Laporan Gotong Royong For School Email

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) HUA LIAN 1, TAIPING

LAPORAN PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN


DENGGI
TAHUN 2014


TARIKH & HARI :
21 dan 25 JULAI 2014


ANJURAN :

UNIT HAL EHWAL MURID
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) HUA LIAN 1, TAIPING





PELANCARAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN
KEMPEN ANTI DENGGI SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG 2014


TARIKH: 21 DAN 25 JULAI 2014

HARI : ISNIN DAN JUMAAT

MASA: 3.00 PETANG ( 21 JULAI 2014 )
4.45 PETANG ( 25 JULAI 2014 )

TEMPAT: DEWAN PERHIMPUNAN SEKOLAH DAN SEKITAR KAWASAN
SEKOLAH
SASARAN : Warga Sekolah SJK ( C) HUA LIAN SATU , TAIPING PERAK.








PENGENALAN :

Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah
global dan endemik di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyakit ini adalah
disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih
merupakan satu masalah kesihatan awam.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes demam denggi
di Selangor bagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011 adalah sebanyak
188 kes dengan 1 kematian manakala bagi tempoh 3-9 Julai telah meningkat kepada
448 kes dengan 1 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 16,367 kes dengan 45
kematian.


OBJEKTIF :

Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.

Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga
sekolah tentang pendidikan pencegahan denggi

Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan
nyamuk Aedes.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat kondusif dan bebas
pembiakan nyamuk Aedes



MISI:

HAPUS AEDES, CEGAH DENGGI


VISI:

Melahirkan Generasi Yang Perihatin Terhadap Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes



AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI / KEMPEN
ANTI DENGGI :

1. Ceramah Pendek Denggi.

2. Bercerita Denggi.

3. Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes.

4. Aktiviti Gotong-royong kawasan sekolah untuk membersihkan kawasan sekolah



STRATEGI PERLAKSANAAN ;

Program ini dijalankan anjuran unit HEM SJK ( C) HUA LIAN 1 , TAIPING PERAK.




LAPORAN SEPANJANG PROGRAM :

Unit Hal Ehwal Murid SJK (C) HUALIAN 1 , TAIPING elah menganjurkan
Kempen Anti Denggi dan Akitviti Pendidikan dan Pencegahan Denggi 2014 pada 21
JULAI 2014 dan 25 JULAI 2014. Kempen dan akitiviti ini diadakan bertujuan untuk
memupuk kesedaran di kalangan warga sekolah tentang kepentingan menjaga
persekitaran sekolah dan rumah daripada pembiakan nyamuk aedes. Kempen dan
akitiviti ini juga menyajikan banyak informasi tentang bahaya nyamuk aedes yang dapat
membawa penyakit demam denggi.
Kempen ini bermula pada 21 JULAI 2014 kira-kira pada pukul 3.00 petang di
Dewan Perhimpunan Sekolah . Pada hari itu juga diadakan Ceramah dan taklimat Anti
Denggi yang disampaikan oleh Puan . Isi taklimat yang agak penting disampaikan oleh
Beliau adalah berkaitan dengan pengenalan deman denggi dan tanda-tanda denggi.
Contohnya, berdasarkan kepada Beliau, Deman Denggi adalah sejenis penyakit
berjangkit merbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan penyakit ini merebak
melalui gigitan nyamuk Aedes. Di samping itu, Puan juga berkongsi informasi dengan
murid-murid tentang tanda-tanda menjankit Deman Denggi. Contohnya deman kuat
yang mengejut dan berterusa, bintik-bintik merah pada kulit, sakit teruk pada tulang-
tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala, hilang selera makan dan sebagainya.
Hal ini penting kerana informasi-informasi ini boleh membantu murid-murid untuk lebih
memahami tentang deman denggi .

