Minit Mesyuarat Kali Ke 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK ST.

ANTHONY, SARIKEI
Minit Mesyuarat Panitia Geografi kali ke-2/2014

Tarikh : 8 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 3.00 petang -4.25 petang
Tempat : 5A1
Kehadiran : 1. En. Bolhan bin Omar 5.Cik Yau Dee Hung
2. En. Melana anak Ketik 6. Pn.Wahidah bt Ismail
3. Pn.Shapiah bt Morshidi 7. Cik Nurhaini Falini Bt Ahmad
4. Pn.Wong Chung Ching


1.0 Kata-kata aluan

1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan semua guru serta mengucapkan selamat dating
kepada dua orang guru baru iaitu Pn.Wahidah dan Cik Nurhaini Falini Bt Ahmad yang mula
bertugas pada pertengahan Februari 2014.

2.0 Pelantikan Setiausaha Panitia Geografi 2014

2.1 Pelantikan sebulat suara melantik Cik Nurhaini Falini bt Ahmad sebagai setiausaha yang
baru,menggantikan Cik Nor Hidayah bt Abdul Jalil yang tidak lagi mengajar mata pelajaran
Geografi.

3.0 Dasar Kurikulum

3.1 Dasarkurikulum masih dilaksanakan berasaskan kepada keseimbangan jasmani,
emosi,rohani, intelektual dan sosial.
3.2 Kemenjadian murid akan dinilai berdasarkan pencapaian yang telah ditetapkan oleh dasar
kurikulum pendidikan.
3.3 Panduan perkembangan Pembelajaran Murid dilaksanakan berdasarkan standard yang telah
ditetapkan oleh KPM.

4.0 Perkara Berbangkit dari minit mesyuarat yang lepas.

4.1 Tiada perkara yang berbangkit daripada minit mesyuarat yang lalu.

5.0 Buku/Fail Persediaan Mengajar

5..1 Format bagi buku persediaan mengajar telah diubahsuai serta diperbaiki mengikut
Kesesuaian.
5.2 Pn.Shapiah mencadangkan agar buku rancangan mengajar dihantar pada hari Isnin bersama
rancangan mengajar pada hari Selasa yang lepas sehingga Isnin. Beliau juga mencadangkan
agar I-Think dihantar bersama RPH.
(Cadangan disokong oleh Pn.Wong Chu Ching dan disokong oleh En.Melana ak Ketik)
5.3 Selain itu, objektikf pengajaran juga hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat pada
setiap rancangan pengajaran harian. Objektif pengajaran perlulah diberikan lebih kurang
dua atau tiga.
6.0 Penggunaan BBM dan Pusat Sumber

6.1 Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) boleh diminta di pusat sumber sekolah.
6.2 Gurur-guru digalakkan menggunakan OHP serta laptop masing-masing dalam pengajaran
mereka. Selain itu, lemabaran kerja atau bahan cetakan boleh juga digunakan sebagai bahan
bantu mengajar bagi menarik minat mereka.
6.3 Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) , guru-guru boleh menggunakan ujian lisa, buku
nota, buku latihan atau buku kerja sebagai evidens bagi menguji tahap pelajar.

7.0 Perlaksanaan Kerja Kursus

7.1 Pelaksanaan kerja kursus PBS kini sudah ditukar kepada PT3 (Peperiksaan Tingakatan 3).
7.2 PT3 akan bermula pada Julai 2014 bagi pelajar Tingkatan 3 untuk menyiapakan kerja-kerja
lapangan memandangkan tiada ujian bertulis bagi mata pelajaran Geografi.

8.0 Pencerapan Hasil Kerja Murid.

8,1 Guru-guru hendaklah mencerap hasil kerja murid mengikut topik yang te;ah di ajar.
Setiap pencerapan hendaklah direkodkan.

9.0 Analisis Keputusan PMR 2013

9.1 Berdasarkan keptusan PMR 2013 yang lalu, mata pelajaran Geografi masih di dalam tahap
yang sederhana dan perlu ditingkatakan lagi.
9.2 Bagi tahun 2014, PMR akan digantikan dengan PT3, di mana ujian bertulis seperti sebelum
ini diganti dengan kajian lapangan atau kerja kursus.
9.3 Pelajar yang lulus dalam kerja kursus ini layak mendapat sijil PT3.

10.0 Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi

10.1 Pelan-pelan tersebut masih tetap digunakan akan tetapi ia perlu ditambah baik pada tahun
2014.

11.0 Ruangan Mata Pelajaran Dalam Bilik Darjah

` 11.1 Guru-guru diminta untuk sentiasa mengemaskini inf0-info terkini dipapan kenyataan di
dalam setiap bilik darjah bagi mata pelajaran geografi.

11.2 Info-info ini penting bagi perkemabangan idea murid-murid.

12.0 Latihan Di Dalam Panitia

12.1 Latihan dalam PBS akan diganti dengan PT3 bermula April 2014. Bagi murid tingkatan 3,
tajuk kerja lapangan akan diperoleh pada bulan Julai 2014.
12.2 Segala pemberitahuan tentang tarikh pelaksaan akan dimaklumkan kelak.



1.3.0 Hal-hal Lain

13.1 Ketua Panitia menyarankan agar meneruskan pelaksanaan PBS walaupun telah diganti
dengan PT3.

13.2 Guru-guru diingatkan untuk menyemak buku latihan murid- murid dan tidak
menangguhkan dalam tempoh yang lama. Buku nota murid juga perlu disemak dari
semasa ke semasa.

13.3 Guru-guru disarankan menggunakan peta pemikiran di dalam pengajaran dan
Pembelajaran dan juga diterapkan pengggunaanya di dalam buku nota murid-murid
supaya murid-murid lebih mesra menggunakan peta pemikiran dalam penulisan nota
mereka. Ini memudahkan mereka untuk memahami nota .

13.4 Pencerapan guru akan dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Setakat ini semua guru
mata pelajaran Geografi telah dicerap dan seterusnya pencerapan sebaya akan
dilaksanakan kelak bagi memantapkan corak pengajaran guru Geografi.

13.5 Penggubalan soalan mata pelajaran Geografi telah pun dilakukan secara bergilir-gilir, dan
jadual telah pun diedarkan kepada guru-guru Geografi dan telah pun dipersetujui.

13.6 Pemesananan barangan oleh guru-guru boleh diajukan kepada Ketua Panitia. Setakat ini,
barang-barang yang telah berada di dalam stok ialah palstik OHP, pen OHP, kertas A4,
Pen Drive ( berkenaan maklumat Geografi)


Mesyuarat ditangguh pada pukul 4.25 petang.


Minit dicatat oleh: Minit disemak oleh:


___________________________ ___________________________
(NURHAINI FALINI BINTI AHMAD) (Bolhan Bin Omar)
Setiausaha Panitia Geografi Ketua Panitia Geografi

You might also like