Model Polya Thesis

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 79

1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji minat dan pencapaian murid
menggunakan kaedah penyelesaian masalah Model Polya melibatkan operasi bercampur.
Seramai 26 murid tahun 4 di SK Tunku Azizah, Kuantan, Pahang sebagai sample. Kajian ini
akan menggunakan design kuasi experimental di mana 26 orang responden akan dijadikan
sebagai kumpulan eksperimen dan juga sebagai kumpulan kawalan. Dalam kajian ini murid-
murid diuji dengan menggunakan 10 soalan subjektif masalah bercerita dan borang soal selidik
yang mengandungi 10 item soalan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kuasi
eksperimen yang berlangsung selama 15 jam dan memakan masa selama lebih kurang 3 minggu.
Data dikutip menggunakan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis
menggunakan teknik ujian-t.











2

ABSTRACT

The study attempts to investigate the effectiveness of using polya method learning in improving
students performances in mix operation skills. Twenty six students from Year 4 of SK Tunku
Azizah were chosen as subjects of this study as the quasi experimental group. An intervention
programme of 10 hours which lasted for five weeks was designed to measure the effectiveness of
Polya method learning. Due to unforeseen circumstances, the study was given only one intact
group of students, prompting the use of a Pretest Posttest One Group Experimental design.
Comparison of means was confined to scores of tests within the groups. Results from the tests
are reported in both descriptive and inferential statistics, and are the main findings of the study.
Interview Protocol and Observation Checklist are two instruments used to collect qualitative data
that acted as complements to the main findings. Based on the analysis, there is a statistically
significant difference between test scores of students in the pre and post tests. This proves that
the intervention programme helps students to improve their performances in mix operation skills.
Analysis of data from interview and observation sessions further proves the effectiveness of the
intervention programme from the affective and behavioural domains. The study outlined
pertinent, practical and logical recommendations for continuous improvements in pedagogical
practices in classrooms and for probing other areas of investigation.





3




BAB I




MASALAH KAJIAN



1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur- unsur baru
dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan
murid. Pengajaran dan pembelajaran murid perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan
bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi murid.
Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza- beza perlu diambil kira dan
diberi perhatian.

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan
mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira
4

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program matematik sekolah
rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi
dalam penyelesaian masalah secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap
aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah juga
dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran Matematik.


1.1 PENDAHULUAN

Pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis,
bersistem, kemahiran penyelesaian masalah supaya murid dapat berfungsi dengan berkesan dan
penuh tanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Maka,
mempelajari penyelesaian masalah adalah tujuan utama kerana penyelesaian masalah merupakan
satu aspek dalam kehidupan yang pasti murid hadapi. Fokus kepada proses dan kemahiran
penyelesaian masalah harus dititikberatkan.

Penyelesaian masalah disifatkan sebagai segala yang dilakukan oleh individu apabila
berhadapan dengan soalan atau situasi yang pada masa itu tidak terdapat jalan penyelesaian yang
nyata. Dalam mencari jalan keluar untuk sesuatu halangan yang dihadapi, murid harus berfikir,
membuat keputusan dan menggunakan strategi- strategi tertentu yang sesuai. Dalam usaha
pencarian ini aktiviti berfikir dan kemahiran merasionalkan sesuatu langkah penyelesaian
memainkan peranan yang penting. Ia menuntut murid menjana cetusan pemikiran yang logik dan
bersistematik. Dikatakan sistematik kerana ia menjana cetusan pemikiran metodologikal
5

mengikut langkah- langkah tertentu dan logik kerana ianya memerlukan penyemakan untuk
menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian. Kejayaan yang diperolehi akan mendorong
pembentukan sikap yang positif pada diri murid terhadap matematik dan terhadap aktiviti
penyelesaian masalah khususnya dan meningkatkan minat mereka terhadap matematik
umumnya.

Kaedah penyelesaian masalah adalah berhubung rapat dengan kaedah penyoalan kerana
dalam proses penyelesaian masalah matematik guru perlu mengemukakan beberapa soalan untuk
membimbing murid memikirkan langkah- langkah penyelesaiannya. Dalam penyelesaian
masalah juga terdapat pelbagai cara yang bolah digunakan antaranya ialah melalui cara analogi,
cara gambarajah, cara analisis dan cara deduktif.

Terdapat beberapa model yang digunakan secara meluas dalam pengajaran penyelesaian
masalah matematik. Antaranya ialah Model Polya, Model Mayer dan Model Lester.Model Polya
dibina pada tahun 1957 dengan memperkenalkan empat langkah penyelesaian masalah, begitu
juga dengan Model Mayer. Kedua- dua model ini mempunyai banyak persamaan. Manakala
Model Lester 1978 pula menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah. Namun begitu,
dalam kajian ini pengkaji memilih Model Polya untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Goerge Polya telah mencadangkan empat langkah yang perlu digunakan dalam proses
penyelesaian masalah, antaranya:
i. Memahami masalah
6

ii. Merancang strategi penyelesaian masalah
iii. Melaksana strategi penyelesai masalah
iv. Menyemak semula

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemuncak kepada pembelajaran matematik ialah penyelesaian masalah. Elemen- elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai digunakan sebagai tindakan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah. Penyelesaian masalah adalah idea- idea atau konsep- konsep matematik yang disatukan
dalam bentuk cerita atau karangan matematik. Cerita dan karangan ini sebenarnya adalah tafsiran
daripada kehidupan sebenar murid namun ramai dikalangan murid tidak tahu mengadaptasikan
pengalaman di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar mereka. Mereka juga kurang
berminat untuk menyertai soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan amalan kaedah pengajaran
penyelesaian masalah boleh menarik minat murid terhadap matematik dan peningkatan ke atas
pencapaian matematik mereka.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh ahli- ahli matematik, terdapat 5 kategori
kesilapan murid. Antara yang paling ketara ialah murid tidak boleh menterjemahkan masalah
dalam soalan penyelesaian masalah terutamanya dalam masalah rajah, masalah cerita dan
7

masalah kreatif. Ekoran daripada itu murid hilang minat untuk menjawab soalan berbentuk
penyelesaian masalah. Mereka tidak berminat untuk menjawab soalan ini dengan alasan tidak
faham soalan atau malas untuk membaca soalan. Seterusnya mereka mula hilang minat kepada
mata pelajaran matematik dengan alasan sukar dan membosankan. Justeru, kajian ini dijalankan
bertujuan untuk melihat adakah kaedah penyelesaian masalah dapat meningkatkan pencapaian
dan minat murid dalam matematik.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada kaedah penyelesaian masalah Model Polya
boleh mempengaruhi minat, sikap dan pencapaian murid dalam matematik tahun 4 dalam tajuk
operasi bergabung.

1.4.1 Objektif Kajian

i. Menentukan pencapaian murid terhadap matematik sebelum dan selepas amalan
pengajaran penyelesaian masalah Model Polya.
ii. Menentukan minat murid terhadap matematik sebelum dan selepas amalan
pengajaran penyelesaian masalah Model Polya.
iii. Menentukan sikap murid terhadap matematik sebelum dan selepas amalan pengajaran
penyelesaian masalah.


8

1.4.2 Persoalan Kajian

i. Adakah kaedah penyelesaian masalah Model Polya dapat memberi kesan kepada
pencapaian pembelajaran matematik murid tahun empat
ii. Adakah kaedah penyelesaian masalah Model Polya dapat memberi kesan kepada
minat terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik murid tahun empat.
iii. Adakah kaedah penyelesaian masalah Model Polya dapat memberi kesan kepada
sikap dan persepsi murid terhadap matematik murid tahun empat

1.4.3 Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor pencapaian ujian pra dan
pasca bagi kumpulan rawatan.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor pencapaian ujian pra dan
pasca bagi kumpulan kawalan.
Ho3: Tidak terdapat perubahan yang signifikan min skor pencapaian di antara
kumpulan rawatan dan kawalan selepas Pembelajaran Penyelesaian Masalah.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor minat sebelum dan selepas
pengajaran penyelesaian masalah bagi kumpulan rawatan
Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor minat sebelum dan selepas
pengajaran penyelesaian masalah bagi kumpulan kawalan.
9

Ho6: Tidak terdapat perubahan yang signifikan min skor minat di antara kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan selepas pengajaran dan pembelajaran
penyelesaian masalah

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Sehingga hari ini kita dapati bahawa ramai di kalangan murid tidak dapat menguasai soalan yang
berupa penyelesaian masalah dan mereka juga tidak tahu untuk mengaitkan pengetahuan
matematik yang dipelajari dalam bilik darjah dengan alam kehidupan sebenar mereka.

Oleh itu, salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar murid untuk
menyelesaikan masalah. Salah satu cabaran guru matematik ialah memastikan murid Berjaya
menyelesaikan masalah menggunakan strategi- strategi tertentu.
Kajian ini juga akan menentukan sama ada strategi penyelesaian masalah model Polya
benar- benar dapat membantu menarik minat, membentuk sikap dan seterusnya dapat
meningkatkan pencapaian murid tahun empat.

Menurut (Bloom 1968) Pembelajaran Masteri adalah berasaskan kepada falsafah bahawa
semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid
menguasai pembelarannya. Jadi sekiranya hasil kajian mendapati sebahagian atau kesemua
objektif yang dinyatakan tidak tercapai maka ini mungkin disebabkan masa yang tidak
10

mencukupi atau keadaan yang tidak sesuai membantut murid untuk berminat, bersikap positif
dan meningkatkan pencapaiannya dalam matematik.

Dengan kaedah pembelajaran berpusatkan murid, menggalakkan murid mengemukakan
ideanya sendiri secara tidak langsung dapat memupuk nilai murni seperti semangat bekerjasama
dan saling membantu antara satu sama lain semasa aktiviti pelajaran Berjaya mencapai matlamat
dalam pelajarannya.

1.6 BATASAN KAJIAN

Bagi kajian ini, pengkaji telah meletakkan beberapa batasan diantaranya ialah:

1.6.1 Kajian ini hanya tertumpu kepada tajuk operasi bercampur tahun empat yang melibatkan
soalan penyelesaian masalah.
1.6.2 Hanya keputusan ujian pra dan ujian pos sahaja yang diambil kira.
1.6.3 Penguasaan sifir murid- murid masih di tahap yang lemah menyebabkan murid sukar
untuk menjawab soalan walaupun memahami konsep darab dan bahagi.

