Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

STRES DI KALANGAN
PELAJAR
Pengenalan
Stres menurut Kamus Dewan terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud
keadaan resah, cemas dan tegang akibat
tekanan mental dan fizikal. Stres
merupakan satu pengalaman atau
kejadian yang sering dialami oleh
seseorang individu. Stres boleh
mendatangkan gangguan ke atas
pemikiran perasaan dan aktiviti seharian.
Oleh itu, golongan yang banyak
menghadapi perasaan resah dan cemas
adalah mangsa stres, inilah yang menjadi
penyumbang utama menyebabkan
golongan pelajar di sekolah terdedah
kepada stres, justeru, stres masih tidak
boleh dipisahkan dengan kehidupan
pelajar dalam kesibukan mereka menuntut
ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran
di sekolah.
Namun, hasil kajian Kementerian
Kesihatan mendapati pelajar di negara ini
mengalami tahap stres yang
tinggi.Dapatan itu diperoleh menerusi
projek rintis Program Minda Sihat
Menangani Stres Dalam Kalangan Murid
sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda
stres, keresahan dan kemurungan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong
Lai berkata, daripada 6,540 orang murid
yang telah disaring, 17.1 peratus
daripadanya mengalami tanda-tanda
keresahan yang teruk, 5.2 peratus
kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus
stres yang teruk.

Daripada jumlah semua pelajar yang
disaring itu juga, kata beliau, seramai
2,345 iaitu 36 peratus murid telah
mengikuti intervensi latihan kemahiran
daya tindak kesihatan mental.

Gejala - gejala tekanan???
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah
tidur, sakit-sakit badan terutamanya di
kawasan bahu dan belakang, degupan
jantung yang kuat, sakit dada, berasa
loya, ketar badan, sejuk tangan, sakit
kepala dan berpeluh.
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa,
susah untuk membuat keputusan, tidak
boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak
boleh berjenaka.
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul,
marah, mudah kecewa, sentiasa takut,
sensitif, mudah hilang sabar dan panas
baran.
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat
seperti menggigit kuku dan menggedik-
gedikkan kaki, makan yang berlebihan,
merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki
hamun, mengungkit-ungkit dan
menyalahkan orang lain serta bertindak
agresif.

Di samping itu, kajian telah menunjukkan
bahawa tekanan juga adalah penyebab
kepada beberapa penyakit seperti darah
tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis),
cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel
syndrome and ulcerative colitis), mandul
dan alahan kulit.

2


PUNCA-PUNCA BERLAKU
STRESS DI KALANGAN PELAJAR

Punca Ibu Bapa

Ibu bapa menjadi salah satu punca
tekanan pelajar. Kebanyak ibu bapa
mahukan anak-anak mereka mencapai
kejayaan dalam pendidikan sebagai
jaminan mendapat kerjaya yang baik
di masa hadapan. Sekiranya harapan
yang diletakkan ibu-bapa tidak dapat
dicapai oleh anak-anak mengalami
tekanan yang teruk sehingga boleh
menyebabkan trauma. Selain itu,
penceraian dalam kalangan ibu bapa
juga menyebabkan anak-anak
mengalami tekanan .Penceraian ibu
bapa menyebabkan kehidupan anak-
anak terabai. Anak-anak tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya
daripada ibu bapa, hal ini akan
menyebabkan anak-anak berasa
tersisik dan kurang mendapat kasih
saying sehingga menyebabkan anak-
anak mengalami tekanan perasaan.


Punca Persekitaran

Pelajar akan mengalami pelbagai
perubahan persekitaran dalam
hidupan seharian mereka bergelar
pelajar. Mereka akan mengalami
tekanan jika tidak dapat menerima dan
menyesuaikan diri dengan perubahan
besar dan bercita-cita untuk mendapat
keputusan yang cemerlang. Selain itu
sistem penentuan gred bagi setiap
subjek tidak hanya bergantung kepada
markah dalam perperiksaan akhir
semata-mata inilah yang menjadi
pembaharuan besar bagi pelajar yang
memasuki alam kampus. Tambahan
pula, mereka akan mengalami tekanan
kerana dibebani dengan pelbagai
tugasan yang diberikan oleh guru
sekolah mereka juga perlu mengulang
kaji pelajaran bagi setiap subjek untuk
menghadapi ujian dan kuiz. Hal ini
menunjukkan bahawa persekitaran
juga menjadi punca tekanan pelajar.


