Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

PENGENALAN
Politik muafakat merupakan satu sistem politik yang digunakan oleh kebanyakan negara yang
mempunyai masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia. Politik muafakat merupakan satu
perjanjian dalam kalangan pemimpin dalam pelbagai kelompok etnik yang majmuk untuk
berkongsi kuasa. Tokoh teori politik muafakat, ada menyatakan bahawa politik muafakat
dapat mewujudkan kestabilan politik kerana mengutamakan pengagihan sumber politik dan
ekonomi kepada kelompok yang berbeza. Perkongsian kuasa ini dapat memberi kepuasan
kepada pelbagai kaum walaupun tidak semaksimumnya.
Politik muafakat telah lama mula di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan
kemunculan Parti Perikatan pada tahun 1953 dengan menggabungkan dua parti daripada dua
kaum di Tanah Melayu. Antara tiga parti yang bergabung ialah United Malay National
Organisation (UMNO), dan Malaysian Chinese Association (MCA). Parti Perikatan ini telah
dimulakan oleh orang Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Setelah beliau menyedari bahawa
untuk mencapai kemerdekaan, mereka harus bersatu antara satu sama lain. Oleh yang
demikian, tertubuhlah Parti Perikatan. Parti Perikatan telah diuji keberkesanannya pada tahun
1952 iaitu semasa Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. Apabila menyedari
keberkesanan kaedah tersebut, Malaysian Indian Congress (MIC) pula menyertai Parti
Perikatan pada tahun 1955 dan bertanding dalam Pilihan Raya yang pertama pada tahun 1955
dan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Politik muafakat ini telah menunjukkan satu kesan yang sangat tinggi terhadap
pembentukan politik di Malaysia. Dengan adanya gabungan antara parti kaum seperti Parti
Perikatan ini, kerjasama antara kaum amat berkesan dan dapat diterima oleh semua sehingga
parti ini merupakan kekuatan baru bagi pemerintahan demokrasi. Semua pemimpin menyedari
bahawa mereka mempunyai matlamat yang sama dan tidak akan memperoleh apa yang
menjadi matlamat mereka sekiranya penyatuan pelbagai kaum tidak dilaksanakan.
Apabila menyedari hakikat sebenar politik muafakat ini, pihak pembangkang pada
masa kini sudah mula menubuhkan satu parti yang menyatukan 3 parti iaitu, parti Keadilan
Rakyat, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Democratic Action Party (DAP). Gabungan antara
parti-parti tersebut juga mendatangkan kesan dan bersesuaian dengan revolusi kebangkitan
rakyat dan membuktikan bahawa politik muafakat sangat besesuaian digunakan pada masa
kini.
2

Pada suatu masa dahulu, politik muafakat merupakan satu benda yang sangat asing
bagi parti-parti politik yang ada di Malaysia. Apabila zaman berganti zaman, ramai yang
sudah mulai sedar akan kepentingan politik muafakat ini. Dalam membentuk politik
muafakat, perlu ada yang memberi dan menerima. Pendekatan tersebut dapat mewujudkan
suasana menang-menang didalam parti itu sendiri. Sebagai contoh, dalam setiap parti politik
muafakat akan ada kuasa mereka sendiri. Setiap daripada kelompok masyarakat
mengenepikan kepentingan dan perbezaan masing-masing demi mencapai kebaikan bersama.
Didalam politik muafakat ini, terdapat beberapa implikasi daripada permuafakatan
yang telah dibuat oleh organisasi-organisasi politik di Malauysia ini. Selain itu, terdapat juga
isu-isu yang boleh dikaitkan dengan kemunculan politik muafakat ini di Malaysia. Antara isu
yang dimainkan ialah mengenai isu perkauman dan juga keagamaan.