1.7 DEFINISI OPERASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat
sesuatu (terutamanya yang bersistam atau yang biasa).

11

Penyelesaian pula bermaksud perbuatan menyelesaikan (membereskan) sesuatu.
Sementara masalah pula bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau perkara yang
menimbulkan kesulitan.

Menurut definisi Lester seorang ahli matematik dalam tahun 1970an, dalam buku
penyuburan dan pengkaedahan Matematik oleh Mok Soon Sang,"Masalah merupakan satu
situasi apabila seorang individu atau kumpulan dikehendaki melaksanakan kerja
penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi atau kaedah penyelesaian terlebih
dahulu sebelum kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaiannya itu harus melibatkan
perlaksanaan satu set aktiviti yang boleh memberi penyelesaian".

Menurut Kantowski 1977 "Masalah akan wujud apabila murid menghadapi soalan
matematik yang tidak dijawab menggunakan maklumat- maklumat yang ada pada mereka ketika
itu. Apabila murid tersebut berkembang dalam matematik, apa yang menjadi masalah pada masa
itu boleh bertukar menjadi latihan rutin sahaja pada masa lain".

Krulik dan Rudlick, 1980 pula mengatakan "Masalah adalah terdiri daripada suatu situasi
sama ada bersifat kuantitatif atau sebaliknya yang dihadapi oleh murid atau sekumpulan murid.
Situasi ini memerlukan penyelesaian tetapi murid tersebut tidak mempunyai sebarang kaedah
atau cara yang jelas untuk menghasilkanpenyelesaian tersebut".

Noor Shah Saad, 2001 pula mendifinisikan "masalah matematik sebagai satu situasi yang
mempunyai tujuan yang jelas tetapi mempunyai halangan- halangan kerana tidak ada algoritma
12

yang diketahui untuk menghasilkan penyelesaian. Dari segi psikologi, masalah bagi seseorang
pelajar terdiri daripada fenomena atau situasi yang mencetuskan konflik dan kognitif dalam
pemikiran pelajar tersebut. Konflik kognitif ini tidak dapat diatasi oleh pelajar dengan
menggunakan skema tindakan dan skema operasi yang sedia ada".


1.8 RUMUSAN

Di dalam bab ini, kajian yang dibuat adalah berkaitan dengan keberkesanan Penyelesaian
Masalah Model Polya untuk meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk operasi bercampur.
Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam
penyelesaian masalah khasnya dalam topik operasi bercampur. Selain itu, kajian ini akan melihat
sejauah mana tahap penguasaan dan pencapaian murid dapat ditingkatkan dan kesannya terhadap
pencapaian murid.

Dengan perlaksanaan pembelajaran Penyelesaian Masalah Model Polya ini akan
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Ia juga memberi
peluang kepada murid lemah untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan
masalah. Dengan tidak langsung semua murid akan berusaha bersungguh- sungguh untuk
menampilkan kebolehan diri masing- masing seterusnya memberi faedah kepada mereka.



13



BAB II




TINJAUAN LITERATUR



2.1 Literatur Berkaitan

Menurut laporan tugasan ilmiah yang dijalankan oleh kumpulan Mars
mengatakan bahawa "seperti yang kita sedia maklum, penggunaan penyelesaian masalah
untuk menyampaikan isi kandungan matematik masih berada di peringkat awal
perkembangan matematik. Walau bagaimanapun diharapkan dengan adanya kaedah yang
bersistematik ini dapat menarik minat lebih ramai pendidik matematik kepada pendekatan
penyelesaian masalah dalam pengajaran matematik kerana murid- murid juga perlu diberi
peluang seluas- luasnya untuk menaakul serta mengkomunikasikan hasil- hasil penaakulan
matematik mereka kepada orang lain. Pendekatan penyelesaian masalah matematik
merupakan satu kaedah alternatif yang berpotensi untuk dipertimbangkan oleh para pendidik
matematik".
14


Terdapat dua orang pengkaji yang terkenal dalam kaedah penyelesaian masalah
iaitu Lester dan George Polya sehingga dapat mencipta Model Penyelesaian Masalah dengan
menggunakan nama mereka sendiri.

George Polya (1971), telah menggariskan empat langkah proses penyelesaian
masalah melalui buku beliau yang bertajuk "How To Solve It". Langkah- langkah tersebut
adalah seperti berikut:

i. Kefahaman terhadap masalah
Dalam konteks ini murid- murid bukan sahaja perlu untuk memahami masalah
tetapi turut mencari penyelesaiannya. Guru perlulah memilih sesuatu masalah yang baik,
tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah, wajar serta menarik.

ii. Merangka Perancangan
Polya mencadangkan satu perancangan mestilah dibentuk atau dirangka oleh
pelajar sendiri. Perancangan tersebut mungkin berbentuk suatu garis kasar panduan,
pengiraan dan pembinaan yang perlu dilaksanakan untuk mencari apa yang tidak diketahui.


iii. Melaksanakan Perancangan
Polya menekankan bahawa untuk membentuk satu perancangan atau
menggambarkan idea- idea bagi satu penyelesaian masalah bukan merupakan satu tugas
15

mudah. Namun begitu adalah lebih mudah untuk para pelajar melaksanakan strategi- strategi
yang dirancang sebelum membuat beberapa proses pengiraan.

iv. Melihat Semula (menyemak)
Merupakan langkah terakhir dalam penyelesaian masalah. Pada peringkat ini
semua pengetahuan digabungkan untuk menyelesaikan masalah. Pelajar juga diminta
memeriksa keputusan atau hujah yang dipersembahkan. Mereka juga boleh diminta mencari
kaedah alternative lain untuk mencari jawapan dan penyelesaian.



2.1 LITERATUR BERKAITAN

Berdasarkan Model Lester 1978, menyarankan enam peringkat penyelesaian
masalah iaitu:
i. Kesedaran masalah matematik
ii. Kefahaman masalah matematik
iii. Analisis objektif
iv. Perancangan strategi
v. Perlaksanaan strategi
vi. Prosedur dan penilaian penyelesaian

16

Jika dibandingkan dengan Model polya, Model Lester merupakan model yang lebih canggih
dan lebih berkesan sebagai strategi pengajaran untuk penyelesaian masalah matematik.
Lester memberi penekanan kepada motivasi murid dengan tujuan untuk menimbulkan
kesedaran terhadap masalah matematik, sebagai pendorong supaya murid berusaha untuk
memahami masalah matematik. Lester juga mementingkan proses menganalisa objektif
soalan merupakan satu unsur yang penting dalam menggunakan kaedah deduktif
penyelesaian masalah.

Bransford dan stein (1984) membentuk model penyelesaian masalah yang
dikenali sebagai IDEAL adalah ringkasan daripada (I) Identifying the problems, (D) Defining
the problems, (E) Exploring strategies, (A) Acting on ideas dan (L) Looking for the effects.
Atau dalam Bahasa Melayu bagi (I) mengenalpasti masalah, (D) mendifinisikan masalah, (E)
mencari kemungkinan masalah, (A) bertindak atau perlaksanaan, (L) menilai kejayaan
tindakan.

2.1.1 Model Polya

Model Polya telah diperkenalkan oleh tokoh matematik yang amat terkenal di seluruh
dunia iaitu George Polya. Nama sebenar beliau ialah Polya Gyorgy. Beliau telah dilahirkan di
Budapest, Hungary pada tanggal 13 Disember 1887 dan mati pada 7 September 1985 di Palo
Alto, California, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang yang berbangsa Hungary. Beliau
merupakan seorang profesor matematik dari tahun 1914 hingga 1940 di ETH Zrich,
17

Switzerland dan juga merupakan pensyarah dari tahun 1940 hingga 1953 di Stanford
University yang membawa gelaran Professor Emeritus sehingga akhir hayat dan kerjayanya.

Beliau telah menjalani kajian pada banyak tajuk matematik, termasuklah siri, teori
nombor, analisis matematik, geometri, aljabar, kombinatorik, dan kebarangkalian. Beliau juga
telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mencirikan kaedah-kaedah yang orang gunakan
untuk menyelesaikan masalah, dan untuk mengenalpasti bagaimana penyelesaian masalah
sepatutnya diajar dan dipelajari. Beliau telah menulis empat buku mengenai tajuk berkenaan:
Bagaimana Untuk Menyelesaikannya, Penemuan Matematik: Pada Pemahaman,
Pembelajaran, dan Pengajaran Terhadap Penyelesaian Masalah; Matematik dan Penaakulan
Jilid I: Induksi dan Analogi dalam Matematik, dan Matematik dan Penaakulan Jilid II: Corak
Penaakulan.

Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku How To Solve It yang telah
menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual lebih satu juta
naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau telah memperkenalkan 4
prinsip dalam penyelesaian masalah matematik.

i) Prinsip pertama : Memahami Masalah
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak memahami
masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan
berikut :
18

Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah
tersebut ?
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu
memahamkan masalah ?
Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

ii) Prinsip kedua : Merangka strategi
Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih
strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan
masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
Cuba jaya
membuat senarai yang tersusun
mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
menggunakan simetri
menimbangkan kes istimewa
menyelesaikan persamaan
melihat pola
melukis gambar
menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
guna model
bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
19

guna formula
guna analogi/perbandingan
lakonkan/ujikaji
mempermudahkan masalah

iii) Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi
Langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada
langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada.
Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang
strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar
matematik sekalipun.

iv) Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan
membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan
pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk
menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

2.3.1 KAJIAN DALAM NEGARA

Ng Chu Mooi(1998), UKM mendapati bahawa strategi penyelesaian masalah
adalah berkait rapat dengan pencapaian matematik sekolah menengah. Kajian ini
20

mencadangkan kepentingan strategi penyelesaian masalah dalam pengajaran kerana sebarang
strategi yang dibuat memberi kesan kepada pencapaian murid.

Selain itu, kajian yang dibuat (Rahim Hj. Mohd Nor), UKM menunjukkan
bahawa murid bermasalah menterjemah masalah matematik dalam bentuk perkataan dan
keterangan kepada bentuk ayat matematik. Hasil kajiannya pula mendapati bahawa strategi
pengejaran dan pembelajaran guru tidak mempengaruhi penguasaan kemahiran penyelesaian
masalah pelajar dan juga pencapaian pelajar dalam ujian pencapaian matematik.

