Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Sejarah

Gamelan

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 03:20

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang,
dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di
Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di
Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul.
Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku
Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan
iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke
Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan
Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di
Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk
bermain/menari gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan
dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari
Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, En, Wan Mohd,
En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang
dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set
sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam
renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis
sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab
menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan
Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan
Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama
2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah
berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan
Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan
dipamerkan.




Alat-alat muzik gamelan
Gambang

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 02:58

Gambang dikategorikan dalam alat zilofon dan biasanya diperbuat dari kayu. Gambang kayu
biasanya mengandungi 20 nada suara yang diletakkan melintang di atas penyalun kotak kayu. Ia
dipalu dengan menggunakan dua alat pemukul yang berbentuk seperti piring kecil. Pemain gambang
akan duduk di tengah-tengah bahagian hadapan gambang.

Gendang

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 02:57
Gendang mempunyai dua muka yang dipalu. Bentuk gendang adalah panjang dan diukir pada
sebatang kayu. Saiz kedua-dua permukaan tidak sama, di mana satu permukaan mempunyai
permukaan yang lebih besar daripada permukaan yang satu lagi. Biasanya kayu nangka digunakan
untuk menghasilkan gendang ini.

Gong

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 03:19
Gong-gong berpencu atau bertombol yang terbesar dalam gamelan Melayu adalah gong besar dan
gong kecil. Gong-gong tembaga ini digantung kepada pemidang kayu dan dipukul ataupun ditabuh
dengan pemalunya yang biasanya diperbuat daripada kayu yang panjang dengan bahagian
pemalunya dibalut dengan kain.
Gong Besar dan Gong Kecil

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 03:24

Gong-gong berpencu yang terbesar dalam Gamelan Melayu adalah gong besar dan gong
kecil. Gong-gong tembaga ini digantung kepada pemidang kayu dan dipukul atau ditabuh dengan
pencunya dengan sejenis pemukul. Pemukul ini yang diperbuat daripada kayu adalah bulat dan
panjang dalam bentuknya dan dililit dengan kain tebal supaya apabila gong dipukul aau ditabuh
kepaa pencunya pic yang lembut, panjang menahan dapat dibunyikan. Gong besar adalah yang
terbesar dan pic terendah dalam gamelan. Ukuran garis pusat gong ini adalah sekurang-kurangnya
40 sentimeter dan dalam beberapa Gamelan jawa ukuran-ukuran ini boleh mencapai satu meter
atau lebih. Pencunya aalah kira-kira 3.5 sentimeter tinggi. Gong kecil adalah lebih kecil sedikit
dalam bentuknya dan picnya lebih tinggi daripada gong besar.

Kedua-dua gong ini bertugas sebagai penanda waktu yang utama dalam sistem muzik joget
Gamelan. Kedua-dua gong berukuran besar dalam gamelan ini adalah khusus kepada Asia Tenggara
di mana gong-gong besar diperbuat daripada tembaga dengan dinding-dinding tebal dan bingkai
yang dalam. Selain daripada itu ia mempunyai pencu menonjol keluar pada permukaan tengah
gong. Perwatakan-perwatakan ini membezakan gong-gong Asia Tenggara daripada gong-gong datar
dengan tidak mempunyai pencu yang dikatakan, menunjukkan pengaruh-pengaruh dari China.
Alat muzik gong digunakan dalam berbagai-bagai kegiatan manusia. Alat gong terdapat dalam
orkestra-orkestra yang mengiringi nyanyian, tarian wayang kulit dan ritual juga digunakan untuk
menghantar pesanan-pesanan dari satu kampung ke kampung lain ataupun kepada alam ghaib.
Alat-alat gong juga mempunyai fungsi dalam bidang lain daripada muzik misalnya dalam bidang
ekonomi, sosial dan ritual dalam masyarakat. Alat gong merupakan hasil kekayaan keluarga dan
pada masa dahulu digunakan dalam hal perdagangan dan perniagaan. Alat gong juga digunakan
dalam hal sosial sebagai hantaran pertunangan, perkahwinan dan upacara yang berkenaan dengan
kelahiran dan pengkebumian dan pemilikan gong menandakan kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat.
Gong dipercayai mempunyai kuasa-kuasa magis misalnya seseorang yang membasahkan diri dengan
menggunakan air yang terdapat dalam gong dipercayai dapat menghasilkan kekayaan, kecantikan
dan kekuatan fizikal. Fungsi-fungsi yang bersifat kejiwaan, ekonomi dan sosial membuktikan
penilaian tinggi yang diberikan kepada gong dalam masyarakat tradisional.
Kenong

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 03:00

Kenong dikategorikan sebagai alat muzik idiophone. Alat set kenong dalam muzik gamelan Melayu
adalah terdiri daripada satu set mengandungi tiga gong dan larasnya adalah dalam pic-pic 1, 5, 6
dalam system nada. Pencunya akan diketuk dengan pemalu kayu yang dibalut dengan kain tebal di
hujungnya.

