Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 56

WACANA

1.0 PENGENALAN
Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut.
Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam
pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat
dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga
amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.

Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat,
keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah
dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan
wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu
melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana
yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan
pembicara.

Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara
fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk
menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta
rumusan sesuatu wacana.

Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang
tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan
dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri
daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan
penanda elipsis atau pengguguran.

2.0 Definisi wacana

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan
discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata,
ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama
sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah,
ceramah serta khutbah.

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan,
pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang
penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang
mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan
Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki
tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar
dalam rajah berikut :

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan
wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan
ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam
pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia
melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks
seperti berikut:
a. Pendahuluan
b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan,
cetakan tebal, miring, garis tebal)
c. Penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian),
deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh
gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa
tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah :

Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran
yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen,
cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak
mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-
proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan
sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat
sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana,
sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat
dalam wacana teks dan wacana lisan.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa
untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog,
siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan
bahasa yang lengkap.

Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara
nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan
pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan
dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep
semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang
membentuk wacana.

Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar
daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang
lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks
tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.

Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa
terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar.
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku,
ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Anton M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang
berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap
dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi
yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara
lisan atau tertulis.

Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil
daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan
pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun
penulis.

Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat
tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion)
dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan
di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam
wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi,
berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.

3.0 Konsep wacana

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Wocono
pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, discourse berasal daripada
bahasa Latin discursus yang bermakna larian ke dan dari. Menurut Chafe, wacana
digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana
dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks
digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih
besar daripada ayat. Wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit
tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau
sintaksis.

Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang
penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan
bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefinisikan wacana
sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas
ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook
mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat,
2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena
yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang
melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu
peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.

Selain itu, menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar
komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola
kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk kepada
idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Menurut Schiffrin et.
al (2003:1), wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang.
Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat.
Malah, definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang
melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan
bukan tentu bahasa. Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama.

Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat
dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat
direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Sebagai kajian,
wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan
wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap
bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi
bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi.

Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis se-bagai
sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial,
penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana
dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas
untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya.

Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis
wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga pandangan
bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat bahasa sebagai
jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks
pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan.
Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana
dari segi aturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.

Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan
subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta
hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk men guasai maksud tertentu dalam
setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk
membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.

Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses
produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional. Bahasa dalam
pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berpe-ranan dalam membentuk subjek
tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategi di dalamnya. Oleh itu, analisis wacana
dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa.

Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna
penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud dan makna
tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang
ada dalam setiap proses bahasa.

Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang mencakupi
unit tertinggi bahasa, iaitu wacana, juga mengambil kira asas penggunaan bahasa yang
mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas sehingga memungkinkan pengguna peka
teks, koteks, dan konteks amalan sosial dan amalan agama. Dengan kata lain, tatabahasa
seperti ini dikenali sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat, 2005 dan 2006).

Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan pada wacana
tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. Metodologi analisis wacana sekadar
menganalisis yang menurut Johns-tone, B. (2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara
eksplisit, sama ada mental atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian
kecil.

4.0 Latar belakang wacana

Menurut Sanat Md. Nasir (2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian mempunyai
sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji
kitab agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Malah, jika disorot lagi, zaman suhuf-
suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal, seawal Nabi Adam.

Dalam tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal
abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh
Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya, aliran Stoik oleh Zeno pada 300
S.M.

Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal
abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia
dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan
tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Daripada beliaulah lahir konsep
struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks.

Di Great Britain, telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan
sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di Amerika Syarikat pula
terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). Beliau
menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi
ayat.

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis
struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori
oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di
Jerman pula, muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud aliran
tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik.
Halliday (1962) dalam artikelnya, Descriptive Linguistics in Literary Studies, dikatakan
telah membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur
wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday
tersebut. Pemuka aliran stratifikasi.
Gleason (1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi, iaitu
jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam jalur peserta. Dekad
1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat
deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Aliran ini bergerak
bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi
generatif.

Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin
yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa
formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh
itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh
Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan.
Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D
di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka
sistemik Cohesion in English.

Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang,
dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara terbitan yang besar dalam
tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981), Introduction to Text Linguistics,
Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional
Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse.

Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati
analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan 2003).
Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social
Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana ini lebih menumpukan
pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat
sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna

5.0 Latar belakang wacana bahasa Melayu

Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada
pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis
wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk
menerangkan penggunaan ganti nama.

Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau NYA
sebagai penanda anafora. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk
Keutuhan Wacana dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu
membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau
kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran
tagmemik digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978).

Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu
sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika
Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan
1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing
bertajuk Analisis Wacana dan Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi:
Pendekatan Wacana. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan
tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan
Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985).

Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di
peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang
diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang
berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah
tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat
sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan
Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik.

Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982),
Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema
dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty
pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang,
Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan
Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan,
keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah
dasar.

Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada
buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan
(1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360).

Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa
Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D.
dengan tajuk Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang
Tuah. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan
maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan
dengan hubungan tersebut.

Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah
memilih tajuk Analisis Wacana dan Penerapannya. Dalam syarahan itu, beliau secara
meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan
antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi,
implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan
tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana.

Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992),
Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a
dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995).

Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga
1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti
Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua
buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), Analisis Tautan dalam Wacana
Bahasa Melayu dan Tan (1994), Tautan dalam Bahasa Melayu. Kedua-dua latihan ilmiah
tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa
Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu
disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya,
kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu
yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak
sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu
telah terpengaruh dengan aliran tersebut.

Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan
masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang
pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan
Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut.
Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori
sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi
generatif.

Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di
Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah
pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore.
Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia sudah menawarkan kursus Analisis Wacana di peringkat ijazah dasar bagi sesi
1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus
tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk Tatabahasa Wacana Bahasa
Melayu. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia
belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/

6.0 Ciri ciri wacana

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,
maklumat, keadaan dan interteks.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk
Analisis Wacana pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :
I. satuan bahasa
II. terlengkap
III. mengatasi ayat atau klausa
IV. teratur atau tersusun rapi
V. berkesinambungan
VI. kohesi
VII. lisan atau tulisan
VIII. awal dan akhir yang nyata.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri
utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau
runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu
wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan
yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacanawacana lain yang membantu
pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.

6.1 Tautan atau kohesi

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.
Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa
atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan
penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang
lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang
dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang
disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara
ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata
leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat
menghasilkan wacana yang baik.

Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu
teks itu berkesatuan
(Halliday dan Hasan:1976)

Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of
language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of
coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the
phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the
forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology,
meaning is put into wording and wording into sound or writing."

Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan
dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu,
kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks
atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga
dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:

1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.

2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka
dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk
kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai
wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.


6.1.1 Jenis-jenis kohesi
6.1.1.1 Kohesi Leksikal
Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi
mencapai aspek kohesi leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi.
i) Reiterasi (Pernyataan Semula)
Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonim,
superordinat dan kata-kata umum.

a) Pengulangan Kata
Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Kata yang sering kali diulang ini adalah
dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi
sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal
pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan
sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di
dalam intipati teks. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka
berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya.
Dalam bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun
sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini, jika kelas kata yang
diulang itu tidak berubah.

b) Sinonim
Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini
digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di
dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata
dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama.

c) Superordinat
Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih
umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.
Contoh :
Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan
kandangnya secara teratur. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang
ternakan masing-masing.
(Tarigan, H.G. 1995: 146)
Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri,
ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali
hiponim.

d) Kata-kata Umum
Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya.
Contoh :
Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum
perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya
(Harun Aminurrashid. 2001:25)

ii) Kolokasi
Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut, iaitu
a) dari sudut sintaksis
b) dari sudut semantik.


a) Dari Sudut Sintaksis
Contoh :
Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman
Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu
dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.
(Harun Aminurrashid. 2001:19)

b) Dari Sudut Semantik
Contoh :
Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu
perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan
pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal
dan lain-lain.
(Tarigan, H.G. 1995: 136)

6.2 Runtutan atau koheren

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana
sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam
pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.

