Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

RUJUKAN

Pengertian Wacana dan Ciri-Ciri Wacana, 9 Oktober 2013


http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/10/pengertian-wacana-dan-ciri-ciri-wacana.html
Topik 1
Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem.
Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi dan tindak balas.
Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan.
Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas.
Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas.
Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis
sesuatu bahasa.
Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum,
meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam sesuatu bahasa.
Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara
perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.
Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun
menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa
dan ayat.
KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.
FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dengan klausa.
KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran.
Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik.
Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa.
Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan.
Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem.
Fungsi rumus tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.

Topik 2
Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi
oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat selalunya didapati dalam
struktur dan sistem yang teratur.
Ayat sistem ialah ayat atau tutur yang dikeluar dan diasingkan daripada konteks wacana,
sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat
dalam wacana teks dan wacana lisan.
Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan, kata-
kata penghubung (verbindings woorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam
wacana akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.
Makna tautan merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang
didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.
Terdapat persamaan dan perbezaan pendapat tentang definisi wacana yang diperoleh
daripada ahli-ahli linguistik ataupun penulis.
Wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai
keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana
dicirikan oleh kesinambungan maklumat.
Unsur-unsur penting dalam wacana adalah seperti satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat
atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan
juga akhir yang nyata.
Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah 'organisasi
sintaktik'. Organisasi sintaktik merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan
padat. Dengan susunan sebegitu, organisasi tersebut adalah untuk menghasilkan tuturan.
Kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, tidak kira sama ada dari
segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Dengan penguasaan dan juga
pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik.
Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakan berdasarkan penyampaian maklumat lama
dan maklumat baru. Kaedah-kaedah itu adalah seperti kaedah perujukan, kaedah penggantian,
kaedah pengguguran, kaedah konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana juga dicirikan oleh
kesinambungan maklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam
wacana ini pula dapat dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.
Tautan (cohesion) berbeza dengan keteraturan fikiran, ini bermaksud bahawa kohesi ataupun
tautan adalah merupakan konsep semantik yang juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan
yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Manakala menurut Halliday dan
Hasan (1976), tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk
menjadikan suatu 'teks' itu berkesatuan.
Hubungan makna, sama ada makna leksikal mahupun makna nahuan, perlu diwujudkan
secara padu dalam kesatuan yang membentuk teks. Tautan makna dari dua sudut, iatu tautan
nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Tautan
ataupun kohesi ini juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk
suatu teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur.
Kaedah pertautan ini lebih dikenali dalam istilah perujukan, penggantian, pengguguran,
konjungsi dan nahuan leksikal.
Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kesepaduan dan sebagainya.
Perujukan ataupun rujukan ini ialah merujuk kepada unsur sebelum atau selepas yang
berkaitan dengan hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari dua sudut, iaitu perujukan
Eksoforik dan Endoforik.
Perujukan Eksoforik ini digunakan untuk merujuk kepada hal-hal yang mempunyai kaitan
dengan situasi yang berkembang di depan penutur ataupun pendengar yang menerima mesej
ataupun maklumat yang telah disampaikan kepadanya.
Perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasi yang merujuk kepada sesuatu yang telah
diidentifikasi dalam sesuatu konteks bagi sesebuah situasi.
Perujukan eksoforik ini merupakan hal ataupun fungsi yang menunjukkan kembali kepada
sesuatu yang ada di luar daripada sesebuah situasi.

Topik 3
Suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren (keutuhan wacana), maksud pengirim, keboleh
terimaan, memberikan informasi, situasi pengujaran dan intertekstualisasi.
Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya susunan gagasan atau
konsep; berkat hubungan-hubungan yang mengetengahkan hal tersebut dan isi teks dapat
difahami secara relevan.
Koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:
a. Aturan pengulangan;
b. Aturan perkembangan;
c. Aturan hubungan; dan
d. Aturan yang tidak terkandung pertentangan.
Untuk mempelajari wacana, terlebih dahulu perlu diketahui tentang teori komunikasi, sama
ada unsur-unsurnya mahu pun kaedah komunikasi.
Wacana merupakan satuan yang terlengkap dan terbesar atas ayat atau klausa dengan
kerapian (koheren) berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir nyata yang
disampaikan secara lisan atau bertulis.
Kepaduan makna dan kerapian bentuk merupakan faktor penting untuk menentukan tingkat
keterbacaan dan kefahaman wacana.
Kepaduan dan kerapian merupakan unsur hakikat wacana, iaitu unsur yang turut menentukan
keutuhan wacana.

