itu bergotong-royong untuk membuat sesuatu pekerjaan kerana berpegung teguh pada prinsip
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

4. Kapal satu, nakhoda dua
Pengeluaran barang itu tidak berjalan lancar kerana pengurus kilang dan pengurus pemasaran tidak
sependapat dalam beberapa perkara. Beginilah kesan jika kapal satu, nakhoda dua.
5. Indah khabar daripada rupa
Kecantikan dan kebersihan pantai itu sebenarnya indah khabar daripada rupa.
6. Lembut gigi daripada lidah
Dia lemah gigi daripada lidah ketika merayu kepada polis trafik itu supaya jangan menyamannya.
7. Kena pedang bermata dua
Kata-kata sinis Cikgu Amri itu benar-benar menggores hati Miza seperti kena pedang bermata dua.
8. Karam berdua, basah seorang
Hanya seorang perompak bank itu yang dapat ditangkap manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.
Sungguh malang nasibnya kerana karam berdua, basah seorang.
9. Jaga tepi kain orang
Salim turut dipersalahkan dalam hal pertelingkahan jirannya disebabkan oleh sikapnya yang suka jaga tepi
kain orang.
10. Dua badan senyawa
Uda dan Dara bagai dua badan senyawa. Mereka bersumpah sehidup semati
Ada air adalah ikan
Walaupun tempat ini sunyi sahaja, namun ada kesan-kesan tinggalan yang membuktikan bahawa ada negeri di
sini. Jadi, tentu tidak salah kalau beta katakana bahawa ada air, adalah ikan titah Raja Muhammad kepada para
pemburu yang mengiringi baginda.

2)Arang habis, besi binasa-
Perternak ayam itu mengalami kerugian apabila banyak ayamnya mati akibat serangan penyakit sampar. Segala
penat lelahnya ibarat arang habis, besi binasa.

3)Balik belakang lain bicara-
Ali berjanji untuk berjumpa Hali pada pukul 10.00 pagi di rumah Hali tetapi apabila tiba masanya, dia bersikap
balik belakang lain bicara kerana dia telah berkelah dengan rakan-rakannya yang lain.

4)barang yang dikata, itulah kota-
Saya akan menunaikan apa-apa yang telah saya janjikan semasa kempen saya kerana barang yang dikata, itulah
kota.

5)batu direbus masakan empuk-
Dia ibarat batu direbus masakan empuk kerana segala yang diterangkan tidak difahaminya.

6)Lempar batu sembunyi tangan-
Ali telah memecahkan cermin tingkap itu tetapi apabila disoal oleh ibunya, dia berpura-pura tidak tahu.
Perbuatannya itu umpama lempar batu sembunyi tangan.

7)makan hati berulam jantung-
Mak Cik Sabariah makan hati berulam jantung apabila teringat akan anak-anaknya itu.

8)asal berinsang, ikanlah-
Badar terus bekerja sebagai pekerja kilang walaupun pekerjaan itu hanya sambilan kerana baginya asal berinsang,
ikanlah.

9)Zaman Tuk Nadur berkajang kain.-
Kisah pari-pari yang diceritakan oleh nenek itu kononnya terjadi pada zaman Tuk Nadur berkajang kain.

10)yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal-
ibu tahu bahawa sebahagian daripada kerang itu sudah busuk tetapi tak apalah, yang hampa biar terbang, yang
bernas biar tinggal,kata Puan Noni kepada anaknya.

You might also like