Praktikal 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Praktikal 1

a) Aplikasi kriptografi dalam kehidupan harian khasnya dalam teknologi moden.



Kriptografi merupakan salah satu ilmu dalam matematik. Perkataan kriptografi
berasal dari bahasa Yunani iaitu cryptos bermaksud rahsia dan graphein bermaksud tulisan.
Kriptografi adalah ilmu mempelajari penulisan secara rahsia dengan menggunakan
teknik-teknik matematik. Kriptografi ini mempunyai beberapa tujuan yang memberi tumpuan
kepada aspek-aspek keselamatan seperti berikut:
1) Kerahsiaan (confidentiality) iaitu menjaga mesej atau pesanan supaya tidak dibaca
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungajawab.
2) Integrity data (data integrity) merujuk kepada memberikan jaminan bahawa setiap
bahagian mesej atau pesanan tidak akan mengalami perubahan apabila data dibuat
atau dikirim oleh pengirim sehingga data tersebut diterima dan dibuka oleh penerima
data.
3) Pengesahan (authentication) berkaitan dengan pengenalan bagi kedua-dua pihak
yang terlibat.
4) Tidak boleh disangkal (non repudiation) merujuk kepada cara membuktikan suatu
dokumen adalah milik seseorang setelah berjaya dibuktikan.
Sebenarnya, kriptografi telah diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita tanpa
disedari. Banyak kegunaan atau aplikasi kriptografi dalam kehidupan seharian kita seperti
transaksi pada mesin juruwang automatik atau Automatic Teller Machine (ATM). Setiap
hujung bulan terutamanya apabila gaji masuk ke dalam akaun, kita pasti akan ke mesin ini
untuk pengeluaran dan membuat pemindahan wang ke akaun lain. Ketika membuat
transaksi, kita akan menggunakan kad magnetik atau kad bank yang diperbuat daripada
plastik dan mempunyai kod PIN (Personal Information Number). Kod PIN terdiri daripada 4
angka perlu dirahsiakan daripada orang lain kerana sekiranya orang lain mengetahui kod
PIN tersebut, mereka boleh membuat transaksi daripada bank kita. Kod PIN digunakan
untuk mengesahkan kad yang digunakan pada mesin ATM. Proses pengesahan dilakukan
oleh komputer utama (host) bank yang memerlukan komunikasi dua arah antara ATM dan
komputer utama (host). ATM akan mengirimkan PIN dan informasi tambahan daripada kad
bank tersebut ke komputer host . kemudian, komputer host akan melakukan pengesahan
dengan cara membandingkan PIN yang dimasukkan oleh pengguna dengan PIN yang di
simpan di dalam pengkalan data komputer host. Seterusnya akan dikirimkan mesej ke ATM
untuk menyatakan sama ada transaksi boleh diteruskan atau ditolak. Semasa menghantar
dari ATM ke komputer host, PIN mesti dirahsiakan dan dilindungi daripada orang lain.
Bentuk perlindungan yang dilakukan semasa penghantaran dilakukan adalah
mengenkripsikan PIN. Di bank, PIN yang disimpan di dalam pengkalan data juga turut
dienkripsi. Algoritma enkripsi yang digunakan adalah DES dengan mod ECB. DES
beroperasi dengan menfenkripsikan blok 64-bit, maka PIN yang terdiri daripada

You might also like