Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 77

KAJIAN TINDAKAN

Sejarah

Konsep kajian tindakan telah dipelopori oleh John Dewey di Amerika Syarikat pada tahun
1920an, tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah selepas perang dunia kedua. Pada
tahun 1946, seorang ahli psikologi sosial, Kurt Lewin mula menggunakan pendekatan kajian
tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah komuniti setempat. Perkembangan
pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori oleh
Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1953
apabila beliau menggunakan kajian tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan
guru-guru di sekolah.
Kajian tindakan ketika itu telah didefinisikan sebagai proses penyelidikan amalan kendiri
bagi menyelesaikan masalah dalaman guru.Dalam tahun 1970an, kajian tindakan telah
mendapat perhatian antarabangsa apabila Lawrence Stenhouse memperkenalkan konsep
guru sebagai penyelidik, melalui dua projek penyelidikan iaitu (i) Humanities Curriculum
Project (HCP) pada tahun 1975 dan (ii) Research as a Basic for Teaching pada tahun 1978
di Norwich, England. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan Clem Adelman
dalam Ford Teaching Project telah memperkembangkan lagi konsep guru sebagai
penyelidik apabila memperkenalkan pula pelaksanaan kajian tindakan dalam bilik darjah
(classroom action research).
Di Australia, kajian tindakan digunakan sebagai pendekatan untuk membantu guru
mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pelopornya seperti Steven Kemmis menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu
pendekatan penyelidikan yang mampu mempertingkatkan profesionalisme guru (Kemmis &
McTaggart,1988). Di Australia juga, Baird, Fensham, Gunstone, dan White (1989), melalui
projek PEEL (Project for Enhancing Effective Learning) telah menjalankan kajian tindakan
secara kolaboratif, di mana ahli akademik di pusat pengajian tinggi bekerjasama dengan
guru secara berkumpulan bagi menjalankan kajian tindakan. Perkongsian antara konsultan
luar dengan guru dilakukan atas andaian adalah sukar bagi guru melaksanakan peranan
sebagai penyelidik di sekolah secara bersendirian.
Di Malaysia pula, kajian tindakan mula diperkenalkan kepada guru melalui program PIER
(Project Innovation, Excellence and Research) yang dikendalikan oleh Kementerian
Pelajaran pada tahun 1993. Pihak kementerian pada masa itu telah berusaha untuk
menggalakkan budaya menyelidik dalam kalangan guru sekolah (Arfah, 1993; Jamil,2002).
Sehingga kini, tempat kajian tindakan dalam pendidikan adalah sangat jelas. Selepas lima
tahun semenjak Lewin memperkenalkan idea kajian tindakan, genre ini telah berkembang
dan berubah. Kajian tindakan dilihat sebagai penyelidikan yang berfungsi sebagai satu
pelengkap (complementry) dan boleh bergabung dengan kaedah inkuiri yang lain. Sebagai
contoh Stenhouse (1975) menyatakan bahawa kajian tindakan dan idea guru sebagai
penyelidik merupakan idea beliau memperkenalkan cara untuk memperbaiki pendidikan
melalui pemberian kuasa kepada guru dengan melibatkan mereka dalam pembentukan
kurikulum.

Definisi
Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal,
baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah
baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang
guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan
merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan
bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan
pengajarannya.

Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti
kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang
diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka
suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang
diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul
bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini
dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang
dihadapi. Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan
dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan
fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri
sebagai pengamal.
Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang kajian tindakan:
Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri
(framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti
refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam
lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan
individu-individu lain yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan
penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam
lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah
kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui oleh guru,
bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh penyelidik akademik.
Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang
sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan
memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi
terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-
amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri
yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.
Cochran & Lytle (1990) - Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai
penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh
guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik
perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian
daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah
pembinaan struktur pendidikan.
Kember & Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan pengamal
(guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan proses
perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.
Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan kepada
tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di mana kajian
tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan kolaboratif
(collaborative action research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru
dengan individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya; school wide action
research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium
sekolah.
McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri
yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk
memperbaiki amalan kendiri.

Jenis

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan
teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action
research) dan kajian tindakan bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis
1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-pengkaji ini, tujuan kajian tindakan teknikal
adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan atau lebih tertumpu
kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan jenis teknikal) dimulakan
oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung
pada fasilitator tersebut.
Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik
secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-
pengamalnya. Sementara kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator
dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas
menggalakkan tanggungjawab dikongsi sama rata oleh pengamal dan pengamal
bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.
Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga senario
iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif
(collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah (school wide
action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang dilaksanakan secara
individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru
secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah
kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah secara bersama
melaksanakan kajian.
McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu,
pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang
mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian;
kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu pendekatan
yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang
telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad
pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri; dan
ketiga, pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu pendekatan yang
menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan
mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.
Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang
dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan
secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat
sebagai peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian tindakan. Kajian
tindakan boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan
berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya kepada kajian tindakan
bebas.

Tujuan
Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan sesuatu
kajian tindakan:
(a) Menambah baik - merujuk kepada penambahbaikan dalam tiga peringkat iaitu:
penambahbaikan terhadap amalan;
penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal; dan
penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan.
(b) Melibatkan - merujuk kepada penglibatan pengamal yang mengamalkan sesuatu
bidang.

