Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

1


KANDUNGAN MUKA SURAT



1.0 Pengertian Karya Agung -2-
2.0 Ciri-ciri Karya Agung Melayu -4-
3.0 Tokoh Karya Agung
3.1 Tun Sri Lanang -5-
3.2 Raja Haji Ali -7-
3.3 Munsyi Abdullah -8-
3.4 Hamzah Fansuri -11-
4.0 Analisis Karya Agung
4.1 Salalatus Salatin -12-
4.2 Hikayat Hang Tuah -15-
5.0 Rujukan -18-


















TL 30203 Penghayatan Karya Agung


2
1.0 PENGERTIAN KARYA AGONG

Maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya, Akulah
hulubalang Raja Melayu, syahdan akulah yang bernama Laksamana, hulubalang
pada Tanah Melayu;
( Hikayat Hang Tuah, hlm 155 )

Petikan di atas merupakan sedutan daripada sebuah Karya Agung Melayu
yang terkenal iaitu Hikayat Hang Tuah. Pepatah, pantun, lipur lara dan lain-lain lagi
merupakan bentuk Karya Agung Melayu. Karya-karya Agung ini boleh dihasilkan
dalam bentuk penulisan atau diungkapkan secara lisan sahaja. Karya agung
merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,
pandangandan falsafah yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.

Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud buatan
atau ciptaan sesuatu. Manakala Agung pula membawa maksud paling besar,
terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Daripada definisi di atas boleh
dikatakan Karya Agung bererti sebagai ciptaan atau buatan yang terutama, tertinggi
dan teristimewa daripada seseorang pengarang.

Karya Agung Melayu merupakan karya yang melambangkan keunggulan
daya cipta atau hasil kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada
zaman dahulu
1
. Penulisan Karya Agung ini menggambarkan idealisme, nilai
pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari segi rohani atau agama serta moral.
Hasil dalam Karya Agung juga menggambarkan visi bangsa dan masyarakat Melayu
melalui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya. Penghasilan sesebuah
Karya Agung mampu meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah
yang berkekalan sepanjang zaman dan mempengaruhi budaya masyarakat Melayu.
Secara amnya, ketamadunan Melayu sangat dipengaruhi dan dibentuk oleh tradisi
sastera itu sendiri.

Sesebuah karya adalah cerminan bangsa yang menjadi latar dalam karya
tersebut pada
masa dan waktu karya itu dihasilkan. Sebuah karya adalah seperti rakaman yang
mencatatkan perihal budaya masyarakat dan perlakuannya. Tujuan karya-karya

1
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ke-4 . hal 1583



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


3
seperti ini dihasilkan pada ketikanya mungkin bertujuan untuk hiburan, sebagai hobi
penulis dan juga tujuan ilmiah iaitu sebagai rujukan pada masa hadapan bagi
panduan generasi muda. Kerana apabila sesebuah masyarakat tidak wujud atau
mengalami berubahan budaya, hanya karya yang menjadi tinggalan sebagai bukti
kewujudan mereka serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Lazimnya,
sesebuah karya akan merakam kehidupan sesebuah masyarakat walaupun tidak
secara khusus tetapi cukup untuk mengidentitikan masyarakat tersebut. Karya-karya
hebat akan bertahan dalam jangka masa yang lama sehingga boleh diteliti oleh
generasi yang akan datang. Karya-karya hebat seperti inilah disebut sebagai karya
agung.

Karya-karya agung yang dihasilkan pada zaman dahulu juga
mengungkapkan pelbagai perkara termasuklah ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang. Kebanyakkan karya agung yang ada pada hari ini dikaji untuk diketahui isi
kandungannya dan ada di antara isi kandungan itu masih berguna sehingga hari ini
dan dipelajari. Keadaan ini membuktikan bahawa karya agung itu adalah satu hasil
penulisan yang berkualiti dan ditulis oleh orang-orang yang berilmu pengetahuan
tinggi, perpendidikan dalam masyarakat tersebut.