Contohnya:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi
berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala,
penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut
bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan
wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang
bertaut tidak semestinya runtut.

Contohnya:

Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-
mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan
wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak
mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana,
sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.

6.3 Tujuan

Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai
tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada
penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan
interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika
tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat
Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang
digunakan ialah ayat penyata.

6.4 Penerimaan

Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang
itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama
ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap
tujuan sama dengan tahap penerimaan.

6.5 Maklumat

Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat
lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu.
Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian
pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:

(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.

(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam
ayat itu.


6.6 Keadaan

Ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan
membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan Sila masuk,
misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang
lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai
jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar
berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana
tersendiri.

Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya
yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal,
contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid
atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam
hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam
pertuturan.

Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur
adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.
Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang
terbentuk ialah ayat Tanya.

Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa
lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh
dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat
sebelumnya.

Contohnya:

Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu,
keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait
rapat. Misalnya:

Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi. ia mendapat pujian daripada guru besar.

Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana
digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Dalam tatabahasa
tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi manambah maklumat
kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. Misalnya:

6.7 Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti
wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami
sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain,
kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya
terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.


7.0 Jenis-jenis wacana

Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana
tulisan.

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara
dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif,
iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung.
Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara,
gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.
Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada
ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah,
ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah
komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan
pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara
langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi
menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu
membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang
pengarang atau penulis.

Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah
dan buku. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan.

Contoh wacana tulisan : Rencana

Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.

Oleh : Siti Aminah bt Kasim

Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan
yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena
ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga
buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka
membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Sungguhpun,
sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka
yang berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan.
Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian
rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati.

Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung
halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Apabila
mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita
kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama
sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina.

Selain itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan
gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa
lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-
kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka
berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai
masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh
bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini menambah pula peniaga
saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu.

Di samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan
sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka
berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak
mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka.
Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan
negara.

Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak pembinaan, ladang-
ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Andainya,
pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti
perlulah diambil oleh pihak yang berwajib.

(+348 patah perkataan)


8.0 PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan
sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda
wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan
pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk
kesatuan.

Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran
antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis
penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda
wacana, iaitu

8.1 Penanda Leksikal

Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara
semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan
kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama,
pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap
kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti:

Ibu amat menyayangi Ahmad.
Kami juga amat menyayanginya.

Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.

Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang
hampir sama seperti:

Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.
Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama
makna.

Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna
khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang
umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim.
Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan
kembung.

Contohnya:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan,
Toyota dan Volvo.

Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan
sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan
hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari, meja dan kerusi dikatakan sebagai
perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang
sama iaitu perabot. Selain itu pula, apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma,
kita akan menggambarkan situasi permainan bola sepak, dengan kata lain tendangan percuma
berkolokasi dengan permainan bola sepak.

Contohnya:

Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Oleh itu,
banyak ikan dan udang yang mati.

Dalam ayat di atas, ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana
mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air.

8.2 Penanda rujukan

Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nama tunjuk.
Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh
rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul empat petang.

Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau
perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan
situ. Contohnya:

Di manakah awak tinggal?
Saya tinggal di sana.

8.3 Penanda penghubung

Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan,
frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada
penghubung tambahan, tentangan, musabab dan tempoh.

Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan
terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penghubung tambahan
dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan
selanjutnya. Contohnya :

Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member
pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar. Malahan dia juga
berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan
rancangan dokumentari itu.

Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara
suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Antara
contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau
bagaimanapun.

Contohnya :

Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut
perang. Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam.

Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu.
Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu.

Contohnya:

Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin.

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa
atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua,
ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.

Contohnya:

Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian,
kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan
pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke
puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.

1. Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan
Pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun,
akhirnya.
8. Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

8.4 Penanda penggantian.
Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. Penggantian adalah pengambilan alihan atau
pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya.
Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausal.
Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama,
manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan
penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. Contohnya :

Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu.
Nanti baru saya lakukan.

Dalam contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu
menebang pokok durian itu. Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa.

8.5 Elipsis

Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah
diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.

