Konsep

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

5.1.

3 Konsep-konsep perniagaan antarabangsa dan perkaitan dengan pendekatan


strategik syarikat Boeing
Menurut Sabri Hj. Hussin (2004), di dalam mempelajari perniagaan antarabangsa konsep-
konsep seperti dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, selatan-selatan, globalisasi,
lokalisasi, nasionalisasi, dan penswastaan perlulah difahami. Konsep-konsep ini memberi
banyak kesan terhadap pengoperasian sesebuah syarikat. Pengkaji mendapati kemajuan dan
kejayaan yang dinikmati oleh syarikat Boeing juga kaitan dengan konsep-konsep ini.
1. Dunia tanpa sempadan
Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah
perniagaan yang merentasi sempadan lain. Negara-negara di dunia telah mula mewujudkan
sempadan yang lebih besar dan mengadakan blok-blok perdagangan yang lebih bebas.
Perkembangan teknologi canggih dengan satu lagi konsep yang dipanggil langit terbuka
membantu mempercepatkan lagi konsep perdagangan bebas tanpa sempadan (Sabri Hj.
Hussin et al., 2004).
Mengikut kajian, pengkaji mendapati syarikat Boeing telah mendapat manfaat dari
konsep dunia tanpa sempadan. Berdasarkan laman rasmi syarikat Boeing, syarikat ini
meluaskan perniagaan melalui subsidiarinya yang berjumlah lebih daripada 70 buah Negara.
Hasilnya, syarikat ini tidak mengalami sebarang sekatan tarif daripada kerajaan negara-
negara subsidiarinya untuk menjalankan aktiviti perniagaan di negara mereka.


2. Pasaran Menimbul
Pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran daripada
peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut. Pada masa dahulu, Eropah dan
Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada) merupakan negara pengeluar utama tetapi
kini Asia Timur seperti Jepun, China, Hong Kong, Korea Selatan, Asia Tenggara dan di
sekeliling Asia Pasifik merupakan pasaran menimbul yang mempunyai masa depan yang
cerah dalam bidang perniagaan antarabangsa (Sabri Hj. Hussin et al., 2004). Selain itu,
menurut Sabri Hj. Hussin (2004) juga, pasaran menimbul adalah pasaran baru muncul kerana
penduduk di kawasan tersebut baru mempunyai kuasa beli yang tinggi dan berkesan
berbanding dengan sebelumnya.
Menurut kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa mana-mana cawangan
syarikat Boeing pernah memasuki pasaran baru muncul oleh kerajaan tempatan. Ini
menunjukkan kerajaan tempatan menyokong penuh dalam kegiatan syarikat ini.
3. Globalisasi
Globalisasi secara ringkasnya boleh ditakrifkan sebagai proses membuang sempadan
negara-negara di dunia supaya menjadi lebih rapat dan bergabung antara satu sama lain (Chee
Ping Lim, 1997). Dalam keadaan ini setiap negara akan menerima satu keadaan yang lebih
terbuka dengan wujudnya pembangunan teknologi yang canggih dan kewujudan idea yang
membawa kepada keperluan pembangunan semasa pada era globalisasi. Menurut Sabri Hj.
Hussin (2004) juga mengatakan proses pengglobalan perniagaan adalah satu trend baru kini
di mana semua negara bercita-cita untuk berdagang merentasi sempadan negara masing-
masing.
Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati syarikat Boeing telah banyak membuka
banyak subsidari lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia dan beroperasi di pasaran-
pasaran utama seperti Malaysia. Oleh itu, syarikat Boeing menampilkan keupayaan syarikat
dan mengukuhkan hubungan yang sudah teguh yang telah dibangunkan dengan Malaysia dan
rantau Pasifik.


4. Lokalisasi
Lokalisasi adalah strategi pemasaran yang memberi tumpuan produk yang sesuai
untuk sesuatu pasaran tertentu. Dalam sektor perniagaan, ini merujuk kepada penekanan
aktiviti perniagaan di kawasan setempat. Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah syarikat
mengubah anak syarikatnya daripada sebuah subsidiari organisasi asing kepada sebuah
organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan (Sabri Hj. Hussin et al., 2004).
Lokalisasi terbahagi kepada tiga jenis iaitu lokalisasi laba, lokalisasi produk, dan lokalisasi
pengeluaran.
Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati data-data membuktikan syarikat Boeing
ini tidak pernah mengalami masalah lokalisasi. Ini menunjukkan kerajaan tempatan
menyokong penuh kegiatan syarikat ini di negara masing-masing.
5. Penswastaan
Menurut Sabri Hj. Hussin (2004), penswastaan ialah proses menjadikan syarikat atau
perbadanan awam kepada syarikat milik pemegang saham yang terdiri daripada kerajaan,
institusi-institusi kerajaan atau swasta dan orang awam.
Menurut kajian, pengkaji mendapati syarikat Boeing adalah sebuah syarikat swasta
dengan pemilikan modal iaitu William Boeing.

6. Selatan-selatan
Selatan-selatan adalah negara yang dianggap masih belum maju dari segi
pembangunan, terdiri daripada negara-negara miskin dan sedang membangun. Negara-negara
ini mempunyai nilai istimewa dari segi perdagangan iaitu bilangan penduduk yang ramai.
Sekiranya bilangan penduduk ini digemblengkan ke arah ekonomi yang cemerlang dengan
peningkatan kuasa beli yang berkesan, dipercayai akan wujud banyak lagi pasaran menimbul
yang boleh diterokai oleh syarikat-syarikat perniagaan, (Sabri Hj. Hussin et al., 2004). Selain
itu, selatan-selatan adalah negara yang dianggap masih belum maju dari segi pembangunan,
terdiri daripada negara-negara miskin dan sedang membangun.
Antara anggota Selatan-selatan ialah benua Asia, Amerika Syarikat dan China.
Menurut kajian, pengkaji mendapati Selatan-selatan ini telah menberi sumbangan kepada
kemajuan ekonomi di Negara-negara selatan, terutamanya di Afrika, Selatan Asia dan
Amerika Selatan. Oleh itu, syarikat Boeing yang berpusat di Amerika Syarikat dengan
menjadi anggota selatan-selatan, dapat meluaskan pasaran ke dalam negara anggota selatan
seperti
7. Nasionalisasi
Nasionalisasi adalah proses menjadi dan mengehadkan syarikat-syarikat perniagaan
sebagai hak milik negara. Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi berpusat dan
tertutup selalunya memiliki sendiri syarikat-syarikat dan perniagaan yang besar dan peluang
orang persendirian untuk memiliki perniagaan adalah tipis. Begitu juga sekiranya sesebuah
negara dilanda krisis ekonomi atau berlaku salah faham di antara satu negara (tuan rumah)
dan negara lain (pelabur), kemungkinan syarikat-syarikat milik pelabur dijadikan hak milik
negara adalah besar (Sabri Hj. Hussin et al., 2004).

Namun, anak-anak syarikat ini tidak pernah terdedah kepada masalah nasionalisasi.
Hasil data-data yang dikumpul juga telah menunjukkan negara-negara (host country)
menyokong penuh pembukaan dan pengoperasian kegiatan syarikat ini di negara masing-
masing.

You might also like