Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

1

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


BANCI EKONOMI 2011
(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)
PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini
menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak
boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan
akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan
menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan
kerjasama.

2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2010.
Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan
tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan dari
tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan lewat diterima, sila berikan anggaran yang
munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik
pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh
bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti ternakan di seluruh Malaysia.

2. Ternakan ialah binatang-binatang atau unggas yang dipelihara untuk tujuan komersil, sara diri,
pembiakbakaan dan rekreasi.

Pengeluaran ternakan termasuk penternakan (ladang) dan pembiakan semua haiwan, kecuali
haiwan akuatik.

3. Unit pelapor bagi banci ini adalah pertubuhan. Pertubuhan ditakrifkan secara ideal sebagai satu
unit ekonomi yang bergiat di bawah satu hak milik atau penguasaan tunggal iaitu di bawah satu
entiti yang sah. Ia menjalankan satu jenis aktiviti ekonomi utama di satu tempat / lokasi fizikal.

4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam soal
selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun
TERNAKAN

2

yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di Soalan 16.1
dan 16.1 di muka surat 30.

C. SISTEM TERNAKAN:

Fidlot - iaitu lembu/kambing dipelihara secara intensif dalam kandang untuk jangka masa
pemeliharaan selama 2 hingga 6 bulan dengan memberi makanan secukupnya sebelum
ianya dijual. Sistem ini juga dipanggil sistem penggemukan lembu/kambing dalam ladang.
Padang ragut/ladang - iaitu satu kawasan yang ditanam rumput dan digunakan untuk
ragutan ternakan. Sementara ladang ternakan merujuk kepada sistem pengurusan
perladangan secara extensive yang mempunyai padang rumput, bangsal, tempat simpanan
ternakan dan sebagainya.
Integrasi lembu/kambing diternak atau dipelihara dengan cara bersistematik dalam ladang
tanaman kekal seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya.
Tradisional/lepas bebas pemeliharan ternakan secara lepas bebas di kawasan-kawasan
rumah, kampung dan kawasan ladang berhampiran yang tidak bersistematik.
Kandang rumah atau bangsal yang dibina untuk melindungi ternakan yang dipelihara.
Antara ternakan yang biasa diternak dengan menggunakan sistem ini ialah kambing, bebiri,
babi, ostrich dan rusa.
Reban tertutup reban yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat kecuali dua bahagian
untuk udara keluar dan masuk dan pengudaraannya untuk tujuan mengawal suhu dan
kelembapan.
Reban terbuka reban yang tidak mempunyai bahagian untuk udara keluar dan masuk
serta pengudaraannya tidak terkawal. Di antara ternakan yang biasa diternak dengan
menggunakan sistem ini ialah ayam dan puyuh. Reban yang digunakan oleh orang kampung
untuk menternak ayam bagi tujuan sara diri termasuk dalam kategori ini.

D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1: Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila tanda kotak yang disediakan sekiranya pertubuhan tuan berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau agensi kerajaan lain.

Perkara 1.2 Sekiranya pertubuhan tuan berdaftar dengan SSM (ROB / ROC), sila isikan nombor
pendaftaran pertubuhan / syarikat dalam kotak yang disediakan.

Perkara 1.3 Sila tanda aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan tuan.

Perkara 1.4 Tarikh permulaan aktiviti perlu dilaporkan mengikut format yang disediakan. Tarikh ini
merujuk kepada bila pertubuhan tuan mula menjalankan aktiviti tersebut.

Perkara 1.5 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi
sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.




3

Contoh:

(a) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010




(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011





Perkara 1.6 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.
Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh residen
(individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada pelaburan
dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti hutang, bon, unit
amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit, pemberian pendahuluan
dan aset lain.

Perkara 1.7 Sila laporkan alamat lokasi aktiviti pertanian sekiranya berlainan daripada alamat yang
diberikan di muka hadapan.

Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan
pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di dalam
soalan 1.8.
Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Soalan 1A: Pegangan Dan Penggunaan Tanah Pertubuhan Pertanian Pada 31 Disember 2010

Perkara 1.9 Sila tandakan jenis pegangan tanah pertubuhan tuan dalam kotak yang disediakan.
Tuan hanya boleh tanda satu kotak sahaja.

Perkara 1.9.1 Milik sendiri
Merujuk kepada tanah yang dimiliki oleh pertubuhan tuan. Ini
tidak termasuk tanah yang disewakan daripada orang lain atau
tanah yang disewakan kepada orang lain. Pertubuhan mesti
mempunyai hak pemilikan yang sah di mana membenarkan
pemilik kepada pemegang yang sah untuk menentukan
penggunaan tanah tersebut.

Perkara 1.9.2 Pajak / sewa daripada pihak lain
Merujuk kepada tanah yang dipajak / sewa daripada orang lain
kebiasaannya bagi sesuatu tempoh masa yang telah ditetapkan
dengan jumlah bayaran yang dipersetujui.



Tahun Bulan Hari
Dari
0 1 0 1 2 0 1 0
8
5
Tahun Bulan Hari
hingga
3 1 1 2 2 0 1
0
0
8
Tahun Bulan Hari
Dari
0 1 0 7 2 0 1 0
5
Tahun Bulan Hari
hingga 3 0 0 6 2 0 1
1
1
/ / /
/
/ / / /
4

Perkara 1.9.3 Milik sendiri dan pajak / sewa daripada pihak lain
Merujuk kepada perkara 1.9.1 dan 1.9.2 yang digunakan dalam
satu masa yang sama. Contoh: jika pemilik ingin mengembangkan
perniagaan selain daripada tanah sendiri, pemilik boleh pajak
tanah daripada orang lain.

Perkara 1.9.4 Lain-lain nyatakan
Jenis pegangan tanah yang tidak terkelas seperti di atas.
(Contoh: tanah Lesen Menduduki Sementara LMS, tanah negeri
dan sebagainya)

Perkara 1.10 Sila nyatakan jumlah keluasan kawasan pertanian pertubuhan tuan.

Ini termasuk:

i. Tanah bukan pertanian
ii. Tanah yang dipajak/sewa daripada orang lain
iii. Kawasan di daratan dan bukan di daratan (Akuakultur)

Tidak termasuk tanah yang disewakan kepada orang lain

Perkara 1.11 Sila laporkan pecahan tanah mengikut kegunaan

Perkara 1.11.1 Tanah bukan untuk pengeluaran pertanian
Merujuk kepada keluasan tanah yang digunakan bukan untuk
tujuan pengeluaran pertanian.

Perkara 1.11.2 Tanah untuk pengeluaran / aktiviti pertanian
Merujuk kepada keluasan tanah yang digunakan untuk tujuan
pengeluaran pertanian mengikut aktiviti (sekiranya ada) seperti di
bawah.

i. Tanaman
ii. Ternakan
iii. Akuakultur (di daratan)

Perkara 1.11.3 Jumlah keluasan Akuakultur (bukan di daratan)
Merujuk kepada jumlah keluasan akuakultur bukan di daratan.
Contoh penternakan ikan air payau / masin.

