Tokoh Bahasa Dan Sejarah Penyelidikan Barat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1

1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan medium utama manusia untuk berhubung.Manusia berfikir dengan bahasa
yang mereka fahami.Tanpa bahasa tidak mungkin ada kehidupan spiritual, intelektual dan
sosial.Salah satu bahasa yang menarik minat kepada pengkaji bahasa dari Negara Barat untuk
mengkaji dan membuat penyelidikan mendalam tentang bahasa ialah bahasa Melayu.Bahasa
Melayu merupakan bahasa yang amat mudah untuk difahami dan dipelajari oleh pelbagai
bangsa.Hasil kajian ahli linguistic sejarah dan perbandingan,ahli arkeologi dan ahli antropologi
serta penyelidik penyelidik dari Barat,telah mengesahkan bahawa bahasa Melayu telah wujud
pada awal abad masehi.Hasil penyelidikan yang dijalankan terdapat pelbagai perbezaan
mahupun persamaan berdasarkan era dan zaman ia dijalankan serta idea dan pendapat peribadi
individu pengkaji itu sendiri.

2.0 TOKOH-TOKOH PENYELIDIKAN BARAT

Augustus Henry Keane

Beliau merupakan seorang ahli ontropologi berbangsa Irish dan dilahirkan di Cork June pada
tahun 1833.Beliau mengklafikasikan hampir setiap bahasa yang diketahui dan data-datanya
digunakan dalam system ethonologi.Buku Compendium of Geography merupakan buku yang
telah disunting oleh beliau serta beberapa buah jurnal berkaitan dengan masyarakat dan
ensiklopadia.


2

Andreas Teeuw

Nama sebenar beliau ialah Andreas Teeuw namun lebih sinonim dengan panggilan
A.Teeuw.Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1921 di kota Gorinchem,Belanda.Selaku pengajar
utama,beliau memberikan kuliah teori sastera kepada Penataran Tenaga Kesusteraan Jawa dan
dan Nusantara di Fakultas Sastra dan Kebudayaan UGM (1979 1981)


C.A Mees

Beliau merupakan seorang warga Belanda yang mula dikenali pada tahun 1935 apabila beliau
terlibat dalam kajian tentang bahasa bahasa di Asia Tenggara.Merupakan seorang tokoh
pengkaji bahasa Melayu.Seorang yang suka mengembara dan pernah menetap di British
,Belanda,Jerman dan nusantara.


Sir Henry Yule

Sir Henry Yule merupakan anak kepada seorang penterjemah yang pernah mencipta nama iaitu
Major William Yule.Beliau mendapat pendidikan di Edinburgh .Setelah berjaya menamatkan
pengajiannya disana beliau telah menyambung pengajian di Addiscombe Chatham dan
seterusnya di Bengal Engineers pada tahun 1840.
3

De Casparis

Nama sebenar beliau ialah Johannes Gijsbertus (Hans) De Casparis.Merupakan seorang yang
aktif dalam bidang epigrafi dan palaeografi Indonesia.Beliau juga member tumpuan dalam
sejarah awal ,seni sejarah ,agama,kronologi,etimology dan prosody.


George Coedes

Dilahirkan di Paris pada tahun 1886 dan berketurunanHungary merupakan seorang ahli
arkeologi dan sejarahwan Perancis yang mengkhusus di Wilayah Asia Tenggara.Beliau pernah
menjadi pengarah perpustakaan Nasional pada tahun 1918 dan menjadi pengarah Lecole
Francais pada tahun 1929 sehingga 1946.Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 di Paris.

Hillebrandus Cornelius Klinkert

Klinkert atau nama penuhnya Hillebrandus Cornnelius Klinkert dilahirkan pada 11 Jun 1826 di
Amsterdam.Banyak memberi sumbangan penulisan dalam bidang bahasa,perkamusan dan
kesusteraan Melayu.Beliau meninggal dunia pada bulan November 1913.
4

R.O Winsted
Richard Olaf Winsted dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di kota Oxford,England.Mendapat
pendidikan di Magdalen College School dan di New College Oxford,dimana beliau menerima
M.A.Pada 1902 beliau menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah.
Beliau telah meninggal dunia pada 2 Jun 1966.

John Crawford

Beliau dilahirkan pada 13 Ogos 1783 di Pulau Islay,Scotland.Pernah menjadi residen di Tanah
Melayu.Beliau sangat berminat dalam bidang penulisan dan bahasa Melayu.