Dalam bidang pendidikan, sering kali akan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan
amalan pengajaran dan pembelajaran, dan ini menuntut pemulihan keadaan.
Misalnya, katakan sebilangan pelajar tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
apabila diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas daripada guru lain.
Situasi sebegini dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu penyelidikan bagi
mengembalikan minat kumpulan pelajar berkenaan terhadap mata pelajaran tersebut,
yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan. Penyelidikan juga boleh dijalankan
bagi memahami punca minat sekumpulan pelajar menurun apabila berlaku pertukaran
guru yang mengajar; untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku adalah
berikutan ciri guru atau ciri topik yang diajar oleh guru suatu penambahbaikan
terhadap kefahaman guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga dapat
dilaksanakan bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku,
contohnya dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan
bercerita dalam pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap
pengajaran.
Ini bermakna, kajian tindakan bukan sahaja membantu memahami amalan serta
menambah baik amalan, malah membantu menyesuaikan amalan dengan perubahan
yang berlaku di luar, serta mengubah apa yang berlaku di luar bagi menambah baik
amalan. Sebagai contoh, kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
menuntut guru menyesuaikan amalan pengajarannya dengan mengemas kini fakta-
fakta yang disampaikan; fakta-fakta terkini dapat dicapai melalui internet. Guru juga
boleh mencari jalan untuk mengesan dan menghalang amalan memplagiat dalam
kalangan pelajarnya dengan menggunakan kemudahan internet; seperti mewajibkan
pelajar menyertakan senarai rujukan alamat URL laman web yang dirujuk oleh pelajar.
Suatu lagi matlamat kajian tindakan ialah memastikan penambahbaikan berlaku
terhadap guru dari segi kefahaman terhadap perubahan yang berlaku serta amalan
bertindak balas dengan perubahan itu.
Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses
penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan
masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi
baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru
menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas
untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.Dalam hal ini
guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya yang boleh
menambah tingkat tahap keprofesionalisme yang dimilikinya.

Konsep
Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian
tindakan iaitu:
1. Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki
pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat
daripada perubahan tersebut.
2. Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke
arah memperbaiki amalan mereka sendiri.
3. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral)
iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana,
menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai,
mereflek.
4. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu
amalan pendidikan.
5. Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan
menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa
yang berlaku sebagai bukti.
6. Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod
perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.
7. Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical
analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja.Kajian
tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan
yang lebih besar.
8. Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri
daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu
untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.
Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan Kemmis
(1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:
1. Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat
sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.
2. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap pusingan terdiri
daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek, yang
dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait.
3. Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas
setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian
tanpa kehilangan kawalan ke atas projek penyelidikan.

Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat kajian
tindakan yang dikemukakan oleh Grundy dan Kemmis (1981) untuk diaplikasikan ke
dalam bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek penyelidikan layak
dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan guru, guru
dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa.
2. Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh
dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta mempunyai
dinamika dalaman untuk menjana kitaran-kitaran berikutnya.
3. Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada proses
pengajaran dan pembelajaran secara jelas.
Henry dan Henry (1982) berpendapat bahawa projek penyelidikan yang mempunyai
satu kitaran tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan, sebaliknya hanya sebagai
satu projek penyelesaian masalah. Elliott (1991) mencadangkan satu-satu projek
penyelidikan kajian tindakan sekurang-kurangnya mempunyai tiga kitaran atau satu
tahun pengajian. Walau bagaimanapun, Boomer (1980 dalam Grundy & Kemmis 1981)
dalam projek Negotiating the Curriculum menyatakan bahawa kebanyakan laporan
kajian tindakan dalam projek tersebut hanya menampakkan satu kitaran sahaja.

Ciri-Ciri
Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada
penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu
ada pada pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang
dijalankan, dan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.
(a) Elemen Reflektif



Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan
guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan
terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk
menambah baik amalan oleh individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa
memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka.
Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya
tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu
perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi
pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.
(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu
guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat
(natural setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat.
hal ini bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas
penyelesaian kepada masalah berkenaan. Memandangkan hanya guru yang lebih
memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai
dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah
yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan,
kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru
tersebut. Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi,
suatu penyelidikan wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya
mengambil sesuatu tindakan yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan
oleh penyelidik luar.
(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian
ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian
tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan.
Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek tidak akan berhenti,
sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan
jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi.
Pada peringkat pemerhatian dan refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah
yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru
akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan
sedia ada.
Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat
dalam dua aspek iaitu:
1. Aspek pendekatan kajian
Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui
perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru
yang sistematik melalui kritikan yang membina
Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar
Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.
2. Aspek alam persekitaran kajian
Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah
Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif
Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah
Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan
jangkaan

Lewin
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah
(a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu
merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini
akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak
, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan
Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah berikut.



Somekh
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah
atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina
hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data
untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus
penyelidikan yang baru.




Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas
dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada
langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti
kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara
terperinci.

CRASP Zuber-Skerritt
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian
tindakan iaitu:
1. critical collaboration enquiry by
2. reflective practitioners who are
3. accountable in making the results of their enquiry public,
4. self-evaluative in their practice, and engage in
5. participative problem solving and continuing professional development
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi
atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa
bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan
terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan
profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang
kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan
ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah
kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu
penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan
penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang
mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-
sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan.
Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk
memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini
boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan
penyelidikan.

McKernan
Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua
lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu
mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan
rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.



Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu
diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah
melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan
yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk
perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula
perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak
menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP
Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan
penyelidikan kepada umum.

Altrichter et.al
Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan
langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk
ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula
dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data
dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu
strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru
tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi
mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada
pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan
orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah berikut.



McBride & Schostak
McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang
bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi
tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk
dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau
tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan
menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model
ini ditunjukkan dalam Rajah di bawah.





Johnson
Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses
pelaksanaan kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut ialah:
1. mengenal pasti masalah,
2. membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara
pemungutan
3. memungut dan menganalisis data,
4. merumus serta
5. berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan.
Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan
persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah di bawah menggambarkan
model ini.



Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam
penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana
perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama
ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan
model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang
lebih berstruktur.


Proses 1
1. Idea Permulaan

Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada
rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi.
Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian topikal
yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dilakukan bagi
memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya tidak memberi
sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui
sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain menggunakan teknik
pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan beliau ingin
mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata
pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk
mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan mencubanya dalam
tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan sentiasa berdepan
dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan
apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu
dicari (Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi
idea untuk memulakan suatu kajian tindakan.
Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan
kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yyang
sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati kesan
pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas kembali
kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.
Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan
kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi
2. merancang tindakan
3. melaksanakan langkah-langkah tindakan
4. meninjau dan mengutip data
5. tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua
McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh
digambarkan sebagai:
1. meninjau amalan semasa
2. mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki
3. membayangkan langkah ke hadapan
4. cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku
5. mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan
tindakan
6. menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati
dengan semua aspek dalam kajian
Walau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah
proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas
yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.


