Kesantunan Masyarakat Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TUANKU BAINUN,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2014

KESANTUNAN MASYARAKAT MELAYU

NAMA : DEE DYLRIANYE GENEVYE DUSI
NO. KAD PENGENALAN : 950313-12-6114
KUMPULAN : 1 PPISMP PENDIDIKAN MUZIK
MATA PELAJARAN : KESANTUNAN MASYARAKAT
MALAYSIA
KOD MATA PELAJARAN : GSB 1012
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD NASSER BIN MD
ISA
JABATAN : PENGAJIAN MELAYU
TARIKH TERIMA TUGASAN : 28 JUN 2014
TARIKH HANTAR TUGASAN : 12 0G0S 2014
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014










KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA













JABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014








Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.



Tandatangan :

Nama Penulis : Dee Dylrianye Genevye Dusi
No. Kad Pengenalan : 950313-12-6114
Tarikh : 12 Ogos 2014











KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Tuhan kerana dengan izinNya saya berjaya menyempurnakan tugasan kursus
Kesantunan Masyarakat Malaysia ( GSB 1012 ) yang diberikan kepada kami
dalam tempoh 2 minggu.
Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tuanku Bainun diatas dorongan dan sokongan yang beliau
berikan kepada kami sepanjang melaksanakan kerja kursus ini.
Saya juga ingin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik
Mohd Nasser Bin Md Isa kerana sudi meluangkan masa, member bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya untuk menjayakan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau,
mungkin proses menyiapkan kerja kursus ini tidak berjalan dengan lancar. Tidak
lupa juga kepada ibu bapa saya walaupun mereka jauh daripada saya kerana
tetap member kata kata motivasi yang menjadi penyuntik semangat bagi saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
Segulung penghargaan ingin saya berikan kepada rakan-rakan saya
kerana telah member tunjuk ajar, sokongan serta sudi berkongsi ilmu
pengetahuan bersama-sama dengan saya. Tanpa bantuan mereka, saya tidak
akan mampu menyelesaikan tugasan kerja kursus dengan sempurna.
Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekali lagi saya ingin menyatakan penghargaan kepada semua pihak
yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini sebaiknya. Budi baik
anda semua akan saya hargai.
Sekian, terima kasih.




KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK / AMALI)

Nama : Angka Giliran Pelajar :
Tajuk Tugasan :
Pensyarah : Kursus / Mata Pelajaran :
Tarikh Hantar : Tarikh Diterima ( Diisi oleh
pensyarah) :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :____________________________ Tarikh :
_______________________
( )


Perincian Maklum Balas Tugasan
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan:





Kekuatan:


Aspek yang boleh diperbaiki:





Aspek yang boleh diperbaiki:



Tandatangan:
Tarikh:


Tandatangan:
Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.

Catatan (jika ada)


Tandatangan Pelajar :
Tarikh :

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



SOALAN TUGASAN

Tugasan 1 (60%)
Berdasarkan sebuah cerpen yang ditulis antara tahun 1980-an hingga 1990-an
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, anda dikehendaki menganalisis, mengulas
dan menghuraikan aspek-aspek yang berikut :
Kesantunan Verbal
Kesantunan Nonverbal

Tugasan 2 (40%)
Dengan merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau elektronik,
huraikan secara terperinci soalan berikut :
Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi
muda dan nyatakan faktor-faktornya.












KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN PELAJAR ii
PENGHARGAAN iii
BORANG MQA iv
SOALAN TUGASAN v
ISI KANDUNGAN vi

1.0 PENGENALAN 1

TUGASAN 1
2.0 ANALISIS CERPEN

2.1 DEFINISI KESANTUNAN VERBAL 2
DAN NON-VERBAL
2.2 KESANTUNAN VERBAL 3
2.3 KESANTUNAN NON-VERBAL 5
TUGASAN 2
3.0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM 6
KALANGAN GENERASI MUDA
4.0 BIBILIOGRAFI 9
5.0 LAMPIRAN 10
Lampiran A Cerpen
Lampiran B




KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



1.0 PENGENALAN

Tajuk yang diketengahkan ialah Kesantunan Berbahasa dalam
Masyarakat Malaysia. Kesantunan berbahasa merujuk kepada tutur kata
dan kelakuan yang bersopan di antara insan. Noresah Baharom (2000)
mendefinisikan kesantunan sebagai perihal santun, kesopanan,
kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti). Manakala Asmah Hj. Omar
pula mentakrifkan kesantunan merujuk kepada kesedaran peranan, taraf
sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan menjaga air
muka. Dengan kata lain, setiap gerak laku , tutur kata, perasaan baik
terhadap orang lain mahupun dalam masyarakat terangkum dalam
konsep budi bahasa.
Tugasan pertama memerlukan kemahiran menganalisis,
mengulas dan menghuraikan aspek-aspek kesantunan verbal dan
kesantunan non-verbal serta member contohnya. Tajuk cerpen yang saya
gunakan ialah Kocak Air di Kolah karya Abu Hassan Nik.
Tugasan kedua memerlukan penulisan esei yang menyeluruh
mengenai fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi
muda. Esei ini akan distrukturkan dengan pengenalan, perkembangan,
factor, implikasi serta rumusan.


















KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



1.1 DEFINISI KESANTUNAN VERBAL DAN NONVERBAL

Kesantunan Verbal

Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika
menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Kesantunan
berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan
pertuturan. Abdul Shukor Shaari (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara
dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan,
tidak biadap atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek
seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa, nada, gerak laku
dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.

Kesantunan Non-Verbal

Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau
dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan. Bahasa tubuh
merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan
seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan
tubuh. Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata
memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan
non verbal itu.
Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan
emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira,
dan minat. Melalui ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan
melihat ekspresi muka kita.


KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



2.2 CONTOH KESANTUNAN VERBAL
01 Sudahlah tu Esah. Usahlah ditangiskan
lagi. Tuhan lebih sayangkan dia pujuk
Wan Jah Latah

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94

02 Emak, sudahlah jangan menangis lagi,
sedih Hisyam rasakan. Kalau adik Siti
dengar nanti, dia akan menangis juga.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94

03 Hisyam, pak cik tidak dapat ke rumahmu,
kerana rumah abang pak cik sendiri juga
mengadakan kenduri selepas sembahyang
isyak nanti. Pak cik minta maad. Janganlah
Hisham berkecil hati jelas Pak Cik
Sahak.

Petikan dari Cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 95

04 Elok kalau kau turut mereka di masjid
sekali lagi,emak member pendapat

Petikan dari Cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 99

05 Assalamualaikum! sekali lagi aku
member salam.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 99

06 Assalamualaikum jemaah semua. Saya
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



diwakilkan oleh emak saya menjemput
jemaah hadir ke rumah saya selepas
sembahyang isyak nanti, kerana majlis
tahlil arwah ayah saya. Harap tidak
diuzurkan.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94
07 Biar aku pulang dulu, kerja rumah masih
banyak lagi aku minta diri.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 95

08 Hisyam tabuh isyak dah berbunyi. Kau
tidak ke masjid ke? soal emak sambil
beralih tempat duduk.
Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 96

09 Tidak mak. Hisyam sembahyang di rumah
saja. Fardu isyak pun masih panjang lagi,
jawapan penuh hormat.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 96

10 Allahuakbar! Aku bertakbir penuh
keikhlasan.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 92






KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



2.3 CONTOH KESANTUNAN NON-VERBAL

01 Aku berpaling dan mengangguk sopan.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah di
halaman 91

02 Sesekali sempat juga aku mengusik Wan
Jah Latah yang sedang menumbuk sambal.
Hendak dibalingnya anak lesung batu ke
arahku. Segera aku mengaku kalah dan
meminta maaf.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 93

03 Aku pujuk emak dengan penuh sopan dan
sayang.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94

04 Lembut tuturku, agar hati emak tidak
terluka terus.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94

05 Aku terus menjabat kukuh tangan Pak Tua
sebagaimana pesan ibu.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94

06 Aku mengangguk lembut penuh mengerti
sambil mengatur langkah untuk pulang ke
rumah kerana kerja di rumah masih banyak
lagi yang belum diselesaikan.


KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 95
07 Sementara menunggu kedatangan jemaah
masjid aku berbual-bual mesra dengan
Harun, Zainal dan Jama.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 98

08 Waktu-waktu begini aku tidak berani untuk
membantah. Wajah emak makin mendung.
Aku mengangguk setuju.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 99

09 Imam Pak Tua menjeling ke arahku. Aku
tunduk sipu.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94

10 Aku segera berjabat salam dengan semua
jemaah sambil menjemput lagi dengan
perlahan dan mengharap.

Petikan dari cerpen Kocak Air di Kolah
pada halaman 94












KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



2.0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN
GENERASI MUDA

Sejak kebelakangan ini, nilai-nilai kesantunan manusia semakin tenggelam
dalam kalangan generasi muda. Mereka menganggap budi bahasa sebagai
sesuatu yang tidak penting bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Namun,
kebimbangan ini terus menjadi mimpi ngeri kepada masyarakat. Keruntuhan
akhlak yang juga manjadi tunjang kepada pembentukan sahsiah yang tidak lagi
dipedulikan. Saban hari, di dada-dada akhbar, terpampang isu-isu remaja yang
rosak sikapnya, di corong-corong radio dan di kaca televisyen, terdapat berita-
berita yang menggambarkan generasi muda pada masa kini makin bertambah
liar. Bukan sahaja dengan sikap mereka yang menjijikkan tetapi juga tutur bicara
yang biadap lagi kurang ajar.
Tidak dinafikan mereka bukanlah berperangai semulajadi seperti itu, tetapi
didorong dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor utama yang dapat kita
rungkaikan ialah faktor media massa. Umum mengetahui, media massa adalah
medium utama penyampaian maklumat dan juga alat komunikasi yang sangat
penting. Namun, penyiaran filem-filem ganas yang tidak ditapis oleh pihak
berwajib amatlah menyedihkan. Penggunaan bahasa yang kesat dan tidak baik
menjadi ikutan generasi muda pada masa kini. Kesannya, kesantunan bahasa
tidak dapat dikekalkan dan lama-kelamaan menjadi semakin pudar ditelan arus
pemodenan.
Selain itu, faktor kedua yang juga penting ialah faktor ibu bapa dan keluarga. Ibu
bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk jiwa,
sahsiah dan kesantunan berbahasa anak-anak bak kata pepatah melentur
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sibuk bekerja mencari wang ringgit demi
memenuhi keperluan anak-anak terkadang mengabaikan masa bersama anak-
anak di rumah walhal masa itulah yang paling penting bagi mendidik anak-
anak nilai murni yang patut diamalkan di samping menerapkan kesantunan
bahasa kepada generasi yang merupakan generasi muda yang akan menjadi
pemangkin kepada pembangunan negara. Oleh itu, ibu bapa perlulah sedar akan
peranan mereka dalam mendidik anak-anak dengan kesantunan bahasa yang
baik
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



Akhir sekali, boleh juga dikatakan rakan sebaya turut menjadi faktor dalam
pembinaan kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda. Hal ini kerana,
pengaruh rakan sebaya lebih kuat daripada pengaruh ibu bapa dan guru di
sekolah. Anak-anak muda dalam lingkungan umur 16-19 tahun merupakan saat
yang paling genting untuk dicorak. Pada masa ini, mereka mudah terdorong
kepada sesuatu yang baru termasuklah gejala sosial. Pada masa yang sama
jiwa mereka mudah memberontak dan segala apa yang disampaikan oleh rakan
sebaya mudah dituruti berbanding kata-kata ibu bapa. Bagi mereka, rakan-rakan
adalah segala-galanya. Pemiihan rakan-rakan yang baik menjamin kesantunan
bahasa dan sahsiah yang baik dalam diri setiap generasi muda. Jika tersalah
pilih, maka buruklah akhlaknya ibarat terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya. Oleh itu, amat perlu bagi generasi muda pada masa kini
memilih rakan yang baik bagi memupuk nilai-nilai yang baik dan kesantunan
bahasa yang indah lagi menawan hati.

Justeru, kesantunan berbahasa amat penting dalam membentuk jiwa dan
sahsiah generasi muda pada masa kini. Biarlah slogan Bahasa Jiwa Bangsa
dan Bahasa Cerminan Bangsa sentiasa tersemat dalam diri setiap individu
khususnya generasi muda agar kesantunan bahasa tak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas
Konsep kesantunan berbahasa terangkum dan terbahagi kepada dua iaitu verbal
dan non verbal. Verbal merujuk kepada teks, pengucapan dan lisan manakala
non verbal merujuk kepada reaksi wajah, bahasa tubuh dan bukan lisan. Sejak
azali, kesantunan berbahasa itu diketahui sangat penting dan merupakan aspek
penting ketika berkomunikasi atau menyampaikan mesej. Namun, terdapat
perbezaan besar di antara fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan
generasi muda dan generasi terdahulu pada masa kini. Jelasnya, terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan fenomena kesantunan berbahasa dalam
kalangan generasi muda ini mengalami perubahan dan evolusi.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



