Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Mengulas mengenai laporan akhbar Berita Harian bertarikh 10 November 2011
bertajuk Pendidikan perlu penambahbaikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
kerjasama pertubuhan antarabangsa iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains
dan Kebudayaan PBB) telah merancang untuk menambahbaik sistem pendidikan
negara agar tidak terkebelakang berbanding dengan negara jiran yang lain. Menurut
YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
suatu pasukan petugas yang akan dibentuk oleh kementerian untuk meneliti
pencapaian system pendidikan dalam negara dari segi aspek kelebihan dan kelemahan
akan dibuat dalam masa yang terdekat. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh pihak
Kementerian Pelajaran dengan UNESCO seperti yang disebutkan di dalam Berita
Harian bertarikh 18 November 2011 menunjukkan keperluan kepada penambahbaikan
sistem pendidikan dari sudut dasar pelajaran agar terus maju atau selaras dengan
negara-negara jiran.

Terdapat dua kaedah utama yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi menambahbaik dasar pelajaran negara iaitu menerusi kerjasama dengan
UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB), dan melalui Dialog
Nasional Pendidikan Negara 2012 (DNPN). Kedua-dua kaedah ini dilihat dapat
membantu memberi buah fikiran dan idea yang sesuai dengan penambahbaikan yang
diinginkan terhadap pendidikan negara (Utusan Malaysia,2012)

Menurut Loke Yim Pheng, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), beliau mengatakan bahawa kerajaan perlu memastikan
rombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu perlu mendapatkan maklum balas
daripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yang
berpengalaman dalam sektor pendidikan.(Berita Harian Online, 17 Mac 2012) Di
samping itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa
Ishak, yang juga dilihat bersetuju dengan penambahbaikan dalam pendidikan ini
menyatakan bahawa sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi atau
penilaian berasaskan peperiksaan sebenarnya telah menafikan bakat serta pembinaan
karakter dalam diri pelajar. Beliau berpandangan penilaian berasaskan peperiksaan
menyebabkan pelajar tidak memiliki kepelbagaian dari segi kebolehan malah generasi
itu disifatkan kaku dan tidak membangun.(Berita Harian Online,17 Mac 2012) Oleh yang
demikian rombakan yang berlaku seharusnya lebih bersepadu dan seimbang agar
memberi penekanan terhadap meritokrasi berasaskan bakat dan kebolehan serta
pembinaan karakter yang sempurna.

Menurut Datuk Dr Rosli Mohamed (Berita Harian,2011) kajian semula terhadap
dasar pelajaran negara daripada peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tinggi
dibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia mengetahui kemampuan mereka, serta
bersedia untuk memenuhi tenaga kerja pada masa depan dengan kemahiran yang
diperlukan selaras dengan pelbagai program transformasi kerajaan untuk mencapai
tahap negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sementara itu, Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abdullah Md Din berkata
kementerian sentiasa menyemak pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah dan
menengah bagi memastikan ia kekal relevan mengikut arus perubahan
semasa.(Bernama, 14 Disember 2011)

Turut bersama bersetuju dengan hasrat untuk melihat penambahbaikan dalam
sistem pendidikan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang
menyatakan keperluan untuk melakukan rombakan atau transformasi dalam sistem
pendidikan negara terutama sekali dalam aspek mengajar dan cara belajar oleh guru
dan murid. Corak pendidikan yang bersifat hafalan dilihat sudah tidak relevan kerana
tiada kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar untuk digunakan bagi
kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi hari ini. (Berita Harian
Online, 14 Mac 2012) Di samping itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad
Zarkashi juga meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah
pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengan
keperluan modal insan. (Bernama, 4 Julai 2012) Melalui perubahan yang diinginkan
oleh pihak Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri maka perkara berkaitan dengan
penambahbaikan dalam sistem pendidikan Islam menjadi topik utama kepada
perbincangan.