Antara karya-karya Agung Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau
juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang
tokoh yang berilmu pada zamannya iaitu Tun Sri Lanang. Ia merupakan naskhah
tertua yang pernah ditemui dan dikarang di Johor pada tahun 1612 atas titah raja.
Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang
keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah
yang melibatkan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. Hikayat Hang Tuah
dikarang sekitar tahun 1736 dan merupakan satu-satunya epik Melayu yang
mewakili bangsa melayu tentang cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya
pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan
semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga ini iaitu Takkan Melyu Hilang di
Dunia.

Contoh karya-karya agung yang lain adalah seperti Tuhfat al-Nafis, Hikayat
Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Syair
Ken Tambuhan, Bustan al-Katibin, Hikayat Inderaputera dan Pantun Melayu :
Bingkisan Permata.



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


4
2.0 CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU

Ciri utama yang terdapat dalam karya agung ialah penggunaan
perbendaharaan kata yang sangat menarik. Hal ini dapat dilihat apabila penulis atau
penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan perbendaharaan kata yang
hebatdan tinggi maksudnya. Walaupun sesebuah karya tersebut telah diubah atau
versi barunya telah dtulis oleh pengarang lain, namun penulis masih mengekalkan
perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal.

Dalam karya Sulalatus Salatin, perkataan melayu kuno masih dikekalkan
penggunaannya seperti beberapa perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan
sebagainya. Malah karya Sulalatus Salatin juga ditulis dengan memasukkan
beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang proses asimilasi.
Antara perkataan bahasa Arab yang terkandung dalam Salalatus Salatin ialah kadhi,
fikir dan khoja.

Karya Agung biasanya merupakan karya yang mengandungi cerita yang
sarat dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum,
masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang
lainadalah melalui pelbagai medium seperti nyayian, syair, pantun serta bertulis
melalui karya agung. Ini adalah kerana masyarakat melayu mengamalkan budi
bahasa yang halus dan bersopan. Antara contoh kisah yang terkandung dalam karya
Salalatus Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu
terdahulu. Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang
yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan
bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah akur kepada
perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah,
negara menjadi aman damai.
Ciri Karya Agong yang lain ialah karya ini cukup unik berbanding karya
moden. Karya agung banyak mengandungi kisah benar daripada peristiwa pemimpin
atau orang besar pada zaman silam. Selain itu, karya agung juga merupakan
himpunan cerita tentang kehebatan pahlawan, asal-usul nama sesebuah tempat dan
banyak lagi. Karya agung yang sedia ada lazimnya meninggalkan pelbagai impak
positif dalam kalangan pembaca, seperti kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan
sosial yang boleh dijadikan panduan dan nasihat kepada pembaca yang terdiri
dalam kalangan generasi muda masa kini. Setiap karya ditulis terutamanya karya



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


5
agung memiliki ciri atau sifat yang tersendiri yang membezakan ia dengan karya
moden yang makin banyak masa ini.


3.0 TOKOH KARYA AGONG

Dalam tugasan ini, terdapat beberapa tokoh-tokoh penulisan Karya Agong
Melayu yang akan dibicarakan antaranya ialah Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munsyi
Abdullah bin Abdul Kadir dan Hamzah Fansuri.

3.1 Tun Sri Lanang

Tun Sri Lanang lahir dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama. Tun Sri
Lanang merupakan Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615.
Beliau menjadi Bendahara kepada dua sultan iaitu Sultan Jalla Abdul Jalil Shah II
(1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597 1616M) . Beliau
merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu. Tun Sri Lanang
juga menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintahan otonomi di
sebuah jajahan Kesultanan Aceh. Di Aceh Tun Sri Lanang bergelar Orang Kaya
Dato Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.

Bangsa Melayu mengenang Tun Sri Lanang sebagai seorang tokoh sejarah
dan pujangga Melayu yang agung. Karya Agongnya iaitu Sulalatus Salatin atau
nama jolokan Sejarah Melayu menjadi rujukan dan kajian sehingga hari ini. Dengan
itu Tun Sri Lanang telah dimahkotakan sebagai Pujangga Agung Nusantara.

