Ulasan Jurnal Perkongsian Awam - Swasta

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

GMGA2023 DASAR AWAM

Semester Januari 2014/2015




1
216010

1.0 PENGENALAN
Jurnal yang akan diulas dan di teliti adalah bertajuk Public Values in Public-
Private Partnerships dan ianya merupakan hasil kajian kes dan pengalaman yang
ditulis oleh Anne-Marie Reynaers. Penulis merupakan seorang pelajar peringkat
Doktor Falsafah dan beliau telah menyiapkan tesis berkaitan nilai-nilai awam dalam
perkongsian dan kerjasama antara sektor awam dan swasta di Jabatan Sains Politik
dan Pentadbiran Awam, Universiti VU Amsterdam.

Anne-Marie Reynaers adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam pentadbiran
awam dan sains organisasi dari Universiti Utrecht. Bidang pengkhususan beliau
adalah berkaitan nilai-nilai awam, perhubungan sektor awam dan swasta, tadbir urus,
projek berkaitan DBFMO (design-build-finance-maintain-operate) dan pengurusan
awam.

Jurnal ini telah diterbitkan dalam Public Administration Review, Volume 74,
Issues 1, pada tahun 2013 oleh The American Society for Public Administration.
Dalam kajian kes ini, Anne-Marie Reynaers telah merungkai dengan jelas tentang
nilai- nilai yang terdapat dalam sektor awam dan digunakan oleh sektor swasta.

Dalam kajian ini, beliau juga memperkenalkan dan membincangkan beberapa
jenis nilai-nilai awam yang ada dan hubungan nilai-nilai ini dengan sektor swasta.
Antara nilai-nilai yang dinyatakan dengan terperinci adalah nilai akauntabiliti,
ketelusan, responsif, tanggungjawab dan kualiti.

GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


2
216010
2.0 RUMUSAN JURNAL
Objektif utama kajian kes ini, adalah untuk memberikan pandangan yang jelas
dalam hubungan antara nilai-nilai awam dengan sektor swasta. Persoalan yang
dibincangkan ialah apakah yang berlaku kepada nilai-nilai awam dalam perkongsian
antara sektor awam dan swasta dan sejauh mana keadaan tertentu mempengaruhi
perkongsian kedua-duanya?

Cabaran mengenai nilai-nilai dan etika dalam sektor awam timbul bersama-sama
dasar Kerajaan sesebuah negara untuk mencapai kecemerlangan Negara. Usaha
merangka panduan nilai dan etika mengharuskan usaha yang unik. Usaha ini ialah
mengkaji dan memahami cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh negara yang
memerlukan penyelesaian melalui penghayatan nilai dan etika tersebut ke arah
membina satu tamadun yang baru.

Nilai-nilai dan etika dalam sektor awam pada hakikatnya dicedok daripada intisari
pegangan iman sesebuah masyarakat yang mengawal kehidupan masyarakat itu.
Sumber-sumber nilai ini terdapat di dalam agama, pendidikan, keluarga dan
persekitaran yang merupakan kebudayaan masyarakat tersebut. Warisan nilai-nilai
sesebuah negara dapat dilihat daripada nilai-nilai dan etika yang sentiasa disebut oleh
pemimpin negara.
Bermulanya dua dekad ini, kita dapat lihat bagaimana organisasi perkhidmatan
awam telah berubah dengan ketara di kebanyakkan Negara-negara Barat. Ianya telah
melahirkan peningkatan dan penglibatan sektor swasta. Nilai nilai yang terdapat
dalam sektor awam wajarlah diikuti sektor swasta bagi mendapatkan kepercayaan
daripada orang ramai.
GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


3
216010

Dalam kajian kes ini, penulis berpendapat perkongsian awam dan swasta merujuk
kepada pelbagai penyusunan antara awam dan swasta yang telah menimbulkan
banyak kekeliruan dalam pentadbiran awam.

Di dalam kajian kes ini juga, penulis menggunakan variasi atau jenis perkongsian
yang berbentuk kontrak infrastruktur jangka panjang (Long-term infrastructure
contract atau LTIC), yang lebih dikenali sebagai design build finance maintain
operate (DBFMO).

Menurut penulis, DBFMO adalah merupakan LTIC yang memindahkan risiko dan
tanggungjawab untuk reka bentuk, pembentukan, pembiayaan, penyelenggaraan dan
operasi perkhidmatan awam kepada pihak swasta. Nilai adalah ditakrifkan sebagai
kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak
mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.

Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan, dan iktidal merupakan
nilai-nilai utama dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama
oleh masyarakat akan menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan
masyarakat - perilaku etiket sosial dan budaya ilmu.

Dalam jurnal ini, penulis telah mendefinasikan lima jenis nilai awam. Nilai- nilai
tersebut ialah akauntabiliti, ketelusan, responsif, tanggungjawab dan kualiti.


GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


4
216010

2.1 Akauntabiliti
Akauntabiliti bermakna tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang
perlu dilaksanakannya. Dalam konteks sektor awam, akauntabiliti bermaksud
tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diserahkan dan juga bagi memastikan pencapaian matlamat serta
objektif tugas-tugas tersebut.

Akauntabiliti juga bermaksud pelaksanaan tugas-tugas tersebut mengikut
peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa, prosedur dan
arahan. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pegawai-pegawai perlulah
cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati dan cermat.

Selain dari itu, akauntabiliti amatlah perlu bagi menentukan satu-satu tugas
yang dilaksanakan itu adalah menepati dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan penggunaan
sumber-sumber awam.