2.0 PERKEMBANGAN (PUNCA-PUNCA BERLAKU)
Bagi mengenalpasti bahawa betapa perlunya rombakan atau penambahbaikan di
dalam sistem pendidikan Islam di sekolah, adalah menjadi keperluan kepada semua
pihak untuk membuat rujukan terhadap kemenjadian masalah sosial yang semakin hari
semakin membarah dari sehari ke sehari. Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian
Statistik Bukit Aman mendapati bahawa walaupun masalah sosial atau jenayah yang
melibatkan penjenayah seawal umur 7 tahun menunjukkan penurunan kepada 1,847
orang pada tahun ini berbanding angka yang lebih besar yang ditunjukkan pada tempoh
yang sama pada tahun 2009. Di samping itu, dengan berita terbaru daripada Sekolah
Harapan di Melaka yang telah ditubuhkan September tahun lalu berjaya melahirkan 83
bayi.Hal ini menunjukkan masalah sosial yang berlaku adalah menjadi semakin runcing
untuk diselesaikan oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah
dan masyarakat umum yang rata-rata menganggap masalah sosial yang berlaku ini ada
perkaitan dengan kurangnya penghayatan murid dalam mempelajari Pendidikan Islam
di sekolah. (Berita Harian Online, 2 September 2012)

Masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja atau boleh disifatkan sebagai
pelajar sekolah masih berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut Naib
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye,
pembabitan kanak-kanak, pelajar dan remaja dalam kes jenayah merupakan satu trend
yang membimbangkan kerana ada pelajar seawal 15 tahun telah terlibat dalam
penyalahgunaan dadah, berjudi serta pelbagai gejala sosial lain. Melihatkan terhadap
kepelbagaian masalah yang berlaku ini sudah pastinya perkara yang sepatutnya diberi
perhatian oleh pelbagai pihak adalah apakah yang menjadi punca kepada berlakunya
permasalahan sosial yang semakin membarah terhadap golongan remaja atau boleh
ditujukan kepada pelajar di negara kita ini?

Menurut seorang tokoh agama yang dikenali di negara kita, Dato Abu Hassan
Din Al-Hafiz, mantan pegawai agama istana negara, masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh ajaran dan didikan oleh ibu
bapa di rumah. Menurut beliau lagi, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalah
sosial adalah datangnya daripada keluarga yang berantakan iaitu pelajar yang
mempunyai keluarga yang bermasalah daripada aspek perhatian ibu bapa yang kurang,
kerakusan ibu bapa bekerja tanpa menghiraukan anak-anak dan banyak lagi perkara
yang berlaku hasil daripada didikan dan ajaran oleh ibu bapa. (Berita Semasa,18 Mei
2010)

Selain daripada itu, jika dilihat daripada sudut kurikulum pendidikan itu sendiri
sebenarnya telah diresapi dengan pemikiran sekularisme dan dualisme dalam
pendidikan yang diajarkan. Menurut Profesor Hasan Langgulung (1988), kursus Asas
Pendidikan atau Teras Pendidikan Profesional tidak diajar menurut perspektif Islam
kerana dengan ketiadaan pemurnian terhadap pendidikan berkenaan telah
disekularisasikan. Dengan pemisahan Pendidikan Islam yang hanya meliputi 1 subjek
sahaja tanpa diserapkan di dalam teras pendidikan professional seperti di dalam subjek
sains dan matematik maka ini memperlihatkan bahawa pemisahan agama daripada
kehidupan atau disebut sekularisasi dalam pendidikan adalah jelas berlaku dalam
sistem pendidikan di negara kita. Hal ini menyebabkan kekeliruan yang berlaku
terhadap kefahaman pelajar terhadap pendidikan yang dilihat tiada diintegrasi dengan
ilmu pendidikan islam.