Perkara 1.12 Sistem Saliran
Sila nyatakan sama ada pertubuhan tuan menggunakan sistem pengairan dan saliran
dalam aktiviti pertanian yang dijalankan.

Perkara 1.13 Kaedah Teknologi
Sila tandakan kaedah teknologi yang digunakan dan tanda dalam satu kotak sahaja.


5

Soalan 2: Taraf Sah

Perkara 2.1 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja

(a) Hak Milik Perseorangan
Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan
ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik
mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

(b) Perkongsian
Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk
mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat
keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang
daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian
perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang
dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.

(c) Syarikat Sendirian Berhad
Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk
menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.
Saham dipegang secara tertutup oleh pemegangpemegang saham yang
mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan
tanggungan berhad.

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel
Persatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima
puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang
masih menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-
apa saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan
wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk
dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.

(d) Syarikat Awam Berhad
Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang
ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang
untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan.
Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah
syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik
secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan
ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.

6

(e) Syarikat Koperasi
Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak
terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang
ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

(f) Perbadanan Awam
Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri. Contoh seperti dibawah:
Petronas
Maybank
Telekom Malaysia
Tenaga Nasional Berhad
Sime Darby
CIMB
Perodua
UMW
Media Prima
Proton

(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan
Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan
tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan
kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan
pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada
isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada
harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang
keuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan berkenaan.

(h) Lain-lain
Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana
kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.

Perkara 2.2 Sila tanda (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)
sahaja.
Pertubuhan milikan wanita merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya 51
peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemengang saham terbesar
adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan atau
Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10
peratus ekuiti.

Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

Perkara 3.1.1 Modal berbayar
Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

7

(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian,
ia merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik
perseorangan atau rakan kongsi.
(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad,
ia merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.
(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang
dibayar oleh kerajaan Malaysia.
(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani
dan dibayar oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab
Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau
kerugian yang terkumpul, rizab modal, akaun premium
saham, rizab am, rizab tukaran mata wang asing dan
rizab lain.
(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian,
ia merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan
kerugian.
(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian
yang terkumpul dan dana rizab.

Perkara 3.2 Struktur hak milik
Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti
pada 31 Disember 2010.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal
berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf
kewarganegaraan mereka.

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia
Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi
lain yang lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa
sekurang-kurangnya satu tahun. Residen Malaysia meliputi:
Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di
Malaysia; dan
Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih
daripada setahun.

Perkara 3.2.1.1 Individu
Jelas maksudnya.

Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

(a) Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang
dimiliki oleh Bumiputera, contohnya:
Lembaga Tabung Haji
8

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Koperasi Polis
Jabatan Koperasi
ASM Mara
Amanah Saham PNB

(b) Bukan Bumiputra
Merujuk kepada badan atau organisasi yang
dimiliki oleh Bukan Bumiputera.

Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan
Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:
Khazanah Nasional Berhad
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kementerian Kewangan Malaysia
Keretapi Tanah Melayu
Bank Pertanian Malaysia
Lembaga Air Perak
Yayasan Kemiskinan Kelantan
Lembaga Pelabuhan Johor
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Penerbangan Malaysia Berhad
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Menteri Besar Incorporation
Selangor State Incorporation
Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Pembangunan& Infrastruktur Malaysia Bhd (PIMB)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang
9

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia
Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau
organisasi lain yang lazimnya tinggal atau terletak di negara lain
selain Malaysia.
Bukan residen Malaysia terdiri daripada:
Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat
induk di Malaysia; dan
Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara
melebihi setahun.

Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang 51 peratus dan ke atas oleh
syarikat/individu di luar nagara, secara langsung atau tidak langsung, sila
nyatakan negara syarikat induk muktamad.
Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rentaian pemilikan
syarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan
ekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat induk
muktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan aktiviti
ekonomi/perniagaan.

Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk
muktamad dalam anak syarikat di Malaysia:
10

Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara




Jepun
-------------------------------------------------------








Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di
luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di Malaysia




USA
--------------------------------------------------------
Malaysia











Parent Company (X)
80%
Responden Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: Jepun
Ultimate Parent Company (X)
80%
Immediate Parent Company (B)
Indirectly owned 80%
100%
Respondent Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: USA
Malaysia
11

Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di
luar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara
asing lain.




--------------------------------------------------------






--------------------------------------------------------






Soalan 4A: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta (RM)

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun
rujukan; dan
b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, mesin, jentera, kenderaan,
komputer, dan sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat
produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan
oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja modal sedang
dijalankan dan sebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai
setelah mengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu
sama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-
pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih
ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya
pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan
semasa adalah dikecualikan.

Ultimate Parent Company (X)
80%
Indirectly owned
80%
Immediate Parent Company (B)
100%
%
Respondent Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: USA
USA
Bermuda
Malaysia
12

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang
terlibat, iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk
sebarang bayaran dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan
iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai
pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter dan bayaran yang
dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak
milik yang sama, hendaklah dinilaikan seperti harta yang dibeli dari luar
pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai): Meliputi perolehan harta
baru termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru
diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah
digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau
terpakai (ruangan 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: Semua harta yang dahulunya digunakan
dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai
sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).

x. Membuat / membina sendiri: Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan
ini untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu
hendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini
hendaklah dimasukkan (ruangan 04).

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.
Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut
disiapkan sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah
merupakan asas merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-
kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang
dijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur
dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai
kerja pada awal tahun rujukan.

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan
tanpa mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang
diperoleh di ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta: Apabila
sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan
/ kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.
Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk
mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada
penilaian semula harta diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.
Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula
dengan simbol (-).

13

xiii. Susut nilai: Merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta
disebabkan oleh haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran
(susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang
dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah
dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan
(pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan
perkara 8.14 Soalan 8.

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =
+ nilai buku bersih awal tahun
+ nilai harta yang diperoleh
- harta yang dijual atau dilupus
keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas
dasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta tetap adalah ditakrifkan seperti berikut:

Perkara 4.1 Harta Tetap

Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira
pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

(a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam
pembinaan bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau
sebahagian besarnya terdiri daripada tempat kediaman.
(b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan
bagi pembinaan bangunan dan struktur yang mana pada
keseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk kegunaan
perindustrian, awam dan komersil misalnya kilang, gudang,
bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital,
sekolah dan sebagainya.
(c) Binaan lain kecuali pembangunan tanah termasuk rumah
hijau, kolam, kandang, jalan, landasan keretapi, parit,
jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip dan
sebagainya.

