Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

url: http://sheilaakmar.wordpress.

com/tenunan-pua/

Pengenalan
Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang
dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas
yang ditenun menggunakan Kek Iban. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain
pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-
merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar,
rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm.
Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17
sebelum Masihi.
Motif
Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah
paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan
kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:
Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif
ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-
tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun
oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar
mahir menenun cara ikat.
Motif Fauna
Pua Kumbu
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus
kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga
tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya
adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-
wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan
dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia.
Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai
katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus
kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain
tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain
yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan
mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan
atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala
jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua.
Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-
tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji
benih dan bungha-bungaan.
Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.

Motif-motif Pua Kumbu
Proses Pembuatan
Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih.
Cara Ikat
Kek Iban

Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan
menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut. Ikatan dibuat mengikut corak
yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan
warna yang diingini. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru
kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas
itu dikeringkan. Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka.
Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan
benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.
Cara Pilih
Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang
itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang
yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan.
Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk
membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.
Menenun Pua Kumbu

Menenun Pua kerumbu
Penggunaan
Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja. Sekarang
penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain
rekacorak yang baru.
Sejarah
Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad
ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik
menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-
negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain
di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan
nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang
penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain
songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan
tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas
sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan
imaginasi yang tinggi lagi unik.
Motif
Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket:
Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih
Corak
Corak kain songket lazimnya terdiri dari:
Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak
Proses Pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik
menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di
permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah
benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka
corak atau sulaman benang emas.
Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat
benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz
panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung
Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping
papan loseng.
Menyapuk benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk
dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan
ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi
dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian
diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan
kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah
menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Penggunaan
Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-
pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk
membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden
songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja,
barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk
mempelbagaikannya.
Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket
mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah
diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

You might also like