Proses 2
2. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik
(guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai
permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat
yang akan membantunya merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila
hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir,
maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh
kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi
kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian
berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan
penyelidikan:
1. Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang
diajar?
2. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek
tersebut?
3. Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan
kaedah pembelajaran masteri?
Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk,
penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat,
beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta
beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian,
satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-
kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

Proses 3
3. Melaksana Tindakan
Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi
pelaksanaan. Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi
mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti
oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh
pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik
berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar
serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

Proses 4
4. Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan
perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh
pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek yang
sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir sekali,
keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum balas sama
ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal
kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.


Proses 5
5. Mereflek
Kesan yang berlaku dalam sesuatu
penyelidikan walaupun positif masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat
dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti
kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu
dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek
lain dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh
masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah
retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan
penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.


Populasi
Sampel


Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi
sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah
mempunyai 1200 orang pelajar Sains dan 240 orang pelajar daripada kumpulan itu
telah dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali
sebagai sampel.





Jenis Populasi

Populasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
populasi sasaran
populasi capaian
Populasi Sasaran
Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan
asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang
dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai
populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).
Populasi Capaian
Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan
pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan
kajian.
Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi
capaian dan sampel adalah seperti berikut:
Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan
Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.
Populasi sasaran: semua murid tahun lima di Selangor
Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, Selangor
Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor




Persampelan


Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat,
atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji.
Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat,
atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili
kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.
Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu
populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).
Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan
populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji.
Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan
pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh
sampel tersebut.
Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili
pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

Persampelan kebarangkalian (rawak)
Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis
kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel
secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat
dalam populasi kajian.
Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti
saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek,
pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah
menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (tak rawak)
Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh
pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian
melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti
berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di
sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi
guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan
dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5
tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan
dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu,
maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.
Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan
persampelan bukan kebarangkalian.

Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikan kualitatif,
maka hanya jenis persampelan bukan kebarangkalian yang dibincangkan dalam
konteks persampelan ini.

Persampelan Mudah


Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau
persampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience Sampling,
pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya.
Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual.
Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta
seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji
menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya
yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di
bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya
peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk
ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun
pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak
dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana
prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

Persampelan Tujuan

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur
persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai
responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini
bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.
Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang
akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai
responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya.
Dalam kes ini, responden-responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok,
yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel
rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah
kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan
kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.


Persampelan Kuota

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang
bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan
kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan
rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam
kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas kumpulan subjek
tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis
yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-
kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga
bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini
diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori
dipenuhi.
Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang
keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua
kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih
daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah
(kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori
berdasarkan kepada kriteria siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori
dipenuhi. Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap
kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan.
Oleh itu, keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur
persampelan kajian ini.

Persampelan Dimensional
Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes. Hanya
sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai
responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel
dalam prosedur persampelan kuota. Di bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri
(faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil
(sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut.
Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai
lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan
kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan
dimensional.

Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan
secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih
sebagai responden kajian.

Persampelan Kes Kritikal
Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case
sampling) digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan
tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya
digunakan untuk kajian kualitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau
kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut;
seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika
beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka
mengalami tanah runtuh
cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang
upaya
Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan mempelajari
secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada
masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.


Persampelan Variasi Maksimum
Dalam persampelan variasi maksimum
(Maximum variation sampling), individu-individu atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili
tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai
selanjar.
Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja tahap IQ terendah
dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksimum dalam kajian yang bertujuan
untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.

Persampelan Bola Salji

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu,
responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai
untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat
memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam
prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang
hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk
menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah
persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden
yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian
tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak
dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat
dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat
secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak,
ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai
digunakan.


Format Penulisan Laporan kajian Tindakan EPRD (KPM)

1. Abstrak
2. Refleksi P & P
3. Isu keperihatinan / Fokus kajian
4. Objektif kajian
a. Objektif am
b. Objektif khusus
5. Kumpulan sasaran
6. Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
b. Analisis tinjauan masalah
c. Tindakan yang dijalankan
d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
i. Pelaksanaan aktiviti 1 Pemerhatian, Refleksi
ii. Pelaksanaan aktiviti 2 Pemerhatian, Refleksi
7. Refleksi kajian
i. Penilaian pencapaian tindakan
ii. Rumusan hasil dapatan kajian
iii. Refleksi proses P & P
8. Cadangan untuk kajian seterusnya.

JPNS (Selangor)
Format Proposal Kajian Tindakan JPNS (Selangor)

Format cover depan
lencana sekolah
nama sekolah
nama penyelidik
tajuk kajian
Format isi kandungan
1. Nama Sekolah
2. Penyelidik
3. Tajuk Kajian
4. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran lalu
5. Isu/ Keprihatinan (Fokus Kajian)
6. Objektif Kajian
6.1 Objektif Umum
6.2 Objektif Khusus
7. Kumpulan Sasaran
8. Tindakan yang dicadangkan
9. Bahan yang dicadangkan
10. Jadual Pelaksanaan
11. Kos kajian
12. Penutup


CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Sekilas Bicara 2

2. Abstrak 3


3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4


4. Fokus Kajian 5


5. Objektif Kajian 5


6. Objektif Khusus 5


7. Kumpulan Sasaran 5


8. Pelaksanaan Kajian 6 - 17


9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17

10. Bibliografi 18



SEKILAS BICARA


Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya
ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak
mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu
murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan
melengkapkan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya
usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,
maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu
murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan
melengkapkan .


Wassalam.


