Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

(a) EJAAN

1. Penulisan Kata Berimbuhan
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
mengabungkan Kata dasar ialah gabung yang telah diberi imbuhan apitan meN-...-kan,
tidak boleh digugurkan satu daripada huruf g apabila awalan meng-
digunakan.
menggabungkan
mengelakan Kata dasar ialah elak yang telah diberi imbuhan apitan meN-...-kan, tidak
boleh digugurkan huruf k apabila kata dasar yang berakhir dengan huruf
k menerima apitan yang berakhir -kan.
mengelakkan
kebanyakkan Kata dasar ialah banyak yang telah diberi imbuhan apitan kata nama ke-
...-an, tiada imbuhan apitan kata nama ke-...-kan.
kebanyakan
pertunjukkan Kata dasar ialah tunjuk yang telah diberi imbuhan apitan kata nama peR-
...-an, tiada imbuhan apitan kata nama peR-...-kan.
pertunjukan
penggunan Kata dasar ialah guna yang telah menerima imbuhan apitan peN-...-an,
tidak boleh digugurkan huruf a apabila kata dasar yang berakhir dengan
huruf a menerima apitan berakhirna -an.
penggunaan
mengategorikan Kata dasar ialah kategori ialah kata pinjaman bahasa asing. Huruf
konsonan pertama kata dasar tidak berubah bentuk sengau setelah menerima
imbuhan apitan meN-...-kan.
mengkategorikan
mempaparkan Kata dasar papar ialah kata asli bahasa Melayu. Huruf konsonan pertama
perkataan digugurkan dan diganti oleh bentuk sengau yang dilafazkan di
tempat yang sama daerah sebutan dengan bunyi pertama dalam kata dasar
iaitu huruf m.
Memaparkan
ketidak adilan Kata dasar iaitu frasa tidak adil perlu ditulis bercantum setelah diberi
imbuhan apitan ke-...-an.
ketidakadilan
di minta Imbuhan awalan di perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. diminta
ke dua puluh Imbuhan awalan ke perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. kedua puluh
se tanding Imbuhan awalan se perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. setanding

2. Penulisan Kata Majmuk
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
kerja sama kerja sama ialah kata majmuk berbentuk mantap, jadi dua kata dasarnya
harus ditulis bercantum.
kerjasama
ambilalih ambilalih ialah kata majmuk bukan berbentuk mantap, jadi dua kata
dasarnya harus ditulis terpisah.
ambil alih
penguat kuasaan Kata dasar kuat kuasa iaitu kata majmuk bukan berbentuk mantap harus
ditulis bercantum setelah menerima imbuhan apitan peN-...-an.
penguatkuasaan
mengulangkaji Kata dasar ulang kaji ialah kata majmuk bukan berbentuk mantap, jadi
harus ditulis terpisah setelah menerima imbuhan awalan meN-.
mengulang kaji
bertanggung jawab Kata dasar tanggungjawab ialah kata majmuk berbentuk mantap, jadi tetap
ditulis bercantum setelah menerima imbuhan awalan beR-.
bertanggungjawab
dicampur adukkan Kata dasar campur aduk iaitu kata majmuk bukan berbentuk mantap harus
ditulis bercantum setelah menerima imbuhan apitan di-...-kan.
dicampuradukkan
jalan raya-jalan raya Jalan raya bukan kata majmuk benbentuk mantap, hanya kata dasar
pertama sahaja diulang untuk membentuk kata ganda.
jalan-jalan raya
kaki-kaki minum Kaki minum ialah kata majmuk kiasan, seluruh kata majmuk itu perlu kaki minum-kaki
diulang untuk membentuk kata ganda. minum
setia-setiausaha setiausaha ialah kata majmuk berbentuk mantap, seluruh kata majmuk itu
perlu diulang untuk membentuk kata ganda.
setiausaha-setiausaha

3. Penulisan Kata Ganda
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
saudara mara Kata ganda harus ditulis dengan membubuh tanda sempang (-) di antara dua
kata dasar.
saudara-mara
bergotong royong Kata dasar gotong-royong ialah kata ganda, jadi perlu dibubuh tanda
sempang (-) setelah menerima imbuhan awalan beR-
bergotong-royong
tolong menolong Kata terbitan yang kata dasarnya tolong diulang/ digandakan di bahagian
hadapan perlu dibubuh tanda sempang (-) di antara bahagian-bahagian kata
yang diulang itu.
tolong-menolong
berlari lari Kata terbitan yang kata dasarnya lari diulang/ digandakan di bahagian
belakang perlu dibubuh tanda sempang (-) di antara bahagian-bahagian kata
yang diulang itu.
berlari-lari
mengasihi-mengasihi Penggandaan pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata
dasar utama kasih dan tidak melibatkan imbuhan.
kasih-mengasihi
mencuri-mencuri Penggandaan pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata
dasar utama curi dan tidak melibatkan imbuhan.
mencuri-curi
memporakperandakan Kata dasar porak peranda ialah kata ganda dan harus ditulis dengan
menggunakan tanda sempang (-) setelah menerima imbuhan apitan meN-...-
kan.
memporak-perandakan
mengata-kata Sekiranya kata dasar yang mengalami peluluhan huruf pertama pada
perkataan yang diberikan imbuhan, bahagian kata yang digandakan juga
mengalami peluluhan
mengata-ngata
mengurut-ngurut Sekiranya kata dasar tidak mengalami peluluhan huruf pertama pada
perkataan yang diberikan imbuhan, bahagian kata yang digandakan juga
tidak mengalami peluluhan
mengurut-urut

4. Penulisan Kata Sendi Nama di dan ke
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
ditepi Kata sendi nama di harus ditulis terpisah daripada kata arah yang
mengikutinya.
di tepi
keatas Kata sendi nama ke harus ditulis secara terpisah daripada kata arah yang
mengikutinya.
ke atas
disekolah Kata sendin nama di harus ditulis secara terpisah daripada kata nama/ frasa
nama yang mengikutinya.
di sekolah
kepasar Kata sendi nama ke harus ditulis secara terpisah daripada kata nama/frasa
nama yang mengikutinya.
ke pasar


5. Penulisan Kata Ganti Nama Singkat
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
kau tulis Kata ganti nama singkat kau yang berfungsi sebagai awalan penanda pasif
harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.
kautulis
buku ku Kata ganti nama singkat ku sebagai akhiran harus ditulis serangkai dengan
kata yang mendahuluinya.
bukuku


6. Penulisan Partikel (kah, lah, tah)
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
siapa kah Partikel kah harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang
mendahuluinya.
siapakah
tolong lah Partikel lah harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya. tolonglah
bagaimana pun Sebagai partikel penegas, kata pun harus ditulis serangkai dengan kata
yang mendahuluinya kerana telah mantap.
bagaimanapun
kalaupun Sebagai partikel penegas, kata pun tidak boleh ditulis serangkai dengan
kata yang mendahuluinya kerana belum mantap.
kalau pun

