Kandidiasis N Trikomoniasis

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kandidiasis & Trikomoniasis 1

Latar Belakang

Jangkitan fungus/yis semasa hamil adalah biasa tetapi ianya bukan boleh diambil
ringan. Jangkitan fungus lazimnya disebabkan oleh satu organisma yang dipanggil
Candida Albicans dan penyakitnya lebih di kenali sebagai Kandidiasis. Faktor utama
kekerapan jangkitan ini semasa hamil adalah disebabkan tingginya paras estrogen semasa
kehamilan. Sebab-sebab lain fungus ini membiak adalah kencing manis, wanita yang
mengambil pil hormon atau pil perancang serta streroid, pengambilan antibiotik serta
lain-lain.

Trikomoniasis adalah satu penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma
kecil yang dipanggil Trichomonas vaginalis. Wanita ialah individu yang paling sering
dijangkitit oleh penyakit ini. Akan tetapi, lelaki boleh menjadi dijangkiti dan menjangkiti
kepada rakan-rakan mereka melalui hubungan seksual.






Kandidiasis & Trikomoniasis 2


Candidiasis
Candidiasis atau jangkitan yis lazimnya yang menyerang vagina pada wanita
hamil. Ia berkembang dengan baik jika kandungan gula yang tinggi terdapat dalam
lapisan sel-sel vagina semasa hamil. Yis akan tumbuh dengan baik pada persekitaran
yang manis. Perubahan yang biasa semasa hamil ialah penurunan kandungan acid di
kawasan vagina dan menyebabkan peningkatan kandungan gula pada sel dinding faraj.
Lazimnya candida albicans merupakan satu sel kulat dimana bila ianya di dalam
keadaan normal ianya tidak merbahaya. Sebab-sebab seperti kehamilan, kencing manis,
rawatan antibiotik dan sebagainya menyebabkan candida membiak dan bertukar menjadi
sel-sel yis.
Kesan daripada gabungan hormone progesteron dan estrogen menyebabkan
vagina merembeskan lebih mukus daripada sebelumnya. Pelepasan ini dinamalan
leucorrhea dimana kuantiti ini agak banyak ketika hamil. Pelesapan ini merembeskan
cecair-cecair faraj dan servik, sel-sel lama dibuang daripada dinding vagina dan begitu
juga kulat yang normal serta bakteria.Jangkitan candida albican semasa hamil
menyebabkan cecair yang di rembeskan pada vagina ini menjadi kekuningan seperti keju,
rasa kepanasan dan gatal serta bau yang kurang menyenangkan. Dan jika ianya tidak
dirawat, jangkitan mungkin boleh merebak ke bayi anda



Kandidiasis & Trikomoniasis 3


Anda akan dapati peningkatan cairan ini sekitar minggu ke 18 atau lebih awal.
Rembesannya sepatutnya jernih, warna putih susu dan tidak berbau. Ia tidak harus berasa
miang atau gatal serta menyebabkan kesakitan. Fungsinya adalah untuk mengekalkan
kelembapan pada vagina serta kandungannya yang berasid mempunyai daya tahan
jangkitan.
Ianya dipanggil normal jika:
Cecair putih yang nipis, melekit menyerupai cecair yang keluar sebelum datang
haid dikenali sebagai leucorrhea dan ianya dikira normal semasa hamil. Perbezaannya
adalah kuantitinya yang banyak dan kadangkala anda memerlukan pantiliner. Walaupun
ia membuatkan anda tidak selesa tetapi ianya bukan satu masalah besar.
Ianya dipanggil tidak normal jika :
Jika terdapat kegatalan atau kesakitan, bau yang kurang menyenangkan,
kemerahan, bengkak dan perubahan pada warna cecair tersebut anda dinasihatkan
berjumpa doktor. Anda harus berhati-hati kerana kebarangkalian wanita hamil terkena
jangkitan vaginitis adalah sepuluh kali ganda daripada wanita tidak hamil. Vaginitis tidak
memberi sebarang kesakitan kepada bayi tetapi ianya perlu dirawat.



Kandidiasis & Trikomoniasis 4


Simptom jangkitan kandidiasis semasa hamil :
Rasa gatal yang teruk, kepanasan dan lapisan putih yang berupa keju.
Bengkak, kemerahan di dalam atau dibibir faraj.
Bau yang agak masam dan kurang menyenangkan.
Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
Sakit ketika kencing.
Rasa kepanasan pada bahagian sulit dan menyebabkan rasa sukar tidur.
Sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom langsung.