CIRI-CIRI POLITIK PERMUAFAKATAN
Politik permuafakatan adalah satu langkah dan kaedah yang terbaik diamalkan dalam
sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk. Di
Malaysia, politik permuafakatan telah diamalkan semenjak kemerdekaan lagi kerana
kemajmukan masyarakat memperlahankan pendemokrasian. Politik permuafakatan juga
dijadikan teras dalam pembentukan kerajaan dan digunakan sebagai sesuatu yang sepatutnya
dan mana-mana pihak yang mempertikaikannya secara terbuka dianggap sebagai pesalah
perkauman.
Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili kaum di malaysia
iaitu UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Parti gabungan memperlihatkan
bahawa tidak ada kaum yang benar-benar mendominasi dan dalam konteks demokrasi
perwakilan, tidak ada satu kaum pun yang membentuk majoriti untuk membentuk kerajaan.
Hal yang demikian kerana, setiap segmen etnik mempunyai parti politik tersendiri yang
mewakili kepentingan mereka. Namun begitu, kerana struktur yang terlalu terbahagi, maka
tidak ada parti yang dominan untuk menguasai dewan perundangan dan membentuk kerajaan.
Oleh itu, beberapa parti terpaksa berunding dan bekerjasama untuk membentuk satu gabungan
atau kerajaan campuran.
Walaupun begitu, gabungan ini tidak kekal sifatnya dimana anggota komponen boleh
bertindak keluar dari gabungan dan menerima parti komponen lain atau bergabung dengan
3

parti lain. Faktor yang menjadi asas kepada pembentukan sesuatu gabungan ialah demokrasi
permuafakatan dalam kalangan elit politik yang mewakili parti komponen. Misalnya Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai Perikatan pada tahun 1963 tetapi keluar pada 1965,
kemudian masuk kembali gabungan baru Barisan Nasional pada 1976 dan keluar sekali lagi
pada 2004. Akhirnya SNAP menyertai Pakatan Rakyat pada 20 April 2010. Begitu juga
dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menjadi anggota Barisan Nasional sejak dari
penubuhannya sehingga pengundurannya pada 1990. Parti itu menyertai kembali gabungan itu
pada tahun 2002 (Wikipedia).
Di Malaysia, kemajmukan masyarakat memaksa gabungan dibentuk kerana setiap
kaum tidak berupaya membentuk majoriti disebabkan sokongan yang tidak mencukupi
sekiranya tidak mendapat sokongan dari kaum yang lain. Sebarang percubaan untuk
membentuk gabungan yang bersifat berbilang kaum pasti tidak akan berjaya dan tidak
bertahan lama kerana berbalik semula kepada asas perkauman.
Antara ciri lain politik permuafakatan ialah kuasa veto. Kuasa veto menyatakan
bahawa setiap segmen masyarakat mempunyai kuasa veto masing-masing dalam membuat
sebarang keputusan yang berkaitan dengan hak dan kepentingan bersama seperti dalam
konsep perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa melibatkan setiap ketua dan pemimpin
daripada setiap kaum untuk mengambil bahagian dalam pemerintahan. Melalui perkongsian
kuasa setiap kaum yang diwakili perlu mendapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak
ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum
yang lain.
Dalam konteks kuasa veto, konsep give and take adalah asas dalam konsensus ini
kerana mereka terpaksa memberi untuk menerima. Contohnya, hegemoni UMNO menerusi
penciptaan parti saingan dalam gabungannya banyak diselaraskan menerusi amalan setia
kawan. Terdapat di mana kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada calon MCA atau MIC.
Malah, uniknya, walaupun UMNO memiliki majoriti di Dewan Undangan Negeri di Pulau
Pinang, Gerakan diberikan kepercayaan untuk memerintah selama dua penggal (1999
sehingga 2008).
Tambahan pula, setiap kelompok atau segmen masyarakat hendaklah mengenepikan
kepentingan dan perbezaan masing-masing demi mencapai kebaikan bersama. Elit Politik
juga perlu bertoleransi dan bekerjasama untuk mengesahkan pemerintahan majoriti.
4