7. Penulisan Kata Pinjaman
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
ejenda Huruf g yang disebut sebagai [j] dalam kata bahasa Inggeris diterima dan
ditulis sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu.
agenda
agen Perkataan bahasa Inggeris yang mengandungi huruf g yang diucapkan
sebagai [j] menurut sebutan bahasa Inggeris dikekalkan sebagai huruf j
dalam bahasa Melayu.
ajen
calun Penulisan kata pinjaman dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. calon



(b) TANDA BACA

1. Penulisan Huruf Besar
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
malaysia Huruf pertama kata nama khas tempat harus ditulis dengan huruf besar. Malaysia
jabatan kerja raya Huruf pertama kata nama khas institusi harus ditulis dengan huruf besar. Jabatan Kerja Raya
Masalah pencemaran
Bahasa semakin
ketara
Huruf pertama kata nama am tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Masalah pencemaran
bahasa semakin ketara
Radio Dan Televisyen
Malaysia
Huruf pertama kata hubung dan dalam kata nama khas tidak perlu ditulis
dengan huruf besar.
Radio dan Televisyen
Malaysia
Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu
Huruf pertama setiap kata nama khas institusi termasuk dalam bentuk kata
ganda perlu ditulis dengan huruf besar.
Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu.
Dia berbangsa cina Huruf pertama kata nama khas bangsa perlu ditulis dengan huruf besar. Dia berbangsa Cina.
Pada minggu lepas,
datuk Abdul Kadir
telah melawat
kawasan rancangan
itu.
Huruf pertama kata nama gelaran perlu ditulis dengan huruf besar. Pada minggu lepas,
Datuk Abdul Kadir
telah melawat kawasan
rancangan itu.
pulau rahsia ialah
sebuah buku cerita
Huruf pertama setiap kata bagi kata nama khas buku perlu ditulis dengan
huruf besar.
Pulau Rahsia ialah
sebuah buku cerita
Ya allah, berikanlah
rezeki ke atas diri
hamba
Huruf pertama kata nama kebenaran Tuhan perlu ditulis dengan huruf besar. Ya Allah, berikanlah
rezeki ke atas diri
hamba




2. Penggunaan Tanda Noktah (.)
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Allahyarham P Ramlee Tanda noktah perlu ada pada kependekan nama. Allahyarham P. Ramlee
En Kassim Tanda noktah perlu ada pada singkatan gelaran/ panggilan. En. Kassim
Prof Hassan Tanda noktah perlu ada pada singkatan gelaran jawatan. Prof. Hassan
Mohd Abdullah Tanda noktah perlu ada pada kependekan nama. Mohd. Abdullah

3. Penggunaan Tanda Sempang (-)
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
dwi-bahasa Imbuhan dwi harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang
mengikutinya tanpa menggunakan tanda sempang (-).
dwibahasa
seMalaysia Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan se
dengan kata nama khas yang mengikutinya.
Se-Malaysia
antiAmerika Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan anti
dengan kata nama khas yang mengikutinya.
anti-Amerika
anti komunis Imbuhan awalan anti harus ditulis serangkai dengan kata nama am. antikomunis
abad ke20 Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan ke-
dengan angka yang mengikutinya.
abad ke-20
tahun 90an Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan angka yang
menunjukkan tahun dengan akhiran -an yang mengikutinya.
tahun 90-an
kurniaNya Tanda sempang (-) harus digunakan untuk merangkaikan kata ganti nama
singkatan Nya bagi merujuk Tuhan dengan kata yang mendahuluinya.
kurnia-Nya
buku-nya Kata ganti nama singkatan -nya sebagai akhiran harus ditulis serangkai
dengan kata yang mendahuluinya tanpa menggunakan tanda sempang (-).
Bukunya
maklum-balas Kata majmuk maklum balas tidak perlu ditulis dengan tanda sempang (-)
di antara dua kata dasarnya.
maklum balas
ibu-bapa ibu bapa ialah frasa nama, tidak perlu ditulis dengan tanda sempang (-) di
antara dua kata dasarnya.
ibu bapa



4. Penggunaan Tanda Koma
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Dasar-dasar kerajaan iaitu
Dasar Penswastaan
meningkatkan ekonomi
negara.
Tanda koma perlu ada sebelum keterangan
tambahan di akhir ayat yang bermula dengan
iaitu.
Dasar-dasar kerajaan, iaitu
Dasar Penswastaan
meningkatkan ekonomi
negara.
Oleh itu rakyat harus
bekerjasama untuk
mengatasi masalah inflasi.
Tanda koma perlu ada selepas penanda
wacana oleh itu.
Oleh itu, rakyat harus
bekerjasama untuk
mengatasi masalah inflasi.
Dia pelajar di USM bukan
di UKM
Tanda koma perlu ada sebelum keterangan
tambahan di akhir ayat yang membawa unsur
penafian.
Dia pelajar di USM, bukan
di UKM
Sekiranya saya lapang
saya akan datang ke
rumah awak
Tanda koma perlu ada selepas klausa
keterangan dalam ayat songsang.
Sekiranya saya lapang, saya
akan datang ke rumah awak
Adik ke sekolah ayah ke
pejabat
Tanda koma perlu ada untuk memisahkan
dua ayat setara yang digabungkan dalam satu
ayat.
Adik ke sekolah, ayah ke
pejabat
Emak membeli sayur ikan
dan buah-buahan
Tanda koma perlu digunakan untuk
memisahkan dua unsur atau lebih yang
berurutan dalam ayat gabungan.
Emak membeli sayur, ikan,
dan buah-buahan.




(c) KOSA KATA

1. Penggunaan Kata Ganti Nama
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Kasut ini mahal kerana ia
diimport dari England.
Kata ganti nama diri orang
ketiga ia tidak boleh
digunakan untuk merujuk benda.
Kasut ini mahal kerana kasut ini
diimport dari England.
Beruk ini jinak betul kerana ia
dipelihara sejak kecil.
Kata ganti nama diri orang
ketiga ia tidak boleh
digunakan untuk merujuk
haiwan.
Beruk ini jinak betul kerana beruk
ini dipelihara sejak kecil.
Semangat kejiranan harus
dipupuk dalam masyarakat
supaya ia terus diamalkan oleh
generasi akan datang.
Kata ganti nama diri orang
ketiga ia tidak boleh
digunakan untuk merujuk
konsep.
Semangat kejiranan harus dipupuk
dalam masyarakat supaya semangat
ini terus diamalkan oleh generasi
akan datang.
Perompak itu telah ditangkap dan
beliau akan dihadap ke
mahkamah.
Kata ganti nama diri ketiga
beliau yang merujuk orang
yang dihormati tidak sesuai
digunakan dalam konteks ayat
ini.
Perompak itu telah ditangkap dan
dia akan dihadap ke mahkamah.
Perdana Menteri tiba pada jam
10.00 pagi. Dia terus merasmikan
bangunan itu.
Kata ganti nama diri orang
ketiga dia tidak sesuai
digunakan untuk merujuk orang
yang dihormati.
Perdana Menteri tiba pada jam
10.00 pagi. Beliau terus
merasmikan bangunan itu.
Jika tidak dirawat dengan segera,
ianya akan lumpuh.
Kata ganti nama ia dan nya
tidak boleh digabungkan
menjadi ianya.
Jika tidak dirawat dengan segera, ia
akan lumpuh.



