Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KERTAS CADANGAN

PROJEK MEMBINA SUDUT SEKOLAH DALAM TAMAN


SK. (LKTP) CHINI 2, 26690 CHINI, PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR


1.0 Pengenalan
Projek Sudut Sekolah Dalam Taman ini adalah projek yang bertujuan memberi
pendidikan alam sekitar kepada seluruh warga sekolah. Projek ini penting bagi menyedarkan
masyarakat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar generasi akan datang dapat
menikmati dan mengekalkan kualiti alam sekitar .Kesedaran memelihara dan memulihara alam
sekitar perlu dipupuk ke semua lapisan masyarakat terutama golongan kanak-kanak sejak di
bangku sekolah lagi . Warga SK. (LKTP) Chini 2 dengan kerjasama pihak FELDA Chini 2
mengharapkan agar projek ini dapat memberi pendidikan secara tidak langsung kepada murid-
murid sekolah selain mengindahkan lagi kawasan sekolah. Komitmen warga SK. (LKTP) Chini
2 dan komuniti dalam projek ini amat dialu-alukan bagi meningkatkan lagi keceriaan di sekitar
kawasan sekolah.

2.0 Visi
Menjadikan setiap sudut sekolah dalam taman ini sebagai sumber rujukan kepada murid-
murid dan warga SK. (LKTP) Chini 2 serta menambah baik dan meningkatkan kualiti setiap
sudut yang terdapat dalam projek ini.

3.0 Misi
Projek Sudut Sekolah Dalam Taman adalah bertujuan memberi pendedahan dan
pendidikan kepada murid-murid terhadap alam sekitar. Di samping itu juga projek ini dapat
meningkatkan keindahan dan keceriaan kaawasan sekolah dengan adanya setiap sudut-sudut
dalam projek ini.

4.0 Objektif
- Memupuk sikap bertanggungjawab setiap warga SK. (LKTP) Chini 2 terhadap alam sekitar
820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

2 | P a g e

- Meningkatkan kesedaran warga SK. (LKTP) Chini 2 terhadap usaha memelihara dan
memulihara alam sekitar.
- Meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam alam dan hidupan akuatik.

5.0 Perlaksanaan Projek
1. Projek Ternakan Arnab
2. Projek Kolam Ikan
3. Projek Kebun Sayuran
4. Projek Taman Herba

6.0 Jawatankuasa

Jawatankuasa Induk

Penasihat : En Rosli Bin Abdul Wahab
Pengerusi : Pn Zaiton Binti Hitam
Naib Pengerusi : Pn. Azizah Bt. Abd. Wahab
Setiausaha : Mohd. Khairul Bin Muda
Naib Setiausaha : Pn. Siti Roselina Bt. Razali
Bendahari : Siti Mariam Bt. Md. Suki

Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras 3K : En. Mohd. Noor Bin Othman
: Pn Noraida Bt Mat Dam
Penyelaras Ternakan Arnab : En. Mohd. Nazri Bin Zakaria
: En. Mohd. Nazri Bin Md. Isa
: Pn. Zaidah Bt. Abd. Rahim

Penyelaras Kolam Ikan : Pn Norkamisah Binti Ibrahim
: Cik Zulhasnawati Bt. Mohd. Noor
: Pn Noradilla Bt. Dollah
820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

3 | P a g e

: Pn. Noor Asma Bt. Ali Hussin
: Pn Nik Rozan Salwa Bt. Nik Mohd Amin

Penyelaras Kebun Sayuran : En Shaari Bin Saman
: Pn. Null Asni A/P Ibrahim

Penyelaras Taman Herba/Tanaman Hiasan: En. Mohd. Khairi Bin Md. Nayan
: En. Mohd. Herman Bin Mustaffa

7.0 Kumpulan Sasaran

Semua warga SK. (LKTP) Chini 2

8.0 Tempat

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Chini 2, 26690, Chini, Pekan, Pahang Darul Makmur.

9.0 Tarikh

3 Jan 2015 31 Dis 2015

10.0 Kelebihan & Kelemahan dalam melaksanakan projek ini :

Kelebihan :
1. Mempunyai potensi untuk mempelbagaikan pelbagai variasi tumbuhan
mengikut kategori sayuran dan herba.
2. Mempunyai tenaga mahir di kalangan guru dan komuniti.
3. Kesesuaian tempat/tanah yang sesuai untuk penanaman sayuran/herba.