Sebaliknya, kelompok minoriti tidak mungkin akan berjaya menyekat majoriti. Contohnya,
Pelan Transformasi Ekonomi disokong oleh semua golongan elit tersebut.
Dengan itu, kuasa veto juga dapat difahami bahawa setiap kaum berhak untuk
melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat
keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang diwakili tidak dipenuhi.
Elemen seterusnya ialah perkadaran seimbang. Nisbah perkadaran terhadap pemilihan
yang dilakukan dalam setiap pemerintahan hendaklah seimbang mengikut jumlah penduduk.
Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara
dengan nisbah tertentu. Melaluinya diskriminasi terhadap kaum tertentu dapat dielakkan. Elit
politik telah bersepakat mengatakan bahawa perkadaran seimbang perlu dilaksanakan
mengikut jumlah penduduk atau pembahagian kaum.
Kes perwakilan kaum adalah seimbang mengikut bilangan ahli dewan, kabinet dan
perkhidmatan awam dengan jumlah penduduk. Contohnya, majoriti penduduk yang berbangsa
Melayu dalam permuafakatan adalah 60% maka jumlah peratusan itu hendaklah seimbang di
dalam dewan, kabinet dan jawatan-jawatan kerajaan.
Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan menurut Arendt Lijphart
ialah pembahagian autonomi iaitu setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa
yang perlu untuk kaum yang diwakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan
budaya asalkan ianya tidak menyentuh sensitiviti kelompok kaum. Melalui kerjasama dan
gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga
kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara kaum dan politik
permuafakatan dapat diaplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun yang dikatakan berjaya
dalam pengamalan politik permuafakatan termasuk Pakistan dan India. Walaupun begitu,
demokrasi permuafakatan dikatakan runtuh apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969 semasa
pemerintahan Tun Abdul Razak. Tragedi tersebut berlaku disebabkan pemimpin pada masa
itu telah menukar hala tuju demokrasi permuafakatan dan lebih kepada hegemoni Melayu.
Hegemoni ini dimanifestasikan menerusi pengambilan jawatan Menteri Kewangan yang
tradisinya disandang MCA (orang Cina) kepada UMNO (orang Melayu). Pada zaman
pemerintahan Tun Dr. Mahathir demokrasi di Malaysia banyak dicorakkan mengikut gaya
dan acuan Tun. Dr. Mahathir yang sangat kritis terhadap demokrasi acuan Barat. Hampir
5

keseluruhan landskap politik Malaysia didominasi oleh Tun Dr. Mahathir sehinggakan era
beliau dikenali sebagai Mahathirism. Walaupun begitu, kejayaan Tun Dr. Mahathir jelas dapat
dilihat pada hari ini tindakan-tindakan yang bersifat memaksa dan dominan menerusi undang-
undang bersifat autoritarian telah mengurangkan masalah perkauman dalam pentadbiran
negara.

CABARAN POLITIK MUAFAKAT
a) Agama
Agama turut memainkan peranan dalam politik. Agama juga boleh mempengaruhi sesuatu
keputusan atau tindakan dalam politik. Isu agama seringkali dikaitkan dengan parti
perkauman di mana isu agama selalunya melibatkan sensitiviti kaum dan agama. Hal ini dapat
dilihat apabila timbulnya isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam dan isu
pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Dua isu utama ini kerap diperkatakan dan
dipersoalkan pada masa kini disebabkan oleh perbezaan pendapat serta pandangan setiap
pemimpin parti.
Isu penggunaan kalimah Allah seharusnya tidak wajar dipolitikkan atau menjadi
modal untuk memperoleh pengaruh dalam parti oleh pihak tertentu. Namun, dalam demokrasi
permuafakatan, isu ini dilihat sebagai satu cabaran di mana ia dilihat boleh memecah
belahkan perpaduan kaum di Malaysia dan gabungan parti politik. Permintaan orang bukan
Islam mengenai penggunaan kalimah Allah semestinya mendapat penentangan daripada orang
Islam, tetapi masih terdapat juga umat Islam yang membenarkan atau menyokong mereka
dalam penggunaan kalimah Allah ini. Misalnya, Presiden Pas sendiri iaitu Datuk Seri Abdul
Hadi Awang tidak menghalang dan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah
Allah asalkan tidak menyalahgunakan kalimah tersebut. Hal ini telah mendapat kritikan
daripada tokoh agama lain dan begitu juga dengan kepimpinan UMNO yang menetang keras
dengan keputusan Pas, DAP serta PKR itu. Malah Tuan Guru Nik Aziz juga tidak bersetuju
dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam kerana berpendapat bahawa
kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin parti politik itu sendiri walaupun
mempunyai suatu ideologi politik yang sama namun tetap mempunyai pendapat yang berbeza
mengenai sesuatu perkara. Walaupun akhirnya keputusan mahkamah mengenai penggunaan
6

