Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Peranan Unsur-unsur Tradisi Di dalam Perlembagaan

Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang


diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran,
parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman
penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-
unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum
pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak
sosial yang meliputi empat aspek termasuklah institusi beraja, agama islam,
bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada
kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan
sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.
Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga
dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-
syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang
Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa,
Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik
bukan Melayu.
Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima
satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik
antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.





Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Unsur tradisi yang pertama adalah kedudukan istimewa orang Melayu
telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah
peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan
Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk peribumi
Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara
raja-raja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan
bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa
itu mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu
sebagai penduduk peribumi.
Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani
dengan kerajaan British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British
dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan
agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari menghakis hak dan
kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit.
Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal
ke-20 yang membawa masuk ramai kaum imigran ke tanah Melayu untuk
bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. British membiarkan orang
Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri dalam arus
pembangunan ekonomi.
Kembalinya British pada tahun 1946 selepas Jepun menduduki Tanah
Melayu 1942-1945, Parti Buruh sebagai pemerintah Britain telah membawa
dasar politik yang berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan
penjajahan fizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk itu kuasa Raja-raja
Melayu dihapuskan secara perlembagaan dan kebudayaan, negeri Melayu
dijadikan satu dengan nama Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu
dibuat oleh Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep negara yang
baharu, yang tidak lagi berasaskan Melayu sebaliknya Malayan. Dalam
Perlembagaan Malayan Union 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang
Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-
raja Melayu dikurangkan sehingga ke peringkat untuk keperluan rasmi dan
perkara-perkara kecil sahaja. Malah kuasa undang-undang dan kedaulatan
negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan satu bentuk
kerakyatan yang seragam diadakan.
Bagi mententeramkan orang Melayu terhadap penentangan Malayan
Union, British memberikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu,
orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Persuruhjaya
Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas melindungi kedudukan istimewa
orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain, di bawah perlembagaan itu.
Selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan
dipindahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan. Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia,
kedudukan dan hak istimewa kaum Bumiputera di kedua-dua negeri itu diiktiraf
dan serta menjadi sebahagian daripada tanggungjawab khas Yang di-Pertuan
Agong.
Kedudukan istimewa orang Melayu' di bawah Perkara 153 bermaksud:
Yang pertama iaitu Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-
dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian
biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan
perdagangan.
Yang kedua ialah tanggunjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-
Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan
sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau
perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan
untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa dianiayai atau
diabaikan.
Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160,
membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa
Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di
Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau
bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari
Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat
seseorang yang demikian.
Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah: Di Sarawak : mana-mana suku
kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan,
Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan,
Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum
tersebut. Manakala, di Sabah : anak atau cucu kepada seorang daripada suatu
kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak
Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam
Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi Perkara 153 (6) dan Bidang
Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang
Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89
dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f)
berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan
pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini
tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan
1971).






Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 melalui Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan. Dalam fasal tersebut telah disebutkan bahawa, bahasa
kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang
diperuntukkan oleh Parlimen, dengan peruntukan bahawa tidak ada seseorang
pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau
mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain. Selain itu, tidak ada sebarang
peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan persekutuan
atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan dan
pengkajian bahasa komuniti lain.
Konsep memberikan taraf kebangsaan kepada bahasa itu jauh lebih luas
dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa
rasmi semata-mata. Kesan utama yang dapat dilihat ialah apabila bahasa
Melayu di angkat tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan secara automatiknya
bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantara dalam semua maksud rasmi.
Ini bermaksud bahasa selain bahasa Melayu hanya boleh dipelajari dan
digunakan dalam urusan tidak rasmi.
Sebelum Perang dunia kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas
untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat,
penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu
dalam kebanyakan negeri Melayu terutamanya Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di nusantara pada masa
itu. Namun selepas perang keadaan mula berubah akibat penerimaan sistem
perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
serta bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini
menyebabkan bahasa Inggeris mula diterima sebagai bahasa pentadbiran dan
digunakan dalam dalam beberapa bidang kegiatan kerajaan walaupun bahasa
Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan kerajaan.
Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk
mesyuarat Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga
bahasa rasmi yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat. Namun begitu, setelah Malayan Union
dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tetap mengekalkan bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan kecuali catatan dalam bentuk penulisan mestilah dibuat di
dalam bahasa Inggeris.
Penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi mula membimbangkan beberapa golongan cendekiawan dan
tokoh pada masa itu termasuklah Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai yang
berpendapat bahawa ini merupakan tanda penjajahan British yang sangat ketara
ke atas negeri-negeri Melayu dan masyarakat Melayu.
Pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 telah membawa satu sinar
baru kepada bahasa Melayu di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan
Persekutuan walaupun memberi satu persoalan politik yang besar di kalangan
parti politik dan persatuan quasi politik di Semenanjung.
