Sumbangan terbesar yang dibuat oleh Tun Sri Lanang sebagai mengikut titah
Yang Dipertuan di Hilir (Raja Abdullah, kemudian menjadi Sultan Abdullah Maayah
Shah Johor 1615-1623) dalam menyusun teks Sulalatus Salatin ialah:
Mengetengahkan serta memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa
bangsa Melayu adalah Bertamadun setaraf dengan tamadun-tamadun dunia lainnya
waktu itu
dalam hal ini, Tun Sri Lanang bu
2
kan sahaja telah meninggalkan jasa yang besar
kepada bangsa melayu sebagai pengarang, malahan dalam peranan sebagai

2
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


6
Uleebalang Kenegerian Smalanga di Aceh dengan memberi sumbangan kepada
pemertabatan agama dan bangsa di sana.

Salasilah kehidupan Tun Sri Lanang adalah seperti berikut;
Pada tahun 1565M Tun Muhammad atau Tun Sri Lanang Lahir Di Seluyut
dalam Kesultanan Johor Lama. Sekitar 1575-1613 M Beliau menjadi Bendahara
kepada dua sultan Johor Lama. Mei 1612, Tun Sri Lanang menerima titah Raja
Abdullah untuk mengarang kitab Salalatus Salatin. Mei 1613, Sulatan Aceh
Darussalam yang terkenal iaitu Sukatan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636
M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri Melayu termasuk Johor
Lama, Pahang Lama, Perak dan lain-lain sebagai strategi untuk mengahmbat
pengaruh dan kuasa Portugis dari kepualauan Melayu serta meluaskan kepentingan
kerajaannya yang besar.
Antara serangan itu termasuklah Perang Batu Sawar yang menjadikan Sultan
Johor iaitu Sultan Alaudin, Raja Abdullah, dan Bendahara Tun Sri Lanang telah
ditawan dan dibawa balik ke negeri Aceh. Sulatan Johor dikembalikan ke Johor,
sementara Tun Sri Lanang terus menetap di situ sehingga mangkat. 1613, Sulatan
Iskandar Muda Mahkota Alam melantik Tun Sri Lanang sebagai Uleebalang
Kenegerian Samalanga.
Sehingga 1659 M, Tun sri Lanang juga telah dilantik sebagai penasihat
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dengan gelaran Orang Kaya Dato Bendahara
Seri Paduka Tun Seberang. Tun Sri Lanang sempat bertemu Syeikh Nuruddin Ar-
Raniry pengarang kitab mashur Bustanus Salatin. Mereka saling bertukar ilmu
pengetahuan tentang agama dan bahasa sastera. Pada masa itu Tun Sri Lanang
mula menulis kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesulatanan Johor Lama dalam
tahun 1612 M dan telah meneruskan penulisannya sepanjang kehidupannya sebagai
Uleebalang Samalanga Aceh. Peranan beliau sebagai Bendahara dan Uleebalang
banyak memberi pendedahan kepada kehidupan istana dua kerajaan Melayu
terbesar. Hal ini memberi manfaat dalam penulisan karya agungnya. Pada tahun
1659M Tun Sri Lanang meninggal dunia di Samalanga, Aceh. Zuriatnya berterusan
menjadi pemerintah otonomi di sana sedangkan sebahagian lagi zuriatnya kembali
ke Johor lalu ditakdirkan menjadi raja-raja Melayu khususnya di Pahang,
Terengganu dan Johor Moden sehingga hari ini. Makan Tun Sri Lanang telah
dipagar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh
peminat dan pengkaji sejarang dari Malaysia dan Indonesia.




TL 30203 Penghayatan Karya Agung


7
3.2 Raja Ali Haji

Raja Ali Haji bin Raja Ahmad atau nama lengkapnya Tengku Haji Aku al-Haj
bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak.
Beliau lebih masyhur dengan sebuatan Raja Ali Haji sahaja. Raja Ali Haji dilahirkan
di Pulau Penyengat Indera Sakti yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-
Lingga-Johor dan Pahang. Ibunya Hamidah binti Panglima Malik, dan tercatat tahun
lahirnya pada 1809. Mahakaryanya Gurindam Dua Belas diterbitkan pada tahun
1847 telah menjadi fenomena sastera pada zamannya. Raja Ali Haji berpendidikan
Arab, namun penulisannya masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak
dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Raja Ali Haji merupakan seorang ulama, ahli sejarah serta tokoh yang
terkenal dalam arena bahasa. Minat beliau dalam bidang penulisan ini diwarisi oleh
ayahanda beliau Raja Ahmad. Raja Ahmad merupakan anak sulung kepada Raja
Haji. Beliau sangat minat bidang sejarah dan pernah menghasilkan sebuah karya
yang berbentuk syair iaitu Syair Perang Johor yang menceritakan peperangan yang
berlaku di antara Kesultanan Johor dan Kesultanan Aceh pada abad ke 17. Bakat
dan minat menulis Raja Ahmad ini telah diwarisi oleh Raja Ali Haji.

