Refleksi PDP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

HBEF 3603 2014

1


HBEF 3603
PROFESSIONAL PRACTICE


REFLEKTIF JURNAL

_______________________________________________________

NAMA : SITI LORENA BINTI EDMUND
NO MATRIK : 720917125282001
NO. KAD PENGENALAN : 720917125282
EMAIL : sitilorenaedmund@yahoo.com
NO.TELEFON : 0198089621





HBEF 3603 2014

2

Reflektif Jurnal
Refleksi ini adalah berdasarkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada
tarikh 13Februari 2014 dan 13 Mac 2014. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada
murid perempuan tahap 2 seramai 30 orang. Inovasi ini saya laksanakan hasil pemerhatian
tehadap tahap ketangkasan murid-murid tahap dua dalam permainan bola jaring yang agak
lemah. Sesuai dengan tajuk kajian yang saya jalankan maka saya telah membuat inovasi
pengajaran dengan menggunakan latihan litar ubahsuai dalam meningkatkan tahap ketangkasan
murid.

Saya telah memilih aktiviti yang berlainan pada setiap stesen yang bersesuaian dengan
umur, fizikal, tahap kecergasan dan kesediaan murid. Latihan litar ini telah diubahsuai kepada
empat stesen yang mengandungi empat aktiviti senaman yang telah dipilih, diatur dan
dinomborkan mengikut tempat tertentu, iaitu :
i) Stesen 1 Lari ulang alik 10m
ii) Stesen 2 Bangkit tubi
iii) Stesen 3 Lompat kuadran
iv) Stesen 4 Lentik Belakang

Saya telah mempelbagai aktiviti Semasa menjalankan aktiviti pemanasan badan seperti
aktiviti pemanasan badan dengan melakukan aktiviti lari setempat dengan pelbagai arah dan
tahap kepantasan mengikut rentak muzik. Ianya sesuai bagi menguji ketangkasan murid-murid
dalam menukar mengikut arahan guru dan rentak muzik yang dimainkan. Seterusnya akiviti
regangan dalam dilakukan untuk menggelakkan daripada berlakunya sebarang kecederaan. Pada
sesi kedua pengajaran dan pembelajaran, saya mengubah corak aktiviti pemanasan badan dengan
murid melakukan permainan seperti permainan belalang belatuk. Cara ini sangat menyeronokkan
HBEF 3603 2014

3

dan mengembirakan murid-murid kerana dapat melakukan aktiviti pemanasan badan dengan
kaedah bermain.

Sebelum memulakan aktiviti pada setiap stesen, saya terlebih dahulu memberi penerangan
dan memanggil murid untuk mendemontrasi aktiviti yang akan dilakukan pada setiap stesen.
Saya telah melabelkan stesen nombor dan aktiviti pada setiap stesen agar tidak menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan murid. Namun begitu pada sesi pertama pengajaran aktiviti berstesen
tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Terdapat sebahagian daripada murid tidak dapat
melakukan aktiviti seperti lompat kuadran dan lari ulang alik dengan betul. Begitu juga dari segi
pengurusan masa yang tidak tepat seperti dalam perancangan. Kelemahan ini adalah disebabkan
penerangan dan arahan yang tidak jelas. Setelah sesi kedua pengajaran, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar.

Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses
rakaman pengajaran dan pembelajaran ini. Tambahan pula saya menggunakan murid-murid
perempuan tahap 2 yang terlibat dalam kelab bola jaring. Saya melaksanakan inovasi pengajaran
ini pada waktu pengajaran pendidikan jasmani kelas tahun 6 yang bermula pada jam 7.00 pagi
sehingga 8.00 pagi. Sebelum melaksanakan pengajaran inovasi saya terlebih dahulu telah
berbincang dengan guru pembimbing iaitu En. Laini Bahar tentang kaedah latihan litar ubahsuai.
Beliau merupakan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang sains sukan. Setelah
memaklumkan tarikh dan masa pengajaran kepada beliau saya juga telah memaklumkan kepada
pihak pentadbir berkaitan pelaksanaan inovasi pengajaran dan kajian yang saya jalankan ke atas
murid-murid kelab bola jaring. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kerana
pihak pentadbir dan rakan sejawat banyak memberi sokongan, idea dan sedia membantu.

Perlaksanaan inovasi ini lebih banyak menggunakan peralatan yang sedia ada disekolah.
Saya tidak menggunakan peralatan seperti ICT dalam penyampaian memandangkan sekolah saya
ini tidak mempunyai kemudahan alat pemancar seperti LCD kerana telah musnah dalam
HBEF 3603 2014

4

kebakaran. Walaupun begitu saya dapati murid-murid dapat memahami penerangan yang
diberikan. Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang
ringkas yang diutarakan sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang
disampaikan pada sesi Cooling Down. Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang
kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas
dan kurang selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan
memanggil mereka supaya memberi perhatian.

Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran inovasi
dilaksanakan adalah arahan yang tidak jelas menyebabkan murid tidak dapat melakukan aktiviti
dengan baik. Saya juga boleh menyediakan soalan-soalan pengukuhan yang lebih menarik
seperti menyediakannya dalam bentuk bahan bercetak dan dijawab secara berkumpulan. Namun
melalui borang pemerhatian yang dicatatkan tentang tahap perlakuan setiap aktiviti bagi setiap
orang murid telah menunjukkan peningkatan. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan kaedah
latihan litar ini berkesan dalam meningkatkan tahap ketangkasan murid. Sebagai seorang guru
saya bertekad untuk melaksanakan pelbagai inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan lebih bermakna kepada murid-murid.

You might also like