Agama Islam sebagai agama rasmi
Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih 600 tahun lalu.
Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British,
orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada
satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak menjejaskan
pegangan orang Melayu terhadap agama Islam.
Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam
semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama
Islam dan adat istiadat Melayu.
Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi
agama rasmi persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan
dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan
dalam Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.
Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran
agama islam dan undang-undang Syariah. Penerimaan Islam sebagai agama
Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau negeri menubuh,
menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan
disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan
majlis-majlis keagamaan.










Pemerintahan Beraja
Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu telah berabad-abad
amalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam
semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para
pembesar negeri.
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu masih diiktiraf
sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-
masing. Namun dalam sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi
nasihat para pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat
British. Keadaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Selepas pendudukan Jepun, kerajaan British bercadang untuk menubuhkan satu
bentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union.
Melalui cadangan Malayan Union ini, raja-raja kekal sebagai pemerintah atas
nama dan kuasa mereka dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Setelah mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union
dibubar dan gantikan dengan satu perlembagaan baharu yang dikenali sebagai
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlembagaan baharu
ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula kedudukan raja-raja Melayu.
Setelah merdeka, institusi pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-
lunas perlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Seiring
dengan itu, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas institusi beraja untuk
disesuaikan dengan amalan demokrasi berparlimen.
Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan dengan sistem raja
berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki menerima nasihat
anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.





PERANAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Unsur tradisi dianggap sebagai faktor penting dalam proses pembinaan
negara bangsa serta ke arah mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk
persefahaman bagi mencapai perpaduan. Perkara-perkara ini menjadi punca
keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang nampak berpihak
diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam
sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan menganut
agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku toleransi di
kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan
etnik menjadi semakin utuh dan erat.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara merupakan satu
pilihan yang tepat apabila aspek sejarah dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah,
bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas,
1986) sebagai contoh pada zaman penjajah lagi bahasa melayu telah dijadikan
bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga kini merupakan antara bahasa utama
Malaysia apabila jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia mewakili 54
buah negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala
Perdana Menteri (PABM) edisi kelima tahun ini. Matlamat menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan pelbagai
kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa
yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Di samping itu, bahasa ibunda
lain tidak tergugat. Bahasa Melayu juga boleh menjadi alat untuk membentuk
satu bangsa, satu negara dan satu bahasa yang teguh.
Oleh itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006 telah dikeluarkan
bagi memaklumkan akan langkah-langkah memperkasakan penggunaan bahasa
Melayu dalam perkhidmatan awam. Antara isi kandungannya ialah:
2. memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa
kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara
tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan
pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing
dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi
dalam bahasa asing)
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mestilah
diselarikan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Seperti yang dinyatakan
didalam Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menekankan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar utama dan Akta Pelajaran 1961 telah melaksanakan
dasar tesebut. Ini kerana melalui sistem pendidikan pemupukan negara bangsa
merdeka akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyat dapat
dilahirkan dengan lebih mudah. Nation Building bagi sebuah masyarakat
majmuk seperti Malaysia perlukan satu ejen yang berkesan untuk mencapai
matlamat itu; pendidikan adalah pemangkin yang penting bagi proses pembinaan
perpaduan politik dan sosioekonomi masyarakat negara ini. Cendekiawan
negara Profesor Diraja Ungku Aziz juga bersetuju bahawa Bahasa Melayu
mampu membawa kepada perpaduan dengan mengatakan bahawa keunikan
Bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi
perpaduan kaum yang telah lama wujud. Beliau juga menegaskan bahawa
sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar
lebih mamtap dan ampuh.
Fenomena masyarakat Malaysia kini seperti tidak mahu mengiktiraf
Perkara 152 yang terkandung dalam perlembagaan. Hal ini kerana terdapat
papan tanda yang mempunyai empat bahasa. Jika masyarakat asing datang
kenegara kita, semestinya mereka pening dan marasakan bahasa rasmi negara
ini ada empat. Selain itu, turut membimbangkan masyarakat seperti malu
menggunakan bahasa Melayu. Sektor swasta juga kini berurusan dengan sektor
awam menggunakan bahasa Inggeris. Sepatutnya segala urusan surat
menyurat, urusan dengan imegresen, kastam, tender, perlesenan, perbankan,
percukaian, pendaftaran dilakukan dalam bahasa Melayu. Terdapat juga,
sesetengah masyarakat Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu dan
hanya tahu bahasa ibunda mereka sahaja. Golongan seperti ini kebiasaannya
merupakan duri yang membawa kepada perpecahan kaum di Malaysia dan
penghalang kepada perpaduan.
Kesimpulannya, sebaiknya rakyat Malaysia harus mempertahankan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang telah termaktub
dalam perlembagaan.
Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam
proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu.
Agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan kerana Islam telah
lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi. Agama Islam
telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan
Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun
ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum
Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi
unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-
undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah. Oleh yang
demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan.
Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia daripada
perhambaan sesama manusia, maka perlembagaan yang baik pasti akan
menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa
rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan
undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi
dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini
diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau
ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan
persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum
dan agama.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini bertitah
agar rakyat hendaklah tidak mempersoalkan lagi kepentingan peribadi hak-hak
lain yang boleh menggugat perpaduan. Titah baginda berbunyi Walaupun Islam
adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
damai,malah hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai
dijadikan hari cuti umum. Dalam titah baginda tersebut jelas menunjukkan
bahawa Malaysia masih tetap memberi hak sewajarnya kepada agama-agama
lain dan menunjukkan amalan keserdehanaan dan keterangkuman seperti yang
dianjurkan oleh Islam diamalkan dengan subur di negara ini. Oleh itu, kaum-
kaum lain seharusnya memperakui Perkara 3 yang termaktub dalam
perlembagaan.
Perkara yang amat menyedihkan baru-baru ini ada pihak yang seolah-
olah cuba melenturkan dan menentang perlembagaan terutamanya Perkara 3
iaitu agama islam merupakan agama rasmi negara apabila menimbulkan isu
portfolio baru bagi menjaga hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang. Hal seperti
ini seharusnya tidak boleh timbul kerana rakyat perlu akui dan mengiktiraf
Perkara 3.
Kesimpulannya, dalam membentuk negara bangsa, sememangnya
Perkara 3 harus dipertahankan dan sebulat suar.

Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
sarawak di beri keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah
kerana mereka merupakan penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu
sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan
layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu
pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum
yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan
keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan
kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan
menjelang kemerdekaan. Keistimewaan kouta Melayu ini juga adalah bagi
membantu masyarakat Melayu dan bumiputera untuk membaiki taraf hidup
mereka yang telah jauh ketinggalan daripada kaum lain. Kerana kita dapat lihat
dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa pun, masyarakat
Melayu masih lagi di belakang kaum bukan Melayu terutamanya dalam aspek
kedudukan ekonomi.
Terdapat sesetengah pihak terutamanya pemimpin politik seperti tidak
berpuas hati dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153. Sebenarnya
mereka inilah punca kepada perpecahan. Sewajarnya, pemimpin politik kaum
lain mempromosikan perpaduan dan menyedarkan kaumnya
bahawa keistimewaan diberikan kepada Masyarakat Melayu dan bumiputera
merupakan satu hak yang wajar kerana masyarakat ini merupakan pribumi
negara ini. Perkara 153 ini tidak bermaksud untuk menafikan kedudukan kaum
lain sehingga membuatkan mereka merasa seperti merempat. Bahkan, kaum
bukan melayu di Malaysia antara pelopor ekonomi yang gah kerana Perkara
153 tidak menghalang kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan
kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini.
Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai
pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara
kaum telah diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan
Tamil. Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu
UiTM, Cina - KTAR, India Kolej Tafe. Toleransi kaum juga menyebabkan
pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi
PTPTN utk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu, keistimewaan ini
adalah bagi menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera dan
bukan bumiputera.
Kesimpulannya, Perkara 153 memang wajar dipertahankan dan kaum
Bukan Melayu janganlah berasa bimbang kerana kebajikan mereka masih tetap
dijaga.

