Tarikh : 27 Oktober 2013 Masa : 1.45 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SKTI
Hadir
1. Encik Che Hassan b Che Yahya - Guru Besar 2. Encik Zahari b Ahmad - Penolong Kanan Pentadbiran 3. Puan Rosnah bt Kassim - Penonolng Kanan HEM 4. Encik Marzukhi b Bramsa - Penolong kanan Kokurikulum 5. Puan Shrina bt Ab Razak - Setiausaha LADAP 6. Puan Hasni bt Hamid - Ketua Panitia Bahasa Melayu 7. Puan Nurul Hasmiza bt Hasan - Ketua Panitia Bahasa Inggeris 8. Puan Hong Siew Leey - Ketua Panitia Muzik 9. Puan Fauziah bt Ibrahim - Ketua Panitia Agama Islam 10. Puan Najmiah bt Mat - Ketua Panitia Kajian Tempatan 11. Puan Che Sofiah bt Malim - Kaunselor 12. Puan Fuziah bt Ismail - Ketua Pembantu Tadbir
Tidak Hadir Bersebab
1. Encik Mohd Zuber b Shuib - Ketua Panitia Sains 2. Puan Mazlina bt Mohamad - Ketua Panitia Pendidikan Seni 3. Encik Mohd Faudzan b Mat Jusoh - Pengerusi Kelab Guru 4. Encik Mohd Faizal b Ibrahim - Ketua Panitia Matematik ___________________________________________________________________________
I PERUTUSAN PENGERUSI
1. Tuan Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang hadir. 2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang dapat memberikan kerjasama dengan mengadakan kursus-kursus di sekolah seperti yang dirancang.
3. Kemaskini segala fail LDP untuk kemudahan pengurusan pentadbiran sekolah dan pemantauan daripada pihak yang terlibat. Makluman II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4. Puan Shrina membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu. Mesyuarat menerima dan mengesahkan minit mesyuarat tersebut. Cadangan : Pn Hong Siew Leey Sokongan : Pn Che Sofiah bt Malim ` III. PERKARA BERBANGKIT
5. Berkait perkara 2.2 Semua guru perlu mengikuti kursus sebanyak 7 hari setahun dan jika tidak mencukupi dikehendaki membaca buku yang berkaitan dengan profesion. 6. Berkait perkara 8 SU hanya terlibat mendaftar kursus secara kumpulan sahaja anjuran sekolah dalam SPLG secara online. Guru- guru yang menghadiri kursus luar selain sekolah perlu mendaftar sendiri dalam SPLG secara online dalam modul individu. 7. Berkait perkara 13 Kursus pengurusan jenazah terpaksa ditangguhkan pada tahun hadapan kerana masalah kekangan masa. Makluman
IV. LAPORAN LADAP
8. Puan Shrina membentangkan laporan aktiviti kursus yang telah dianjurkan di sekolah. (Rujuk Lampiran)
9. Beliau menyatakan pelaksanaan kursus pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.
V. HAL-HAL LAIN.
10. Kursus pendedahan dan Penyebaran KSSR tahun 4 akan diadakan pada 6 dan 7 November dan Taklimat Sarana Ibu Bapa kepada semua guru dan staf SKTI pada 11 November. Semua guru wajib hadir. Makluman VI PENUTUP
11. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ajk yang hadir dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3:15 petang. Makluman