Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Ulasan Artikel

Obesiti merupakan salah satu masalah kesihatan yang amat membimbangkan. Ia


berpunca daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan individu yang
mengakibatkan kenaikan berat badan secara tidak sihat dan mendadak. Obesiti boleh terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan dan akhirnya boleh mengundang pelbagai jenis
penyakit yang berbahaya. Obesiti kini menjadi satu isu yang besar dan serius yang semakin
menular di kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Masalah ini semakin memudaratkan dan
kini menjadi satu kebimbangan kepada semua pihak. Bagi menganalisa masalah ini, satu
ulasan telah dilakukan berdasarkan lima artikel yang berkaitan dengan obesiti yang semakin
menular di kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Kelima-lima artikel ini, menghuraikan akan
definisi obesiti, punca dan factor yang mendorong serta pencegahan untuk mengelakkan
daripada obesiti terus meningkat di kalangan pelajar sekolah.
Definisi obesiti juga sering dikaitkan dengan peyakit-penyakit yang merbahaya.
Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga
diabetes. (Wan,2004). Ini menyebabkan keadaan obesiti semakin menakutkan pelbagai
pihak kerana ia juga boleh membawa kematian. Di Malaysia, masalah ini semakin mendapat
perhatian kerana kadar obesiti di sekolah semakin meningkat dari hari ke hari. Di Malaysia,
peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10
tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8
peratus. (Abdul, 2014). Ini menyebabkan keraguan ramai pihak ayang bertindak menuding
jari ke arah satu sama lain sebagai faktor yang menyebabkan obesiti di kalangan pelajar
sekolah. Keadaaan berat badan yang melampau dan membimbangkan di kalangan pelajar-
pelajar ini boleh meletakkan diri mereka dalam risiko untuk mendapat penyakit-penyakit
yang merbahaya apabila mereka sudah dewasa kelak. Selain daripada itu, terdapat juga bukti
yang menunjukkan kanak-kanak yang pada waktu kecilnya sudah bersaiz badan besar akan
mengekalkan saiz badan yang sama apabila dewasa kelak. Tambahan pula, kanak-kanak yang
menghadapi masalah juga akan mengalam tekanan dan akan menunjukkan sikap yang
negative di sekolah. Ini sekaligus akan menyebabkan prestasi pelajaran mereka merosot;
kanak-kanak yang mengalami berat badan yang berlebihan atau obes akan berasa rendah
diri dan cuba mengelak daripada rakan-rakan sekelilingnya (Rose Idayu, 2009). Ini kerana
mereka akan berasa kurang yakin akan diri mereka disebabkan saiz badan mereka dan ini
akan menyebabkan mereka menyendirikan diri mereka dan kurang bergaul dengan rakan-
rakan mereka yang lain. Sesetengah daripada mereka juga menjadi mangsa buli akibat ejekan
yang melampau daripada kawan-kawan mereka yang berkaitan dengan fizikal tubuh badan
mereka yang besar. Oleh yang demikian, pergaulan sosial mereka akan terbatas dan mereka
akan bertindak untuk tidak melibatkan diri di dalam mana-mana aktivit yang dianjurkan oleh
pihak sekolah kerana perasaa malu akan diri mereka sendiri.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya obesiti. Kita tidak seharusnya
menuding jari ke arah mana-mana pihak tertentu sebaliknya berusaha untuk mencari punca
obesiti bersama-sama dengan tujuan untuk mencari jalan penyelesaian. Antara faktor-faktor
yang menjurus kepada peningkatan obesiti di kalangan pelajar sekolah adalah daripada pihak
sekolah, ibu bapa, media dan gaya hidup kanak-kanak tersendiri. Antaranya ialah, kesan
daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan
jasmani dalam kitaran hidup seharian( Pemakanan: Obesiti Dalam Kalangan Murid, 2007).
Gaya hidup kanak-kanak yang lebih menggemari makanan yang tidak sihat dan tinggi dengan
kolestrol dan kandungan gula yang tinggi merupakan antara faktor yang tertinggi yang
menyebabkan terjadinya obesiti di kalangan pelajar sekolah. Tabiat makanan yang tidak sihat
ini merupakan antara faktor utama kerana pemakanan yang tidak seimbang boleh
menggemukkan badan seseorang dan pada masa yang sama mengundang penyakit
merbahaya. Kanak-kanak pada zaman sekarang juga lebh gemar untuk terperosok di dalam
rumah menonton televisyen atau melayari internet dan bermain premainan komputer daripada
meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sihat. Sikap malas
yang menjurus kepada tidak melakukan kerja-kerja fizikal dan terlalu memanjakan tubuh
dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul
dalam badan kita (Wan, 2004) juga merupakan antara faktor utama yang mendorong
kepada perubahan fizikal kanak-kanak. Walaupun, genetik kanak-kanak juga memainkan
perana dalam menyebabkan berlakunya obes, sikap kanak-kanak yang malas masih
merupakan sebab utama kerana keadaan ini dapat diubah jika kanak-kanak rajin melakukan
aktiviti-aktiviti fizikal.
Selain daripada itu, ibu bapa juga merupakan antara faktor lain yang menyebabkan
berlakunya obesiti. Ibubapa yang sibuk bekerja dan mengejar kewangan lupa akan anak-anak
mereka dan tidak meluangkan masa yang secukupnya di rumah. Kebanyakkan daripada
mereka lebih gemar untuk makan makanan di luar rumah dan juga memilih makanan segera
seperti Mac Donalds, KFC, Pizza Hut dan lain-lain. Makanan-makanan ini kaya dengan
lemak dan mempunyai kandungan minyak dan garam yang tinggi. Maka, dengan menjadikan
makanan sebegini sebagai makanan rutin, tidak hairanlah bagi seseorang individu untuk
menjadi obes dan seterusnya mengalami masalah kesihatan. Di tambah pula dengan,
kemajuan Negara sejajar dengan teknologi canggih yang membantu manusia namun masih
membawa keburukan, obesity merupakan antara kesan kecanggihan teknologi ini. Ini kerana
mesin berteknologi tinggi yang dicipta manusia dengan tujuan untuk memudahkan
manusia (Azimah, 2007), menyebabkan manusia kurang melakukan kerja-kerja fizikal dan
mendorong mereka menjadi malas untuk melakukan aktiviti fizikal.
Bagi membantu semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai langkah
boleh diambil dan dilakukan. Pertamanya, ibubapa harus mengambil berat akan masalah ini
dan berusaha untuk menyediakan gaya makanan yang seimbang yang boleh diikuti oleh
kanak-kanak; ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka
tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan (Abdul,
2014). Ibu bapa harus mengawal pemakanan mereka dan menjadi contoh kepada anak-anak
tentang gaya hiduo sihat. Mereka juga harus membantu kaank-kanak dalam mendorong
mereka melakukan aktiviti fizikal seperti riadah dan senaman. Ini akan membantu kanak-
kanak dari segi fizikal, emosi dan rohani.
Kanak-kanak haruslah mempunyai kesedaran dan sedar akan risiko dan kesan
daripada besiti yang akan memudaratkan kesihatan. Berdasarkan sebuah artikel yang diulas
(Azimah, 2007), Pengaruh yang dibawa oleh televisyen ini juga turut menyumbangkan
kepada faktor-faktor obesiti yang lain seperti kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga
pengambilan makanan ringan yang berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.
Kanak-kanak bukan sahaja terpengaruh dengan iklan di televisyen mengenai makanan-
makanan tidak sihat yang dipaparkan, malah mereka juga gemar untuk menghabiskan masa
di hadapan televisyen sambil menikmati makanan ringan kegemaran mereka. Sokongan
daripada pihak sekolah, ibubapa, dan kawan-kawan akan membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah ini. Kanak-kanak ini juga boleh diberi bimbingan dan kaunseling
untuk mengikuti gaya hidup sihat yang dapat mengubah gaya hidup yang diikuti selama ini.
Pihak sekolah juga memainkan peranan dalam memastikan hanya terdapat makanan yang
sihat disediakan di sekolah. Pihak sekolah harus memastikan tidak ada kanak-kanak obes di
sekolah dan jika terdapat masalah obes, maka tindakan yang sepatutnnya harus dilakukan
bagi membantu kanak-kanak tersebut.
Oleh yang demikian, pelbagai langkah dan cara dapat diambil untuk mencegah
masalah ini. Namun, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan campur tangan
daripada semua orang bagi kita sama-sama menangani isu obesity di kalangan pelajar
sekolah. Risiko yang mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ini adalah sangat tinggi
dan menakutkan, menyebabkan perkara ini harus dipandang serius. Pelajar-pelajar sekolah
ini yang bukan sahaja menerima masalah atas dasar fizikal mereka yang besar malah
kemungkinan mereka menghidapi penyakit merbahaya seperti penyakit kardiovaskular dan
lain-lain merupakan satu isu yang hangat diperdebatkan. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak untuk membantu golongan muda ini yang bakal menjadi
peneraju negara dan bangsa di waktu hadapan.
(1170 patah perkataan)

