Topik 4
Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea
yang dikemukakan.
Pelajar yang tersilap memilih penanda wacana akan mengakibatkan hilang pertautan isi dalam
penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan seterusnya mengakibatkan penyampaian
penulisan menjadi kabur.
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun
berucap.
Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia
akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan
perpautan yang lengkap.
Tiga jenis penanda wacana adalah:
a. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi;
b. Memperjitu organisasi penulisan; dan
c. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain.
Antara fungsi penanda wacana adalah:
a. Untuk menunjukkan maksud tambahan;
b. Untuk menunjukkan maksud sebaliknya;
c. Untuk menunjukkan sebab; dan
d. Untuk menunjukkan maksud ketika.

Topik 5
Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-
format tertentu.
Penulisan tersebut adalah seperti berikut:
a. Surat kiriman tidak rasmi;
b. Surat kiriman rasmi;
c. Dialog;
d. Syarahan;
e. Ucapan;
f. Laporan;
g. Berita;
h. Catatan harian; dan
i. Perbahasan.
Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang
ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana.
Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan
menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka
kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.
Peraturan wacana berformat:
a. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya tiga isi
minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti yang kukuh dan relevan
dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.
b. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.
c. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat
kesinambungan idea antara ayat.
d. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.
e. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan
ketergantungan idea.
f. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan
antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.
g. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.
h. Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang
betul.
i. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan
berkehendakkan format.
j. Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis agar dapat
membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.
Proses menulis pula adalah seperti berikut:
a. Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan
keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih
adalah dari segi:
i. Bentuk atau format penulisan
ii. Isi-isi
1. Laras bahasa
iii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat pemilihan yang
terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurna.
iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberi,
tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini
akan memerangkap diri sendiri.
v. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendak soalan atau tajuk, tetapi
tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan
satu pilihan yang tepat.
vi. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh
menguasainya.
vii. Untuk menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu
memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya dan
perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.
viii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak
membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan
sebagainya.
ix. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan
cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.
b. Susunan penulisan berformat ialah:
i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap.
ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.
iii. Rangka penulisan membantu murid:
1. Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari/terpesong daripada tajuk
atau soalan.
2. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.
Menghasilkan perenggan yang cemerlang.
Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang dihuraikan/diolah.
Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan
dikehendaki.
Mengelakkan pengulangan fakta.
3. Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting
untuk menjimatkan masa.
iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:
a. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan
huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.
b. Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan,
ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut.
c. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan dengan menyatakan isi pokok,
diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting.
d. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga
memulakan perenggan itu dengan isi pokok.
e. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda wacana
yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.
f. Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan
penutup harus seimbang dengan isi.
vi. Proses penyemakan adalah seperti berikut:
. Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan
untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.
a. Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan,
pemerengganan.
b. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.
c. Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu
agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat.
d. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa.
e. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata
tersebut.
f. Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan mengesan
isi; oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.
vii. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Topik 6
Konsep wacana tak berformat dalam bahasa Melayu berfokus kepada pengujian kefahaman
mengenai topik penulisan, pengujian kebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk menarik
minat pembaca, pengujian fikiran, pendapat dan idea-idea dan pengujian tentang pengukuran
pembacaan.
Sebelum membuat sesuatu penulisan, pelajar hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak sesuatu soalan. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang:
a. Pengenalan;
b. Isi-isi; dan
c. Penutup.
Setiap penulisan wacana tak berformat juga mestilah mempunyai pembukaan atau
pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang
mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Pelajar hendaklah mampu menarik perhatian
pembaca supaya ingin membaca sesuatu penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan
am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan penulisan yang menarik akan
meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca. Oleh itu, pastikanlah terlebih
dahulu pembukaan penulisan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu topik. Penulisan perlu mempunyai sekurang-
kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi masalah, tetapi mungkin menyebabkan
kekurangan masa. Isi hendaklah disusun denganteratur dan berkait antara satu dengan lain. Isi-
isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Setiap isi perlu
dikembang atau dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi bagi satu perenggan
kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap perenggan tidak semestinya sama
panjang. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini
demikian kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih
panjang daripada perenggan yang lain.
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti penulisan
tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberikan sesuatu kepuasan kepada pembaca.
Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Dalam
penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.
Elakkan menamatkan penulisan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu, penutup juga
penting dalam tiap-tiap penulisan.
Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan
yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format. Walau bagaimanapun, penulisan
jenis ini banyak berfokus kepada pencorakan idea dan kesinambungan yang kreatif.
Ciri-ciri wacana tak berformat berkisar kepada penggunaan kaedah, penyusunan, proses
semasa penulisan dan penyemakan.
Penyusunan rangka penulisan:
a. Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk memperoleh isi.
b. Senaraikan semua isi penting secara ringkas.
c. Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
d. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan
dihuraikan.
e. Isi penting jangan diulang-ulang.
Semasa penulisan:
a. Semasa menulis, mulakan dengan pendahuluan terlebih dahulu dalam
satu perenggan.
b. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta
dengan contoh.
Bahagian-bahagian penulisan yang ideal:
a. Perenggan pendahuluan
b. Perenggan isi pertama
c. Perenggan isi kedua
d. Perenggan isi ketiga
e. Perenggan isi keempat
f. Perenggan penutup
Penyemakan:
a. Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan
yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang
salah dan aspek tatabahasa yang lain.
b. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan.
Murid digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas, tepat dan padat berbanding ayat yang
panjang. Hal ini demikian kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan
tatabahasa.

