Royalti - Perlembagaan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

No. Matrik: 202949


1
1.0 Pengenalan
Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan Negara mundur kepada Negara
sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah status Negara maju, seperti
yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawasan 2020. Dalam mengejar pembangunan
yang pesat dan kehadapan, Negara kita juga terpaksa melalui atau menghadapi pelbagai jenis
masalah dalam Negara. Antaranya adalah isu Royalti, Wang ehsan dalam pengagihan hasil
Petroleum di Negara kita.
Royalti adalah biasanya dipersetujui sebagai peratusan daripada pendapatan kasar atau
bersih yang diperolehi daripada penggunaan aset atau harga tetap setiap unit yang dijual.
Faedah royalti atau hak untuk mengumpul aliran pembayaran royalti, sering digunakan dalam
industri minyak dan industri muzik. Royalti petroleum pula bermaksud agihan elaun yang
diberikan kepada negeri-negeri tertentu di Malaysia diatas usaha kerajaan negeri tersebut.
Elaun pendapatan ini diberikan kepada negeri-negeri di Malaysia yang menempatkan cari
gali di Malaysia. Iaitu, Kerajaan Pusat boleh memberi lesen parti untuk mengekstrak sumber-
sumber dan pada masa yang sama membayar sewa sumber, atau royalti yang dikatakan nilai
atau paduan keuntungan kepada kerajaan negeri (Pemilik sumber-sumber petroleum dan
mineral). Kadar royalti ditentukan sebagai kadar peningkatan daripada 1-5% daripada
pendapatan kasar sehingga kos telah pulih.
Dengan cara ini, keuntungan dikongsi bersama antara kerajaan (sebagai pemilik
sumber) dan pemaju petroleum. Sesebuah kerajaan negeri misalnya Kelantan, akan
memberikan hak cari gali petroleum kepada syarikat Petrokimia gergasi Negara, sebaliknya
negeri tersebut akan menerima peratusan royati yang akan terjana dari pada hasil pengeluaran
petroleum (penjualan petroleum). Lokasi cari gali sebuah pelantar minyak perlulah berada di
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
2
dalam lingkunag kawasan sesebuah negeri and aktiviti pengalian perlulah giat dijalankan. Ini
merupakan syarat utama yang memmungkinan sesebuah negeri di Malaysia menerima royalti
dari hasil pengeluaran petroleum. Di Malaysia negeri-negeri yang menerima royalti
Petroleum ialah Terengganu dan Sabah yang menerima royalty sebanyak 5% setahun dari
hasil pengeluaran petroleum.

2.0 Konsep Royalti
Royalti ialah bayaran berasaskan penggunaan yang dibayar oleh satu pihak (pemegang
lesen) kepada pihak lain (pemberi lesen) untuk suatu aset yang sedang digunakan, sebagai
hak harta intelek. Biasanya, royalti merupakan peratusan jualan kasar atau bersih yang
diperoleh daripada penggunaan aset atau harga tetap seunit barang yang dijual. Kepentingan
royalti ialah hak untuk mengumpul bayaran royalti tanpa henti pada masa akan datang,
seperti yang sering dilaksanakan dalam industri minyak dan industri muzik untuk
menetapkan peratusan milikan pengeluaran atau pendapatan masa depan dari pegangan pajak
tertentu, yang boleh dilucutkan dari pemilik asal aset itu.
Perjanjian lesen menetapkan syarat-syarat pelesenan sumber atau harta seperti
petroleum, bahan galian, paten, cap dagang, dan hak cipta oleh satu pihak kepada pihak lain,
sama ada tanpa had atau tertakluk kepada ketentuan syarat, wilayah perniagaan atau geografi,
jenis barang, dan sebagainya. Perjanjian lesen boleh dipantau, khususnya jika sumber itu
milik kerajaan, ataupun menjadi kontrak persendirian yang mengikuti struktur am.
Peruntukan-peruntukan seumpamanya juga ditemui dalam sesetengah jenis perjanjian
francais tertentu.
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
3
Royalti juga adalah suatu jumlah yang dibayarkan atau terhutang dengan cara atau
perhitungan apa pun, baik dilakukan secara berkala mahupun tidak, sebagai imbalan atas:
1. Penggunaan atau hak menggunakan hak cipta di bidang kesusasteraan, kesenian atau
karya ilmiah, paten, disain atau model, rencana, formula atau proses rahsia atau
bentuk hak kekayaan intelektual dan industrial atau hak serupa lainnya;
2. Penggunaan atau hak menggunakan peralatan dan perlengkapan industrial, komersial
atau ilmiah;
3. Pemberian pengetahuan atau informasi di bidang ilmiah, teknikal, industrial atau
komersial;
4. Pemberian bantuan tambahan atau pelengkap sehubungan dengan penggunaan atau
hak menggunakan hak-hak tersebut pada angka 1, penggunaan atau hak menggunakan
peralatan dan perlengkapan tersebut pada angka 2, atau pemberian pengetahuan atau
informasi tersebut pada angka 3, berupa:
Penerimaan atau hak menerima rekaman gambar atau rekaman suara atau
keduanya, yang disalurkan kepada masyarakat melalui satelit, kabel, serat optik,
atau teknologi yang serupa;
Penggunaan atau hak menggunakan rekaman gambar atau rekaman suara atau
keduanya, untuk siaran television atau radio yang disiarkan melalui satelit, kabel,
serat optik, atau teknologi yang serupa;
Penggunaan atau hak menggunakan sebahagian atau seluruh spektrum radio
komunikasi;
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
4
5. Penggunaan atau hak menggunakan film gambar hidup (motion picture films),
film atau pita video untuk siaran televisi, atau pita suara untuk siaran radio;
6. Pelepasan seluruhnya atau sebagian hak yang berkenaan dengan penggunaan
atau pemberian hak kekayaan intelektual dan industrial atau hak-hak lainnya
sebagaimana tersebut di atas.
3.0 Konsep Wang Ehsan
Wang ehsan petroleum pula bermaksud imbuhan yang berbentuk bukan wang yang akan
diberikan kepada sesebuah negeri yang mempunyai kawasan cari gali petroleum bukan di
dalam lingkaran kawasan perairannnya, dan wang ehsan ini diberikan diatas keprihatian
kerajaan persekutuan. Wang ehsan ini tidak termaktub dalam perjanjian diantara syarikat
petronas dengan kerajaan persekutuan dan ia telah dimulakan pada tahun 2000 di bawah
pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammed.
Wang ehsan yang dibayar oleh kerajaan persekutuan ini perlulah digunakan oleh
kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Contohnya kerajaan persekutuan boleh
mempertingkatkan usaha pembangunan di sesebuah negeri. Pembanguan yang dijalankan
mestilah bersesuaian dan untuk pambanguan masyarakat negeri terbabit. Wang ehsan berkait
dengan petroleum tidak lagi dibayar terus ke dalam akaun kerajaan negeri. Sebaliknya akan
disalurkan menerusi jabatan baru, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Ini bermakna
agensi kerajaan persekutuan yang akan mengagihkan wang tersebut, bukan agensi kerajaan
negeri.


GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
5
4.0 Maksud Petroleum
Petroleum atau minyak batu-batan sebagaimana bahan itu dikenali pada zaman silam
berasal daripada perkataan Latin Petra yang bermaksud batu atau batu-batan dan oleum
yang bermaksud minyak. Ia wujud dengan banyaknya di dalam tanah dalam bentuk cecair,
gas, separuh pepejal atau pepejal, ataupun lebih daripada satu bentuk di sesuatu tempat itu.
Dari segi kimianya, petroleum merupakan sejenis campuran amat kompleks yang
sebahagian besarnya terdiri daripada hidrokarbon (hidrogen dan karbon). Minyak mentah
mengandungi hidrogen cair, manakala gas asli mengandungi hidrokarbon parafin yang lebih
ringan; dan terdiri kebanyakannya daripada metana. Petroleum dalam bentuk pepejal wujud
sebagai tar dan asfalt.
5.0 Sejarah Petroleum Di Malaysia
Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abadke-19. Penduduk Sarawak dan Sabah telah
pun tahu tentang wujudnya serapan minyak atau minyak tanah (earth oil) seperti dikenali
ketika itu di setengah-setengah tempat di negeri itu, terutamanya di sekitar perkampung Miri.
Catatan awal wujudnya minyak di Miri dibuat pada bulan Julai 1882 oleh Residen British
Daerah Baram.
Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan
minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk
tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran
damar untuk menampal perahu.
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
6
Pada tahun 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat
Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber
petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.
Pada Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong
minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya
industri petroleum secara komersial di Malaysia.
Pada 1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan
bandar Miri sahaja.
Pada tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan
dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
Pda tahun 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan
pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak
telah diusahakan.
Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas
terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak'
pernah dilaporkan di Bagan Datoh, Perak.
Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan
Semenanjung Malaysia.


GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
7
6.0 Peranan Petroleum
Petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada negara.
Petroleum merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara.
Minyak menjadi nadi kepada pembangunan kawasan setempat seperti di Miri,
Sarawak, Kerteh di Terengganu dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Teknologi dan kepakaran berkaitan petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia
hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari Belanda, Britain dan Amerika.
Peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah dapat
diwujudkan.

7.0 Akta Petroleum 1974
Hasil Petroleum adalah suatu sumber baru bagi negara ini. Sumber baru ini bergantung
kepada tiga Akta Parlimen iaitu Akta Pelantaran Benua 1963 (Continental Sheft Act 1963),
Akta Perlombongan Petroleum 1963 (Petroleum Mining Act 1963) dan Akta Petroleum 1974
(Petroleum Development Act 1974).
Tiap-tiap Akta ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada awal tahun 1960-an,
Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson telah melawat Malaysia. Hasil daripada
lawatan itu, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menasihatkan Kerajaan Malaysia mencari
jalan untuk melibatkan kapal perang Amerika Syarikat (US Seventh Fleet) untuk mengawal
keselamatan di perairan Laut China Selatan.
Atas hasrat inilah Parlimen Malaysia meluluskan dua Akta iaitu Akta Pelantaran
Benua 1963 (Continental Sheft Act 1963) dan Akta Perlombongan Petroleum 1963
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
8
(Petroleum Mining Act 1963). Mengikut kedua-dua Akta ini, mana-mana syarikat yang
hendak mencari minyak hendaklah mendapat lesen daripada kerajaan negeri. Sekiranya,
tempat yang hendak dicari itu berada di dalam kawasan perairan negeri (3 batu nautika
daripada pantai) meski pun Konvensyen Geneva 1958 telah meluaskan kawasan perairan
kepada 12 batu nautika. Kawasan tiga batu nautika ini dikenali dengan nama onshore.
Tetapi sekiranya tempat yang hendak dicari itu berada di luar kawasan perairan
pantai, kawasan itu dinamakan Continental Shelf atau offshore maka Lesen hanya
dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Di bawah kedua-dua Akta ini terdapat beberapa buah
syarikat minyak yang termasyur seperti Shell, Esso dan Conoco telah membuat permohonan
dan mendapatkan lesen untuk mencari minyak di Continental Shelf (off shore) di dasar Laut
China Selatan, iaitu berhadapan sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia.
Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( PDA), yang mulai berkuatkuasa pada 1
Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang
didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.
Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di
Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada
tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan
masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas
membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan
dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai
petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.



GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
9
8.0 Penubuhan PETRONAS
Penubuhan 17 Ogos 1974, Petroleum Nasional, PETRONAS, ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat-Syarikat,1965. Dalam perutusan diraja di Parlimen pada 5 November 1974, Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian mengenai perkara itu:
Kerajaan Beta telah pun menubuhkan Perbadanan Petroleum Nasional iaitu
PETRONAS, yang diberi kuasamilik dan kawalan ke atas semua perkara-perkara
berkaitan dengan petroleum di samping menyertai secara aktif di semua peringkat
perusahaan itu dari pengeluaran hinggalah kepada pengedaran. Dengan ini Kerajaan
akan dapat menentukan bahawa rakyat dan negara akan mendapat manfaat yang
sebesar-besarnya dari kekayaan hasil bumi ini. Ini adalah sesuai dengan hasrat kita
untuk berdikari di dalam semua lapangan seperti pengeluaran baja, bahan-bahan
mentah bagi membuat plastik dan lain-lain barang yang ada kaitan dengan perusahaan
petroleum. Oleh yang demikian ramai rakyat kita akan berpeluang mendapat
pekerjaan dan memperolehi kemahiran. Dalam perusahaan petroliam ini peluang-
peluang baru akan muncul dan perkara ini akan tidak dapat tidak akan menolong
Kerajaan Beta terus melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
Pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum diluluskan di Parlimen. Akta ini meletakkan
kepada PETRONAS kesemua hakmilik dan kawalan ke atas sumber petroleum negara, dan
menjadikan PETRONAS bertanggungjawap untuk mengurus sumber ini demi kepentingan
negara. Akta Kemajuan Petroleum itu juga telah membentuk Majlis Penasihat Petroleum
Negara yangbertanggungjawap menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang
berhubung dengan petroleum dan petrokimia.

GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
10
9.0 Matlamat PETRONAS
Kenyataan terperinci tentang matlamat penubuhan PETRONAS tidak terdapat dalam satu-
satu dokumen rasmi kerajaan, tetapi berdasarkan kepada titah diraja yang terdahulu daripada
ini dan kenyataan dasar dalam Rancangan Malaysia Ketiga, matlamat penubuhan
PETRONAS boleh digariskan seperti berikut:
Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan hak kepentingan yang sah bagi rakyat
Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petroluem.
Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahahasil dan
menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi
keperluan sekarang dan masa depan negara.
Untuk menyertai secara aktif dalam pengusaha hasilan petroleum dan memasar serta
mengedarkan petroleum dan hasil petroleum.
Untuk memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil
petrokimia dengan harga yang berpatutan.
Untuk menggalakan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan
membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam
menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan
Untuk memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah
sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.


GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
11
10.0 Perkembangan PETRONAS 1974-1984
Dengan berkuatkuasanya Akta Kemajuan Petroleum, pengurusan secara sempurna dan
operasi seharian industri petroleum Malaysia terletak sepenuhnya di tangan PETRONAS.
Langkahnya yang pertama ialah menukarkan Sistem Konsesi yang usang kepada Perjanjian
Perkongsian Pengeluaran yang di dalamnya termuat konsep baru tentang pemilikan dan
pengawalan negara terhadap industri petroleum, di samping perkongsian yang lebih saksama
kepada negara bagi sebarang petroleum yang dikeluarkan dari wilayah Malaysia.
Masa yang diambil adalah agak lama juga sebelum peraturan baru ini dapat
diperkenalkan, tetapi pada akhir tahun 1976, Perjanjian Perkongsian Pengeluaran
ditandatangani dengan tiga buah syarikat pengeluar minyak, iaitu Sabah Shell, Sarawak Shell
dan Esso.
Pada peringkat awal penubuhannya, PETRONAS terpaksa menumpukan perhatian
yang lebih kepada penyeliaan dan pengawalan kegiatan eksplorasi dan kontraktornya untuk
memastikan supaya industri petroleum berkembang dengan sihat dan teratur. PETRONAS
terpaksa memperkenalkan cara kawalan yang sempurna, serta mengadakan prosedur dan
peraturan berhubung dengan operasi petroleum di Malaysia supaya ianya berjalan selaras
dengan dasar petroleum negara dan piawaian antarabangsa yang paling tinggi.





GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
12
11.0 Konsep dan Cara Agihan Hasil Petroleum Di Malaysia

Di bawah AKTA Petroleum 1974, wang royalti bermaksud wang tunai yang akan di
bayar kepada sesebuah negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun
1975/76 Negeri negeri tersebut akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai
petroleum yang ditemui dalam negeri berkenaan. Semua negeri adalah sama haknya.
Walaupun negeri-negeri tersebut adalah sama haknya, tetapi negeri-negeri tersebut
perlulah mempunai kelayakan-kelayakan khusus yang akan memungkinkan negeri-negeri itu
untuk menerima royalti 5% petroleum. Kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk
mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan
kerajaan Negeri tahun 1975/1976 adalah Telaga minyak atau gas mesti berada dalam
sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu
nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun
1969).
Tetapi bagi kerajaan Sabah dan Sarawak, yang masih menerima royalti bagi hasil
pengeluaran petroleum walaupun telaga minyak berada di luar kawasan lingkungan 3 batu
nautika kerana sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia
mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta
kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf
semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963. Justeru itu, kerajaan persekutuan dan syarikat
Petronas tidak menggangu hak istimewa yang telah diiktiraf ini.
Walaubagaimana pun tuntutan atau pembayaran wang ehsan oleh kerajaan
persekutuan kepada kerajaan negeri tidak termaktub dalam Perjantian Petroleum 1974.

GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
13
12.0 Hak Kerajaan Pusat
Kerajaan persekutuan Malaysia di bawah kepimpinan Datu Seri Najib Razak, hanya
mempunyai hak dalam menentukan pembayaran wang ehsan kepada kerajaan negeri. Wang
ehsan ini akan dibayar dalam bentuk pembangunan. Pembayarn wang ehsan yang berbentuk
bukan wang dimeterai pada tahun 2000 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammed.
Pembanguan ini mestilah berlandaskan kepada kebajikan rakyat di dalam sesebuah negeri
tersebut.
Selalunya wang ehsan yang dibayar adalah kepada negeri negeri yang mempunyai
telaga cari gali diluar lingkunag kawasan kelayakan seperti yang termaktub di dalam Akta
Petroleum 1974. Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai untuk hak mempertikaikan perkara-
perkara yang termaktub di dalam Akta Petroleum Malaysia 1974 namun sekiranya ia
bercanggah dengan perlembagaan, maka Kerajaan Persekutuan boleh mengambil langkah
langkah yang sewajarnya.


13.0 Hak Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri di Malaysia mempunyai haknya yang tersendiri jika kerajaan negeri terbabit
telah mandatangani perjanjian dengan dengan Petronas Malaysia di bawah Akta Petrileum
1974. Menurut perjanjian Akta Petroleum 1974, sesebuah kerajaan negeri berhak dalam
mandapat royalti 5% dari Petronas sekiranya telaga minyak berada dalam lingkunga 3 batu
nautika dari perairan sesebuah negeri itu. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri telah
memberi kebenaran kepada syarikat Petronas untuk menjalankan perniagaannya dan berhak
mendapat tuntutanya sekiranya terdapat kelayakan-kelayakan seperti termaktub dalam Akta
Petroleum 1974.

GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
14
14.0 Isu Royalti Petroleum Kerajaan Kelantan
Kerajaan negeri Kelantan telah manuntut hak untuk mendapat royalti 5% dari syarikat
Petronas pada tahun 1999. Kerajaan Kelantan menuntut hak untuk mendapat royalti kerana
berpendapat bahawa telaga cari gali berada dalam lingkungan 3 batu nautika dari persisiran
pantai negeri Kelantan. Namum begitu, tuntutan itu telah ditolak oleh kerajaan persekutuan
dan akhirnya kerajaan persekutuan bersetuju untuk membayar wang ehsan kepada kerajaan
negeri Kelantan.
Kerajaan persekutuan telah meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan
Kelantan dengan mendalam dan terperinci dari pelbagai sudut, termasuk sudut perundangan
berkaitan kuasa-kuasa Kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara. Dari segi
perundangan, Negeri seperti Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran
royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan daripada perairan Negeri tersebut. Dalam hal
ini, perairan Negeri Kelantan adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi
tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut (low water mark, dengan izin) atau pesisir
pantai negeri tersebut.
Pada masa ini, tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Negeri
Kelantan Oleh itu, dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada hak untuk
menuntut pembayaran royalti petroleum.
Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan
wang ehsan bagi Negeri Kelantan, sama seperti Negeri Terengganu. Keputusan ini juga
mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Negeri Kelantan dan juga
meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras dengan arus pembangunan perdana Negara.
Petronas telah memaklumkan Kerajaan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah
medan petroleum yang mengeluarkan hasil (producing field, dengan izin) dan ianya terletak
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
15
di luar perairan Negeri Kelantan. Medan tersebut adalah medan Bumi Selatan yang terletak di
dalam Blok PM301.
Pemberian wang ehsan kepada Negeri Kelantan akan mengambil kira pengeluaran
dan penjualan petroleum daripada medan Bumi Selatan. Penyaluran wang ehsan pertama
tersebut dibuat pada tahun 2010 setelah maklumat terperinci mengenai jumlah pengeluaran
gas serta tatacara berkaitan dimuktamadkan. Bagi memastikan pengagihan wang ehsan ini
dapat dinikmati manfaatnya secara langsung oleh rakyat Negeri Kelantan, peruntukan wang
tersebut disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian
kemiskinan dalam Negeri Kelantan yang dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan
Persekutuan setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

