Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

LAPORAN AMALI ANALISIS DATA GB 6023 KAEDAH PENYELIDIKAN II



Soalan 1: Memerihalkan data yang diberi dengan melakukan analisis deskriptif yang
sesuai serta memberikan graf/carta/jadual yang sesuai.

Analisis data kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti beberapa faktor dan
elemen yang berkaitan dengan tahap kebimbangan dan sikap responden terhadap kursus
GB6023-Kaedah Penyelidikan II. Sampel kajian terdiri daripada 160 orang pelajar Sarjana
Pendidikan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dibahagikan
mengikut kumpulan umur. Dapatan kajian yang diperoleh dibuat berdasarkan latar belakang
responden serta faktor kebimbangan dan sikap mereka terhadap kursus GB6023 pada awal
semester dan pada pertengahan semester. Responden yang mengikuti kursus GB6023 ini
dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut umur iaitu:
a) Pelajar yang berumur kurang dari 30 tahun
b) Pelajar yang berumur antara 30 hingga 40 tahun
c) Pelajar yang berumur lebih dari 40 tahun

ANALISIS DATA (STATISTIK DESKRIPTIF)
Jadual 1 merupakan hasil analisis data yang menunjukkan taburan bilangan dan peratusan
responden mengikut kumpulan umur. Kumpulan pertama seramai 82 orang (51.3%) adalah
terdiri daripada pelajar dalam kumpulan umur kurang dari 30 tahun. Kumpulan kedua pula
mempunyai bilangan 58 orang (36.3%) yang merupakan pelajar dalam lingkungan umur
antara 30 hingga 40 tahun. Manakala kumpulan ketiga seramai 20 orang (12.5%) terdiri
daripada pelajar yang berumur lebih daripada 40 tahun. Taburan kekerapan dan peratusan
responden ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Rajah 1.

Jadual 1: Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kumpulan umur
Umur N Peratus Peratus
Kesahan
Peratus
Kumulatif
Kurang dari 30 tahun 82 51.3 51.3 51.3
30 hingga 40 tahun 58 36.3 36.3 87.5
Lebih dari 40 tahun 20 12.5 12.5 100.0
Jumlah 160 100.0 100.0

2


Rajah 1: Taburan umur responden


Jadual 2 pula menunjukkan analisis data kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester dan pertengahan semester. Hasil analisis data menunjukkan kebimbangan pada
awal semester (min = 5.54 dan sp = 1.438) berada pada tahap sederhana. Seterusnya
kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada pertengahan semester (min = 5.13 dan sp
= 1.514) juga berada pada tahap sederhana. Bagi melihat perbandingan tahap tersebut dengan
lebih jelas, maka perhatikan Rajah 2 berikut.

Jadual 2: Tahap kebimbangan
Kebimbangan N Min Sisihan
Piawai
Interpretasi
Kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023
pada awal semester
160 5.54 1.438

Sederhana

Kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023
pada pertengahan semester

160

5.13

1.541


Sederhana

Kurang dari 30 tahun
30 hingga 40 tahun
Lebih dari 40 tahun
3


Rajah 2: Tahap kebimbangan

4.9
5
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
1
Kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023
pada awal semester
Kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023
pada pertengahan
semester
4

Soalan 2: Membina 5 persoalan kajian yang merangkumi
a. Menguji perbezaan min antara dua kumpulan
b. Menguji perbezaan min lebih daripada dua kumpulan
c. Menguji hubungan (data parametrik)
d. Menguji hubungan (data bukan parametrik)
e. Satu lagi persoalan kajian yang menggunakan statistik yang belum lagi
digunakan.


PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap kebimbangan dan sikap terhadap kursus GB 6023
pada awal semester dan pertengahan semester. Persoalan-persoalan yang ingin dikaji ialah:
i) Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester berdasarkan jantina?
ii) Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester berdasarkan umur?
iii) Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester?
iv) Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester dengan umur?
v) Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada pertengahan
semester?


HIPOTESIS
Berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang telah dibina, hipotesis-hipotesis yang akan diuji
dalam kajian ini ialah:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan jantina.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan umur.
Ho3: Tidak terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester.
5

Ho4: Tidak terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester dengan umur.
Ho5: Tidak terdapat perbezaan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
pertengahan semester.