Biasakan diri untuk mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Aplikasi dalam
pengajaran penulisan wacana tak berformat di sekolah rendah dan menengah kebiasaannya
menjurus kepada konteks panduan dan kerangka.
Contoh Panduan Penulisan Perbincangan / Pendapat:
a. Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus.
b. Lazimnya, penulisan jenis ini menghendaki murid membincangkan sesuatu topik yang
diberikan dengan berdasarkan pengalaman.
c. Bagi menulis karangan jenis ini, murid perlu mempunyai kemahiran berhujah dan
pengetahuan yang luas tentang topik yang dibincangkan.
d. Hujah yang diberi mestilah logik untuk menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalam
menghuraikan contoh berdasarkan isi.
e. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuat pertimbangan dan menghuraikan
isu-isu yang sensitif.
Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung kepada kehendak penulisan.
a. Sesuatu topik selalunya menghendaki murid:
i. mengemukakan hujah daripada satu pihak sahaja; atau
ii. mengemukakan hujah daripada dua pihak.
b. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada satu pihak ialah:
Bincangkan keburukan kedatangan pekerja asing ke negara ini.
c. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada kedua-dua pihak ialah:
Bincangkan kebaikan dan keburukan kehadiran pekerja asing ke negara ini.
d. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan ringkas. Elakkan daripada menggunakan
bahasa yang berbunga-bunga dan terlalu panjang.
e. Penulisan mesti mengikut kebiasaan format penulisan sebenar, iaitu terdapatnya
pendahuluan, isi dan penutup, iaitu:
i. Pendahuluan - Membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya.
ii. Isi - Mengandungi hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yang dikemukakan. Sertakan
contoh yang sesuai.
iii. Penutup - Kesimpulan tentang isu yang dibincangkan.