Mat Zaidi b. Dahlan
( GURU PEMULIHAN KHAS )
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi
2010

1. Abstrak



Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas
tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang.
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan
sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-
anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran
dan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari
kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini
membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan
agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja
yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat
berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-
kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak
tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka
menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah
digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid
tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan
dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas .

Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai
minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang
tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku
kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar
matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran
mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam
sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan
yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata
awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh
kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya.
Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid
tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal
melengkapkan perkataan dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .


2. FOKUS KAJIAN

Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal perkataan-perkataan
tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan
tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran.
Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :

i. Objektif umum

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan
kvkv

ii. Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata dengan
betul.
murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai
kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.
Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk meningkatkan
kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati
murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan
tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )
Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu
dilengkapkan oleh murid .
Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian
ini.
Perkataan yang diuji
(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,su
du,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui
kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar.
KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati
kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan
perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-
bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki
dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari

Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah
menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang
telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan
Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
a) Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
b) Eja dan sebut perkataan
c) Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
d) Latihan melengkapkan perkataan interaktif.


Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.
Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .
Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik
Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba ba ba
be be be be
bi bi bi
bi bi bi
be be be be be be
bu bu bu bu bu bu
bo bo bo
bo bo bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar

ba ba ba ju

be be be si
bi bi bi ru

bi bi bi ri

be be be be be ca

bu bu bu bu bu ku

bo bo la

bo bo la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1
Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu sukukata dan
perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan
perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan gambar
perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv
yang digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat
menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.

Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan
Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan
sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan.
Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan
kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2
Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan
perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti
suara sukukata dan perkataan. Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan
murid mengeja dan menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi
huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru


Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi sukukata awal
dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan


Refleksi dari aktiviti 3
Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan
powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi
sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara
ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan
dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus
belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk
mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv
dengan betul.
Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan
kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan
berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan ini,sangat
membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat
mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka dapat
belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak
membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS
1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )
Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan 24 perkataan kvkv yang
diberikan.
Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal
dalam kajian ini.
Perkataan yang diuji
(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,su
du,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui
kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.


Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2 diatas.
Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang
ditetapkan



Penilaian dan refleksi
Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT Bestari
yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini
merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk
menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan dalam mengenal
perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik
berdasarkan gambar ataupun secara lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini
untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula.
Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-
rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina
banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang
seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan
kvkvk.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi powerpoint yang
telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..





BIBLIOGRAFI

Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998)
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &
Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar
Bakti Sdn. Bhd,

Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd






kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)
KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.

Abstark
Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah membaca yang dihadapi
oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat sebagai responden
dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan
melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid
yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan
telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk
mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..
Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran
yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah
sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.

1.0 Pengenalan.
1.1 Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa
Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kemahiran
membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari
Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses
menimba pelbagai ilmu.

1.2 Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan
menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua
bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid.

1.3 Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan
penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 2 sesi persekolahan 2011.
Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4 Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya murid-murid di
sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang berbangsaIndia dan warga asing.
Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek kedearah mereka yang
merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah.

1.5 Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini adalah kerana
masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden alami.

1.6 Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik mewujudkan
suatu situasi yang membina.

2.0 : Fokus Kajian Tindakan.
2.1 Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda baca.
Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi yang
betul.

2.2 Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam
kajian tindakan ini.
3.0 Objektif Kajian Tindakan.
3.1 Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu objektif
sampingan dan objektif utama.

3.2 Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam
penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3 Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar
ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan serta intonasi yang
betul.

4.0 Responden yang terlibat.
4.1 Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat iaitu 12 orang murid perempuan dan 10 oarang
murid lelaki.

4.2 Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik.

5.0 Fokus kajian/ Isu keperihatinan.
5.1 Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan masalah yang
dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa
dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaan dan hanya meneruskan
pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.

5.2 Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami fungsi setiap
tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang sepatutnya.

5.3 Segelintir responden juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul.
Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Jelas
responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca
berhenti tetap ( noktah ).

5.4 Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah
(ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini.
Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman
mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0 Persoalan kajian.
6.1 Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab beberapa
persoalan yang berkaitan seperti:
Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa Melayu?
Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca, bertutur dan
menulis dengan baik?

7.0 Galuran aktiviti.
7.1 Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda
baca. Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama dengan tanda baca
berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden terlibat dengan permainan
bahasa.

7.2 bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas lembaran
bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementara balang plastik, radio dan kad arahan.
7.3 Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan pemerhatian.
Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek
yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu
pengukur dalam menilai keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar juga
dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

8.0 Perlaksanaan Tindakan.
8.1 Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan
8.1.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya guru
mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda
baca yang berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya
membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru membimbing murid
membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid.

Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan
kemahiran membaca mereka.

8.1.2 Pemerhatian.
Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua murid-murid
memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Murid-murid juga gembira
semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Guru juga
menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3 Refleksi.
8.1.3..1 Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan
semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan
murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru sepanajang
aktivti dijalankan.

8.1.3.2 Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana
guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif
serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

8.2. Aktiviti permainan bahasa.
Aktiviti permainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.
8.2.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
8.2.1.1 Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran
kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan, yang
mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan
tanda soal.

8.2.1.2 Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya
adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir
mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

8.2.1.3 Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan
mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid diberi tempoh untuk
membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid
tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2 Pemerhatian.
8.2.2.1 Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid
kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua muid dapat membina
ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

8.2.3 Refleksi.
8.2.3.1 Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-murid dapat
membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan bahawa aktiviti
permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0 Cadangan kajian.
9.1 Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam
kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2 Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.

9.3 Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku bahasa.

9.4 Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai
peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .

9.5 Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai
kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain bagi memperbaiki kelemahan yang
ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6 Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran
di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik
seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan
diguna oleh guru-guru yang lain.

9.7 Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat memberi guru
pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan penyebaran
standard pembelajaran.

10.0 Penutup.
Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang unggul,
kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan adalah sebahagian
proses melengkap diri guru sebagai pendidik bertaraf murabbi.