Hamdan bin Abdul Manaf (MPKTBR) mengkaji pola kesilapan murid dalam
penyelesaian masalah, beliau mendapati sebanyak 46.5% adalah pada peringkat pindah
bentuk, 29.7% kesalahan berlaku pada peringkat kemahiran memproses maklumat, 29.7%
cuai, 1.8% kesalahan enkod. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar tidak memahami
masalah dengan baik sebelum membuat penyelesaian masalah. Justeru langkah- langkah
penyelesaian masalah perlu digunakan dengan berkesan semasa proses penyelesaian masalah
dijalankan.





21

2.3.2 MODEL POLYA LEBIH DIGUNAKAN SECARA MELUAS
BERBANDING MODEL LESTER DAN KRULICH KAJIAN OLEH DAYANG
ROSITER AWANG IBRAHIM (2001),

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses
yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses
pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya
merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah
dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada
semua jenis masalah.

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan
matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan
Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Model
Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik berbanding dengan
model-model lain di mana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering
digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia.

Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang
merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah,
implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Dalam setiap fasa
penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar
22

memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu
pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach).

Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta
memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan
mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan
penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea
idea matematik. Menurut Schroeder dan Lester (1989) sesuatu masalah boleh digunakan
sebagai satu cara untuk mempelajari isi kandungan dalam matematik.

Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin (routine
problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine problem)
ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya bertujuan untuk
melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang
melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik,
mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan.
Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik
yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep
algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian
masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau
prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah
bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab
23

soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set
aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi
yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.

2.3.2 KAJIAN LUAR NEGARA

Charles, Lester dan Deffer(1992) menegaskan perkaitan antara penyelesaian
masalah matematik. Munurut mereka, penyelesaian masalah bukan sahaja melibatkan fakta-
fakta matematik tetapi juga proses menilai pemikiran dan kemajuan sendiri.

Munurut Riley, Greeno dan Heller(1982), kebanyakkan pelajar hanya mengikut
penyelesaian yang diberi oleh guru tanpa memahami masalah yang diberi. Di sini timbul
bahawa pengajar matematik hanya memberi tumpuan kepada mendapatkan penyelesaian
masalah yang cepat tanpa membimbing pelajar memahami atau mewakilkan masalah
matematik dengan berkesan.

Kajian Mayer(1982), pula menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam
penyelesaian masalah matematik dapat ditingkatkan dengan latihan- latihan membuat
perwakilan bagi menyelesaikan masalah

Schoenfeld(1979) merumuskan bahawa memberi latihan penggunaan strategi
penyelesaian masalah yang sesuai memberi kesan yang positif dalam meningkatkan prestasi
pelajar.
24


2.4 RUMUSAN

Proses dan tindakan penyelesaian masalah perlu menggunakan pertimbangan
fikiran, strategi, teknik dan alat yang akhirnya akan menghasilkan keputusan yang tepat dan
jelas. Peringkat pemahaman masalah merupakan peringkat yang terpenting sebelum dapat
merancang strategi penyelesaian dan seterusnya menyelesaiakan masalah. Berdasarkan
kajian- kajian yang terdahulu, kebanyakkannya mendapati bahawa penguasaan terhadap
penyelesaian masalah dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Pelajar juga akan mempunyai
daya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah matematik. Seterusnya
melahirkan masyarakat yang dapat menangani sebarang masalah dengan menggunakan
strategi yang terbaik dan menghasilkan impak yang positif.











25




BAB III



METODOLOGI KAJIAN



3.1 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan, penguasaan dan
pencapaian pembelajaran matematik dalam kemahiran penyelesaian masalah menggunakan
Model Polya. Dapatan kajian ini nanti boleh digunakan sama ada menyokong atau menolak
pendapat tentang penggunaan strategi penyelesaian masalah Model Polya demi
meningkatkan penguasaan dan pencapaian matematik pelajar. Bab ini menjelaskan tentang
rekabentuk kajian, populasi dan sample kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan
data dan prosedur penganalisisan data.



26

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuasi-eksperimen kerana maklumat mudah dikumpul
dan pengkaji dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan.
Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah markah yang diperolehi dalam ujian pasca
bagi mata pelajaran matematik. Manakala pembolehubah tak bersandar pula ialah kaedah
pembelajaran penyelesaian masalah melalui penggunaan Model Polya. Rekabentuk
kumpulan rawak ini menggunakan satu kumpulan yang sama sebagai kumpulan rawatan dan
juga kumpulan kawalan. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian selama 5 jam dalam
tempoh 1 minggu di setiap sekolah yang diambil sampel. Sebelum sesi pertama pengajaran
bermula kedua- dua kumpulan akan menduduki ujian pra dan pada akhir minggu pengkaji
akan memberikan ujian pasca kepada semua murid yang berada dalam kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan. Keputusan kedua- dua ujian akan disemak dan dibandingkan.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

Populasi kajian adalah terdiri daripada murid- murid tahun 4 yang belajar
di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Seramai 26 orang murid tahun 4 telah diambil
sebagai sample kumpulan eksperimen. Tajuk Operasi Bercampur akan dipilih sebagai
tujuan kajian kerana tajuk tersebut akan ditempuhi murid dan sesuai dengan kajian yang
dijalankan.


27

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soalan yang
mengandungi 10 soalan subjektif daripada kemahiran penyelesaian masalah di dalam
tajuk operasi bercampur yang digunakan untuk ujian pra, soalan yang sama juga akan
digunakan untuk ujian pasca tetapi akan diubahsuai kedudukan dan angkanya mengikut
kesesuaian. Satu set borang soal selidik yang akan diberi kepada murid selepas ujian pra
dan ujian pasca dijalankan untuk mengkaji minat murid dalam tajuk ini khasnya dalam
mata pelajaran matematik amnya.


3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.5.1 Markah yang diperolehi oleh setiap murid dalam ujian akan dicatatkan oleh guru.
Ujian akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum (pra) dan selepas (pasca) ujian.
Data ini digunakan untuk menganalisis peningkatan pencapaian murid selepas amalan
pengajaran kaedah penyelesaian masalah.

3.5.2 Guru mencatat skor yang diperolehi oleh setiap murid melalui kaedah soal selidik.
Borang soal selidik akan diberikan sebanyak dua kali kepada iaitu sebelum (pra) dan
(pasca). Data ini digunakan untuk menganalisis minat murid dan sikap murid
terhadap matematik selepas penggunaan kaedah penyelesaian masalah.

28


3.6 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Pengkaji menggunalan perisian SPSS (statistical Package For Social Science)
untuk menganalisis data yang direkodkan daripada ujian pra dan ujian pasca bagi kedua- dua
kumpulan murid di tiga buah sekolah yang dikaji.

3.6.1 Statistik Deskriptif- adalah analisis yang digunakan untuk mencirikan item tentang
bilangan responden dan pencapaian dalam mata pelajaran matematik.

3.6.2 Statistik Inferens- adalah analisis yang digunakan terhadap data- dat yang diperolehi
untuk ujian hipotesis. Statistik yang akan digunakan ialah ujian-t. Ujuain-t digunakan
untuk menentukan perbezaan di antara min dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pasca sebelum dan selepas pengajaran
dan pembelajaran kemahiran penyelesaian masalah.








29

3.7 RUMUSAN

Daripada kajian yang akan dijalankan pengkaji berharap dapat mempertingkatkan
minat, sikap, pengetahuan, kemahiran dan prestasi murid terhadap pembelajaran matematik
mereka di sekolah. Selain itu diharapkan dapatan kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh
para guru untuk melihat kelemahan dalam proses penyelesaian masalah dan memberi
penekanan terhadap kelemahan yang berkaitan. Apa yang penting adalah murid perlu
memahami masalah terlebih dahulu dan menggunakan strategi penyelesaian masalah
matematik yang telah dipelajari.


















30






BAB 4





DAPATAN KAJIAN





4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan demography responden, pencapaian markah pra ujian dan
pasca ujian, purata dan standard deviation bagi pra ujian dan pasca ujian, analisis dari
Ujian T, dapatan secara lisan dari temubual ataupun temuramah dengan responden kajian.
Dapatan kajian ini amat penting bagi guru-guru Matematik di Malaysia. Ianya akan dapat
membantu guru-guru Matematik menambahbaikkan lagi kaedah pengajaran mereka
mengikut model-model yang sedia ada. Dapatan kajian adalah berlandaskan soalan kajian
yang telah ditetapkan.



31

4.2 DEMOGRAPHY RESPONDEN

4.2.1 LOKASI SEKOLAH KAJIAN




Sekolah yang terpilih untuk dijalankan kajian ini ialah Sekolah kebangsaan Tunku Azizah,
Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini

32

mula beroperasi semenjak tahun 1990, ianya 2 km dari Bandar Kuantan. Terdapat 546
orang murid yang terdiri daripada 100% murid kaum Melayu.Terdapat 13 buah kelas yang
mana setiap tahun ( dari Tahun satu hingga tahun 6 ) mempunyai 2 kelas, dan 1 kelas lagi
merupakan kelas Pendidikan Khas. Bagunan sekolah ini juga terdiri daripada 4 blok, 3
blok merupakan blok bilik darjah dan 1 blok lagi merupakan blok pentadbiran.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah adalah seorang wanita pertengahan
umur bernama Puan Hazizah Binti Bujang. Beliau memimpin 69 orang guru yang terdiri
daripada 44 orang guru perempuan dan 25 orang guru lelaki. Semasa menjalankan kajian,
penyelidik dibantu oleh seorang guru Matematik yang mempunyai kelayakan dalam
opsyen Matematik. Beliau bertanggungjawab mengajar Matematik murid-murid tahun 4 , 5
dan 6.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada guru-guru sekolah ini, pengajaran
Matematik di sekolah ini terbatas kerana kekurangan alatan dan juga kedudukan sekolah
ini di pinggir bandar yang mana latar belakang murid-muridnya adalah tidak mempunyai
sikap mementingkan pembelajaran dan lebih berminat untuk keluar bermain dan keluar ke
pusat-pusat hiburan yang ada di pusat bandar.