J.L.A Brandes

Nama sebenarnya Jan Laurens Andries Brandes lahir di Rotterdam pada 13Januari 1857.Beliau
merupakan seorang filolog (ahli bahasa kuno),pengumpul barang kuno,dan ahli penyusun
kamus Bahasa Langka berbangsa Belanda.Beliau dikenali kerana menemui manuskrip
Kakawin Nagarakretagama di Putri Cakranegara,Lombok pada tahun 1894.Beliau meninggal
dunia pada tahun 1905 ketika berusia 48 tahun dan pada ketika itu beliau masih memegang
jawatan ketua Komisi Hindia Belanda untuk Penelitian Arkeologi di Jawa dan Madura.


5

3.0 PENYELIDIKAN DAN SUMBANGAN DALAM BIDANG PENULISAN
Penyelidikan berkaitan bahasa dan bangsa Melayu oleh tokoh-tokoh dari Negara Barat telah
berjaya menghasilkan beberapa karya.Walaupun demikian ada juga di antara mereka yang
tidak menerbitkan sebarang buku mahupun jurnal untuk dijadikan bukti ke atas kajian yang
telah mereka jalankan.

Augustus Henry Keane seorang tokoh bahasa yang setia mengabdikan dirinya untuk
penyelidikan geografi serta etnologi.Beliau banyak menghasilkan karya-karya buku karangan
tentang etnologi, budaya, manusia,fonologi,topografi,geografi dan bahasa serta bangsa melayu
itu sendiri. Beliau telah menyenaraikan persamaan dalam kosa kata, etnologi, fonologi,
morfologi ,topologi ,geografi ,sintaksis, konsep, sistem ,bilangan,gender dan sebagainya dalam
perkembangan bahasa dan bangsa Melayu di Asia Tenggara.

Andreas Teeuw merupakan seorang tokoh dari barat yang penting dalam perkembangan
kesusteraan Melayu tradisional.Pandangan dan kajian beliau dalam lapangan tersebut secara
langsung dapat memperkembangkan kesusteraan melayu tradisional umumnya dan
perkembangan bahasa Melayu khususnya.Daripada hasil kajian beliau,beliau dapat
menyumbangkan peneguhan kepada bahasa Melayu sebagai pertuturan dan bahasa
pemerintahansejak dahulu lagi melalui pelbagai kritikan dalam dunia bahasa sastera.Beliau
juga cenderung kepada penulisan sastera Indonesia.Sumbangannya terhadap kemajuan sastera
Indonesia sangat besar dan beerti.Beliau digelar seorang ilmuwan kerana selalu mengkaji dan
meneliti sastera dan kemudian menghasilkan buku-buku yang berhubungan dengan ilmu
sastera.
6

Penyelidikan C.A Mees dalam rumpun bahasa Nusantara untuk mengkaji lebih mendalam
tentang bahasa Melayu.Menurut beliau ,Rumpun bahasa nusantara serumpun dengan rumpun
bahasa Mikronesia,Melanesia,dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak
langsung memperlihatkan adanya keakraban dan perkaitan dua bahasa tersebut yang tidak
ditemui di Asia Tengah.Beliau banyak menghasilkan buku-buku karangan yang digunakan
dalam system pentadbiran oleh kerajaan-kerajaan dahulu.Beliau dapat menghasilkan buku
tatabahasa yang mudah difahami kerana semua ahli bahasa yang terlibat mendasarkan
tatabahasa yang disusun itu kepada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti sejarah
Melayu dan sebagainya.

Sir Henry Yule termasuk salah seorang tokoh penyelidik dari barat yang memberi sumbangan
besar dalam penyelidikan berkaitan bangsa dan bahasa Melayu.Hasil penulisan beliau yang
bertajuk Narrative Mission menjadi tarikan utama.Buku tersebut telah menjadi bahan
rujukan khas oleh sebuah mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Ana pada tahun
1858.Buku tersebut memuatkan rujukan berkaitan sejarah ,geografi,seni dan juga keagamaan.Ia
juga mengandungi peta dan lukisan yang lengkap sebagai rujukan.Selain menjalankan kerja-
kerja sebagai penulis,Sir Henry Yule juga menjadi penterjemah dan penyunting serta
menyumbang kepada penciptaan kamus Oxford Inggeris.


