Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

HALAMAN PENGAKUAN










Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .


Tandatangan :
Nama : PANIMALAR DARMALINGAM
NO.K/P : 840326-10-6246
Tarikh : 29 OGOS 2014






HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)


PENGHARGAAN

Salam sejahtera......

Bersyukur kepada tuhan kerana berkat dan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan
kerja kursus Hubungan Etnik ini dengan baik sekali dalam tempoh masa yang telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah yang terlibat
iaitu Encik.Teoh Eng Seah yang telah banyak membantu dan memberikan panduan, dorongan
dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini sehingga siap.
Segala maklumat yang bernas dan berguna daripada beliau banyak membantu saya sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini . Saya juga amat beruntung kerana mempunyai seorang
pensyarah yang berdedikasi dan sanggup melungkan masa bersama kami bagi berkongsi
maklumat untuk tugasan yang diberikan. Budi baik dan tolak ansur beliau amat saya hargai.

Akhir kalam, jutaan yang tidak berbelah bagi juga saya tujukan kepada rakan-rakan
sepejuangan saya yang telah banyak membantu, berkongsi maklumat serta mencurahkan idea
dalam masa saya menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Pelbagai input yang berguna telah kami kongsikan bersama bagi menyiapkan tugasan ini. Budi
baik kalian tidak akan saya lupakan. Saya juga berharap agar suatu ati kelak kita tetap akan
bersama tidak kira di masa susah ataupun senang. Semoga persahabatan kita akan
berkekalaan selama-lamanya dan dirahmati-Nya




HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

Halaman Judul







HUBUNGAN ETNIK
(WAJ 3062)






JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS PAHANG


HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)


SENARAI KANDUNGAN










BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Borang Maklum balas I
2 Halaman Pengakuan II
3 Senarai Kandungan III
4 Penghargaan IV
5 TUGASAN 1: (KUMPULAN)

6 TUGASAN 2 : (INDIVIDU)
(i) Panimalar Darmalingam
(ii) Eeswari Gunasekaran


7 Lampiran
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)


TUGASAN 2: (Secara Individu)
Berdasarkan artikel yang bertajukHubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal
kejernihan dalam kekeruhan, Siri Kertas Kajian Etnik UKM, Bil.1, November 2008, Institut
Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia,anda dikehendaki membuat satu ulasan
kritikal. (40%)
ULASAN:
Dalam suasana peristiwa derdarah 13 Mei 1969, dua perkataan mula menghayati
kehidupan sosial dalam masyarakat Malaysia iaitu perpaduan dan integrasi. Kadangkala kita
menjadi emosional seperti tidak sanggup menerima apa sahaja usaha kita untuk mewujud
perpaduan dan integrasi menghadapi kegagalan sejarah sosio politik membuktikan bahawa
keadaan ini tidak mudah dikawal atau diselasaikan kerana masyarakat yang sudah terbentuk
oleh sejarah dan berbilang etnik. Kita telah berjaya mengekalkan keamanan melalui
perbincangan dan wacana.
Salah satu faktor yang boleh mengekalkan keamanan dalam proses hubungan etnik di
Malaysia adalah kerana kemampuan intelek yang sedar kita perlu menghayati dan menikmati
kualiti hidup yang tinggi serta mahu generasi masa depan mengekalkan kesinambungan
produktiviti ekonomi. Perpaduan (unity) lawannya perpecahan(disunity). Akikat dasar pecah-
perintah,wujudlah masyarakat majmuk yang kita warisi.
Konsep diversity menggantikan disunity yang merupakan suatu aset dan bukannya
suatu beban. Walaupun begitu,unsur negatif diversity,khususnya bersifat disunitytetap wujud.
Unsur disunity terjelma dalam wacana kita mengenai pelbagai hal ehwal semasa di Negara.
Integrasi(integration) lawannya segregasi(segregation). Keadaan segregasi dalam masyarakat
kita juga adalah akibat dasar pecah-perintah colonial. Segregasi inilah yang dijadikan sasaran
untuk dirungkai oleh kerajaan dan pihak lain. Ada yang dilaksanakan melalui dasar dan usaha
sedar, ada yang terjadi sebagai suatu proses alamiah.
Melalui dasar pendidikan dan bahasa, telah diwujudkan usaha-usaha yang cuba
memecahkan tembok segregasi ini lalu diharapkan dapat mewujudkan integrasi. Untuk
menyelami isi kandungan perpaduan dan integrasi, terdapat empat proses yang penting iaitu
asimilasi, akomodasi, akulturasidan amalgamasi.
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)


Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identity yang sama dinamakan prose
asimilasi. Proses akomodasi pula merupakan proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik
yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza namun menghormatinorma dan nilai
kolektifsatu sama lain. Ia juga adalah proses utama lagi kritikal yang sudah diterima dan
dihayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia sama ada secara peribadii atau kolektif.
Akulturasi ialah proses penerimaan dan pinjam meminjam unsur atau perlakuan budaya antara
kelompok etnik yang berbeza. Proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh
beberapa kumpulan etnik atau pemerintah untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza
daripada kumpulan etnik yang berbeza tersebut dalam satu etnik yang bersatu sama ada
secara sementara atau berkekalan. Ia adalah suatau proses yang berguna tapi jarang
digunakan atau didapati di Malaysia.
Selepas 51 tahun merdeka, Malaysia umumnya wujud dalam suasana politik yang stabil
yang didukung oleh pembangunan ekonomi pesat. Kejayaan ini tercapai dengan mengatasi
pelbagai cabaran dan hambatan dalaman dan yang berpenca daripada luar. Namun,
keharmonian ini telah didukung oleh pelbagai Akta dan peraturan, sebagainya dipersoalkan
justifikasinya dari sudut hak asasi manusia. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk
menyelesaikan masalah sesamanya dan tidak memerlukan satu akta khusus untuk melindungi
hubungan etnik yang baik.
Mengikut kerajaan memikirkan bahawa perlunya satu akta untuk mengawal tindakan
segelintir rakyat yang boleh menimbulkan ketegangan etnik tetapi masih boleh gunakan Akta
Hasutan yang boleh dipindah untuk memasukkan hukuman terhadap kesalamatan tersebut.
Oleh yang demikian,kita perlu menghasilkan sebuah kertas putih untuk menghuraikan apakah
masalah yang berlaku,sebabnya dan bagaimana hendak diatasi. Jika kertas ini Berjaya
membuktikan bahawa keadaan adalah genting, maka barulah disarankan untuk
memperkenalkan sesuatu Akta yang relevan. JPNIN bertanggungjawab untuk menyediakan
kertas putih yang sememangnya tercakup dalam bidang tugasnya.
Kesimpulannya,perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara penting bagi
sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Perpaduan bermaksud satu
keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman
sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum
bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala Integrasi Nasional adalah
satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di
antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk
satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembangaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Justeru, perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah satu
perkataan yang membawa makna yang amat jelas kepada pembangunan negara yang
harmoni. Oleh itu, hubungan etnik yang harmoni adalah sangat diperlukan dalam kalangan
masyarakat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya
dan kaum. Sehubungan itu, persoalan mengenai hubungan etnik, perpaduan dan integrasi
adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya membawa kepada
pembangunan negara yang lancar dan konsisten tanpa sebarang gangguan.
Selain itu daripada kepentingan dalam pembunganan negara, perpaduan dan integrasi
ini juga penting dalam membantu negara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan
kepelbagaian etnik yang wujud di negara. Persoalannya, apakah implikasi sekiranya tidak
wujud perpaduan dan integrasi nasional dalam negara? Salah satu implikasinya adalah
keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di
kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak
dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi
masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana
yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun sia-sia
tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi
nasional dalam negara.
Implikasi yang kedua ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram, bebas
dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan
tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi
menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad.
Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya
mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk
kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam
arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai
nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

