Ruang Terkurung

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

BAB II

KAJIAN LITERATUR




2.1 Pengenalan


Ruang terkurung didefinasikan sebagai sebarang struktur bangunan atau
binaan yang direkabentuk, mempunyai bukaan untuk masuk dan keluar yang
terhad. Menurut Health and Safety Executive (HSE), ruang terkurung bermaksud
sebarang ruang tertutup daripada persekitaran yang terdedah kepada bahan atau
keadaan merbahaya yang mempunyai risiko berlakunya kematian atau kecederaan
serius [2]. Rajah 2.1 menunjukkan jenis-jenis ruang terkurung.


Biasanya ruang terkurung tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Ianya
mempunyai kemungkinan akan mengalami kekurangan oksigen atau kandungan
oksigen yang terhad dan juga kehadiran gas-gas yang berbahaya serta beracun
9
yang boleh memudaratkan. Ruang yang diklasifikasikan sebagai ruang terkurung
termasuklah:

i. Tangki penyimpan, tangki atas lori, dandang, silo dan lain-lain bekas tangki
yang mempunyai lubang orang memasukinya ;

ii. Ruang yang terbuka di bahagian atas yang melebihi sedalam 1.5 meter
seperti lubang atau liang yang tidak mendapat pengaliran udara semulajadi
yang mencukupi ;

iii. Paip, longkang kumbahan bawah tanah, terowong, liang dan lain-lain
struktur sepertinya ; dan

iv. Sebarang ruang di atas kapal yang boleh dimasuki melalui lubang yang
kecil seperti tangki kargo, tangki minyak dan sebagainya.


Menurut Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan [1], ruang
terkurung bermaksud ruang yang :

i. Bukan bertujuan untuk tempat bekerja biasa (iaitu bekerja berterusan);
ii. Mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad atau sempit ;
iii. Cukup luas bagi membolehkan seluruh anggota badan pekerja masuk dan
menjalankan kerja yang diarahkan ; dan
iv. Berada pada tekanan atmosfera semasa dimasuki.


Keadaan ruang terkurung berbahaya kepada nyawa dan kesihatan termasuk
pengurangan oksigen, keadaan mudah terbakar atau meletup, ataupun kehadiran
10
bahan toksik dan beracun memerlukan jaminan tahap keselamatan yang tinggi.
Sebarang kerja yang boleh menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan
pembebasan gas beracun dan toksik di dalam ruang terkurung tanpa pengawalan
tahap keselamatan dan langkah berjaga-jaga yang betul akan mendatangkan
bahaya kepada nyawa dalam masa yang singkat dan boleh membawa maut.




Rajah 2.1 : Ruang terkurung [3].




2.2 Dari Segi Undang-Undang


Menurut Management of Health and Safety at Work Regulations 1999,
orang yang terlibat mestilah menjalankan penilaian yang terperinci dan sesuai
terhadap risiko bagi semua aktiviti supaya dapat dikenalpasti apakah tindakan
yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan pekerja [4]. Bekerja di ruang
terkurung bermaksud mengenalpasti hazad, mengkaji risiko yang mungkin berlaku
11
dan menentukan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Dalam
kebanyakan kes, langkah ini mempertimbangkan perkara-perkara seperti:

i. Jenis kerja
ii. Persekitaran tempat kerja
iii. Bahan atau peralatan yang digunakan ketika bekerja
iv. Kesesuaian kerja dengan orang yang menjalankan kerja
v. Penyediaan langkah-langkah kecemasan


Safety Health and Welfare at Work Act, 1989 menetapkan bahawa pihak
majikan bertanggungjawab menyediakan kawasan yang selamat untuk pekerjanya
bekerja [5]. Satu sistem kerja yang digunakan bagi memastikan tahap keselamatan
semasa kerja dijalankan adalah menyediakan sistem bertulis yang dikenali sebagai
Prosedur Kerja Selamat dan juga Sistem Permit Bekerja.


Safety Health and Welfare at Work (Construction) Regulations 1995 ada
menyediakan langkah berjaga-jaga semasa bekerja di ruang terkurung [5].


Sekiranya dikenalpasti adanya risiko yang boleh mendatangkan kecederaan
serius atau kematian sekiranya kerja dijalankan di ruang terkurung, Confined
Spaces Regulations 1997 perlu digunakan [2]. Peraturan ini mengandungi
beberapa langkah yang mesti dituruti seperti:

i. Mengelakkan daripada memasuki ruang terkurung, contohnya
dengan cuba menjalankan kerja daripada luar.

12
ii. Sekiranya kemasukan ke dalam ruang terkurung tidak dapat
dielakkan, kerja perlu dijalankan mengikut sistem kerja yang
selamat.

iii. Menyediakan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi
sebelum kerja dimulakan.




2.3 Sebab memasuki ruang terkurung


Memasuki ruang terkurung sebagai sebahagian daripada aktiviti industri
pembinaan adalah disebabkan oleh pelbagai alasan (Sila rujuk Rajah 2.2).
Antaranya sebab-sebab memasuki ruang terkurung adalah :

i. Mencuci, contohnya untuk mengeluarkan keladak dan berbagai bahan
buangan yang lain ;

ii. Pemeriksaaan, contohnya membuat pemeriksaan keadaan fizikal peralatan
proses ;

iii. Penyelenggaraan, contohnya pembagasan abrasif dan melapis bahan
pelindung karat ;

iv. Membaiki, termasuk mengimpal dan menyelaras peralatan mekanikal ;

13
v. Menyelamat pekerja yang tercedera atau pengsan di dalam ruang terkurung
; dan

vi. Menjalankan dan membuat kerja-kerja pembinaan.


Apa yang paling sukar dikawal adalah kemasukan dalam kawasan ruang
terkurung tanpa kebenaran terutamanya jika terdapat jumlah bilangan pekerja yang
banyak, termasuklah sub-kontraktor yang terlibat seperti pengimpal, pengecat,
juru elektrik, dan juga pengawal keselamatan.


Oleh itu, pekerja-pekerja yang perlu memasuki ruang terkurung dengan
sebab-sebab tertentu mestilah dirancang dan semua punca dan keberangkalian
bahaya yang bakal berlaku mestilah dikaji dan dikenalpasti terlebih dahulu.




Rajah 2.2 : Antara sebab-sebab memasuki ruang terkurung [6].