kalimah Allah berpihak kepada umat Islam, dan golongan bukan Islam tidak dibenarkan sama
sekali menggunakan kalimah Allah, masih terdapat golongan yang cuba untuk
memprovokasikan isu tersebut. Hal ini juga menjelaskan bahawa politik permuafakatan di
antara pihak kerajaan dan parti pembangkang tidak dapat dicapai disebabkan oleh perbezaan
pendapat dan pandangan serta berlakunya sedikit pertelingkahan sekiranya timbul sesuatu isu
atau masalah yang melibatkan masyarakat terutamanya kepentingan kaum dalam parti politik
itu sendiri.
Isu pelaksanaan hukum hudud sedang hangat diperkatakan dan dipersoalkan kini. Hal
ini disebabkan oleh kegagalan untuk melaksanakan hukum Hudud berikutan masyarakat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kemajmukan ini sekaligus dijadikan sebagai
suatu halangan bagi pihak yang ingin segera melaksanakan hukum Hudud di negara ini.
Malah isu hudud ini dikatakan sebagai alat untuk menentukan hala tuju politik Malaysia di
mana isu ini akan menjadi sebagai kayu ukur atau pencetus kematangan setiap parti politik
kerana faktor utama isu hudud hendak dilaksanakan adalah untuk menuntut hak rakyat dan
menegakkan hukum Allah dan bukannya mengejar populariti politik. Isu pelaksanaan hukum
Hudud di Malaysia mendapat perhatian setiap pemimpin parti. Seperti yang diketahui, setiap
parti politik di Malaysia adalah bersifat perkauman. Oleh itu, apabila hukum Hudud
diperkatakan, setiap pemimpin parti mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza untuk
menolak cadangan pelaksanaan tersebut apatah lagi setiap parti menjaga kepentingan kaum
tersendiri.
Pelaksanaan hukum hudud ini telah lama diperkatakan namun tidak dapat
dilaksanakan kerana kebanyakan pemimpin percaya bahawa hukum Hudud hanya boleh
dilaksanakan apabila orang Islam mempunyai iman yang kuat. Namun kini isu ini
dibangkitkan semula apabila terdapat pemimpin parti politik yang ingin melaksanakan hukum
hudud ini walaupun terdapatnya perbezaan pendapat yang ketara antara pempimpin parti
politik. Hal ini dapat dilihat menerusi wawancara yang disiarkan melalui Wacana Sinar
Harian siri ke 27 berjudul Hudud: Bersediakah Kita? yang turut disertai oleh Datuk Dr Ir
Wee Ka Siong iaitu Timbalan Presiden MCA yang menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju
dengan hukum Hudud kerana melihat bahawa hukuman yang diberikan di antara kepada
orang Islam dan bukan Islam sebagai tidak langsung menjaga keadilan sejagat apatah lagi
beliau ada menyebut bahawa hukum Hudud yang akan dilaksanakan adalah hukum Hudud
Pas. Tambahan pula, beliau juga menegaskan bahawa jika UMNO menyokong Hudud, MCA
perlu berbincang semula kedudukan parti bersama koponen BN yang lain sebelum membuat
7

sebarang keputusan dan berpendapat bahawa tindakan Pas adalah lebih kepada percaturan
politik daripada tujuan agama, manakala MCA, MIC dan Umno masih berpegang pada apa
keadilan sosial yang telah dicapai, dan menghormati agama Islam serta sistem perundangan
yang sedia ada. Jelaslah bahawa isu hukum Hudud ini mempunyai pengaruh ke atas politik
muafakat apatah lagi apabila pemimpin MCA sendiri menyatakan kebimbangan akan
kedudukannya bersama komponen BN apabila isu ini dibangkitkan.

b) Perpaduan Kaum
Cabaran politik permuafakatan dapat dilihat melalui aspek perpaduan kaum. Politik
permuafakatan tidak akan terjadi tanpa ada kerjasama antara kaum di negara ini tetapi
persoalannya disini adalah konflik yang berlaku di antara politik berasaskan kaum dalam
memperjuangkan politik kaum masing-masing. Walaupun kestabilan politik dan perpaduan
kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya
penyatuan pelbagai parti politik dalam setiap parti komponen namun pada umumnya politik
perkauman masih lagi mewarnai politik Malaysia sehingga sekarang. Pelbagai tuntutan dan
luahan hati oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil parti politik mereka.
Bertitik tolak daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, politik permuafakatan pada
masa tersebut dilihat berkurangan disebabkan terdapat parti-parti politik yang telah
menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu dalam kempen pilihanraya 1969
dimana Parti Perikatan kehilangan dua pertiga majoriti. Malah lebih teruk lagi terdapat
beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong DAP dan Gerakan yang menimbulkan
perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi
perkauman ini tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Walaupun kita lihat tertubuhnya
Barisan Nasional untuk mengembalikan politik muafakat antara kaum tetapi masih jelas
dilihat bahawa permuafakatan ini hanya sebagai medium untuk parti politik berasaskan kaum
ini menyuarakan kepentingan mereka.
Tuntutan masyarakat bangsa lain yang mahukan hak sama rata dalam kebanyakkan
aspek pentadbiran menyebabkan politik permuafakatan lebih kepada politik perkauman.
Sebagai contoh, tuntutan kaum Cina yang mahu menghapuskan DEB iaitu Dasar Eknoomi
Baru, pertikaian terhadap diskaun bagi bumiputera, kuota kemasukan ke IPTA dan pelbagai
lain yang boleh menjurus kepada perbalahan kaum. Bagi melaksanakan tuntutan-tuntutan ini,
8