Contoh 1 :

Pemuda itu kelihatan resah.
Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

Dalam contoh di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat kedua
tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini masih
difahami.

Contoh 2 :

Ah Meng suka baju berwarna merah.
Adiknya suka baju putih.

Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat pertama
dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut
masih boleh difahami.

8.5.1 Jenis elipsis.

Terdapat tiga jenis elipsis , iaitu

a) Pengguguran nomina
Contoh :
A: " Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup "
B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?"
(Leman Ahmad. 1984: 24)

b) Pengguguran verbal
Contoh :
A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?"
B: "ya, pernah ^ "
(Tarigan, H.G. 1995:166)

c) Pengguguran klausa
Contoh :
Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?"
Pelajar: "Ya tentu"
(Tarigan, H.G. 1995:147)

11.0 KESIMPULAN
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri
daripada tujuh tahap ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat,
keadaan dan juga interteks. Selain itu, penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang
disebut sebagai penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian dan juga ellips.

Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan.
Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar.
Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke
kelas. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan.
Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan
sebagainya.

Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri
buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada
dalam penghasilan penulisan atau pengucapan. Sesebuah wacana yang baik perlu
memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini
bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang,
bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan
bagi menghasilkan wacana yang utuh.

Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh
menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana yang
betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh
orang lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya
menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap.

1. PENGENALAN
Penulisan karangan adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia dijadikan
satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat
sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996: 192)memetik
pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran menulis.
Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi semua
peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.
Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji bahasa. Ianya perlu
dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap murid dalam
mengharungi dunia moden hari ini. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam dunia
persekolahan, pekerjaan dan sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan
perhubungan formal dalam bentuk surat- menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan
penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif
(kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.
Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979)berpendapat penulisan
karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-
kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya
yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi
yang dinamakan bahasa (Awang Mohamad Amin, 1983:188).
Ketrampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah rendah
sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara. Ini kerana semua mata
pelajaran memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam bentuk
tulisan. Marohaini Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan
pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan
menulis atau mengarang, dan tidak kepada aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta
teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain keperluan berfikir untuk mendapatkan isi,
pelajar juga tidak diajar bagaimana untuk berfikir bagi menghasilkan cara yang berkesan
menyampaikan sesuatu mesej atau idea.
Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia
untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Malah di
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran
menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran membaca, mengira dan
menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul
pembelajaran di alaf baru ini.
Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan pendidikan
Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran prestasi dan
keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca memerlukan
kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh. Proses menulis
adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah tetapi
berlangsung sepanjang hidup.

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,
menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan
lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh
yang sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai
untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya
memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi
oleh masyarakat umum, jika perlu.
Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk tulisan
berdasarkan pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol
grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya
menzahirkan bahasa dan gagasan. Penulisan yang tersusun akan memberi makna dan
memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.
Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses
menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik
yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita
bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis
mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti
wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan
direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim
meskipun ratusan tahun sudah berlalu.
Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons (1995: 253) mengatakan bahawa penulisan bukanlah
bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat.Tanda-tanda yang
dapat dilihat itulah yang dinamakan simbol atau huruf yang disatukan sehingga menjadi
perkataan yang membawa makna. Beliau juga mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang
disampaikan melalui bunyi atau grafik malahan melalui cara yang tidak terhingga banyaknya.

2. DEFINASI WACANA
Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris.
Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522 bererti hubungan fikiran dengan
kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum,
terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal,
kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993:
1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu
kesatuan.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang
penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang
mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan
Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki
tatabahasa, wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar
dalam rajah berikut:
Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana
Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat
yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk
sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa
maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta
percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit
bahasa yang melebihi batas ayat.
Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa
untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog,
siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan
bahasa yang lengkap.
Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa
mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya
membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu
fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain itu,
wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang
tersusun sehingga menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah
majalah, buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.
Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang membawa maksud
baca. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis iaitu:
a) Wacana Jenis Lisan
b) Wacana Jenis Tulisan.

a) Wacana Jenis Lisan
Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar.
Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara
langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah,
ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang
bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas.
Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam
menyampaikan sesuatu maksud. Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu
selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan
menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan
seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu
mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap.

b) Wacana tulisan
Wacana Jenis Tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan melibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan
ini adalah secara tidak langsung. Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana,
akhbar, majalah, novel, surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan
sebagainya.
Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri
buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada
dalam penghasilan penulisan atau pengucapan.
Sesebuah wacana tulisan yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea.
Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu
perenggan dengan satu perenggan, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting
untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.

3. DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM PENULISAN
KARANGAN
Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan yang terancang juga dapat membantu murid-
murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman
1985:19). Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat
ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam
konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid
mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka.
Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang
gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar
dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan
kemahiran bahasa yang lain.
Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-
kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama
penggabungjalinan ini dalam pengajaran tatabahasa adalah untuk memastikan murid akan
belajar dan menguasai tatabahasa wacana dalam penulisan karangan sambil melakukan
aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn (Awang Sariyan, 2004:194).

4. STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT
SEKOLAH RENDAH
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai
perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan
inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan
karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis
itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat.
Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar
pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.
Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang
dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana
tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan
penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin
disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin
disampaikan itu.
Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam
bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya
ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan
kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi:
a) Cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat.
b) Pembahagian perenggan.
c) Penggunaan kosa kata.
d) Penggunaan bahasa secara keseluruhan.
Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan cara-cara
meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan.
Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan kualiti sesebuah karya.
MenurutKamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam
Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa
beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan
yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.
Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau
karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan
membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan
sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui
penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka
nanti.
Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan
yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami fungsi penanda
wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti. (Kamarudin Hj. Husin,
1988), menyarankan agar seorang guru sentiasa memberi perhatian dalam beberapa perkara
dalam mengajarkan penulisan iaitu:
a) Sebelum Penulisan
I. Murid perlu memahami format karangan dan apakah
yang diinginkan dalam soalan.
II. Mengetahui maklumat penting dalam soalan atau kata
kunci .
III. Menjana idea isi penting dan seterusnya membina draf
karangan .
IV. Memastikan tiga aspek utama penulisan di patuhi iaitu,
pendahuluan, isi dan penutup. Kebiasaannya setiap karangan perlu mempunyai satu
perenggan pendahuluan, empat perenggan isi dan penutup.
b) Semasa Penulisan
I. Memastikan format yang perlu di patuhi
II. Membuat huraian berdasarkan isi karangan/kerangka
penulisan.
III. Menulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dua atau
tiga baris ayat.
IV. Setiap isi seharusnya di nyatakan dengan jelas beserta
huraian dan contoh.
V. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada karangan

4.1 MENULIS PENDAHULUAN
Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang
perbincangan dalam bahagian isi. Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat.
Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai.
Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti
oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan
kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan pendahuluan perlu memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca.
Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang
berkait rapat dengannya. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat pokok, yang membawa
pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak
dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam
karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi
karangan yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran
menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang
perlu ada dalam perenggan pendahuluan.

Perkara-penting Dalam Pendahuluan
Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut:
Kehendak soalan yang dikemukakan.
Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan
Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan
Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan)
Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan,
antaranya:
a. Pendahuluan jenis definisi
b. Pendahuluan jenis pendapat
c. Pendahuluan jenis suasana
d. Pendahuluan jenis persoalan
e. Pendahuluan jenis peribahasa

a) Pendahuluan Jenis Definisi.
Memberikan takrif makna definisi

Contoh:
Pembelajaran secara berkumpulan dapat didefinisikan proses pembelajaran bersama rakan
dalam kumpulan kecil. Hal ini bermaksud pelajar akan berkongsi idea dan maklumat bersama
rakan lain dalam kumpulan sewaktu proses pembelajaran.

b) Pendahuluan Jenis Pendapat.
Menyatakan pendapat mengenai sessuatu perkara.
Contoh:
Kebanjiran warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan bukanlan
sesuatu yang positif. Hal ini kerana Jabatan Imigresin merekodkan sebahagian pendatang
asing ini merupakan pendatang asing tanpa izin yang tidak memiliki dokumen perjalanan
yang sah. Tanpa kawalan yang sewajarnya, mereka akan menyumbang kepada pelbagai
masalah sosial negara Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh
tentang perbincangan dalam bahagian isi.