2. Penggunaan Kata Pemeri
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Bapanya adalah guru. Kata pemeri adalah tidak boleh
hadir di depan frasa nama.
Bapanya ialah guru.
Hadiah itu ialah untuk ibu. Kata pemeri ialah tidak boleh
hadir di depan frasa sendi nama.
Hadiah itu adalah untuk ibu.
Rumah itu ialah sangat besar. Kata pemeri ialah tidak boleh
hadir di depan frasa adjektif.
Rumah itu adalah sangat besar.
Pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk
menyertai aktiviti kokurikulum.
Kata pemeri adalah tidak boleh
hadir di depan frasa kerja pasif.
Pelajar-pelajar digalakkan untuk
menyertai aktiviti kokurikulum.
Salah satu langkah yang dijalankan
adalah mendirikan sekolah baru.
Kata pemeri adalah tidak boleh
hadir di depan frasa kerja aktif
Salah satu langkah yang dijalankan
adalah dengan mendirikan sekolah
baru.
Dia adalah bukan pegawai kerajaan. Kata pemeri adalah tidak boleh
hadir bersama dengan kata nafi
bukan dalam konteks ayat ini
yang tidak menunjukkan unsur
pertentangan maksud.
Dia bukan pegawai kerajaan.

3. Penggunaan Kata Nafi
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Bapanya bukan pergi ke sawah
pada hari ini.
Kata nafi bukan tidak boleh digunakan
untuk menafikan frasa kerja dalam konteks
ayat yang tidak mempunyai unsur
pertentangan fakta.
Bapanya tidak pergi ke
sawah pada hari ini.
Kenyataan ini bukan benar. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan
untuk menafikan frasa adjektif dalam
konteks ayat yang tidak mempunyai unsur
pertentangan fakta.
Kenyataan itu tidak benar.
Makanan itu tidak untuk dia. Kata nafi tidak tidak boleh digunakan
untuk menafikan frasa sendi nama.
Makanan itu bukan untuk
dia.
Projek itu tidak usaha saya. Kata nafi tidak tidak boleh digunakan
untuk menafikan frasa nama.
Projek itu bukan usaha
saya.

4. Penggunaan Kata Penguat
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Dia amat menentang fahaman
komunis.
Kata penguat tidak boleh hadir di hadapan
kata kerja yang kata dasarnya tidak terdiri
daripada kata adjektif yang menerangkan
perasaan.
Dia amat kuat menentang
fahaman komunis.



5. Penggunaan Kata Bantu
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Pelajar itu boleh mencapai
keputusan yang cemerlang
dalam STPM.
Kata bantu ragam boleh yang menyatakan
kebenaran/ keizinan tidak sesuai digunakan
dalam konteks ayat ini.
Pelajar itu dapat mencapai
keputusan yang cvemerlang
dalam STPM.
Jalan itu tidak dapat dilalui
kerana perintah berkurung.
Kata bantu ragam dapat yang menyatakan
keupayaan/ kesanggupan tidak sesuai
digunakan dalam konteks ayat ini.
Jalan itu tidak boleh dilalui
kerana perintah berkurung.
Peperangan mesti berlaku kalau
timbul perbalahan.
Kata bantu ragam mesti bermaksud pasti
tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat
ini.
Peperangan akan berlaku
kalau timbul perbalahan.


6. Penggunaan Kata Hubung
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Dia terkejut bila melihat
kejadian itu.
Kata bila ialah kata tanya, tidak boleh
digunakan sebagai kata hubung.
Dia terkejut apabila melihat
kejadian itu.
Amerika Syarikat menyerang
Iraq sebab Iraq menyerang
Kuwait.
Kata sebab ialah kata nama, tidak boleh
digunakan sebagai kata hubung. Jika
perkataan sebab hendak digunakan, kata itu
Amerika Syarikat
menyerang Iraq oleh sebab
Iraq menyerang Kuwait.
perlu didahului oleh kata sendi nama oleh.
Para belia lebih suka bekerja
daripada terus belajar kesan
daripada dasar itu.
Kata nama kesan tidak boleh digunakan
sebagai kata hubung. Jika perkataan kesan
hendak digunakan, kata itu perlu didahului
oleh kata sendi nama sebagai.
Para belia lebih suka
bekerja daripada terus
belajar sebagai kesan
daripada dasar itu.
Harga saham di BSKL merosot
akibat aktiviti jualan.
Kata nama akibat tidak boleh digunakan
sebagai kata hubung. Jika perkataan akibat
hendak digunakan, kata itu perlu didahului
oleh kata sendi nama sebagai.
Harga saham di BSKL
merosot sebagai akibat
aktiviti jualan.
Abangnya berperangai baik,
malahan adiknya berperangai
buruk.
Kata hubung malahan tidak boleh
digunakan untuk menggabungkan dua ayat
yang membawa unsur pertentangan fakta.
Abangnya berperangai
baik, tetapi adiknya
berperangai buruk.
Mesyuarat jawatankuasa itu
dibatalkan apabila pengerusi
tidak dapat hadir pada petang
itu.
Kata hubung apabila digunakan untuk
unsur keterangan waktu, sedangkan ayat ini
mempunyai unsur keterangan musabah.
Mesyuarat jawatankuasa itu
dibatalkan kerana
pengerusi tidak dapat hadir
pada petang itu.
Anda perlu berakhlak mulia
agar supaya anda dihormati
orang.
Penggunaan kata hubung agar dan supaya
yang mendukung makna yang sama secara
berurutan dalam ayat inin dianggap lewah.
Anda perlu berakhlak mulia
agar anda dihormati orang.
atau
Anda perlu berakhlak mulia
supaya anda dihormati
orang.
Jika sekiranya ada duit, saya
akan ke Tokyo.
Penggunaan kata hubung jika dan
sekiranya yang mendukung makna yang
sama secara berurutan dalam ayat ini
dianggap lewah.
Jika sekiranya ada duit,
saya akan ke Tokyo.
atau
Sekiranya ada duit, saya
akan ke Tokyo.
Dia menyatakan yang dia sakit. Kata hubung pancangan relatif yang tidak
boleh digunakan sebagai penanda dalam ayat
komplemen dalam bahasa tulisan.
Dia mengatakan bahawa
dia sakit.
Saya tidak tahu yang dia anak
hartawan.
Kata hubung pancangan relatif yang tidak
boleh digunakan sebagai penanda ayat
kompleman bahasa tulisan.
Saya tidak tahu bahawa dia
anak hartawan.