14
2.4 Kemalangan di ruang terkurung


Ruang terkurung merupakan kawasan yang mempunyai pelbagai bahaya
yang tidak diduga dan membawa maut kepada pekerja dan juga penyelamat. Lebih
daripada 60% kematian di ruang terkurung yang berlaku terdiri daripada
penyelamat [7], oleh itu, prosedur menyelamat yang rapi perlu disediakan. Berikut
adalah beberapa kes kemalangan maut yang berlaku di ruang terkurung:

1. Kes 1 (Kematian = 1 Pekerja + 1 Penyelamat)
Pada 29 Disember, 1983, seorang pekerja berumur 54 tahun
meninggal dunia di dalam floating cover pada penghurai kumbahan semasa
cuba untuk menghidupkan pemanas gas propana yang digunakan untuk
memanaskan kawasan luar sewage digester cover bagi melakukan kerja-
kerja mengecat. Pekerja tersebut telah mengikat safety vavle supaya terbuka
agar gas propana dapat mengalir dengan tetap, sekalipun jika terdapat api
yang terkeluar. Pemanas tersebut terletak berhampiran dengan bukaan
sewage digester cover. Apabila beliau cuba untuk menghidupkan pemanas,
letupan berlaku dan tersebar hingga ke bukaan. Pekerja tersebut merangkak
menjauhi daripada pemanas gas tersebut ke ruang yang mempunyai
kekurangan oksigen dan mati. Pekerja lain yang cuba untuk menyelamatnya
juga meninggal dunia.

2. Kes 2 (Kematian = 1 Pekerja + 1 Penyelamat)
Pada 8 Mac, 1984, seorang pekerja pembinaan berumur 20 tahun
meninggal dunia ketika cuba untuk mengisi gasolin pada enjin untuk
menggerakkan pam yang digunakan bagi mengeluarkan air sisa daripada 66
inci diameter saluran pembentung yang masih dalam proses pembinaan.
Pam tersebut dianggarkan berada 3,000 kaki daripada di mana pekerja
15
tersebut memasuki saluran. Beliau telah terlebih menyedut gas karbon
monoksida. Seorang lagi pekerja yang juga turut memasuki saluran tersebut
berjaya menyelamatkan diri. Walau bagaimanapun, seorang pemeriksa
berumur 28 tahun yang memasuki saluran tersebut dari tempat yang lain
mati semasa usaha menyelamat dijalankan. Kedua-dua kematian adalah
berpunca daripada gas beracun karbon monoksida.

3. Kes 3 ( Kematian = 2 Penyelamat )
Pada 4 Oktober, 1984, dua orang pekerja (berumur 26 dan 27 tahun)
telah tersedut gas beracun dan lemas setelah menyelamatkan seorang lagi
pekerja daripada keretakan dinding tangki gas semulajadi. Tangki tersebut
mengandungi campuran lumpur, air dan gas semulajadi. Pekerja pertama
cuba untuk menggerakkan penyalur dari satu tangki ke tangki yang lain.
Penyalur tersebut dikawal oleh rantai dan apabila beliau menggerakan
penyalur, rantai tersebut terjatuh ke dalam tangki. Pekerja tersebut
kemudian masuk ke dalam tangki tersebut untuk mengambil rantai dan
telah terhidu gas beracun.

4. Kes 4 ( Kematian = 1 Pekerja + 1 Penyelamat )
Pada 5 Disember, 1984, seorang pekerja berumur 22 tahun
meninggal dunia di dalam tangki simpanan toluene yang berdiameter 10
kaki, serta 20 kaki ketinggiannya ketika cuba untuk mencuci tangki
tersebut. Pekerja tersebut memasuki tangki melalui bukaan atas yang
berdiameter 16 inci, dengan menggunakan1/2 inci tali untuk turun.
Walaupun terdapat alat bantuan pernafasan, perkerja terbabit tidak
menggunakannya semasa beliau memasuki tangki. Pekerja tersebut pengsan
lalu terjatuh ke lantai tangki. Bagi usaha untuk menyelamatkan pekerja
tersebut, anggota Bomba telah memotong untuk membuat lubang pada
16
dinding tangki. Tangki tersebut telah meletup, mengakibatkan kematian
seorang anggota Bomba dan mencederakan 15 yang lain.

5. Kes 5 ( Kematian = 1 Pekerja + 1 Penyelamat )
Pada 13 Mei, 1985, seorang pekerja berumur 21 tahun meninggal
dunia di dalam tangki tahanan air sisa yang berdiameter 4 kaki dan
kedalaman 8 kaki, semasa beliau cuba untuk mencuci dan membaiki
penyalur saliran. Asid sulfurik telah digunakan membersihkan bahan-bahan
yang melekat pada lantai saliran yang menuju ke tangki tahanan. Pekerja
terbabit terjatuh dan mukanya tenggelam sebanyak 6 inci ke dalam air di
bawah tangki. Seorang lagi pekerja yang cuba menyelamat, juga tidak
sedarkan diri dan terjatuh. Pekerja pertama disahkan mati di tempat kajian,
dan pekerja kedua mati 2 minggu kemudian.

6. Kes 6 ( Kematian = 1 Penyelamat )
Pada 7 Jun, 1985, seorang bapa meninggal dunia ketika cuba
menyelamatkan anaknya yang berusia 28 tahun daripada tangki yang
digunakan untuk menyimpan asid hasil proses pengawetan logam. Tangki
tersebut telah dikosongkan supaya kotoran boleh dibuang daripada
bahagian bawah. Anaknya telah terjatuh ke dalam tangki. Beliau cuba
menyelamat tetapi juga turut terjatuh. Kedua-dua kemudiannya berjaya
dikeluarkan daripada tangki. Anaknya terselamat, tetapi beliau mati. Punca
kematian tidak diketahui.

7. Kes 7 ( Kematian = 1 Pekerja )
Pada 2 Julai, 1985, seorang mandur pekerja jatuh sakit dan telah
dimasukkan ke hospital selepas menggunakan penyalut epoxy, yang
mengandungi 2-nitropropana dan penyalut tar pitch, untuk menyalut injap
pada saluran air bawah tanah. Injap tersebut terletak dalam kawasan service
17
vault (12x15x15). Pekerja tersebut dibenarkan keluar hospital pada 3
Julai,1985, yang kemudian dimasukkan semula pada 6 Julai, 1985. Beliau
telah koma dan mati pada 12 Julai,1985, disebabkan oleh kerosakan teruk
pada hati yang berpuca daripada menyedut 2-nitropropana dan wap
penyalut tar pitch. Pekerja lain juga dimasukkan ke hospital tetapi dapat
diselamatkan.