CONTOH KAJIAN TINDAKAN
SENARAI NAMA AHLI JAWATAN KUASA
PENASIHAT : Puan Tan Siok Kian ( Guru Besar )
PENGERUSI : Encik Theng Nyuk Seong ( Guru Penolong Kanan Kurikulum )
NAIB PENGERUSI : Puan Lee Sang
PENGKAJI UTAMA : 1. Encik Anuar bin Kassim
2. Puan Faridah Hanum binti Salman
AHLI JAWATAN KUASA : 1. Cik Nur Al-Khautsar binti
2. Cik Gooi Phaik Khoon
3. Cik Lai Ka Yee
i
SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH
Setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua insan-insan
berjiwa yang telah memberikan kerjasama dan sokongnan kepada semua Ahli Jawatan kuasa
pengkaji khususnya :
o Jabatan Pendidikan Negeri Johor
o Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
o Puan Tan Siok Kian
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jenis ( C ) Kulai Besar
o Guru-guru Penolong Kanan
o Ketua Panitia Bahasa Melayu
o Guru-guru dan
o Murid-murid S.J.K ( C ) Kulai Besar
Serta
Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
membantu ahli jawatan kuasa menyiapkan kajian tindakan ini ,
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan dan puan rasa nak junjung.
ii
Abstark
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah pembacaan yang
dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 ( J ). Seramai 10 orang murid Tahun 4 ( J ) dan dua orang guru
terlibat dalam kajian ini.
Tujuan awal kajian ini dilaksanakan melalui hasil kerja murid dan ujian-ujian kecil. Hasil tinjauan
menunjukkan murid tidak mahir dalam membaca dengan intonasi yang betul. Perancangan
tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut.
Dua sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di mana murid belajar kemahiran
tersebut melalui latihan yang diberikan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan prestasi murid
telah meningkat dan mereka lebih minat belajar.
Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada
kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran
ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.
1
1.0 : Latar Belakang Kajian
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kulai Besar adalah sebuah sekolah yang baru mencecah empat
tahun. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar kulai dan hampir 30 kilometer
dari Bandaraya Johor Bahru.
Sekolah ini mempunyai murid yang hampir mencecah 1100 orang dan dijangka mencecah
sehingga 1500 orang tahun hadapan. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa
cina dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa Melayu dan India. Oleh hal demikian, telah
menjadi satu tradisi di sekolah jenis kebangsaan cina di mana murid-muridnya bertutur dalam
bahasa ibuanda mereka iaitu bahasa cina sebagai bahasa berkomunikasi antara satu sama lain.
Oleh kerana fenomena ini sebahagian besar di antara murid-murid sekolah ini tidak dapat
bertutur Bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Masalah ini berterusan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas dan semasa berkomunikasi dua hala antara
guru dan murid. Berdasarkan kepada pemerhatian masalah ini berpunca daripada pergaulan
persekitaran mereka yang hanya bergaul dengan komuniti cina sahaja terutamanya di luar
sekolah. Sebab demikian mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu kerana setiap komunikasi
antara mereka hanya menggunakan bahsa ibunda mereka sahaja.
Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi
sumbangan kepada masalah dalam penggunaan Bahasa Melayu dikalangan murid-murid cina
terutamanya sekolah ini. Pertama ialah tiada pemahaman mengenai fungsi satu-satu ayat dan
kedua adalah amalan pengajaran guru yang tidak memberikan penekanan yang tegas dan nyata
dalam pengajaran.
2
2.0 : Fokus Kajian.
Berdasarkan pemerhatian kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
setakat ini, kami mendapati bahawa aspek tanda baca dalam ayat Bahasa Melayu selalu
menglirukan murid.
Contoh : i. Ini apa ?
ii. Inis eekor kucing.
Seperti dari contoh di atas, murid-murid selalu keliru ketika membaca ayat di atas dengan
mengikut intonasi yang betul. Terdapat di antara murid yang membaca dengan suara mendatar
dan ada pula yang membaca dengan suara yang tinggi..
Jika masalah di atas tidak dapat di selesaikan, kelemahan dalam kemahiran ini boleh menjadi
semakin serius. Ini akan berlanjutan sehingga ke tahap seterusnya. Apabila masalah ini berlarutan
akhirnya akan menyebabkan murid-murid hilang minat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.
3
3.0 : Objektif Kajian.
Dalam menyempurnakn kajian tindakan ini kami telah menetapkan dua objektif yang perlu kami
capai. Dua objektif tersebut ialah :
3.1 Objektif Am
Meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca
seperti noktah, koma dan tanda soala dalam ayat-ayat mudah Bahasa Melayu.
3.2 Objekif Khusus
Kami telah menetapkan tiga objektif khusus yang perlu dicapai
dalam menyempurnakan kajian ini iaitu :
1. Murid dapat membaca dengan lancar.
2. Murid dapat membaca tanda baca yang betul.
3. Murid dapat membaca dengan intonasi yang betul.
4.0 : Kumpulan Sasaran
Murid-murid tahun 4 ( J ) seramai 10 orang iaitu enam lelaki dan empat perempuan yang tiak
dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Murid-murid ini berasal dari latar belakang
keluarga yang berlainan, sama ada dari aspek ekonomi dan sosial.
Sebahagian besar ibu bapa murid-murid ini adalah bekerja sepenuh masa. Oleh hal itu, masa yang
di peruntukan untuk bersama dengan anak-anak adalah terhad.
4
5.0 : Perancangan Tindakan.
Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat
mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Di antara masalah tersebut ialah tidak dapat
membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Kebanyakan murid membaca tidak dihentian
yang sepatutnya dan meneruskan pembacaan tanpa melihat tanda baca yang terdapat di dalam
petikan.
Selain itu, melalui sesi temu bual dengan murid-murid yang bermasalah tersebut di dapati mereka
tidak memahami fungsi setiap tanda baca yang mereka pelajari.
Di samping itu juga, guru turut menjalankan soal selidik dan ujian bacaan di kalangan murid yang
bermasalah ini dan didapati bahawa sebilangan di antara mereka tidak dapat meletakkan atau
membaca ayat dengan betul. Berikut adalah analisa tinjauan maslaah tersbut :
Analisa Tinjauan Masalah ( Rujuk Lampiran 5 ).
Berikut adalah hasil ujian yang telah dijalankan :
MURID SOALAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JUMLAH
1 / / / / / / / / / 8
2 / / / / / / / / 9
3 / / / / / / / / / 7
Jumlah murid adalah seramai 10 orang.
Melalui ujian yang telah dijalankan seperti di atas, guru elah mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murd iaitu terdapat sebahagian daripada murid yang mengambil ujian
tersebut tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh guru ramai di antara mereka tidak memahami
konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).
5
Selain itu juga terdpat di antara mrid-murid yang dianalisa tidak dapat memahami Bahasa
Melayu sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping itu juga, murid-murid tidak
dapat berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat.
5.1 : Aktiviti Yang Di Rancang.
i. Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi mengesan masalah yang
di hadapi oleh murid dalam membezakan penggunaan tanda baca.Berikut adalah penerangan
menegenai aktiviti-aktiviti tersebut :
a. Aktiviti 1 : membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan.
b. Aktivti 2 : membina ayat mudah.
c. Aktiviti 3 : belajar sambil bermain Kotak Beracun
ii. Bahan-bahanyang digunakan dalam menyediakan setiap aktivti adalah seperti berikut :
a. Aktiviti 1 : Kertas lembaran bacaan dan kad ayat
b. Aktivti 2 : Lembaran kerja, pensel dan warna
c. Aktiviti 3 : Kotak, radio dan simbul tanda baca.
iii. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian adalah seperti berikut :
a. Soalan Ujian:
Tinjauan pos ialah untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji.
Permarkahan diberikan.
Analisa dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan yang dijalankan.
6
b. Temu bual
Guru berbual dengan murid untuk mengetahui pandangan mereka terhadap topik iaitu Tanda
baca .
c. Pemerhatian :
Seorang rakan sejawat akan memerhati an menilai semasa guru Bahasa Melayu menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar dicatatkan.
Amalan pembelajaran murid di kesan.
7
6.0 : Perlaksanaan Tindakan.
6.1 : AKTIVITI 1
i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
Bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengadakan sesi soal jawab dengan
murid sebagai set induksi. Guru menyoal murid beberapa soalan untuk dijawab oleh murid.
Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang
sama tetapi tanda baca yang berlainan.
