Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Tokoh Tamadun Islam dan sumbangan mereka

kepada Tamadun Islam.


Tokoh-tokoh Tamadun Islam ; pencapaian, peranan dan
sumbangan mereka terhadap perkembangan kemajuan
pembangunan negara. (minima 5 tokoh)

PENDAHULUAN

Keagungan empayar Islam satu ketika dahulu telah memberikan sumbangan yang
amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Di antara ciri-ciri
keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka
ialah kemajuan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Kemajuan sains dalam
sejarah kebangkitan ilmu dalam Islam telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang
sangat ramai. Antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan
sebagainya. Mereka ini beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan
kesan yang besar dalam kemajuan ilmu pengetahuan bagi manusia sejagat.

Intelektual menurut Kamus Dewan bermaksud mana-mana orang yang mempunyai
dua ciri utama iaitu terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan dan mempunyai
kemampuan yang tinggi untuk berfikir dengan menggunakan akal budi (ms457
Kamus Dewan, 1991
Beberapa tokoh tamadun islam yang termashyur adalah seperti berikut;-

A. IBNU SINA
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung.
Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja
diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana
Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-
HussianIbnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau
lebih dikenali sebagai Avicenna.

1) Biadata
a. Nama sebenarnya : Abu Ali al-Hussia ibnu Abdullah
b. Gelaran : AVICENNA
c. Keturunan : Turki
d. T/Lahir : 370H/980M di Turki.
e. M/Dunia : 438H /1037M
f. Umur : 58 tahun


2) Sumbangan beliau
Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan
sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik,
matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai
ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang
perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit
Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain.
Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya
sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil
Tabib telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke
dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa
tidak sampai 100 tahun, buku itu telah di cetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada
abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas
diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya
masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for
The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau
telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara
untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada
ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti
metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang
tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi
berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam
bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki
ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam
bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk
kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan
seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul
al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina
banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan
pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut
dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu
darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black
bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan
campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus
berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka
seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.
Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan
kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang
menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini
dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur
iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat
lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain
yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan
semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain
keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan
ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses
penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu
Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina
berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.
Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti
Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras,
sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman
Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi
dan Nasrani

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau
boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah
dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam
bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya
sendiri iaitu al-Farabi.


B. IBN KHALDUN

Ibn Khaldun telah memukakan teori ekonomi Islam.
Nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin
Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di
Tunis pada 1Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada
keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville,
Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindahdan menetap di Afrika
Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya,
pemerintah Tunis pada waktu itu

1. Biadata
a. Nama sebenarnya : Abd al-Rahman bin Muhammad bin
Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan
b. Gelaran : Ibn Khaldun
c. Keturunan : Arab Hadramaut,
d. T/Lahir : 1Ramadan 732H.di Tunisa.
e. M/Dunia : 808 H
f. Umur : 76 tahun


2. Sumbangan beliau.
Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran,
al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik.
Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd
Allah Muhammad bin Abd al-Salam.
Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat
kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam
mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi
banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori
ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah
ekonomi semasa.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi
seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation),
kesederhanaan (moderation), dan fairness.
Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa
keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Di antara teori yang di kemukakan beliau ialah:-
Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn
Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah
Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti
perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya
beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo
Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di
atas muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan
jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk
memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan
akhirat.

Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arahpelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan
permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan
kerjasama masyarakat. Bahkan beliaumenganggap buruh merupakan faktor
terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah
tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga
amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau
menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang
pekerjaan dilakukan oleh orang yang
mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan
pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah
dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan
tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun
lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teoriyang sama.




Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)
dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah
bahawa nilai sesuatubarangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam
proses pengeluaran.
"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk
mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk
mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn
Khaldun.

Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu
gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan
pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi
kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan
awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti
buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh
merupakan asas kepadapenentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu
sendiri ditentukan oleh mekanismepermintaan dan penawaran dalam pasaran.
Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga
antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara
kedua-dua harga itu
Selain sebagai tokoh ekonomi beliau juga menghasilkan beberapa karya terkenal
termasuk al Ibar Wa Diwan al-Mubtad al Ibar Wa al-Khabar. Kitab ini
mengandungi enam jilid Kitab paling terkenal, kitab Mukaddimah. hingga kini
kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam ilmu kajian sosial,
politik, falsafah dan sejarah.