15.0 Isu Wang Royalti Kerajaan Terengganu pada tahun 1999 hingga 2000
Kenyataan Tun Dr. Mahatir tentang isu wang royalti ini disokong oleh Tan Sri Wan Mokhtar
Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu yang menyatakan Terengganu tidak mempunyai
hak ke atas wang minyak kerana ia bukanlah royalti yang wajib dibayar oleh kerajaan pusat.
Beliau menegaskan perjanjian antara kerajaan Terengganu dengan PETRONAS yang
ditandatangani pada 22 Mac 1975 di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974
bukanlah satu bentuk perjanjian tetapi persefahaman kerana persetujuan telah
dicapai atas dasar ihsan Kerajaan Pusat memandangkan Terengganu begiti daif ketika
itu dan perlu dibantu bagi membangunkan rakyatnya. Tambahan pula kedua-dua
kerajaan iaitu Pusat dan Negeri adalah kerajaan Barisan Nasional
Sebagai reaksi kenyataan tersebut, Tan Sri Mohd Hassan Marican, presiden dan ketua
pegawai eksekutif Petronas sehari kemudiannya menyatakan PETRONAS akan tetap
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
16
membayar kepada kerajaan Terengganu berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani
antara PETRONAS dan kerajaan Terenggangu pada 22 Mac 1975, melainkan terdapat arahan
sebaliknya.
Sejak dari kenyataan Tun Dr. Mahathir akan diikuti oleh beberapa pemimpin lain
tentang isu pembayaran wang royalti kepada Terengganu, akhirnya pada 5 September 2000,
kerajaan pusat dengan rasminya mengumumkan bayaran royalti kepada kerajaan Terenganu
akan diberhentikan dan digantikan dengan program pembiayaan wang ehsan.
Kerajaan pusat menjelaskan tindakan ini terpaksa diambil demi untuk memastikan rakyat
Terengganu mendapat pembelaan terus daripada kerajaan Persekutuan dan mempunyai
peluang seluas-luasnya untuk membaiki kehidupan masing-masing.