De Caspris banyak memberi sumbangan terhadap bahasa Melayu di nusantara.Daripada
pengkajian dan penulisan serta penterjemahan batu bersurat atau prasasti,beliau memang
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan bahasa Melayu di
7

Nusantara.Berdasarkan buku-buku dan karya beliau ,jelas menunjukkan bagaimana
pembentukan fonem dilakukan.Semuanya adalah hasil terjemahan yang dilakukan beliau
mengenai Prasasti Kedukan Bukit.Beliau memang tidak dinafikan sebagai tokoh yang
mentransilasi batu bersurat atau prasasti yang ditemui di telaga Batu Sumatera Selatan yang
betarik 685 Masehi.Kini,ia banyak membantu dalam perkembangan bahasa Melayu moden.


George Codes merupakan seorang sarjana barat yang telah memberikan sumbangan yang amat
besar dalam kajian berkenaan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang Indonesia dan
kawasan jajahannya termasuklah Semenanjung Malaysia dan Tanah Jawa.Coedes telah
membentangkan hasil penemuan dan tafsirannya berkenaan Sriwijaya dalam akhbar berbahasa
Belanda dan juga bahasa Indonesia sekitar tahun1920.Coedes juga adalah salah seorang
daripada pengkaji yang menyatakan bahawa daerah Asia tenggara telah lama
bertamadun.George Coedes berbeza daipada pengkaji-pengkaji yang lain kerana mereka
cenderung untuk menghasilkan karya berdasarkan pengkajian dan penelitian mereka manakala
beliau lebih cenderung ke arah penterjemahan tetapi masih menjurus kepada kajian terhadap
bangsa dan bahasa Melayu.


Hillebrandus Cornelius Klinkert pada awal pembabitannya dalam bidang penulisan banyak
menjurus kepada jenis buku-buku agama kristian dan alkitab serta penterjemahan bahasa
melayu tinggi kepada bahasa Melayu rendah.Klinkert bukan sahaja menghasilkan karya
terjemahan malahan berjaya menerbitkan karya dalam bahasa khususnya perkamusan serta
8

kesusteraan melayu tradisional seperti pantun dan syair.Sehubungan dengan itu ,H.C Klinkert
adalah antara beberapa orang penyusun kamus bahasa Melayu yang telah berjaya menyusun
kamus Belanda-Melayu (Indonesia) yang telah digunakan di alam Melayu pada zaman
pemerintahan Belanda khususnya di Indonesia. berjudul Colloquial(Malay: A Simple
grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang dianggap sangat penting dalam
perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of colloquial Malay-English and English-
Malay.Menurut Jurnal Australian Journal of Politics and History,Windstedt adalah
cendekiawan British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa
Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah,malah mengaplikasikan pendekatan saintifik dalam
tulisannnya mengenai Sejarah Melayu.Disamping itu,R.O Winstedt juga banyak menghasilkan
buku-buku kesusasteraan Melayu.Tenaga dan daya usahanya telah menganugerahkan kepada
kita beberapa buah buku yang secara mendalam menyentuh tentang kajian bahasa Melayu dan
sastera malah masih diabadikan sehingga hari ini.

John Crawford telah menerbitkan banyak jurnal yang bermanfaat serta menjadi garis panduan
untuk para sarjana Melayu.Beliau juga turut menulis buku-buku berkaitan dengan
sejarah.Penulisan beliau mengenai sejarah lebih terarah kepada kawasan nusantara.Beliau
meneruskan kajian yang telah dijalankan oleh William Marsden dalam bukunya a Grammar
and Dictionary of Malay Language,with a Pleminary Dissertation(1852) pada bahagian
tatabahasa.Usaha beliau dalam penyelidikan tentang asal-usul bahasa Melayu merupakan satu
usaha yang telah meninggalkan kesan yang mendalam.Penulisan Crawford mengenai nahu
bahasa Melayu telah meletakkan nama beliau sebaris dengan nama-nama ahli bahasa yang
9

lain.Malah,hasil-hasil karya beliau terus dimanfaatkan sehingga sekarang sekarang dan untuk
generasi akan datang.