pertubuhan pelbagai persatuan yang bertindak untuk memperjuangkan hak kaum-kaum ini
dilihat sebagai cabaran dalam mewujudkan politik permuafakatan yang benar-benar berkesan.
Penubuhan Dong Jiao Zong dan persatuan Hindraf yang ditubuhkan untuk menuntut hak
supaya kerajaan memberi perhatian kepada kaum Cina dan kaum India yang berasa tersisih
dari segi ekonomi dan tidak mendapat hak yang sama rata sebagai warganegara Malaysia.
Perkara ini memberi cabaran kepada sistem politik permuafakatan untuk melahirkan satu
bentuk aliran politik yang seragam kepada semua kaum bagi mewujudkan perpaduan tetapi
dilihat masih belum utuh.
Sistem pendidikan, persekolahan dan juga bahasa pengantar yang berlainan juga isu
perpaduan kaum yang menjadi cabaran dalam politik permuafakatan. Hussein Hj Ahmad
(1993) menyatakan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980an
bermotifkan tiga perkara utama iaitu pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara,
pendidikan sebagai asas perpaduan kaum dan pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di
kalangan rakyat berbilang kaum. Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem
pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak
mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang
digunakan juga tidak sama dimana sistem kurikulum sekolah jenis kebangsaan berpusatkan
sistem negara nenek moyang mereka serta tidak terdapat bahasa pengantar yang sama.
Perkara ini menjadikan juga menjadi alat politik perkauman yang merebak dari
permuafakatan politik yang dilakukan.
Cadangan sekolah satu aliran pernah disuarakan oleh Profesor Emeritus. Tan Sri Dr
Khoo Kay Kim untuk menyatukan perpaduan kaum di negara ini. Tetapi perkara ini dibantah
oleh tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu MCA, MIC dan
Gerakan malah DAP juga membantah terhadap cadangan sekolah satu aliran ini. Perkara ini
memperlihatkan bahawa politik permuafakatan hanya berlaku untuk menjaga hak politik
kaum masing-masing. Sehingga kini orang Cina dan India kurang berminat menghantar anak
mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak
mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama
yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu dan Islam. Dengan mempersoalkan dan
mempertikaian cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua
kaum iaitu kaum Cina dan India gagal untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka
mengadakan pakatan politik muafakat dalam Barisan Nasional. Malah pakatan permuafakatan
9

kaum pula yang terbentuk iaitu pakatan MCA, MIC, Gerakan dan DAP dalam menghadapi isu
tersebut.
Isu-isu yang menyentuh kepentingan kaum Cina hanya dibincangkan dalam akhbar
Cina sahaja, begitu juga dengan kaum India hanya dibincangkan dalam akhbar tamil. Bangsa
Melayu pula tidak faham dan tidak mempedulikan hal tersebut. Maka rakyat Malaysia
terpisah dalam setiap lapangan politik, ekonomi dan sosial. Politik permuafakatan yang
dijalankan tidak kira daripada parti Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat sekalipun akan
tetap menimbulkan konflik jika isu-isu yang menghalang perpaduan kaum dibangkitkan oleh
parti-parti komponen berasaskan kaum dalam kedua-dua parti tersebut di negara ini.

IMPLIKASI POLITIK MUAFAKAT TERHADAP SISTEM DEMOKRASI
Dalam usaha kerajaan sedia ada mempertahankan ideologi politik permuafakatan yang
didasari dengan perkauman ini secara langsung atau tidak langsung mendatang kesan atau
implikasi terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Terdapat kesan-kesan
sama ada positif mahupun negatif yang wujud rentetan ideologi politik muafakat yang
diamalkan ini.