Selain informasi tentang pengenalan asas tentang deman denggi, puan juga
berkongsi dengan cara hapusakan nyamuk aedes dewas, tempat-tempat yang perlu
diperiksa sama ada di kawasan sekolah atau perumahan supaya tiada peluang untuk
pembiakan aedas serta hukuman-hukuman jika didapati membiak nyamuk Aedes di
kawasan rumah di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Program pemberian taklimat telah berjalan dengan lancar seperti dirancang.
Murid-murid kelihatan sangat bersemangat dan berfokus disamping maklumat tentang
pencegahan denggi dapat dihebahkan dengan berkesan serta menyeluruh.





Gambar ini menunjukkan Puan CHEN CHEW LING sedang memberi taklimat
tentang pencegahan denggi dan aedas di atas pentas Dewan perhimpunan
Sekolah.
Semua warga sekolah termasuk murid-murid dan guru sekolah memberi perhatian
kepada taklimat yang disampaikan oleh Puan
Pada 25 Julai 2014, kira-kira pada pukul 4.45 petang, Pihak Jawatankuasa
Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah telah menganjurkan
aktiviti gotong-royong serta aktiviti Cari dan Musnah tempat berisiko pembiakan nyamuk
aedes. Akitiviti ini dilibatkan oleh semua warga sekolah SJK (C) HUA LIAN 1, TAIPING
di seluruh kawasan sekolah. Bagi tujuan melicinkan pelaksanaan aktiviti, Murid-murid
dibahagikan tugas berdasarkan kelas dan dibimbing oleh Guru kelas masing-masing.





Gambar ini menunjukkan murid-murid memcuci longkang yang terletak di
hadapan bilik darjah,
Gambar ini menunjukkan Murid-murid sedang membersihkan longkang sekolah
supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

















Gambar-gambar ini menunjukkan murid-murid memastikan kawasan-kawasan
yang mudah menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes berada di dalam keadaan
yang bersih.
REFLEKSI AKTIVITI :
KEKUATAN :
Isi kandungan Menarik dan berinformasi
Aktiviti yang dijalankan pada tahun ini amat menarik, dan penyertaan
menyeluruh diperolehi daripada murid-murid. Murid-murid juga dilihat terhibur
semasa melakukan aktiviti yang disediakan.
Amalan Kerjasama
Aktiviti gotong royong untuk menghapuskan penempatan nyamuk aedes
dan membersihkan kawasan sekolah menggambarkan kerjasama semua warga
sekolah di Semua murid dilihat memberi sepenuh perhatian dan komitmen
menyiapkan tugas masing-masing.
KELEMAHAN :
Tempoh Program Singkat
Oleh kerana suasana jerebu yang menjadi semakin serius pada minggu
yang sama , tempoh berlangsungnya program disingkatkan kepada 2 hari sahaja
iaitu pada hari Isnin dan Jumaat (21 dan 25 Julai 2014). Penghayatan
sepenuhnya tentang pencegahan denggi masih kurang kerana tempoh
pendedahan kepada maklumat yang singkat.
PENAMBAHBAIKKAN :
Tempoh Dipanjangkan
Tempoh Program Sekolah Bebas Denggi perlu ditingkatkan sekurang-
kurangnya satu minggu. Oleh yang demikian, lebih banyak aktiviti dapat
dilakukan serta pameran dapat diadakan. Murid-murid dan warga sekolah juga
akan dapat didedahkan maklumat pencegahan Denggi dengan lebih
penghayatan serta pemahaman.
KESIMPULAN

Aktiviti PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI
SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG Tahun 2014 ini telah berjaya mencapai objektif
yang disasarkan kepada murid-murid seperti murid-murid mulai sedar tentang
kepentingan penjagaan kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Oleh itu, program ini
amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza dan lebih menarik kerana
bukan sahaja amat membantu pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah mampu
memberi impak pencegahan penularan penyakit Denggi bawaan nyamuk Aedes yang
semakin meningkat di negara kita.


Disediakan oleh :

...................................................................

( Puan Yoo Lee Mee )
Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan ,
SJK (C) HUA LIAN SATU TAIPING




Disemak oleh :

................................................
( PUAN CHEN CHEW LING )

Penolong Kanan HEM,
Penyelaras Program Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkt Sekolah,
SJK (C) HUA LIAN SATU TAIPING

You might also like