Topik 7

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesan (adressee)
agar melakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalam wacana ini, yang terpenting adalah
fungsi ajakan (appeal) yang terdapat pada mana-mana model organon Bhler, iaitu disebut
sebagai aspek signal bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada pesanan.
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai wacana persuasif yang
bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, wacana
persuasif adalah wahana dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang
ramai.
Secara umumnya, kemahiran dalam wacana persuasif melibatkan:
a. Penguasaan tatabahasa
b. Penggunaan pelbagai ragam bahasa
c. Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik(
d. Penguasaan corak dan bentuk penulisan
Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi seseorang, wacana yang terhasil merupakan
manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Di samping itu, struktur
wacana persuasif pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Wacana persuasif
dikembangkan kepada empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi
(pendedahan) atau penghujahan.
Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat
kesimpulan atau rumusan.
Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat
yang khusus.
Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau
perbezaan antara dua perkara atau senario.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Dalam penulisan pemujukan,
penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, persuasif adalah alat-alat dalam penulisan
untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran persuasif
melibatkan penguasaan tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian
pemikiran secara teratur dan sistematik dan penguasaan corak dan bentuk penulisan.
Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan persuasif.
Yang pertama, seseorang penghasil wacana perlu menguasai sesuatu bahasa dengan baik.
Kedua, penghasil wacana mestilah tahu akan perkara atau tajuk yang hendak disampaikan
dengan bahasa tersebut.
Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak
seperti dalam pelukisan.
Dalam persuasif pemerian, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan perhatiannya
kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan,
suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
Untuk menghasilkan wacana dengan persuasif pemerian, penghasil wacana boleh
memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain bentuk prosa, persuasif
pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi.
Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruhan.
Dalam persuasif pemujukan, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah dan
mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau pendengar.
Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur
psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan.
Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana akan memainkan
emosi penerima wacana.
Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap pendirian penerima
wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak penghasil wacana.
Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan menarik.
Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang menggunakan persuasif
pemujukan.
Persuasif pemujukan memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci
daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. Persuasif penerangan bertujuan untuk
memberikan maklumat kepada penguna wacana.
Persuasif pemujukan dikatakan bersifat informatik.
Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan
intonasi dan nada yang menarik.
Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya
orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami maklumat yang dsampaikan.
Persuasif ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam bentuk
penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif ini boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan
aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.
Persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri
peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.
Persuasif penceritaan digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, lipur lara,
hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandung empat prinsip yang bertalian iaitu kesatuan,
pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik.
Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan
sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik tersebut dapat diketahui dan difahami
oleh khalayak. Selain pendedahan, persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan.
Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan pemahaman kepada
khalayak.
Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan ideanya kepada
khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan adalah dengan menggunakan
persuasif pendedahan, iaitu idea yang berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah,
masalah, analisis, proses dan dasar tertentu.
Sama seperti persuasif pemujukan, persuasif penghujahan juga tergolong sebagai persuasif