Keromong

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 02:59

Keromong merupakan satu set alat yang terdiri daripada 10 biji gong kecil yang disusun mendatar
dengan pencunya mengadap ke atas. Keromong sepertimana juga kenong dan gong akan diketuk
atau ditabuh dengan menggunakan pemalu kayu.

Sarun dan Demong

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 02:57

Sarun dikategorikan sebagai alat muzik metallophones. Sarun merupakan alat muzik yang diperbuat
daripada keping-keping tembaga yang diletakkan di atas kayu penyalun secara selari. Sarun diketuk
atau dipalu dengan menggunakan pemalu yang diperbuat daripada kayu Demong mempunyai fungsi
yang sama dengan saron.
Demong juga memiliki bentuk yang hampir sama dengan saron, tetapi saiznya lebih besar. Selain itu,
satu lagi perbezaan di antara keduanya ialah bilah demong lebih lebar dan lebih nipis daripada
saron.
eralatan Dalam Orkes Gamelan Jawa dan Melayu

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 02:52

Keterangan Bentuk
Alam
Gamelan
Jawa
Gamelan
Melayu
Cara
Memainkan
Alat
Mangkuk (pencon)
logam perunggu yang
diterbalikkan dan
disusun dalam dua
baris selari atas
regangan tali pada
sebuah rangka kayu,
tiap mangkuk terletak
pada suatu petak atas
rangka tersebut.
- Bonang
Barung
- Bonang
Penerus
- Keromong Diketuk
Metallophone dari
perunggu dibariskan di
atas kotak yang
berfungsi sebagai alat
penyalun (resonator)
- Saron
Demong
- Saron
Barong
- Saron
Peking
- Saron
Besar
- Saron Kecil
Dicincang
Xylophone daripada
bilah-bilah kayu yang
tersusun di atas kotak
bentuk trongu yang
berfungsi sebagai
penyalun.
- Gambang - Gambang Diketuk
Pencon besar dari
perunggu yang
digantung pada rangka
kayu.
- Gong Agong
- Gong
Suwukan
Kempul
- Gong Besar
- Gong Kecil
Dipalu
Mangkuk (pencon)
besar daripada
penunggu terletak di
atas regangan tali
bersilang pada
permukaan kayu
empat segi.
- Kenong - Kenong Diketuk
Alat metallophone
daripada perunggu.
Bilah-bilah ini
diregangkan pada
permukaan kotak kayu
- Gender - Diketuk

dengan di bawahnya
diletakkan alat
penyalun yang dibuat
daripada logam satu
alat salun untuk tiap
bilah mata.
Alat metallophone
daripada perunggu.
Bilah-bilah ini
diregangkan pada
permukaan kotak
kayu.
- Slentem - Diketuk
Mangkuk perunggu
seperti Bonang. Ketuk
adalah tunggal lebih
besar daripada Bonang
tetapi kecil daripada
Kenong. Diketuk di
atas regangan tali
pada sebuah kotak
kayu empat segi.
- Ketuk - Diketuk
Alat membronophone
daripada selaput kulit
yang diregangkan pada
tabung kayu dikedua-
dua hujung tabung
tersebut.
- Gendang
Gede
- Gendang
Ciblo
- Gendang
Ketipung
- Gendang Diketuk