Pemerintahan Beraja
Sebagai rakyat seharusnya kita menghormati pilihan Malaysia dalam
memilih sistem kerajaan negara yang berteraskan prinsip Raja Berpelembagaan
dan demokrasi berparlimen. Pemerintahan beraja adalah rasional masih
dikekalkan di Malaysia. Hal ini kerana Raja Melayu merupakan simbol
perpaduan dan keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia menjadi
naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin
menjadi sama. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudah diwarisi
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-
ciri asal Negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan
menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sultan Perak,Sultan Azlan Shah
telah bertitah bahawa sistem raja sebenarnya memberi satu perimbangan
peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan
negara.
Pengimbang kuasa adalah apabila raja memain peranan tidak menyebelahi
mana-mana-mana bahagian tertentu, tetapi menjamin kecekapan serta
kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini. Malah,
keseimbangan kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi memastikan tidak
wujud campur tangan di antara tiga badan itu.

Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang
berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isu kepada
upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan
ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999].

Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke
arah perpaduan. Walaubagaimanapun, perkara ini timbul dengan konsep yang
baru iaitu raja berperlembagaan bagi mengelakkan berlakunya tindakan raja
yang mengubah dasar sehingga menyulitkan rakyat. Dengan konsep baru ini,
institusi beraja tetap wujud dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut
lunas lunas perlembagaan yang ditetapkan.
Dalam membentuk sebuah negara bangsa, rakyat berbilang kaum
mestilah menghormati sistem ini. Namun begitu, yang membimbangkan dinihari
ialah apabila masyarakat melayu sendiri yang mempersoal ketuanan raja dan
rasionalnya sistem itu masih dipertahankan. Hakikatnya melalui Sistem Raja
Berpelembagaan inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
paling beradab dalam kalangan negara Islam apabila berjaya membanteras
sikap pelampau yang boleh mencetuskan masalah negara. Ketua felo penyelidik
Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa Malaysia (IAIS) Dr Cristoph
Marcinkowski berkata sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama
lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia
melalui peranan Raja Berperlembagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan sistem
pemerintahan raja berpelembagaan dan demokrasi berpalimen telah
mewujudkan keaman dan kestabilan politik serta membolehkan perlaksanaan
pembangunan secara terancang dan tertib sehingga membawa manfaat kepada
segenap lapisan masyarakat.
Hasilnya taraf hidup rakyat telah berjaya ditingkatkan dengan ketara
dalam hanya tempoh 50 tahun.
Kita juga telah berjaya mentransformasikan negara daripada sebuah negara
pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian
moden berpendapatan tinggi.
Manakala Kay Kim menyatakan bahawa British pada lewat abad ke 19
mengakui peranan raja sangatlah penting dalam masyarakat tempatan. Tanpa
raja 'the people will be just a mob' (rakyat akan menjadi seperti samseng),"
ujarnya.
Konklusinya, sistem raja berpelembagaan harus dikekalkan kerana ia
menyumbang lebih banyak kebaikan daripada keburukan kearah membentuk
Negara bangsa.