8. Kes 8 ( Kematian = 1 Pekerja + 3 Penyelamat )
Pada 5 Julai 1985, seorang pekerja sisa buangan yang berumur 27
tahun telah memasuki stesen pam bawah tanah (8x8x7) melalui tangga
yang disediakan dalam shaft berdiameter 3 kaki. Disebabkan para pekerja
tidak mengendahkan prosedur untuk mengasingkan kawasan kerja dan
memastikan saluran pam telah dilencongkan, transfer line masih lagi
berada dalam tekanan. Oleh itu, apabila pekerja-pekerja membuka bolts
daripada inspection plate yang mengandungi check valve, daya tekanan
daripada air sisa telah menolak inspection plate keluar, membolehkan air
sisa memasuki menara, dan memerangkap salah seorang daripada mereka.
Seorang pekerja, mandur dan anggota polis cuba menyelamat tetapi gagal
menyebabkan mereka juga mati. Dua orang yang pertama mati akibat lemas
manakala dua lagi disebabkan asphyxiation yang berpunca tersedut sewer
gas.







18
2.5 Program Ruang Terkurung


Program ruang terkurung bermaksud program keseluruhan yang disediakan
oleh majikan untuk mengawal dan juga sesuai untuk melindungi pekerjanya
daripada hazad ruang terkurung dan mengawasi dan mengawal pekerja yang
masuk ke dalam ruang terkurung.


Majikan hendaklah menggubal satu program ruang terkurung jika terdapat
ruang terkurung dan kerja yang hendak dijalankan di dalamnya. Program tersebut
mestilah sekurang-kurangnya mengandungi :

1. Mengenalpasti hazad
2. Kawalan hazad
3. Orang yang menjaga / menyelamat
4. Sistem permit
5. Pemasangan tanda
6. Latihan pekerja
7. Peralatan
8. Pengenalpastian tanggungjawab
9. Kaedah-kaedah komunikasi
10. Kaedah perlindungan tambahan
11. Prosedur kecemasan
12. Alat penggera




19
2.6 Mengenalpasti Hazad


Langkah pertama yang perlu ada dalam program ruang terkurung adalah
mengenalpasti hazad. Ianya penting kerana di dalam ruang terkurung,
kebarangkalian wujudnya hazad adalah sangat tinggi. Oleh itu, dengan
mengenalpasti hazad, langkah kawalan dan pencegahan dapat dilakukan dengan
betul dan mengelakkan berlakunya kemalangan.


Hazad yang berkemungkinan berlaku ketika memasuki atau bekerja di
dalam ruang terkurung boleh menyebabkan kecederaan badan, diserang penyakit,
dan kematian kepada pekerja. Kemalangan yang berlaku di kalangan pekerja-
pekerja adalah disebabkan kegagalan untuk mengenalpasti potensi hazad di dalam
ruang tersebut. Ia seharusnya diambil langkah berjaga-jaga dengan menganggap
bahawa keadaan yang paling buruk wujud di dalam setiap kes dan bahaya letupan,
keracunan dan kesesakan nafas akan berlaku sebaik sahaja memasuki ruang
terkurung. Hazad di dalam ruang terkurung boleh dikategorikan kepada:

1. Bahan yang disimpan dan digunakan di dalam ruang terkurung, contohnya,
damp yang akan mengaktifkan karbon di dalam tangki simpanan dan
kemudiannya menyerap oksigen, seterusnya menyebabkan keadaan
kekurangan oksigen dalam udara.

2. Aktiviti atau kerja yang dijalankan, yang juga boleh menghasilkan bahan
atau gas yang boleh mungurangkan kandungan oksigen dalam udara.

20
3. Persekitaran luaran, contohnya seperti dalam sistem pembentung, mungkin
dipengaruhi oleh air pasang, kehadiran gas yang lebih berat daripada udara,
atau banjir kilat.


2.6.1 Hazad Pengudaraan


Pengudaraan di dalam ruang terkurung mungkin menjadi sangat berbahaya
disebabkan kekurangan peredaran udara secara semulajadi. Kejadian seperti ini
yang berlaku dalam ruang terkurung akan mengakibatkan berlakunya keadaan
kekurangan oksigen, keadaan mudah terbakar dan juga keadaan beracun.


2.6.1.1 Hazad Kekurangan Oksigen


Keadaan kekurangan oksigen berlaku sekiranya kandungan oksigen yang
boleh digunakan kurang daripada 19.5% (Sila lihat Rajah 2.3). Sebarang keadaan
yang mana mempunyai kandungan oksigen kurang daripada 19.5% mestilah
dilarang daripada dimasuki oleh pekerja yang tidak dilengkapi dengan alat-alat
pembantu penafasan yang disahkan [1].


Kekurangan oksigen dalam ruang terkurung berlaku disebabkan kerja-kerja
yang dijalankan seperti kerja mengimpal, memotong, atau ia juga berlaku kerana
hasil tindakbalas sesetengah bahan kimia atau melalui tindakan bakteria.
Kandungan oksigen juga boleh berkurangan sekiranya gas oksigen di dalam ruang
terkurung diganti dengan gas-gas lain seperti karbon dioksida atau nitrogen.
21
Sekiranya oksigen diganti sepenuhnya oleh gas-gas lain, ia boleh mengakibatkan
pekerja pengsan dan seterusnya membawa maut jika gagal diselamatkan dengan
segera.





















Rajah 2.3 : Skala oksigen [8]



6 %
14 %
16 %
21 %
19.5 %
Difficult Breathing
Death in Minutes
Faulty Jugdement
Rapid Fatigue
Impaired Judgement
& Breathing
Minimum For
Safe Entry
O
2
Enriched
22
2.6.1.2 Hazad Mudah Terbakar


Terdapat dua perkara yang mengakibatkan keadaan mudah terbakar di
dalam ruang terkurung iaitu kandungan oksigen yang tinggi dalam udara, dan gas-
gas mudah terbakar atau habuk dalam campuran tertentu. Gas yang berlainan akan
menghasilkan kebakaran yang berbeza. Sekiranya punca api (contohnya percikan
api daripada peralatan elektrik) berlaku di dalam ruang terkurung yang
mengandungi keadaan mudah terbakar, ia akan mengakibatkan berlakunya
letupan.


Menurut NIOSH (1979), sebarang kemasukan ke dalam ruang terkurung
hendaklah dihalang sekiranya kandungan gas-gas yang mudah terbakar di dalam
udara melebihi 10% daripada lower flammability limit (LFL) [9]. Adalah perlu
untuk memastikan terlebih dahulu paras oksigen (melalui ujian yang dijalankan)
bagi mengukur tahap kebolehbakaran.