a) Pendahuluan Jenis Peribahasa.
Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafaka' adalah peribahasa yang amat
bersesuaian dengan kita sebagai masyarakat berbilang kaum. Tanpa permuafakatan yang jitu
dan teguh, kita pastinya akan menjadi ahli masyarakat seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing masing. Hal ini kerana permuaafakatan akan membawa pelbagai
kebaikan yang akan memajukan negara,


b) Pendahluan Jenis Persoalan.
Mengemukakan beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Kita sebagai rakyat Malaysia sering berkata bahawa kita perlu mengamalkan nilai-nilai
murni. Adakah kita mengetahui apakah nilainilai murni itu? Adakah kita yakin bahawa kita
telah berjaya menerapkan nilai murni dalam diri? Sejauh mana pula kita mengamalkan nilai-
nilai murni ini dalam kehidupan seharian? Segala persoalan ini seharusnya mampu membuat
kita merenung kembali dalam diri.

c) Pendahuluan Jenis Suasana.
Menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh:
Kedinginan pagi disusuli kicauan unggas hutan amat menarik perhatianku. Di kiri dan
kananku adalah kehijauan rimba yang mangamit sukmaku, betapa tenangnya berada di desa
ini. Ku lihat cahaya matahari mencuri masuk di celah dedaun pokok menandakan hari kian
cerah.

4.2 MENULIS BAHAGIAN ISI
Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.Isi perlu
mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih
tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa.Isi yang utama didahulukan.
Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, pelajar amat digalakkan banyak membaca surat
khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar
sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Sebaik-baiknya satu isi, dalam setiap
perenggan kecuali jika isi tersebut agak pendek dan saling berkaitan. Pelajar perlu sentiasa
memerhatikan penghuraian isi agar tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Selain itu
pelajar menyenaraikan isi sebelum menulis. Hal ini bertujuan setiap isi tidak bercampur
dengan isi lain.
Penghuraian setiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Ianya bergantung kepada
penekanan sesuatu isi. Kebiasaannya isi utama di huraikan lebih panjang berbanding yang
lain kerana diberi lebih penekanan. Perenggan isi terdiri daripada:
a) Isi utama.
b) Huraian tentang isi utama.
c) Mengemukakan bukti/contoh/ data/ statistik.
d) Rumusan/ pendapat/ cadangan.


Contoh isi karangan
Tajuk : Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar
Skop : Kaedah mengatasi pencemaran alam sekitar
Pendahuluan : Pencemaran membawa banyak keburukan_ perlu dibendung_ pelbagai
langkah perlu dijalankan

Isiisi penting
(A1) Kempen kesedaran perlu diperhebat_ menyedarkan orang ramai supaya
memelihara alam sekitar daripada pencemaran.
Contoh: Ceramah dan pameran tentang kesan pencemaran alam sekitar.
(A2) Program pendidikan tentang bahaya pencemaran. Perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan sekolah.
Contoh: Program Anak Angkat Sungai.
(A3) Penguatkuasaan terhadap alam sekitar._ Hukuman berat kepada pihak yang
mencemarkan alam sekitar.
Contoh: Pembuangan sisa toksik, pembakaran terbuka dan pembalakan haram dikenakan
denda dan hukuman penjara.
(A4) Memperbaik sistem pengangkutan awam_ mengurangkan jumlah kenderaan yang
menggunakan bahan api fosil. Untuk mengelakkan pencemaran udara yang lebih teruk
(A5) Melaksanakan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan.
Contoh: Kempen kitar semula bahan terbuang

4.3 PENUTUP
Kaedah menulis Bahagian Penutup
Sesebuah karangan itu seharusnya disudahi dengan penutup yang tepat dan jelas dan
bersesuaian dengan huraian yang ditulis sebelum itu. Tidak kiralah apa jua laras wacana
tersebut sama ada cerita, catatan, perbahasan dan sebagainya.
Pelajar seringkali mengabaikan komponen penutup kerana berandaian bahawa bahagian ini
kurang penting dalam sesebuah karangan . Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap
tergantung. Penutup merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian
pengembangan isi.

