Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN



TAHUN 2 SEMESTER 2
KUMPULAN 32
UNIT:KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK
TAJUK:ANEMIA DALAM KANDUNGAN


NAMA : MUHAMAD FARIDUDDIN BIN RAZALI
NO I/C : 941111-11-5551
NO MATRIK : BPP 2013-1625
PENEMPATAN : KLINIK KESIHATAN PANTAI REMIS

2

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1. PENGENALAN
3
2. KAJIAN SEMULA [PENYATAAN MASALAH]
4
3. SIMPTOM ANEMIA SEMASA HAMIL
5
4. ETIOLOGI DAN KOMPLIKASI
6
5. UBAT-UBATAN
7
6. GOLONGAN BERISIKO MENGHIDAPI
ANEMIA
8
7. PENCEGAHAN ANEMIA
9
8. RUMUSAN
10
9. RUJUKAN
11










3

PENGENALAN

Anemia merupakan keadaan dimana tubuh kita mengalami kekurangan haemoglobin atau sel
darah merah yang sihat. Jika jumlah haemoglobin anda kurang atau abnormal maka sel dalam
tubuh tidak akan mendapat oksigen yang cukup sehingga timbul gejala-gejala tertentu seperti
lemah,letih dan lesu.
Anemia sering terjadi kepada wanita dan orang yang mengalami penyakit kronik. Beberapa
jenis anemia dapat diturunkan kepada bayi ketika bayi baru lahir. Wanita yang subur juga
cenderung mengalami kekurangan zat besi dalam darah kerana kehilangan darah akibat
menstruasi atau haid. Orang tua juga mempunyai risiko yang besar mengalami anemia kerana
corak pemakanan yang kurang sihat.
Terdapat beberapa jenis penyakit anemia dengan penyebab dan perawatan yang berbeza.
Jenis yang paling umum adalah anemia kekurangan zat besi dimana pengubatannya mudah
dilakukan dengan merubah corak makan dan memberikan suplemen zat besi. Anemia yang
terjadi pada ibu hamil dikategorikan sebagai sesuatu yang normal. Namun demikian,
beberapa jenis anemia dapat menyebabkan masalah kesihatan seumur hidup.

4

KAJIAN SEMULA

Menurut definisi World Health Organization [WHO], anemia semasa mengandung ialah
keadaan dimana bacaan kandungan haemoglobin kurang daripada 11g/dL yang disebabkan
oleh kekurangan bekalan zat besi (artikel Brady PG iron deficiency anemia).
Menurut takrifan World Health Organization [WHO] terhadap anemia semasa mengandung,
hampir 50% daripada wanita yang akan menghidapi anemia sekiranya mereka tidak
mengambil ubat hematinik [Oxford Handbook of Clinical Specialities].
Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah anemia kekurangan
zat besi, pengambilan zat besi tambahan dalam seharian boleh mengelakkan daripada
melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan zat besi tambahan boleh juga
mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu preterm labour [artikel
Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus]
Menurut buku [Oxford Handbook of Clinical Specialities] bahagian obstetriks, seorang
wanita yang mengandung akan mula mengalami keadaan bermula minggu ke 20 beliau
mengandung. Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai
kandungan haemoglobin yang rendah semasa mengandung [Ismail Taqib dalam artikel
anemia semasa mengandung].

PENYATAAN MASALAH:
Anemia merupakan kekurangan ferum yang ringan dan tidak mendatangkan masalah
terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan anemia
tersebut menjadi lebih teruk.
Kajian menunjukkan bahawa keadaan anemia yang teruk boleh menyebabkan kelahiran
pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran
bayi terbantut.
Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia
merupakan satu keadaan dimana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh
mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat serta
lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

5


PERBINCANGAN DAN HUJAH

SIMPTOM ANEMIA SEMASA HAMIL:
Antara simptom yang kebiasaanya dikenalpasti adalah:
1. Warna kulit,bibir dan kuku yang pucat
2. Cepat letih dan sering berasa lemah
3. Sering pening kepala
4. Nafas yang pendek [rasa mengah atau tercungap]
5. Degupan jantung yang pantas
6. Menghadapi masalah untuk focus
7. Keinginan makanan yang melampau [luar biasa]
8. Kebas kaki atau tangan

Harus diingat, pada peringkat awal simptom anemia mungkin tidak jelas kelihatan. Sebab itu
digalakkan ibu-ibu hamil untuk kerap buat ujian darah. Berdasarkan standard bacaan yang
ditetapkan World Health Organization [WHO]. paras bacaan haemoglobin yang normal
adalah 11gm% dan ke atas. Hematocrit [%RCBs relative to plasma volume] kurang dari 33%
juga dikatogerikan sebagai anemia.