Majoriti daripada murid-murid ini tidak berkesempatan dan berpeluang untuk
mempraktikan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi dalam matapelajaran
33

Matematik kerana latar belakang mereka yang tidak mendedahkan mereka kepada
kepentingan menguasai kemahiran Matematik. Pengalaman sedia ada mereka dalam
matapelajaran Matematik sangat-sangat terbatas. Majoriti daripada murid merasakan
bahawa Matematik adalah satu matapelajaran yang sukar, lebih-lebih lagi bagi latihan
penyelesaian masalah matematik berayat ini. Oleh itu, motivasi diri dan keinginan untuk
meningkatkan kemahiran Matematik dengan menggunakan model polya adalah rendah di
kalangan murid-murid ini atas faktor yang telah dinyatakan.


4.2.2 PROFIL RESPONDEN

Responden kajian adalah seramai 26 orang yang terdiri daripada murid-murid kelas Tahun
4 Bestari di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Disebabkan oleh kekangan masa
pemilihan responden diadakan secara rawak tanpa mengira jantina, taraf sosio-
ekonomi,lokasi dan pencapaian akedemik

Responden yang berjumlah 26 orang adalah terdiri daripada 10 orang murid lelaki
dan 16 orang murid perempuan. Dari jumlah 26 orang tersebut, penyelidik telah memilih 4
orang murid sebagai responden yang akan dijadikan kajian


sepenuhnya dan juga akan ditemubual. Hasil dapatan adalah merupakan data kajian ini.

34

Bilangan responden yang menjadi pemerhatian sepenuhnya ini adalah kecil iaitu
seramai 4 orang sahaja kerana kekangan masa tetapi penyelidik percaya bahawa data
kualitataif akan dapat menyokong data kuantitatif dalam kajian ini. Daripada 4 orang
responden yang terpilih, 2 orang merupakan murid perempuan dan 2 orang merupakan
murid lelaki dari tahun 4 Bestari. Purata umur responden ialah 10 tahun dan aras
kemahiran penulisan adalah diaras pencapaian sederhana.
Berikut ialah jadual responden bagi program intervensi dan juga sessi temubual.

JADUAL 1


KUMPULAN

LATARBELAKANG

KEKERAPAN

JUMLAH (%)

PROGRAM
INTERVENSI


JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN


10
15



40
60



JUMLAH

25

100

TEMUBUAL


JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN



2
2


50
50



JUMLAH

5

100

35

4.3 ANALISIS DATA

Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa program intervensi selama 10 jam ini
memberikan kesan ke atas pencapaian murid di dalam pasca ujian. Sekiranya program
intervensi ini berjaya, mestilah terdapat perbezaan yang signifikan diantara purata pra ujian
dan purata pasca ujian. Dapatan data kajian haruslah membuktikan bukti yang signifikan
berkaitan dengan penyataan masalah yang telah dinyatakan dalam bab yang terdahulu.

Ho atau null hypotesis akan diperolehi bilamana tiada perbezaaan yang signifikan
diantara purata pra ujian dan pasca ujian. Ini bermakna pembelajaran menggunakan model
polya tidak berkesan kepada penguasaan murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah
matematik berayat. Ianya ditafsirkan sebagai : ; H
0
:
1
=
2


Manakala Ha : H
1
:
1

2 ,
membawa makna bahawa purata bagi kedua-dua ujian
tersebut terdapat perbezaan yang signifikan. Terdapat purata yang bertambah

bagi pasca ujian dan ini bermakna penguasaan murid dalam kemahiran penyelesaian
masalah matematik berayat adalah lebih baik.
Ujian-T akan membandingkan purata pra ujian dan pasca ujian yang akan menentukan
samada untuk menerima atau menolak Ho atau null hypotesis pada aras signifikan iaitu =
0.05. Jika hypotesis null ini boleh ditolak, kesimpulannya terdapat perbezaan purata yang
signifikan diantara ujian pra dan pasca ujian.

36

SOALAN KAJIAN 1 : SEJAUHMANAKAH TAHAP KEBERKESANAN
PENGGUNAAN MODEL POLYA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT DI KALANGAN MURID
TAHUN 4.

Soalan kajian pertama ini adalah untuk mengukur tahap keberkesanan penggunaan model
polya dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dalam
matapelajaran Matematik dan ianya diukur melalui pencapaian dalam pra ujian dan pasca
ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini. Jadual di bawah menunjukkan pencapaian
responden di dalam pra ujian dan pasca ujian yang telah dijalankan.

JADUAL 2 : PENCAPAIAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN

RESPONDEN
PRA
UJIAN
GRED PASCA
UJIAN
GRED PENINGKATAN
(%)
1 44
C
58 C 31.8
2 50 C 60 B 20.0
3 54 C 66 B 22.2
4 44 C 58 C 31.8
5 58 C 68 B 17.2
6 50 C 60 B 20.0
7 42 C 62 B 47.6
8 44 C 58 C 31.8
9 44 C 60 B 36.4
10 56 C 68 B 21.4
11 60 B 72 B 20.0
12 62 B 78 B 25.8
37

13 60 B 70 B 16.7
14 58 C 66 B 14.5
15 64 B 80 A 25.0
16 48 C 58 C 20.8
17 46 C 62 B 34.8
18 62 B 78 B 25.8
19 58 C 66 B 13.8
20 50 C 62 B 24.0
21 66 B 82 A 24.2
22 60 B 80 A 33.3
23 54 C 64 B 18.5
24 56 C 76 B 35.7
25 60 B 78 B 30.0
26 60 B 78 A 30.0

Jadual 2 menunjukkan pencapaian (Skor) responden di dalam format markah dan juga
grade di dalam pra ujian dan pasca ujian. Ia menunjukkan terdapat peningkatan dalam
pencapaian responden.

Ia juga menggambarkan pencapaian individu dalam kedua-dua ujian. Markah minima
di dalam pra ujian ialah 42 manakala markah minima bagi pasca ujian ialah 58. Nilai
maksima bagi pra ujian ialah 66 dan nilai maksima bagi pasca ujian ialah 82. Data
membuktikan peningkatan dalam markah maksima pasca ujian.





38

JADUAL 3 : UJIAN-T

Ujian-T : Min (Purata) antara 2 sampel berpasangan ( Paired Two Sample for
Means) menggunakan SSPS Version untuk Window versi 18

t-Test: Paired Two Sample for Means

PASCA UJIAN PRA UJIAN
Purata 67.60 54.00
Variasi 66.333 52.667
Pemerhatian 25
Kolerasi Pearson 0.891
Perbezaan Purata Hypotesis 0
df (darjah kebebasan) 24
t Mula -18.394





Statistics

PRAUJI PASCAU
JI

N Valid 25 25
Missing 0 0
Mean 54.00 67.60
Median 56.00 66.00
Std.
Deviation
7.257 8.145
Variance 52.667 66.333
Minimum 42 58
Maximum 66 82


39

Min atau Purata bagi Pra Ujian ialah 54.00 dan min atau purata bagi Pasca Ujian ialah 67.60.
Nilai standard-t ialah -18.394, nilai kritikal-t pada = 0.05 dan df (darjah

kebebasan) ialah 24. Hypotesis null ialah tiada perbezaan statistic yang signifikan diantara
purata bagi pra ujian dan pasca ujian; H
1
:
1
=
2
Walaubagaimanapun, hypotesis
alternative ialah H
1
:
1
=
2,
ini bermakna purata bagi kedua-dua ujian akan memberikan
perbezaan yang signifikan. Oleh itu, kajian ini menolak Hypotesis null sekiranya nilai
statistic t lebih besar daripada nilai kritikal t pada = 0.05 and 24 degree of freedom. (df:
darjah kebebasan)

Oleh itu, dari keputusan statistic nilai t adalah lebih besar daripada nilai kritikal t
pada = 0.05 and 24 degree of freedom (df: darjah kebebasan). Sehubungan itu, ia
merupakan bukti yang signifikan untuk menolak hypotesis null. Seandainya hypotesis null
ditolak maka hypotesis gantian ( alternate hypotesis) akan diterima. Ianya boleh disimpulkan
sebagai secara statistiknya terdapat perbezaan yang signifikan diantara min atau purata ujian
pra dan pasca ujian.

Min atau Purata pencapaian pasca ujian adalah lebih tinggi daripada min atau purata
pra ujian (ditunjukkan dalam jadual Paired Samples Statistics di atas) yang mana ianya
membuktikan bahawa program intervensi memberikan kesan ke atas pencapaian murid yang
bermakna keberkesanan strategi peta minda dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian
masalah matematik berayat dalam matapelajaran Matematik di kalangan murid Tahun 4
40

Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Dengan sebab inilah terdapat perbezaan yang signifikan
di antara purata pra ujian dan purata pasca ujian.

Peningkatan markah bagi setiap responden, iaitu berdasarkan markah pra ujian dan markah
pasca ujian dapat ditunjukkan dengan lebih jelas pada graf markah responden melawan
nombor responden. Graf ini ditunjukkan tentang program interversi dalam pra ujian dan
pasca ujian.

GRAF MARKAH RESPONDEN MELAWAN NOMBOR RESPONDEN


0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
1 4 7 10 13 16 19 22 25
RESPONDEN MELAWAN NOMBOR
RESPONDEN
Pra Ujian
Pasca Ujian
% Peningkatan
41

Ringkas kata, penggunaan model polya dapat membantu murid untuk
menambahbaikkan pencapaian mereka dalam penguasaan kemahiran penyelesaian masalah
matematik berayat dalam matapelajaran Matematik. Secara statistiknya ia membuktikan murid
boleh mencapai markah yang tinggi di dalam pasca ujian berbanding pencapaian mereka dalam
pra ujian. Soalan ujian dalam kajian ini adalah digubal berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pencapaian markah menunjukkan bukti yang jelas bahawa
program intervensi menggunakan model polya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
penyelesaian masalah matematik berayat di kalangan murid-murid.

SOALAN KAJIAN 2 : SEJAUHMANAKAH PENGGUNAAN MODEL POLYA
DAPAT MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT DALAM
MATAPELAJARAN MATEMATIK?

