Contoh Ulasan Cerpen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Menganalisis kata tugas dalam cerpen yang dipilih.

Majalah : Pelita Bahasa


Tajuk Cerpen : Lelaki dari Kelantan
Penulis : Lee Keok Chih

*********************************************************************************************************

1. Kata Hubung.
Cerpen bertajuk lelaki dari Kelantan ini banyak menggunakan kata tugas iaitu
kata hubung dalam hasil karyanya. Antara kata hubung yang digunakan ialah ; dan, atau,
tetapi, yang, untuk dan bahawa.
Berikut adalah potongan ayat yang dipetik daripada cerpen tersebut yang meng-
gunakan kata hubung dalam karya beliau.

Pohon jambu, limau, rambutan dan pauh Siam tumbuh subur. Semua pohon itu
lebat berbuah dan begitu menggodaku. Melihat buah yang masak ranum dan
tidak dipetik sehingga jatuh berselerak di atas tanah dan lalang tumbuh liar, jelas
rumah itu terbiar tanpa penghuni.

Keratan cerpen di atas menggunakan kata hubung dan juga yang. Kata
hubung dan menunjukkan jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang
sama tara sifatnya.
Misalnya ; pohon jambu, limau, rambutan dan pauh Siam : menunjukkan pelbagai jenis
buah.
Manakala kata hubung yang dalam ayat ; Melihat buah yang masak ranum dan tidak
dipetik sehingga jatuh berselerak .... ; menunjukkan perkataan yang berfungsi meng-
hubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

( 19 )




Ayah tinggalkan kami, entah kerana emak atau aku. Emak melemparkan
tuduhan bahawa ayah meninggalkan kami kerana aku. Adakalanya, aku
marah dengan tuduhan emak, tetapi sebagai kanak-kanak tidak banyak
yang dapat kulakukan untuk membela nasib sendiri.


Potongan ayat di atas menggunakan empat kata hubung. Kata hubung
atau menunjukkan dua pilihan yang terlibat, misalnya emak atau aku.
Kata hubung bahawa pula menjelaskan tentang punca sesuatu perkara itu
berlaku iaitu ayah penulis meninggalkan mereka berdua adalah berpunca daripada diri
penulis ( aku ).
Penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat di atas menerangkan bahawa
penulis tiada pilihan atau redha akan tuduhan yang dilemparkan oleh ibunya kerana
ketika itu beliau masih kecil dan belum berupaya membela nasib sendiri. Beliau juga
masih mengharapkan seorang ibu untuk meneruskan kehidupan.
Kata hubung untuk dalam ayat tersebut berfungsi menghubungkan klausa
yang menjadi pelengkap pada klausa utama. Klausa utama dalam ayat di atas ialah
sebagai kanak-kanak tidak banyak yang dapat kulakukan. Ayat ini dihubungkan dengan
klausa untuk membela nasib sendiri sebagai pelengkap.














2. Kata Seru.
Kata seru tergolong dalam kata praklausa iaitu sejumlah perkataan yang terletak
di hadapan klausa. Kata seru merupakan bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan
pelbagai perasaan dan emosi penuturnya. Antara contoh kata seru ialah :
aduh , aduhai , amboi , syabas, wahai , cis , wah , oh , eh


Dalam cerpen ini, tidak banyak kata seru yang digunakan oleh penulis bagi
menggambarkan perasaan atau emosi. Penulis hanya menggunakan satu kata seru
sahaja iaitu ; ah seperti yang dinyatakan dalam potongan ayat berikut.


Mungkin suara sorakan budak di sekitarnya. Mungkin juga kerana warna
keemasan pauh Siam yang masak di halaman rumah itu. Ah, tidak ! Amin
anak jiranku yang memanggil aku.


Berdasarkan potongan ayat daripada petikan cerpen tersebut, penulis mengguna-
kan kata seru ; ah, tidak ! . Perasaan yang digambarkan oleh penulis ialah beliau
seakan-akan tidak mempercayai bahawa orang yang memanggilnya ialah Amin, anak
jirannya.











3. Kata Tanya.
` Kata tanya merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada
predikat. Antara contoh kata tanya adalah seperti berikut :

apa , bila , bagaimana , berapa , siapa , mengapa


Penulis cerpen ini tidak banyak menggunakan kata tanya dalam karyanya ini.
Antara kata tanya yang digunakan ialah ; apa , bagaimana , mengapa dan adakah.
Berikut adalah potongan ayat daripada keratan cerpen yang menggunakan kata tanya.

Aku, Amin. Sudah lama aku perhatikan kamu. Tetapi, aku tak tahu nama
Kamu, kata Amin.
Apa nama kamu ?

Pakcik tak pandai membaca dalam bahasa Inggeris. Kamu datang setiap
hari dan bacakan berita dari akhbar Inggeris, pakcik akan beri upah.
sehari seringgit, bagaimana ?

Hanya dia yang tahu harapan dan keinginan aku. Tetapi, aku tidak tahu,
mengapa dia bermurah hati terhadapku ?

Apa nama kamu ? Jangan menangis. Bawa bertenang. Biar pakcik lihat,
adakah kamu tercedera ?

Berdasarkan petikan ayat di atas, penulis lebih banyak menggunakan
kata tanya yang tidak disertai partikel -kah , kecuali kata tanya adakah dalam
contoh ; adakah kamu tercedera ? - bagi menjelaskan sesuatu pertanyaan.





( 22 )


4. Kata Perintah.
Kata perintah ialah perkataan yang berfungsi untuk menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Antara contoh kata
perintah ialah :

jangan , usah , sila , jemput , minta , tolong , harap


Dalam cerpen ini, penulis hanya menggunakan kata perintah jangan dalam
karyanya. Ini dapat dilihat dalam potongan ayat di bawah.

J angan takut. Aku lelaki dari Kelantan. Kedengaran suara garau yang
cuba menenangkan aku.

Kata perintah jangan dalam petikan di atas menerangkan bahawa lelaki dari
Kelantan itu meminta penulis tidak berasa takut akan dirinya.


5. Kata Pangkal Ayat.
Kata pangkal ayat merupakan perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Contoh kata pangkal ayat adalah seperti berikut :

Hatta , Maka , Alkisah , Syahadan , Adapun , Sebermula , Arakian

Penulis cerpen Lelaki dari Kelantan ini tidak menggunakan kata pangkal ayat
dalam karyanya. Beliau menggunakan klausa seperti : Seminggu berlalu, Tidak lama
Selepas itu, Pada suatu hari, untuk menjadi penanda kesinambungan ayat dalam
wacana.

You might also like