pengaruh.
Persuasif penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.
Perbezaan lain antara persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan adalah dari segi
pendekatan. Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresif sehingga menghendaki khalayak
bertindak mengikut kemahuan penghasil wacana.
Persuasif penghujahan hanya memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang
dikemukakan.
Khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektif dan berkemampuan membuat penilaian
sendiri terhadap sesuatu usul.
Terdapat tiga unsur penting dalam persuasif penghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dan
khalayak.
Umumnya, persuasif penghujahan boleh memanfaatkan teknik penyampaian idea secara
deduksi dan induksi. Persuasif penghujahan sering digunakan dalam perbahasan, perbicaraan,
forum, tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah.
Prinsip-prinsip persuasif ini adalah berlandaskan Sistem Teoritikal Koheren, iaitu segala
bentuk pendapat, penyusunan dan gaya penyampaian adalah berkaitan.
Berkaitan antara satu idea merupakan satu proses pemikiran yang penting untuk
melahirkankesinambungan dalam penulisan. Setiap pendapat adalah saling berhubungan
dengan simbolik penjelmaan dalam proses berfikir. Proses pemikiran yang tidak logik juga
penting dalam proses penulisan.
Proses penulisan adalah satu proses yang murni. Murni jika penulisan mengikut ketepatan
tajuk.
Proses menulis bermula daripada satu pergerakan idea yang tidak dikenali keseluruhannya
kepada yang diketahui keseluruhannya. Pengulangan dalam proses perubahan adalah
daripada bentuk terhad kepada luas. Pembentukan wacana adalah penting dalam setiap
bahagian penulisan.
Analisis sintagmatik dan paradigmatik juga sangat penting untuk mengembangkan wacana
dalam proses penulisan.
Dalam memperkatakan persuasif penulisan, aspek yang utama adalah frasa penghubung dan
kata rujukan.
Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapa subkemahiran yang perlu sekiranya mahu
menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara subkemahiran yang penting adalah
kemahiran sintaksis pada peringkat ayat yang merupakan perkara utama dan paling asas
dalam ekspresi dan penyampaian idea.
Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang efektif untuk
menyampaikan hasrat dan maksud penulis.
Satu gejala universal wujud dalam berbahasa sesuatu sama ada tentang manusia, benda atau
hal tidak akan dipergunakan berulang kali dalam konteks yang sama.
Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuan yang jelas akan menimbulkan rasa kurang
selesa.
Kata ganti tersebut timbul untuk menghindari pengulangan dalam ayat berikutnya. Dengan
demikian, kata rujukan atau kata ganti dapat berfungsi untuk menjadi kesepaduan yang baik
dan teratur antara ayat-ayat yang membina sesuatu penulisan.
Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh penghasil wacana untuk menyampaikan idea
dengan berkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya ialah takrifan, pencerakinan, analogi,
petikan, deduksi dan induksi.
Pendekatan persuasif menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting dalam sesuatu
penulisan.
Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisan terletak kepada input-input bahasa,
pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik serta kemahiran menulis yang dimilikinya.
Kesemua elemen ini akan merangkumkan perenggan-perenggan penulisan.
Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menulis yang diperlukan oleh seseorang penulis
sebelum dapat menghasilkan penulisan yang berkesan serta idea yang jelas dan tepat.
Kemahiran persuasif memerlukan latihan yang sistematik dan berterusan. Penulis yang telah
dapat menguasai kemahiran persuasif pastinya akan dapat menghasilkan penulisan yang
bermutu dan menarik. Dalam penulisan surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif
penerangan, iaitu persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas
supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi maklumat yang
disampaikan.
Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, pendedahan
dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan dalam rencana adalah untuk menyampaikan
maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yag menarik, memberi pemahaman
dan hujah yang logik.
Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat, persuasif yang digunakan adalah persuasif
penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca, sekali gus bersifat informatif.
Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang jelas dan tepat digunakan untuk memberikan
penerangan terhadap maklumat yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan
persuasif penerangan dalam penulisannya.
Pengumuman dan pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan dan pendedahan.
Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar dan mesej serta
maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang menarik.
Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada khalayak
supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik.