Perkara 4.1.3 Pembangunan tanah termasuk nilai kerja menebas, membersih
tapak binaan serta landskap tetapi tidak termasuk nilai tanah
sebelum pembangunan dibuat. Ia termasuk juga perbelanjaan
terhadap pembersihan dan tebus guna tanah, tidak kira sama ada
ini akan memberi tambahan kepada keluasan tanah yang ada atau
tidak. Contoh tali air dan projek kawalan banjir, empangan dan
benteng yang merupakan sebahagian daripada projek ini,
14

membersihkan dan menanam semula di kawasan kayu balak dan
hutan.
Perkara 4.1.4 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang
digunakan untuk pemindahan barangan dan / atau orang.

Perkara 4.1.5 Komputer

(a) Perkakasan komputer
Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,
penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan
sistem komputer.

(b) Perisian komputer
Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem
komputer sama ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau
dibeli.

Perkara 4.1.6 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa,
mesin dan kelengkapan pejabat, milking machine , pemotong
rumput, traktor, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama,
peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan
jentera serta alat lain termasuk pengubahsuaian besar dan
pembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis ini.

Perkara 4.1.7 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang
diperlukan bagi menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan
contohnya kerusi, meja, kain langsir, permaidani dan sebagainya.

Perkara 4.2 Harta lain merupakan harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten: Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-
ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten
direkodkan pada kos.

Perkara 4.2.2 Muhibah: Wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan
kesetiaan pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan
dibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta, maka lebihan ini
dianggap sebagai muhibah.

Perkara 4.2.3 Kerja modal sedang dijalankan: Ia merujuk kepada harta yang
separuh siap dan masih belum dimodalkan.

Perkara 4.2.4 Lain-Lain: Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain /
perbelanjaanmodal, sekiranya ada, yang mungkin tidak dapat
kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan. Semua harta
kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)
dikecualikan.

15

Soalan 4B: Perbelanjaan Modal Dan Pembangunan Untuk Stok Induk / Baka Dalam Tahun
2010

i. Stok induk / baka ternakan adalah ternakan yang mengeluarkan hasil berulang kali dan
mempunyai jangka hayat lebih dari setahun.

a. Ternakan matang merujuk ternakan yang mencapai umur matang untuk membiak.
b. Ternakan belum matang merujuk ternakan yang belum mencapai umur matang
untuk membiak.

ii. Pembelian baru merujuk kepada nilai pembelian stok induk / baka ternakan (matang atau
belum matang).

iii. Perbelanjaan pembangunan stok induk / baka ternakan belum matang meliputi semua
perbelanjaan untuk pembangunan dan pembesaran induk / baka ternakan belum matang.
Contoh pembersihan kandang, vaksin, makanan ternakan, upah dan sebagainya.

iv. Stok induk / baka ternakan dijual / dilupuskan merujuk kepada nilai induk / baka ternakan
yang telah dijual / dilupuskan ( contoh disebabkan serangan penyakit dan sebagainya)

v. Sila senaraikan jenis ternakan sekiranya jenis tersebut tiada dalam senarai yang diberikan.

UMUR DAN BAKA TERNAKAN YANG UTAMA DI MALAYSIA
TERNAKAN
BELUM
MATANG
MATANG
ANAK MUDA DEWASA
LEMBU PEDAGING
a) Lembu KK (Kedah-Kelantan)
b) Lembu kacukan pedaging (Brahman)
< 1 thn 1-3 thn >3 thn

LEMBU TENUSU
a) Lembu LID (tempatan)
b) Lembu kacukan tenusu (Fresien/Jersey)
< 1 thn 1-3 thn >3 thn
KERBAU
a) Kerbau sawah
b) Kerbau Murrah
< 1 thn 1-3 thn >3 thn
KAMBING PEDAGING (Boer, Jamnapari)
KAMBING TENUSU (Saanen)
BEBIRI (Barbados Black Belly, Santa Innes)
1 hari-3 bln > 3 bln-1 thn > 1 thn
BABI Piglets
1 hari-1 bln
Weaners
1-3 bln
Porker
3-6 bln
Sow (betina) & Boar
(jantan) > 6 bln
AYAM PEDAGING
AYAM PENELOR
1 hari-35 hari
1 hari-24 mgu
> 35 hari
6-18 bln
Had umur bagi ayam pedaging 35 hari shj
> 18 bln
Sumber: Jabatan Veterinar Negeri Johor






16

Soalan 5: Pekerjaan Dan Gaji & upah

A. Takrif am
Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B
(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (kolum 01 hingga 13)
Laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,
kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada kolum 01 hingga 13 pada bulan
Disember tahun rujukan atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun
rujukan. Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti
jangka pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang
mogok. Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana
kehadiran mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang
tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen
hendaklah dikecualikan.
Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji dan upah tahunan (kolum 18)
Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih
masa dan elaun tunai termasuk untuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan
dan sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji
dalam setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan
jumlah bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau
kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan
kepada kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii. Pekerja sepenuh masa
Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-
kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

iv. Pekerja sambilan
Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang
daripada 6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif
Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh
masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli
keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang
mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori ini
tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak
miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji
Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik
pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu
17

pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada
dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini
sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai
sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di
pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga
dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain,
mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah
dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan
takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad
atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja (sepenuh masa)
Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam
tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas).
Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah
kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan
penyelenggaraan dan pembaikan bergerak hendaklah dimasukkan, jika ada.
Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan
korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-
mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas
hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif
Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan
dan mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi,
merancang, menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan
pelaksanaan dasar. Tugas mereka melibatkan tanggungjawab
penyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih
jabatan di dalam sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan
penyelidikan dan menggunakan secara profesional pengetahuan
dan kaedah saintifik terhadap pelbagai masalah teknologi,
ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan. Istilah di atas pada
umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakan
profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contoh
peguam, akauntan, jurutera).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kuasa dan
tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan
sesuatu organisasi.




18

Perkara 5.3.2 Juruteknik dan profesional bersekutu
Mereka yang di bawah juruteknik dan profesional bersekutu,
antara lainnya, menjalankan kerja-kerja penyelidikan, teknikal dan
kawalan kualiti. Termasuk dalam kategori ini ialah mereka yang
biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan profesional
(contoh juruteknik makmal, juruteknik kawalan kualiti, ketua
fomen, mandur dan sebagainya). Mereka menyelia sesuatu atau
pelbagai jenis kegiatan, contohnya kegiatan pengeluaran di dalam
sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan
kegiatan pekerja di bawah seliaan mereka.

Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan
Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan
rekod kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk
pengendalian wang bagi pihak pertubuhan itu dan pelanggannya,
mencatat perkara lisan atau menulis dengan trengkas, menaip
dan cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini ialah kerani,
kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawai khidmat pelanggan,
setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.

Perkara 5.3.4 Pekerjaan asas
Pekerja asas adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am
dan pelbagai tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu,
konduktor, operator telefon, pembantu pejabat, penghantar surat
dan pengawal keselamatan.