Murid di minta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya
membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru mengajar murid
membaca dengan mengikut intonasi yang betul serta membetulkan kesilapan murid secara
langsung sekiranya berlaku.
Sebagai langkah penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk
meningkatkan kemahiran membaca mereka.
ii. Pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh rakan sejawat di dapati bahawa semua murid-
murid memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajran
dijalankan. Di samping itu, semasa sesi soal jawab diadakan dapat dilihat dengan jelas bahawa
penglibatan murid adalah sangat aktif.
Di samping itu, murid-murid juga turut berasa gembira semasa aktiviti 1 dijalankan terutamnya
semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dapti guru elah menunjukkan komitmen dan
keyakinan serta semangat yang tinggi sebagi seorang pendidik.
8
ii. Refleksi.
Guru mendapati bahawa aktivi seperti aktiviti 1 berjaya diajalankan memandangkan semua
murid melibatkan diri sewaktu aktiviti 1 dijalankan terutamanya semasa membaca dan menyebut
ayat-ayat yang ditujukan. Selain itu juga, penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi
sepenuh perhatian dan kerjasama kepada guru sepnajang aktivti 1 dijalankan.
Guru juga mendapati bahawa aktiviti membaca secara kumpulan juga berkesan kerana guru
dapat mendengar intonasi yang disampaikan adalah amat jelas kedengaran. Dengan segala
kerjasama dan penglibatan semua murid aktiviti 1 telah berjaya dijalankan dengan lancar serta
mencapai objektif serta matlamatnya.
9
6.2 : AKTIVITI 2
Aktiviti 2 adalah aktiviti yang berbentuk tulisan.
i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
Guru menerangkan fungsi setiap tanda baca seperti noktah,koma dan tanda soal semasa sesi soal
jawab. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ) untuk muri-murid siapkan
dalam tempoh masa yang ditetapkan iatu 20 minit untuk 10 soalan. Seterusnya guru menjalankan
sesi perbincangan setelah murid menyiapkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ).
ii. Pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian di dapati bahawa murid menunjukkan reaksi memahami akan
penggunaan tanda baca yang diberikan. Selain itu juga murid dapat menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan oleh guru dengan cepat dan baik sekali. di samping itu juga semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran murid-murid telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama
semasa menjawab soalan serta sewaktu menjalankan aktiviti 2.
ii. Refleksi.
Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-
murid dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dengan tepat serta dapat menulis
jawapan yang betul pada kertas lembaran kerja yang dikemukakan. Secara tidak langsung ini
menunjukkan bahawa murid-murid lebih faham akan penggunaan tanda baca jika dibandingkan
dengan sebelum menjalankan aktiviti ini.
10
6.2 : AKTIVITI 3.
Aktiviti 3 adalah aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain (Kotak beracun)
i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
Bagi menjalankan aktiviti ini, guru telah membawa murid keluar dari bilik darjah dan berkumpul
di Dataran Ilmu. Murid-murid diminta untuk membuat satu bulatan dan duduk tanpa menjejaskan
bentuk bulatan ( dalam kumpulan yang telah ditetapkan ).
Guru telah mengedarkan sebuah kotak untuk setiap kumpulan, yang mana setiap kotak
mempunyai simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal
( , . ? ). Guru menerangkan langkah bagi melincinkan aktiviti ini. Guru memainkan muzik dan
apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir
mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.
Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan
mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( , ). Murid diberi tempoh untuk
membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid
tersebut berjaya membina ayat dengan betul.
ii. Pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Selain itu juga,
murid-murid didapati bahawa murid kelihatan lebih memahami tentang penggunaan tanda baca.
Di samping itu juga, didapti hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dngan begitu
cepat dan betul. Kerjasama yang diberikan oleh murid telah berjaya melincinkan aktiviti ini
dengan jayanya.
ii. Refleksi.
Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-
murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Secara tidak langsung telah
membuktikan bahawa aktiviti 3 telah berjaya mempertingkatkan kefahaman murid akan setiap
penggunaan tanda baca.
11
7.0 :Cadangan Tindakan Seterusnya.
Sebagai langkah tindakan seterusnya, guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perjumpaan
dan mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah
diajar antara satu sama lain. Dengan adanya perbincangan dua hala secara tidak langsung dapat
memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah-masalah yang timbul
semasa proses pengajaran dan pemebelajaran.
Selain itu juga, guru boleh mengemukakan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu semasa perbincangan kumpulan diadakan. Dengan adanya
perbincangan kumpulan secara tidak langsung guru dapat mengemukakan masalah yang
dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.
Di samping itu , guru-guru juga perlu meyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan
dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan
juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya
alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.
Pihak pengurusan sekolah juga boleh mengambil insiatif melalui panitia Bahasa Melayu dengan
mengadakan bengkel atau kursus pendek yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran
dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan pembaharuan sukatan pelajaran dan
masa. Melalui bengkel yang diadakan secara tidak langsung tahap profesionalisme guru turut
ditingkatakan seiring dengan kehendak semasa.
Guru-guru Bahasa Melayu juga boleh melaksanakan pengajaran rakan sebaya antara murid yang
sederhana dan cerdas semasa menjalankan aktivti pengukuhan di dalam kelas. Secara tidak
langsung ia akan mewujudkan pengajaan dan pembelajaran secara coperatif learning iatu
pengajaran berkumpulan. Dengan wujudnya kerjasama antara murid sederhana dan cerdas, guru
secara tidak langsung dapat memberi tumpuan yang lebih terperinci terhadap murid-murid yang
lemah serta yang belum menguasai kemahiran yang diajar.
12
Semua guru termasuk guru Bahasa Melayu juga harus sedar bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi ia merangkumi merangkumi
seluruh persekitaran sekolah. Sebagi contoh guru boleh membawa murid keluar dari bilik darjah
untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran
dan masa.
Akhir sekali, motivasi atau pengukuhan dari guru kepada murid secara tidak langsung dapat
menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan
adanya pujian seperti baik, bagus dan sebagainya ini secara tidak langsung menunjukkan setiap
kerjasama yang diberikan oleh murid dihargai oleh seorang guru.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam meningkatkan mutu dan
kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seiring dengan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia. Beban dan tanggungjawab ini bukan haya di bahu guru Bahasa Melayu tetapi
termasuk Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pengurusan sekolah,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru
( PIBG ) dan ibu bapa sendiri
13
Lampiran 1
S.J.K ( C ) KULAI BESAR
BAHASA MELAYU
TAHUN 4
NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________%
KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________
ARAHAN : BACA AYAT-AYAT DI BAWAH DENGAN MENGIKUT INTONASI YANG BETUL.
1. Ini sebuah sekolah.
2. Setiap pagi, saya pergi ke sekolah.
3. Budak kecil itu, adik saya.
4. Di manakah buku saya ?.
5. Siapakah nama budak lelaki itu ?.
6. Emak ke pasar membeli ikan, daging dan telur.
7. Berapa bijikah guli itu ?.
8. Harimau, singa dan buaya ialah haiwan ganas.
9. Wah, besarnyarumah itu !
10. Inikah beg kamu ?.
14
Lampiran 2
Petunjuk
G Guru
M - Murid
( Sebelum aktiviti )
Dialog 1
G Suka belajar Bahasa Melayu ?.
M Suka, tapi kami tak faham.
G Apa yang awak tak faham.
M Cikgu cakap.
Dialog 2
G Siapa yang tidak pandai membaca ?
M Semua pandai baca cikgu.
G Tapi mengapa kamu baca tak betul ?.
M Baca saja, tapi tidak faham. Sikit-sikit sahaja faham.
( Selepas aktiviti )
Dialog 1
G Bolehkah kamu menjawab soalan ini ?.
M Boleh cikgu.
G Memgapa kamu yakin boleh jawab ?.
M Saya faham.
Dialog 2
G Kamu sudah bertambah bagus ?
15