Rujukan
Abdul Aziz, M. (2 March, 2014). Obesiti dan implikasi terhadap pelaksanaan subjek Pendidikan
Jasmani & kesihatan. Retrieved 22 March, 2014, from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/210071120/Obesiti-Dan-Implikasi-Terhadap-Pelaksanaan-
Subjek-Pendidikan-Jasmani
Azimah, A. (8 Oktober, 2007). Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar
Bandar. Retrieved 20 March, 2014, from Universiti Pendidikan Sultan Idris:
http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=kvjmbcbvodwdcv45ouive
shsrjikupjd20091103202458445
Obesiti. (2 August, 2010). Retrieved 20 March, 2014, from Apakah itu Obesiti?: http://pengenalan-
obesiti.blogspot.com/2010_08_01_archive.html
Rose Idayu, I. (3 Julai, 2009). Tahap Komposisi Tubuh Badan Pelajar Perempuan Tahap Dua Sekolah
Rendah. Retrieved 24 March, 2014, from Universiti Pendidikan Sultan Idris:
http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=Mjpi5qWJsyNENhmHyjh5
yXaRiBUmwp5k20090703165751834
Wan Mohd Syafnan, W. (2004). Obesiti-Faktor, Kesan dan Rawatan. Retrieved 27 March, 2014, from
Academia.edu: http://www.academia.edu/4122301/Obesiti-Faktor_Kesan_dan_Rawatan

You might also like