a. Kesan Positif
Kassim Thukiman (2002), menyatakan bahawa dalam amalan berpolitik, akan
wujudnya persaingan dalam mendapatkan kuasa politik ini dan pada kebiasaannya ia
melibatkan antara dua pihak atau lebih. Pendekatan yang digunakan untuk berkuasa akan
melibatkan perspektif politik yang pelbagai seperti konflik, pengurusan konflik dan kaedah
penyelesaian konflik berkenaan. Dalam kes Malaysia, kemajmukan ini memperlahankan
pendemokrasian. Justeru itu, pengaplikasian politik permuafakatan dilihat sebagai pilihan
yang terbaik dalam konteks tiada pilihan. Ini kerana pengaruh perkauman yang kuat
menyebabkan perkembangan nilai demokrasi turut dipengaruhi aspek ini. Perkauman warisan
penjajah ini telah mencipta sebuah masyarakat majmuk tanpa sebarang usaha mengintegrasi
secara serius. Malah, ini dijadikan teras pembentukan negara dan diterima pakai sebagai
sesuatu yang sepatutnya dan mana-mana pihak yang mempersoalkannya secara terbuka
dianggap sebagai pesalah perkauman.
10

Pembentukan BN menerusi gabungan parti-parti politik yang mewakili kaum di
Malaysia memperlihatkan pelbagai bentuk masalah timbul berikutan penggabungan
berkenaan. Kesan dari perbezaan yang wujud ini maka tidak ada mana-mana kaum yang
benar-benar menguasai politik secara mutlak. Dalam konteks demokrasi berperwakilan, tiada
satu kaum pun yang benar-benar membentuk majoriti dan berhasil membentuk kerajaan.
Kemajmukan masyarakat di Malaysia ini memaksa gabungan antara parti politik dibentuk.
Hal ini menyebabkan sistem demokrasi yang diguna pakai akan menjadi lebih teratur dan
lebih menjadi matang dan adil bagi semua pihak.
Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman
bertindak menggunakan strategi dengan mengaplikasikan konsep asas demokrasi
permuafakatan dalam membentuk suatu ikatan yang melibatkan pelbagai kaum dalam
pentadbiran. Tunku menjadikan teras ini untuk membentuk kompromi dengan bergabung
bersama-sama kaum yang lain. Dalam hal ini, gabungan berasaskan kaum ini akan kekal
dengan identiti mereka yang tersendiri tanpa perlu mengorbankan kepentingan kaum masing-
masing (Chamil Wariya, 1987). Gabungan ini bermula sejak dari Pilihan Raya Bandaraya
Kuala Lumpur 1952 dengan kerjasama antara UMNO dan MCA. Kejayaan gabungan ini
memenangi pilihan raya tersebut memikat MIC untuk menyertainya pada tahun 1954, di mana
gabungan ini terus dikenali sebagai Parti Perikatan yang muncul sebagai parti yang sangat
dominan dalam politik Malaysia sejak merdeka hinggalah sekarang.
Menurut Diane K. Mauzy (1983), walaupun UMNO menjadi satu-satunya parti yang
mewakili kaum Melayu secara umumnya dalam gabungan BN, UMNO dilihat memiliki
semangat setia kawan yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi pengagihan kerusi ketika pilihan
raya. Terdapat di mana kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada calon MCA atau MIC.
Walaupun UMNO memiliki undi majoriti di Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang,
Gerakan diberikan kepercayaan untuk memerintah selama dua penggal (1999 sehingga 2008).
Sikap setia kawan seiring dengan elemen Win Win Situation tetap kekal walaupun wujud
sebagai perwakilan Melayu dalam gabungan BN yang menggantikan Parti Perikatan.
Kita dapat lihat sendiri dalam barisan kepimpinan parti pembangkang seperti PAS,
PKR dan DAP yang masih lagi tidak dapat undi majoriti dalam mana-mana pilihan raya
umum di negara ini kerana mereka masih lagi tidak berpegang kepada amalan politik
permuafakatan ini. Namun hal dapat disedari apabila parti pembangkang berjaya menawan
beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum 2008. Kejayaan ini disebabkan konsep politik
11