KESIMPULAN
Kesimpulannya, peranan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan
Malaysia yang telah dipakai sejak 50 tahun yang lalu telah berjaya membentuk
satu negara bangsa yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang konflik
perkauman. Ianya penting dalam menjayakan visi dan misi negara ke arah
negara maju menjelang wawasan 2020. Walaupun dengan simbol Melayu
seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
Bumiputera sebagai penghuni asal, lambang kuasa Melayu dalam bentuk
pemerintahan beraja dan Islam selaku agama Persekutuan, kepentingan asas
kelompok lain tidak sekali-kali terjejas. Malah ia, sama ada dalam bentuk
kelayakan ekonomi mahupun kebebasan budaya, dilindungi dengan cukup sasa
dalam Perlembagaan Persekutuan. Legitimasi watan ini yang seolah-olah
mengenakan kedominanan Melayu sebenarnya terus membenarkan, misalnya
bahasa ibunda kelompok lain dikembangkan. Ini termaktub pada Artikel 152.
Dengan ini, pendidikan vernakular Cina misalnya, bukan saja berkembang
dengan pesat di negara ini, malah menjadi sistem paling lengkap di Asia
Tenggara. Walaupun Islam menentukan kelakuan moral nasional, bukan saja
kebebasan beragama diperuntukkan pada Artikel 3, keunggulan Islam tidak
sekali-kali diguna untuk menjadikan agama lain tidak penting di Malaysia. Untuk
Malaysia bergerak ke hadapan, khususnya mencapai status negara maju seperti
dihasratkan dalam Wawasan 2020, penghayatan kepada kontrak sosial adalah
satu-satunya alat yang mampu membawa perubahan ke arah itu.
Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah yang lebih agresif
dalam memberi pendidikan berkaitan Perlembagaan negara kepada semua
lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat yang
mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak negara
terhadap individu yang menjadi warganegaranya. Semua kaum di Malaysia
harus menghormati hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Masyarakat
bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem
kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang
terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana
mereka telah bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting
ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya
polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan sebaliknya kita sebagai
rakyat Malaysia perlu terus menghayati semangat kontrak sosial ini dengan
menolak keganasan perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme. Di samping
memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk dalam Negara kita.
























RUJUKAN
Internet
1) http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/
2) www.slideshare.net/.../unsur-tradisi-dalam-perlembagaan
3) www.slideshare.net/.../tajuk-6-perlembagaan-presentation
4) www.ums.edu.my/webv3/appl/downloadfiles/KULIAH%207.ppt
5) http://www.amazon.co.uk/Unsur-unsur-tradisi-dalam-perlembagaan
Malaysia/dp/B0000D7NKY
6) http://www.scribd.com/doc/13377067/Malaysia-Dalam-Konteks-Hubungan-
Etnik
7) http://www.jpm.gov.my/userfiles/file/SPA%20Bil%201%20Tahun%202006.pdf
8) http://infolib.bernama.com/equipbernama/images/circ/PANDUAN%20PELANTI
KAN%20PEGAWAI%20KONTRAK%202003.pdf
9) http://www.mampu.gov.my/pdf/SPA/spa032010.pdf
10) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1124&pub=utusan_mal
aysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm&arc=hive
11) http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/12/ketuanan-melayu-legitimasi-
watan.html
12) http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/ketuanan-melayu-
legitimasi-watan-teo-kok-seong/
13) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0318&pub=utusan_mal
aysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive
14) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=utusan_mal
aysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive








Buku
1) Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Ramlah Adam 1998, Penerbit
Universiti Malaya.
2) Kenegaraan Malaysia, Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail dan Zaini
Othman, Oxford Fajar sdn. Bhd, 2005.
3) Politik, isu-isu integriti:2000-2008, Anis Yusal Yusoff dan Zubayry Abady Sofian,
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
4) Politik dan Dasar Awam Malaysia, Ahmad Atory Hussain, Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd
RUJUKAN
Mohd Salleh Abas, 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Laman web Tun Mahathir. 2008. Dlm, 1 Klik. Kontrak Sosial dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1224-
kontrak-sosial.html
Mohd Jauhar Hassan, 1996. Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam
Konteks Masyarakat Yang Berubah. Dlm, Azizan Bahari dan Chandra
Muzaffar. Keadilan Sosial. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, hal 147-
148.

You might also like