Sekitar tahun 1827M Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke
Makkah. Raja Ali dan Raja Ahmad adalah di antara anak Raja Riau yang pertama
menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal di Makkah agak lama bagi
mempelajari ilmu agama. Beliau bergaul dengan Syikh Daud bin Abudullah al-
Fathani yang pada ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji. Ketua Syeikh Haji
merupakan orang yang berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Makkah.
Sebelum kembali ke Riau Raja Ali Haji dan bapanya Raja Ahmad sempat berkunjung
ke Mesir.

Raja Ali Haji memiliki pengetahuan yang sangat luas dalam bidang agama
Isla serta ilmu pentadbiran. Hal ini demikian kerana beliau rajin mempelajari ilmu
agama daripada ulama tempatan dan luar negeri. Kebetulan pada masa itu terdapat
ramai ulama di kerajaan Riau-Johor. Memiliki ilmu pengetahuan yang banyak dalam
bidang agama, menjadikan Raja Ali Haji sebagai guru agama an bahasa Arab di
kawasan penempatan beliau. Ramai anak muda tempatan berguru dengan beliau.
Raja Ali Haji mempunyai ilmu dalam bidang pentadbiran sejak umur 20 tahun lagi.



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


8
Pada masa itu beliau sudah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab
menjaga hal ehwal kenegaraan. Beliau juga memiliki ilmu yang mendalam dalam
bidang bahasa, sastera, sejarah serta undang-undang. Raja Ali aji meninggal dunia
di Riau sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia
sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.


3.3. Munsyi Abdullah

Munsyi Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di Kampung Masjid yang
dikenali sebagai Kampung Pali ketika itu. Beliau merupakan anak bongsu daripada
empat beradik. Beliau berketurunan Arab Yaman. Pada usia baru menjangkau 11
tahun, kepintaran Munsyi Abdullah dalam banyak bidang ilmu menyebabkab beliau
sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka
yang lebih berumur daripadanya. Beliau membesar sebagai manusia yang
berpengatahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai
Abdullah Munsyi menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan
dikagumi oleh penjajah Inggeris.
Bapa Munsyi Abdullah, Abdul Kadir merupakan ilmuwan dalam bidang
bahasa Tamil dan Arab serta ilmu kira-kira. Oleh sebab itu Abdul Kadir dilantik
menjadi penulis surat Sultan dan mengajar bahasa asing, Tuan Marsden berbahasa
Melayu, seterusnya menjadi Syahbandar, utusan Inggeris ke negeri Melayu seta juru
bahasa dan juru tulis. Ibarat kuah tumpah ke nasi, Munsyi Abdullah sangat cintakan
ilmu dari kecil lagi. Beliau menjadi orang pintar dan kratif berbanding kanak-kanak
lain, hasil didikan tegas bapanya. Munsyi Abdullah cepat matang sehingga di usia
kanak-kanak beliau sudah mula menjual layang-layang, melukis, menulis surat dan
menyalin al-Quran untuk memperoleh wang. Gelaran Munsyi yang bermaksud
guru diberikan kepadanya ketika berumur 11 tahun lagi. Abdullah adalah seorang
pelajar yang gigih. Beliau paling minat meluaskan pengetahuan mengenai bidang
bahasa dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu bahasa.
Selain itu beliau turut mempelajai bahasa Tamil, Arab dan Inggeris.

