Laporan Pelaksanaan Internship

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NUR AFIQAH BINTI AZHAR


PROGRAM : CERAMAH
NAMA SEKOLAH : SK PANGKALAN TLDM, TELUK SEPANGGAR
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM NUZUL QURAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI (10.00AM - 12.00PM)
OBJEKTIF:

1. Meningkat dan memantapkan lagi amalan-amalan fardu ain dikalangan murid-
murid.

2. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan
Ramadhan al-Mubarak.

3. Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis
dibulan ramadhan.

4. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang mana disyariatkan berpuasa bagi
seluruh umat Islam.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan bersama-sama dengan Penolong Kanan Pentadbiran, En.
Hussain Bin Haji Othman berkenaan projek-projek yang akan dilaksanakan di
sekolah.
2. Perbincangan bersama ketua Panitia Pendidikan Islam mengenai program
ceramah Nuzul Quran sempena program Ihya Ramadhan.
3. Penyediaan kertas kerja untuk program ceramah Nuzul Quran.
4. Mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar untuk menganjurkan Program
Ceramah Nuzul Quran.
5. Mengedarkan surat jemputan kepada penceramah jemputan Ustaz Syahir Bin
Ismail.
6. Melakukan persiapan tempat sempena program Nuzul Quran (25/7/2013)
7. Mengatur kedudukan murid lelaki dan perempuan sepanjang majlis berlangsung.
8. Mencari penceramah gantian apabila penceramah jemputan tidak dapat hadir.
9. Majlis ditukar kepada program kuiz agama sementara mencari penceramah
gantian
10. Ustaz Hafiz dijemput untuk memberikan ceramah sempena Program Ceramah
Nuzul Quran.

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti
Program Ceramah Nuzul adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada murid
sebagai satu cara meraikan kedatangan bulan ramadhan. Murid-murid diberikan
penerangan mengenai peristiwa turunnya Al-Quran bagi menghayati keindahan dan
kemuliaan Al-Quran dalam diri umat islam.
Program yang diatur bersama Panitia Pendidikan Islam ini bukan sahaja
mengadakan ceramah tetapi juga dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,
zikir As-Maulhusna dan juga kuiz agama. Bacaan ayat-ayat suci ini bukan sahaja
dibaca sempena majlis Nuzul Quran tetapi juga mempunyai tujuan yang lebih luas iaitu
untuk menerapkan nilai dan penghayatan yang terdapat dalam bacaan ayat-ayat suci
Al-Quran disamping menerapkan budaya membaca Al-quran.
Walaupun penceramah jemputan tidak dapat hadir pada program ini tetapi
kesungguhan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru untuk membantu
memastikan perjalanan program ini berlansung supaya perhimpunan murid-murid tidak
menjadi sia-sia. Usaha dan bantuan yang diberikan guru maenunjukkan kerjasama dan
ikatan ukhwah yang terjalin sepanjang kami menjalani praktikum fasa 3 dan internship
dieratkan lagi bersempena bulan ramadhan yang mulia ini. kesabaran murid-murid
untuk duduk dan bersama-sama dengan menjayakan program ini seharusnya dipuji
walaupun dalam keadaan berpuasa dan kurang selasa kerana cuaca panas, tetapi
mereka membuktikan bahawa bulan ramadhan bukanlah penghalang kepada mereka
untuk memperolehi nikmat-nikmat pahala dalam bulan ramadhan ini.

2) Kekurangan Projek/Aktiviti:
Walaupun perancangan yang dilaksanakan cukup baik dan mendapat kerjasama
daripada pihak sekolah, namun cabaran dalam menjayakan program ini tetap wujud.
Cabaran paling besar adalah apabila penceramah jemputan memaklumkan beliau tidak
dapat hadir sewaktu program hampir bermula. ketidakhadiran penceramah ini
menyebabkan program tidak dapat berlansung mengikut ketetapan yang telah
dirancang. Usaha mencari penceramah jemputan berjaya apabila Ustaz Hafiz, ustaz di
sekolah ini bersetuju untuk memberikan ceramah walaupun tanpa apa-apa persediaan
yang dilakukan.
Kami juga perlu memberikan perhatian terhadap pemberitahuan dan malkluman
kepada guru-guru dan murid-murid beberapa hari sebelum program berlansung.
Kegagalan komunikasi antar pihak kami dengan guru-guru dan murid-murid sedikit
sebanyak menimbulkan kekeliruan kepada guru-guru dan murid-murid mengenai
program yang akan dijalankan.
Kesilapan daripada pihak guru pelatih untuk menyediakan Plan B sekiranya
program tidak dapat berjalan mengikut perancangan sememangnya amat dikesali.
Seharusnya pihak kami lebih prihatin terhadap prosedur-prosedur yang perlu dilakukan
untuk menjemput penceramah jemputan untuk memastikan sesuatu program dapat
berjalan dengan lancar.
Selain itu kawalan terhadap murid-murid juga perlu dipertingkatkan bagi
memastikan murid-murid dapat menimba seberapa banyak ilmu yang disampaikan oleh
penceramah jemputan. Sikap murid dalam sesuatu ceramah menunjukkan
mencerminkan sikap murid-murid. Oleh itu, kawalan murid-murid perlu kami perbaiki
untuk menjaga nama baik sekolah di mata orang luar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pada masa hadapan, kami perlu sentiasa bersedia dengan dengan sebarang
kemungkinan yang mungkin berlaku sewaktu menjayakan sesuatu program. Kami juga
perlu peka dengan prosedur dan persediaan untuk menjayakan sesuatu majlis untuk
memastikan sebarang masalah dapat dielakkan. Sebarang makluman terhadap
perjalanan program perlu dimaklumkan lebih awal kepada guru-guru dan murid-murid.
Kawalan murid-murid perlu kami perbaiki untuk menjaga nama baik sekolah di mata
orang luar.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kami berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh
pihak sekolah sepanjang kami melaksanakan program ini. beberapa kekurangan yang
kami hadapi akan dijadikan pengajaran kepada kami untuk menjadi guru yang lebih
baik pada masa hadapan. Kesepakatan dan kerjasama antara semua pihak menjadi
menjadikan kerja kami lebih mudah dan senang diuruskan.




Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

Tandatangan :_____________________ Tandatangan:_____________________
Nama :_____________________ Nama :_____________________
Tarikh :_____________________ Tarikh :_____________________
Lampiran

Gambar 1: Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Gambar 2: Sesi Kuiz Agama

Gambar 3: Sesi Kuiz Agama

Gambar 4: Sesi Ceramah Ustaz Hafiz


Gambar 5: Sesi Ceramah Ustaz Hafiz

You might also like