ANALISIS DATA (STATISTIK INFERENSI)
Persoalan kajian pertama: Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan jantina?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan jantina.
Jadual 3: Perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester berdasarkan jantina
Jantina N Min Sisihan
piawai
t df Sig
Lelaki 35 5.5643 1.53554 .122 156 .903
Perempuan 123 5.5305 1.42561

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis data menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar yang
dijalankan untuk melihat perbezaan skor min kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester berdasarkan jantina. Hasil ujian-t membuktikan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester
berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.122 dan sig = 0.903 (p>0.05). Dari segi min
menunjukkan kebimbangan pelajar lelaki (min = 5.56) dan sp = 1.535) terhadap aktiviti
kursus GB6023 pada awal semester lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min
= 5.53 dan sp = 1.426). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Hal ini menunjukkan
hipotesis nol (Hol), bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester berdasarkan jantina adalah gagal ditolak. Hal ini
bermakna, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

6

Persoalan kajian kedua: Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan umur?

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan umur.

Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai
Umur N Min Sisihan Piawai
Kurang dari 30 tahun 82 5.56 1.451
30 hingga 40 tahun 58 5.68 1.395
Lebih dari 40 tahun 20 5.03 1.471

Jadual 4 dan 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester berdasarkan umur dengan nilai F = 1.563 dan sig
= 0.213 (p>0.05). Dari segi min, menunjukkan pelajar yang berumur 30 hingga 40 tahun (min
= 5.68 dan sp = 1.395) mempunyai kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester yang lebih tinggi berbanding pelajar berumur kurang dari 30 tahun (min = 5.56 dan
sp = 1.451) dan pelajar yang berumur lebih dari 40 tahun (min = 5.02 dan sp = 1.471).
Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Hal ini menunjukkan hipotesis nol (Ho2),
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan umur adalah gagal ditolak. Bermakna, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester antara umur kurang dari 30 tahun, 30 hingga 40 tahun dan lebih dari 40 tahun.
Jadual 5: Perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester
berdasarkan umur
Umur Jumlah
kuasa dua
Df Min kuasa
dua
F Sig.
Antara kumpulan 6.422 2 3.211

1.563

0.213
Dalam kumpulan 322.559 157 2.055
Total 328.981 159


7


Persoalan kajian ketiga: Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti
kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester?

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti
kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester.

Jadual 6: Hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester
Hubungan Kebimbangan Interpretasi
r Sig.
Sikap 0.553 0.000 Sederhana

Jadual 6 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester dengan nilai r = 0.553 dan sig = 0.000 (p>0.01). Kekuatan hubungan
ialah positif sederhana. Keputusan ini menunjukkan hipotesis nol (Ho3) bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester adalah
ditolak. Hal ini menunjukkan, terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan
terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester

Persoalan Kajian keempat: Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti
kursus GB6023 pada awal semester dengan umur?

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester berdasarkan umur.



8


Jadual 7: Hubungan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester dengan umur.

Hubungan Kebimbangan Interpretasi
r Sig.
Umur -0.068 0.396 -

Jadual 7 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan umur dengan nilai r = -0.068 dan sig =
0.396 (p>0.05). Hal ini menunjukkan hipotesis nol (Ho4) bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester
dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan umur gagal
ditolak. Hal ini bererti, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester dengan umur.


Persoalan kajian kelima: Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
pertengahan semester?

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan antara aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023
pada pertengahan semester.
Jadual 8: Perbezaan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester
dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada pertengahan semester
Kumpulan N Min Sisihan
piawai
t df Sig
Awal semester 160 5.54 1.438 3.003 159 0.003
Pertengahan semester 160 5.13 1.541

9

Jadual 8 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada pertengahan semester dengan t = 3.003 dan sig = 0.003 (p>0.05). Dari segi
min, menunjukkan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester (min =
5.54 dan sp = 1.438) lebih tinggi dari kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
pertengahan semester (min = 5.13 dan sp = 1.541). Hal ini menunjukkan hipotesis nol (Ho5),
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
pertengahan semester adalah ditolak. Keputusan ini bermakna, terdapat perbezaan yang
signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan
kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada pertengahan semester