7. Penggunaan Kata Sendi Nama
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Dia berjalan kaki daripada Kota
Tinggi ke Johor Bahru.
Kata sendi nama daripada tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan tempat.
Dia berjalan kaki dari Kota
Tinggi ke Johor Bahru.
Saya menantinya daripada pukul
tiga petang.
Kata sendi nama daripada tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan masa.
Saya menantinya dari pukul
tiga petang.
Angin kencang itu datang daripada
utara
Kata sendi nama daripada tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan arah.
Angin kencang itu datang
dari utara
Rumah itu lebih besar dari rumah
ini.
Kata sendi nama dari tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan perbandingan.
Rumah itu lebih besar
daripada rumah ini.
Kain ini dibuat dari sutera. Kata sendi nama dari tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan asal kejadian.
Kain ini dibuat daripada
sutera.
Surat itu saya terima dari ibu saya. Kata sendi nama dari tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan manusia sebagai punca
datangnya sesuatu.
Surat itu saya terima
daripada ibu saya.
Kumpulan ini terdiri dari tiga orang
pelajar.
Kata sendi nama dari tidak boleh
digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menyatakan sumber atau asal.
Kumpulan ini terdiri
daripada tiga orang pelajar.
Surat itu dari Jabatan Pendidikan. Kata sendi nama dari tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan institusi yang ada kaitan dengan
manusia.
Surat itu daripada Jabatan
Pendidikan.
Banyak maklumat didapati dari
syarahannya.
Kata sendi nama dari tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan punca bagi manusia atau benda,
termasuk unsur mujarad.
Banyak maklumat didapati
daripada syarahannya.
Dia tidak bersekolah di hari ini. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan
di hadapan frasa nama yang menyatakan
masa.
Dia tidak bersekolah pada
hari ini.
Anjing itu ditambat di sebatang
pokok.
Kata sendi nama di tidak boleh digunakan
di hadapan frasa nama yang menyatakan
tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Anjing itu ditambat pada
sebatang pokok.
Buku itu ada dengan Cikgu Ahmad Kata sendi nama dengan tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan benda yang bernyawa apabila
didahului perkataan ada.
Buku itu ada pada Cikgu
Ahmad
Dalam pendapat saya, rancangan itu
kurang menarik.
Kata sendi nama dalam tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
merujuk sesuatu yang abstrak.
Pada pendapat saya,
rancangan itu kurang
menarik.
Ibu pergi kepada pasar dengan
menaiki bas.
Kata sendi nama kepada tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan tempat.
Ibu pergi ke pasar dengan
menaiki bas.
Pinggan itu dihempasnya kepada
lantai.
Kata sendi nama kepada tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan tempat.
Pinggan itu dihempasnya
ke lantai.
Ujian itu akan dijalankan dari
semasa kepada semasa.
Kata sendi nama kepada tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan masa.
Ujian itu akan dijalankan
dari semasa ke semasa.
Surat itu dihantar ke Pengarah
Pendidikan.
Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan
di hadapan frasa nama yang menyatakan
manusia.
Surat itu dihantar kepada
Pengarah Pendidikan.
Buku tersebut diserahkan ke
sekolah.
Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan
di hadapan frasa nama yang menyatakan
institusi yang ada kaitan dengan manusia.
Buku tersebut diserahkan
kepada sekolah.
Pelajar dibahagikan ke lima
kumpulan
Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan
di hadapan frasa nama yang menyatakan
pecahan atau agihan.
Pelajar dibahagikan kepada
lima kumpulan.
Perangainya berubah daripada jahat
ke baik.
Kata sendi nama daripada digunakan
secara berpadanan dengan kata sendi nama
kepada untuk menyatakan perubahan
tahap.
Perangainya berubah
daripada jahat kepada baik.
Saya tertarik dengan keindahan
lukisan itu.
Kata sendi nama dengan tidak boleh
digunakan selepas kata kerja pasif yang
Saya tertarik oleh
keindahan lukisan itu.
berimbuhan awalan di- atau ter-.
Lawatan ke Kuala Lumpur
dibatalkan oleh kerana tidak
mendapat kelulusan dariopada
pengetua.
Untuk membentuk frasa sendi nama, kata
sendi nama perlu diikuti oleh frasa nama.
Kata kerana ialah kata hubung, tidak boleh
digunakan selepas kata sendi nama oleh.
Lawatan ke Kuala Lumpur
dibatalkan oleh sebab tidak
mendapat kelulusan
dariopada pengetua.
atau
Lawatan ke Kuala Lumpur
dibatalkan kerana tidak
mendapat kelulusan
dariopada pengetua.
Pelajar itu risau dengan keputusan
peperiksaannya.
Kata sendi nama dengan tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama yang
menyatakan manusia selepas kata adjektif
yang bersifat emotif.
Pelajar itu risau akan
keputusan peperiksaannya.
Dia takutkan hantu. Kata sendi namaakan tidak boleh
disingkatkan menjadi akhiran -kan dan
digabungkan dengan kata adjektif
sebelumnya dalamn penulisan bahasa
formal.
Dia takut akan hantu.
Kerajaan sentiasa memberi
perhatian terhadap kesejahteraan
rakyat.
Kata sendin nama terhadap tidak boleh
digunakan di hadapan frasa nama untuk
menyatakan unsur yang membawa maksud
rujukan umum atau mujarad.
Kerajaan sentiasa memberi
perhatian tentang
kesejahteraan rakyat.
Mereka berbincang mengenai
masalah kemiskinan.
Kata mengenai ialah kata kerja yang
membawa maksud tepat pada sasaran, tidak
boleh digunakan untuk menggantikan kata
sendi nama tentang.
Mereka berbincang tentang
masalah kemiskinan.
Perhimpunan itu diadakan dalam
dewan.
Kata sendi nama di perlu digunakan di
hadapan kata nama arah untuk menunjukkan
tempat yang mempunyai ruang fizikal yang
nyata dan konkrit.
Perhimpunan itu diadakan
di dalam dewan.
Kita perlu fasih bertutur di dalam
bahasa Inggeris.
Penggunaan kata dalam sebagai kata sendi
nama di hadpan frasa nama yang
menyatakan tempat yang tidak mempunyai
ruang dan jarak tidak boleh didahului oleh
kata sendi nama di.
Kita perlu fasih bertutur
dalam bahasa Inggeris.
Perkara itu telah dibincangkan di
dalam mesyuarat itu.
Penggunaan kata dalam sebagai kata sendi
nama di hadapan frasa nama yang
menyatakan tempat yang tidak mempunyai
ruang dan jarak tidak boleh didahului oleh
kata sendi nama di.
Perkara itu telah
dibincangkan dalam
mesyuarat itu.
Kalim duduk antara Farid dan
Lokman.
Kata sendi nama di perlu digunakan di
hadapan kata nama arah untuk menyatakan
kedudukan yang mempunyai ruang fizikal
dan jarak yang nyata dan konkrit.
Kalim duduk di antara
Farid dan Lokman.
Di antara mereka berdua, Ali yang
lebih bijak.
Penggunaan kata antara sebagai kata sendi
nama di hadapan frasa nama untuk
menyatakan perbandingan tidak perlu
didahului oleh kata sendi nama di.
Antara mereka berdua, Ali
yang lebih bijak.
Sejarah adalah di antara mata
pelajaran yang diminatinya.
Penggunaan kata antara sebagai kata sendi
nama di hadapan frasa nama yang
menyatakan tempat yang tidak mempunyai
Sejarah adalah antara mata
pelajaran yang diminatinya.
ruang dan jarak tidak perlu didahului oleh
kata sendi nama di.
Perundingan damai di antara
Palestin dan Israel itu tidak berjaya.
Penggunaan kata antara sebagai kata sendi
nama di hadapan frasa nama yang
menyatakan tempat yang tidak mempunyai
ruang dan jarak tidak perlu didahului oleh
kata sendi nama di.
Perundingan damai antara
Palestin dan Israel itu tidak
berjaya.
Mak Jah telah meninggalkan tiga
ekor tanah bagi anaknya.
Penggunaan kata sendi nama untuk tidak
boleh bertukar ganti dengan kata sendi nama
bagi untuk menyatakan maksud bahagian
yang ditentukan atau diperuntukkan.
Mak Jah telah
meninggalkan tiga ekor
tanah untuk anaknya.
Kita perlu berusaha demi untuk
masa depan yang cemerlang.
Kata sendi nama demi dan untuk secara
berurutan dalam ayat ini dianggap lewah
kerana demi sudah membawa maksud
tujuan.
Kita perlu berusaha demi
masa depan yang
cemerlang.
Sejak dari pagi tadi, dia di dalam
hutan.
Kata sendi nama sejak dan dari yang
mendukung maksud yang sama secara
berurutan dalam ayat ini dianggap lewah.
Sejak pagi tadi, dia di
dalam hutan.
atau
Dari pagi tadi, dia di dalam
hutan.
Jabatan Bekalan Air Selangor
memohon maaf di atas kesulitan ini.
Penggunaan atas sebagai kata sendi nama
di hadapan kata nama/ frasa nama untuk
menyatakan maksud sebab tidak perlu
didahului oleh kata sendi nama di.
Jabatan Bekalan Air
Selangor memohon maaf
atas kesulitan ini.
Letakkan bungkusan itu atas meja. Kata sendi nama di perlu digunakan di
hadapan kata nama arah untuk menunjukkan
tempat yang mempunyai ruang fizikal yang
nyata dan konkrit.
Letakkan bungkusan itu di
atas meja.
Pegawai keselamatan menjalankan
pemeriksaan ke atas setiap
kenderaan yang memasuki kawasan
itu.
Penggunaan atas sebagai kata sendi nama
di hadapan frasa nama untuk menyatakan
maksud terhadap tidak perlu didahului oleh
kata sendi nama ke.
Pegawai keselamatan
menjalankan pemeriksaan
atas setiap kenderaan yang
memasuki kawasan itu.
Pelajar-pelajar yang ibu bapanya
berpendapatan seribu atas tidak
layak untuk mendapat buku
pinjaman kerajaan.
Penggunaan atas sebagai kata sendi nama
di hadapan frasa nama untuk menyatakan
maksud lebih daripada itu perlu didahului
oleh kata sendi nama ke.
Pelajar-pelajar yang ibu
bapanya berpendapatan
seribu ke atas tidak layak
untuk mendapat buku
pinjaman kerajaan.


