Lontar Peluru

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 34

1

1.0 PENGENALAN

Lontar peluru merupakan acara padang yang melibatkan pergerakan
melontar satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

Ia merupakan gabungan di antara kekuatan dan juga kemahiran yang baik.

Tidak berharap kepada kekuatan semata-mata.

Lontaran dilakukan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja serta
disokong oleh penggunaan teknik yang betul dan berkesan.



















2

2.0 SEJARAH

Aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-
19.

Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang
mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang
mereka lakukan ketika itu.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara ini mendapat sambutan di
beberapa kejohanan sukan olahraga.

Pada ketika itu, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.

Beberapa peraturan berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.
Kawasan lontaran berbentuk segi empat sama berukuran 7 kaki x 7 kaki.

Mula diperkenalkan di Greek dan telah diterima untuk dipertandingkan di
Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan
berdiameter 7 kaki dan diletakkan papan seakan-akan papan penanda yang
terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.






3

3.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN

3.1 PELURU

Diperbuat daripada besi pejal berbentuk
bulat dan licin.

Mempunyai saiz dan berat yang tertentu
mengikut kategori:








Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut
keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur.











Kumpulan Umur
Berat Peluru
Lelaki Wanita
Bawah 18 tahun 5.45 kg 4.0 kg
Bawah 15 tahun 4.55 kg 4.0 kg
Bawah 12 tahun 2.72 kg 2.72 kg
4

3.2 GELANGGANG

Terdiri daripada bulatan
melontar dan kawasan
mendarat.

Bulatan melontar dikelilingi
oleh satu garisan bulat
meliputi kawasan yang
berdiameter 2.135 meter.

Gelong bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6mm tebal dan dicat
putih.

Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan
bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang
sesuai.untuk menentukan sama ada lontaran sah atau batal.











Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan, lontaran
dikira batal.
5

Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada halangan dan
gangguan.

Ia hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang
sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang
mendarat.

Bersudut 40 dari titik tengah bulatan melontar.

Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan ini.

Lontaran yang keluar atau mengenai garisan kawasan pendaratan
dibatalkan.

Bendera atau piring penanda disediakan untuk menanda jarak rekod.















6

3.3 PITA PENGUKUR

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak
balingan yang dibuat oleh seseorang
peserta.

Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan.

Bacaan hanya diambil dari papan
penanda hingga kebahagian tengah
kesan bulatan tempat peluru mendarat.



















Titik "0" pita
ukur pada
kesan peluru
7

3.4 KASUT BERPAKU (SPIKE)












Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk melontar peluru
jika gelanggang yang digunakan adalah padang berumput.










Jika gelanggang diperbuat daripada simen konkrit, kasut sukan biasa
adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.



8

4.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan
undian.

2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-
tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta
yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat
tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia
tidak diputuskan. tetapi peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi
membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak
tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta
bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.

3. Di tempat pertandingan, setiap
peserta, jika boleh, diberi dua
percubaan sahaja untuk latihan.
Percubaan latihan ini dijalankan
cara undi dan peserta-peserta
dipanggil nama-nama mereka dan
diawasi oleh hakim.

4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar
menggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan
bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan
dalam sektor untuk latihan, dengan atau tanpa alat-alat akan
meninggalkan kesan.

5. Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta
dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
9

6. Peserta mestilah memulakan
lontarannya dan pendirian yang
tetap (keadaan tidak bergerak)
dalam bulatan. Peluru mestilah
dilontar melalui atas bahu dengan
sebelah tangan sahaja. Semasa
peserta membuat pemulaan
lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan
dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat
lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.

7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh
membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan
pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka.
(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan
menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan
kecederaan, peserta peserta dibenarkan
memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan
sejenis itu.
(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan
menyembur sebarang bahan sama ada di dalam
bulatan atau kasutnya.

8. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah
memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-
mana bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau
bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan
peluru pada ketika membuat percubaan.
10

9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar
peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan
setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan
dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia
mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum
kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.
[Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah
termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti
dalam Peraturan 142 para 4].

10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di dalam
kawasan di antara dua sisi sebelah dalam garisan 50mm lebar.

11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus
daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru
kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang
dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh
tanah. Ia mestilah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang
akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui
bahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya. (Lihat para 17)

13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa balik
ketempat pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling.

14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta,
termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat
pertama akan dikira.

11

15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat
yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan
sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan
ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan
dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di
pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan
alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan
tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum
pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua
yang rnengambil bahagian.

16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur
sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat
hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak
hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan
tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang
sah dikira pemenang.

17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata
bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut
keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan
lontaran.






