Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PROJEK MURAL SEKOLAH




TARIKH :
08 JULAI 2014 08 OGOS 2014


ANJURAN :
GURU PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA










1.0 PENDAHULUAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah
melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah
sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Menyedari
kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para murid, guru pelatih
internship akan berganding bahu untuk mengadakan program keceriaan sekolah
dengan mewujudkan sudut i-think dalam kawasan sekolah.
2.0 RASIONAL
Rasional projek ini adalah untuk membiasakan diri murid dan dan guru-guru
dengan program i-think yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Projek ini membantu
pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan
berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid
sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan
kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk
menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Secara
tidak langsung sudut i-think yang diwujudkan dapat membantu guru dan murid
membuka minda agar lebih membudayakan kemahiran berfikir dengan kreatif
dan kritis menggunakan i-think
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran
kreatif, kritis dan inovatif.
3.2 Memupuk kemahiran aras tinggi dan mampu berdaya saing
3.3 Memperkenalkan guru dan murid satu bahasa pemikiran dan alat
berfikir yang sama.


4.0 ANJURAN
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN
Tarikh : 08 Julai 2014 sehingga 08 Ogos 2014
Masa : Waktu persekolahan
Tempat : Dinding blok Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A
7.0 LAKARAN
Rujuk Lampiran B
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA
JUMLAH
ITEM
HARGA JUMLAH
1
CAT
(Kuning, Merah,
Putih & Hitam)
4 RM 70 RM 280
2 PENGGELEK CAT 2 RM 10 RM 20
3 BERUS CAT 5 RM 5 RM 25
4 BEKAS CAT 1 RM 15 RM 15
5 PITA PELEKAT 2 RM 3 RM 6
6 THINNER 2 RM 2 RM 4
JUMLAH RM 360

9.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut
10.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi
diri para murid disamping menambahkan pengetahuan murid berkenaan
program i-think. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.
( ) ( )
Guru Praktikum,
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Diluluskan Oleh,

.

You might also like