Kelemahan :
1. Tidak mempunyai unsur air pancuran bagi sudut tanaman.
2. Kawasan Sekolah kurang menarik dan ceria.
3. Penjagaan dan pengurusan memerlukan kos yang tinggi.





820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

4 | P a g e

11.0 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil
tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan kebun dan taman
dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik .
Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan
tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan
kawasan taman tidak ceria dan menarik
2. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
3. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar
di dapati.
4. Memohon kerjasama daripada pihak FELDA.
12.0 Matlamat
Matlamat utama projek ini adalah untuk mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang
nyaman dengan kualiti udara yang segar dan bersih. Projek Sudut Sekolah Dalam Taman bukan
sahaja menghasilkan produk tanaman untuk makanan (edible), ternakan ikan dan arnab, laman
dan taman dan pembangunan landskap bahkan ianya juga akan memberi kesedaran kepada warga
sekolah betapa pentingnya menjaga keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan agar bumi ini sentiasa
bersih dan ceria seiring dengan perkembangan hidupan flora dan fauna yang penuh dengan nilai-
nilai estetika. Disamping itu, projek penghijauan ini juga bermatlamat menyemai dan
menggalakkan warga SKCD agar berminat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.












820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

5 | P a g e

13.0 Kekangan dan halangan yang akan timbul ialah :

- Cuaca yang panas melampau menyebabkan tanaman mudah kehilangan air. Kurangnya hujan
pada bulan Jun dan Julai menyebabkan kerja-kerja penjagaan perlu dilakukan dengan lebih
insentif terutama penyiraman air.
- Struktur / tapak kolam yang kurang efektif menyebabkan air kolam mudah diserap bumi.
- Serangan haiwan perosak dan penyakit seperti kulat, kumbang, musang dan babi hutan.

Penyelesaian

- Sistem pengairan percikan (springkler) .
Bagi mengatasi masalah cuaca yang panas , sistem pengairan percikan akan
dibina untuk membekalkan air yang yang mencukupi untuk tanaman.
- Melapik lantai kolam dengan kanvas.
Bagi menggelakkan air terserap, lapisan kanvas perlu dipasang pada lantai
kolam.
- Mengamalkan racun serangga dan pagar dawai.
Salah satu cara untuk menghindari tanaman sayuran dari serangan perosak dan
penyakit dengan menggunakan racun yang sesuai. Selain itu pembinaan pagar
dawai perlu dilakukan disekeliling kandang arnab agar pemangsa-pemangsa
dapat di hindari









820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

6 | P a g e

14.0 Cadangan Pelan Lokasi Projek





















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

7 | P a g e

15.0 Pelan Kandang Ternakan Arnab





















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

8 | P a g e

16.0 Pelan Kebun Sayur Sayuran





















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

9 | P a g e

17.0 Pelan Kolam Ikan





















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

10 | P a g e

18.0 Pelan Taman Herba










820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

11 | P a g e

19.0 Pelan Sudut Tanaman Hiasan







20.0 Anggaran Perbelanjaan






















Bil Perkara

Ukuran/Saiz Jumlah (RM)
1 Kandang Ternakan Arnab 10 meter persegi

1222.20
2 Kebun Tanaman Sayur-Sayuran

10 meter persegi 1137.20
3 Kolam Ikan 20 kaki persegi 2442.50

4 Taman Herba & Tanaman Hiasan

10 meter persegi 1510.00
JUMLAH 6311.90

820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

13 | P a g e

21.0 Bajet Kandang Ternakan Arnab















Bil Perkara

Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
1 Pagar Dawai 5.50 x 50 meter 275.00

2 Arnab

6 x 15.00 300.00
3 Tiang Besi 4 4 x 30.00 120.00

4 Jaring hitam 50%

4.8 x 10 meter = 48.00 48.00
5 Kayu 2 x 2 1.2 x 30 kaki 175.00

6 Papan 6 x 1 2.4 x 50 kaki

120.00
7 Pasir 1 lori

1 xs 160.00 160.00
8 Skru, Nat & Paku 24 x 0.80 19.20

9 Dawai 1 gulung

5.00 5.00
JUMLAH

RM 1222.20
820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

14 | P a g e

22.0 Bajet Kebun Sayur-Sayuran











Bil Perkara

Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
2 Tiang Besi 4 4 x 30.00 120.00