bahagia perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum
disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi yang tidak adil. Oleh itu, jelas betapa penting
perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.Menurut Joseph Stiglitz yang
merupakan ketua ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik
yang harmonis atau dalam erti kata yang lain perpaduan rakyat dalam negara. Beliau
menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara
bangsa juga turut terjejas. Oleh yang demikian, semua rakyat harus bersama-sama memainkan
peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari
rakyat yang berbilang kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-
pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah
negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional amat
penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global dan dikenali di mata dunia.
Program-program yang telah dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan telah dikaji
oleh golongan pakar sebelum dilancarkan. Bersesuaian atau tidak dasar-dasar atau program-
program yang dilancarkan bukan sahaja bergantung kepada peranan kerajaan, tetapi juga
bergantung kepada sikap individu atau rakyat itu sendiri. Keadaan ini menunjukan bahawa,
kepentingan dan semangat perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil.
Namun begitu, individu dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap
program dan pelaksanaan yang telah dan yang akan dilancarkan oleh pihak kerajaan selagi ia
tidak menjejaskan negara. Ini kerana, jatuh bangun sebuah negara bergantung kepada
semangat perpaduan dan integrasi yang ada di dalam diri masyarakat tersebut.








HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

Refleksi
Syukur kehadrat Tuhan, kerana dengan rahmat dan petunjuk-Nya dapat juga
menjayakan kerja kursus Hubungan Etnik dibawah bimbingan Encik Teoh Eng Seah.Secara
jujur, saya berpendapat tugasan kali ini merupakan tugasan yang mencabar di samping
membuka minda saya untuk melihat isu perpaduan di negara dari pelbagai perspektif dan
pendapat. Saya diberi tugas untuk membuat ulasan kritikal berdasarkan artikel yang bertajuk
Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruha. Pencarian
makulumat dijalankan melalui pembacaan majalah, internet, jurnal dan buku mengenai konsep
perpaduan dan integrasi. Sepanjang pencarian maklumat, saya mendapat beberapa input yang
bermakna yang dapat digunakan di dalam tugasan saya. Walaubagaimanapun, setiap
pemerolehan ilmu tidak bermakna sekiranya ia tidak diamalkan di dalam kehidupan seharian.
Secara amnya, perpaduan di Malaysia masih lagi tidak menyeluruh dari pelbagai aspek
terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun kesedaran tentang
kepentingan perpaduan dan integrasi itu perlu dalam setiap diri masyarakat untuk mencapai
kesejahteraan hidup di negara yang aman damai. Sehubungan dengan itu, sebagai bakal guru
yang juga merupakan agen perpaduan dalam sistem pendidikan negara, saya perlu
menyiapkan diri saya dengan pelbagai makulamat semasa mengenai isu perpaduan dalam
kesedaran menerapkan nilai kekitaan dan patriotisme dalam kalangan murid kelak.
Melalui tugasan ini, saya sedar akan kepentingan pendidikan yang boleh menjadi
medan perpaduan. Kepentingan peranan seorang guru dalam proses memupuk perpaduan di
kalangan murid merupakan langkah pertama dalam membentuk idealogi Pembinaan Negara
Bangsa. Untuk mencipta masyarakat dan negara yang utuh, guru merupakan agen perpaduan
yang berperanan membentuk satu masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang perlu
bersatu padu dan taat setia kepada negara. Jelasnya di sini, medan pendidikan merupakan
cititera perjuangan dalam memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya
perpaduan di negara ini tegap melalui pendidikan, maka hala tuju untuk mencapai aspirasi
Wawasan 2020 bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Kesimpulannya, tugasan Hubungan Etnik merupakan tugasan yang boleh mencorak
pemikiran guru pelatih untuk menjangka pola kehidupan masyarakat pada masa hadapan.
Cabaran semasa mengenai perpaduan dalam pelbagai aspek merupakan cabaran yang perlu
diharungi oleh bakal guru dalam melaksanakan tugas guru kerana tugas mendidik masyarakat
merupakan cetusan harapan kepada Pembangunan Negara Bangsa.
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

RUJUKAN
Ahmad Ali Seman & Warti Kimi (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur.
Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Mohd Sohaimi Esa & Budi Anto Mohd Tamring(2011).Hubungan Etnik : Kelangsungan
Pembinaan Negara Bangsa.Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hasaan (2010).Malaysia Melangkah Ke hadapan.
Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Syamsul Amri Baharuddin ( 18 Oktober 2008). Hubungan Etnik di Malaysia:Mencari dan
Mengekal Kejernihan dalam Kekeruhan. Kertas Latar dibentangkan di Mesyuarat
Majlis Penasihat Perpaduan. Kota Kinabalu, Sabah.
Ting Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.










HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

TUGASAN 1 : (KUMPULAN)
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan mengurangkan jurang
di antara golongan kaya dan miskin. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi dapat
dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama demi
mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
Anda dikehendaki:
Menganalisis dan menilai secara kritis keberkesanan perana kerajaan dalam mencapai
matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan pencapaian perpaduan kaum di
Malaysia serta membentangkan hasil dapatan dengan menggunakan ICT (contoh:powerpoint,
flash, video dan sebagainya) selama 15 minit pada satu masa yang ditetapkan. (20%)
Laporan ringkas:
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan
negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang
diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha
ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.Tahun 1990
menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak
boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh
namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering ala
DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan
mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya. DPN telah dilancarkan oleh
Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah
seperti berikut: Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih
akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan
berkekalan. Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambilkira kemampuan
negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping
menghadapi cabaran baru. Wawasan 2020,Penyertaan semua kaum di negara ini adalah
sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020.
Pembasmian Kemiskinan dan peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan
ditumpukan pada program-program berikut seperti pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-jalan
luar Bandar, pengangkutan, perumahan dan bekalan air dan elektrik. Penyusunan Semula
Masyarakat,penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan
semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini.
Dalam hal ini kerajaan masih berusaha gigih dengan membentuk gagasan Satu
Malaysia. Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Mohd
Najib bin Tun Abdul Razak. Dalam gagasan 1 Malaysia ini pelbagai langkah diambil untuk
mengurangkan beban rakyat serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Langkah-langkanya seperti
Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA), Kad Istimewa 1 Malaysia, Program Kebajikan
Rakyat(KAR1SMA), Amanah Saham(AS1M), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia, e-kasih,
Bantuan Rakyat(BR1M), Taksi Rakyat(TR1Ma), Menu Rakyat, Skim Keselamatan(SK1M),
Kedai Ikan Rakyat(KIR1M), Kedai Rakyat(KR1M), Kedai Kain(KK1M), Skim Latihan(SL1M),
Bantuan Buku(BB1M), i-TR1M, Program Susu 1 Malaysia, Inisiatif kembali ke sekolah, Kad
diskaun Pelajar 1 Malaysia, Rawatan Perubatan Percuma bagi Warga Emas,Klinik bergerak
1Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia.Gagasan 1
Malaysia ini adalah satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020. Terdapat beberapa
kebaikan dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia.Antara kebaikan gagasan 1 Malaysia ialah
perpaduan kaum dapat terus terpelihara. Perpaduan kaum amat penting kerana rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui
amalan nilai-nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa.
Dengan wujudnya perpaduan kaum, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Selain itu, gagasan 1Malaysia juga dapat mewujudkan keadilan sosial kepada semua rakyat.
Semua rakyat akan diberi kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan
miskin. Sebagai contoh, golongan miskin akan diberi bantuan sara hidup oleh Jabatan
Kemajuan Masyarakat. Oleh itu, rakyat pasti dapat menikmati keselesaan hidup dengan
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

pelaksanaan gagasan 1Malaysia.Gagasan 1Malaysia juga dapat membantu dalam kemajuan
ekonomi negara. Hal ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk melonjakkan ekonomi
negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Kerajaan telah membuat perubahan strategi
seperti dasar liberalisasi dan pemberian insentif kepada pelabur asing. Kedatangan pelabur
asing ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Di samping itu,
gagasan 1Malaysia juga dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi kepada rakyat. Penerapan nilai-
nilai aspirasi ini dapat menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara. Antara nilai aspirasi
yang dapat diterapkan ialah nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi.
Penerapan nilai-nilai aspirasi ini adalah seiring dengan slogan `Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan'.
Gagasan 1Malaysia juga telah dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Negara kita memang telah dikenali sebagai negara yang pesat membangun. Gagasan
1Malaysia telah menjadikan negara kita lebih dikenali dan dijadikan contoh oleh beberapa buah
negara. Imej negara yang semakin baik ini perlu dijaga dan semua lapisan masyarakat mesti
berganding bahu untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.












HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)





HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)







HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)
























HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)














HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

You might also like