M Betul cikgu.
Lembaran 3
S.J.K ( C ) KULAI BESAR
BAHASA MELAYU
TAHUN 4
NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________%
KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________
ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL.
1. Ini kucing.
2. Cantik
3. Kucing ada mata.
4. Kucing mata ikan.
ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL.
1.Ini kucing ?.
2. Cantik ?.
3. Kucing ada mata ?.
4. Kucing mata ikan ?.
16
Lembaran 4
S.J.K ( C ) KULAI BESAR
BAHASA MELAYU
TAHUN 4
NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________%
KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________
ARAHAN : ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN MENGGUNAKAN TANDA BACA YANG BETUL DAN
TEPAT.
1. Ini apa___.
2. Aduh____sakitnya gigi saya !.
3. Saya suka makan durian___rambutan___dan ciku__
4. Siapakah nama kamu __.
5. Di manakah buku saya ___.
6. Tiba-tiba__ hujan pun turun ___
7. Setiap petang___kami akan ke padang__
8. Adik saya sedang menulis___
9. Itu pensel saya___
10. Mengapakah kamu lewat_____
17
Lampiran 5
S.J.K ( C ) KULAI BESAR
ANALISIS UJIAN
TAHUN 4 ( J )
MURID SOALAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JUMLAH
1 / / / / / / / / / 8
2 / / / / / / / / 9
3 / / / / / / / / / 7
4 / / / / / 8
5 / / / / / 6
6 / / / / / / 7
7 / / / / / / / 7
8 / / / / / / / 9
9 / / / / / / 6
10 / / / / / / 5
JUMLAH 10 4 6 10 10 2 3 4 10 9
18

