Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1

TAJUK
1) Perpaduan Tonggak Keharmonian Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia

OBJEKTIF KAJIAN
1) Saya dapat mengetahui betapa pentingnya perpaduan kaum untuk mewujudkan
keamanan sesebuah negara.
2) Saya dapat menyatadan menghuraikan isu-isu perpaduan dalam sesebuah negara
3) Saya dapat mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan
perpaduan kaum.
4) Saya mendapat pengalaman langsung untuk menghargai perpaduan hasil usaha
pemimpim terdahulu dan masa kini dalam mewujud serta mengekalkan perpaduan kaum.

KAEDAH KAJIAN: (Tanya cikgu)



SUMBER: (Tanya cikgu)




PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum
dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana
masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan
bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan
perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi masalah kerana berlainan budaya.
Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi perpaduan ialah perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain. Secara umum, perpaduan adalah bermaksud
satu proses atau sistem hidup yang menyatu-padukan seluruh anggota masyarakat dan
negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Tanpa perpaduan,
negara itu akan terdedah kepada pelbagai kelemahan dan ancaman yang boleh
menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.
2

Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya mewujudkan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh
menggugat kedaulatan dan keharmonian untuk menjadi sebuah negara yang aman dan
maju.

KEPENTINGAN PERPADUAN
Perpaduan merupakan aset yang penting terhadap jatuh dan bangunnya sesebuah
negara. Oleh kerana itu, pada 3 April 2009, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato
Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan gagasan 1 Malaysia. Ia digagaskan sebagai
satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 dapat dicapai.
Gagasan 1 Malaysia berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan
bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi
cabaran globalisasi yang melanda dunia ini. (sumber:
http://peopleagainstopposition.blogspot.com)
Objektif utama gagasan 1 Malaysia ialah bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Objektif kedua adalah penerusan agenda
pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. (sumber: http://peopleagainstopposition.blogspot.com)
Berdasarkan kepada gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, perpaduan penting untuk mewujudkan kestabilan politik untuk sesebuah negara.
Kestabilan politik amat penting kerana ia dapat mewujudkan pentadbiran yang lancar.
Sebagai contoh, sebelum kemerdekaan dapat dicapai di Tanah Melayu, pihak British
memberikan syarat iaitu perlunya kerjasama politik setiap kaum. Oleh itu, Bapa
Kemerdekaan Malaysia Tungku Abdul Rahman bersama-sama dengan Tun Tan Cheng Lock
dan Tun Sambanthan berusaha gigih dalam memastikan Tanah Melayu ketika itu,
mengecapi kemerdekaan yang sepenuhnya. (sumber: http://rozinah.wikispaces.com)
Pada hari ini perpaduan masih lagi menjadi teras dalam memastikan kestabilan politik
apabila UMNO, MCA, dan MIC masih di bawah satu bumbung yang sama, iaitu Barisan
Nasional (BN). Sikap toleransi, kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan oleh pemimpin
masyarakat ini memastikan Malaysia terus mengekalkan kestabilan dari aspek politik.
Mereka memimpin Malaysia hanya dengan satu matlamat yang sama diiringi perasaan taat
dan setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agung selaku ketua negara.
(sumber: http://sevenofus-fikaisa.blogspot.com)
Selain itu, pemimpin negara dapat merancang pembangunan negara yang baik
kerana wujudnya kestabilan politik. Oleh itu, hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara
maju pada tahun 2020 akan terlaksana kerana pembangunan negara dapat dirancang
3

dengan baik untuk mencapai Wawasan 2020 tersebut. Amalan demokrasi terpimpin juga
dapat dilaksanakan apabila semua rakyat bersatu-padu dan bersetuju untuk mematuhi wakil
rakyat yang telah dipilih melalui pilihan raya yang diadakan selama lima tahun sekali.
(sumber: http://pengajianammalaysia.blogspot.com)
Kepentingan perpaduan yang lain ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi
negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang
berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.
Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam
membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di
Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara
akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Perpaduan juga penting untuk meningkatkan keamanan dan keselamatan negara.
Hal ini dapat dipupuk melalui toleransi diantara kaum. Sikap toleransi, iaitu saling bertolak-
ansur dan memahami antara satu sama lain dapat mengurangkan rasa iri hati di kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus dapat mengelakkan rusuhan kaum. Semestinya,
sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengelakkan pepatah ini, iaitu pisang berbuah dua
kali dengan mengingati tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 tidak akan
berulang kembali. (sumber: http://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/)