Perkara 5.3.5 Pekerja buruh pertanian diambil bekerja secara langsung
Kategori ini meliputi pekerja buruh pertanian sepenuh masa yang
diambil secara langsung dan tidak termasuk dalam kategori di
bawah perkara 5.3.1 hingga 5.3.4. Ia termasuk pekerja yang
terlibat secara langsung dalam aktiviti pertanian seperti mereka
yang terlibat dalam penanaman, penternakan, perikanan (awak-
awak), orang yang terlibat dalam mengendali trak, vesel dan lain-
lain alat jentera yang digunakan.

Perkara 5.3.6 Pekerja diambil bekerja melalui kontraktor buruh
Kategori ini meliputi pekerja pertanian bergaji sepenuh masa yang
diambil melalui kontraktor buruh. Kontraktor buruh merujuk
kepada kontraktor yang membekalkan buruh sahaja kepada
pertubuhan. Catatkan bilangan pekerja yang diambil melalui
kontraktor buruh dan bukannya bilangan kontraktor buruh. Sila
laporkan bayaran yang dibuat kepada kontraktor buruh ini (berikan
anggaran jika angka sebenar tidak diperoleh).

Perkara 5.3.7 Jumlah
Merujuk kepada jumlah bilangan pekerja bergaji secara sepenuh
masa dari 5.3.1 hingga 5.3.6


19

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)
Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau
kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Perkara 5.5 Pekerja di bawah subkontraktor
Merujuk kepada mereka yang bekerja di bawah kontraktor yang dilantik oleh
pertubuhan tuan di mana bahan dan peralatan dibekalkan oleh kontraktor itu sendiri.
Jumlah pekerja hendaklah diisi di Soalan 5.5 (A dan / atau B) dan nilai kerja kontrak
di Soalan 8.1.4

Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 Pascasiswazah
Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh
daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf
Merujuk kepada peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi pengajian
tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau profesional
yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi dari ijazah juga diambil kira seperti ACCA,
CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang) dan sebagainya.

Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf
Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institut pengajian tinggi,
politeknik, kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Demikian
juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-
bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam ketegori ini.

Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE A Level atau lulus
peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti / kolej yang
diiktiraf.

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) / Sijil Kemahiran Pertanian atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf
dengannya seperti GCE O Level, Sijil Kemahiran Pertanian dan sebagainya.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)
Merujuk kepada kelayakan-kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah
rendah atau di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori
Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V).




20

Soalan 7: Perolehan / Pendapatan
Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung
& Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang
munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

A. Pendapatan Mengikut Aktiviti Pertanian

Perkara 7.1 Pendapatan daripada aktiviti ternakan:

Perkara 7.1.1 Jualan daripada hasil ternakan (tidak termasuk jualan stok
induk / baka seperti yang direkodkan di Soalan 4B)
Merujuk kepada jualan daripada ternakan dan hasil ternakan.
Hasil ternakan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui
proses selanjutnya perlu dikecualikan.
(a) Ternakan hidup (contoh ayam pedaging, lembu dan
sebagainya)
(b) Hasil ternakan (contoh telur, susu dan sebagainya)

Perkara 7.1.2 Pendapatan daripada kerja ternakan yang dibuat untuk pihak
lain
Merujuk kepada semua pendapatan yang diperoleh bagi kerja
ternakan yang dibuat untuk pihak lain pada tahun rujukan (contoh
ternakan kontrak, pawah dan sebagainya)

Ternakan kontrak merujuk kepada kerja-kerja yang dijalankan
oleh pekerja yang diupah secara kontrak di mana semua
peralatan atau keperluan lain yang berkaitan disediakan oleh
pertubuhan.

Perkara 7.1.3 Pendapatan daripada hasil ternakan yang diproses
Merujuk kepada semua pendapatan yang diperoleh daripada hasil
ternakan yang telah diproses. (contoh nugget, bebola ayam dan
sebagainya)

Perkara 7.1.4 Nilai jualan barangan / bahan / produk berkaitan dengan
aktiviti ternakan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui
proses selanjutnya
Merujuk kepada nilai jualan barangan / bahan / produk yang
berkaitan dengan aktiviti ternakan yang dijual dalam keadaan
yang sama seperti semasa dibeli tanpa melalui proses selanjutnya
sama ada jualan semula itu adalah jualan borong atau jualan
runcit (contoh haiwan ternakan, makanan haiwan dan sebagainya)

Perkara 7.1.5 Pendapatan lain yang berkaitan dengan ternakan
Merujuk kepada pendapatan lain yang berkaitan dengan aktiviti
ternakan yang dijalankan oleh pertubuhan (contoh penjualan kulit
ternakan, baja daripada tinja, khidmat nasihat dan sebagainya)


21

Perkara 7.2 Pendapatan daripada aktiviti pertanian lain
Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti pertanian lain yang
dijalankan sepanjang tahun 2010.

B. Pendapatan Am

Perkara 7.3 Pendapatan daripada sewa
Merujuk kepada jumlah nilai pendapatan yang diterima daripada hasil sewa harta
yang di senaraikan dari perkara 7.3.1 hingga 7.3.6

Perkara 7.4 Pendapatan daripada sewa tanah
Sewa tanah adalah merujuk kepada nilai yang diterima hasil daripada sewaan atau
pajakan ke atas tanah (tidak termasuk sewa bangunan). Sekiranya pertubuhan
menyewakan tanah dan bangunan kepada pihak lain, nilai sewaan atau pajakan
tanah tidak dapat dipisahkan daripada bangunan maka ia hendaklah merujuk
kepada nilai tanah sekiranya nilai tanah lebih tinggi daripada bangunan atau
sebaliknya.

Perkara 7.5 Pendapatan daripada agro pelancongan
Merujuk kepada semua jenis pendapatan yang diperolehi hasil daripada aktiviti
agro pelancongan yang dilakukan oleh pertubuhan.

Contoh: Sekiranya pertubuhan menjalankan aktiviti ternakan dan pada masa yang
sama mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang hendak melihat
kawasan aktiviti (seperti bergambar atau membuat kajian) maka semua
pendapatan daripada aktiviti ini hendaklah di laporkan.

Perkara 7.6 Tuntutan dan pampasan diterima
Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insuran
dan / atau pertubuhan / syarikat lain / perseorangan kerana kemalangan,
kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.

Perkara 7.7 Pemulihan hutang lapuk
Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas
tetapi telah dipulihkan (hutang telah dibayar) pada tahun rujukan.

Perkara 7.8 Pendapatan daripada faedah
Faedah adalah hasil yang diterima daripada simpanan wang yang disimpan di
institusi kewangan atau bank.

Perkara 7.9 Pendapatan daripada dividen
Dividen merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham.