Untuk soalan kajian berkaitan dengan meningkatkan minat ini, senarai semak pemerhatian (
Lampiran 1 ) dan soal selidik menggunakan skala Likert (Lampiran 2) telah digunakan.
Pemerhatian telah dijalankan ke atas 4 orang responden yang dipilih semasa sessi program
intervensi ini. Maklumat daripada senarai semak pemerhatian menunjukkan murid-murid
sangat berminat dengan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat dalam
matapelajaran Matematik setelah menjalani pembelajaran matematik menggunakan model
polya.

Pemerhatian terhadap sikap responden sebelum penyelidik memasuki kelas
menunjukkan bahawa responden sangat-sangat bersedia untuk mengikuti pelajaran.
Responden telah tiba tepat pada masanya ke bilik ETeMS di mana sesi pengajaran dan
42

pembelajaran Matematik sememangnya dijalankan di bilik ini. Wajah responden juga
kelihatan ceria. Mereka kelihatan begitu gembira untuk mengikuti sessi pembelajaran
Matematik ini. Responden juga didapati telah bersedia dengan buku teks dan buku latihan
mereka dan tidak ada lagi responden yang tertinggal buku sebagaimana yang sering berlaku
sebelum ini menurut laporan guru responden.

Diperhatikan juga sikap responden semasa penyelidik memasuki kelas. Didapati
bahawa responden menunjukkan wajah yang seronok , menyambut penyelidik dengan
senyuman dan bersedia untuk memulakan pembelajaran. Responden memberikan reaksi yang
sangat positif dengan akur kepada semua arahan penyelidik. Responden berada dalam
keadaan yang tenang dan bersedia untuk belajar.Selain daripada target responden, pelajar lain
juga menunjukkan reaksi yang sangat positif sebaik penyelidik memasuki kelas.

Semasa penyelidik sedang mengajar, didapati bahawa responden memberikan
kerjasama yang sangat baik. Responden dan juga kumpulan murid yang lain mengambil
bahagian dalam pembelajaran secara aktif malah mereka saling bantu-membantu dalam
belajar kemahiran yang terdapat dalam matapelajaran Matematik.

Malah murid yang agak lemah sebelum ini dilihat juga telah mula boleh menguasai kemahiran
dalam matapelajaran ini. Semua responden dan murid lain mengambil bahagian secara aktif
sebagai satu unit yang sangat berkesan. Keseluruhannya, responden memberikan gambaran
bersemangat untuk belajar kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dan kepuasan
serta keseronokan belajar jelas tergambar di wajah mereka.
43


Selain itu, pemerhatian terhadap maklum balas murid apabila penyelidik
bertanyakan soalan juga dicatatkan. Maklumat yang terkumpul menunjukkan bahawa
responden sentiasa yakin untuk menjawab pertanyaan penyelidik, meskipun terdapat juga
kesalahan dalam jawapan tetapi mereka berani untuk menjawab. Responden dan juga
kumpulan pelajar yang lain berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan
penyelidik. Keterbukaan sikap responden memberikan gambaran bahawa penggunaan model
polya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran penyelesaian masalah
matematik berayat bagi matapelajaran Matematik.

Penyelidik juga telah menjalankan pemerhatian terhadap maklum balas responden
apabila diberikan latihan kerja rumah. Adalah telah didapati bahawa responden tidak
merungut dengan kerja rumah yang diberikan. 4 daripada 5 responden meminta lebih banyak
kerja rumah dengan alasan mereka seronok dengan kemahiran baru yang mereka miliki.
Responden juga menyatakan kesanggupan untuk membantu rakan mereka jika penyelidik
memberikan soalan kerja rumah yang lebih lagi. Responden dan juga kumpulan murid yang
lain telah sanggup berjanji untuk menyiapkan tugasan sebagaimana arahan penyelidik.
Kesimpulannya, responden tidak menunjukkan rasa tidak senang dengan kerja rumah yang
diberikan malah menunjukkan rasa seronok dan ghairah untuk terus mencuba kemahiran-
kemahiran yang ada dalam matapelajaran tersebut.

Akhirnya, penyelidik juga telah mencatatkan pemerhatian terhadap sikap
responden apabila penyelidik keluar kelas. Responden menunjukkan wajah yang masih
44

belum puas untuk belajar lebih banyak tajuk lagi. Mereka juga seakan tidak mempercayai
masa telah tamat. Semasa penyelidik keluar dari kelas, penyelidik masih boleh terus
mendengar mereka berbincang tentang pelajaran yang telah dipelajari. 4 daripada 5 responden
juga memohon responden untuk mengajar mereka untuk seketika lagi. Penyelidik merasa
pasti bahawa responden amat seronok dengan penggabungjalinan dan penyerapan
pengetahuan ini yang mana ianya dibuktikan dengan rayuan responden dan juga rayuan dari
kumpulan murid yang lain agar penyelidik keluar dari kelas sedikit masa lagi.

Penyelidik juga mendapati bahawa kesan penggunaan model polya ke atas
responden adalah sangat-sangat baik. Antaranya; sistem pembelajaran kita pada hari ini
kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Sejarah semuanya
menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear. Jadi dengan
menggunakan model polya, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang
berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi
kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan
kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik
daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar
dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak.
Menggunakan kedua-duanya membuatkan pelajar kita lebih baik dalam pembelajaran
daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja.

Selain itu kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. Contohnya
Nama sebenar saya ialah Farid. Saya tinggal di Melaka. Agak-agak anda berapa perkataan
45

yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu Farid dan Melaka. 2
daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting.
Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya
memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi penggunaan model polya ini akan
memudahkan lagi proses ingatan responden. Cara nota yang lama akan menyukarkan pelajar.
Tetapi dalam model polya, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan termasuklah
dalam menyelesaikan masalah matematik berayat.

Model polya yang telah digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Penggunaan model polya dapat menarik minat pelajar disamping dapat
meningkatkan kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang berpencapaian rendah. Dengan
menggalakkan pelajar meggunakan model polya bukan sahaja mereka dapat berfikir secara
kritis dan kreatif tetapi juga dapat melatih mereka melaksanakan sesuatu tugasan secara
terancang dan teratur. Disamping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara
kumpulan dan dapat menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta. Mereka
juga dapat bantu membantu antara satu sama lain.

Penyelidik juga telah menggunakan Skala Likert melalui borang soal selidik yang
telah disediakan. ( Lampiran 2 ). Borang ini diberikan kepada semua murid program
intervensi kerana ianya tidak mengambil masa yang panjang. Data yang diperolehi adalah
seperti jadual di bawah :



46





JADUAL 4. KEPUTUSAN SOAL SELIDIK MURID PROGRAM
INTERVENSI

Tanda ( ) pada ruangan di bawah :1 tidak setuju 2 setuju


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

1
Adakah kamu berminat dengan subjek
matematik?

0

100

Data menunjukkan kesemua 26 murid program intervensi yang membawa kepada skor
100%, setuju bahawa Matematik adalah subjek yang seronok setelah mengikuti program
intervensi ini.


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

2
Adakah kamu merasakan pengajaran dan
pembelajaran matematik membosankan?

100

0

Untuk item 2, Matematik adalah subjek yang membosankan, kesemua 26 (100% ) orang
murid program intervensi tidak bersetuju dengan kenyataan ini.


47


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

3
Adakah kamu berpeluang untuk
mengeluarkan idea semasa pengajaran dan
pembelajaran?

20

80

80% iaitu seramai 19 orang murid program intervensi bersetuju berpeluang untuk
mengeluarkan idea semasa pengajaran dan pembelajaran dan seramai 7 orang yang
mewakili 20% tidak berpeluang mengeluarkan idea.


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

4
Adakah idea kawan-kawan kamu boleh
diterima?

0

100

Kenyataan di atas membawa kepada skor 100%.Ini idea kawan-kawan boleh diterima
tetapi perlu diperjelaskan oleh guru mata pelajaran.


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

5
Sebelum ini adakah maklumat hanya
diberikan oleh guru anda sahaja?

0

100

Kesemua 26 orang murid (100%) bersetuju untuk mengatakan maklumat hanya diberikan
oleh guru sahaja.
48


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

6
Adakah kamu berpuas hati dengan
pencapaian kamu dalam matematik setakat
ini ?

50

50

Bagi item 6, seramai 13 orang masih belum berpuas hati dengan pencapaian mereka dalam
matematik dan selebihnya sudah berpuas hati dan perlu pertingkatkan lagi usaha.



BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

7
Adakah kamu merasakan pencapaian kamu
akan terus meningkat dengan kaedah model
Polya

0

100

Data item 7 menunjukkan bahawa 26 orang (100%) daripada program intervensi bersetuju
dengan kenyataan pencapaian mereka akan terus meningkat jika kaedah model polya ini
selalu digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

8
Adakah kamu mudah memahami
pembelajaran operasi bercampur dengan
kaedah model polya?

0

100

49

Item 8 memberikan dapatan bahawa kesemua murid bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Mereka merasa selesa dengan model polya yang diberikan kerana lebih mudah memahami
pembelajaran operasi bercampur.


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

9
Adakah kamu merasa seronok sekiranya idea
kamu diterima dan betul?

0

100

26 orang yang membawa kepada 100% telah menandakan jawapan di kolum setuju dengan
kenyataan tersebut. Mereka menyatakan mereka akan lebih seronok dan lebih bersemangat
sekirannya idea mereka diterima dan betul.



BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

10
Bolehkan kamu mengaitkan apa yang
kamu pelajari dengan aktiviti harian
kamu?

50

50


Bagi item ke 10, sejumlah 13 orang murid iaitu sebanyak 50% menyatakan bahawa
kemahiran dalam matapelajaran Matematik ini penting untuk masa depan mereka. Mereka
dapat menggunakan dengan aktiviti harian mereka dan selebihnya seramai 13 orang lagi
tidak dapat digunakan dalam aktiviti harian meraka.

50


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

11
Pernahkan kamu membandingkan kaedah
polya dengan kaedah lain?

100

0

Kesemua murid iaitupencapaian sebanyak 100% tidak bersetuju dengan penyataan bahawa
tidak membandingkan kaedah polya dengan kaedah lain.




BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

12
Adakah kamu mula meminati subjek
matematik?

0

100

Item ke 12 menyumbang kepada peratusan 100%. Kesemua murid sangat berminat dengan
kelas Matematik setelah menjalani program intervensi.


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

13
Adakah peruntukan waktu matematik
seminggu bagi kamu terlalu sedikit ?

100

0

Kesemua murid iaitu 100% tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Ini kerana mereka
bertambah minat terhadap subjek matematik.

51


BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

14
Adakah peruntukan waktu matematik
seminggu bagi kamu terlalu banyak?

50

50

13 orang daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 50% menyatakan bahawa peruntukan
waktu matematik seminggu bagi mereka terlalu banyak dan selebihnya tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut.



BIL

ITEM

1
(%)

2
(%)

15
Adakah subjek matematik adalah satu subjek
yang sukar dikuasai?

60

40

Item terakhir ini menyumbang kepada data pencapaian 60% pelajar tidak bersetuju dan
40% sahaja pelajar menganggap subjek matematik adalah satu subjek yang sukar dikuasai.









52

SOALAN KAJIAN 3 : BAGAIMANAKAH PERSEPSI MURID TERHADAP
PROGRAM INTERVENSI IAITU PENGGUNAAN MODEL POLYA TERHADAP
PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT
DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK?

Penyelidik telah menjalankan sessi temubual bagi menjawab soalan kajian ke 3 tentang
bagaimanakah persepsi murid terhadap program intervensi iaitu bagaimanakah persepsi
mereka terhadap penggunaan model polya terhadap pembelajaran penyelesaian masalah
matematik berayat dalam matapelajaran Matematik 4 orang responden telah dipilih untuk
menjalani sesi temubual ini untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi mereka tentang
soalan kajian ke 3. Sessi temubual telah dijalankan selepas pasca ujian dijalankan. Soalan
temubual adalah seperti Lampiran 3.

Responden diminta untuk menyuarakan pendapat mereka berdasarkan soalan dalam
borang temu bual berstruktur yang telah disediakan.Semua maklumat adalah untuk
memberikan gambaran responden tentang persepsi mereka terhadap strategi model polya.

Berikut adalah penyataan secara lisan ( verbatim ) yang dipetik dari sessi temubual bagi
setaip soalan yang dikemukakan :

1) Pada pendapat anda, adakah pengajaran matematik dalam program intervensi
sangat berkesan? Kenapa?

Ya saya rasa berkesan kerana lebih senang nak faham
53

Ya betul berkesan. Saya dah faham banyak perkara. Bagus sangat program ini
Ya bagus sangat. Berkesan sebab saya dah tahuSaya minat subjek Matematik
Ya saya suka dah pandai sebab program ni ajar saya. Memang baik

2) Apakah kesan-kesan positif yang anda perolehi melalui pembelajaran model polya?

Oh mesti ada banyak. Program ni dah buat saya seronok belajar Matematik
Mesti ada banyak kebaikkanlah. Saya jadi lebih yakin belajar penyelesaian masalah
matematik berayat
Kesan positif Ada banyak. Paling saya seronok saya faham tentang aspek nak jawab
matematik berayat ni
Banyak, antaranya dah tahu tentang cara-cara nak selesaikan masalah matematik ayat


3) Semasa anda menjalani program ini, apakah nilai-nilai positif yang anda perolehi?

Yakin, ya! saya yakin sangat dengan latihan Matematik yang diberikan pada saya
Seronok saya seronok dengan kelas Matematik cikgu ini
Dah tak rasa takut salah lagi untuk membuat latihan matematik berayat
Belajar sama-sama cara nak cari isi penting dalam ayat bermasalah... Kalu salah tak malu
dah



54

4) Apakah cadangan yang ingin anda kemukakan terhadap program intervensi yang
telah dijalankan?
Suruhlah cik gu ni buat lebih lama lagi program ini
Biar cikgu lain ikut cara cikgu program ni
Boleh tak cikgu ni buat program seperti ini untuk belajar perkara lain pulak
Kalau boleh cikgu ni ajar cikgu lain buat program lain juga


4.4 RUMUSAN

Pada keseluruhannya dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian yang dikemukakan.
Dapatan kajian telah dinyatakan dalam bentuk huraian dan jadual iaitu secara kuantitatif dan
juga kualitataif. Berdasarkan dapatan kajian ini, ianya telah membuktikan bahawa terdapat
kesan yang signifikan terhadap keberkesanan pembelajaran menggunakan model polya.

Bab ini juga telah membincangkan demography responden, pra ujian dan pasca ujian yang
telah dijalankan, sessi pemerhatian dan juga temubual. Kesimpulannya, dapatan kajian
menunjukkan bukti yang kukuh bahawa terdapat keberkesanan yang signifikan melalui
program intervensi yang telah dijalankan.

Tambahan pula, dapatan kajian telah juga menjelaskan bahawa terdapat peningkatan dalam
penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dikalangan murid-murid.
Dapatan ini membuahkan satu hasil yang amat berfaedah iaitu melalui pembelajaran
menggunakan kaedah polya khasnya dalam topik penyelesaian masalah matematik berayat
menjadi satu perkara yang memudahkan dan menggembirakan murid.
55





BAB 5



PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI



5.1 PENGENALAN

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat dan mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah
pembelajaran yang menggunakan kaedah model polya di kalangan murid Tahun 4 di
Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Kesemua responden menetap di sekitar sekolah dan
100% berbangsa Melayu. Faktor ini adalah merupakan faktor yang paling penting dan
dominant dalam mempengaruhi atau mewujudkan keberkesanan kaedah pembelajaran
menggunakan kaedah model polya dalam penguasaan kemahiran penulisan Bahasa
Melayu.

Bab ini melaporkan secara terperinci perbincangan dan implikasi kajian yang telah
diadakan. Kandungan dalam bab ini ialah rumusan kajian, perbincangan dapatan kajian,
56

rumusan dapatan kajian dan implikasi kajian. Adalah diharapkan agar laporan kajian ini
akan memberikan pengetahuan yang mendalam tentang Kajian Berasaskan Sekolah.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini mendedahkan bahawa program intervensi yang menggunakan kaedah model
polya dalam penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat di kalangan
murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Analisis pencapaian/skor individu
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian di pasca ujian berbanding pra ujian.
Tambahan pula, data kualitatif yang di catatkan hasil daripada sesi temubual memberikan
keterangan yang tepat tentang peningkatan minat dan persepsi responden. Analisis
kualitatif ini telah menunjukkan persepsi responden yang telah menyokong data yang
membuktikan keberkesanan program intervensi tersebut.

Kajian ini telah dirancang dengan objektif kajian yang teliti. Penyelidik
berkehendakkan menggunakan keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah model
polya dalam matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Secara tidak langsung, penyelidik
juga menghendaki program intervensi ini memotivasikan murid untuk mempelajari
Matematik dengan rasa seronok dan yakin.

Keadah pembelajaran menggunakan model polya telah digunakan dan diajar kepada
responden kajian selama 10 jam selama 2 minggu. Data telah dikumpulkan melalui pra
ujian, pasca ujian, senarai semak pemerhatian, senarai soal selidik dan borang temubual
berstruktur. 4 orang responden telah dipilih dari jumlah 26 orang murid program intervensi
57

dan telah didedahkan sepenuhnya dengan kaedah pembelajaran menggunakan kaedah
model polya. Kaedah ini telah berubah dari rutin biasa guru bercakap dan kapur tulis
(normal talk and chalk teacher) atau dari semata-mata pengajaran berpusatkan guru
semata-mata.

Kumpulan program intervensi ini telah menduduki pra ujian dan pasca ujian. Pra ujian
adalah untuk mengukur aras pengetahuan sedia ada murid manakala pasca ujian adalah
untuk mengukur peningkatan pencapaian murid setelah didedahkan dengan program
intervensi ini.


5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN.

Berdasarkan kepada dapatan dan kesimpulan kajian ini, penyelididk ingin mengutarakan
cadangan kepada pihak terbabit agar dapat melaksanakan kaedah pembelajaran
menggunakan kaedah model polya dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik
berayat. Penyelidik berpendapat bahawa menguasai kemahiran penyelesaian masalah
matematik berayat akan turut meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran Matematik,
sehubungan itu pembelajaran menggunakan kaedah model polya adalah merupakan cara
yang terbaik untuk mencapai matalamat tersebut.

Program intervensi ini telah direkabentuk untuk melatih murid menggunakan
pembelajaran menggunakan model polya yang menggalakkan mereka untuk menguasai
kemahiran aspek dalam subjek matematik. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa
58

input yang signifikan kepada guru-guru tentang pentingnya menggunakan pembelajaran
menggunakan model polya untuk menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik
berayat dikalangan murid-murid tahun 4.

Berdasarkan kepada dapatan dan kesimpulan kajian ini juga, penyelidik ingin
mengutarakan cadangan kepada pihak terbabit agar dapat melaksanakan kaedah
pembelajaran menggunakan model polya dalam pengajaran matematik perlu diutarakan.
Penyelidik berpendapat bahawa menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik
berayat akan turut meningkatkan kemahiran murid dalam matapelajaran matematik,
sehubungan itu pembelajaran menggunakan model polya adalah merupakan cara yang
terbaik untuk mencapai matalamat tersebut.

Program intervensi ini telah direkabentuk untuk melatih murid menggunakan pembelajaran
menggunakan model polya dalam pengajaran matematik dan ianya dapat menggalakkan
mereka untuk menguasai matapelajaran matematik dengan lebih baik. Kajian ini telah
membuktikan bahawa input yang signifikan kepada guru-guru tentang pentingnya
menggunakan model polya dalam pembelajaran untuk menguasai kemahiran penyelesaian
masalah matematik berayat dalam matapelajaran matematik di kalangan murid-murid
tahun 4.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segalanya. Guru bukan seorang
guru semata-mata tetapi juga sebagai seorang pemandu, kaunselor, pencipta, pemberi
teladan, pekerja rutin, pendakwah, pemantau dan penerima kenyataan. Mereka juga
59

laksana pencetus wawasan, pendengar, penasihat, penilai, pelakon, penghibur malahan
1001 macam watak yang sentiasa berubah demi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran para pelajar. (Utusan Malaysia, 19 Mei 2001). Tanpa guru matematik
bagaimana seseorang pelajar itu dapat dan cuba menguasai sesuatu kemahiran atau konsep
matematik. Maka timbullah persoalan adakah pelajar menghafal fakta atau sifir atau
adakah mereka faham prosedur penyelesaian masalah matematik atau adakah mereka
hanya meniru daripada kawan tanpa cuba fahami terlebih dahulu.