J.L.A Brandes merupakan seorang lagi tokoh yang mengkaji ilmu bahasa MelayuBerbanding
dengan penyelidikan tokoh yang lain beliau mengkaji hukum Bunyi yang telah diperkenalkan
oleh H.N Van Der Tuuk dengan memperkenalkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L.J.L.A
Brandes juga mengkaji dan membandingkan bahasa Austronesia Austronesia yang terdapat di
bahagian Barat.Hasil kajian beliau mengenai bahasa melayu Polinesia Barat menunjukkan
bahawa bahasa-bahasa tersebut sebenarnya berasal dari satu induk dan akhirnya dikenali
sebagai Austronesia.Walaupun sumbangan J.L.A Brandes dalam bahasa Melayu tidaklah
sebanyak sarjana yang lain,namun jasa beliau dalam menghasilkan kajian dan seterusnya
membandingkan bahasa Austronesia bahagian barat tidak dapat dipertikaikan.


Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh-tokoh Barat tentang bahasa dan bangsa
Melayu,dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji-pengkaji barat begitu banyak memainkan
peranan dalam mengkaji asal bahasa melayu walaupun bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda
mereka.Hasil kajian-kajian mereka,kita pada hari ini dapat mengetahui asal-usul bahasa
melayu,persamaan bahasa Melayu dengan bahasa lain dan perbezaan hujah,teori,konsep,idea
atau dapatan kajian.


10

4.0 PENGALAMAN SERTA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
ZAMAN YANG DILALUI


Berbagai peringkat dan zaman yang dilalui oleh para pengkaji dari Barat dan semestinya
mereka melalui pelbagai pengalaman yang berlainan di samping beberapa
persamaan.Sekurang-kurangnya empat zaman telah dilalui oleh para pengkaji.Zaman yang
dimaksudkan adalah zaman bahasa Melayu purba,zaman bahasa Melayu kuno,zaman bahasa
Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden.Berdasarkan peringkat zaman yang dilalui ia
memberi impak yang berbeza-beza terhadap perkembangan bangsa dan bahasa
Melayu.Kedatangan penjajah dari barat banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu
terutama dari segi unsur kebudayaan dan tamadun baru samada dalam bentuk material ataupun
bukan material seperti bahasa dan kesusteraan Barat serta tulisan Rumi yang digunakan dengan
pesat diseluruh dunia pada abad ini.Ketika zaman bahasa Melayu klasik juga banyak daftar
kata dan perkamusan bahasa Melayu wujud dan kebanyakkannya hasil kajian oleh bukan
sahaja pengkaji barat tetapi juga pengkaji bahasa dari Cina.


Secara umumnya dengan melalui empat zaman yang berbeza kedatangan para pengkaji Barat
ke Tanah Melayu untuk mengkaji bahasa Melayu khususnya ataupun mengkaji bahasa secara
kebetulan kerana berada di Tanah Melayu telah merintis kepada pelbagai teori tentang asal usul
bahasa Melayu .

11

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji-pengkaji barat begitu banyak
memainkan peranan dalam mengkaji asal usul bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu
bukanlah bahasa ibunda mereka.Di atas hasil kajian mereka kita pada hari ini dapat mengetahui
asal usul bahasa Melayu,persamaan bahasa Melayu dengan bahasa lain dan
sebagainya.Sebilangan masyarakat kita tahu bahawa pengkaji barat mempelajari dan mengkaji
bahasa Melayu bukanlah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi tujuan utama
mereka adalah untuk memudahkan dalam campur tangan mereka bagi setiap aspek masyarakat
melayu.kedatangan mereka ini walaupun tidak di undang tetapi banyak member nilai yang
positif dalam bahasa Melayu.




















12

BIBLIOGRAFI


Abdul Rashid Bin Daing Melebek (2010).Sejarah Penyelidikan Barat tentang Bahasa dan
Bangsa Melayu. Selangor : Maya Press Sdn. Bhd.


Abdul Rashid Melebek (1994). Sejarah Bahasa Melayu dalam Linguistik Melayu oleh
Zaharani Ahmad (ed.), Bangi UKM


Amat Johari Moain. (2007). Sejarah Rumpun Bahasa Melayu. Serdang,Selangor : Penerbit
Universiti Putera Malaysia.


Hajah Halimah Hassan. (2008). Kesusteraan Epik dan Historiografi Melayu.
Universiti Putera Malaysia.


Ibrahim Ahmad. (1994). Perkamusan Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kamus Dewan. Wdisi ke-3, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like