Kandungan oksigen yang banyak dalam udara (melebihi 21%) akan
mengakibatkan bahan-bahan menjadi mudah terbakar seperti baju dan rambut
yang akan cepat disambar oleh api [8]. Oleh itu, penggunaan oksigen sepenuhnya
untuk pengudaraan dalam ruang terkurung tidak dibenarkan sama sekali.
Pengudaraan mestilah dilakukan dengan udara biasa atau semulajadi.





23
2.6.1.3 Hazad Toksik dan Beracun


Kebanyakan bahan (cecair, gas, dan debu) perlu diklasifikasikan sebagai
berbahaya di dalam ruang terkurung. Bahan toksik boleh terbentuk daripada :

i. Produk atau bahan yang disimpan di dalam ruang terkurung
Produk atau bahan boleh diserap dan membebaskan gas toksik
apabila ia dialih, dicuci atau dipindahkan daripada tempat asalnya.
Contohnya : pembuangan sisa pejal daripada tangkibahan yang telah
diurai boleh membebaskan gas hidrogen sulfida yang boleh menyebabkan
kematian.

ii. Kerja yang dilakukan di ruang terkurung
Ianya termasuklah kerja-kerja mengimpal,memotong, mengecat, dan
sebagainya. Keadaan toksik boleh dijanakan oleh pelbagai proses.
Contohnya serbuk pencuci yang banyak digunakan dalam industri untuk
mencuci dan menanggalkan minyak. Kandungan dalam serbuk pencuci ini
adalah menjadi sangat beracun di dalam ruang terkurung [8].

iii. Kawasan persekitaran yang berhampiran dengan ruang terkurung
Bahan toksik yang dihasilkan di sekitar kawasan ruang terkurung
boleh memasuki dan merebak ke dalam ruang terkurung.






24
2.6.1.4 Ujian kandungan udara


Kemasukan ke ruang terkurung adalah dilarang sehingga ujian kandungan
udara yang sewajarnya telah dilakukan dari luar bagi memastikan kandungan
udara adalah selamat. Ujian yang dijalankan mestilah meragkumi kandungan
oksigen, kebolehbakaran, dan kandungan toksik.


Adalah penting untuk memahami bahawa sesetengah gas-gas atau debu
lebih berat daripada udara dan ianya akan termendak di bahagian bawah ruang
terkurung. Manakala sesetengah gas yang lebih ringan daripada udara akan berada
di bahagian atas ruang terkurung. Oleh itu amat penting untuk diuji semua
bahagian (iaitu atas, tengah dan bawah) di dalam ruang terkurung dengan
menggunakan alat-alat yang tertentu bagi memastikan jenis gas yang terkandung
di dalam ruang tersebut seperti dalam Rajah 2.4.


Sekiranya hasil ujian menunjukkan berlaku kekurangan oksigen, atau
kehadiran tosik, ruang tersebut perlu dilakukan pengudaraan dan kemudian diuji
semula sebelum pekerja dibenarkan masuk. Andainya pengudaraan tidak dapat
dilakukan tetapi ruang tersebut perlu dimasuki (contohnya untuk kerja
menyelamat), pekerja yang berkenaan perlu dilengkapi dengan alat penafasan dan
perlindungan.





25


Rajah 2.4 : Ujian kandungan udara [8]


2.6.2 Hazad fizikal


Kerja-kerja yang dilakukan dalam ruang terkurung juga mempunyai potensi
bahaya dari segi fizikal. Antaranya ialah :

i. Suhu melampau
Suhu yang terlampau panas atau sejuk akan mendatangkan masalah
kepada pekerja. Contohnya, sekiranya ruang terkurung perlu dipanaskan, ia
perlu dibiarkan sejuk sebelum pekerja dibenarkan masuk.

ii. Pemendapan
Bahan-bahan yang terkandung dalam tong atau hoppers yang
longgar atau tidak padat seperti pasir, arang batu dan sebagainya boleh
menyebabkan pekerja terendap dan seterusnya ditimbus. Bahan-bahan yang
26
tidak padat ini boleh termendap disebabkan oleh berat badan pekerja. Ini
ditunjukkan dalam Rajah 2.5.

iii. Bising
Keadaan hingar di dalam ruang terkurung boleh menjadi teruk
disebabkan oleh rekabentuk dan alat-alat tertentu yang digunakan.
Pendedahan kepada bunyi bising bukan sahaja boleh merosakkan deria
pendengaran tetapi juga boleh menyukarkan komunikasi seperti amaran
yang diberikan tentang bahaya tidak dapat didengar oleh pekerja.

iv. Permukaan basah dan licin
Tergelincir dan terjatuh boleh berlaku di atas permukaan yang basah
dan licin mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada pekerja.
Keadaan permukaan yang basah juga boleh memudahkan berlakunya
kejutan elektrik di kawasan litar elektrik dan peralatan elektrik yang
terdedah di kawasan tersebut.

v. Objek terjatuh
Pekerja yang berada di dalam ruang terkurung harus berhati-hati
terhadap kemungkinan ditimpa objek terjatuh, terutamanya di ruang yang
mempunyai bukaan pada bahagian atas sebagai ruang masuk dan apabila
ada kerja dilakukan di atas kepala pekerja.







27


Rajah 2.5 : Hazad pemendapan [8]




2.7 Kawalan Hazad


Prosedur dan amalan yang perlu untuk kemasukan dengan selamat ke
dalam ruang terkurung hendaklah diwujudkan dan diamalkan. Ia hendaklah
mengandungi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara seperti penetapan syarat-
syarat kebenaran kemasukan, pengasingan ruang terkurung, penyahudaraan, serta
pengesahan syarat kemasukan.




28
2.7.1 Penetapan syarat-syarat kebenaran kemasukan


Bagi mengelakkan orang-orang yang tidak berkenaan memasuki ruang
terkurung, kebenaran hanya diberikan kepada pekerja-pekerja yang memenuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan sahaja. Syarat tersebut adalah bergantung
kepada keadaan serta kerja-kerja yang perlu dilakukan di dalam ruang terkurung.


2.7.2 Pengasingan ruang terkurung


Pengasingan ruang terkurung merupakan proses menutup semua
perkhidmatan yang disediakan dengan:


i. Locking out
Menutup semua punca elektrik, selalunya dilakukan dengan
menutup suis alat atau mesin tersebut.

ii. Blanking and bleeding
Mengosongkan atau mengeluarkan bendalir dalam saluran
pneumatik dan hidraulik.

iii. Disconnecting
Memutuskan tali dan rantai conveyer pada peralatan-peralatan
mekanikal.