Munsyi Abdullah bin Kadir dikatakan sebagai bapa sastera moden. Beliau
telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles. Pada masa
yang sama beliau telah menterjemaah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk
pergerakkan-pergerakkan mubaligh Kristian di Singapura dan Melaka. Dalam riwayat



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


9
beliau iaitu Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran jelas mengenai
pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu. Beliau
merupakan penulis agung pertama yang telah lari dari corak penulisan tradisional
atau klasik. Banyak diantara karya beliau mengandungi unsur mengkritik pemimpin
Melayu, etika bahasa dan budaya Melayu. Beliau cuba mengetengahkan idea
barunya dalam bentuk penulisan sedemikian. Abdullah Munsyi telah menghasilkan
karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan
sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu melalui karya sasteranya,
malah ia juga menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Munsyi Abdullah berkahwin pada usia 34 tahun dan dikurniakan seorang
anak perempuan bernama Siti Lela. Pada masa Singapura dibuka, Munsyi Abdullah
meninggalkan anak isterinya di Melaka untuk bertugas sebagai penulis undang-
undang Singapura. Sepanjang hidupnya Munsyi Abdullah banyak mengembara ke
England, Pahang, Terengganu dan Kleantan dalam manjalankan tugasnya. Namun
ketika diserang demam kepialu, beliau kembali kepangkuan keluarganya di Melaka.
Selepas isterinya meninggal dunia , Munsyi Abdullah menjual rumah meraka di
Melaka dan terus menetap di Singapura. Pada tahun itu juga, Munsyi Abdullah
menulis cerita kapal asap bernama Sistosis. Beliau juga menyelesaikan Hikayat
Abdullah pada Mei 1843, buku itu bagaimana pun diterbitkan hanya kira-kira 40
tahun selepas kematiannya. Munsyi Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854iaitu
ketika dalam perjalanan ke Makkah ketika berusia 58 tahun. Kisah perjalanannya ke
Makkah dicatatkan dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah tetapi gagal
disiapkan namun buku ini tetap diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.

Berikut merupakan antara beberapa karya Munsyi Abdullah;
1. Syair Singapura Terbakar (1847)
2. Hikayat Kalilah Wa Daminah ( Terjemahan Tamil 1835)
3. Kita Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
4. Dawai-Kulub (1838)
5. Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
6. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)
7. Hikayat Abdullah (1849)
8. Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi dari Singapura ke Kelantan
(1838)



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


10
9. Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi dari Singapura ke Makkah
(1838-9)
10. Syair Kampung Gelam Terbakar
11. Ceretera Kapal Asap (1843)
12. Ceretera Haji Sabar Ali (1851)
13. Bahwa ini Hikayat Binatang.

3.4 Hamzah Fansuri.

Hamzah Fansuri merupakan seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada
akhir abad ke 16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Pada tahun 1726,
Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie ( Hindia Timur Lama
dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai
seorang penyair yang dilahirkan di Fansur. Sepanjang hidupnya Hamzah Fansuri
telah mengembara ke pelbagai tempat untuk menuntut ilmu mengetahuan termasuk
lah ke Makkah, Madinah, Bahgdad, Pahang ( Tanah Melayu ) dan Kudus di Pulau
Jawa. Beliau menguasai Bahasa Arab dan Parsi disamping bahasa Melayu iaitu
bahasa ibundanya.

Hamzah Fansuri merupakan seorang pendakwah Tarekat Wujudiyah iaitu
fahaman yang beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana
wujud daripada zat Allah. Hamzah Fansuri terpengaruh dengan fahaman Ibn Arabi
iaitu ahli tasauf yang masyhur pada akhir abad ke 12 dan awal abad ke 13. Ulama
Nuruddin ar-Raniri menentang hujah Hamzah Fansuri ini dengan menyatakan Tuhan
itu kekal dan tidak terjejas dari ciptaannya.
Syair Perahu yang dikarang oleh Hamzah Fansuri berbunyi ;

Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah Itikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


11

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan
Dengan penggunaan bahasa yang indah dan perumpamaan yang sederhana, Syair
perahu ini pada suatu masa menjadi sebutan orang ramai. Ia digunakan oleh ibu
bapa untuk menasihati anak mereka agar mentaati ajaran Islam. Antara karya-karya
Hamzah Fansuri adalah seperti berikut ;
1. Asrar al-Arifin ( Rahsia Orang yang Bijaksana )
2. Sharab al-Asyikin ( Minuman Segala orang yang Berahi )
3. Zinat al-Muwahidin ( Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan )
4. Si Burung Punyai
5. Si Burung Pungguk
6. Sidang Fakir
7. Syair Dagang
8. Syair Perahu.