3 Jaring hitam 50%

4.8 x 10 meter = 48.00 48.00
4. Simen 10 x 17.50 175.00

5 Pasir 1 lori

160.00 160.00
6 Baja CIRP

75.00 75.00
7 Biji Benih ( Kacang Panjang, petola,
bendi, terung, lada DLL)

40 x 6.00 240.00
8 Baja Organik 10 x 5.00 50.00

9 Skru & Nat 24 x 0.80 19.20

10 Dawai 1 gulung

5.00 5.00
11 Baja NPK 15:15:15

80.00 80.00
Pagar Dawai 5.5 x 30 meter

165.00
JUMLAH

RM 1137.20
820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

15 | P a g e

23.0 Bajet Kolam Ikan
Bil

Perkara Ukuran Kos Seunit
(RM)
Jumlah (RM)
1

Upah Mengorek tanah

10 x 10 kaki

10 x 3.20

320.00

2

Upah membuat kolam (plaster)

5 hari

5 x 100.00

500.00

3

Pasir

1 lori

160.00

160.00

4

Batu Inci

1 lori

300 300.00
5

Simen

15 bag

17.50 262.50
6

Kanvas

10 x 10 kaki

250.00 250.00
7

Anak ikan

100 ekor

1.00 x 100 100.00
8

Makanan Ikan (Palet/Dedak) 20kg 75.00 x 6 450.00
JUMLAH

RM2442.50
















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

16 | P a g e

24.0 Bajet Taman Herba & Tanaman Hiasan
Bil Perkara Ukuran Jumlah Kos
(RM)
1 Batu Kerikil (1 lori) 1 x 350.00 350.00
2 Lapik batu Pejalan Kaki / refleksologi 20 unit x 15.00 300.00
3 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok
herba
30 x 4.50 135.00
Simen 10 x 17.50 175.00
4 Aanak pokok hiasan dan benih herba 50 x 5.00 250.00
5 Kos penyelenggaraan ( Tanah & Beg
semaian, racun rumpai, kawalan serangga dan
penyakit tanaman , baja , makan minum,
peralatan )
300.00
JUMLAH RM1510.00



















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

17 | P a g e

25. 0 Carta Gantt Cadangan Proses Kerja

BIL Aktiviti/ Bulan J F M A M J J O S O N D
1 Mesyuarat Guru Kali Pertama
- Taklimat Tentang Projek Sekolah dalam
Taman
- Penubuhan AJK Induk & J/kuasa Kerja
27
2 Taklimat Guru Besar - Penubuhan J/kuasa 4
komponen/sudut projek
3
3 Kertas Cadangan Projek Sekolah Dalam
Taman
12
4 Mesyuarat Sekolah AJK Induk Kali Pertama
18
5 Mesyuarat setiap AJK bahagian (Projek) Kali
Pertama
13
6 Projek Utama Sekolah Dalam Taman

7 Pembersihan Tapak
x x x x x x x x x x x x
8
Pembinaan Kandang Arnab
x x x
9 Membina Kolam Ikan
x x x x
10 Penyemaian Benih (Taman Herba/kawasan)
x x x x
11 Penanaman Benih Sayuran
x
12 Meratakan tanah ( kolam ikan )
x
13 Penjagaan (Taman/Kebun)
x x x x x x x
14
Memasukkan Arnab
x x
15 Mengapur Tanah (Kebun)
x
16 Pembajaan Tanaman
x x x
17 Mengubah Anak Pokok
x x x x
18 Melepaskan Anak Ikan
x
19 Menukar Air Kolam ( Jika perlu)
x x x
20 Pemeriksaan Pokok Herba
x
21 Penuaian Sayur
x
22
Pemeriksaan Arnab
x x x
23 Penangkapan Hasil Ikan
x x x
24 Membina Kompos (Najis Arnab)
x x x
25 Bahagian Utama Sekolah Dalam Taman
( Pagar Utama Luar )
x x x x
26 ( Pagar Utama Dalam )
x x x x
27 ( Tepi Kantin )
x x x x
28 ( Belakang Prasekolah )
x x x x
29 ( Hadapan Bengkel Kemahiran Hidup)
x x x x
30 (Pondok/Balai Ilmu/Tepi Perpustakaan)
x x x x
31 (Hadapan Bilik Seni/SAL)
x x x x x
32 - (Hadapan Bangunan Baru)

x x x x
820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

18 | P a g e

33 Ss Pemeliharaan & Pemuliharaan

34 - Gelanggang Badminton/Takraw
x x x x
35 - Hadapan Parking Guru
x x x x
36 - Hadapan Surau
x x x x
37 - Parking Basikal Murid
x x x x
38 Membaja/Merumput/Menyiram/Menggembur/
Memangkas
x x x x

