Pencemaran Alam Sekitar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Posted on August 23, 2010by tcy88


Pengenalan
Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan
projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara
terburu-buru semakin mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah
diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian
kehidupan.
Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran laut
4. Pencemaran bunyi
5. Pencemaran tanah
6. Pencemaran haba
7. Pencemaran sungai dan kolam
Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah
ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran
ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar
hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di
dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya
yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.
1. Pencemaran Udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna,
jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000
tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti
oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry
(3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu
atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini
adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.
Rajah 1.1 Pencemaran udara

2. Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila digunkan.
Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh
didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di
mana-mana sahaja tempat berair.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak
individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos
pelupusan.
Rajah 1.2 Pencemaran Air

3. Pencemaran laut
Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.
MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu
membunuh burung laut di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut.
Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
Rajah 1.3 Pencemaran laut

4. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organic, kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.
Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik
dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi
mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua
tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.
Rajah 1.4 Pencemaran tanah

5. Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga.
Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Punca-punca pencemaran ini ialah :
Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.
Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini
datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.
Rajah 1.5 Pencemaran Bunyi

Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai
bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia
juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau
perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan
pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu
sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang
menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan
air, kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak
mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh
kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah yang
perlu rasional menangani keadaan ini.













PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi
peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan
dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa
kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung
dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba
dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam
sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi,
tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca
telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang
telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah
sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada
kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga
alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka
akan sewenang-wenangnya membuang sampah
merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa
makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai
ada seratus orang pengguna yang bersikap
sedemikian sudah semestinya jalan raya akan
menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.
Manakala untuk organisasi seperti kilang yang
menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan
sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada
kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah
mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus
ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan
mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang
melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis
udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran
udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik
kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada
persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam
sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain
ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila
pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya
memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif
yang akan timbul terutama yang melibatkan alam
sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan
keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat
dari pembangunan yang akan dijalankan boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara,
tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin
disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak
akan menghasilkan pencemaran bunyi dan
pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi
tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan.
Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia
juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada
waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan
untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah
mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap
kebersihan kualiti air dan boleh mengancam
kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor
seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga
merupakan salah satu dari penyumbang kepada
berlakunya pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini
kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap
kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya.
Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus
meningkat pada zaman sekarang maka tahap
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan
semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan
pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi
yang ingin dituju berbanding beramai-ramai
menggunakan kenderaan awam yang semestinya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan
raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara
dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan
daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi
yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau
mendarat terutama dikawasan perumahan yang
berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan kenderaan
bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya
pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain
penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah
pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat
dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di
kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman
semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman
semula sememangnya sangat baik tetapi akibat
daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan
oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di
samping turut memusnahkan kehidupan flora dan
fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara
terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin
meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin
panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran
secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar serta
sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan
kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang
dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah
satu punca terus berlakunya pencemaran alam
sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya
membuka mata dan lebih peka terhadap
pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak
dengan mengambil kira masalah pencemaran yang
bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut
dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf
hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara,
air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan
pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang
kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang
memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah
yang menyebabkan masalah pencemaran berada
ditahap yang semakin membimbangkan pada masa
kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang
telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius
oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan
masalah pencemaran alam sekitar baik daripada
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting
demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan
terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya
membahayakan dan mengancam kesihatan serta
kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan
datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.






















KESAN PENCEMARAN

Kesan Pencemaran
Pencemaran udara terhadap kesihatan manusia
Akibat daripada pencemaran udara, keshihatan manusia turut terjejas.
Misalnya, penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding dahulu.
Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah
misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.Pengeluaran
gas monoksida iaitu sejenis gas beracun boleh membunuh membunuh sekiranya terkumpul dalam
kawasan yang tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor
ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak
terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Antara
kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem
pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau mulut
manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat
meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan
cemar seperti Nitrogen Oksida (NO
2
) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan
cemar gas ozon (O
3
) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kavus, wap atau bahan-bahan lain
juga menjejaskan mata manusia dan menghalang penglihatan mereka.
Pencemaran air terhadap kesihatan manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air juga menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di
dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri., Bahan-bahan toksid yang dibuang dalam sungai
akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, hidupan air seperti rumpair akan mati apabila
memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit
yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat
penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar itu.
Sebagai contoh, kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman akan menyebabkan keracunan
darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada
kehidupan di dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada
kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.Selain itu, seperti yang berlaku di Teluk
Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas,
sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan
kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah
membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata.
Pencemaran Bunyi terhadap Kesihatan Manusia
Pencemaran alam sekitar yang lain seperti pencemaran bunyi akan menyebabkan kerosakan pada
telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat
iaitu lebih daripad 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil
pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada
bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan.
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iatitu meningkatkan tekanan darah,
meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya
kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tidak dapat dikawal,
gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkah laku.
Pencemaran Udara Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap
tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara, iaitu Nekrosis
(keguguran daun), Klorosis (pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan
epal adalah antara tumbuhan yang mudeah mengalami kerosakan dengan bahan cemars seperti sulphur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya
gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi mengalami kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi ini juga terganggu.
Selain itu, tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses
penghasilan klorofil. Ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuh-tumbuhan juga
mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok dan
tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya
akan terancam.
Pencemaran Udara terhadap Haiwan
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di
Pozo Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, tik, lembu, khinzir angsa dna anjing telah mati
akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO
2
) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada
tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar
setelah terdedah kepada bahan-bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah
keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda
yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari
sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum
yang dilepaskan oleh kilang tersebut.
Pencemaran Air terhadap Hidupan Akuatik
Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat,
racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan
pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke
lautan adalah sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dna beberapa
sungai mengalirkan berbagai-bagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam
lautan. Spesies yang sensitif akan lama-kelamaan lenyap, sama ada disebabkan oleh kematian individu
atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan
mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung
rantaian makanan termasuklah manusia sendiri.
Pencemaran Udara terhadap Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak
penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun
1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang
sangat teruk termasuklah Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera
turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat dalam kalangan para saintis
di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus
pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan
peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.
Pencemaran Udara terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon
bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorokarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti
sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Penipisan lapisan ozon berlaku kerana bahan-bahan pencemar seperti
CFC bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga
hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais-ais di
bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada
masa kini.
Kejadian Hujan Asid
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan
terbentuknya hujan asid. Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan. Ia berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO
2
) dan oksida-oksida
nitrogen (NO
x
) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula
bergerak ke tempat-tempat lain dna membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga
hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dna bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya
tidak subur. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.

You might also like