4.0 ANALISIS KARYA AGUNG

Dalam tugasan ini saya akan mengupas analisis mengenai dua Karya Agong
yang terkenal iaitu Salalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

4.1 Salalatus Salatin

Karya Salalatus Salatin ini banyak mengetengahkan aspek budaya,
perpaduan dan mobiliti. Budaya yang dimaksudkan ialah budaya yang memathui
peraturan hidup di istana yang telah ditetapkan oleh golongan kerabat. Karya ini
sarat dengan gaya hidup pembesar yang berkuasa menetapkan peraturan kepada
rakyat jelata. Sebagai contoh pada masa dahulu warna kuning hanya boleh dipakai
oleh golongan raja, rakyat adalah dilarang memakai warna kuning. Perpaduan juga
ditekankan dalam karya ini iaitu perpaduan dipercayai mewujudkan keamanan dan
kedamaian dalam hidup. Karya ini banyak menceritakan perpaduan penduduk
tempatan dan penduduk luar seperti hubungan negeri Melaka dan Sulawesi melalui
hubungan diplomatik. Aspek mobiliti berlaku disebabkan perkahwinan. Perkahwinan



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


12
antara Tun Fatimah anak bendahara dengan Sultan Mahmud Shah. Tun Fatimah
diangkat menjadi Raja Perempuan Besar Malayu, mengubah taraf kedudukan
seseorang melalui perkahwinan.
Ciri-ciri pengarangan dalam Salalatus Salatin adalah seperti;
1. Penggunaan Banyak perbandingan Melampau ( Hiperbola )
Berdasarkan Hikayat Sejarah Melayu ini, pengarang Salalarus Salatin banyak
menggunakan unsur hiperbola yang dapat menarik minat dan perhatian pembaca.
Unsur ini adakalanya dilihat tidak logik tetapi unsur yang menarik itu dapat melihat
bagaimana pengarang berjaya mengaplikasikan unsur-unsur persekitaran dalam
karya penulisan mereka. Sebagai contoh petikan dalam Salalatus Salatin;
Daripada kebanyakan rayat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi
padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh
kemuncaknya. Mala, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi raya,
segala sungai yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat.
( Salalatus Salatin, 1997: 15 )

2. Sesuatu Perkara Diulas Dengan Mendalam.
Penulis karya aging pada zaman dahulu cenderung mengulas sesuatu perkara
dengan sangat terperinci. Hal ini jarang berlaku pada penulisan masa kini. Sebagai
contoh penulis karga agung masa lalu mengupas salasilah keturunan sesebuah
keluarga. Keadaan ini dapat dilihat dalam contoh dibawa;
..umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun lamanya Raja
Iskandar. Maka Raja Arasythun Syah berpeindahlah ari negeri yang fana ke negeri
yang baqa. Maka, anakanda Raja Afdhuslah naik raja dalam negeri Hindi. Umur
baginda atas kerajaan seratus dua puluh tahun. Setelah sudah baginda hilang maka
Raja Askainat namanya naik raja; umur bagindan di atas kerajaan tiga tahun.
Setelah itu bagind
3
a.
( Salalatus Salatin , 1997:8 )

3. Mempamerkan Unsur Moral Kepada Pembaca.
Melalui Salalatus Salatin atau Hikayat Melayu ini, penulisnya Tun Sri Lanang
mengetengahkan pelbagai unsur dan nilai pengajaran yang dapat diperoleh. Nilai-
nilai murni secara tidak langsung akan dapat memberi kesan kepada pembaca.

