Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK

DI MALAYSIA
Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah
rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri
dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan
berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju
kurikulum matematik di Malaysia.
i. Laporan Razak (1956)
Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas
cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu.
Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.
ii. Laporan Projek Khas (1970)
Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan
Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya
selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan
pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara.
Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini.
Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-
penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah
dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.
iii. Program Matematik Moden (1970)
Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun
70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti
teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan
dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum
Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian
terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group
(SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai
kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi
pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati
bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik. Dua buah buku teks iaitu
Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah diterbitkan
pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu
Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978.
Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem
pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.
iv. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum
matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden.
Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan
kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun
1 Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta
pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula
mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik.
Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik.
Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid.
Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.
v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada
tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan
daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-
cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama
Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk
memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan
ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan.
Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan
aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju
dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal
insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik
Sekolah Rendah: April 1993)
vi. Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)
Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat)
seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula.
Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas
matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang
berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama.
Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya
ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas,
wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.
Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan
matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang
terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif
dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah.
Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat
mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat.



Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik semua. Bertemu lagi kita pada edisi kali ini. Sudah
tentu adik-adik meminati matematik bukan? Jadi kali ini ruangan sejarah akan menyingkap tentang
kurikulum matematik yang telah dilaksanakan di Malaysia.
Kurikulum matematik telah mengalami banyak perubahan sehingga ke hari ini khususnya dari aspek
kandungan. Sukatan pelajaran matematik telah berubah sebanyak tiga kali iaitu matematik tradisi,
matematik moden dan matematik KBSR dan KBSM. Perubahan dalam kurikulum matematik adalah
bagi mengikut perkembangan semasa. Selain itu bagi menyediakan para pelajar untuk melihat
matematik sebagai suatu keindahan bukan sekadar nombor. Berikut adalah fakta mengenai
kandungan matematik yang telah berubah sejak matematik tradisi sehingga kini KBSR dan KBSM.















Melihat dari segi perubahan kandungan matematik adalah sejajar dengan peredaran masa.
Semakin lama dunia semakin canggih pembelajaran matematik perlu berubah bagi menyaingi
kehebatan teknologi. Para pelajar perlu didedahkan dengan pemahaman matematik yang lebih
tinggi daripada hanya melihat matematik hanyalah sekadar pengiraan nombor. Oleh itu kita
seharusnya bersyukur dan menghargai mereka yang telah menggubal kurikulum matematik. Ini
kerana kurikulum yang sedia ada kini digubal adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran
tentang keunikan matematik. Jadi adik-adik semua mesti belajar bersungguh-sungguh dan
menghayati matematik.
Comments (1)
LAST_UPDATED2

Perkembangan matematik di Malaysia
Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi
pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat
dilihat dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini.
Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada
masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang
memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira
seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara.

Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus kepasa matematik tradisi.
Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun
sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif
pengajarnnya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan matematik
dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama
lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, ekmahiran asas yang menunjukkan perubahan
tingkahlaku seperti ketetapan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau
susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu.
Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar
dari segi mengulangi algorithma atau orosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk
menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada
ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-
murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal
pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi telah
berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika
itu. Matapelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan
unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik,
matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah. pendekatan Euclid dalam geometri
dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri
transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi
kepentingan mengira.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an dirancang berasaskan isi
kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran
dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu
banyak. keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai spenuhnya
KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR
dan KLSM ialah isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai
kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk
kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada
aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh
fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi
perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang
umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan
antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam
situasi sebenar, kemahiran terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik
dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan
bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang
dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk
dan perkaitan (KPM, 1988).