29
iv. Securing
Memantau bahagian mesin mekanikal yang bergerak seperti rantaian
dan blok.


2.7.3 Penyahudaraan


Membersihkan, menghilangkan, mengeluarkan udara ruang terkurung
untuk menghapuskan atau mengawal hazad di dalam atmosfera. Menurut
Occupational Safety and Health Regulations, Part 9 (Confined Spaces) [10] :

i. Apabila dipraktikkan, pihak majikan perlu memastikan ruang terkurung
yang akan dimasuki mengandungi udara yang bersih.

ii. Sekiranya ruang terkurung dikenalpasti mengandungi selain daripada udara
bersih, hazad mesti dikawal dengan membersihkan, menghilangkan dan
mengeluarkan udara tersebut dan kemudiannya kandungan udara perlu diuji
semula sebelum pekerja dibenarkan masuk. Seperti dalam Rajah 2.6.

iii. Di penghujung ruang yang telah diasingkan mestilah dibersihkan,
dihilangkan dan dikeluarkan untuk membuang bahan atau zarah yang boleh
membahayakan pekerja yang memasuki ruang terkurung.






30


Rajah 2.6 : Penyahudaraan menggunakan kipas dan penyalur [8]


2.7.4 Pengesahan Syarat Kemasukan


Mengesahkan bahawa syarat-syarat kebenaran kemasukan yang boleh
dibenarkan di dalam ruang terkurung selama sesuatu kebenaran masuk diberi. Ini
boleh dilakukan dengan menguji atmosfera ruang terkurung sebelum sebarang
kemasukan dan setiap kali yang perlu, selama kebenaran operasi masuk ruang
terkurung diberi.




2.8 Orang yang Menjaga (Standby Person)


Semasa kerja dijalankan, orang yang menjaga perlu berada di luar ruang
terkurung (seperti dalam Rajah 2.7). Orang yang berkenaan perlu diberi latihan
dalam kerja-kerja menyelamat serta prosedur kecemasan (first-aid procedures),
dan seharusnya dilengkapi dengan peralatan komunikasi yang diperlukan untuk
berhubung dengan orang yang bekerja di dalam ruang tersebut.

31
Orang yang menjaga seharusnya di tugaskan bagi berada di luar ruang
terkurung dan hendaklah kerap berhubung (sama ada melalui penglihatan atau
percakapan) dengan pekerja yang berada di dalam. Orang yang menjaga juga
mestilah tidak melakukan kerja lain selain daripada penjaga di luar dan menjadi
orang pertama yang diberitahu sekiranya berlaku kemalangan. Dia juga tidak
dibenarkan memasuki ruang terkurung sehingga bantuan tiba, dan sehingga
sekiranya dilengkapi dengan peralatan perlindungan, life lines, dan alat
pernafasan yang betul.


Lebih 50% daripada pekerja yang maut di dalam ruang terkurung terdiri
daripada mereka yang masuk ke dalam ruang terkurung untuk menyelamat
rakan.[8]. Orang yang menyelamat mestilah yang terlatih dan mengikut prosedur
kecemasan yang ditetapkan dan menggunakan peralatan yang betul. Kerja
menyelamat mestilah dijalankan secara sistematik, contohnya kerja mengorek
yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan pekerja yang terperangkap, mesti
dilakukan mengikut prosedur kecemasan.


Sebarang kerja menyelamat yang tidak terancang, seperti pekerja yang
berada di luar ruang terkurung, tergesa-gesa menyelamat pekerja lain di dalam,
hanya akan memburukan keadaan dan menambah bilangan kematian. Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Malaysia, memperuntukan sekurang-
kurangnya seorang orang yang menjaga berada di luar ruang terkurung di mana
kebenaran kemasukan diberi selama masa operasi kemasukan [1].




32


Rajah 2.7 : Orang yang menjaga perlu sentiasa berada di luar [8]




2.9 Sistem Permit


Sistem permit diperlukan bagi bekerja di kawasan yang dikategorikan
sebagai ruang terkurung yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Mengandungi atau berpotensi untuk mengandungi keadaan yang
merbahaya

ii. Mengandungi bahan yang mempunyai potensi untuk menggangu atau
menghalang penglihatan orang yang memasuki ruang terkurung.
33

iii. Mempunyai susunatur yang boleh menyebabkan pekerja yang memasuki
ruang tersebut terperangkap terutamanya pada pepenjuru dinding atau lantai
yang bercerun ke bawah serta laluan yang membawa kepada ruang yang
lebih kecil.

iv. Mempunyai keadaan-keadaan yang dikenalpasti boleh membahayakan
keselamatan dan kesihatan pekerja yang memasuki.


Permit merupakan dokumen yang ditandatangani oleh penyelia kemasukan
setelah dipastikan bahawa persiapan pra-kemasukan telah selesai dan ruang
terkurung tesebut telah selamat untuk dimasuki. Tempoh permit kemasukan
mestilah tidak melebihi masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja. Penyelia
kemasukan mestilah menutup pintu masuk dan membatalkan permit selepas kerja-
kerja selesai.




2.10 Pemasangan Tanda


Sekiranya kerja sedang dijalankan di ruang terkurung, orang yang menjaga
perlu menghalang sebarang kemasukan yang tidak dibenarkan dan pintu masuk
mestilah dihadang. Sekiranya tiada orang yang menjaga berada di pintu masuk
dalam tempoh tertentu, dan ruang terkurung dibiarkan terbuka pintu masuk
mestilah dihadang dan tanda amaran perlu diletakkan di luar pintu masuk ruang
terkurung.
34


Rajah 2.8 menunjukkan beberapa contoh tanda amaran. Ini adalah sangat
penting bagi mengelakkan orang yang tidak terlibat atau tidak diperlukan daripada
memasuki ruang tersebut. Ini dilakukan bagi melindungi pekerja di dalam ruang
terkurung terdedah kepada hazad luaran.





Rajah 2.8 : Contoh tanda amaran bekerja di ruang terkurung [11]






35
2.11 Latihan Pekerja


Majikan hendaklah menyediakan latihan yang secukupnya kepada semua
pekerjanya yang bekerja di ruang terkurung sebelum apa-apa jenis kerja mula
dijalankan. Setelah selesai latihan, majikan perlu memastikan bahawa pekerjanya
telah mendapat cukup pemahaman, pengetahuan, dan kemahiran yang diperlukan
supaya mereka dapat menjalankan kerja dengan cara yang selamat.