Topik 8
Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang wacana deskriptif.
Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantik) antara
bahagian dalam sesuatu binaan bahasa.
Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa
yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam wacana tersebut saling berhubungan
dan padu kedudukannya. Selain dibina atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana
deskriptif juga terikat dengan konteks.
Kontekslah yang dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan dalam
pemakaian bahasa komunikasi dan bahasa yang bukan untuk tujuan komunikasi.
Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai pertukaran antara
penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal, iaitu bentuknya ditentukan oleh
tujuan sosial.
Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai
dan kategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagai bidang daripada semua pernyataan.
Kadangkala turut dikenali sebagai kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan dan dilihat
daripada sejumlah pernyataan.
Wacana deskriptif sebagai cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka kepada awam
sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar luas.
Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks penggunaan dan
kaedah penjelasan.
Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu semua ujaran
atau teks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunia nyata. Wacana deskriptif menurut
konteks penggunaannya merupakan sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam
kategori teoritikal konseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannya, wacana deskriptif
merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan.
Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan yang dinyatakan
secara lisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasanya serta
terikat kepada konteks. Dengan demikian, apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui
pelbagaian media, makna konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif.
Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasa, seperti dijelaskan berikut:
a. Wacana ekspresif wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulis sebagai
saranan ekspresi, seperti wacana pidato.
b. Wacana fatis wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan komunikasi.
c. Wacana informasi wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi, seperti wacana berita
dalam media massa.
d. Wacana estetik wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan keindahan, seperti
wacana puisi dan lagu.
e. Wacana direktif wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripada mitra penutur
atau pembaca, seperti wacana khutbah.
Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan atas wacana lisan dan tulisan.
Wacana lisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra penutur bahasa yang dituturkan serta
pertukaran pertuturan dengan bermula daripada giliran bicara.
Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulis dan pembaca, bahasa yang ditulis dan
penerapan sistem ejaan.
Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu yang terdiri
daripada wacana naratif, wacana ekspositoris, wacana hortatoris dan wacana prosedural.
Setiap wacana memiliki tema sebab.
Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi acuan atau ruang
lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak menyimpang. Sebelum menulis wacana,
seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu barulah tujuan.
Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana akan diungkapkan
dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada tujuan dan keinginan si penulis.
Kerangka penulisan bermanfaat adalah seperti berikut:
a. Pedoman agar penulisan dapat teratur dan terarah.
b. Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok / topik.
c. Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang menyimpang daripada topik dan
adanya pemikiran pokok yang sama.
d. Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan sehingga membantu
pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.
Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut:
a. Menentukan tema/topik penulisan.
b. Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.
c. Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.
d. Mengintegrasikan beberapa subtopik.
e. Menyelaraskan topik dan subsubtopik.
f. Menentukan pola pengembangan penulisan.
Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut:
a. Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam bentuk kalimat lengkap
yang menggarap idea-idea pokok penulisan.
b. Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk frasa dan klausa
sehingga tampak lebih praktik.
Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutan suatu kejadian atau peristiwa. Narasi dapat
berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang), riwayat hidup seseorang yang ditulisnya
sendiri atau kisah pengalaman. Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris.
Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:
a. Kejadian
b. Tokoh
c. Konflik
d. Alur / plot
e. Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana.
Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya huraian secara
kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang menyatakan waktu atau urutan,
seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya, atau setahun kemudian kerap digunakan.
Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut:
a. Menentukan tema cerita.
b. Menentukan tujuan.
c. Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.
d. Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan.
e. Secara kronologis atau urutan waktu.
f. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.
Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola urutan waktu.
Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang didasarkan pada tahap-tahap
peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah
perjalanan, cerita sejarah dan sebagainya.
Tahap penulisan eksposisi:
a. Menentukan objek pengamatan
b. Menentukan tujuan dan pola eksposisi
c. Mengumpulkan data atau bahan
d. Menyusun kerangka penulisan
e. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan
Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan penyampaian
berikut:
a. Urutan topik yang ada:
Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi sesuatu benda, hal atau
peristiwa tanpa mengecualikan yang terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.
b. Urutan klimaks dan antiklimaks:
Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah / yang sederhana menuju kepada hal yang
semakin penting atau puncak peristiwa dan sebaliknya bagi antiklimaks.

Topik 9
Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan mempunyai perkara yang
ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih daripada tiga dan penutup.
Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika penulisan mengandungi
wacana yang mantap, selain tidak melakukan sebarang kesalahan.
Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolak
daripada markah keseluruhan.
Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi.
Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan
yang baik.
Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat).
Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.
Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Pelbagai cara
mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan penomboran.
Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).
Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut serta
contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat.
Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan satu atau dua
ayat.
Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai
perkara, iaitu:
a. Format
b. Isi / Huraian
c. Imbuhan
d. Struktur Ayat
e. Ejaan
f. Tanda Baca
g. Perbendaharaan Kata
Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca.
Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu penulisan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan
atau tajuk.

You might also like