39 Menyebarluas Maklumat Pertanian
- Melabel/kegunaan/kaedah

x

x

x
40 - Laporan Berkala
x x x
41 Menyemai/Memupuk Murid Sukakan Alam
Sekitar
x x x x x x x x

26.0 Proses penyediaan tanaman hiasan

Tumbuhan hiasan merupakan unsur penting di dalam projek sekolah dalam taman ini. Ini
kerana, tanaman hiasan diperlukan untuk menceriakan dan mengindahkan lagi sekitar kawasan
sekolah. Setiap jenis tumbuhan hiasan yang ingin ditanam di setiap sudut dalam sekolah adalah
disemai terlebih dahulu di tapak semaian. Ianya bertujuan menghasilkan tanaman yang berkualiti
dan subur apabila ditanam di kawasan-kawasan sekitar sekolah yang telah ditentukan.

27.0 Proses Semaian Tanaman Hiasan

Teknik menyemai mempengaruhi peratus cambah dan keseragaman. Kedalaman benih
didalam media adalah 0.5 1.0 cm. Kekalkan kelembapan.Jumlah pokok yang disemai mestilah
20 30% lebih daripada keperluan sebenar di kawasan semaian.














820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

19 | P a g e

28.0 Proses Mengubah Anak Pokok

Biji benih yang telah bercambah dan membesar dalam tempoh 25 hari di tapak semaian
sudah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman atau tapak hiasan. Anak-anak pokok yang
sihat dan segar ini akan di pidahkan di beberapa kawasan seperti di pagar utama, kawasan kolam
ikan, kantin, laluan susur gajah dan lain-lain tempat yang dinyatakan dalam carta gantt.



Mengubah anak pokok ke dalam bekas
29.0 Penjagaan Tanaman Hiasan

Pokok yang telah diubah ke tapak atau kawasan hiasan sekolah hendaklah sentiasa di
pantau dan dijaga bagi memastikan pokok-pokok ini membesar dengan baik dan mencantikan
kawasan sekolah. Contoh penjagaan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan 5M iaitu
merumput, menggembur, membaja, menyiram dan memangkas.

820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

20 | P a g e




Aktiviti Penjagaan Pokok Hiasan













820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

21 | P a g e

30.0 Tapak Tapak Cadangan untuk menanam Tanaman Hiasan

Beberapa tapak atau kawasan telah dikenalpasti untuk menempatkan dan menanam
pokok hiasan bagi tujuan menceriakan dan mengindahkan kawasan tersebut. Kawasan kawasan
ini dipilih kerana ia merupakan kawasan yang luas dan laluan utama murid-murid dan guru.

31.0 Penutup

Konsep Sekolah dalam Taman bagi SK. (LKTP) Chini 2 merupakan konsep atau projek
rintis sekolah bagi tahun 2014. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang bagi mencapai
matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas
kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya
projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa
3K dan panitia Kemahiran Hidup SK. (LKTP) Chini Dua. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai
pihak diharapkan Projek Sekolah Dalam Taman SK. (LKTP) Chini Dua akan mencapai
kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.
















820224065051001 HBLS3403[HORTI KULTUR]

22 | P a g e

Rujukan

Baharum Hj. Sulman et-al.(2014).HBLS4103-Hortikultur.- Selangor:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://arerace-espiemarie.blogspot.com/2010/09/menyemai-pokok.html
http://gardenfertigasi.blogspot.com/2009/11/pengurusan-tapak-semaian.html
http://www.youtube.com/watch?v=MqN4tz-sYZo
http://www.senihias.com/v2/?p=5
http://www.goodshomedesign.com/create-miniature-garden/
www.slideshare.net/azmega12/projek-tanaman-hiasan
http://e-rasa.blogspot.com/2013/10/tapak-semaianpusat-herba-jalan-
bangi.html
animhosnan.blogspot.com/2011/02/nurseri.html
http://cikgunorhidayah3006.wordpress.com/pertanian/

You might also like