3
Bendahara Paduka Raja dan Uleebalang Tun Seri Lanang Kesultan Johor Lama dan
Samalang; 2012, http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-
lanang.html




TL 30203 Penghayatan Karya Agung


13
Pembaca akan mengkaji dan menghayati hikayat ini secara tidak langsung akan
membandingkan watak-watak yang digarap pengarang dengan diri mereka sendiri.
Secara tidak langsung, sedikit sebanyak nilai-nilai positif dan pengajaran dapat
diserap ke dalam diri membaca. Sebagai contoh petikan di bawah;
Hai anakku, jangan berbanyak tama kamu akan segala arta orang, dan jangan
kamu ingin akan isteri anak hamba kamu-kamu kedua ini, muafakat dua bersaudara
dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara.
( Salalatus Salatin, 1997: 48 )

4. Menekankan Aspek Agama
Dalam aspek agama pula, kita dapat melihat bagaimana pengarang cuba
menerapkan aspek agama ke dalam diri pembaca. Keadaan ini dapat dilihat dalam
watak seorang fakir yang cuba menjejak seseorang yang dimaksudkan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam mimpinya. Fakir ini cuba mengikut petunjuk yang
disampaikan dalam mimpinya untuk mengislamkan pemimpin dan penduduk
berdasarkan mimpinya tersebut. Keadaan ini ditulis dalam petikan dari Salalatus
Salatin seperti berikut;
Setelah esok hari maka fakir itu pun naiklah ke darat membawa Quran. Maka
disuruhnya baca pada orang isi
4
negeri Fansuri, seorang pun tiada dapat membaca
dia. Maka kata fakir itu dalam hatinya, Bukan negeri ini yang seperti sabda nabi kita,
Muhammad Rasullah sallallahu alaihi wasallam.
( Salalatus Salatin, 1997:5 )

4.2 Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tauh hidup sebagai sebuah hasil sastera Melayu lama yang
mempunyai keindahannya. Pengarang Hikayat Hang Tuah telah mengambil watak
Hang Tuah dari manusia sejarah Hang Tuah dan ketika membina watak ini, ia
disenyawakan dengan aspirasi dan perasaan, sifat dan keadaan-keadaan dalam
masyarakat Melayu zamannya. Hikayat Hang Tuah Menggambarkan zamannya dan
watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah adalah model-model manusia zamannya.


4
Bendahara Paduka Raja dan Uleebalang Tun Seri Lanang Kesultan Johor Lama dan
Samalang; 2012, http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-
lanang.html




TL 30203 Penghayatan Karya Agung


14
Watak Hang Tuah mengetengahkan tema kesetiaan, kesanggupan dan
kejayaan masyarakat Melayu yang ditulis dengan mesra dan sebati dengan watak.
Hikayat Hang Tuah adalah sebuah roman sejarah bercorak kebangsaan yang
mempunyai seni dalam erti ia menyuarakan perasaan dan kesanggupan dan
kedayaan bangsa Melayu zamannya. Tema kesetiaan, kesanggupan dan kedayaan
bangsa Melayu adalah dalam bentuk sindiran atau kiasan. Sindiran dan kiasan di sini
adalah untuk membaiki, memberi moral dan alasan kepada sesuatu kejadian.
Hikayat Hang Tuah dikarang berdasarkan watak Hang Tuah yang pernah menjadi
hulubalang Melaka. Kegigihan dan kesetian Hang Tuah digambarkan dalam satu
seni yang indah. Hang Tuah diangkat sebagai Adiwira Melayu. Sifat kewiraan ini
sebagai pemangkin kepada sifat lemah moral di kalangan bangsa Melayu pada
masa dahulu dengan menaman kepercayaan dan pegangan bahawa pada suatu
masa dahulu bangsa Melayu gagah, setia dan punya kesanggupan.

Hikayat Hang Tuah diklasifikasikan sebagai sastera untuk masyarakat
kerana ia membakar semangat masyarakat melayu dengan mengagungkan sifat
positif dalam watak Hang Tuah untuk mereka teladani. Pada hemat membaca
zaman sekarang, masyarakat mungkin menilai Hang Tuah sebagai gagal, kerana
konsep keadilan, kesetiaan soal nyata dan khayalan berlainan sekali antara dahulu
dan sekarang. Jika kita hendak memamhami dan menilai Hikayat Hang Tuah dengan
sewajarnya, kita mestilah memahami latar belakang pegangan bangsa Melayu pada
zaman itu. Konsep kesetiaan bangsa Melayu pada masa itu aalah terhadap raja
yang memerintah. Konsep khayalan yang berasaskan masyarakat zaman Hang
Tuah dan bukan khayalan masyarakat pada zaman sekarang.