PENGENALAN
Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi
pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas
dapat dilihat, dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70an hinggalah ke alaf
baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah
pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori
pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta
isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah
negara.
Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70an memberi fokus kepada matematik
tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada
amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika
itu objektif pengajarannya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang
menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar
secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, kemahiran
asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketepatan dan kelajuan kira mengira
diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid)
mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini
sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau
prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang
lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).
Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum
mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima
pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan
(Ibrahim Md. Noh, 1995).
Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi
telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia
pada ketika itu. Matapelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70an, telah
diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden
seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah.
Pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan
pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan
kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80an dirancang
berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara
satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan
pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara
umumnya, menguasai sepenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah
rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau
memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini
telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada
sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui
pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman
behaviourisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian
yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).
Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik
yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada
keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan
matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik,
kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan
warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang
berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).

Kurikulum
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR
dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan
arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia
memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang
dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).
Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia
berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses
yang dinamik dan seimbang.

Faktor Major Yang Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum Matematik
Falsafah Pendidikan Negara (LAMPI RAN A) memainkan peranan yang penting dalam
mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan
negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM
adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pusat
Perkembangan Kurikulum 2001
Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas.
Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan
kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak
menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.
Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah
pendidikan yang digubal di peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang
terbaik di dunia. Howard D. Mehlinger (1995) mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan
dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru dan kedua, pembaharuan
pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat
menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan kemajuannya
daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Penbentukkan sesuatu kurikulum mahupun dasar
pendidikan negara di negara kita juga dipengaruhi oleh faktor politik semasa. Menurut Francis
(1987):
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their
various power bases and their views of what makes for good education"
Wiles Bondi (1989) juga turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan
perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum
dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar,
maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi
saluran penting bagi kerajaan atau kementerian menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan
bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Setelah empat tampuk pimpinan negara kita bertukar tangan, maka dasar dan kurikulum di
negara kita berkembang mengikut ideologi masing-masing. Daripada ordinan pelajaran 1952,
Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 sehingga kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan
1979 telah beberapa kali kurikulum diubahsuai dan kini telah wujudnya pula Kurikulum Sekolah
Lestari (LAMPI RAN B) sebagai suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara.dan
juga Kurikulum Sekolah Bestari. Oleh itu pembentukkan kurikulum matematik di Malaysia
mempunyai perkaitan yang kuat antara falsafah pendidikan dan politik.
Kurikulum matematik di Malaysia juga dipengaruhi oleh visi dan misi sistem pendidikan negara.
Jika dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah wujud visi dan misi yang
tersirat juga ditonjolkan. Oleh itu FPK adalah penyumbang terbesar faktor pembentukkan
kurikulum matematik di Malaysia (LAMPI RAN C).
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu terkandung dalam
FPK. Ini bermaksud setiap individu perlu diajar secara bermakna bersesuaian dengan teori
pembelajaran iaitu behaviourisme, kognitivisme dan humanisme. Kurikulum yang akan dibentuk
sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya
sebagai pelajar dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan
menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi
mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan social (Ee Ah Meng,
1995).
Negara kita telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum
harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus
ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum
tersebut. Jelaslah di sini melalui FPK yang telah dirancang dengan sebaik-baiknya ini adalah
penyumbang terbesar terhadap pembentukkan kurikulum kerana didalamnya terkandung semua
faktor-faktor yang lain seperti visi dan misi, teori pembelajaran dan isu-isu semasa.
PENUTUP
Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh
faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya.
Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi
wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.
Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme
dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan
meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.


Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran
matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan sukatan pelajaran,
kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70 an memberi fokus kepada matematik
tradisi. Dalam kurikulum matematik tradisi, matematik sekolah pada amnya disusun sebagai
himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Objektif pengajaran yang
berlandaskan kepada teori pembelajaran tingkah laku telah membuat matematik terbahagi kepada
ratusan bahagian, dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu
Samah, 1982). Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuan kira mengira
diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid)
mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan ini adalah selari dengan teori
pembelajaran tingkah laku yang pada keseluruhannya berasaskan kepada objektif tingkah laku.
Fokus teori ini adalah kepada bentuk atau jenis tingkah laku berulang manusia apabila
dipengaruhi oleh b eberapa rangsangan. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat
berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau
prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang
lebih luas(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu
kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka
pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan
membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Berikutan dengan reformasi pendidikan yang berlaku diseluruh dunia matematik moden telah
mula diperkenalkan di sekolah -sekolah di Malaysia. Dalam sukatan pelajaran matematik Pilihan
C yang dilaksanakan pada awal 70an, unsur-unsur matematik moden dimasukkan dalam sukatan
pelajaran (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan
sebagainya telah mula diajar kepada murid-murid sekolah Malaysia. Pendekatan Euclid dalam
geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan
dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran yang bermula dengan pemahaman konsep,
tanpa mengurangi kepentingan mengira, berasaskan kepada penghayatan struktur matematik
telah dilaksanakan di sekolah. Guru-guru digalakkan menggunakan kaedah inkuiri dalam
pengajaran mereka. Murid-murid mula didedahkan kepada proses matematik untuk
menghasilkan sesuatu keputusan matematik dan bukan hanya terhad kepada penggunaan hasil
matematik sahaja (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Murid akan dilibatkan secara aktif dan
guru memainkan peranan sebagai pemudah cara (fasilitator). Berbeza dengan peringkat awal
tadi, di mana guru hanya terlibat sebagai pengajar (instructor) (Ibrahim Md. Noh, 1995).
Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mula diubahsuai supaya lebih menumpu kepada
memberi makna kepada matematik yang diajar. Di peringkat sekolah rendah, Projek Khas telah
ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan untuk tujuan menyediakan panduan untuk guru-guru
berasaskan sukatan pelajaran yang sedia ada. Di peringkat sekolah menengah sukatan pelajaran
matematik moden (atau matematik Pilihan C), berpandukan kepada bahan-bahan hasil projek
Scottish Mathematics Group (SMG) dan School Mathematics Project (SMP) telah digubal dan
mula dilaksanakan pada 1970. Penyusunan kurikulum matematik dalam era matematik moden
telah dilakukan dengan kaedah yang berbeza daripada era sebelumnya. Dalam mateamtik moden,
walaupun terdapat aljabar, aritmetik, geometri dan trigonometri, tetapi pada keseluruhannya
terdapat usaha untuk mengkamir tajuk-tajuk tersebut. Di antara tema-tema yang berperanan
pengamir ialah :

Set - konsep ini digunakan sebagai asas dalam pembelajaran matematik
Hubungan - dalam aljabar, geometri penjelmaan, trigonometri dan aritmetik
kordinat dan graf- dalam geometri, aljabar, aritmetik, trigonometri dan statistik.

Kurikulum matematik disusun mengikut tema tersebut dengan andaian bahawa wujud satu
struktur yang unik dalam matematik (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80 an dirancang berasaskan isi kandungan
mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran
dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah
terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya,
menguasai sepenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara
kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau memberi
penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah
mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada sudut
pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui
pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman
behaviourisme . A spek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi
perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronok
dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman
terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar,
kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi
perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah.
Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan
o nombor
o bentuk
o perkaitan
(KPM, 1988)
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSM berasaskan kepada tiga
peringkat yang bertindihan dan saling berkaitan:
o pengalaman aktif
- pelajar dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
- samada melalui pengalaman sebenar atau simulasi
o pembentukan struktur secara retroaktif
- penelitian kembali pengalaman yang lalu(refleksi)
- mengabstrak corak,bentuk dan pola yang spesifik untuk
membina skim yang baru
o pembentukan asimilasi yang menyeluruh
- memperkembangkan skim yang sedia ada agar menjadi
lebih sofistikated
- pelajar didedahkan dengan berbagai pengalaman dan situasi baru

Kurikulum matematik dalam KBSM memberi tumpuan kepada penyelesaian masalahdan
pemikiran kritis. Para guru dikehendaki membimbing murid membina konsep sendiri
(konstruktivism) dalam minda dengan bantuan bahan-bahan manipulatif. Bahan-bahan dalam
pelajaran konstruktivis adalah unsur-unsur untuk dilakukan tindakan, bukannya bahan paparan
maklumat. Bukan untuk mengira, tetapi untuk membina pengetahuan dan kemahiran (Ibrahim
Md. Noh, 1995).


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangankan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. "

You might also like