Latihan yang diperlukan termasuklah bidang pengurusan dan juga pekerja.
Ini adalah supaya semua aspek bekerja di ruang terkurung diketahui secara
terperinci. Sekiranya majikan tidak mempunyai kemudahan bagi menjalankan
latihan, majikan boleh merujuk kepada Perkhidmatan Bomba, Gas atau Air, dan
juga Industri Kimia [12]. Bagi ruang terkurung, latihan tambahan diperlukan
sekiranya:

i. Berlaku pertukaran jenis kerja,

ii. Terdapat perubahan dalam program ruang terkurung disebabkan
risiko berlakunya bahan atau keadaan baru yang telah dikenalpasti
sebagai merbahaya,

iii. Mutu atau kualiti kerja yang dilakukan oleh pekerja tersebut
menurun.


36
Di samping itu, latihan juga perlu diberikan kepada pasukan yang di
tugaskan untuk menyelamat termasuklah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
dan First-Aid.




2.12 Peralatan


Bagi menjalankan kerja-kerja di dalam ruang terkurung, pelbagai peralatan
dibawa masuk samada untuk mengelakkan bahaya atau kemalangan berlaku
kepada pekerja ataupun untuk membantu menjalankan kerja-kerja di ruang
berkenaan. Antara peralatan-peralatan yang biasanya dilengkapi oleh adalah:

i. Personal Protective Equipment (P.P.E.)
Safety Health and Walfare at Work (HSW), 1993 General
Application Regulations menetapkan supaya kerja yang dijalankan
dilengkapi dengan P.P.E. [5]. Ianya mestilah digunakan dengan sebaik
mungkin dan diselenggara dalam tempoh tertentu serta pekerja yang
menggunakannya mestilah telah dilatih terlebih dahulu. Pekerja yang
terlibat perlu menggunakan P.P.E. seperti yang terdapat dalam OSHA Part
8 (Personal Protective Clothing and Equipment).

ii. Emergency Escape Respirator
Pekerja yang bertugas di ruang terkurung yang mengandungi bahaya
pengudaraan mestilah membawa bersama Emergency Escape Respirator
untuk memudahkan mereka keluar daripada ruang terkurung tanpa
memerlukan bantuan. Alat bantuan pernafasan (respirator) merupakan alat
37
yang sangat penting kerana ia membolehkan pekerja bernafas tanpa
menyedut gas-gas toksik atau habuk di dalam ruang terkurung.


Terdapat 2 jenis respirator iaitu air-purifying, alat yang akan
menapis zarah atau habuk di dalam udara; dan air-supplying, alat yang
menyalurkan oksigen daripada tangki atau kawasan luar berdekatan dengan
ruang terkurung untuk membantu pernafasan. (Sila rujuk Rajah 2.9).


iii. Silinder Udara Termampat (Compressed Gas Cylinders)
Tidak semua Silinder Udara Termampat dibenarkan untuk dibawa
masuk ke dalam ruang terkurung kerana bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan. Yang dibenarkan untuk dibawa masuk hanyalah Silinder
Rajah 2.9 : Jenis-jenis Respirator [8]
38
Udara Termampat yang digunakan untuk disalur kepada Alat Bantuan
Pernafasan (Respirators), alat perubatan(medical resuscitation equipment),
penyembur aerosol, pemadam kebakaran dan sebagainya seperti yang telah
ditetapkan oleh OSHA Part 9.48 [10].

iv. Lampu suluh (Torches) dan Salur Paip (Hoses)
Ada ketikanya lampu suluh salur paip digunakan untuk kerja-kerja
mengimpal atau memotong logam. Ianya perlu dikeluarkan sekiranya tidak
diperlukan setelah meninggalkan ruang terkurung bagi mengelakkan
kemalangan.

v. Peralatan Elektrik
Peralatan elektrik yang digunakan di ruang terkurung mestilah di
bumikan atau digandakan penebat dan ditandakan. Sekiranya terdapat
keadaan yang basah atau lembap, peralatan tersebut mestilah dilindungi
oleh ground fault interrupter seperti yang terkandung dalam OSHA Part
19( Electrical Safety) [10].




2.13 Pengenalpastian Tanggungjawab


Tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat mestilah ditentukan terlebih
dahulu untuk memastikan kelancaran kerja di ruang terkurung. Pengagihan orang-
orang yang bertanggungjawab (contohnya kemasukan yang dibenarkan, orang
yang menjaga, penyelia kemasukan atau Penguji Gas Bertauliah ) dalam operasi
kemasukan dan mengenalpasti tanggungjawab setiap pekerja berkenaan. Antara
39
tanggungjawab-tanggungjawab yang penting untuk dikenalpasti adalah tugas
majikan, tanggungjawab kontraktor, tanggungjawab penyelia kemasukan, tugas
pemeriksa gas bertauliah, tugas orang yang menjaga, dan tugas orang yang
dibenarkan masuk.


2.13.1 Tugas Majikan


Apabila majikan mengatur pekerja-pekerja atau kontraktor menjalankan
kerja yang melibatkan ruang terkurung, majikan hendaklah memenuhi tugas
seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 15 dan Seksyen 18 Akta Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [1]. Majikan hendaklah:

a. Memaklumkan kepada pekerja atau kontraktor bahawa masuk ke ruang
terkurung cuma dibenarkan dengan program ruang terkurung yang
memenuhi keperluan-keperluan Kod Amalan;

b. Memaklumkan kepada pekerja atau kontraktor mengenai elemen-elemen,
termasuk hazad yang telah dikenalpasti dan pengalaman majikan dengan
ruang terkurung;

c. Memaklumkan pekerja atau kontraktor mengenai langkah mencegah atau
prosedur yang telah dilaksanakan oleh majikan untuk keselamatan pekerja
di dalam atau berdekatan dengan ruang terkurung di mana kakitangan
kontraktor akan bekerja;

40
d. Menyelaras kemasukan operasi dengan kontraktor, semasa kedua-dua
kakitangan majikan dan kakitangan kontraktor akan bekerja di dalam atau
berdekatan dengan ruang terkurung;

e. Menjalankan sesi maklumbalas dengan kontraktor atau kakitangan
kontraktor setelah tamat operasi kemasukan mengenai program ruang
terkurung yang telah diikuti dan mengenai apa-apa hazad yang dihadapi
atau timbul dalam ruang terkurung dalam operasi kemasukan;

f. Memastikan bahawa kontraktor, penyelia kemasukan, Penguji Gas
Bertauliah, orang yang mendapat kebenaran masuk dan orang yang
menjaga memenuhi tanggungjawab seperti yang ditetapkan di bawah
Seksyen 12, 13, 14, dan15.