Trimester Hemoglobin [g/dL] Hematocrit [%]
First <11 <33
Second <10.5 <32
Third <11 <33






6


ETIOLOGI:

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada risiko masalah anemia di
kalangan ibu hamil:
Ibu hamilyang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat
mengamalkan pemakanan yang seimbang berikutan masalah morning sickness
yang teruk dan berlarutan
Ibu yang hamil anak kembar
Jarak kehamilan yang terlalu rapat
Tabiat pemakanan yang tidak baik
Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan
Penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi
Perkara-perkara yang boleh mengganggu penyerapan zat besi secara efektif
oleh badan

KOMPLIKASI:

Antara komplikasi dan akibat jika seseorang ibu hamil mengalami anemia dan masalah
kekurangan zat besi:
Lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang
Bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya
Pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut
Meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia [peningkatan
tekanan darah ketika hamil] yang boleh mengundang pelbagai risiko lain termasuk
kematian

7


UBAT-UBATAN:

Antara ubat-ubatan yang digunakan seperti:
1. Acid Folic
bagi individu yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat
bagi ibu mengandung :
-diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel baru
-membaiki DNA yang rosak dalam sel
-mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf
-mengurangkan kebarangkalian mendapat anak mempunyai masalah bibir dan
lelangit bercelah
2. Pil Obimin
diperlukan kerana pil obimin mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin
B2, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin D, vitamin B3 dan B5, folic
acid, zat besi, kalsium, copper, iodine
3. Zincofer
zincofer mempunyai zat besi yang lebih daripada obimin, sesiapa yang
haemoglobin rendah,mesti doktor akan bagi zincofer untuk stabilkan
haemoglobin.

8



GOLONGAN BERISIKO MENGHIDAPI ANEMIA:
Mengikut kajian, berikut adalah golongan yang berisiko menghidapi anemia:
Wanita hamil kembar atau lebih
Jarak kehamilan yang terlalu rapat
Muntah yang terlalu kerap disebabkan morning sickness
Wanita yang hamil pada usia terlalu muda
Tidak makan makanan yang kaya sumber zat besi
Menghadapi masalah haid yang terlalu banyak [sebelum mengandung]

RISIKO ANEMIA KEPADA KEHAMILAN:
Kekurangan zat besi yang kronik dan tidak dirawat semasa kehamilan boleh meningkatkan
risiko kepada ibu dan bayi.
Risiko kepada ibu:
mungkin mengalami keguguran
bersalin awal [kelahiran pramatang]
melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
kematian janin dalam kandungan
pengeluaran susu badan berkurangan
tumpah darah selepas bersalin
koma atau meninggal dunia untuk kes yang kronik
Risiko kepada bayi:
kurang berat lahir [kurang dari 2.5kg]
lahir tidak cukup bulan
lemas semasa lahir
pertumbuhan terbantut





9

PENCEGAHAN ANEMIA:
Ibu-ibu hamil perlu makan lebih makanan yang membekalkan zat besi, vitamin c dan asid
folik.

1. Sasarkan 3 kali sehari hidangan yang kaya dengan zat besi seperti:
daging merah
ikan
sayur-sayuran berdaun hijau
bijirin dan buah-buahan kering yang kaya dengan zat besi
telur
tauhu,kacang buncis,kacang merah,kacang hijau

2. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin c, kerana ia membantu meningkatkan
penyerapan zat besi:
buah atau jus oren
strawberi
kiwi
tomato
lada benggala

3. Pilih makanan yang juga kaya asid folik seperti:
sayur-sayuran berdaun hijau
buah-buahan sitrus dan jus
roti dan bijirin
kekacang atau buah-buahan kering

10


RUMUSAN

Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk pesakit
dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan pesakit dan janin
adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa memastikan yang bayi di dalam
kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri.
Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan
yang cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan
timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang
akan dating.
Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu mengandung harus
mengambil penyakit ini sebagai suatu perkara yang penting dan berusaha untuk
mengubatinya dengan mematuhi arahan doktor seperti menjaga pemakanan. Bagi melahirkan
bayi yang sihat dan sempurna, pengamal perubatan dan ibu harus saling bekejasama untuk
menyelesaikan masalah ini.

11


RUJUKAN

I. Madan N,Agarwal N,Sikka M,Sood S,Effect of maternal iron deficiency anemia on
fetal outcome
II. Brady PG [2007] . Iron deficiency anemia.Southaus
III. Singla PN, Dash D, Shankar R. Fetal growth in maternal anemia
IV. World Health Organization, health topic 2010
V. Artikel anemia semasa kelahiran oleh Ismail Taqib
VI. Kajian anemia in pregnancy cross-sectional study in Singapore

You might also like