permuafakatan yang mula diamalkan dalam komponen parti pembangkang ini. Pada 2008,
Pakatan Rakyat diwujudkan dan memperoleh kepercayaan daripada masyarakat umum.
Kejayaan ini dilihat semakin meningkat apabila bilangan undi kepada Pakatan Rakyat ini
semakin bertambah daripada jumlah pengundi baharu. Walau bagaimanapun, oleh kerana
sistem kemenangan dalam pilihan raya yang digunakan pakai adalah dengan mengira jumlah
kerusi yang dimenangi , bukannya berdasarkan jumlah undi popular menyebabkan BN masih
lagi memegan tampuk pemerintahan. Dalam pilihan raya 2013, jelas sekali lagi Pakatan
Rakyat memperoleh jumlah undi yang besar dan peratusannya semakin meningkat di
beberapa negeri yang didominasi oleh Pakatan Rakyat.
Walaupun BN telah lama menerapkan politik permuafakat ini, namun situasi sebegini
membahayakan status parti berkenaan. UMNO, MCA dan MIC tidak akan berpecah walaupun
terdapat masalah dalaman kerana parti komponen BN ini mengetahui bahawa survival parti
mereka tidak akan dapat bertahan. Kejayaan itu banyak berkait rapat dengan amalan
kompromi, tawar-menawar dan akomodasi yang digerakkan oleh golongan elit kaum utama
sebagai satu formula mencapai kestabilan. Walaupun tiada jaminan bahawa kestabilan itu
akan berkekalan, terbukti bahawa politik permuafakatan masih lagi menjadi platform terbaik
untuk diamalkan dalam politik masyarakat berbilang kaum. Sekitar tahun 1950-an, politik
permuafakatan dikenal pasti sebagai penyelesaian kepada masalah kerencaman kaum
terutamanya di Malaysia.

b. Kesan Negatif.
Parti yang menguasai tampuk pemerintahan utama negara ini berkemungkinan besar
menyalahgunakan kuasa yang ada dalam mentadbir negara. Lustick (1979), berpendapat
bahawa kekuatan politik permuafakatan ini sering kali tergugat terutamanya di negara-negara
bermasyarakat majmuk disebabkan tiadanya satu bentuk kawalan yang kuat dalam
menggerakkan permuafakatan itu. Lustick menjelaskan bahawa elemen kawalan itu perlu
diwujudkan apabila ada usaha oleh kuasa besar dalam sesuatu kelompok ituuntuk
mendominasi kelompok yang lain. Dalam model ini, Lustickmenjelaskan bahawa dengan
mengenakan sekatan politik dan peluangke atas kelompok pesaing, kestabilan negara dapat
dipertahankan apabilakelompok yang dominan akan sentiasa mengawal kelompok yang
berada di bawah. Hal ini memerlukan kepada kewujudan negara yang benar-benarkuat. Di
sini, peranan negara itu lebih kuat dan mendominasipercaturan politik supaya bergerak licin
12

dan sistematik. Oleh sebab itu,tawar menawar dalam politik kawalan ini menjadi lebih
sukardan kompleks kerana wujudnya kawalan kelompok yang lebih kuat ke atas kelompok
yang lemah.
Elemen kawalan dalam demokrasi permuafakatan di Malaysia menjadikannya bersifat
separa demokrasi kerana walaupun wujud elemen-elemen demokrasi seperti pilihan raya, parti
pembangkang, parlimen dan sebagainya. Namun terdapat kekangan dan kawalan dalam
sistem-sistem berkenaan bagi mengekalkan keharmonian kaum. Ianya dapat dilihat menerusi
pengenalan tempoh berkempen yang pendek, kewujudan akta-aktayang menyekat dan
mengawal seperti penggubalan Akta Hasutan yangmelarang mana-mana pihak
membangkitkan isu-isu yang sensitif sepertihak istimewa dan Raja-Raja Melayu, isu
kewarganegaraan kaum lain danbahasa kebangsaan. Ini juga termasuk Akta Rahsia Rasmi
(OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya. Akta-akta ini bukan sahaja
dikenakan kepada parti pembangkang malah terhadap parti-parti gabungan dalam BN sendiri
di mana selepas 1969, pengukuhan kuasa UMNO dalam BN itulah yang menyebabkan
pengenalan akta-akta yang bersifat mengawal ini selepas pengalaman dari krisis kaum itu
sendiri.
Politik permuafakat yang diamalkan ini menjadikan kuasa politik parti komponen BN
dilihat kebal dan mempunyai kuasa mutlak. Hal ini dapat dilihat menerusi zaman
pemerintahan Tun Mathir Mohamad. Tun Dr. Mahathir lebih menjadikan sistem demokrasi
sebagai alat berbanding yang sepatutnya. Ini berbeza dengan pemimpin sebelumnya yang
lebih berkompromi dan bertoleransi dalam demokrasi. Agaknya latar belakang Tun Dr.
Mahathir dari masyarakat kelas menengah dan yang bukan peguam (beliau adalahseorang
doktor) menyebabkan Tun Dr. Mahathir kurang faham tentang demokrasi dan doktrin
pengasingan kuasa. Beberapa tindakan Tun Dr. Mahathir yang dianggap anti-demokrasi dan
autoritarian seperti Operasi Lalang (1987), pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1998),
penahanan aktivis-aktivis reformasi (1998-1999), pengawalan penerbitan Harakah (2000)
memperihatkan ciri-ciri Mahathirisme yangmengawal sistem politik Malaysia menerusi
penggunaan alat danjentera pentadbiran negara.
Pengenalan beberapa akta dan undang-undang seperti ISA, OSA, AUKU dan
sebagainya mengecilkan ruang amalan demokrasi di Malaysia malah semua itu digunakan
sebagai senjata sulit pemimpin terutamanya Tun Dr. Mahathir untuk mengawal kestabilan
13

