Kertas Kerja Menghias Papan Kenyataan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJK (C) SAN CHAI

MUAR, JOHOR

KERTAS KERJA
PROJEK HIASAN PAPAN KENYATAAN




TARIKH:
20 JULAI 2014

MASA:
8.00PM

TEMPAT:
DEWAN PERHIMPUNAN
SJK (C) SAN CHAI

PENGENOLA:
SJK (C) SAN CHAI





1.0 PENGENALAN

Internship merupakan satu program yang melibatkan guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 8 bertempatan di
bekas sekolah rendah semasa menjalani Praktikum Fasa Ketiga. Program
Internship ini adalah selama sebulan (4 minggu) dan bertujuan untuk
mendedahkan peluang persediaan kepada guru pelatih yang bakal menjejak kaki
ke pangkuan sekolah. Segala pengetahuan dan kemahiran yang didapati
diharapkan dapat dijadikan sebagai pengalaman guru pelatih untuk diaplikasi ke
dalam usaha harian pada masa akan datang.
Di SJK (C) San Chai, terdapat banyak papan kenyataan yang biasanya
dihiaskan dengan maklumat-maklumat yang terkini dan bermanfaat supaya
murid-murid dapat membaca maklumat tersebut pada masa lapang. Murid-murid
biasanya akan berbual kosong atau menceritakan hal-hal mereka seharian
apabila mereka lapang. Jika kita amati, perkara ini dianggap membuang masa
dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.
Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar papan
kenyataan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah dapat diubahsuaikan dan
dihiaskan dengan cantik dan menarik perhatian untuk menjadi tempat yang boleh
memberikan murid-murid informasi. Justeru itu, papan kenyataan akan memberi
ilmu kepada murid-murid secara tidak langsung.
Papan kenyataan di kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan-
bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya
menbaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada papan
kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan
mutu pelajaran mereka.
Papan kenyataan yang baru dan berbeza dapat memberi minat kepada
murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui.
Mereka berkemungkinan akan berasa segar dengan papan kenyataan baru
mereka dan membaca maklumat-maklumat di atas papan kenyataan tersebut.




2.0 RASIONAL
Papan kenyataan yang dirancangkan ini akan dapat membantu murid-murid dan
juga ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka di sekolah agar lebih
memahami Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, isi-isi
papan kenyataan ini akan berkaitan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.


3.0 TUJUAN
Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu sekolah
menjelas dan membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 kepada ibu bapa dan anak murid SJK (C) San Chai.


4.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,
San Chai dapat:
1. Memahami isi-isi PPPM.
2. Mengisi masa terluang dengan membaca kaedah yang diharapkan oleh
negara kepada murid.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.
4. Meninjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat
terkini kepada murid-murid.



5.0 TARIKH
20 JULAI 2014


6.0 MASA
8.00 PM

7.0 TEMPAT
Papan kenyataan dewan kenyataan

8.0 SASARAN
Guru dan guru pelatih


9.0 JAWATANKUASA PROJEK
Penaung : Puan Yeo Ching Eng (Guru Besar SJK (C) San Chai)

Penasihat : Pn. Khing Mui Choo(Guru Kanan SJK (C) San Chai)

Pengerusi : Ngui Ye Shiuan

Mentor : Low Geok Khim (Mentor Guru Pelatih Internship)

Setiausaha : Kevin Wong Chii Chiew

Bendahari : Tay Day Yuen



10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
10.1 Belanjawan
Semua perbelanjaan dan tanggungan adalah sepenuhnya ditanggung
oleh guru-guru pelatih dan peruntukan sekolah.




10.2 Perbelanjaan
Bil Perkara Unit/Bilangan Anggaran harga
seunit (RM)
Jumlah (RM)
1 Papan Polystrene 1keping 11.3 11.3
2 Kertas warna 100 g 5.6 5.6
3 Mounting board 1keping 2.8 2.8
4 Pin-pin 1 kotak 2.2 2.2
5 Cellophane tape 1gulung 2.95 2.95
Jumlah keseluruhan 24.85




11.0 CADANGAN ISI KANDUNGAN PAPAN KENYATAAN:
1. Tiga objektif dan pendekatan semula PPPM
2. Lima aspirasi PPPM
3. Enam ciri utama
4. Sebelas anjakan untuk transformasi sistem


12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kapada warga
sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataa di sekolah agar ia
dapat memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil memberikan maklumat
dan pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.









Disediakan oleh:



(KEVIN WONG CHII CHIEW)
Guru Pelatih
IPG Kampus Tun Hussein Onn





Disahkan oleh:



(Pn. Yeo Chin Eng)
Guru Besar,
SJK (C) San Chai

You might also like