Menurut Webb (1989), pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya, oleh
itu pengetahuan guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat perlu.
Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan bahawa mereka
tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu tidak tahu
melaksana strategi. Oleh itu guru matematik memainkan peranan dalam hal ini dengan
menunjukkan langkah penyelesaian bersama dengan penggunaan teknik penyoalan agar
mereka faham, seterusnya menambahkan minat dalam pembelajaran mereka. Penggunaan
pelbagai contoh dan kaedah penyampaian akan membolehkan pelajar menguasai
kemahiran penyelesaian masalah dengan baik dan terancang.

Oleh itu dalam mencapai aspirasi yang dihasratkan, kajian ini telah menyediakan ruang
bagi para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran matematik,
maka kaedah pembelajaran menggunakan model polya ini merupakan cara yang terbaik
dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menjalankannya.

60

Penyelidik juga berpendapat sebelum program intervensi ini dijalankan, kualiti pengajaran
matematik boleh dikatakan kurang memuaskan pada keseluruhannya kerana sebahagian
besar tenaga pengajar sains yang terlibat tidak menerima latihan yang mencukupi.
Peralatan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran pada 1983 untuk kegunaan
pengajaran matematik telah usang dan jarang sekali diganti dan ini menjejaskan
pengajaran guru.

Kajian ini telah dapat menambahbaikkan aras pengajaran matematik. Pembelajaran
menggunakan model polya telah dapat meningkatkan kecekapan murid sekaligus telah juga
dapat menghapuskan salah anggapan dikalangan murid-murid dan juga guru-guru bahawa
matematik adalah matapelajaran yang susah dan membosankan.

Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah
seharusnya menekankan penggunaan model polya dalam pengajaran. Ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian,
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai
dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung
kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta strategi mengajar
seperti menggunakan peta minda yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.





61

5.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Rumusan dapatan kajian membuktikan bahawa program intervensi telah memberikan
kesan yang positif iaitu pembelajaran menggunakan model polya telah memberikan kesan
yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran penyelesaian
masalah matematik berayat. Tidak dapat dipertikaikan bahawa data yang diperolehi secara
kualitatif dan kuantitatif adalah bukti yang kukuh kejayaan program intervensi ini.

Markah yang diperolehi dari kedua-dua ujian membuktikan bahawa terdapat peningkatan
pencapaian kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dikalangan murid-murid.
Tambahan pula, dapatan data kualitatif menerangkan terdapatnya kesan-kesan positif
terhadap pesepsi murid terhadap program intervensi ini. Murid-murid yakin dan percaya
bahawa program intervensi ini telah membantu mereka dalam menguasai kemahiran
penyelesaian masalah matematik berayat dalam matematik.

Dari temubual, soal selidik dan sessi pemerhatian, dapatlah disimpulkan bahawa murid-
murid telah mempunyai motivasi diri yang tinggi dan lebih yakin untuk menguasai
kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dalam matapelajaran Matematik
dengan belajar menggunakan kaedah model polya. Mereka juga telah mencapai grade
pencapaian yang lebih baik berbanding pencapaian mereka sebelum menjalani program
intervensi. Mereka benar-benar yakin bahawa program intervensi ini telah membantu
mereka menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dalam
matapelajaran Matematik. Sesi temubual juga telah membenarkan responden untuk
menyuarakan pendapat mereka untuk menambahbaikkan lagi program intervensi ini.
62


Ringkas kata, Kajian Berasaskan Sekolah ini adalah telah berjaya. Ianya telah
membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan model polya telah membantu murid-
murid untuk lebih memahami dan menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik
berayat dalam Matematik.

Kajian ini telah berjaya atas beberapa faktor. Pertama, responden telah didedahkan
sepenuhnya dengan strategi penggabungjalinan dan penyerapan pengetahuan. Kajian ini
telah dijalankan setiap hari selama 10 jam dan mereka juga telah ditaklimatkan dengan
kebaikan strategi pembelajaran ini, oleh itu mereka telah benar-benar bersedia secara
fizikal dan mental untuk menjalani pembelajaran menggunakan peta minda ini.

Selain daripada itu, responden juga telah berpeluang untuk melihat dan memerhatikan
bagaimana strategi menggunakan model polya ini dijalankan kerana penyelidik telah
menjelaskan dan menunjukcara kepada mereka. Jadi, pemahaman mereka lebih mendalam
kerana pengalaman sebenar dapat dipraktikkan.

Tambahan pula, kumpulan program intervensi adalah terdiri daripada murid-murid yang
ghairah untuk belajar kaedah yang baru bagi mereka. Justeru, penyelidik tidak menghadapi
masalah dari segi kawalan kelas kerana kesemua respoden bersemangat untuk belajar dan
sentiasa menumpukan perhatian.

63

Persepsi Murid ke atas matapelajaran Matematik khasnya dalam menguasai kemahiran
aspek penyelesaian masalah matematik berayat; majoriti murid mempersepsikan
menggunakan model polya dapat membantu membina kebolehan dan pengetahuan,
meningkatkan pencapaian dan pembentukan diri dan guru Matematik menggalak mereka
supaya meminati Matematik. Murid bersikap positif terhadap Matematik, iaitu bila
dikaitkan dengan kepentingan pelajaran Matematik , belajar Matematik menggunakan
model polya khasnya bagi topik tersebut. Majoriti murid meminati Matematik dan
merasakan ianya menyeronokkan, memberikan ilmu pengetahuan dan memberikan
ketenangan.

Dapatan kajian juga telah merumuskan bahawa penggunaan model polya iaitu strategi
yang dibentuk telah mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep
yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan
seharian mereka.Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa
yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku
oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak
tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang
abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka
mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana
tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Kesimpulannya, pelajar telah mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila belajar
menulis sendiri penulisan mereka. Program Intervensi yang mendedahkan responden
64

dengan menggunakan model polya telah menyedarkan responden bahawa hakikat
pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi
kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Pelajar telah dapat
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari
maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa
seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan
kelihatan bermakna. Oleh itu, guru yang didikasi dan mementingkan kejayaan muridnya
pasti tidak akan menolak kaedah pembelajaran kontekstual ini dalam proses
pengajarannya. Ianya juga turut menyumbang kepada lahirnya pelajar yang berdikari dan
tidak lagi menjadi pelajar yang hanya menunggu suapan dari gurunya.

5.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian telah membuktikan bahawa, penggunaan model polya dalam menguasai
kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat tidak dapat dipertikaikan lagi.
Pencapaian responden meningkat kerana pemahaman yang lebih mendalam tentang
Matematik dan juga kerana terbinanya tahap keyakinan diri yang tinggi.

Kajian ini sangat berguna kerana ia menawarkan cara yang berkesan bagi guru-guru yang
selama ini menghadapi jalan buntu untuk meningkatkan kemahiran penulisan dikalangan
65

pelajarnya. Kaedah pembelajaran menggunakan model polya ini telah dapat memenuhi
keperluan pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.

Ramai pelajar merasa kecewa dan tidak berminat lagi untuk belajar Matematik kerana
sebelum ini mereka merasakan ianya sesuatu yang amat sukar. Inilah yang telah
menghancurkan semangat mereka untuk belajar Matematik. Bagaimanapun, kaedah
pengajaran menggunakan model polya ini telah memecahkan kebuntuan guru dan juga
pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Ianya juga adalah lebih baik dan berkesan
daripada kaedah tradisional yang selama ini dijalankan iaitu kaedah bercakap dan kapur
tulis. Ianya lebih berjaya pelajar untuk lebih aktif, bekerjasama, menarik dan
menyeronokkan.

Di sebaliknya pula, tidaklah dapat dinafikan juga bahawa kaedah program intervensi ini
menuntut kepada usaha guru yang lebih kreatif , tekun dan lebihan masa dari guru turut
perlu guru korbankan. Ianya satu kaedah langkah demi langkah yang memerlukan masa
yang panjang tetapi akan menunjukkkan pencapaian yang positif. Malangnya, masa sering
tidak memihak kepada guru kerana guru terikat dengan masa untuk menghabiskan sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan. Guru juga terhad untuk memilih bahan daripada sukatan
yang telah ditetapkan tersebut. Akibatnya, niat murni guru untuk memantapkan lagi proses
pengajaran Matematik ini sering terbantut.

Kesimpulannya, pembelajaran menggunakan model polya ini tetap merupakan salah satu
kaedah yang terbaik dan terbukti telah dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian
66

masalah matematik berayat dalam matapelajaran Matematik di kalangan murid-murid
tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah.