Selain sebagai ilmuwan dalam bidang sosial, Ibnu Khaldun,juga tokoh politik.
Beliau juga mampu mentadbir dengan baik apabila dilantik sebagai kadi ketika
menetap di Mesir.
Kebijaksanaannya mendorong Sultan Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu
memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun



C. AL FARABI

Digelar Aristotle kedua.
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli
falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-
Farabi.

1. Biadata

a. Nama sebenarnya : Abu Nasr Muhammad Ibnu
Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi
b. Gelaran : al Farabi
c. T/Lahir : tahun 874M (260H) di Transoxia , Wilayah Wasij di Turki.
d. M/Dunia : 950 H
e. Umur : 80 tahun


2. Sumbangan beliau.
Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia
berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan
meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai
kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik
yang dikenali sebagai gambus.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan
sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih
dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli
falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu
adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan
kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta
masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai
dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato,
dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis
mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi
beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam
kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya
daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi
seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk
diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang
tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang
tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi.
Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang
diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli
falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali
sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan
harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah
negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan
ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang
tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului
zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat
semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia
merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung
dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu
falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam
karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu
ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al
Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-
Nadim pada tahun 988M.



Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan
teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah
buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

D. Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah.
Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu
pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan
seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam"
1. Biodata

a. Nama sebenarnya : Abu Hamid Ibnu Muhammad
al-Tusi al-Ghazali
b. Gelaran : Al Ghazali, hujjatui islam
c. Keturunan : Iran
d. T/Lahir : 1058M di khorman , Iran.
e. M/Dunia : 1111M
f. Umur : 58 tahun

2. Sumbangan beliau
Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan
menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja
produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli
fikir Islam yang terulung.

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga
mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang
lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu
berada di Baghdad, Al-Ghazali pernah dilantik sebagai Mahaguru Universiti
Baghdad.
Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan.
Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi
pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap
perkembangan ilmu perubatan di zamannya.

Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih
penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung
memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan
kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.
Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan
kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan
negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari
penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini



Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan
beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu
pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah
hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua
Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan
Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang
berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan),
Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal),
Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu
Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian
mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan
falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah
mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan
dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah
matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika.

E. Jabir Ibn Haiyan
Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab
dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga
dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang
nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah
berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuwan
terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan
dan alkimia di Kufah (sekarang Iraq) di sekitar tahun 776
Masihi yang silam

1. Biodata

a. Nama sebenarnya : Abu Hamid Ibnu Muhammad
al-Tusi al-Ghazali
b. Gelaran : Bapa ilmu kimia dunia
c. Keturunan : Iraq
d. T/Lahir : 750M di Iraq.
e. M/Dunia : 803M
f. Umur : 53 tahun



2. Sumbangan beliau
Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru
pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-
Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup
terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah
diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya
berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen
didunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan
ilmu kimia moden.

Jabir banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan
pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan.
Beliau mencu-rahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas
ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi,
beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.

Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling
berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh
sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas
hukum nisbah tetap.

Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga
dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses
penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya
dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan
terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.

Pencapaian praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan
bahan mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam
penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuatkan
proses penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik.

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah
dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir
dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada duanya
didunia.

Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan
bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih mangan
dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan penyamakan
kulit.


Sumbangan beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada
pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga
mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua
regia.

Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan
unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan
penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza daripada
bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
1. Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses
pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan
ammonium klorida.
2. Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
3. Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Pada abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk
kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah
diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah
diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444,
dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.

Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona.
Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau, yang antaranya dikenali
dalam judul Book ofKingdom, Book of the Balances, dan Book of
Eastern Mercury

F. Ibn Bajjah
Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol yang juga
dikenali sebagai Andalusia, telah lahir ramai cendikiawan
dan sarjana dalam pelbagai bidang. Sebahagian mereka
ialah ahli sains,matematik, astronomi, perubatan, falsafah,
sastera, dan sebagainya. Salah seorang mereka ialah Abu
Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal
sebagai Ibn Bajjah.

1. Biodata

a. Nama sebenarnya : Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh
b. Gelaran : Bapa ilmu kimia dunia
c. Keturunan : Iraq
d. T/Lahir : 750M di Iraq.
e. M/Dunia : 803M
f. Umur : 53 tahun

You might also like