Punca keinginan melebihi
kemampuan
Selain itu, keinginan yang melebihi
kemampuan juga menyebabkan
tekanan dalam kalangan pelajar.
Setiap pelajar mempunyai keinginan
yang sangat tinggi yang ingin dicapai.
Bagi pelajar yang pintar adalah mudah
bagi mereka untuk mencapai cita-cita
mereka. Ada di antara pelajar yang
mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi
dibandingkan dengan kemampuan
mereka. Apabila mereka tidak dapat
mencapai apa yang mereka cita-
citakan mereka yang berasa sangat
tertekan.

Punca Intrapersonal

Kecerdasan intrapersonal merujuk
kepada kecerdasan seseorang yang
mampu memahami diri sendiri,
mengetahui kelemahan yang ada
pada dirinya sendiri. Kebiasaannya,
pelajar masa ini lebih cenderung
berfikiran negatif. Terdapat 3 konsep
3

diri negatif yang diamalkan oleh
pelajar iaitu:

1. Tidak yakin dengan
kemampuan diri untuk
mengatasi masalah.
2. Tidak merasa setara dengan
orang lain.
3. Malu menerima pujian dan
kritikan.


Punca Sosial

sosial merupakan salah satu
penyumbang utama kepada
berlakunya tekanan dalam kalangan
pelajar hari ini. Pergaulan bebas
antara pelajar lelaki dan perempuan
menyebabkan mereka mudah terjebak
dalam gejalah social seperti
pembuangan bayi, pelacuran, mat
rempit, dan banyak lagi. kesannya,
mereka yang terlibat ini akan
mengalami tekanan kerana tidak dapat
menumpukan perhatian kepada
pelajaran. Sebagai contoh, seorang
pelajar perempuan yang telah
mengandungkan anak teman lelakinya
akan berasa tertekan kerana malu dan
takut kepada masyarakat sekeliling.
Tambahan pula apabila teman
lelakinya tidak mahu
bertanggungjawab terhadap
perbuatannya. Hal ini menyebabkan
berlakunya pembuangan bayi dan lari
dari rumah, seterusnya para pelajar
tersebut mengabaikan pelajaran
kerana terlalu tertekan akibat masalah
yang dihadapinya. Sesungguhnya,
gejala social yang semakin berleluasa
menyebabkan para pelajar mengalami
tekanan dalam diri mereka.











LANGKAH MENGATASI
STRESS PELAJAR

Langkah Atasi Stres Dari Ibu Bapa

Keluarga yang mempunyai masalah atau
konflik akan menyebabkan anak yang
menjadi mangsa. Anak - anak akan
berasa terpinggir dek kerana kurang kasih
sayang. Oleh yang demikian, anak -anak
ini dinasihati supaya berjumpa dengan
para profesional serta mendapat
sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal
ini sedikit debanyak dapat membantu para
pelajar dari terus dibelenggu tekanan.


Langkah Mengatasi Punca Persekitaran

Beriadah dapat mengurangkan stres:

Riadah merupakan satu aktiviti
yang dapat mengurangkan stres
khususnya dalam kalangan
pelajar.
Aktiviti riadah seperti bersukan
bukan sahaja dapat menjadikan
fizikal lebih mantap malah organ
dalaman serta sistem pernafasan
kita juga dapat berjalan dengan
lancar.
Selain itu, riadah dari segi minda
juga perlu bagi mengurangkan
masalah stres.
4

Antara riadah minda yang dapat
kita lakukan ialah dengan
membaca ayat-ayat suci al-Quran
selain komik, novel dan segala
bahan-bahan yang dapat
menenangkan jiwa.
Oleh itu, riadah merupakan satu
keperluan dalam kehidupan
seharian kita. cuba laa luangkan
sedikit masa untuk beriadah bagi
mengelakkan stres dari
membelenggu diri kita.


Langkah Atasi Punca Keinginan
Melebihi Kemampuan
Bukannya semua insan dianugerahkan
minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan.
Kita mestilah mengenal pasti had
kemampuan kita. Apabila kita sedar
sesuatu perkara yang kita lakukan itu di
luar kemampuan, kita seharusnyalah
berhenti melakukannya. Kita boleh
meminta bantuan daripada orang yang
lebih layak dan mahir untuk
menyempurnakan perkara tersebut.
Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita
tidak terlalu memaksa diri. Kita boleh
menjalankan kegiatan yang tidak terlalu
membebankan minda dan memberikan
keseronokan supaya tekanan dapat
diatasi. Oleh itu, janganlah kita terlalu
membuang masa kepada perkara yang
kita tidak lagi mampu menanggungnya.
Langkah Mengatasi Tekanan dari Sudut
Interpersonal
Cara-cara pelajar mengatasi stres ialah
pelajar boleh mengalih pandangan kepada
situasi yang lebih tenang atau
relaks. Sebagai contoh, pelajar boleh
menyanyi, menari dan Hal ini boleh
membantu pelajar melepaskan stres
sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik
air ataupun di mana sahaja tanpa
mementingkan senikata lagu tersebut.