12

5.0 GAYA LONTAR PELURU DAN FASA-FASA PERGERAKAN

Ada empat jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:

i. Gaya Lontar Berdiri
ii. Gaya Lungsur Selangkah
iii. Gaya Lontaran Sisi
iv. Gaya Parry OBrien

Terdapat 5 fasa pergerakan dalam lontar peluru:

i. Fasa Pegangan Peluru (Grip)
ii. Fasa Lakuan Sedia (Preparation)
iii. Lungsuran (Glide)
iv. Lontaran (Delivery Phase)
v. Pulihan (Recovery)














13

i. Fasa Pegangan Peluru (Grip)

Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua:

1. Memegang dengan 3 jari







Peluru diletakkan pada tapak tangan iaitu dibawah pangkal jari.
Peluru mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah.
Ibu jari dan jari kelingking bertindak sebagai penyokong.
Jari kelingking boleh dibegkokkan atau diluruskan berhampiran
dengan tiga jari tengah.

2. Memegang dengan 5 jari






Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.


14

5.1 GAYA LONTAR BERDIRI








Fasa Keterangan
Pegangan Boleh memilih sama ada hendak memegang
dengan 5 jari atau dengan 3 jari.
Lakuan Sedia Berdiri di bahagian depan bulatan.
Bahu kiri dihadapkan kea rah lontaran.
Peluru diletak hamper dengan leher dan di
bawah telinga.
Lengan tangan diangkat hamper mendatar
dan siku ke luar
Lungsuran Tiada
Lontaran Rendahkan kaki kanan.
Kilaskan bahagian pinggang dan mula
menolak tangan kanan ke hadapan sambil
menyilangkan badan.
Dengan gerakan serentak, tarik tangan kiri ke
bawah dan luruskan kedua belah kaki.
Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku
sentiasa di luar dan jauh dari badan.
Pulihan Kedudukan kaki depan belakang seperti
semasa lontaran.

15

5.2 GAYA LUNGSUR SELANGKAH















Fasa Keterangan
Pegangan Boleh memilih sama ada hendak memegang
dengan 5 jari atau dengan 3 jari.
Lakuan Sedia Berdiri di bahagian belakang bulatan dan
membelakangi kawasan lontaran.
Peluru diletak berhampiran leher dan di bawah
telinga.
Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan
siku ke luar
Lungsuran Alihkan berat badan pada kaki kiri.
Kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah
bulatan
Dalam masa yang sama kaki kiri disilangkan.
16

Lontaran Rendahkan kaki kanan.
Kilaskan bahagian pinggang dan mula
menolak tangan kanan ke hadapan sambil
menyilangkan badan.
Dengan gerakan serentak, tarik tangan kiri ke
bawah dan luruskan kedua belah kaki.
Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku
sentiasa di luar dan jauh dari badan.
Pulihan Kaki belakang dibawa ke hadapan
Pada masa yang sama kaki hadapan dibawa
ke belakang.



















17

5.3 GAYA LONTARAN SISI










Fasa Keterangan
Pegangan Boleh memilih sama ada hendak memegang
dengan 5 jari atau dengan 3 jari.
Lakuan Sedia Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke
belakang dari garisan tengah bulatan lontaran.
Peluru diletak berhampiran leher dan di bawah
telinga.
Kaki kanan diangkat.
Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan
pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
Lungsuran tiada
Lontaran Peserta meluruskan kaki kiri dan bersedia
untuk melakukan lontaran.
Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit
serta tolak peluru keluar.
Pulihan Peserta mengawal badan dan kakinya selepas
melakukan lontaran supaya tidak menyentuh
garisan atau papan penanda.

18

5.4 GAYA PARRY OBRIEN

Gaya ini merupakan gaya yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat
tinggi serta berpengalaman.
Ia telah diperkenalkan oleh ahli sukan Amerika yang terkemuka pada
tahun 50-an, Parry OBrien.
Beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod
dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya.












Fasa Keterangan
Pegangan Boleh memilih sama ada hendak memegang
dengan 5 jari atau dengan 3 jari.
Lakuan Sedia Berdiri di bahagian belakang bulatan dan
membelakangi kawasan lontaran.
Peluru diletak berhampiran leher dan di bawah
telinga.
Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan
siku ke luar
19

Lungsuran Condongkan badan.
Kaki kanan dibengkokkan.
Kaki kiri ditendang ke hadapan bulatan.
Gerakkan kaki kanan ke bahagian tengah
bulatan.
Lontaran Rendahkan kaki kanan.
Kilaskan bahagian pinggang dan mula
menolak tangan kanan ke hadapan sambil
menyilangkan badan.
Dengan gerakan serentak, tarik tangan kiri ke
bawah dan luruskan kedua belah kaki.
Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku
sentiasa di luar dan jauh dari badan.
Pulihan Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan.
Pada masa yang sama kaki hadapan dibawa
ke belakang.














20

5.4.1 Pergerakan kaki

Fasa Lakuan Sedia







Fasa Lungsuran










Fasa Lontaran & Pulihan








Lakuan mulaan dan bersedia untuk
melungsur
Setelah melungsur dan sedia untuk
melontar
21

6.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL

Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah
mempertimbangkan faktor-faktor berikut :

1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang
sama dengan arah pergerakan peluru.