Setiap hikayat lama menggambarkan kebahagian untuk heronya pada
penghujung cerita. Keistimewaan hikayat Hang Tuah ialah Hang tuah, Raja Melaka
dan Bendahara Paduka Raja dikekalkan dan tidak ditamatkan riwayat mereka.
Berbalik kepada gambaran kejayaan dan kesanggupan masyarakat Melayu, kita
dapati bahawa dalam simbolisnya hero-hero zaman Melaka dan kebesaran Melayu
tidak akan lenyap dari sejarah. Mereka merupakan lambang perjuangan Melayu.
Mungkin manusia Hang Tuah sudah mati, namun bangsa Melayu yang
dilambangkan dalam sifat Hang Tuah akan terus hidup.

Pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai idealisme untuk
mengankat martabat bangsa Melayu setinggi mungkin. Pengarang banyak



TL 30203 Penghayatan Karya Agung


15
menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa
pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat Melayu
termasuklah sistem sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota
masyarakat dan agama. Watak-watak lain yang diceritakan dalam Hikayat Hang
Tuah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja menunjukkan keasliannya dan
meggambarkan watak-watak bangsa melayu yang mewakili zamannya. Dalam teks
ini, watak Hang Tuah membawa lambang kesempurnaan bangsa Melayu yang dapat
dijadikan sebagai contoh oleh generasi yang terkemudian. Hal ini demikian kerana,
seriap perlakuan serta perbuatan Hang Tuah melambangkan keperibadian bangsa
melayu itu sendiri.

Menurut Hasan Ahmad (1997), penonjolan jati diri melayu menerusi watak
Hang Tuah bersesuaian dengan kehendak atau ciri-ciri karya tersebut yang
dianggap oleh kebanyakan sarjana sebagai salah sebuah karya agung bangsa
Melayu. Hal ini ternyata sekali jika merujuk mengenai persoalan pengorbanan untuk
raja, agama serta bangsa seperti yang telah ditunjukkan melalui watak Hang Tuah
dalam hikayat ini. Dalam hikayat ini dipaparkan bagaimana Melaka dan Majapahit
yang merupakan dua bangsa yang mewakili bangsa Melayu dan Jawa bersaing
sesama sendiri demi mempamerkan kejaguhan dan keagungan bangsa masing-
masing. Dalam Hikayat Hang Tuah juga turut digambarkan bahawa masyarakat
Melayu yang diwakili Hang Tuah sering disaingi serta diancam dengan penampilan
watak nagatif Jawa. Pahlawan Jawa mencuba untuk menggugat kedudukan
kerajaan Melayu Melaka dan mencabar kepahlawanan Hang Tuah. Ketika Hang
Tuah berada di Majapahit, dapat dikesan penegasan dan penonjolan istilah Melayu
atau bangsa Melayu. Contoh petikan yang menggambarkan perkara diatas ialah;

Maka kata Patih Gajah Mada, bukan engkau sekalian aku hendak menyuruh
mengalahkan negeri. Engkau hendak kusuruhkan mencuba hulubalang Melayu yang
datang itu
( Hikayat Hang Tuah, hlm. 115 )

Sehubungan itu, penambilan Hang Tuah bukan sekadar untuk menyedapkan
penceritaan tetapi pengarang berhasratuntuk menjadikan watak tersebut sebagai
lambang keagungan bangsa Melayu. Hal ini dapat dilihat pengulangan istilah Melayu
dalam Hikayat hang Tuah seperti berikut;




TL 30203 Penghayatan Karya Agung


16
5.0 Rujukan

Ali Ahmad (1995). Epik Pengaruh Hindu, Epik Warisan Islam, Epik Peribumi: Satu
Kajian Perbandingan. Universiti Sains Malaysia.

A.Samad Ahmad (1979). Salalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu, Satu KajianDaripada Aspek Pensejarahan
Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2001. Ed. Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dab
Pustaka

Kasim Ahmad(pngr). 1975. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohamad Daud Mohamad (1987) Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Mansur Adullah. 1984. Kesussasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur :
penerbitan Tratra

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html.

http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6
&Itemid=1

http://gwasastra.blogspot.com/p/definisi.html

You might also like