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
a) Perbincangan berhubung analisis deskriptif subjek
Analisis terhadap tahap kebimbangan pelajar terhadap kursus GB6023-Kaedah
Penyelidikan II telah diukur pada awal semester dan pertengahan semester. Berdasarkan
kepada analisis data tahap kebimbangan, dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan
kesemua responden, pada awal semester dan pertengahan semester adalah sederhana. Hasil
keputusan ini menunjukkan tidak terdapat perubahan dalam tahap kebimbingan pelajar
terhadap aktiviti-aktiviti yang perlu mereka lakukan dalam kursus GB6023 pada awal
semester dan juga pertengahan semester. Skor min yang sederhana pada awal dan
pertengahan semester merumuskan tahap kebimbangan pelajar terhadap kursus GB6023
adalah sama atau tidak berubah.
b) Perbincangan berhubung analisis inferensi subjek
Analisis inferensi telah dilakukan bagi melihat perbezaan min antara dua kumpulan
iaitu jantina yang terdiri daripada kumpulan berikut iaitu; 1) lelaki, 2) perempuan. Analisis
kajian juga mengambil kira perbezaan min lebih daripada dua kumpulan iaitu perbezaan min
antara tiga kumpulan seperti berikut:
a. Kurang dari 30 tahun
b. 30 hingga 40 tahun
c. Lebih 40 tahun
10

Analisis data menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan
terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal semester antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan. Begitu juga apabila perbandingan bagi skor min dibuat berdasarkan kumpulan
umur, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester antara umur kurang dari 30 tahun, 30 hingga 40 tahun dan lebih
dari 40 tahun.
Analisis inferensi juga turut dilakukan untuk menunjukkan hubungan data parametrik
iaitu faktor tahap kebimbangan dengan sikap. Ujian Korelasi Pearson dijalankan untuk
melihat samada terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti
kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada awal
semester. Hasil keputusan analisis menunjukkan terdapat kekuatan yang positif sederhana.
Perkara ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023 pada awal semester dengan sikap terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester. Anggaran kekuatan hubungan pekali korelasi yang digunakan dalam
analisis adalah mengikut pekali korelasi yang dicadangkan oleh Jackson (2006) seperti
berikut:
Pekali korelasi Kekuatan hubungan
29 . 00 .
69 . 30 .
00 . 1 70 .




Kuat
Sederhana
Tiada (.00) kepada Lemah

Seterusnya, analisis yang menunjukkan hubungan data bukan parametrik turut
dilakukan antara faktor tahap kebimbangan dengan umur. Analisis inferensi bukan
parametrik ini dilakukan dengan menggunakan Ujian Korelasi Spearman. Analisis ini
dijalankan untuk melihat samada terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan
terhadap aktiviti kursus GB6023 pada pertengahan semester dengan umur. Hasil analisis
membuktikan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti
kursus GB6023 pada pertengahan semester dengan umur.
Akhir sekali, analisis inferensi dilaksanakan untuk melihat perbezaan skor min sebelum
dan min selepas dalam tahap kebimbangan. Ujian Paired Sample T Test dijalankan untuk
melihat samada terdapat perbezaan min sebelum dan min selepas dalam kumpulan yang
sama. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan skor min tahap
kebimbangan pada awal semester dan pertengahan semester. Keputusan ini membuktikan
11

terdapat perbezaan yang signifikan antara kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023
pada awal semester dengan kebimbangan terhadap aktiviti kursus GB6023 pada pertengahan
semester.
Kesimpulan
Daripada analisis dan perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat mengenai
kajian ini.
1. Pelajar yang mempelajari kursus GB6023 mengalami tahap kebimbangan terhadap
aktiviti-aktiviti yang perlu mereka lakukan dalam kursus ini. Bagaimanapun, perasaan
bimbang dan resah ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa atau unik. Keresahan
terhadap kursus GB6023 merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh pelajar
yang mengikuti kursus ini.

2. Faktor latar belakang seperti jantina dan umur tidak memberi pengaruh yang
signifikan terhadap tahap keresahan dalam kalangan pelajar. Kajian ini menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar dari kumpulan umur kurang 30
tahun, 30 hingga 40 tahun dan lebih dari 40 tahun terhadap kursus GB6023. Begitu
juga dengan pelajar lelaki atau perempuan. Hal ini dibuktikan melalui pelbagai kajian
mengenai tahap kebimbangan pelajar dalam pelbagai bidang. Kajian yang dilakukan
oleh Siti Zalikha (2002) mendapati tahap kebimbangan pelajar TESL antara jantina
tidak mempunyai perbezaan yang signifikan.

You might also like