Konsep Persembahan
Gamelan

Ditulis oleh Administrator
Khamis, 10 Februari 2011 03:23

Konsep Persembahan
Joget Gamelan adalah satu jenis tarian istana yang diringi dengan muzik yang dinamakan gamelan
dan ia menjadi salah satu acara hiburan di istana Riau-Lingga, Pahang dan
Terengganu. Persembahan boleh dibuat dalam dua bentuk iaitu pertama bentuk persembahan
tarian-tarian yang dipetik daripada senarai repertoire yang sudah ada seperti Tarian Timang Burung,
Geliong, Lantai Lima, Togok, Selang Arak, Topeng dan lain-lain. Bentuk persembahan yang kedua
adalah persembahan dalam bentuk dramatari. Dalam melaksanakan dramatari ini diolah satu cerita
yang mengandungi beberapa adegan dan untuk adegan-adegan ini dipilih daripada senarai
repertoire yang sudah ada yang sesuai dengan penceritaannya.
Di Terengganu persembahan Joget Gamelan diadakan sama ada untuk kerabat diraja sahaja ataupun
di majlis-majlis rasmi istana. Penari dipanggil Budak Joget atau Anak Joget terdiri daripada kanak-
kanak perempuan yang juga anak angkat sultan. Jika tidak ada latihan atau pertunjukan mereka
bertugas sebagai dayang ( Mak Inang ) istana. Manakala pemuzik pula adalah kanak-kanak lelaki
juga anak angkat sultan dan pemuda-pemuda tempatan yang juga bertugas sebagai Juak Istana.
Masa Persembahan
Masa persembahan adalah selepas waktu Isyak kira-kira pukul 9.00 malam dan tamatnya tergantung
atas titah sultan. Persembahan tidak diadakan sama sekali pada malam Jumaat.
Tempat Latihan dan Persembahan
Tempat untuk mengadakan latihan dan persembahan ini adalah seperti berikut :-
1. Balairong Seri Istana Maziah - Majlis Rasmi
2. Balai Gamelan Istana Kolam - Latihan
3. Balai istana Kolam - Kerabat Diraja sahaja
Susun atur tempat persembahan juga diambil kira bagi memudah keluar masuk tetamu dan juga
penari. Walau di mana sekalipun persembahan ini hendak diadakan, susun atur tempat
persembahan tetap sama. Di bawah ini adalah rajah susun atur tempat persembahan Joget
Gamelan di Terengganu :-
Aturcara Persembahan
Sebelum ketibaan sultan, kerabat dan pembesar, pemain keromong akan mengadakan upacara
perasap kemenyan bagi semua alat gamelan yang akan digunakan dalam persembahan dan apabila
selesai tempat kemenyan itu diletak di bawah alat keromong. Bara kemenyan itu akan sentiasa
hidup. Sebelum ini, semua penari akan diperasap kemenyan terlebih dahulu dengan segala bacaan
menteranya agar apabila menari nanti muka akan kelihatan cantik, berseri dan memikat.
Apabila semua jemputan sudah tiba dan setelah mendapat titah dengan iringan muzik lagu perang,
penari akan masuk ke ruang persembahan dengan kedua kipas menutupi muka dan duduk bersila di
tengah ruang persembahan. Mengikut tradisi, Tarian Ayak-Ayak akan dipersembahkan sebagai acara
pertama. Apabila selesai persembahan ini penari akan menunggu titah sultan seterusnya, repertoire
mana yang baginda mahu dan begitulah seterusnya. Kebiasaanya satu-satu tarian akan mengambil
masa lebih kurang 15-20 minit. Setelah menari enam atau tujuh tarian dan masa telah lewat malam
tanpa titah sultan ( mengikut keadaan penari ), kalau penari sudah sampai ke tahap awal di bawah
sedar ( in trance ), pemain keromong akan menukar lagu yang sedang dimainkan kepada lagu perang
untuk mengikuti ragam penari itu. Penari akan berada di bawah sedar sehingga pemain keromong
atau sultan sendiri memulihkannya.
Apabila sultan menitahkan untuk memainkan lagu Tambang Sawit, ini bererti penari dan pemuzik
akan menerima durian runtuh kerana mereka akan menerima pemberian daripada sultan, kerabat
atau pembesar samada dalam bentuk wang atau barang kemas. Perlakuan ini dipanggil mengebeng.
Dalam persembahan penari akan menggunakan props. Selain daripada sabuk ( selendang ) yang
digunakan sebagai costume props, peralatan lain (props) jika diperlukan seperti panah, keris dan
lain, Mak Inang (dayang istana) akan membawa masuk dan meletakkannya di atas lantai berdekatan
dengan penari yang sedang menari itu. Penari akan mengambil props tersebut dan terus
menggunakannya. Apabila selesai penggunaannya, penari hanya meletakkan props tersebut di atas
lantai dan Mak Inang tadi akan masuk balik dan mengambil kembali props tersebut dan dibawa
keluar. Begitulah seterusnya iaitu penari tidak membawa masuk sendiri props yang hendak
digunakan. Penari akan mengguna kostum yang sama untuk persembahan pada malam itu. Oleh itu
semua props yang sedia ada akan disiapkan di belakang pentas.
TANGGA NADA MUZIK GAMELAN

1 2 3 5 6 i
do re mi sol la do

LAGU-LAGU GAMELAN MELAYU

1. OVERTURE
2. PERANG SELINAN
3. AYAT-AYAT
4. TOGOK
5. GAMBUH MENYANYI
6. SRI RAMA BALIK
7. SELANG ARAK
8. TOPENG
9. TIMANG BURUNG
10. LAMBANG SARI
11. GELIONG (TURUN GAMBANG)
12. GENDONG GAJAH MATI
13. NONGGA & LANTAI LIMA
14. SELANTING
15. PERANG MANGGONG
16. MULEH
17. GAMBUH MENARI
18. ANTAWADA
19. GALAH GANJUR
20. KILAS DAYUNG
21. PAYUNG PATAH
22. LONANG
23. TONGKANG MASUK
24. RANGU-RANGU
25. KETAM RENJONG
26. KETAWANG
27. BARONG B
28. BARONG A
29. BABA LAYAR
30. TIMANG INU

You might also like