16.0 Dari Royalti Ke Wang Ehsan Kerajaan Terengganu
Punca utama yang menyebabkan berlakunya pertikaian ini ialah kerana kerajaan pusat
berpendapat tindakannya membatalkan perjanjian antara kerajaan Terengganu dan
PETRONAS yang ditandatangani pada 22 Mac 1975 adalag tidak berlawanan dengan
perentukan undang-undang.
Seksyen1 (1) perjanjian tersebut menyebut :
PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan negeri secara
bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang
didapati di Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau agen-agennya..
Bayaran ini hendaklah dibuat setiap enam bulan sekali, iaitu sebelum 1 September bagi
petroleum yang diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan yang pertama, dan 1 Mac
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
17
tahun berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan yang
kedua, iaitu daripada bulan Julai hingga Disember. Datuk Rais Yatim, menteri di Jabatan
Perdana Menteri menyatakan isitilah royalti yang digunakan oleh kerajaan Terengganu
sebagai tidak tepat kerana:
tidak ada dimana-mana dalam perjanjian ini yang boleh boleh difahamkan sebagai
bayaran royalti
Katanya, perjanjian itu adalah ihsan kerajaan pusat sahaja yang diketuai oleh Perdana
MenteriTun Abdul Razak bagi membela nasib rakyat Terengganu yang miskin ketika itu.
Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri tidak ada hak ke atas perjanjian tersebut kerana
minyak yang diusahkan dan diperolehi oleh PETRONAS adalah berpunca dari dasar laut
terbuka, iaitu yang dipunyai oleh kerajaan pusat. Ini kerana setelah menandatangani
perjanjian pada 22 Mac 1975, Terengganu telah menyerahkan haknya ke atas minyak kepada
kerajaan pusat buat selama-lamanya.
Bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri tersebut hak menerima
bayaran royalti berdasarkan kepada dua peruntukan undang-undang, iaitu Akta Kemajuan
Petroleum 1974 dan Akta Pelantar Benua 1996. Selain itu. Sabah dan Sarawak mempunyai
hak yang dijamin oleh perlembangaan di bawah peruntukan Perkara 112C(4) dan Bhagian V
Jadual Kesepuluh Perlembangaan (seksyen 1 dan 3).
Berlawanan dengan tafsiran kerajaan pusat, kerajaan PAS Terengganu mempunyai
pandangan yang berbeza. Mengenai tanggapan kerajaan pusat bahawa Terengganu tidak
layak menerima royalti kerana tidak ada locus standi dari segi undang-undang, kerajaan PAS
menyatakan tanggapan sedemikian adalah tidak tepat. Tun Salleh Abas, Pengerusi
Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Terengganu, yang juga bekas Ketua Hakim
Negara menegaskan Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan bahawa hak
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
18
kepunyaan petroleum keseluruhannya sama ada di darat atau di laut adalah terserah kepada
dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan telah
ditandatangani.
Kerajaan Terengganu juga berhujah bahawa hakikat PETRONAS membuat perjanjian
dengan negeri Terengganu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan pusat, sebelum
daripada tewasnya UMNO di Terengganu, mengakui bahawa minyak yang dijumpai di
Terengganu adalah hak negeri tersebut. Selain itu, kerajaan Terengganu juga menyatakan
peruntukan Perlembangaan Persekutuan sendiri yang memperuntukkan bahawa tanah adalah
dalam bidang kuasa kerajaan negeri sudah jelas untuk menunjukkan bahawa minyak yang
dijumpai di perairan Terengganu adalah hak Terengganu. Ini kerana konsep tanah biasanya
meliputi segala yang ada di dalam dan di atas bumi, termasuklah sungai dan laut. Justeru
itulah, hujah kerajaan Terengganu, PETRONAS telah membuat perjanjian dengan kerajaan
negeri Terengganu untuk mendapatkan hak mengusahakan pengeluaran minyak, dan
sebagainya balasannya bersetuju untuk memberi bayaran tunai sebanyak lima peratus
daripada hasil yang diperolehi kepada negeri Terengganu.
Kerajaan Terengganu juga mentanggah hujah kerajaan pusat bahawa Terengganu
tidak layak menerima wang royalti kerana dalam perjanjian pada 22 Mac 1975, bayaran wang
tunai ini tidak diberi sebarang nama sama ada royalti atau ehsan. Sanggahan ini dibuat kerana
kerajaan pusat menyembunyikan fakta bahawa satu lagi perjanjian dibuat antara PETRONAS
dan kerajaan Terengganu pada 16 September 1957, yang menyebut dengan jelas nama
bayaran wang tunai ini sebagai bayaran royalti. Ini disebut dalam surat Tan Sri Abdullah
Salleh selaku presiden PETRONAS kepada Dato Amar Diraja. Menteri Besar Negeri
Terengganu. Surat ini merakam persetujuan diantara PETRONAS dengan negeri Terengganu
tentang bagaimanakah lima peratus royalti itu dikira atau dihitung. Cara mengira
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
19
pembahagian kentungan ini dipanggil perkongsian pengeluaran. Dalam hal ini, syarikat yang
terlibat dalam pengeluaran, iaitu Eso dan Shell bersetuju membayar 10 peratus royalti
daripada penegluaran itu kepada PETRONAS yang mana PETRONAS kena membayarnya
pula separuh daripada itu kepada kerajaan persekutuan dan separuhnya lagi, iaitu lima peratus
kepada kerajaan Terengganu atau mana-mana kerajaan negeri yang mempunyai minyak.
Manakala 20 peratus daripada pengeluaran diambil oleh syarikat yang mengeluarkan minyak
dan selebihnya 70 peratus hendaklah di beri kepada PETRONAS.
Menjawap tuduhan kerajaan pusat yang menyatakan bahawa wang minyak di bayar
kepada Terengganu selama ini sebagai tanda persahabatan dan muhibah, dan juga kerana
Terengganu sebagai sebuah negeri miskin, Salleh Abas menyatakan ini sebagai tidak benar
negara,
negeri Terengganu mendapat royalti bukan dengan sebab Tun Razak kata mesti beri
kepada Terengganu [kerana ia miskin] tetapi kerana minyak didapati di Terengganu
Pemimpin PAS juga menyatakan bahawa pada hari inipun jika hendak dikatakan Terengganu
sudah kaya yang mewajarkan royalti ditarik balik, anggapan itu adalah tidak tepat. Ini kerana
kerana kadar kemiskinan di Terengganu adalah kedua tertinggi di Malaysia, iaitu 17.3 peratus
selepas Kelatan 19.2 peratus. Pendapatan bulanan isi rumah di Terengganu pada tahun 1988
adalah juga kedua terendah iaitu RM 1,497 selepas Kelantan RM 1,249. Dalam hal ini,
mereka menghujah biar pun Terengganu mempunyai hasil,minyak, namun Terengganu tetap
miskin kerana dibawah kerajaan dahulu, biar pun ada industri petroleum dan gas, tidak ada
kesan limpahan yang berlaku. Justeru itu, jika alasanya dulunya Terengganu dibantu kerana
ia miskin,maka sekarang ini pun Terengganu wajar juga dibantu kerana ia tetap miskin.
Berkaitan dengan pendapat kerajaan pusat yang menyatakan bahawa Terengganu
tidak layak mendapat royalti minyak kerana kawasan perairannya cumalah tiga batu nautika
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
20
dari pantai sahaja, sedangkan minyak dijumpai sejauh 197 nautika batu dari pantai, Tun
Salleh Abas berhujah sebaliknya. Katanya:
Continental shelf ialah dasar laut yang mulai daripada pantai negeri Terengganu atau
mana-mana negeri sahaja, sehinggalah jauh ke lautannya pada satu tempat atau paras
yang mana naiknya sekadar 200meter. Ini boleh jadi dua atau 300 batu asalkan dasar
laut negeri itu berasal atau bersambung daripada paras pasang surut sesebuah pantai
sehinggalah sampai ke satu tempat atau garisan yang mana paras dalamnya tidak lebih
dari 200 meter. Sekiranya lebih boleh juga dikirakan continental shelf atau dasar
lautan pada negeri itu.
Perbincangan di atas menunjukkan bahawa punca berlakunya pertikaian antara kerajaan pusat
dan kerajaan negeri berkaitan dengan wang royalti ini adalah kerana perbezaan tafsiran
kepada peruntukan undang-undang yang ada. Kerajaan Terengganu pusat berhujah atas dasar
bayaran royalti kepada Terengganu tidak ada dalam peruntukan perjanjian dan dahulunya
Terengganu diberi wang minyak kerana ia negeri yang miskin. Kerajaan Teremgganu pula
menganggap tindakan kerajaan pusat menghentikan bayaran secara tunai kepadanya atas hasil
petroleum yang digali menunjukan kerajaan pusat tidak menghormati perjanjian di antara
kerajaan Terengganu dengan PETRONAS, memperkecilkan kuasa parlimen yang telah
meluluskan Akta Petroleum itu dan membelakangi keputusan rakyat Terengganu yang
menolak UMNO.
Mengapa Kerajaan Pusat berbuat sedemikian?
Tindakan kerajaan pusat menghentikan bayaran royalti kepada kerajaan Terengganu dan
menggantikannya dengan program pembiayaan wang ehsan mendapat reaksi dari pelbagai
pihak. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang atas alasan yang tersendiri.
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
21
Terdapat beberapa sebab mengapa kerajaan pusat bertindak menarik balik
pembayaran wang royalti kepada kerajaan Terengganu. Selain dari menyatakan kerajaan
Terengganu tidak ada hak dari segi undang-undang seperti yang telah dibincangkan di atas,
kerajaan pusat juga menghujah tindakan ini terpaksa dilakukan kerana kerajaan PAS tidak
pandai mengurus duit untuk dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan negeri. Kerajaan pusat
menghujah bahawa wang yang telah dibayar kepada kerajaan Terengganu pada bulan
Februari 2000 sebanyak RM432 juta telah dibelanja dengan boros oleh kerajaan negeri,
bukan untuk tujuan pembangunan, tetapi untuk kepentingan parti. Jadi, kerajaan pusat perlu
menilai semula pembayaran penggunaan wang royalti kepada Terengganu agar ia tidak
disalah gunakan. Datuk Idris Jusoh, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu
menyatakan kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan dalam membelanjakan wang
minyak dan tidak boleh memberitahuke manakah wang sebanyak RM432 juta yang telah
dibayar dibelanjakan. Beliau menyatakan kerajaan negeri membelanjakan wang dengan boros
untuk tujuan lawatan exco ke luar negeri, menyambut kedatangan tetamu luar, mengadakan
seminar di hotel, dan memberikan jawatan besar dengan gaji yang lumayan kepada
penyokong PAS. Beliau berhujah cara perbelanjaan yang sebegini tidak akan
menguntungkan rakyat dan sebab itulah kerajaan pusat bertindak menarik balik pembayaran
wang royalti kepada kerajaan Terengganu dan menggantikannya dengan wang ehsan.
Selain itu, kerajaan pusat juga berhujah bahawa tindakan ini perlu diambil demi untuk
memberi keadilan kepada negeri-negeri lain yang mendakwa pemberian royalti tersebut
adalah tidak adil. Ini dapat dilihat dari kenyataan Datuk Mustapha Mohamed, Penasihat
Kementerian Kewangan yang menyatakan Ada beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri
yang lantang bersuara menentang pemberian royalti ini.
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
22
Kerajaan pusat juga berhujah tindakan ini diambil demi untuk membela rakyat
Terengganu seluruhanya daripada terus didiskriminasikan oleh kerajaan PAS yang hanya
menjaga penyokong PAS sahaja. Penyokong UMNO dikatakan dibuli oleh kerajaan PAS;
mereka yang mendapat bantuan kebajikan ditarik balik bantuan mereka. Atas alasan inilah
maka kerajaan pusat bertindak menarik balik bayaran royalti kepada kerajaan PAS. Hashim,
Senator Rosli Hassan, Ketua Penerangan UMNO Dunggun menghujah,
Hak pembayaran royalti minyak adalah hak Kerajaan Pusat dan...apa yang diberikan
kepada Terengganu sebelum ini adalah keistimewaan. Semasa Terengganu di bawah
kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, ia diberi keistimewaan kerana ditadbir oleh parti
yang mempunyai dasar yang sama dengan Kerajaan Pusat. Apabila Pas memerintah negeri
ini, keistimewaan itu sememangnya wajar dikaji balik kerana sudah wujud banyak perbezaan.
Di pihak kerajaan Terengganu pula, mereka mempunyai hujah yang berbeza. Mereka
mengatakan tindakan kerajaan pusat ini adalah satu tindakan dendam politik yang bertujuan
untuk menjatuhkan kerajaan PAS. Tanpa adanya wang sejumlah RM 810 juta yang dijangka
akan diterima oleh kerajaan Terengganu, maka kerajaan pusat dapat menunjukkan kepada
rakyat Terengganu, maka kerajaan pusat dapat menunjukkan kepada rakyat Terengganu
bahawa kerajaan PAS miskin, tidak ada wang, tidak pandai memerintah dan sebab itulah
gagal membawa pembangunan seperti yang dijanjikan. Kerajaan pusat dikatakan takut
sekiranya wang itu dikeluarkan PAS untuk digunakan bagi kepentingan rakyat seperti
menghapuskan tol, menghapuskan cukai pintu dan beberapa cukai lain. UMNO juga takut
dengan dasar kerajaan PAS yang menggunakan wang minyak untuk menaikkan gaji imam
dan ketua kampung, dan memberikan pinjaman kereta dan rumah tanpa faedah kepada
pegawai kerajaan. Justeru keyakinan UMNO bahawa adalah sukar baginya untuk merampas
kembali Terengganu dari tangan PAS sekiranya kerajaan PAS dapat meneruskan janji-janji
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
23
pilihan rayanya, maka PAS berhujah bahawa UMNO pun menggantikan wang royalti dengan
wang ehsan.
Selain itu, pemimpin PAS juga berhujah UMNO bertindak begini kerana ia tidak
mahu melihat PAS berterusan mendapat sokongan rakyat. Presiden parti gabungan PAS
dalam Barisan Alternatif (BA) dari Parti Rakyat Malaysia, Syed Husin Ali dalam kertas
kerjanya di Munaqasyah Royalti Minyak anjuran kerajaan Terengganu pada 21 Oktober 2000
menghujah tindakan kerajaan pusat ini sebagai satu tindakan politik Tun Dr. Mahatir untuk
menyekat perkembangan PAS-BA. Beliau tahu bahawa jikalau diselenggara dengan baik,
wang royalti itu boleh digunakan untuk projek-projek pembangunan yang betul-betul
menguntungkan golongan miskin dan sederhana di Terengganu. Dengan denikian akan
timbul satu model bagaimana hasil negara boleh digunakan untuk kebajikan dan
kesejahteraan rakyat ramai dan bukannya untuk kekayaan segelintir orang yang rapat dengan
pucuk pimpinan yang berkuasa saja.