FAKTOR PENYUMBANG
1) Dasar Ekonomi
Perpaduan dapat dicapai melalui pelbagai cara iaitu berdasarkan kepada usaha-
usaha dan strategi yang telah dibuat oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB ialah proses perkembangan ekonomi yang telah dirangkan untuk membolehkan semua
kaum menyertai bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Melalui DEB, peluang pekerjaan
yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang
perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan
terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan
dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi
Negara. (Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru)
Selain itu, perpaduan dapat dicapai melalui usaha kerajaan menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 berdasarkan kepada
Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu. Wawasan 2020 jiga turut merangkumi perkara seperti perpaduan
nasional. Ini beerti, masyarakat majmuk di Malaysia perlu bersatu-padu dan menjadikan
4

perbezaan budaya sebagai sesuatu yang unik untuk dihargai dan bukannya sebagai titik
perbezaan berdasarkan usaha kepada usaha kerajaan yang berterusan dalam memupuk
perpaduan kaum di Malaysia. (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020)
Rancangan Malaysia yang dirancang oleh kerajaan juga menumpukan kepada sektor
ekonomi. Selain bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi diantara kaum, Rancangan
Malaysia juga berhasrat untuk memupuk perpaduan kaum. Kerajaan menggalakkan semua
semua kaum bersatu-padu dalam menaikkan taraf ekonomi Malaysia terutamanya melalui
DEB yang diperkenalkan pada Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 dan telah
dilaksanakan sehingga Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. (sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia)
2) Dasar Pendidikan
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Pendidikan
adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di
kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah. Ini adalah
penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa
depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat
pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk
perpaduan di dalam sistem pendidikan didalam sekolah.
Sebelum kemerdekaan, sistem pendidikan di Malaysia adalah tidak seragam kerana
kewujudan sekolah berbilang bahasa. Ini menyukarkan proses untuk memupuk perpaduan.
Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan
dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960 yang telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat
perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti
Malaysia. (sumber: http://www.slideshare.net/syirul/savedfiles?s_title=usaha-dan-
strategi-yang-diambil-oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-
dan-inter&user_login=ChinWei1)
Selain daripada itu, perpaduan juga dapat dipupuk berdasarkan kepada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Ia merupakan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan sistem pendidikan negara setaraf standard
pendidikan antarabangsa. Anjakan ketiga PPPM ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia
dengan penghayatan nilai. Ini bermakna, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum,budaya dan etnik haruslah menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam lima prinsip
Rukun Negara. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga
5

merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi
satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh
rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu
melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. (sumber:
http://www.slideshare.net/syirul/savedfiles?s_title=usaha-dan-strategi-yang-diambil-
oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-
inter&user_login=ChinWei1)

3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Perpaduan juga dapat dipupuk berdasarkan pendidikan berterusan yang diterapkan
di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam
membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan
sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan
bermaruah. (sumber: http://hawabudakhostel.blogspot.com/2013/06/dasar-
kebudayaan-kebangsaan-dkk.html)
Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang
pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan
seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik di
dalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat
dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan
perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat. (sumber:
http://www.slideshare.net/syirul/savedfiles?s_title=usaha-dan-strategi-yang-diambil-
oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-
inter&user_login=ChinWei1)


CABARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA
Dasar pecah dan perintah yang dibawa oleh pihak British telah menyebabkan
berlakunya jurang ekonomi terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Sehingga kini, kesan
daripada dasar pecah dan perintah turut terkesan daripada aspek perpaduan apabila masih
terdapat perbezaan pekerjaan yang melibatkan kaum-kaum tertentu di Malaysia. Sekiranya
disebut kaum Cina, semestinya mereka perlu terlibat dengan perniagaan, kaum Melayu
perlunya bekerja makan gaji dan kaum India terlibat dengan pekerjaan di ladang.
6