2.13.2 Tanggung jawab Kontraktor


Setiap kontraktor yang telah dilantik untuk menjalankan operasi di ruang
terkurung hendaklah [1]:

a. Mendapatkan maklumat yang tersedia mengenai hazad ruang terkurung dan
maklumat kemasukan dari majikan;

b. Menyelaras operasi kemasukan dengan majikan, apabila kedua-dua
kakitangan majikan dan kakitangan kontraktor akan bekerja di dalam atau
berdekatan dengan ruang terkurung;

41
c. Memaklumkan kepada majikan program ruang terkurung yang akan diikuti
dan apa-apa hazad yang akan dihadapi atau timbul dalam ruang terkurung,
samada melalui maklumbalas atau semasa operasi kemasukan;

d. Mematuhi Kod Amalan ;

e. Jika kontraktor mengambilalih tapak kerja, mereka hendaklah mematuhi
tanggungjawab sebagai majikan.


2.13.3 Tanggungjawab Penyelia Kemasukan


Setiap penyelia kemasukan hendaklah:

1. Mempunyai pengetahuan mengenai hazad yang akan dialami ketika
kemasukan, termasuk maklumat mengenai cara, tanda dan gejala, akibat
pendedahan;

2. Mengesahkan dengan memeriksa kemasukan yang sesuai telah dibuat di
atas permit kerja,bahawa semua ujian yang ditetapkan telah dikendalikan
dan semua prosedur dan alat kelengkapan yang telah ditetapkan dalam
permit adalah teratur sebelum permit disahkan dan membenarkan
kemasukan bermula;

3. Menamatkan kemasukan dan membatalkan permit

4. Mengesahkan perkhidmatan penyelamat disediakan dan kaedah memanggil
mereka beroperasi dan digunakan;
42

5. Menghalang individu yang tidak mendapat kebenaran untuk memasuki atau
cuba memasuki ruang terkurung semasa operasi kemasukan;

6. Menentukan, apabila tanggungjawab terhadap ruang terkurung dipindahkan
dan dalam jarak waktu tertentu ditetapkan oleh hazad dan operasi
dijalankan dalam ruang, bahawa operasi kemasukan tetap konsisten dengan
permit dan keadaan kemasukan yang diterima dikekalkan.


2.13.4 Tugas Pemeriksa Gas Bertauliah


Pemeriksa Gas Bertauliah hendaklah:

1. Mempunyai pengetahuan mengenai hazad yang akan dialami ketika
kemasukan, termasuk maklumat mengenai cara, tanda dan gejala, akibat
pendedahan;

2. Mengenalpasti setiap hazad dan membuat cadangan langkah-langkah untuk
mengatasinya bagi kemasukan yang selamat;

3. Mahir dengan peralatan yang digunakan untuk masuk ke ruang terkurung,
contohnya alat pengesan gas, winch mengangkat orang, tripod dan
sebagainya;

4. Menguji dan menilai bacaan kandungan gas di dalam ruang terkurung;

5. Menyambung dan membatalkan sijil Permit untuk Bekerja;
43

6. Memberi penerangan kepada pasukan yang masuk tentang prosedur
kecemasan di dalam ruang terkurung.


2.13.5 Tugas Orang Yang Menjaga


Setiap orang yang menjaga hendaklah:

1. Mempunyai pengetahuan tentang hazad yang akan dialami semasa
kemasukan termasuk maklumat mengenai cara, tanda dan gejala, akibat
pendedahan;

2. Sedar akan kemungkinan kesan pendedahan ruang terkurung terhadap
tingkahlaku orang yang dibenarkan masuk ke ruang terkurung;

3. Sentiasa menjaga dengan tepat jumlah orang yang dibenarkan masuk yang
berada di dalam ruang terkurung, dan juga memastikan cara yang
digunakan untuk mengenal orang yang dibenarkan masuk yang masuk
adalah tepat dan boleh menentukan siapa yang berada di dalam ruang
terkurung.

4. Berada di luar ruang terkurung yang telah ditetapkan semasa operasi
kemasukan sehingga diganti oleh penjaga yang lain;

5. Berhubung dengan orang yang dibenarkan masuk apabila perlu untuk
memantau status dan memberi isyarat kepada mereka untuk keluar daripada
ruang terkurung apabila perlu;
44

6. Memantau aktiviti-aktiviti di luar dan di dalam setiap ruang bagi
menentukan samada orang yang masuk berada di dalam ruang tersebut dan
memberi perintah kepada orang yang dibenarkan masuk untuk keluar dari
ruang terkurung segera jika terdapat salah satu kemungkinan berikut:

i. Jika orang menjaga mengesan keadaan yang dilarang;

ii. Jika orang menjaga mengesan perubahan tingkahlaku orang yang
dibenarkan masuk akibat pendedahan kepada hazad;

iii. Jika orang menjaga mengesan keadaan di luar ruang yang boleh
membahayakan orang yang dibenarkan masuk;

iv. Jika orang menjaga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan efektif
dan selamat;

v. Jika tanda amaran dihidupkan.

7. Memanggil penyelamat dan perkhidmatan kecemasan lain sebaik sahaja
orang menjaga telah menentukan orang yang dibenarkan masuk
memerlukan pertolongan untuk melepaskan diri dari hazad di ruang
terkurung.

8. Mengambil langkah-langkah berikut apabila orang yang tidak dibenarkan
masuk atau tidak berkenaan menghampiri atau memasuki ruang terkurung
semasa orang yang dibenarkan berada di dalamnya:
vi. Memberi amaran kepada orang yang tidak dibenarkan masuk supaya
menjauhi kawasan ruang terkurung;
45

vii. Menasihati orang yang tidak dibenarkan masuk supaya menjauhi
kawasan ruang terkurung;

viii. Memberitahu orang yang dibenarkan masuk dan penyelia
kemasukan jika orang yang tidak dibenarkan memasuki ruang
terkurung.

9. Membuat kerja menyelamat dari luar seperti yang telah ditentukan melalui
prosedur menyelamat;

10. Tidak membuat apa-apa yang mungkin akan bercanggah dengan tugas asal
orang yang menjaga untuk memantau dan melindungi orang yang
dibenarkan masuk.