Perkara 7.10 Nilai jualan barangan / bahan bukan pertanian yang dibeli untuk dijual
semula tanpa melalui proses selanjutnya
Merujuk kepada jualan barangan / bahan bukan pertanian yang dibeli untuk tujuan
dijual semula tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan dalam bentuk
borong atau runcit.

22

Perkara 7.11 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta dan stok induk / baka
Pendapatan di sini merupakan keuntungan daripada jualan atau penilaian semula
harta (contoh pertubuhan membeli sebuah premis untuk dijual semula).
Keuntungan daripada jualan tersebut hendaklah dilaporkan di sini.

Perkara 7.12 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Maklumat yang diperlukan merujuk kepada pendapatan / keuntungan daripada
urusniaga pertukaran wang asing. Contoh

(a) Perniagaan wang: Pada 1 Januari 1997 kadar pertukaran wang ialah
$US1=RM2.4 dan pada 1 Januari 2003 adalah $US1=RM3.8. Sekiranya pihak
tuan membeli sebanyak $US1 juta pada 1 Januari 1997 dan menjualnya pada
1 Januari 2003, ini bermakna pertubuhan mendapat keuntungan RM1.4 juta.

(b) Sekiranya pertubuhan berkontrak membuat sesuatu barang dengan harga
tetap US1 / unit dan kontrak tersebut berkuatkuasa dari tahun 1996 hingga
2003, perbezaan pertukaran nilai $US kepada RM di sini adalah merupakan
keuntungan untuk pertubuhan.

Perkara 7.13 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima
Merujuk kepada penerimaan yang diterima daripada pertubuhan lain tanpa
menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan, perkhidmatan
atau aset.

Perkara 7.14 Semua pendapatan lain
Merujuk kepada pendapatan lain yang tidak boleh dikelaskan dalam perkara 7.1
hingga perkara 7.13.

Perkara 7.15 Jumlah pendapatan
Merujuk kepada semua pendapatan daripada perkara 7.1 hingga perkara 7.14

Perkara 7.16 Pindahan modal yang diterima
Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi
memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang
barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

Perkara 7.17 Jumlah besar
Merujuk kepada jumlah semua pendapatan daripada perkara 7.15 hingga 7.16

Perkara 7.18 e-Dagang
Merujuk kepada transaksi perdagangan sebarang jenis barangan dan
perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian. Ia bermakna membeli dan menjual
barangan dan perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian terbuka (contoh internet)
atau sesuatu rangkaian tertutup (contoh AOL). Ia termasuk barang keluaran fizikal
(barangan perkakasan) seperti bekalan pejabat dan barangan digital (barangan
perisian) seperti perisian pendidikan. Perdagangan pertukaran mata wang asing,
niaga hadapan, derivatif dan alat perdagangan kewangan lain dikecualikan.


23

Soalan 8: perbelanjaan
Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung
& Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang
munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

A. Perbelanjaan Mengikut Aktiviti pertanian








Perkara 8.1 Perbelanjaan untuk aktiviti ternakan

Perkara 8.1.1 Kos bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti ternakan
Perkara ini termasuk semua kos bahan langsung yang digunakan
dalam aktiviti ternakan pada tahun rujukan untuk menghasilkan
pengeluaran. (Tidak termasuk kos bahan langsung yang
dilaporkan di Soalan 4B)

Gunakan formula di atas untuk mengira kos bahan langsung yang
digunakan.

Perkara 8.1.2 Kos anak ternakan bukan baka
Merujuk kepada nilai kos anak ternakan bukan baka yang dibeli
(contoh anak ayam / itik)

Perkara 8.1.3 Kos barangan / bahan / produk berkaitan dengan aktiviti
ternakan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui proses
selanjutnya
Merujuk kepada jumlah kos barangan / bahan / produk yang dibeli
untuk dijual semula dalam keadaan yang sama seperti dibeli
tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan semula itu
adalah jualan borong atau jualan runcit. (contoh lembu dan ayam
dan sebagainya).

Perkara 8.1.4 Jumlah bayaran ke atas kerja-kerja ternakan yang dibuat oleh
pertubuhan lain (subkontrak)
Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas kerja-kerja ternakan yang
dibuat oleh pihak lain. Ia berkaitan dengan kerja yang dibuat oleh
pihak lain ke atas kerja-kerja kontrak untuk pertubuhan ini.

Perkara 8.2 Perbelanjaan untuk aktiviti pertanian lain (tanaman / perikanan)
Laporkan perbelanjaan lain sekiranya pertubuhan ini menjalankan aktiviti selain
ternakan.


Kos Bahan langsung = Belian Pemulangan
+ Stok Awal Stok Akhir
+ Bayaran pengangkutan
+ Cukai dan Duti
+ Insurans




24

B. Perbelanjaan Am

Perkara 8.3 Bahan dan bekas pembungkus yang digunakan (tidak termasuk kos bahan
langsung dalam Soalan 14)
Merujuk kepada perbelanjaan ke atas bahan dan bekas pembungkus yang
digunakan dalam tahun rujukan.

Perkara 8.4 Bahan yang digunakan bagi pembaikan dan penyelenggaraan
Merujuk kepada nilai dibayar bagi pembaikan dan penyelenggaraan.

Perkara 8.5 Alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakan
Merujuk kepada nilai yang dibayar untuk pembelian alat tulis dan bekalan pejabat
yang digunakan.

Perkara 8.6 Air yang dibeli
Merujuk kepada bayaran air yang dibeli. Jika bayaran ini telah dicampurkan
dengan tenaga elektrik, sila beri anggaran mengikut bil air bulanan.

Perkara 8.7 Tenaga elektrik yang dibeli
Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telah
dicampurkan dengan air, sila beri anggaran mengikut bil tenaga elektrik bulanan.

Perkara 8.8 Bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan
Merujuk kepada nilai bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan pada
tahun rujukan, (contoh petrol, minyak diesel, bahan pembakar lain, minyak pelincir,
gris, gas petroleum cecair dan sebagainya).

Perkara 8.9 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihak
lain bagi harta tetap pertubuhan ini
Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang
dibuat oleh orang lain ke atas harta tetap pertubuhan ini (contoh. bangunan, alat
pengangkutan, jentera dan kelengkapan serta perabot dan pemasangan).

Perkara 8.10 Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)
Perbelanjaan yang terlibat dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (P&P).
P&P ialah kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru dan
penyelidikan pada kebolehan perlaksanaan secara komersial bagi penemuan-
penemuan baru. Jumlah perbelanjaan untuk latihan kakitangan tidak termasuk di
sini.

