Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN AIR HITAM BATU 18,

MUAR, JOHOR

AKTIVITI :
PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)


TEMPAT :
SURAU SEKOLAH KEBANGSAAAN AIR HITAM BATU 18

TARIKH :
6 JULAI 2014 7 OGOS 2014


ANJ URAN :
GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
BATU PAHAT, JOHOR
1.0 PENGENALAN
Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana
dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan
budaya sekolah. Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang dianjurkan
oleh guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 dalam memenuhi terma dan syarat
Program Internship selama empat minggu. Projek ini sekaligus dapat menguji
kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen guru pelatih dalam
menjayakan sesuatu projek.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memperindah dan menceriakan dinding surau sekolah dengan lukisan
mural yang bertemakan Pendidikan Islam.

2.2 Melatih guru pelatih memberi komitmen untuk menjayakan sesuatu
projek.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih
untuk melaksanakan sesuatu projek .
3.2 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
guru-guru pelatih dan warga sekolah.
3.3 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG .
3.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti di sekolah.

4.0 ANJURAN
Guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
5.0 SASARAN
Dinding surau Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18, Muar, Johor
6.0 PELAKSANAAN PROJEK
13 Julai 2014 24 Julai 2014 ( 2 Minggu)
7.0 KEWANGAN
Rujuk Lampiran B
8.0 JADUAL PROGRAM
Rujuk Lampiran C
9.0 KESIMPULAN
Diharapkan agar kertas kerja ini akan dapat diterima dan dilaksanakan seperti yang
dirancang. Pengalaman pahit getir yang ditimba sepanjang pelaksanaan projek ini
akan dijadikan sebagai satu sandaran atau pedoman ketika berada di lapangan
kerjaya seorang guru kelak.









Disediakan oleh ,

...................................................
(NURUL ATIQAH BINTI ISHAK)
Guru Pelatih, ,
Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18,
Muar, Johor.

Disemak oleh ,

............................................................
(PUAN NOR AZILAH BINTI JASMON)
Mentor Guru Pelatih,
Sekolah kebangsaan Air Hitam Batu 18,
Muar, Johor.

Disahkan oleh :

..........................................................
(TUAN HAJI JASMAN BIN KASRAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18,
Muar, Johor.
LAMPIRAN A : AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KECERIAAN
LUKISAN MURAL

PENASIHAT :
Tuan Haji Jasman Bin Kasran
PENGERUSI :
Puan Nor Azilah Binti Jasmon

SETIAUSAHA :

Nurul Atiqah Binti Ishak
BENDAHARI :
Ku Nur Asma Binti Ku Muhammad Ramli
AJK DOKUMENTASI
Noor Shafinaz binti Ab Latif
AJK PERALATAN
Nor Suraya Binti Samian







Lampiran B : Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Unit Harga Seunit
(RM)
Jumlah (RM)
1 Cat Pelaka (Merah, Biru,
Kuning)
3 14.50 RM 43.50
2 Berus (4) 5 4.20 RM 21.00
JUMLAH RM 64.50























LAMPIRAN C : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL


TARIKH


PERKARA

13 Julai 2014

Mengambil gambar sebelum dan
membuat cat asas di dinding

14 Julai 23 Julai 2014

Melukis dan mewarna dinding

24 Julai 2014

Melakukan kemasan terakhir
serta mengambil gambar untuk
tujuan dokumentasi.
Menyediakan laporan projek.

You might also like