Pegawai-pegawai awam dikatakan mempunyai akauntabiliti oleh kerana
mereka perlu bertanggungjawab terhadap segala tugas yang telah diamanahkan.
Terdapat pandangan sarjana menyatakan bahawa pembaharuan sektor awam
menghalang akauntabiliti kerana keputusan dan tanggungjawab bagi perlaksanaan
dipindahkan kepada sektor swasta.



GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


5
216010

2.2 Ketelusan
Ketelusan, ialah keperluan untuk memberikan keyakinan kepada orang awam
terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah
diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab.

Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas
dengan pihaka yang berkepentingan akan memastikan tindakan yang diambil itu
adalah berkesan dan menepati waktu, di samping membolehkan pegawai awam
menangani sebarang penilaian awam.

Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada pihak yang berkepentingan
juga amat dititikberatkan dalam tadbir urus baik. Ketelusan boleh dilihat melalui
proses kerja yang jelas dan mudah difahami.

Berkenaan ketelusan pula, penulis berpendapat bahawa akan berkurang dalam
kerjasama awam swasta akibat peranan penyeliaan tidak melibatkan penyelian
pegawai pegawai awam.

2.3 Responsif
Responsif bermaksud lebih peka atau dalam erti kata lain, pro-aktif dalam
melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Kerajaan. Tetapi menurut
penulis, responsif pula akan mengurangkan pengaruh daripada pihak kerajaan
sekiranya perkongsian antara awam swasta dijalankan.


GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


6
216010

2.4 Bertanggungjawab
Seseorang anggota sektor awam tidak boleh membelakangkan kewajipan
awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab.
Ia tidak boleh membenarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan
tanggungjawab awamnya.
Ini penting untuk menentukan anggota Perkhidmatan Awam benar-benar
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat.
Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa seseorang itu tidak terlepas dari
dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna.
Tanggungjawab antara awam swasta menjadi kebimbangan kepada penulis
sekiranya pihak kerajaan tidak mampu memberikan peranan yang penuh. Hal ini
kerana tanggungjawab tersebut akan diambil alih oleh pihak swasta.

2.5 Kualiti
Kualiti dapat ditakrifkan sebagai kepuasan hati pelanggan atau menurut
keperluan yang ditetapkan. Dari aspek pemberian perkhidmatan kepada orang
awam unsur-unsur kualiti termasuklah kesopanan, keselesaan, menepati masa dan
responsif.
Dari aspek pengeluaran barangan pula, unsur-unsur kualiti termasuklah zero
defects dan mengikut standard yang telah ditentukan. Para sarjana berpendapat
bahawa pihak swasta akan mengoptimumkan kewangan dan memberikan tahap
kualiti yang minimum kepada pengguna.



GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


7
216010

3.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Memandangkan kekurangan bukti daripada sarjana, maka penulis mengambil
langkah untuk menggunakan kaedah lain sebagai satu sumber untuk mendapatkan
maklumat. Kaedah tersebut ialah kaedah temubual.
Daripada kaedah ini, penulis telah menemubual 19 orang penjawat awam dan ahli-
ahli konsortium antara September 2011 dan Januari 2012. Temubual dijalankan
dalam tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa kesedaran dan fasa operasi.

4.0 HASIL KAJIAN (FINDINGS) DAN KESIMPULAN
Hasil dari kajian kes ini menunjukkan bahawa sukar untuk menjawab persoalan
samada nilai-nilai dalam sektor awam dapat diserapkan dalam perhubungan dan
kerjasama antara sektor awam dan swasta. Nilai-nilai awam boleh diancam,
dipertahankan atau boleh diperhebatkan bergantung kepada fasa-fasa tertentu dalam
perkongian Antara sektor awam-swasta ini.

Penulis mendapati bahawa kepuasan penjawat awam tersebut mengenai nilai
nilai awam adalah berbeza. Dari aspek akauntabiliti, penulis mendapati bahawa
perancangan yang intensif dan tersusun untuk melaksanakan projek perkongsian
sektor awam-swasta ini dari aspek ketersediaan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan perjanjian yang dijalankan, norma, peraturan dan harga, akan lebih
meningkatkan akauntabiliti mereka.

Bagi aspek responsif pula, hasil dari kajian yang diperolehi masih samar dan
penjawat awam yang ditemubual masih mengharapkan bimbingan dan nasihat dari
pihak pengurusan.
GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


8
216010

Begitu juga dari aspek tanggungjawab, hasil kajian juga masih samar-samar,
walaupun kontrak yang digubal dan mekanisma berkaitan kewangan menyatakan
dengan jelas tentang tanggungjawab setiap pihak untuk memastikan kontrak dipatuhi
setiap pihak. Hasil kajian kes ini masih tidak boleh diambil kira sebagai kondusif dan
menyeluruh, namun masih ada ruang-ruang yang perlu dilakukan kajian lanjut.















GMGA2023 DASAR AWAM
Semester Januari 2014/2015


9
216010

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam dan
Swasta. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms/mtcp.html (Portal Rasmi Institut Tadbiran
Awam Negara INTAN)
http://www.nre.gov.my
http://www.jpa.gov.my
Kartini Karim (2006). Kajian Amalan Pengurusan Ilmu Dalam Pengurusan Sumber
Manusia Di Sektor Awam. Jurnal Pengurusan Awam/ Disember 2006, pg 105-
130

You might also like