17.0 Implikasi Krisis Wang Royalti Ke Atas Politik Terengganu
Sebelum pilihan raya umun 1999, kedudukan dan suasana politik Terengganu tidaklah
hangat. Hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah baik. Keadaan ini tidak
susah untuk difahami kerana kerajaan negeri dikuasai oleh parti yang sama dengan parti yang
memerintah di peringkat pusat. Apabila kerajaan UMNO tewas mengejutkan kepada PAS
dalam pilihan raya umum 1999, hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri menjadi
tegang. Salah satu faktor utama yang menyebabkan wujudnya ketegangan ini adalah
disebabkan oleh tindakan kerajaan pusat menarik balik pembayaran royalti minyak kepada
kerajaan Terengganu dan menggantikannya dengan wang ehsan.
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
24
Tindakan kerajaan pusat ini menimbulkan pelbagai implikasi. Pertama, ia mencabul
sistem federalisme negara kerana tindakan ini dibuat tanpa konsultasi dengan kerajaan
Terengganu. Mengikut Wheare, prinsip penting dalam sebuah sistem persekutuan ialah
wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan setiap kerajaan
ini hendaklah dihadkan bidang kuasa masing-masing dan pada ketika yang sama setiap satu
badan ini perlulah bebas serta tiada campur tangan antara satu sama lain. Dilihat dari aspek
ini, apabila kerajaan pusat menghentikan pembayaran wang royalti dan menubuhkan JPP
untuk membelanjakan wang tunai kepunyaan kerajaan Terengganu, maka ia dilihat sebagai
tidak mengiktiraf pilihan rakyat Terengganu, maka ia dilihat sebagai tidak mengiktiraf pilihan
rakyat Terengganu dan juga sebagai pencabulan kepada kedaulatan negeri Terengganu
sebagai sebuah daripada tiga belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.
Biarpun kerajaan pusat menyatakantindakannya ini tidak berlawanan dengan
peruntukan perlembangaan, namun bagi pemerhati politik, tindakan ini dibuat semata-mata
atas alasan politik untuk menujukkan kepada rakyat bahawa kerajaan Terengganu gagal
melaksanakan pembangunan negeri melainkan kerajaan pusat. Bagi penganalisis undang-
undang pula, mereka berpendapat tindakan kerajaan pusat adalah berlawanan dengan Perkara
80 Perlembangaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pemerintahan kerajaan pusat
tidak boleh melampaui apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa negeri.
Kedua, tindakan kerajaan pusat ini mempunyai implikasi ke atas sempadan negeri.
Jikalah kemudiannya mahkamah mendapati perairan lautan luas yang menjadi pertikaian
adalah hak Terengganu, maka tindakan kerajaan pusat ini adalah tidak sah mengikut Perkara
2 Perlembangaan Persekutuan kerana perubahan sempadan perairan negeri ini hanya boleh
dilakukan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja yang mana dalam soal ini persetujuan dari
Majlis Raja-Raja tidak diperolehi. Selain itu, tindakan kerajaan pusat menyatakan hak Sabah
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
25
dan Sarawak keatas wang royalti adalah tidak sama dengan hak Terengganu mempunyai
implikasi yang besar dari segi kedudukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Ini
kerana Perkara 1(2) Perlembangaan Persekutuan menyatakan Persekutuan Malaysia adalah
terdiri dari tiga belas buah negeri. Dalam hal ini apabila Sabah dan Sarawak diberi definisi
yang berlainan ke atas kawasan perairan mereka berbanding Terengganu, maka ia membawa
tanggapan bahawa Malaysia adalah negara persekutuan yang bukan terdiri daripada tiga belas
buah negeri, tetapi terdiri dari tiga entiti Malaya, Sabah dan Sarawak.
Ketiga, sumber kewangan kerajaan negeri Terengganu terjejas teruk berikutan
tindakan kerajaan pusat ini. Ini dapat dilihat dari kenyataan Mustafa Ali, Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Sumber Manusia Negeri yang
menyatakan bahawa 75 hingga 80 peratus sumber hasil kerajaan Terengganu adalah
bergantung kepada bayaran royalti semenjak minyak dijumpai. Dengan kehilangan sumber
tersebut, hasil yang diperolehi dalam negeri hanyalah tinggal 20 hingga 25 peratus sahaja,
iaitu kira-kira RM180 hingga RM200 juta setahun berbanding keperluan RM500 juta untuk
belanjawan mengurus. Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) menyatakan kesan daripada
tindakan kerajaan pusat ini, kerajaan negeri tidak dapat beroperasi dengan baik untuk
membawa pembangunan kepada rakyat kerana terpaksa membelanjakan sebanyak RM 146
juta setahun untuk gaji kakitangan negeri sahaja. Ini tidak termasuk gaji untuk kakitangan
kontrak dan sambilan, bayaran utiliti, elaun dan gaji bagi kakitangan badan-badan berkanun,
agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berjumlah lebih kurang 8,000 orang kesemuanya.
Keempat, ketiadaan royalti yang dianggarkan mencecah RM810juta bagi tahun 2000
mengakibatkan program pembangunan negeri tergendala. Contohnya, kerajaan negeri
terpaksa membatalkan pembinaan Masjid Negeri dengan kos RM200 juta dan Stadium
Negeri dengan kos RM 100 juta demi untuk memastikan wang yang ada dapat digunakan
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
26
kepada beberapa perkara lain yang lebih perlu. Selain itu, kerajaan negeri juga
menangguhkan pelaksanaan projek-projek yang belum bemula, menangguhkan pengeluaran
waran peruntukan daripada block vote, menarik balik waran peruntukan bagi kerja yang
masih belum bermula dan menolak permohonan bagi mengadakan projek-projek baru yang
melibatkan pindahan peruntukan dan tambahan peruntukan.
Kelima, hubungan kerajaan pusat dan negeri tegang. Ini boleh dilihat dari tindakan
kerajaan negeri yang membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan pada 8 Mac 2001. Antara
dalil yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu dalam samannya ialah kerajaan pusat
enggan membayar RM850 juta daripada hasil petroleum yang diperolehinya pada separuh
pertama tahun 2000; menteri kewangan telah bertindak ultra virus dengan peruntukan Akta
Pembangunan Petroleum 1974 apabila menghentikan pembayaran wang royalti kepada
kerajaan Terengganu dan menggantikannya dengan wang ehsan; dan PETRONAS telah
melanggari dua perjanjian yang ditandatanganinya pada 22 Mac 1975 dan 16 September
1987. Biarpun tindakan kerajaan negeri ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 128
(1)(b) Perlembangaan Persekutuan, namun kerajaan pusat tertentunya berasa tidak selesa
dengan cara kerajaan PAS ini. Keadaan ini tentunya mengakibatkan hubungan pusat dan
negeri menjadi tegang.
Keenam, dengan tiadanya wang royalti, maka kesanggupan kerajaan PAS untuk
meneruskan dasar-dasar berupa kebajikan yang dapat menyenangi hati rakyat seperti mana
janji manifesto pilihan rayanya dalam pilihan raua umum kesepuluh terpaksa dikaji semula.
Sepanjang setahun pemerintahannya, kerajaan negeri berjaya melaksanakan dasar-dasar
popular dengan membatalkan pungutan tol RM0.50 di Jambatan Sultan Mahmud,
memansuhkan cukai pintu kediaman, menambah bantuan pealajaran ketika pendaftaran
masuk ke pusat pengajian tinggi dan semasa dalam pengajian, menaikkan kadar bantuan
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
27
kepada orang miskin daripada RM60 kepada RM100 dan jika berkeluarga daripada RM150
kepada RM250, menyediakan pinjaman membeli rumah dan kenderaan tanpa faedah kepada
kakitangan kerajaan, menaikkan elaun imam dan bilal, memberi cuti dua hari seminggu, cuti
bersalin tiga bulan, menubuhkan suruhanjaya hisbah dan beberapa tindakan mencegah
masalah sosial seperti menghapuskan lesen-lesen pusat hiburan. Namun dengan masalah
kewangan yang dihadapinya, kerajaan Terengganu terpaksa pula mengamalkan dasar jimat
cermat. Antara langkah jimat cermat kerajaannya;
Membekukan projek pembangunan kerana tidak ada wang; menghentikan pembelian
akhbar dan majalah untuk pejabat kerajaan.
Menghentikan pembelian akhbar dan majalah untuk pejabat kerajaan.
Melarang seminar diadakan di hotel chalet atau pusat peranginan.
Menghentikan lawatan sambil belajar.
Menghentikan pembelian mesin, kenderaan dan perabot baru.
Sebaliknya, semua agensi kerajaan negeri seperti pejabat daerah diminta untuk membaiki
proses pengutipan cukai dan meningkatkan aspek pengurusan kewangan.
Ketujuh, tindakan kerajaan pusat ini menjejaskan kedatangan pelabur asing yang
sangat diperlukan negara untuk memulihkan ekonominya. Pelabur asing enggan melabur di
Malaysia kerana tidak ada lagi iklim pelaburan yang mesra, dan tidak lagi yakin pada sistem
politik dan undang-undang negara. Iklim sebegini tentunya tidak kondusif untuk
PETRONAS kerana sepertiga dari pendapatannya adalah datang dari aktiviti-aktiviti di luar
negara. Ini dapat dilihat dari kenyataan pengerusi PETRONAS, Tan Sri Azizan Zainal Abidin
yang menyatakan PETRONAS mempunyai kepentingannya di 24 buah negara. Antara
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
28
kepentingan utamanya ialah projek pembangunan minyak dan saluran paip di Sudan dan
pembelian Engen di Afrika Selatan, pembelian projek huluan baru di Pakistan dan Gabon dan
pembangunan minyak dan gas di Iran, Myanmar dan kawasan pembangunan bersama
Malaysia-Thai. Apabila pendapat PETRONAS merosot, limpahannya akan turut juga dirasai
oleh kerajaan pusat kerana sebahagian besar dari pendapatan negara yang digunakan untuk
tujuan pembangunan untuk tujuan pembangunan adalah datangnya dari wang PETRONAS.
Akhir sekali, tindakan kerajaan pusat ini akan menjejaskan pendapatan PETRONAS
kerana PETRONAS akan semakin sukar untuk mendapat kerjasama dari kerajaan negeri ke
atas tanah yang diperlukan untuk aktivitinya. Kerajaan Terengganu, setelah ketiadaan lagi
sumber minyak yang disekat, bagi meneruskan kemandirinnya, tentulah akan menaikkan
sewa tahunan atau premium tanah di terminal pendaratan minyak dan tapak perindustrian
PETRONAS yang mengikut Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan adalah
di bawah bidang kuasanya. Apabila premium tanah yang disewa PETRONAS akan
meningkat menyebabkan ia pula akan mengambil tindakan untuk menaikkan harga petrol dan
gas yang memberikan kesan yang tidak sedikit kepada rakyat.






GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
29
18.0 Kesimpulan
Menangani isu Royalti, Wang ehsan dalam pengagihan hasil Petroleum di Negara kita,
umpama menatang minyak yang penuh; ibarat menarik rambut dalam tepung: rambut tidak
putus, tepung tidak terburai. Menjaga keharmonian antara kerajaan umpama telur di hujung
tanduk dan ibarat telur sesangkak: salah tergolek akan pecah. Apatah lagi apabila terdapat
persengketaan antara kerajaan yang menggugat keharmonian sistem politik negara kita.
Banyak usaha telah diadakan oleh pihak kerajaan baik di peringkat persekutuan,
mahupun peringkat negeri untuk keharmonian politik di Malaysia. Oleh itu, Falsafah
pembangunan kita lebih menekankan pertumbuhan dengan pengagihan yang adil untuk
membolehkan semua rakyat bersama meraih manfaat daripada perkembangan pesat ekonomi
negara terutamanya dalam pengagihan hasil petroleum negara.
Royalti Petroleum, wang ehsan dan agihan Petroleum, kesemua ganjaran ini
termaktub di antara bidang kuasa yang berlainan. Pihak kerajaan persekutuan dan Petronas
sewajarnya lebih peka kepada isu-isu ini kerana isu isu ini merupakan isu yang sensitif dan
boleh mengwujudkan ketidakfahaman diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Jadi perlulah mempunyai satu sistem pengagihan yang jelas, konsisten bagi menangani
masalah yang timbul. Ini perlu bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan
pembanguan Negara sentiasa berterusan di masa hadapan.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.



GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
30
19.0 Rujukan
Abdul Aziz Hussin (1996). Undang-undang pemerolehan dan pengambilan tanah. Kuala .
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah bin Ayub (1983). Peruntukan-peruntukan kewangan dalam Perlembangan
Malaysia dan perjalanannya dari segi amalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Hamzah Amad (1988). Malaysias exclusive economic zone. Petaling Jaya: Pelanduk
Publications.
Mohammad Agus Yusoff (1999). Diskusi konsep dalam kajian federalisme: praktiknya di .
Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Salleh Abas (1997). Prinsip perlembangaan dan pemerintahan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Haji Dora (1993). Agihan Pembangunan (Teori dan Pelaksanaan). Kuala Lumpur:
. Dewan Bahasa dan Pustaka.
P. Lee & F. A. Trindade (1985). Perlembangaan Malaysia: perkembangannya 1957-1977. .
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Universiti Kebangsaan Malaysia (2000). Perlembangaan Persekutuan (hingga 10 Mac 2000).
. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Jomo, K.S. (2000). Ke mana baki wang Petronas? Riwayat sedih Terengganu. Editor Suria .
Janib, Oktober: 27.
Kerajaan Negeri Terengganu (1975). Perjanjian di antara Kerajaan Negeri Terengganu
dengan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) mengenai pembayaran
dibawah Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974, 08-24.
Mohd Salleh Abas (2000). Kami bukan peminta sedekah- royalti atau ihsan?. Editor Suria .
Janib, Oktober:18-22.
Mohd Salleh Abas (2000). Sejarah royalti minyak Terengganu. Harakah, November:1-
Muhd Zuki Pileh (2000). Isu royalti minyak Petronas di Terengganu: PAS dan BN .
sama-sama terluka. Massa, Sept:16-17.
Muhd Zuki Pileh (2000). Kerajaan Pas Terengganu tersepit. Massa, September: 22.
Ahmad Azam Abdul Rahman (2000). Royalti minyak Terengganu: jangan hukum
rakyat. Retrieved November 21, 2011, from .
http:www.abim.org.my/media/00rayalti.html.
Kementerian Kewangan Malaysia. (2000). Ucapan belanjawan tahun 2001. Retrieved .
November 25, 2011, from http://www.treasury.gov.my/bs2001pdfbel2001.exe
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia
No. Matrik: 202949
31
Parti Rakyat Malaysia (2000). Royalti minyak, demokrasi dan hak asasi Terengganu.
Retrieved Nov 08, 2011, from http://www.parti-pas.org/terengganu/trg2410d.htm
Setiausaha Kerajaan Terengganu. (2000). Pembayaran royalti petroleum oleh Petronas .
kepada kerajaan negeri Terengganu. Retrieved Disember 10, 2011, from .
http://www.terengganu.gov.my/ upknt/utus_suk.html

You might also like