Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK

Penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajarandalam


Pengajian Sosial telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan
bercetakdiklasifikasikan kepada dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak
bergambar.Contoh bahan bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar
manakalacontoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan
bercetakdikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara
kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagaicontoh, guru
boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagiseperti majalah,
surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai.Melalui penggunaan
bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilaiberjimat sepanjang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana duniakini memperlihatkan
kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayubalak bagi
penghasilan buku.Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis
ini yangringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan bercetak juga tidak
memerlukan kospenyediaan serta perbelanjaan yang tinggi Guru boleh mendapatkan
bahan daripadasurat khabar yang dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di
sekolah.Meskipun kadang-kala kita memandang isu perbelanjaan sebagai suatu senario
yangremeh temeh, tetapi sebenarnya setiap guru perlu bijak menguruskan
perbelanjaanpenyediaan bahan bantu mengajar ke arah yang paling minimum.Selain itu,
penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untukberkemahiran
dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu mengajar yang lainseperti bahan
multimedia interaktif yang memerlukan kecekapan seorang guru dalampenghasilan
bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedahdan strategi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan hanya menggunakan satubahan bercetak
sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar taburan penduduk,
bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.


TUGASAN PSS 3109 2013
2
Bahan bercetak juga mudah untuk dijaga dan tahan lama. Paling utama ialahguru itu
sendiri hendaklah mahir dalam memastikan kaedah penyimpanan bahanbercetak itu
berkesan. Sebagai contoh sekiranya guru menggunaakan poster, guruperlu menggulung
poster tersebut dan menyimpannya di tempat yang elok. Guru tidakseharusnya melipat
dan menghempap poster dengan sebarang objek berat.Penggunaan bahan bergambar
seperti buku membantu murid meluaskanpengetahuan dan pemahaman. Rangasangan
luaran seperti gambar mampu membinaset-set di dalam stor ingatan seseorang individu
sama ada berbentuk ingatan jangkapendek atau jangka panjang. Bahan tidak
bergambar seperti pula mendedahkan muriddengan cabaran kerana mereka
dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima sepertimembuat graf atau melukis dan
memberi peluang kepada murid untuk meluaskanpenggunaan bahasa seperti membuat
ramalan dan membuat huraian lanjut tentangsesuatu laporan.Walaupun terdapat banyak
kelebihan yang disenaraikan mengenai bahanbercetak ini, namun bahan jenis ini
mempunyai beberapa kelemahan dalampenggunaannya. Antaranya ialah bahan
bercetak tidak dapat disunting seperti bahanmultimedia interaktif. Sebarang kesilapan
dalam aspek kesalahan tanda baca, ejaanperkataan dan struktur serta nahu ayat tidak
boleh dipadam atau diedit setelah dicetak.Oleh itu, murid akan terpengaruh dengan
kesalahan tersebut seandainya guru tidakmembetulkan kesalahan yang terdapat pada
sumber bahan bercetak. Sebagai contoh,
sekiranya di dalam brosur terdapat ayat Gempabumi merupakan suatu fenomenaalam,
murid cenderung untuk menulis frasa gempabumi dalam penulisan
karangannya.Selain itu bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik
sepertidimakan anai-anai dan kulat. Sukar untuk kita dapati terdapat bilik kedap udara
yangboleh memuatkan kapasiti bahan bercetak bagi tujuan pengurusan
mahupunpenggunaan P&P. Malahan lebih relevan jika dikatakan tiada langsung bilik
kedapudara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran udara
terkempap


TUGASAN PSS 3109 2013
3
dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam kelas atau
rumahsebenarnya menyumbang ke arah pembiakan kulat. Serangga-serangga kecil
pula turutmembiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan struktur bahan bercetak
sepertimajalah dan buku.Bahan-bahan juga mengandungi info-info serta maklumat yang
telah lapuk.Contohnya maklumat-maklumat seperti yang terdapat di dalam buku-buku
sentiasadikemaskini dari semasa ke semasa dan berubah. Sebagai contoh, isi
kandungan bukuteks akan dirombak semula selang beberapa tahun bagi
menambahbaik kurikulumsedia ada. Hal ini memberi impak negatif terhadap guru
kerana guru terpaksamembiasakan diri dengan isi kandungan yang baru dan merangka
ramalankepincangan yang dihadapi murid.Bahan ini juga kurang mempunyai unsur-
unsur interaktif seperti bahan lain yangmampu merangsang minat murid. Bahan yang
terlalu banyak teks membuatkan muridberasa bosan dan jemu untuk memberi tumpuan
kepada pengajaran guru. Kitaseharusnya sedar pada peringkat murid sekolah rendah,
mereka lebih tertarik denganimej bergerak dan gabungan penghasilan audiovisual
dalam pembelajaran. Hal inimenjadi titik tolak kepada penghasilan banyak bahan bantu
mengajar yang lebihinteraktif seperti video interaktif.Bukan itu sahaja, malah terdapat
bahan bercetak yang mempunyai aras kognitif yang tidak setara dengan tahap
pemikiran murid. Murid mungkin tidak memahami isipelajaran sedang dipelajari. Tidak
semua guru faham tentang sasaran pembaca yangdisasarkan oleh penulis buku. Oleh
itu, guru bersikap ringkas dengan menggunakanapa jua bahan bercetak sebagai bahan
bantu mengajar. Penggunaan bahan bercetak juga dianggap sebagai bahan hafalan.
Oleh itu, murid kurang dilatih dalammengaplikasikan kemahiran berfikir. Mereka hanya
diminta untuk menghafal maklumatsehingga menjadikan bahan bantu mengajar itu
sendiri sebagai bahan bantu beban.Intihanya, penggunaan bahan bercetak mempunyai
kelebihan dan kekurangandalam segenap aspek. Terpulang kepada guru untuk bijak
menggunakan bahan jenisini dengan kaedah dan strategi tersendiri

You might also like