8. Penggunaan Kata Bilangan
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Saya bersenam tiap pagi. Kata bilangan pisahan tiaptiap tidak boleh
disingkatkan menjadi tiap.
Saya bersenam tiap-tiap
pagi.
Remaja menghadapi
berbagai masalah.
Kata bilangan himpunan berbagai-bagai
tidak boleh disingkatkan menjadi berbagai.
Remaja menghadapi
berbagai-bagai masalah.
Kedua orang banduan itu
telah berjaya diberkas.
Kata bilangan himpunan keduadua tidak
boleh disingkatkan menjadi kedua yang
merupakan kata bilangan ordinal (tingkat),
tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat
ini.
Kedua-dua orang banduan
itu telah berjaya diberkas.
Para-para peserta Kata bilangan tidak tentu para yang Para peserta dikehendaki
dikehendaki melaporkan
diri.
bermaksud semua tidak boleh diulang
manjdi parapara yang bermaksud rak.
melaporkan diri.
Setengah orang tidak suka
akan kucing.
Kata bilangan tidak tentu setengah-
setengah tidak boleh disingkatkan menjadi
kata bilangan pecahan setengah yang
bermaksud separuh kerana tidak sesuai
digunakan dalam konteks ayat ini.
Setengah-setengah
(sesetangah) orang tidak
suka akan kucing.

9. Penggunaan Pen jodoh Bilangan
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
sebahagian orang penduduk Kata bilangan tidak tentu sebahagian tidak
perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.
Sebahagian penduduk
seluruh buah negeri Kata bilangan tidak tentu seluruh tidak
perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.
seluruh negeri
semua orang gadis Kata bilangan tidak tentu semua tidak perlu
diikuti oleh penjodoh bilangan.
semua gadis
para orang pelajar Kata bilangan tidak tentu para tidak perlu
diikuti oleh penjodoh bilangan.
para pelajar
segala ekor binatang Kata bilangan tidak tentu segala tidak perlu
diikuti oleh penjodoh bilangan.
segala binatang
setengah-setengah orang peserta Kata bilangan tidak tentu setengah-
setengah tidak perlu diikuti oleh penjodoh
bilangan.
setengah-setengah peserta
setiap orang warganegara Kata bilangan tidak pisahan setiap tidak
perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.
setiap warganegara
Perpaduan perlu dipupuk dalam
sebuah masyarakat.
Penjodoh biolangan tidak diperlukan untuk
menghitung kata nama abstrak.
Perpaduan perlu dipupuk
dalam masyarakat.
Dia harus bertindak segera
untuk mencapai sebuah
impiannya.
Penjodoh biolangan tidak diperlukan untuk
menghitung kata nama abstrak.
Dia harus bertindak segera
untuk mencapai impiannya.
Ahli sukan itu mempunyai
sebuah cita-cita untuk
mengharumkan nama negara.
Penjodoh biolangan tidak diperlukan untuk
menghitung kata nama abstrak.
Ahli sukan itu mempunyai
cita-cita untuk
mengharumkan nama
negara.