5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-
batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan :

i) Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan hanya pelajar tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Tunku Azizah sahaja. Soal selidik, pemerhatian , temubual, pra ujian dan
pasca ujian hanya melibatkan kumpulan yang kecil sahaja. Untuk mendapatkan gambaran
lebih jelas tentang cirri-ciri responden yang lebih luas, satu kajian dengan responden yang
merangkumi semua peringkat pelajar boleh dilakukan. Kajian perbandingan yang
melibatkan dua atau lebih sekolah yang melibatkan jenis respoden dengan bilangan yang
lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh mencapai kajian pada
peringkat lebih besar yang bersepadu yang mana hasilnya amat bermanafaat untuk
golongan pelajar dan juga pendidik.

ii) Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik percaya bahawa murid lelaki lebih aktif dan
responsive menjalani program intervensi ini. Oleh itu, satu kajian yang lebih mendalam
dicadangkan yang akan mengkaji perbezaan jantina dengan kompetensi Matematik yang
sama dan hasilnya setelah menjalani kaedah program intervensi yang telah dijalankan.
67

iii) Satu kajian hubungan sebab dan akibat ( Causal Study) untuk mengukur kesan factor
sosio ekonomi responden yang berbeza-beza terhadap program intervensi ini juga turut
dicadangkan. Memandangkan kajian ini telah dijalankan dari kumpulan yang sama (
homogenous ) latarbelakangnya iaitu dari sekolah pinggir bandar, adalah lebih baik jika
kajian yang mendatang dijalankan ke atas responden yang berlainan latar belakangnya (
heterogeneous ), samada melibatkan dari kawasan bandar, kotaraya ataupun kawasan
pendalaman. Ini akan memberikan dapatan kajian yang lebih detail dan menyeluruh hasil
dari menggunakan model polya ini.

iv) Usaha juga patut dilakukan untuk mengkaji kesan kajian program intervensi yang
sama ke atas responden yang berbeza tahap kematangan nya ataupun aras umurnya.
Dicadangkan kajian yang sama dijalankan ke atas responden yang berbeza umurnya
ataupun berdasarkan tahun responden berada di alam persekolahan. Ini sekali lagi akan
membenarkan penyelidik memberikan gambaran yang lebih detail tentang dapatan kajian
ini.

v) Meningkatkan lagi kajian dan skala sample pelajar keperingkat daerah dan juga
negeri. Peningkatan skala sample pelajar yang besar ke peringkat daerah dan negeri akan
menguatkan lagi hasil kajian program intervensi yang telah dijalankan. Ianya juga telah
diketahui umum bahawa jumlah sample responden yang lebih besar akan menjamin
kepada keesahan dan reliability kajian tersebut. Ini akan menjadikan kajian tersebut lebih
kepada kajian di peringkat nasional / Negara. Adalah baik kaedah pembelajaran yang
menyeronokkan ini dikaji pada peringkat yanglebih tinggi supaya dapat mengukur
keberkesannya ke atas sample yang pelbagai.
68


Vi) Kajian patut dijalankan dalam jangkamasa yang lebih panjang dan lama. Masa
mempengaruhi keputusan hasil kajian. Adalah sangat benar bahawa faktor masa
memainkan perananyang sangat penting dalam mendapatkan keputusan kajian. Adalah
sangat baik sekiranya kajian dijalankan dengan lebih lama kerana in akan membenarkan
penyelidik lebih memahami dan mengenali responden disamping lebih lama dapat
memerhatikan tindakbalas responden.

Vii) Dicadangkan juga kajian dijalankan ke atas topik-topik yang lain dalam pelajaran
muzik dan geografi. Ini untuk mengukur keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan
model polya jika dijalankan ke atas topik yang berbeza-beza. Dapatan kajian ini akan
menjadi garis panduan bagi para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran mereka
kelak.

Viii) Kajian dicadangkan juga agar melibatkan gabungan antara kaedah pembelajaran
menggunakan peta minda dan juga kaedah yang lain supaya dapatan kajian akan
menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan. Hasilnya para pendidik akan
menjadi lebih kreatif dalam pengajaran mereka

xi) Penggunaan teknologi terkini seperti bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
multimedia interaktif dalam pendidikan Matematik perlu dilipatgandakan supaya ilmu
pengetahuan dalam bidang Matematik terutama isu-isu aspek penulisan tidak terbelakang
atau ketinggalan. Hal ini juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan
penggunaan ICT dalam sector pendidikan. Untuk itu jawatankuasa kerja perlu dibentuk
69

dikalangan guru-guru berkaitan bagi menghasilkan lebih banyak bahan Bantu Mengajar
Multimedia dalam pendidikan muzik seperti CD-ROM interaktif dan kaedah E-
Pempbelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran matapelajaran Matematik di
kalangan pelajar-pelajar. Buat permulaan jawatankuasa ini boleh beroperasi di semua Pusat
kegiatan Guru yang ada disetiap daerah.


Guru-guru Matematik harus lebih menumpukan kepada perancangan penulisan
objektif pengajaran, masa dan aktiviti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Pensyarah Matematik sebaiknya juga menitikberatkan tentang kemahiran
pembinaan alat bantu mengajar serta menggalakkan unsur-unsur inovasi dalam rekaan alat
bantu mengajar mereka. Ini dapat membantu guru terlatih membuat pengubahsuaian
kepada sebarang alat bantu yang sedia ada di sekolah kelak, jika tidak mempunyai alat
bantu yang sepatutnya dikehendaki.










70

5.7 RUMUSAN

Data yang telah didapati membuktikan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan model
polya boleh meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dikalangan
pelajar. Dari temubual, soal selidik dan pemerhatian, didapati bahawa pelajar sangat
seronok dan berminat dengan pelajaran yang disampaikan. Ianya telah membentuk satu
sikap positif di kalangan pelajar terhadap pelajaran Matematik khasnya mempelajari aspek
penyelesaian masalah matematik berayat. Dapatan kajian ini sangat berguna bagi semua
para pendidik yang sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas
yang sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka.

Keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini mendapati kefahaman murid
dalam mempelajari penulisan menggunakan model polya adalah tinggi. Tahap amalan
pelaksanaannya juga tinggi. Namun, tahap amalannya dari perspektif pelajar pula adalah
sederhana. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya kekangan dan beberapa aspek yang
memberi kesan kepada amalan menggunakan model polya seperti faktor sikap dan prinsip
guru itu, prasarana, pentadbir, masyarakat dan lain-lain. Namun begitu, strategi
menggunakan model polya dalam pengajaran Matematik terutamanya di kawasan luar
bandar amat perlu diteruskan bagi menjamin prestasi pelajar dalam subjek Matematik
setanding dengan pelajar di kawasan bandar sekali gus membantu misi negara untuk
melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan bijak matematik.



71

BIBLIOGRAFI

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif.:
Brooks / Cole Publication.

Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont, California: Wadworth.

Ault R.L. (1983). Childrens Cognitive Development (2nd Ed.) Oxford : Oxford Press

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew (1996). Environmental
Psychology (Fourth Edition). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.

Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology: 1992, Vol 84, No 1, Individual
Differences in the Efficiency of Word Recognition, USA: American Psychological
Association Inc.
72


Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986) Psychology. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc

Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth Group Dependent and field
independent cognitive style and this implications.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation.
New York; Prentice- Hall, Inc.

Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). Educational Psychology Windows On Classrooms. 5th
Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.

Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second
Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA: The Mc. Graw- Hill
Companies. Inc.




73

LAMPIRAN 1

INVENTORI DIRI RESPONDEN
Arahan : Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan atau tulis maklumat dalam ruang yang
disediakan.

1. Jantina ( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Bangsa ( ) Melayu ( ) Cina
( ) India ( ) Lain-lain

3. Agama ( ) Islam ( ) Budha
( ) Hindu ( ) lain-lain
(nyatakan)....

4. Umur :...................................tahun

5. Kawasan kediaman : ( ) Bandar ( ) Pinggir bandar
( ) Luar bandar

6. Jenis tempat tinggal : ( ) Rumah kampung ( ) Rumah teres
( ) Apartment ( ) Rumah pangsa

74

7. Bilangan adik beradik ( ) 1-4 orang ( ) 5-8 orang
( ) 9-12 orang ( ) lebih 12 orang

8. Pencapaian dalam matapelajaran ..................................................

9. Lokasi sekolah ( ) Dalam bandar ( ) lingkungan 2-5km
( ) lebih dari 5km dari bandar
10. Pekerjaan bapa :................................ 11. Pekerjaan ibu :....................................















75

Lampiran 2. BORANG SOAL SELIDIK SKALA LIKERT
Tanda ( ) pada ruangan di bawah : 1 tidak setuju 2 setuju
Bil Item 1 2
1 Adakah kamu berminat dengan subjek matematik?
2 Adakah kamu merasakan pengajaran dan pembelajaran
matematik membosankan?

3 Adakah kamu berpeluang untuk mengeluarkan idea
semasa pengajaran dan pembelajaran?

4 Adakah idea kawan-kawan kamu boleh diterima?
5
Sebelum ini adakah maklumat hanya diberikan oleh
guru anda sahaja?

6 Adakah kamu berpuas hati dengan pencapaian kamu
dalam matematik setakat ini ?

7 Adakah kamu merasakan pencapaian kamu akan terus
meningkat dengan kaedah model Polya

8 Adakah kamu mudah memahami pembelajaran operasi
bercampur dengan kaedah model polya?

9 Adakah kamu merasa seronok sekiranya idea kamu
diterima dan betul?

10 Bolehkan kamu mengaitkan apa yang kamu pelajari
dengan aktiviti harian kamu?

11 Pernahkan kamu membandingkan kaedah polya dengan
76

kaedah lain?
12 Adakah kamu mula meminati subjek matematik?
13 Adakah peruntukan waktu matematik seminggu bagi
kamu terlalu sedikit ?

14 Adakah peruntukan waktu matematik seminggu bagi
kamu terlalu banyak?

15 Adakah subjek matematik adalah satu subjek yang
sukar dikuasai?
















77

Lampiran 3
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

Pemerhatian terhadap
sikap pelajar sebelum
guru memasuki kelas
Kes 1 :
Kes 2 :
Kes 3 :
Kes 4 :

Pemerhatian terhadap
sikap pelajar semasa
guru memasuki kelas
Kes 1 :
Kes 2 :
Kes 3 :
Kes 4 :

Pemerhatian terhadap
sikap pelajar semasa
guru sedang mengajar
Kes 1 :
Kes 2 :
Kes 3 :
Kes 4 :
Pemerhatian terhadap
maklum balas pelajar
apabila guru bertanya
soalan
Kes 1 :
Kes 2 :
Kes 3 :
Kes 4 :
Pemerhatian terhadap
maklum balas pelajar
apabila diberikan
latihan kerja rumah
Kes 1 :
Kes 2 :
Kes 3 :
Kes 4 :
Pemerhatian terhadap Kes 1 :
78

sikap pelajar apabila
guru keluar kelas
Kes 2 :
Kes 3 :
Kes 4 :




















79

LAMPIRAN 4 TEMUBUAL

5) Pada pendapat anda, adakah pengajaran matematik dalam program intervensi
sangat berkesan? Kenapa?

6) Apakah kesan-kesan positif yang anda perolehi melalui pembelajaran model polya?

7) Semasa anda menjalani program ini, apakah nilai-nilai positif yang anda perolehi?

8) Apakah cadangan yang ingin anda kemukakan terhadap program intervensi yang
telah dijalankan?

You might also like