Antara langkah-langkah untuk mencegah dan merawat jangkitan ini
Jangan mengesat tuala dari belakang dubur ke arah vagina dikhuatiri akan
menyebarkan bakteria ke vagina.
Elakkan juga memakan benda-benda yang manis yang boleh meningkatkan
pembiakan yis.
Makan yougurt untuk mengimbangi bakteria baik di dalam vagina.
Kekalkan kering dan bersih pada kawasan vagina.
Pakai pantiliner dan kerap menukarnya dan pantiliner tersebut mestilah yang tidak
berbau wangi.
Kandidiasis & Trikomoniasis 5

Elakkan memakai sabun dan wangian pada vagina.
Jangan menggunakan apa-apa cucian berbentuk semburan ke vagina.
Elakkan menggunakan tampon semasa hamil kerana ia meningkatkan risiko
jangkitan vagina.
Elakkan menggunakan kertas tandas yang wangi.
Elakkan meletakkan bedak serbuk pada vagina kerana ia kebenyakannya adalah
Dalam pemakanan, banyakkan minum air untuk menyah toksin di dalam badan.
Elakkan makanan manis serta tenusu.

Rawatan yang lazim adalah:
i. Clotrimazole vaginal pesari 500 mg stat atau 200 mg setiap hari untuk 3 hari.
ii. Econazole vaginal pesari 150mg satu dos sebelum tidur atau 150mg untuk 3
malam
iii. Fenticonazole vaginal pesari 600mg satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
iv. Miconazole vaginal pesari 1.2 g satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
v. Teconazole vaginal pesari 80 mg sekali sehari untuk 3 hari
vi. Nystatin vaginal pesari 100,000 unit untuk 14 hari
Ubat pil seperti Fluconazole juga boleh digunakan terutamanya bagi wanita yang
tidak gemar menggunakan pesari vagina. Ianya sangat efektif dan pilihan yang
baik untuk jangkitan kulat sistemik dan mereka yang mempunyai daya tahan
Kandidiasis & Trikomoniasis 6

badan yang rendah seperti penghidap HIV, pesakit kanser yang menggunakan
kemoterapi dan mereka yang dapat jangkitan kulat yang berulang.
Ubat pil anti-kulat tidak boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan
bayi kerana kurang kajian dari segi keselamatanya untuk janin atau bayi anda.
Rawatan setempat seperti pesari vagina, pil vagina, atau krim telah terbukti
mempunyai kurang kesan sampingan. Oleh itu lebih selamat untuk digunakan
semasa mengandung dan menyusukan bayi.














Kandidiasis & Trikomoniasis 7



Trikomoniasis
Trikomoniasis ialah penyakit yang paling biasa dirawat di kalangan golongan
muda, terutamanya wanita yang aktif secara seksual. Dianggarkan 7.4 juta kes baru
berlaku setiap tahun di kalangan wanita dan lelaki. Lelaki selalunya tidak mempunyai
tanda dan gejala trikomoniasis dan biasanya mereka tidak tahu bahawa mereka sendiri
dijangkiti. Tetapi apabila gejala berlaku, mereka akan merasa seperti sakit ketika
membuang air kecil.
Untuk wanita, selalunya ia mempunyai tanda-tanda atau gejala jangkitan yang
jelas. Gejala di kalangan wanita ialah berwarna kuning kehijauan serta berbuih keputihan
dengan bau yang kuat, sakit semasa kencing, gatal-gatal faraj dan ketidakselesaan semasa
hubungan kelamin.
Untuk mendiagnosis penyakit trikomoniasis, doktor mesti melakukan
pemeriksaan fizikal dan ujian makmal. Ujian makmal dilakukan ke atas sampel cecair
faraj atau cecair uretra untuk mengenalpasti protozoa yang menyebabkan penyakit.
Parasit ini ialah lebih sukar untuk mengesan di kalangan lelaki berbanding wanita.
Biasanya, antibiotik yang dipanggil metronidazole (Flagyl) diberikan untuk
merawat trikomoniasis. Sebelum mengambil ubat ini, adalah sangat penting untuk
memberitahu doktor kerana ubat ini mempunyai kontraindikasi yang tidak baik untuk ibu
mengandung.
Kandidiasis & Trikomoniasis 8