Perkara 8.11 Bayaran terhadap perkhidmatan bukan industri pertanian
Merujuk kepada bayaran-bayaran bukan industri pertanian yang dilakukan oleh
pertubuhan tuan. Sila nyatakan bayaran-bayaran yang dilakukan untuk perkara di
bawah:

(a) Pengangkutan barangan (pengangkutan keluar)
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan barangan
daripada hasil pengeluaran pertanian dan / atau pemindahan harta tetap. Ia
tidak termasuk bayaran untuk pengangkutan bahan langsung dan bahan
25

pembakar (kos bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti ternakan) dan
8.8 (bahan pembakar, pelincir dan gas) yang bersesuaian.

(b) Perbelanjaan perjalanan
Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja untuk menjalankan
tugas rasmi di luar pejabat seperti perjalanan, penginapan, makan, bil petrol /
disel, bayaran letak kereta dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

(c) Bayaran perakaunan, audit dan kesetiausahaan
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan perakaunan, pengauditan,
simpan kira-kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan.

(d) Perbelanjaan pengiklanan dan promosi
Merujuk kepada bayaran untuk iklan / promosi barangan, perkhidmatan dan
nama pertubuhan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio,
internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

(e) Bayaran guaman
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan
dan dokumentasi.

(f) Bayaran profesional
Merujuk kepada bayaran untuk profesional yang disediakan oleh pihak lain.
Ia meliputi perkhidmatan seperti khidmat nasihat daripada Jabatan
Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, pakar runding, juruukur
dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

(g) Bayaran pengurusan
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan
oleh pertubuhan / pihak lain untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos
projek dan tenaga manusia.

(h) Komisen dan bayaran agensi
Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain
/ individu / ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan
perkhidmatan untuk pertubuhan tuan.

(i) Bayaran telekomunikasi
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi. Perkhidmatan
telekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui
telefon, internet, telegram, kabel, penyiaran, satelit, mel elektronik, faksimili
dan sebagainya.

(j) Bayaran pos
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos dan kurier. Perkhidmatan
pos dan kurier meliputi pengambilan, pengangkutan dan penyerahan surat,
surat khabar, majalah berkala dan bahan bercetak lain, bungkusan oleh Pos
Malaysia Berhad dan operator lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter
pejabat pos dan sewaan peti surat.
26

(k) Bayaran bank
Merujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewangan yang
disedikan oleh institusi kewangan seperti bank. Contoh-contoh untuk
bayaran bank ialah bayaran buku cek, bayaran perkhidmatan untuk draf
bank, surat kredit, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

(l) Premium insurans dibayar ke atas bangunan, jentera, alat
pengangkutan dan barangan
Merujuk kepada premium insurans yang dibayar oleh pertubuhan ke atas
bangunan, jentera, alat pengangkutan dan barangan (tidak termasuk
insurans pampasan pekerja).

(m) Bayaran sewa (tidak termasuk bayaran bagi sewa tanah)
Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan / premis, jentera
dan kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain tetapi tidak termasuk
bayaran sewa tanah.

(n) Lain-lain
Sila laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan bagi bayaran yang
telah dibuat ke atas perkhidmatan bukan pertanian yang lain yang tidak
terkelas dalam mana-mana perkara 8.11 (a) hingga (m). Contoh keraian, bio-
keselamatan dan sebagainya.

Perkara 8.12 Bayaran sewa tanah
Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau
pajakan ke atas tanah pihak lain.

Perkara 8.13 Perbelanjaan ke atas agro pelancongan
Merujuk kepada perbelanjaan ke atas agro perlancongan yang dijalankan.

Perkara 8.14 Susut nilai semasa
Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan
lusuh, kemerosotan dan kian menjadi usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke
atas tanah pajakan.

Perkara 8.15 Bayaran faedah
Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang
diambil oleh pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank pada kadar
faedah yang telah ditentukan.

Perkara 8.16 Bayaran royalti kepada:

(a) Kerajaan
Merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada kerajaan melalui Pejabat Tanah
untuk mineral, bahan batuan, pasir dan tanah liat yang diambil oleh pemilik
pertubuhan yang membuat batu-bata.



27

(b) Swasta : Pelesenan Teknologi
Merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orang perseorangan atau
pertubuhan lain bagi lesen teknologi.

(c) Swasta : lain-lain
Merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orang perseorangan atau
pertubuhan lain bagi lain-lain tujuan pengeluaran oleh pertubuhan tersebut.

Perkara 8.17 Cukai tidak langsung:

(a) Cukai jualan
Merujuk kepada cukai yang dibayar oleh pengguna bagi barangan yang
dikenakan cukai.

(b) Cukai eksport
Merujuk kepada cukai yang dibayar apabila sesuatu barang dieksport keluar
untuk kegunaan sendiri atau pembentukan modal sendiri.

(c) Ses penyelidikan
Merujuk kepada bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada pertubuhan ke
atas hasil penyelidikan yang dijalankan.

(d) Cukai tanah dan cukai pintu
Merujuk kepada cukai pintu ke atas bangunan yang dikutip oleh pihak
berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan
bayaran cukai ke atas tanah yang dikutip oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

(e) Cukai jalan
Merujuk kepada cukai jalan yang dibayar kepada Jabatan Pengangkutan
Jalan untuk kenderaan bermotor.

(f) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem, permit dan
sebagainya
Merujuk kepada bayaran pendaftaran perniagaan untuk hak milik
perseorangan dan perkongsian yang dikutip oleh Pendaftar Perniagaan, duti
setem untuk dokumen perjanjian / kontrak dan duti hiburan untuk aktiviti
perniagaan hiburan. Ia termasuk juga bayaran pendaftaran untuk syarikat dan
koperasi.

Perkara 8.18 Kos barangan / bahan yang dijual (barangan / bahan bukan pertanian yang
dibeli untuk dijual semula tanpa melalui proses selanjutnya)
Merujuk kepada semua pembayaran ke atas pembelian barangan / bahan bukan
pertanian yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui apa-apa proses
selanjutnya. Pembayaran ini tidak termasuk bayaran kos pengangkutan.

Perkara 8.19 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Sila rujuk kepada perkara 7.12 di Soalan 7.


28

Perkara 8.20 Kerugian dari jualan / penilaian semula harta dan stok induk / baka
Merujuk kepada kerugian daripada jualan atau penilaian semula harta dan stok
induk / baka, seperti menjual sebuah premis dengan harga yang lebih rendah dari
harga belian. Nilai kerugian hendaklah dilaporkan di sini.

Perkara 8.21 Hutang lapuk dihapuskan
Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

Perkara 8.22 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan
sebagainya
Merujuk kepada pemberian yang dilakukan oleh satu institusi kepada institusi lain
tanpa menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan,
perkhidmatan atau aset.

Perkara 8.23 Perbelanjaan lain
Sila laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan di bawah perbelanjaan lain
yang tidak dapat dikelaskan dalam mana-mana perkara 8.1 hingga perkara 8.22.