10. Penggunaan Kata
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Seekor kupu hinggap di tangkai
bunga.
kupu-kupu yang merujuk sejenis serangga
ialah kata ganda semu, tidak boleh
disingkatkan menjadi kupu.
Seekor kupu-kupu hinggap
di tangkai bunga.
Kanak gemar bermain layang-
layang.
kanak-kanak yang bermaksud budak lelaki
ataun perempuan yang masih kecil ialah kata
ganda semu, tidak boleh disingkatkan
menjadi kanak.
Kanak-kanak gemar
bermain layang-layang.
Pendapat nelayan merosot pada
musim tengkujuh.
Kata pendapat bermaksud buah fikiran
tidak tepat digunakan dalam konteks ayat ini.
Pendapatan nelayan
merosot pada musim
tengkujuh.
Pada pendapatan saya, projek Kata pendapatan bermaksud hasil daripada Pada pendapat saya, projek
itu sungguh berjaya. usaha tidak tepat digunakan dalam koteks
ayat ini.
itu sungguh berjaya.
Rukiah menyambar majalah di
kedai itu lalu menyerahkan
wang kepada penjualnya.
Kata menyambar yang bermaksud
merampas dengan cepat tidak sesuai
digunakan dalam konteks ayat ini.
Rukiah mengambil majalah
di kedai itu lalu
menyerahkan wang kepada
penjualnya.
Ada terdapat banyak jenis bunga
di taman itu.
Kata ada dan terdapat membawa maksud
yang sama secara berurutan dalam ayat ini
dianggap lewah.
Ada banyak jenis bunga di
taman itu.
atau
Terdapat banyak jenis
bunga di taman itu.
Kita perlu saling bantu-
membantu dalam kehidupan
seharian.
Kata kerja bantu-membantu sudah
membawa maksud perbuatan yang
bersalingan, jadi perkataan saling tidak
diperlukan. Sekiranya perkataan saling
hendak digunakan, kata kerja yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
Kita perlu bantu-membantu
dalam kehidupan seharian.
atau
Kita saling membantu
dalam kehidupan seharian.
Dia tiada ada duit. Kata tiada bermaksud tidak ada. Jadi
tidak perlu diikuti oleh kata ada.
Dia tiada duit.
atau
Dia tidak ada duit.
Pemohon yang layak saja akan
dipilih.
Unsur kependekan tidak boleh digunakan
dalam penulisan bahasa formal.
Pemohon yang layak sahaja
akan dipilih.
Hanya segelintir sahaja pelajar
yang hadir.
Kata penegas hanya dan sahaja membawa
maksudn yang sama, salah satu daripada kata
itu dibunakan.
Hanya segelintir pelajar
yang hadir.
atau
Segelintir sahaja pelajar
yang hadir.

(d) IMBUHAN
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Pelumbaan kereta itu akan
diadakan pada minggu depan.
Kata nama terbitan yang menggunakan
apitan peN-...-an berasal daripada kata
kerja yang menggunakan imbuhan meN-...-
i/kan, manakala kata nama terbitan yang
menggunakan peR-...-an berasal daripada
bentuk kata kerja yang menggunakan
imbuhan beR-. Kata dasar lumba tidak
menerima imbuhan awalan meN-, iaitu
melumba tetapi menerima imbuhan awalan
beR- iaitu berlumba, jadi imbuhan apitan
peR-...an perlu digunakan.
Perlumbaan kereta itu akan
diadakan pada minggu
depan.
Masakkan ibu sangat sedap. Imbuhan akhiran kata kerja -kan pada kata
dasar masak tidak tepat. Ayat ini
memerlukan kata dasar berakhiran kata nama
-an yang bermaksud benda hasil daripada
melakukan maksud yang terkandung dalam
kata dasar.
Masakan ibu sangat sedap.
Nelayan asing mencerobohi
pengairan Malaysia.
Imbuhan apitan kata nama peN...-an pada
kata dasar air bermaksud proses
mengerjakan maksud yang terkandung dalam
kata dasar itu, tidak sesuai digunakan dalam
Nelayan asing mencerobohi
perairan Malaysia.
konteks ayat ini.
Badan budak itu lecur. Perkataan lecur perlu diberi imbuhan
awalan meN- yang bermaksud menjadi
untuk membentuk kata kerja tak transitif
aktif.
Badan budak itu melecur.
Orang itu senyum kepada saya. Perkataan senyum perlu diberi imbuhan
awalan teR- untuk membentuk kata kerja
tak transitif aktif.
Orang itu tersenyum
kepada saya.
Anda perlu cari jalan keluar
setiap kali anda menghadapi
masalah.
Perkataan cari perlu diberi imbuhan awalan
meN- untuk membentuk kata kerja transitif
aktif
Anda perlu mencari jalan
keluar setiap kali anda
menghadapi masalah.
Dia merasa gembira setelah
berjaya dalam peperiksaan itu.
Imbuhan awalan meN- pada kata dasar
rasa yang bermaksud melakukan sesuatu,
tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat
ini. Kata dasar ini perlu diberi imbuhan
awalan beR- yang bermaksud mempunyai
Dia berasa gembira setelah
berjaya dalam peperiksaan
itu.
Amalan merokok merbahaya
kepada kesihatan badan.
Tidak ada bentuk imbuhan meR- dalam
bahasa Melayu.
Amalan merokok
berbahaya kepada kesihatan
badan.
Kakak menjahit saya baju. Imbuhan awalan meN- pada kata dasar
jahit yang bermaksud melakukan sesuatu
adalah tidak tepat vkerana ayat ini
memerlukan kata kerja transitif aktif
berimbuhan apitan meN-...-kan yang
bermaksud melakukan perbuatan untuk
manfaat seseorang.
Kakak menjahitkan saya
baju.
Dia menghadiahkan saya sebuah
buku.
Imbuhan apitan meN-...-kan pada kata
dasar hadiah yang bermaksud
menyebabkan jadi/ kausatif adalah tidak
tepat kerana ayat ini memerlukan kata kerja
transitif aktif berimbuhan apitan meN-...-i
untuk menandakan lokatif.
Dia menghadiahi saya
sebuah buku.
Hakim menjatuhi hukuman
gantung kepada pengedar dadah
itu.
Imbuhan apitan meN-...-i pada kata dasar
jatuh yang menandakan lokatif adalah
tidak tepat kerana ayat ini memerlukan kata
kerja transitif aktif berimbuhan apitan meN-
...-kan yang bermaksud melakukan
perbuatan yang terkandung dalam kata kerja
dasar..
Hakim menjatuhkan
hukuman gantung kepada
pengedar dadah itu.
Rumah-rumah mendereti di
sepanjang jalan.
Imbuhan apitan meN-...-i pada kata dasar
deret membentuk kata kerja transitif aktif
yang perlu diikuti oleh objek/ penyambut
yang terbina daripada frasa nama adalah
tidak tepat kerana ayat ini memerlukan kata
kerja transitif yang berimbuhan awalan
beR- yang diikuti oleh frasa sendi nama
sebagai unsur keterangan.
Rumah-rumah berderet di
sepanjang jalan.
Dia menyerah wang itu kepada
guru.
Imbuhan apitan meN- pada kata dasar
serah membentuk kata kerja tak transitif
adalah tidak tepat kerana ayat ini
memerlukan kata kerja transitif aktif yang
berimbuhan apitan meN-...-kan dengan
Dia menyerahkan wang itu
kepada guru.
diikuti oleh objek, iaitu kata nama wang.
Kerajaan sedang
memperluaskan jalan raya ke
kampung itu.
Imbuhan apitan mempeR-...-kan digunakan
pada kata kerja dan kata nama, manakala
awalan mempeR- digunakan untuk
menjadikan kata adjektif luas sebagai kata
kerja transitif.
Kata dasar luas ialah kata adjektif hanya
memerlukan imbuhan awalan mempeR-
tanpa akhirna -kan yang bermaksud
menjadikan lebih atau bertambah untuk
membentuk kata kerja transitif.
Kerajaan sedang
memperluas jalan raya ke
kampung itu.
Ali memberikan kucing
makanan.
Imbuhan apitan meN-...-kan lazimnya
menerima objek tidk bernyawa.
Ali memberi kucing
makanan.
atau
Ali memberikan makanan
kepada kucing.