Seharusnya, persepsi seperti pengkelasan pekerjaan mengikut kaum ini perlu dihapuskan
untuk membentuk perpaduan dan keharmonian negara Malaysia.
DEB yang telah dilaksanakan sehingga tahun 1990 merupakan salah satu langkah
yang diambil oleh kerajaan untuk menghapuskan dasar pecah dan perintah yang dibawa
oleh pihak British. DEB bertujuan mengjhapuskan pengkelasan pekerjaan mengikut kaum
dan merapatkan jurang ekonomi diantara kaum serta masyarakat bandar dan luar bandar.
Selain itu, cabaran yang perlu dihadapi dalam membentuk perpaduan dalam
masyarakat Malaysia ialah untuk mengenepikan fahaman politik di kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia dan bersatu-padu di bawah satu bangsa Malaysia. Masyarakat majmuk
di Malaysia semestinya mempunyai fahaman politik yang berbeza dan menyebabkan
timbulnya isunya perkauman apabila wujudnya sesetengah pengamal politik yang berjiwa
etnosentrisme.
Kerajaan dengan adanya parti politik seperti Barisan Nasional (BN) yang merangkumi
tiga kaum utama di Malaysia iaitu UMNO untuk kaum Melayu, MCA untuk kaum Cina dan
MIC untuk kaum India telah mewujudkan sebuah parti politik yang berteraskan perpaduan
dikalangan kaum. Selain itu, kerajaan perlu berusaha untuk membendung pengamal politik
yang berjiwa etnosentrisme melalui peranan yang dimainkan oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan memberi latihan kepada ahli politik tentang
cara untuk mentadbir serta meraih undi dengan betul.
Media sosial juga menjadi suatu cabaran untuk membentuk masyarakat Malaysia
yang bersatu-padu. Media sosial kini sewenang-wenangnya dijadikan medium untuk
mencetuskan isu atau perbalahan yang melibatkan kaum. Isu perbezaan yang kecil
melibatkan kaum diperbesarkan sehinggalah menjadi perbalahan dan mungkin akan
mengakibatkan tragedi 13 Mei 1969 tercetus semula sekiranya ia tidak dibendung.
Seharusnya ia pelulah digunakan secara bijak untuk memupuk perpaduan dan bukannya
mencari perbezaan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang untuk membendung masalah yang
yang wujud di dalam media sosial sebagai medium untuk menimbulkan isu perkauman.
Undang-undang yang perlu dikuatkuasakan oleh kerajaan ialah Akta Mesin Cetak, Akta
Hasutan dan Fitnah serta memperoleh kerjasama daripada semua agensi penguatkasaan
untuk membendung perkara sebegini. Media juga perlu memainkan peranan sebagai salah
satu medium untuk menerapkan unsur perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Malaysia.
Media juga perlu mengelakkan daripada menyentuh isu-isu yang melibatkan sensitiviti antara
kaum dan perlu memfokuskan kepada perkara yang dapat memupuk perpaduan dikalangan
kaum.
Sekolah vernakular merujuk kepada sistem persekolahan yang berbeza aliran kaum.
Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu, Melayu, Cina dan Tamil. Kewujudan sekolah
7

vernakular ini dapat menghadkan pergaulan diantara masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia. Oleh itu, unsur perpaduan amat sukar disuntik ke dalam jiwa murid yang akhirnya
apabila mereka dewasa, unsur assabiyah (sifat kekitaan) akan terus menebal dalam diri.
Selain daripada sekolah vernakular, kerajaan juga telah mewujudkan Sekolah
Wawasan. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah
suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala
kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan
pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum
dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat
diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan
kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan memahami
diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat
diwujudkan. (sumber: http://www.slideshare.net/syirul/savedfiles?s_title=usaha-dan-
strategi-yang-diambil-oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-
dan-inter&user_login=ChinWei1)

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, penulisan rencana ini membolehkan saya mendapat
pengetahuan dan kesedaran bahawa pentingnya perpaduan untuk menjami kestabilan dan
kecemerlangan sesebuah negara. Saya juga meengetahui bahawa pemimpin negara kita
telah berusaha untuk mewujudkan perpaduan melalui beberapa dasar negara.
Melalui penulisan rencana ini juga saya dapat mengambil iktibar bahawa sekiranya
perpaduan kaum tidak dipelihara dan dipupuk dengan baik ia akan menimbulkan rusuhan
kaum yang menggugat keharmonian negara.
Harapan saya ialah, melalui penulisan rencana ini, saya dapat menyemai semangat
patritisme dalam diri serta sentiasa berdoa agar Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
maju, aman, makmur dan sejahtera.

RUJUKAN/BIBILIOGRAFI

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perpaduan
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian
Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
http://peopleagainstopposition.blogspot.com/2011/11/apa-itu-gagasan-1malaysia.html
8

http://rozinah.wikispaces.com/file/view/PGT201E-power%20point.pptm/37634237/PGT201E-
power%20point.pptm
http://sevenofus-fikaisa.blogspot.com/2010/10/karangan-spm-perpaduan-dalam-
masyarakat.html
http://pengajianammalaysia.blogspot.com/2010/07/demokrasi-berparlimen.html
http://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia
http://hawabudakhostel.blogspot.com/2013/06/dasar-kebudayaan-kebangsaan-dkk.html

You might also like