Perkara 8.24 Kos pekerjaan
Maklumat kos pekerjaan adalah merujuk kepada perkara a hingga g. Kos
pekerjaan adalah bermaksud upah yang dibayar dalam bentuk tunai atau manfaat
kepada pekerja / kakitangan atas tugas yang dilaksanakan dalam tempoh rujukan.

(a) Gaji & upah dibayar
Laporkan semua bayaran gaji & upah termasuk elaun, bonus, komisen, dan
bayaran lebih masa. Masukkan juga bayaran yang dibuat kepada pengarah
yang bekerja. Laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat di sepanjang
tahun takwin dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya pada tempoh gaji
terakhir tahun rujukan. Jumlah bayaran yang dibuat kepada kontraktor-
kontraktor buruh seperti yang dilaporkan di dalam perkara 5.3.6 soalan 5A dan
5B hendaklah juga dimasukkan dalam perkara ini.

(b) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian
Bayaran yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada pekerja apabila
mereka bersara atau dihentikan kerja.

(c) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja bergaji

Rawatan perubatan percuma
Laporkan nilai yang dibayar kepada pekerja / kakitangan untuk rawatan
perubatan termasuk subsidi.

Lain-lain seperti makanan percuma, tempat tinggal percuma dan
sebagainya
Laporkan nilai yang dibayar ke atas makanan dan tempat tinggal yang
disediakan secara percuma untuk kakitangan / pekerja. Nilai ini juga
termasuk nilai subsidi.


29

(d) Caruman majikan kepada:
Bayaran yang dibuat oleh majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Pertubuhan Keselamatan Sosial, pencen dan kebajikan untuk manfaat
pekerjanya. Kumpulan wang pencen ialah satu skim atau persediaan untuk
memberi pencen dan / atau manfaat lain untuk ahli yang meninggalkan
perkhidmatan atau bersara dan selepas kematian seseorang ahli untuk mereka
di bawah tanggungannya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Merujuk kepada caruman majikan kepada KWSP.

Kumpulan wang simpanan lain
Merujuk kepada caruman yang dibuat kepada kumpulan wang simpanan
selain daripada yang ditubuhkan dan diuruskan oleh kerajaan, termasuk
untuk faedah pencen.

Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO)
Merujuk kepada caruman majikan ke atas PERKESO.

Skim keselamatan sosial persendirian (contoh insuran pampasan
pekerja)
Caruman majikan dibuat atas skim keselamatan sosial persendirian yang
bukan dikelolakan oleh kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah
Ini adalah merupakan bayaran yang dibuat ke atas pengarah bukan eksekutif
yang hanya hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah sahaja.

(f) Bayaran levi pekerja
Bayaran levi pekerja adalah bayaran yang dibayar oleh majikan yang
mengambil pekerja asing kepada kerajaan seperti pekerja di sektor
pembinaan, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

(g) Kos pekerja lain
Merujuk kepada kos lain yang tidak dinyatakan di atas seperti pengangkutan /
pakaian pekerja.

Perkara 8.25 Jumlah perbelanjaan
Merujuk kepada jumlah perbelanjaan dari perkara 8.1 hingga perkara 8.24

Perkara 8.26 Pindahan modal yang dibuat
Pindahan modal boleh dibahagikan kepada dua iaitu dalam bentuk benda dan
wang tunai. Ia merujuk kepada pindahan terhadap hak milik aset disebabkan
pembatalan hutang tanpa si pemiutang menerima sebarang pulangan yang setara.
Pindahan wang tunai pula merujuk kepada pindahan wang yang diterima daripada
pelupusan / penjualan harta.

30

Perkara 8.27 Perbelanjaan pajakan kewangan
Ia adalah bayaran yang diuruskan melalui pajakan kewangan. Sesuatu pajakan
kewangan ialah kontrak di antara pemajak dan pemberi pajak di mana pemberi
pajak membeli harta untuk kegunaan pemajak dan pemajak berkontrak membayar
bayaran sewa-beli supaya pemberi pajak boleh mendapat balik semua kos
termasuk faedah dalam tempoh kontrak yang ditetapkan. Pajakan kewangan boleh
dibezakan dengan semua risiko dan pulangan pemilikan adalah de-facto, dipindah
daripada pemilik sah barangan (pemberi pajak) kepada pengguna barangan itu
(pemajak).

Perkara 8.28 Dividen yang perlu dibayar
Merujuk kepada pendapatan daripada pemilikan saham dan dibayar kepada
pemegang saham. Semua dividen yang direkodkan dalam penyata akaun pada
tarikh penutup, sama ada yang akan dibayar atau telah dibayar pada tahun rujukan
hendaklah dimasukkan.

Perkara 8.29 Cukai langsung (contoh cukai syarikat) yang telah dibayar atau perlu dibayar
Cukai yang telah dibayar dan perlu dibayar oleh pihak tuan kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri seperti cukai syarikat bagi pertubuhan yang berdaftar sebagai
Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad dan cukai pendapatan yang perlu
dibayar bagi Pemilik Individu yang bekerja dan Rakan niaga yang aktif pada tahun
rujukan.

Perkara 8.30 Jumlah besar
Merujuk kepada semua perbelanjaan daripada perkara 8.25 hingga perkara 8.29

Perkara 8.31 e-Dagang
Merujuk kepada transaksi perdagangan sebarang jenis barangan dan
perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian. Ia bermakna membeli dan menjual
barangan dan perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian terbuka (contoh internet)
atau sesuatu rangkaian yang tertutup (contoh AOL). Ia termasuk barang keluaran
fizikal (barangan perkakasan) seperti bekalan pejabat, dan barangan digital
(barangan perisian) seperti perisian pendidikan. Perdagangan pertukaran mata
wang asing, niaga hadapan, derivatif dan alat perdagangan kewangan lain
dikecualikan.

Soalan 9: Nilai Stok

Nilai stok yang dimiliki oleh pertubuhan hendaklah dilaporkan pada permulaan dan akhir tahun
rujukan.

(a) Bahan langsung perikanan, pembakar, bekalan dan bahan pembungkus
Meliputi semua bahan komponen dan sebagainya yang digunakan dalam keluaran, seperti bahan
pembakar, bekalan pembaikan dan penyelenggaraan, bekalan pejabat, pembungkus dan
bekalan lain. Sementara itu bahan yang telah dibekalkan oleh pertubuhan kepada pihak lain bagi
sesuatu kerja memproses hendaklah dimasukkan. Manakala bahan yang diterima oleh
pertubuhan tersebut daripada pertubuhan lain untuk diproses hendaklah diasingkan. Nilai stok
atau bahan yang digunakan untuk pengeluaran harta tetap, jika ada hendaklah dimasukkan.

31

(b) Stok hasil ternakan (tidak termasuk stok induk / baka)
Merujuk kepada stok hasil ternakan pada tahun rujukan tidak termasuk stok induk/ baka.