Pasangan anda juga perlu dirawat pada masa yang sama untuk mencegah infeksi
dan penyebaran penyakit. Di samping itu, orang-orang yang sedang dirawat untuk
trikomoniasis harus mengelak dari melakukan hubungan seks sehingga mereka dan
pasangan seks mereka menerima rawatan lengkap dan tidak mempunyai gejala.
Trikomoniasis di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan pramatang iaitu
pecah membran yang melindungi bayi dan kelahiran awal. Kanser pada kemaluan yang
disebabkan oleh trikomonisis juga mungkin meningkatkan risiko wanita memperolehi
jangkitan HIV jika dia terdedah kepada virus HIV itu. Trikomoniasis dalam seorang
wanita yang juga dijangkiti dengan HIV boleh meningkatkan peluang jangkitan HIV
kepada pasangan seks yang lain.
Kes trikomoniasis ini boleh dijangkiti semula terutama melalui lelaki yang tidak
mendapat rawatan. Oleh itu, hubungan seksual yang selamat secara matual long term
monogamous relationship ialah jalan yang terbaik. Tiada imunisasi yang spesifik untuk
mencegah jangkitan ini. Hal ini demikian kerana untuk mengawal perebakan penyakit ini
hanyalah dengan pengamalan seks selamat serta sekiranya seseorang itu terkena jangkitan
ini, hanyalah ubatan Metronidazole sebagai cara untuk mengawal penyakit ini.



Kandidiasis & Trikomoniasis 9

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Sebagai penolong pegawai perubatan, terdapat pelbagai cara bagi menangani kes
jangkitan trikomoniasis ni. Antaranya ialah penyaringan kes trikomoniasis ini di sesautu
tempat. Hal ini demikian kerana kadar prevalens di tempat itu perlulah dimaklumkan
suapaya dapat membuat satu graf peratusan kenaikan kes trikomoniasis ini.
Kedua, membuat rujukan kes ini serta diberikan rawatan terhadap pesakit dengan
membawa sampel spesimen yang mengandungi protozoa trikomonas vaginalis.
Ketiga, menotifikasikan kes supaya maklumat awal dapat dibuat dan dapat dicegah
daripada mengubati dalam masyarakat terutamanya orang awam yang disyaki terkena
jangkitan ini.
Selain itu, peranan penolong pegawai perubatan dalam menangani kes ini ialah
pencarian kontaks penyakit ini dalam kalangan masyarakat di tempat yang disyaki supaya
penyaringan kes dapat dibuat.
Setiap kes yang dikesan, pastinya tertubuh satu pasukan untuk mencegah
penyebaran wabak ini. Demikian itu, penolong pegawai perubatan juga terlibat dalam
special STD team.
Penolong pegawai perubatan terlibat secara langsung dalam promosi serta
pendidikan kesihatan di peringkat sekolah serta dalam kalangan masyarakat supaya
mereka tahu akan kesan buruk penyakit ini jika terkena.


Kandidiasis & Trikomoniasis 10

Rujukan
1. Sobel, J. (1998). "Recurrent vulvovaginal candidiasis." MMWR Morb Mortal
Wkly Rep 47: 75-79.
2. Ann Duerr et al.( 2003). Incident and Persistent Vulvovaginal Candidiasis
Among Human Immunodeficiency VirusInfected Women: Risk Factors and
Severity. The American College of Obstetricians and Gynecologists. VOL. 101,
NO. 3,
3. MacDonald, T. M., P. H. G. Beardon, et al. (1993). "The risks of symptomatic
vaginal candidiasis after oral antibiotic therapy." QJM 86(7): 419.
4. Lynda V.W et al ( 2003). Relative risk of vaginal candidiasis after use of
antibiotics compared with antidepressants in women. Drug safety ; 26 (8): 589-
597
5. Fidel Jr, P. L., J. Cutright, et al. (2000). "Effects of reproductive hormones on
experimental vaginal candidiasis." Infection and immunity 68(2): 651.
6. Fong, I. W. (1992). "The value of treating the sexual partners of women with
recurrent vaginal candidiasis with ketoconazole." Genitourinary medicine 68(3):
7. Trichomoniasis Prevention. Diambil pada 14 februari 2014. Dari
http://www.thirdage.com/hc/c/trichomoniasis-prevention
8. Trichomoniasis Prevention. Diambil pada 13 februari 2014. Dari
http://www.webmd.com/sexual-conditions/tc/trichomoniasis-prevention
9. Can trichomoniasis be prevented? Diambil pada 15 februari 2014. Dari
http://www.trichomoniasis.org/Treatment/Prevention.aspx
10. Trichomoniasis. Diambil pada 19 februari 2014. Dari
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC523559/

You might also like