Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PEMBEDAHAN PLASTIK DAN REKONSTRUKTIF

PENDAHULUAN
_Pembedahan plastik adalah satu cabang ilmu kedoktoran yang bertujuan
merekonstruksi atau membaiki bahagian tubuh manusia melalui operasi
kedoktoran.
_Pembedahan plastik secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu
pembedahan kosmetik dan pembedahan rekonstruktif.
_Pembedahan kosmetik bertujuan memperbaiki bentuk struktur badan yang
normal bagi meningkatkan tahap keyakinandan harga diri manakala
pembedahan rekonstruktif pula bertujuan untuk memperbaiki bentuk badan
dan fungsi tubuh yang cedera akibat kemalangan ,penyakit,dan,kecacatan
kelahiran.

KEBAIKAN
Dapat merawat kecacatan kelahiran
_Masalah sumbing atau rekahan lelangit merupakan pembedahan rekonstruktif
yang paling banyak dijalankan di Malaysia.Pembedahan ini dilakukan supaya
fungsi pertuturan tidak terjejas serta membantu menigkatkan imej luaran.
Dapat membantu mangsa-mangsa kemalangan
-Pembedahan rekonstruktif khususnya amat berguna untuk mangsa-mangsa
kemalangan. Pembedahan ini memberi peluang kepada mereka untuk menjalani
hidup yang normal tanpa dipandang rendah oleh orang ramai.


Meningkatkan peluang pekerjaan
_Ramai pemuda-pemudi sanggup membelanjakan wang ringgit yang banyak
untuk meningkatkan imej dengan harapan bahawa penampilan yang menarik
dapat meningkatkan peluang pekerjaan.

KEBURUKAN/RISIKO
Kesilapan doktor
_Pembedahan plastik tidak memberi jaminan bahawa pembedahan tersebut
boleh mendatangkan kesan yang diingini.Pembedahan mempunyai risiko untuk
melakukan kesilapan yang akan menyebabkan jangkitan.
Mengakibatkan kesakitan
_Pembedahan kosmetik mengakibatkan kesakitan yang teramat dan kesakitan
ini berkemungkinan berlarutan dari tempoh satu hari ke sekurang-kurangnya
enam bulan.
Akan mengalami lebam dan pendarahan
_Merupakan fenomena yang normal berikutan pembedahan plastik sama ada
pembedahan kosmetik atau rekonstruktif.
Boleh membawa kepada kematian
_Kelebihan ubat bius akan mengakibatkan risiko penyakit jantung , kerosakan
otak, dan juga kematian.Apabila berlaku jangkitan yang serius juga boleh
membawa maut.


Pembaziran wang
_Kos minimum satu pembedahan sangat mahal.Contohnya pembedahan
hidung sebanyak RM2000 dan seseorang dikehendaki untuk menjalani
pembedahan yang sama sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Peranan kerajaan
_Kerajaan perlu meminda akta yang sedia ada untuk melindungi kepentingan
pengguna yang menjalani pembedahan plastik sama ada untuk tujuan perubatan
atau kecantikan.
Peranan ibu bapa
_Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi anak-anak
mengenai pembedahan plastik. Sesetengah ibu bapa memberikan tumpuan yang
berlebihan khasnya pada imej fizikal anaknya.
_Ibu bapa seharusnya memberi sokongan moral kepada anak mereka yang
mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Pihak media
_Pihak media memainkan peranan penting dalam mempromosikan
pembedahan plastik.
_Untuk menimbulkan kesedaran yang lebih rasional mengenai kebaikan dan
keburukan pembedahan, pihak media berperanan memaparkan kes-kes
pembedahan plastik yang gagal dan bukan sahaja memaparkan yang berjaya.Hal
demikian akan memberi kesedaran yang lebih realistik kepada orang ramai
bahawa pembedahan plastik berisiko tinggi dan seterusnya mengurangkan
pembedahan plastik yang gagaldalam kalangan wanita khususnya.

PENUTUP
-Pada hakikatnya, penukaran imej luaran tidak akan menukar sahsiah dalam
seseorang.Kita seharusnya bersyukur kea atas berkat Tuhan yang merahmati kita
dengan keadaan fizikal dan mental yang sihat.
_Memandangkan pembedahan plastik memberikan sumbangan dan juga
mendatangkan pelbagai risiko, setiap individu harus membuat keputusan yang
bijak sama ada menjalani pembedahan ataupun sebaliknya.
_Pertimbangan yang menyeluruh dan bijak harus diambil oleh setiap individu
untuk mengelakkan sebarang penyesalan pada masa hadapan.

You might also like