(c) Barangan dalam proses dan stok barangan siap (pembuatan sendiri)
Barangan dalam proses merujuk kepada nilai barang yang sebahagiannya diproses oleh kilang.
Dalam erti kata lain, barang separa siap termasuk kerja-kerja yang sedang dijalankan meliputi
bahan dalam proses pengeluaran tetapi masih memerlukan proses selanjutnya.
Stok barangan siap merujuk kepada barang siap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini. Barang
siap yang dibuat oleh pertubuhan lain daripada bahan mentah yang dibekalkan oleh pertubuhan
ini hendaklah dimasukkan walaupun masih dipegang oleh pertubuhan lain. Barang siap yang
diproses daripada bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan lain hendaklah dikecualikan walaupun
dipegang oleh pertubuhan ini.

(d) Barangan yang dibeli untuk dijual semula (stok untuk barangan ternakan dan bukan
ternakan)
Laporkan nilai stok barang yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula.

(e) Jumlah
Merujuk kepada jumlah nilai perkara (a) hingga perkara (d).

Soalan 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai
Laporkan nilai keuntungan / kerugian sebelum cukai yang dicatatkan oleh pertubuhan bagi tahun
semasa dan tahun sebelumnya.

Soalan 11: Bilangan Ternakan Dan Stok Induk / Baka Seperti Pada 31 Disember 2010
Sila laporkan bilangan stok induk / baka ternakan dan jumlah keseluruhan ternakan. Sekiranya jenis
ternakan tidak terdapat dalam senarai, sila senaraikan diruang yang telah disediakan. Jumlah ini
perlu diasingkan mengikut stok induk / baka matang dan belum matang.

Soalan 12: Pendapatan Daripada Aktiviti Pertanian Lain Dalam Tahun 2010
Sila senaraikan jenis aktiviti pertanian lain yang dijalankan oleh pertubuhan ini. Sekiranya terdapat
transaksi jualan dalam tahun rujukan, sila laporkan kuantiti yang dijual dan nilai jualan dalam Ringgit
Malaysia.

Soalan 13A: Pengeluaran Dan Jualan Mengikut Jenis Ternakan
Soalan ini berkaitan dengan pengeluaran dan jualan mengikut jenis ternakan. Sila senaraikan jenis
ternakan sekiranya tidak terdapat dalam senarai yang diberikan. Sila rujuk kod sistem ternakan yang
diberikan bagi setiap jenis ternakan. Laporkan jumlah ternakan (tidak termasuk stok induk / baka).
Sekiranya terdapat transaksi jualan dalam tahun rujukan, nyatakan bilangan, berat (tan metrik)
dan nilai jualan. Catatkan peratusan eksport dari nilai jualan bagi tahun rujukan 2010 dan seterusnya
laporkan nilai kerugian / kerosakan yang dilapor oleh pertubuhan. Nilai stok yang dimiliki pada awal
dan akhir tahun perlu dilaporkan juga.

Contoh sistem ternakan :
Kod Sistem Ternakan

1 Fidlot
2 Padang ragut / ladang
3 Integrasi
32

4 Tradisional / lepas bebas
5 Kandang
6 Reban tertutup
7 Reban terbuka
8 Lain-lain

Soalan 13B: Pengeluaran Dan Jualan Mengikut Jenis Hasil Ternakan
Soalan ini berkaitan dengan pengeluaran dan jualan mengikut jenis hasil ternakan. Sila senaraikan
jenis hasil ternakan sekiranya tidak terdapat dalam senarai yang diberikan. Laporkan hasil jumlah
ternakan (tidak termasuk stok induk / baka). Sekiranya terdapat transaksi jualan dalam tahun
rujukan, nyatakan kuantiti dan nilai jualan. Catatkan peratusan eksport dari nilai jualan bagi tahun
rujukan 2010 dan seterusnya laporkan nilai kerugian / kerosakan yang dilapor oleh pertubuhan. Nilai
stok yang dimiliki pada awal dan akhir tahun perlu dilaporkan juga.

Soalan 14: Kos Bahan Langsung Yang Digunakan
(a) Laporkan kos bahan yang digunakan secara langsung sama ada dalam negeri atau diimport
dalam proses pengeluaran hasil pertanian pada tahun rujukan. Laporkan semua bahan
langsung mengikut unit yang digunakan. Bahan langsung yang tidak disenaraikan dilaporkan
di bawah nilai bahan lain yang digunakan. Nilai bahan lain ini tidak boleh melebihi 10%
daripada jumlah kos bahan langsung yang digunakan.

(b) Bahan-bahan yang dibeli untuk dijual semula tidak perlu dimasukkan.

(c) Bahan-bahan yang digunakan untuk pengeluaran harta tetap bagi kegunaan pihak sendiri
hendaklah dimasukkan.
(d) Nilai bahan yang digunakan hendaklah kos barang-barang yang dibeli oleh pertubuhan
tolak diskaun dan pulangan iaitu hendaklah termasuk stok awal tolak stok akhir, bayaran
pengangkutan, cukai dan duti yang dibayar ke atas bahan-bahan dan bayaran insurans. Kos
ini meliputi keseluruhan perbelanjaan bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti
ternakan.

(e) Semua butir yang dilaporkan dalam soalan ini hendaklah berkaitan dengan bahan-bahan dan
bekalan yang digunakan sepanjang tahun rujukan. Bahan-bahan yang dibeli pada tahun
rujukan atau sebelumnya tetapi tidak digunakan hendaklah diasingkan.

(f) Sila laporkan peratus kos bahan langsung yang digunakan bagi stok induk / baka ternakan
yang belum matang.

Soalan 15: Butiran Kerja Yang Disubkontrakkan
Sila senaraikan semua kontrktor yang dilantik oleh pertubuhan tuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
ternakan pada tahun rujukan. Maklumat yang perlu dimasukkan adalah nombor pendaftaran syarikat,
nama syarikat / kontraktor, alamat penuh, nombor telefon, jenis kerja dan nilai kontrak.

Soalan 16: Maklumat Tambahan Ke atas Ibu Pejabat / Cawangan
Sekiranya pertubuhan ini merupakan Ibu Pejabat, sila laporkan bilangan cawangan mengikut negeri
beserta dengan nilai jualan cawangan tersebut. Bagi pertubuhan / syarikat yang mempunyai akaun
disatukan, sila anggarkan nilai jualan mengikut negeri.


33

PANDUAN BAGI SEKSYEN

Seksyen A - Kemudahan Pembiayaan
Sila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untuk
memperolehi pinjaman.

Seksyen B - Inovasi
Sila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh contoh, ISO, HACCP dan sebagainya.

Seksyen C- Pemasaran dan Promosi
Sila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan, risalah
dan sebagainya.

Seksyen D - Import dan Eksport
Sila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.

Seksyen E - Penggunaan ICT
Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.

Seksyen F - Pematuhan Alam Sekitar
Sila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan tuan dalam
tempoh laporan.

You might also like