Pelajar juga boleh menghilangkan stres
dengan meluahkan perasaan kepada
sahabat karib ataupun meluahkannya
dalam diari. Pelajar mungkin melihat
masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin
tidak pada sahabat karib. Meluahkan
perasaan kepada sahabat dapat
mengurangkan stres. Selain itu, stres juga
boleh diatasi apabila pelajar melihat
segala masalah itu dari sudut positif.
Misalnya, apabila pelajar menghadapi
sesuatu masalah pelajar mestilah cuba
berfikir secara positif dengan menerima
masalah itu sebagai panduan dan
mengandungi hikmah untuk kehidupan di
masa akan datang.

Disamping itu, pelajar juga boleh
menetapkan semula matlamat atau
keutamaan yang realistik dalam
kehidupan seharian bagi menangani stres,
Contohnya, bertindak mengikut
keutamaan bagi mengelakkan pelajar
tidak membuang masa dan melakukan
sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar
harus utamakan kerja yang lebih penting
terlebih dahulu. Segala langkah yang
disarankan ini pelajar boleh sentiasa
praktiskannya bagi menghilangkan stres
dan menjalani kehidupan seharian tanpa
masalah.

Langkah Menangani Punca Sosial
Menjalankan kerja masyarakat dan
kebajikan juga merupakan salah satu
langkah bagi menangani masalah punca
sosial. Remaja tersebut haruslah
membiasakan diri dengan melakukan
kerja-kerja kemasyarakatan seperti aktiviti
gotong-royong, mengikuti majlis
keagamaan, menderma kepada masjid
atau rumah anak-anak yatim dan
sebagainya. Hal ini akan menjadikan
remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan
kegiatan bersosial yang tiada berfaedah
dengan kawan kawannya.

5

Selain itu, pelajar juga patut meninjau
keadaan orang yang lebih kurang
bernasib baik sama ada dari segi
kewangan, pendidikan, kesihatan dan
keluarga. Ini sekaligus akan dapat
menyedarkan pelajar terbabit dari terus
lalai dan hanyut dengan gejala sosial yang
merugikan masa depan pelajar itu sendiri.

Sejujurnya masalah stres dihadapi
oleh semua orang dalam semua
institusi atau keadaan, tidak hanya
golongan pelajar atau pekerja saja.
Dalam rumahtangga pun tak kurang
hebatnya stres yang ada begitu juga
dalam kehidupan berjiran,
bermasyarakat atau apa saja hatta
di jalan raya pun boleh mengundang
stres. Jadi elok laa jika kita ada skill
untuk membantu mengatasinya.
Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita
kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan
membawa suasana sosio-emosi yang
sihat, mesra dan harmonis di antara guru
dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan
suasana yang tegang dan menggalakkan
murid-murid berdamping rapat dengan
guru, tidak merasa segan untuk bertanya
atau mengemukakan pendapat mereka.
Sifat kepimpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di
antara satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

Guru membimbing murid yang
bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang
mempunyai masalah peribadi seperti
bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru
seharusnya mengadakan sesi kaunseling
untuk membantu mereka mengatasi
masalah peribadinya. Selepas itu guru
menggalakkan mereka menyertai dalam
aktiviti pembelajaran bersama murid-murid
yang lain. Guru harus juga mendorong
murid-murid normal supaya mereka dapat
menerima murid-murid yang bermasalah
dalam kumpulan mereka dan tidak
menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan
murid yang bermasalah mengalami
tekanan.

Peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan
Kaunseling sekolah boleh menganjurkan
program-program yang berbentuk
pendidikan sebagai tindakan sokongan
dalam pembentukan tingkahlaku.
Program-program ini bertujuan membantu
mereka yang mempunyai masalah
gangguan emosi untuk meningkatkan
pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran sosial, meningkatkan
kemahiran dalam mengawal tingkahlaku
dan meningkatkan konsep kendiri murid-
murid.


Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah
bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh
belajar daripada kekalahan, mengambil
inisiatif mencari punca kekalahan, memikir
bagaimana membaikinya demi
menukarnya kepada kemenangan, dan
bukan membimbangi atau menyedih
kerana kekalahan. Murid belajar untuk
memandang segala perkara secara
optimistik kerana ia merupakan cara yang
paling berkesan untuk menentang tekanan
yang kurang sihat ini.

You might also like