Contoh
Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Pendahuluan:
Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan
mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti.
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan
imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4.
Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang
tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses
yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya
juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan
tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil
tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan
dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa
maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru
melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4 memerlukan kemahiran
yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan kepada
mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan
yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan
dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian
ini telah selesai dalam tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah
mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih
seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang
dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-
murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan
pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai
kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu
kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2
dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR.
Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu
Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada
penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-
murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam
karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah
struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan
memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi
maksud ayat.
Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung
kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini
bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan
fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak
disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah
menimbulkan makna yang berbagai-bagai.
Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam
kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan
murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya
berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau
aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca
daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan
penguasaan imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini,
saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan
karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2
yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di
sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah
salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN.
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh
murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan
kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran
dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat
awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6)
kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan
apabila membina ayat.

Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:
- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan
betul kepada sesuatu
perkataan.
- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan
yang terdapat dalam
petikan atau ayat.
Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai
penggunaan imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat
dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan
mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya
diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang
dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan
membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan
imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.

3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk:
3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang
terdapat dalam
petikan yang diberi.
3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan
berimbuhan awalan,
akhiran dan apitan.
3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam
struktur ayat
3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran
Bahasa Melayu.
3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15
orang murid lelaki Melayu dan 15 orang murid perempuan
Melayu dalam Tahun 4.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan masalah:
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mengumpul maklumat awal bagi
kajian ini.

5.1.1 Ujian Pra:
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan
awalan, akhiran dan apitan. Murid juga diuji tentang kefahaman
mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan
imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan
yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati
murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan
yang diberi.

5.1.2 Pemerhatian:
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum
dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang
memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia
untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar
lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat
dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid
mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah:

5.2.1 Analisis Ujian Pra:

Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
Pencapaian
(Gred)
Bilangan
Sampel
Peratus (%)
A (80 100) 3 10
B (60 79) 10 33.3
C (40 59) 10 33.3
D (20 39) 5 16.7
E (0 19) 2 6.7
JUMLAH 30 100


Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan
23.3% (7 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat
atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang
mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7
%), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan
soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

5.2.2 Analisis pemerhatian:
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap
belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
Tingkah laku Peratus %
Kesungguhan 50
Kurang mengambil
bahagian
30
Kurang tumpuan
(bermain, berbual dan
mengganggu kawan)
20


5.3 Tindakan yang dijalankan:
Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti
seperti di bawah:
- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
- Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan
apitan)
- Membina ayat - Bercerita
- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian:

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan:

i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan
sebagai bahan rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah
perkataan.

Hari ini sekolah Musa mengadakan Sambutan Hari
Kanak-kanak. Antara kanak-kanak yang paling gembira
termasuklah Musa. Cikgu Afida telah menghadiahinya
sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.
Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Musa? Tanya
Cikgu Afida.
Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu
Afida. Coklat pemberian Cikgu Afida itu ingin ditunjukkan
kepada ibunya di rumah. Musa menerima coklat itu kerana
dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Musa
terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari
kerja.
Akhirnya, Musa terlena di dalam biliknya. Dia tersedar
apabila ibu mengejutkannya. Musa terus teringat akan
coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.
Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu, kata
Musa.
Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya.
Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di
dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam
baldi.


ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta
mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat
dalam petikan.
iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan
berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan
atau penambahan kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada
proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh :
terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk
mendengar. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan
menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan
Markah Peratus %
A (80 100) 10
B (60 - 79) 43.3
C (40 59) 40
D (20 39) 6.6
E (0 19) 0


Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat
mencatat perkataan.

Refleksi :
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat
dalam petikan cerita.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan:

i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis
imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu,
iaitu;
1. Awalan imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata
dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
(Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan
yang terdapat dalam sukatan)

ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk
ke dalam biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya
lalu mencapai tabung di bawah katil. Hanim memasukkan
wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit
syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim
tersenyum gembira. Dalam masa yang singkat, wang di
dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di
bank. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang
cadangannya itu.
Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim
itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka
menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang
lain.


iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar
mengikut jenisnya dalam lembaran yang diberikan.

Pemerhatian :
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan

Markah Peratus %
A (80 100) 25
B (60 - 79) 55
C (40 59) 20
D (20 39) 0
E (0 19) 0


Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan
tidak ada seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.
Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk
mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk
dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan
perhatian terhadap P & P .

Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila
berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis
imbuhan.

5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat:
i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang
dilihat.
ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet
nampak buah pisang
masak)
iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv. Perbincangan mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan
membina ayat
dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.
(Contoh : Seekor
monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang
pokok
pisang)
v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur
ayatnya.
vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid
dalam aktiviti
perbincangan

Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid

Aktiviti Bilangan murid % pencapaian
Perbincangan 22 43.6
Membaca 26 56.4


Pemerhatian :
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika
menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan.
Refleksi :
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah
disebabkan murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan
perkataan berimbuhan dalam perbualan harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid.
Kertas Ujian Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa
dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar.
Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid
dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi
5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50
markah.

Bahagian A - Imbuhan awalan
Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini
selama 30 minit.
Markah Bilangan murid %
A (80 100) 10 33.3
B (60 - 79) 15 50
C (40 59) 5 16.7
D (20 39)
E (0 19)


Refleksi :
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian
murid. Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam
Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred
juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan:
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid
menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu
peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada
keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah
meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid
mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.
Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
Pencapaian Ujian pra Ujian pos
Lulus 23 (76.6 %) 30 (100 %)
Gagal 7 (33.4 %)
Jumlah 30 (100 %) 30 (100 %)


Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid
dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan
menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan
imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat
dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti
yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh
dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan
karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu
penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan
perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah
mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat
serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan
oleh guru untuk difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-
murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan
apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang meneruskan
kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang
kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih
lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan
menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat
menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini
dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-
guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti
aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti
audiovisual yang menarik dan berkesan

You might also like