(e) FRASA

1. Frasa Nama

(a) Hukum DM
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
lain-lain perkataan Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
Perkataan lain-lain.
mini bas Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
bas mini
Lim Perabot Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
Perabot Lim
lain-lain hal Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
hal lain-lain


(b) Penggunaan Jamak
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
para pelajar-palajar Kata bilangan tidak tentu para sudah
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
para pelajar
setiap peraturan-peraturan Kata bilangan pisahan setiap sudah
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
setiap peraturan
kebanyakan negara-negara Kata bilangan kebanyakan sudah
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
kebanyakan negara
dua buah lori-lori Kata bilangan tentu dua sudah
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
dua buah lori
ketiga-tiga orang pegawai-
pegawai pejabat itu
Kata bilangan himpunan ketiga-tiga sudah
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
ketiga-tiga orang pegawai
pejabat itu
Pelajar-pelajar diminta
bersedia di tempat masing-
masing.
Kata bilangan pisahan masing-masing yang
menyatakan maksud pisahan sudah
menunjukkan jamak, subjeknya iaitu kata
nama tidak perlu digandakan.
Pelajar diminta bersedia di
tempat masing-masing.
mereka-mereka Kata ganti nama diri orang ketiga mereka
sudah menunjukkan jamak, tidak perlu
digandakan.
mereka
senarai nama-nama Kata senarai sudah menunjukkan jamak,
kata nama yang mengikutinya tidak perlu
digandakan.
senarai nama
rombongan pelajar-pelajar Kata rombongan sudah menunjukkan
jamak, kata nama yang mengikutinya tidak
perlu digandakan.
rombongan pelajar
Persatuan Pengetua-
Pengetua Sekolah
Kata persatuan sudah menunjukkan jamak,
kata nama yang mengikutinya tidak perlu
digandakan.
Persatuan Pengetua
Sekolah
rakyat-rakyat Malaysia Kata rakyat sudah menunjukkan jamak,
tidak perlu digandakan.
rakyat Malaysia
penduduk-penduduk
kampung
Kata penduduk sudah menunjukkan jamak,
tidak perlu digandakan.
penduduk kampung
Bangunan-bangunan itu
tinggi-tinggi.
Kata adjektif tinggi-tinggi sudah membawa
maksud banyak, subjeknya (kata nama) tidak
perlu digandakan atau sekiranya subjeknya
(kata nama) digandakan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
Bangunan itu tinggi-tinggi.
atau
Bangunan-bangunan itu
tinggi.
Serpihan-serpihan kaca
bertaburan.
Kata kerja berimbuhan apitan beR-...-an
sudah menunjukkan perbuatan yang
menunjukkan jumlah subjek yang banyak,
jadi subjeknya (kata nama) tidak perlu
digandakan.
Serpihan kaca bertaburan.


2. Frasa Adjektif
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
paling terbesar Kata adjektif yang berawalan ter- sudah
menunjukkan darjah penghabisan, tidak
boleh didahului oleh kata penguat paling.
paling besar
atau
terbesar
terlalu terbesar Kata penguat terlalu sudah menunjukkan
darjah penghabisan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu diberi imbuhan
awalan ter-.
terlalu besar
paling besar sekali Kata penguat paling sudah menunjukkan
darjah penghabisan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu diikuti kata
penguat sekali.
paling besar
terlalu besar sekali Kata penguat terlalu sudah menunjukkan
darjah penghabisan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu diikuti oleh kata
penguat sekali.
terlalu besar.
terbesar sekali Imbuhan awalan ter- pada kata adjektif
sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata
adjektif yang mengikutinya tidak perlu
disertakan oleh kata penguat sekali
terbesar
atau
besar sekali
amat tercantik Kata adjektif yang berawalan ter- sudah
menunjukkan darjah penghabisan, tidak
perlu didahului oleh kata penguat amat.
tercantik
Saya suka durian. Kata adjektif hanya boleh diperluas dengan
frasa sendi nama.
Saya suka akan durian.



3. Frasa Kerja
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Ayah sudah pergi pejabat. Kata kerja tak transitif pergi tidak boleh
diikuti oleh frasa nama tetapi boleh diikuti
oleh frasa sendi nama sebagai unsur
keterangan.
Ayah sudah pergi ke
pejabat.
Meja itu beralaskan dengan
sehelai kain.
Kata kerja tak transitif berapitan beR-...-
kan perlu diikuti oleh pelengkap yang
terbina daripada frasa nama, bukan frasa
sendi nama.
Meja itu beralaskan sehelai
kain.
Dia belum mengetahui tentang hal
itu.
Kata kerja transitif mengetahui perlu diikuti
oleh objek/penyambut yang terbina daripada
frasa nama, bukan frasa sendi nama.
Dia belum mengetahui hal
itu.
Keruntuhan institusi keluarga
menyebabkan timbul masalah
sosial remaja.
Frasa kerja ayat ini tidak tepat kerana kata
kerja transitif menyebabkan harus diikuti
oleh frasa nama sebagain objek/ penyambut.
Oleh itu, kata pembenda nya perlu hadir
serangkai dengan perkataan timbul untuk
membentuk frasa nama.
Keruntuhan institusi
keluarga menyebabkan
timbulnya masalah sosial
remaja.