2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam
satu satah yang sama.

3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa
sentuhan peluru dengan tangan lebih lama.

4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.

5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.

6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang
pelontar.










22

6.1 KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DALAM GAYA PARRY
OBRIEN

Fasa Pergerakan Tujuan
Lakuan
Sedia
Badan dibongkokkan
mendatar
- Membawa pusat graviti seberapa
rendah yang mungkin
- Dengan cara ini peluru dipegang
adalah lebih lama
- Jarak pergerakan peluru sehingga
dilepaskan juga adalah lama.
- Oleh itu, memberi halaju maksima
apabila peluru dilepaskan.
Lungsuran Kaki kanan
dibengkokkan
- Membolehkan otot peha
menguncup dengan lebih supaya
kuasa yang lebih dapat dihasilkan.
Lontaran Tangan kiri dalam
keadaan bebas
- Untuk mendapatkan
keseimbangan
Lontaran
dan
pulihan
Kaki lurus ke belakang
dan dalam pergerakan
berikutnya ia ditarik
kehadapan dan
ditendang semula ke
belakang
- Dalam proses menendang, ia
akan menghasilkan momentum
yang menyebabkan seluruh badan
akan ikut bergerak.
Pulihan Pergerakan melurus
kaki kanan dan
putaran badan
- Membekalkan daya untuk
penambahan halaju peluru
- Pada masa yang sama,
pemindahan daya berlaku:
dari kaki kanan bahagian badan
bahagian lengan kanan tangan
tapak tangan peluru
23

7.0 LATIHAN ANSUR JAYA

7.1 LATIHAN 1













Aktiviti - Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan
melontar peluru dengan tolakan yang kencang
(melontar dari kedudukan berdiri).
- Perhatian yang khusus diberi kepada pergerakan
tangan dan pegangan peluru.
Tujuan - Membiasakan para pelajar menolak peluru dengan
baik.







24

7.2 LATIHAN 2













Aktiviti - Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan
lontaran.
- Kaki diregangkan.
- Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan
badan.
- Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang
diletakkan di belakang.
- Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Tujuan - Membolehkan para pelajar menguasai semua
pergerakan penting sebelum mereka mula melontar
peluru.





25

7.3 LATIHAN 3













Aktiviti - Berdiri merusuk kea rah lontaran di bahagian
belakang bulatan.
- Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan.
- Kaki kanan diletakkan berhampiran dengan
lingkaran bulatan.
- Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan 2.
- Ketingting ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah
bertapak di bahagian belakang papan penahan atau
di garis bulatan.
- Kilaskan badan dan buatlah lontaran.
Tujuan - Merupakan latihan membuat lungsuran dan
mengilas badan.



26

7.4 LATIHAN 4













Aktiviti - Pelontar berdiri membelakangkan kawasan
lontaran.
- Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul
berada di atas kaki kanan.
- Kemudian pelontar melungsur selangkah ke
belakang (tanpa mengilas badan atau melontar
peluru).
- Latihan ini dibuat secara berulang-ulang.
Tujuan - Merupakan latihan pergerakan kaki pelontar
semasa membuat lungsuran.






27

7.5 LATIHAN 5















Aktiviti - Pelajar digalakkan mencuba pergerakan
keseluruhan gaya melungsur selangkah.
Tujuan - Dapat menyatukan semua fasa lontaran.
- Pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk
membuat lontaran dengan cara yang lebih
sistematik.








28

8.0 KESALAHAN

8.1 LAKUAN-LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN











i. Melontar di luar bulatan













ii. Semasa melontar, peluru dipegang jauh dari tempat yang
sepatutnya.
29













iii. Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan.













iv. Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan
melontar dengan mana-mana bahagian badan.


30

8.2 KESALAHAN-KESALAHAN LAIN YANG BIASA BERLAKU

1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan
yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit
berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat
gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk
rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan
peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada
kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.

2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku
tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan
peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan
menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang
kurang rnemuaskan

3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan.
Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan
lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk
membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit
meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang
menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan
gelungsuran.

4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas
fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah
lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki.
Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa
gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul
31

maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan
ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum
melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan
dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku
ialah over pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri
yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang
terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan
menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.

6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar
pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan
agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat
mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut
berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki
kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 45 Biasanya peluru yang
menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut
45 Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan
berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru
tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.







32

9.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru,
guru dan juga jurulatih. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan
membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri
terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting Iangkah-langkah ini
diperhatikan:

1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari
gangguan.
2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang
sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila
memunggut peluru juga dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang
dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup
untuk murid memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang
berjarak 5 meter antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran
belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran
dalam membuat lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu
kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.
11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.


33

10.0 REFLEKSI





























34

11.0 RUJUKAN

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-1/

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/

http://www.zairedin.com/2011/03/gaya-lontar-peluru.html

You might also like