Di samping itu, punca terjadinya isu ini adalah disebabkan remaja Islam
terutamanya pelajar sekolah ketandusan ilmu kerohanian.(Berita Harian
Online,2012).Ketiadaan guru atau masyarakat yang berilmu untuk berdamping dengan
pelajar ini menyebabkan pengaruh negatif terutamanya media massa banyak meracuni
pemikiran mereka seterusnya meminggirkan ilmu pendidikan Islam yang pernah
dipelajari di sekolah. Di tambah pula dengan teknologi komunikasi tanpa batasan pada
hari ini memudahkan bagi pelajar ini untuk membuat akses kepada maklumat yang
tidak baik semudah 1 klik sahaja. Kajian yang dilaksanakan oleh Institut Pengajian
Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 mendapati
bahawa 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di
rumah mahupun di kafe siber. (Kosmo Online,21 Julai 2010) Penglibatan remaja
Melayu yang terus menerus melayari laman web tanpa kawalan ini menyebabkan
keperluan kepada penambahbaikan dalam Pendidikan Islam agar ilmu yang dipelajari
oleh mereka dapat dihayati dengan baik dan sempurna sepanjang kehidupan mereka.

Seterusnya, proses penambahbaikan dalam subjek Pendidikan Islam diperlukan
agar proses pendidikan yang dilaksanakan dapat membina akhlak para pelajar secara
berterusan.( Tajul Arffin Nordin,1990) Masalah yang sering berlaku dalam pendidikan
pada masa kini ialah ketiadaan penghasilan manusia yang mempunyai keperibadian
yang mulia. Sekiranya ada sekalipun berjaya melahirkan ramai professional atau
teknokrat yang berkemahiran dan berintelektual kebanyakannya mempunyai masalah
dari segi sahsiah dan akhlaknya. Dengan pelbagai masalah yang berlaku meliputi
rasuah, kronisme,pecah amanah,jenayah, maksiat dan lain-lain lagi menunjukkan
bahawa pendidikan yang dilaksanakan sehingga hari ini belum mampu untuk membina
manusia yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi.

Menyedari akan hal yang demikian, ketiadaan menampakkan unsur
kegemilangan dalam Pendidikan Islam pada masa kini memerlukan perubahan dan
penambahbaikan yang menyeluruh dalam sistem yang ditempuh oleh rakyat Malaysia
bermula pendidikan tahap pra sekolah sehinggalah ke tahap universiti. Keperluan untuk
menyusun dan membina semula sistem pendidikan Islam di negara ini amat diperlukan
agar penghayatan amalan Islam dalam kehidupan dapat diaplikasi dengan sempurna
oleh segenap umat Islam dinegara ini.

3.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISU
Bagi menyelesaikan isu berkaitan pendidikan Islam perlukan penambahbaikan
maka beberapa cadangan telah digariskan bagi membantu mengatasi masalah dan
diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit terhadap masalah yang
semakin membelenggu masyarakat hari ini.

Bagi cadangan yang pertama bagi mengatasi isu ini adalah keperluan untuk
menerapkan falsafah pendidikan Islam secara langsung dalam sistem pendidikan.
Pembentangan kertas kerja yang dilaksanakan pada tahun 2012 di dalam seminar
transformasi pendidikan Islam menggariskan bahawa falsafah pendidikan Islam
sepatutnya diserapkan di dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Menurut
Ghazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjah
dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkan
melalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat.

Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Sains, penerapan tentang kewujudan
alam adalah secara semulajadi adalah tidak benar kerana istilah yang sebenarnya
adalah kewujudan alam adalah diciptakan oleh Allah Taala. Contoh lain penerapan
pendidikan Islam di dalam subjek lain adalah seperti di dalam subjek Matematik dengan
mengintegrasikan ilmu pengiraan dengan kewujudan ahli falsafah Islam yang terkenal
seperti Algebra.Dengan pengetahuan pelajar mengenai ahli falsafah Islam berkenaan
maka penghayatan Islam dalam diri pelajar akan meningkat atas sebab keinginan
mencontohi kepakaran sarjana Islam yang berjaya dalam kehidupan.Keperluan untuk
pihak-pihak penggubal kurikulum membuat penambahbaikan dalam kesemua subjek
yang diajar di dalam sukatan pelajaran dengan penerapan pendidikan Islam secara
langsung amat penting agar dapat menunjukkan bahawa pendidikan Islam dapat
difahami dan dihayati sepenuhnya selaras dengan kenyataan Islam itu sendiri yang
bermaksud suatu cara hidup yang menurut al-Quran dan as-Sunnah.
Seterusnya bagi cadangan yang kedua pula, keperluan untuk menyepadukan
antara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kewujudan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan bagi aktiviti pendidikan di Malaysia
menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara terkehadapan berbanding negara lain
yang tidak mempunyai falsafah pendidikan negara yang jelas. Dengan falsafah
pendidikan kebangsaan yang mengandungi prinsip dan nilai asas secara jelas dalam
mendasari ilmu pendidikan yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggi
iaitu university menunjukkan bahawa hasrat untuk mewujudkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia serta bertanggungjawab menjadi hasrat utama kewujudan falsafah
berkenaan.

Penggabungan falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaan
sebenarnya amat diperlukan agar dapat menjadi bukti bahawa pendidikan tinggi bukan
sahaja sekadar bagi mendapatkan segulung ijazah atau diploma bahkan mempunyai
tujuan yang lebih utama dari segi pembangunan dan kemenjadian diri pelajar secara
syumul dan menyeluruh supaya seimbang keilmuannya tentang dunia dan akhirat serta
dapat melahirkan insan, ahli keluarga,masyarakat serta warganegara yang didasari
dengan falsafah yang digariskan iaitu warganegara yang berilmu, bertanggunghawab,
berakhlak mulia dan berbakti. ( Rohizan Ya et. al, 2012).

Keperluan bagi masyarakat Malaysia untuk mempunyai falsafah pendidikan
Islam yang disepadukan dengan falsafah pendidikan Kebangsaan dilihat mempunyai
kepentingannya tersendiri kerana falsafah pendidikan Islam ternyata baik dan sesuai
untuk sebarang masa, masyarakat dan tempat serta sehingga detik ini tiada satu
falsafah pendidikan buatan manusia yang dapat menandingi falsafah pendidikan Islam
yang akhirnya menghasilkan konsep Pendidikan Sepadu sebagai titik mula kepada
perubahan yang diinginkan. (Tajul Ariffin Nordin,1990)

Cadangan ketiga yang diperlukan bagi penambahbaikan dalam pendidikan
Islam ialah mengaitkan Falsafah Pendidikan Islam dengan peranan ibu bapa. Sudah
menjadi suatu perkara lumrah kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak
mereka menjadi oran yang baik dan berakhlak mulia ( Rohizan Ya et. al, 2012). Maka,
tiada perkataan lain yang boleh dinisbahkan kepada para ibu bapa yang berkewajipan
dan bertanggungjawab dengan lebih utama untuk mendidik anak-anak berbanding
guru-guru di sekolah. Keperluan bagi ibu bapa untuk berusaha menyediakan
persekitaran pembelajaran yang terbaik bagi anaknya sangat diharapkan terutama
sekali di dalam rumah dengan suasana biah solehah yang secara tidak langsung
menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna di dalam kehidupan. Dengan
kewujudan suasana biah solehah ini maka proses pendidikan sempurna dapat
dilaksanakan oleh ibu bapa meliputi kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang
bermanfaat serta membina acuan sikap yang positif terhadap pembelajaran di rumah
mahupun di sekolah.