politik dan meredakan perasaan perkauman dengan member contoh penahanan beberapa
pemimpin pembangkang pada tahun 1987 melalui Operasi Lalang di bawah ISA. Ia sebagai
satu tindakan yang tidak demokrasi dalam konteks politik kerana pandangan Tun Dr.
Mahathir berbeza dengan amalan demokrasi sebenar. Sistem demokrasi itu tidak akan
menjadi matang walaupun negara sedang bergerak ke arah matlamat yang lebih kerana faktor
begini menjadi batu penghalang kepada perkembangannya.
Tambahan pula, faktor-faktor kepelbagaian kaum, agama, budaya dan bahasa sudah
pasti meningkatkan cabaran besar terhadap usaha memupuk permuafakatan dan perpaduan.
Permuafakatan dan perpaduan memerlukan pelbagai rancangan yang bersifat sejagat yang
dapat diterima oleh semua pihak. Masyarakat harus bersatu dan saling bekerjasama bagi
memupuk permuafakatan dan keharmonian dalam satu rumpun.


KESIMPULAN
Daripada apa yang telah dijelaskan, politik muafakat dilihat semakin baik di Malaysia kerana
tahap pendidikan yang semakin meningkat, pendapatan masyarakat yang makin bertambah,
kemajuan teknologi yang sudah berada pada tahap yang canggih dan juga kewujudan generasi
muda yang mempelopori politik pada masa kini. Mereka dapat menjadikan politik di Malaysia
ini semakin berkembang dan diwarnai dengan politik yang baru yang diasaskan oleh anak
muda.
Politik muafakat ini dapat diterima dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan
dengan kemenangan parti Perikatan pada Pilihan Raya Pertama, Barisan nasional dalam
pilihanraya pada tahun 1974 sehingga sekarang dan Parti Pakatan Rakyat didalam pilihan
Raya 2008 yang memenangi 5 buah negeri.
Bertolak ansur antara kaum dapat mengelakkan tragedi 13Mei 1969 berulang. Apabila
sesuatu kesepakatan berlaku, maka perbalahan antara kaum dapat dielakkan. Itulah
pentingnya politik muafakat kerana didalam politik muafakat terdapat satu kekuatan bagi
membentuk satu masyarakat yang harmoni dalam mencapai kesepakatan.


14

RUJUKAN
Chamil Wariya (1987). Politik Kompromi: Satu Tinjauan Kerjasama Melayu Dengan Bukan
Melayu Di Malaysia. Kuala Lumpur: K Publishing & Distributors Sdn. Bhd.
Chamil Wariya. 2004. Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia di bawah Pentadbiran
Abdullah Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Diane K. Mauzy (1983). Barisan Nasional: Coalition Government In Malaysia. Selangor:
Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd.
Demokrasi Permuafakatan. Diakses pada 11 Mei 2014 daripada
http://mindapengarang.blogspot.com/2012/02/demokrasi-permuafakatan.html
Kassim Thukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah Dan Politik. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Khoo Boo Teik. (1995). Paradoxes Of Mahathirism: An Intellectual BiographyOf Mahathir
Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Lustick, I. (1979). Stability In Deeply Divided Societies: Consociationalism Versus Control.
Journal Of World Politics, Volume 31, No. 3.
Mohd Rizal Yaakop (2014). Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati
Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia Berhad.
Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail. 2008. Hudud: hukum dan pelaksanaan. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Sekolah Satu Aliran Memupuk Perpaduan. Diakses pada 11 Mei 2014 daripada
http://tuanmat.tripod.com/aliransekolah.html.
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/wacana-sinar-perjelas-isu-hudud-
1.278418
Senarai Parti Politik Malaysia. Diakses pada 12 Mei 2014.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_parti_politik_Malaysia.





15

.

You might also like