4. Frasa Sendi Nama
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Mereka akan melancong ke
Australia atau Indonesia?
Kata sendi nama ke pada kedudukan unsur
kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa
sendi nama setara yang menggunakan kata
hubung atau.
Mereka akan melancong ke
Australia atau ke
Indonesia?
Saya berjalan kaki dari rumah
pekan.
Kata sendi nama pada kedudukan unsur yang
kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa
sendi nama setara yang tidak menggunakan
kata hubung.
Saya berjalan kaki dari
rumah ke pekan.
Pembangunan negara akan
dijalankan dari semasa ke masa.
Dalam binaan frasa sendi nama yang
menggunakan kata sendi nama dari dan
ke, bentuk se- yang terkandung dalam
frasa nama tidak boleh digugurkan secara
Pembangunan negara akan
dijalankan dari semasa ke
semasa.
atau
berasingan untuk memelihara
keseimbangannya. Sekiranya bentuk se-
pada satu bahagian frasa nama digugurkan,
bentuk se- pada frasa nama kedua juga
perlu digugurkan.
Pembangunan negara akan
dijalankan dari masa ke
masa.

(f) KLAUSA / AYAT
1. Struktur Binaan Ayat
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Malaysia ialah negara yang terdiri
daripada berbilang bangsa di mana
rakyatnya hidup saling membantu.
Penggunaan di mana dalam struktur
ayat bahasa Melayu yang terpengaruh
oleh struktur ayat dalam bahasa
Ibnggeris, iaitu where tidak boleh
digunakan.
Malaysia ialah negara yang
terdiri daripada berbilang
bangsa yang rakyatnya hidup
saling membantu.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan
yang mana banyak ditanam di
sekeliling rumah kita.
Penggunaan yang mana dalam struktur
ayat bahasa Melayu yang terpengaruh
oleh struktur ayat dalam bahasa
Ibnggeris, iaitu in which tidak boleh
digunakan.
Bunga raya ialah bunga
kebangsaan yang banyak
ditanam di sekeliling rumah
kita.
Satu pertiga daripada jumlah tersebut
dijangka akan meninggal dunia
disebabkan oleh penyakit hati.
Bagi ayat yang sudah sempurna subjek
dan predikatnya, maklumat tambahan
yang diberikan perlu dalam bentuk frasa
sendi nama, bukan frasa nama.
Satu pertiga daripada jumlah
tersebut dijangka akan
meninggal dunia kerana
penyakit hati.
Mengetahui hal itu, saya
membatalkan rancangan.
Unsur keterangan waktu dalam ayat ini
harus didahului dengan kata hubung
pancangan keterangan.
Setelah mengetahui hal itu,
saya membatalkan
rancangan.
Turut menghadiri upacara itu ialah
tuan pengetua dan guru-guru.
Frasa kerja tidak boleh menjadi subjek
ayat yang predikatnya menyebut sesuatu
atau orang.
Yang turut menghadiri
upacara itu ialah tuan
pengetua dan guru-guru.
Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir
diserahkan kepada USM untuk
ditadbir selama 30 tahun oleh
kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ayat tersebut kabur dan sukar difahami
kerana susunan perkataan dalam ayat itu
tidak tepat.
Pusat Ilmu Falak Sheikh
Tahir diserahkan oleh
kerajaan negeri Pulau Pinang
kepada USM untuk ditadbir
selama 30 tahun.
Mereka dikehendaki dalam masa
seminggu menyiapkan kerja itu.
Ayat tersebut kabur dan sukar difahami
kerana susunan perkataan dalam ayat itu
tidak tepat.
Mereka dikehendaki
menyiapkan kerja itu dalam
masa seminggu.
Raja sering mempunyai kedudukan
tertentu dalam sistem agama.
Walaupun ada golongan tertentu
seperti ulama dan rahib yang menjadi
kelas penting dalam sistem agama
itu.
Klausa keterangan ialah klausa tidak
bebas, iaitu tidak dapat berdiri sendiri
sebagai satu ayat yang gramatis.
Raja sering mempunyai
kedudukan tertentu dalam
sistem agama, walaupun ada
golongan tertentu seperti
ulama dan rahib yang
menjadi kelas penting dalam
sistem agama itu.

2. Ayat Tergantung

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Untuk mendapat keputusan yang
cemerlang mesti berusaha.
Ayat ini tergantung kerana tidak ada
subjek.
Untuk mendapat keputusan
yang cemerlang, pelajar-
pelajar mesti berusaha.
Dengan kehadiran tuan akan
menyerikan majlis kami.
Ayat ini tergantung kerana frasa
sendi nama tidak boleh menjadi
subjek ayat.
Kehadiran tuan akan
menyerikan majlis kami.
Mewujudkan undang-undang yang
lebih ketat untuk menangani masalah
rasuah bola sepak.
Ayat ini tergantung kerana tidak ada
subjek.
Kerajaan mewujudkan
undang-undang yang lebih
ketat untuk menangani
masalah rasuah bola sepak.
Dia yang memainkan peranan penting
dalam pembangunan kampung itu.
Ayat ini tergantung kerana tidak ada
predikat dengan kehadiran kata
hubung yang.
Dia memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan
kampung itu.
Perindustrian Malaysia yang amat
pesat.
Ayat ini tergantung kerana tidak ada
predikat dengan kehadiran kata
hubung yang.
Perindustrian Malaysia amat
pesat.

3. Struktur Ayat Pasif
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Meja itu mereka susun. Kata kerja berimbuhan di- perlu digunakan
bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama
objek kata ganti nama diri orang ketiga.
Meja itu disusun oleh
mereka.
Meja itu disusun oleh awak Kata kerja berimbuhan di- tidak boleh
digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai
frasa nama objek kata ganti nama diri orang
kedua.
Meja itu awak susun.
Meja itu disusun oleh kami. Kata kerja berimbuhan di- tidak boleh
digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai
frasa nama objek kata ganti nama diri orang
pertama.
Meja itu kami susun.
Tempat itu saya belum kunjungi. Bagi frasa kerja pasif kata ganti nama diri
orang pertama, kata-kata lain tidak boleh
disisipkan di antara kata ganti diri tersebut
dengan kata kerja pasif.
Tempat itu belum saya
kunjungi.


4. Ayat Gabungan


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Zeki mewakili USM,
manakala UKM diwakili
oleh Jusuh.
Ayat ini tidak gramatis kerana ayat-ayat yang
digabungkan dengan kata hubung
manakala adalah tidak sama jenis, iaitu
ayat aktif dan ayat pasif.
Zeki mewakili USM,
manakala Jusuh mewakili
UKM.
Hadiah untuk pemenang
pertama bernilai RM 1,000
manakala RM 500 untuk
pemenang hadiah kedua.
Ayat ini tidak gramatis kerana ayat-ayat yang
digabungkan dengan kata hubung
manakala adalah tidak setara.
Hadiah untuk pemenang
pertama bernilai RM 1,000
manakala hadiah untuk
pemenang kedua bernilai
RM 500.

You might also like