Sikap ibu bapa yang sering menuding jari terhadap guru-guru di sekolah dalam
soal didikan harus dikikis kerana suasana pembelajaran Islam perlu dimulakan oleh ibu
bapa dahulu di rumah berbanding di sekolah sebagai penerus kecemerlangan anak-
anak mereka dengan iklim Islam yang dibawa daripada rumah. Permulaan
tanggungjawab ibu bapa bagi membina sifat dan akhlak yang baik terhadap anak-anak
di rumah banyak membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Islam
dalam usaha menghasilkan generasi yang mempunyai kemenjadian yang sempurna
bukan sahaja daripada aspek akademik yang cemerlang bahkan aspek sahsiah yang
terpuji dan terbilang juga dapat dihasilkan dengan bantuan yang berterusan daripada
pihak ibu bapa. (Robiah Sidin,1998)

Di samping itu, dalam meneliti keperluan ibu bapa bagi mengisi kelompongan
yang berlaku terhadap anak-anak mereka dalam menyediakan persekitaran
pembelajaran yang positif dan berteraskan kehidupan Islam, peranan guru juga harus
dilihat menjadi keperluan utama bagi memastikan pendidikan Islam melalui
penambahbaikan yang maksimum terhadap murid-murid. Dalam erti kata lain, status
dan kualiti guru Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, guru seharusnya berusaha untuk melengkapkan dirinya dengan
ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Dalam hal ini, suatu perkara yang perlu
dititikberatkan oleh guru Pendidikan Islam adalah dari segi perwatakan guru di dalam
dan di luar sekolah, seharusnya seseorang yang bergelar guru Pendidikan Islam
mempunyai perwatakan yang berlandaskan Islam di mana sahaj mereka berada dalam
usaha memberikan gambaran yang jelas terhadap murid-murid di sekolah mahupun di
luar sekolah akan kepentingan menjadi manusia yang sentiasa mengamalkan adab dan
ajaran Islam yang baik ( Rohizan Ya et. al, 2012).

Dalam usaha meningkatkan status dan kualiti guru Pendidikan Islam daripada
semasa ke semasa, sikap dan pengamalan guru di mana sahaja guru berada dalam
kehidupan guru sendiri amat penting kerana segala kelakuan dan perbuatan yang
dilakukan oleh guru akan menjadi penanda aras bagi murid untuk menjadikan guru
sebagai role model kepada mereka. Penghasilan guru yang dapat mengamalkan
sepenuhnya ilmu yang diperoleh dan didapati mereka dalam kehidupan seharian guru
amat diperlukan bagi memastikan penambahbaikan dalam Pendidikan Islam dapat
diperlihatkan secara jelas kepada murid seterusnya ditiru perihal perbuatan guru yang
baik dalam kehidupan seharian murid. Istilah guru kencing berdiri, anak murid kencing
berlari seharusnya dihindarkan oleh guru Pendidikan Islam kerana sekiranya guru
Pendidikan Islam tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada dalam diri dalam kehidupan
seharian maka sudah tentu adalah mustahil bagi murid untuk berubah menjadi lebih
baik dalam kehidupan seharian.

Selain itu, dalam arus pendidikan moden masa kini seringkali kita melihat
bahawa matlamat utama pendidikan adalah untuk memperoleh ilmu, menguasai
kemahiran serta membina sikap yang terpuji. Dalam usaha menambahbaik sistem ini,
seharusnya memerlukan suatu mekanisme perubahan yang berada dalam skala yang
besar iaitu menggantikan matlamat akhir kepada membina sikap yang baik digantikan
dengan matlamat membina akhlak Islam serta perubahan yang paling utama ialah
mendekatkan diri kepada Allah swt. Perubahan matlamat pendidikan sebegini
seharusnya dikaji dengan mendalam dan bersifat mendasari akar umbi agar generasi
yang akan dilahirkan kelak adalah generasi yang berteraskan al-Quran dan Hadis serta
sentiasa memiliki akhlak mulia berasaskan penghulu manusia iaitu Nabi Muhammad
SAW serta sahabat-sahabat baginda yang mempunyai pekerti yang amat terpuji. (Tajul
Ariffin Nordin,1990)