Antara faktornya adalah had waktu, ruang dan wang. Hal ini terjadi apabila kini
menggunakan teknologi seperti sistem pesanan ringkas (sms), facebook, twitter
dan lain- lain untuk berkomunikasi. Mereka tidak dapat berinteraksi secara dua
hala oleh kerana faktor ruang, waktu, wang dan jarak yang terhad. Mereka
cenderung menggunakan ayat ringkas, tidak bercirikan kesantunan berbahasa,
kesalahan ejaan yang dibuat- buat dan disengajakan serta perkataan yang cepat
difahami namun kurang kesantunannya. Generasi kini berpendapat pemahaman
itu lebih penting daripada kesantunan bahasanya. Apa- apa yang penting bagi
mereka ialah penggunaan ruang yang kecil, penjimatan kos dan pemahaman
komunikasi masing- masing.
Manakala, faktor seterusnya yang menyebabkan fenomena kesantunan
berbahasa semakin merosot dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh
rakan sebaya. Mereka cenderung mengetepikan kesantunan berbahasa ketika
berbicara mahu pun berhubung dengan rakan masing- masing. Hal ini
berkemungkinan kerana mereka mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran
dan pergaulan bersama rakan- rakan masing- masing serta memiliki identiti
sendiri. Kadangakala, mereka dapat mengelakkan mesej yang mereka
sampaikan daripada diketahui oleh generasi terdahulu apabila menggunakan
bahasa yang kurang kesantunannya. Namun, hal ini telah menyebabkan
kemerosotan penggunaan bahasa yang sopan dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda
juga berlaku oleh kerana evolusi teknologi yang melanda dunia termasuk
Malaysia. Hal ini telah mencetuskan satu bahasa yang digelar sebagai bahasa
teknologi yang menuntut penggunanya mengetepikan sedikit aspek kesantunan
ketika berbahasa. Namun, penggunaan bahasa ini sedikit sebanyak memberikan
kesan posittif ke atas bahasa Melayu apabila lahirnya ayat- ayat dan perkataan-
perkataan yang baru dan kreatif yang tidak pernah ada sebelumnya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda juga berlaku
kerana penggunaan bahasa yang mudah, cepat dan meluas dalam masyarakat
mutakhir ini. Bahasa yang digunakan lebih terus, cepat, ringkas dan telah
digunapakai oleh masyarakat bagi menjimatkan masa dan tenaga. Oleh kerana
itulah fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda
mengalami perubahan. Bahkan, pengaruh daripada persekitaran, media cetak
dan media massa juga sedikit sebanyak telah menyebabkan kesantunan
berbahasa dalam kalangan generasi muda sedikit menurun dan merosot.
Kesimpulannya, kesantunan berbahasa perlu ditingkatkan dalam kalangan
generasi muda dan dikukuhkan dalam kalangan generasi terdahulu supaya
bahasa Melayu dapat terus tersemadi sebagai bahasa yang penuh adab santun
dan nilai estetikanya. Hal ini menuntut kerjasama semua pihak agar sama- sama
mempraktikkan konsep kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian sama
ada daripada segi verbal atau non verbal. Akhirul kalam, bersopan santun dalam
berbahasa sangat penting ke atas setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
umur, agama, bangsa dan negara.














KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



3.0 BIBLIOGRAFI

INTERNET
BM Assignment (2011, Mei 1). Diakses pada 7 Ogos 2014. Daripada Laman
Blog Ila5951 : http://eassimcial.blogspot.com/2011/05/cerpen-meniti-
ranjau-karya-jais-sahok.html
Kesantunan Verbal dan Non-Verbal (2013, Ogos 8 ). Diakses pada 7 Ogos 2014
Daripada Laman Blog Hemalatha :
http://hemajoo95.blogspot.com/2013/10/kuliah-6-kesantunan-verbal-dan-
non.html
Ulasan Cerpen (2012, Mei 15). Diakses pada 7 Ogos 2014 Daripada Laman Blog
Farhana Abdullah :
http://puterijelapangpadi.blogspot.com/2012/05/ulasan-cerpen.html

BUKU
Abdul Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003).
Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.

Irwandy. (2007). Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia Menyonsong 2025.
Ampang/Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed, N. (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia. Pulau Pinang,
Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Omar, A. H. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.



KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 2014



4.0 LAMPIRAN

You might also like