2.13.6 Tugas Orang Yang Dibenarkan Masuk


Semua orang yang dibenarkan masuk hendaklah:

1. Mempunyai pengetahuan mengenai hazad-hazad yang mungkin dihadapi
semasa kemasukan, termasuk maklumat mengenai kaedah, tanda-tanda dan
akibat-akibat pendedahan.

2. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul.

3. Berkomunikasi dengan orang yang menjaga jika perlu untuk membolehkan
orang yang bersiap-sedia memantau status kemasukan dan membolehkan
46
orang yang menjaga memberitahu orang yang masuk untuk keluar dari
ruang terkurung.

4. Memberitahu kepada orang yang menjaga sebaik sahaja:

i. Orang yang masuk mengecam sebarang tanda amaran atau tanda
pendedahan kepada keadaan yang merbahaya; atau

ii. Orang yang masuk mengesan keadaan yang dilarang.

5. Keluar daripada ruang terkurung sebaik sahaja:

i. Ada arahan untuk keluar diberi oleh orang yang menjaga atau
Penyelia kemasukan;

ii. Orang yang masuk mengecam sebarang tanda amaran atau tanda
pendedahan kepada keadaan merbahaya;

iii. Orang yang masuk mengesan keadaan yang dilarang; dan

iv. Loceng amaran pengosongan berfungsi.








47
2.14 Kaedah-Kaedah Komunikasi


Sistem komunikasi yang mencukupi adalah penting untuk memastikan
perhubungan antara orang yang berada di dalam dengan orang di luar ruang
terkurung untuk meminta pertolongan jika berlaku kecemasan. Keperluan
komunikasi mungkin berbeza bergantung kepada jenis kerja yang dijalankan dan
keadaan tempat kerja. Di dalam kebanyakan peralatan komunikasi segera seperti
telefon, walkie talkie adalah digalakkan. Terdapat keadaan di mana lain-lain
kaedah komunikasi seperti percakapan mulut, isyarat tangan, cahaya dan isyarat
tali boleh digunakan.




2.15 Kaedah perlindungan tambahan


Beberapa kaedah mungkin perlu di tambah ke dalam program seperti yang
disarankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan [3]. Contohnya:

1. Larangan menjalankan kerja panas bersebelahan kawasan terlibat;

2. Larangan merokok dan lain jenis api di dalam ruang terkurung atau
kawasan berdekatan;

3. Peruntukan cara berkomunikasi yang sesuai diantara orang di dalam ruang
terkurung;

48
4. Mengelakkan pencemaran udara untuk pernafasan dari operasi atau punca
dari luar ruang terkurung, contohnya asap dari injin pembakaran dalam.




2.16 Prosedur Kecemasan


Apabila terjadi perkara yang tidak diingini, pekerja yang terlibat akan
terdedah kepada bahaya yang serius. Langkah yang efektif adalah amat diperlukan
bagi membunyikan alat penggera dan seterusnya menjalankan kerja-kerja
menyelamat. Plan kecemasan bergantung kepada persekitaran ruang terkurung,
risiko dan kesan yang telah dikenalpasti.


Prosedur kecemasan termasuk mempunyai kelengkapan peralatan
menyelamat, hendaklah diadakan dan lengkap [1]. Persediaan mestilah mengambil
kira perkara-perkara berikut:

i. Bentuk dan saiz ruang terkurung;

ii. Maklumat tentang tugas yang hendak dilakukan;

iii. Berkenaan rintangan berkaitan ruang terkurung serta saiz dan kedudukan
berkaitan dengan jalan masuk dan keluar dari ruang terkurung;

iv. Bilangan pekerja yang masuk ke dalam dan yang menunggu di luar ruang
terkurung untuk mengendalikan peralatan yang perlu untuk menjalankan
49
tugas dalam ruang terkurung, juga untuk memastikan perhubungan yang
baik dengan orang di dalam ruang terkurung dan juga pemerhatian ke atas
meraka supaya kerja-kerja menyelamat dapat dilakukan jika perlu.

Health and Safety Executive (HSE) ada menyatakan bahawa langkah
kecemasan adalah bergantung kepada risiko [2]. Oleh itu, perlu dipertimbangkan
beberapa perkara seperti:

i. Komunikasi

Bagaimana pekerja di dalam ruang terkurung berkomunikasi dengan orang
yang menjaga di luar supaya prosedur kecemasan dapat dilaksanakan? Ini
termasuklah pada waktu tengah malam dan ketika kerja shif, hujung
minggu, dan juga ketika premis ditutup; sebagai contoh, ketika hari cuti.
Harus dipertimbangkan apa yang bakal berlaku dan bagaimana alat
penggera dapat dibunyikan.

ii. Peralatan Menyelamat

Menyediakan peralatan menyelamat yang sesuai, bergantung kepada jenis
kecemasan yang telah dikenalpasti mungkin terjadi. Penyelamat yang
terlatih untuk mengendalikan peralatan yang tersedia untuk digunakan
adalah sanagat penting.

iii. Kebolehan Penyelamat

Penyelamat mestilah terdiri daripada orang yang terlatih sepenuhnya, yang
cekap menjalankan tugas mereka, sentiasa bersedia, dan berkebolehan
menggunakan sebarang peralatan yang disediakan untuk kerja menyelamat,
50
contohnya alat bantuan pernafasan dan alat pencegah kebakaran.
Penyelamat juga perlu dilindungi daripada sebarang bahaya.




2.17 Alat Penggera


Adalah menjadi amalan di kebanyakan tempat kerja di mana pekerja boleh
menghidupkan alat penggera sebagai langkah permulaan untuk mengawal
keadaan. Sistem alat penggera boleh dipelbagaikan dan bergantung kepada
keadaan tempat kerja. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan ada
menyatakan bahawa perlu menyediakan beberapa tempat di mana alat penggera
dapat dibunyikan secara terus, melalui isyarat atau pesanan kepada suatu tempat
yang sentiasa ada penjaga [1]. Loceng perlu dijaga oleh orang yang bertugas di
mana boleh mengetahui situasi dan prosedur kecemasan.


Di kawasan yang mempunyai kadar bunyi bising yang tinggi adalah perlu
dipasang lebih dari satu loceng pemancar atau lampu berkelip-kelip. Loceng
automatik juga sesuai diletakkan di sesetengah tempat. Isyarat kecemasan tersebut
perlu menyedarkan orang yang menjaga supaya dapat menilai keadaan dan
memulakan prosedur kecemasan yang perlu.

You might also like