Beberapa cadangan lain yang perlu dilaksanakan bagi menonjolkan perubahan
yang positif terhadap penambahbaikan dalam Pendidikan Islam antaranya ialah
pembentukan sistem penilaian yang bersesuai dengan objektif pendidikan (Noor
Hisham Md Nawi,2012). Dalam arus pendidikan masa kini, kewujudan kurikulum baru
yang disebut KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang baru sahaj
dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan perkembangan positif
dalam arus pendidikan yang tidak menekankan hasil akhir sahaja seperti penilaian di
hujung semester bahkan penilaian adalah bersifat sepanjang tahun.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa topik atau bab dalam pembelajaran
pendidikan Islam yang memerlukan penilaian yang berstruktur seperti ujian bagi
mengetahui setakat mana pencapaian dan pemerolehan ilmu yang didapati oleh murid.
Maka yang demikian,pengintegrasian antara penilaian sepanjang tahun dan penilaian
berterusan berasaskan amali perlu dilaksanakan kedua-duanya dalam sistem
Pendidikan Islam agar dapat meningkatkan penghayatan murid dalam pembelajaran
Pendidikan Islam seterusnya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan
seharian.

4.0 RUMUSAN
Penambahbaikan dalam Pendidikan Islam negara kita pada hari ini memerlukan
suatu kekuatan dan kesepaduan yang tinggi daripada pelbagai pihak meliputi
pelajar,guru, ibu bapa, sarjana Islam, menteri dan semua pihak yang menginginkan
terbinanya suatu sistem pendidikan yang dapat mengubah diri individu secara
sempurna sebagai seorang umat Islam yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam
dalam kehidupan seharian tanpa melaksanakan perkara yang ditegah oleh agama.

Sebagaimana perkara yang telah digariskan oleh sarjana Islam, imam AL-
Ghazali suatu ketika dahulu yang mengatakan bahawa:
Pendidikan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan
bermegah-megah dan janganlah hendaknya seseorang pelajar itu belajar untuk
mencari pangkat,harta, menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan
kawan. Jadi pendidikan itu tidak keluar dari pendidikan akhlak
Perkara yang digariskan oleh sarjana Islam berkenaan menunjukkan bahawa
pendidikan seharusnya dapat menjadikan manusia itu dekat dengan Allah di samping
mengenepikan pangkat,harta, dan penipuan terhadap manusia lain serta menunjukkan
bahawa pendidikan akhlak menjadi asas kepada hasil pendidikan yang sepatutnya
diperoleh oleh setiap individu yang dilahirkan dalam sesebuah sistem pendidikan.

Sistem pendidikan yang ada pada masa kini seharusnya digubal dengan lebih
bai, sempurna dan tersusun agar dapat mengembalikan semula penghayatan Islam
dalam diri pelajar-pelajar pada hari ini. Pendidikan sepatutnya tidak dipisahkan antara
agama dan dunia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW iaitu bekerjalah untuk duniamu
seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untukakhirat seakan-
akan engkau akan mati esok. Masalah sekularisasi sistem pendidikan dengan
memisahkan Pendidikan Islam dari sudut mata pelajaran seharusnya dikaji semula agar
matlamat pendidikan yang sebenar dapat dibina seterusnya melahirkan lebih ramai
sarjana Islam seperti pada zaman kegemilangan Islam suatu masa yang lalu dengan
akhlak yang sempurna dan baik.

Menurut Prof. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam bukunya Dasar-dasar pokok
Pendidikan Islam (1974), beliau telah merumuskan bahawa pendidikan moden
sekarang ini amat memerlukan pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifat
kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan
kelazatan ilmiah dengan demikian kita terlepas dari keruntuhan, kejahatan dan
kemiskinan, keserakahan, penjajajahan dan keangkara-murkaan serta peperangan
dengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk menikmati suatu kehidupan
yang abadi,hidup bersama bantu-membantu dalam suasana demokrasi dan bahagia.
Kata-kata beliau ini menunjukkan akan peri pentingnya sistem pendidikan Islam
dinegara kita ini menjalani penambahbaikan selaras dengan hasrat YAB Perdana
Menteri kita yang menginginkan kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar
dapat digunakan bagi kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi
hari ini.





(2850 patah perkataan)

You might also like