Aspek penting dalam penutup
Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut:

a) Ayat / Frasa memulakan penutup.
1) Kesimpulannya
2) Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa .
3) Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ..
4) Ringkasnya, jelaslah bahawa .
5) Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa.
6) Natijahnya, jelaslah bahawa

Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut
format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan.Pelajar perlu mengemukakan
rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah
dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup seperti di
bawah.

b) Ayat / Frasa memulakan penutup berformat
1) Sekian, terima kasih.
2) Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,
Pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
sekian sampai dini dahulu
buat tatapan pembaca sekalian.

Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan
kehendak soalan. Umpamanya, jika soalan berkehendakkan menceritakan cara memulihkan
rakan yang pengsan, pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar
daripada pengsan. Jangan biarkan penghujung cerita tergantung.
Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja. Bagi mendapatkan hasil
yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya
meminta murid melengkapkan atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang
betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan ayat
serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.
Murid juga diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan
memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya
terdapat kohesi dan koherennya.
Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah sentiasa merujuk
kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang bakal
digunakan di dalam sesuatu penulisan.
Pendedahkan penggunaan penanda wacana yang betul patut dimulai sejak awal lagi agar
mereka tidak kekok dan mampu mengaplikasikannya secara berkesan. Pemantauan dan
perlaksanaan yang secara sistematik serta berterusan diikuti pengembangan secara konsisten
adalah usaha gabung pelbagai pihak yang di harap mampu memacu usaha kita bagi
melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber di masa hadapan. Ironi dengan
pengabungan tugas dan fungsi demi mencapai matlamat yang sama adalah satu langkah yang
baik dan koheran dalam membentuk wadah pendidikan melalui bidang penulisan.
Wacana merupakan unit yang berada di tingkat bahasa yang teratas melampaui tiga kategori
besar iaitu ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik
dan bukan tentu bahasa. Wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga
meliputi peristiwa bahasa.




5. CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM
PENULISAN KARANGAN
Ciri- ciri wacana
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri
utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu:
a) Kohesi (atau tautan)
Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Maka kesinambungan di sini di
ertikan sebagai kesatuan makna. Ini bermakna kohesi merupakan hubungan antara ayat dalam
sebuah wacana. Tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal atau strata leksikal tertentu.
Penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang baik akan dapat menghasilkan wacana yang
baik. Kaedah yang digunakan ialah berdasarkan penyampaian maklumat lama dan baru.
Wacana juga di cirikan oleh kesinambungan maklumat yang diertikan sebagai
kesatuan makna. Kesatuan makna dalam wacana ini pula dapat di lihat dari segi makna logik
dan makna tautan. Menurut Halliday dan Hassan (1976) tautan merupakan satu set
kemungkinan yang, wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan.Tautan
juga memperlihatkan jalinan unjuran dalam bentuk ayat bagi membentuk teks atau konteks
dengan cara menghubungkan makna yang terkandung dalam unsur.
b) Koheren (atau runtutan).
Menurut Lehman (1984) wacana mempunyai ciri-ciri koheren atau keutuhan wacana, maksud
pengirim, pemberian informasi, situasi pengujaran dan pertautan. Koheren bermaksud
keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya susunan gagasan atau konsep. Jalinan
hubungan yang mengetengahkan hal tersebut dan isi teks supaya mudah difahami secara
relevan.
Menurut Lehman (2002) terdapat empat aturan yang menetapkan aturan tersebut iaitu:
1) Aturan pengulangan
2) Aturan perkembangan
3) Aturan hubungan
4) Aturan tidak bercanggah.

c. Tujuan sesuatu wacana
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, beliau
menjelaskan juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh
pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana
dan interteks atau peranan wacanawacana lain yang membantu pendengar atau pembaca
memahami apa yang didengar atau dibaca.
Tujuan wacana adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana sama ada
naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana sama
ada ucapan, syarahan, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya.
d. Makna dalam Wacana
Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan ianya dapat dilihat daripada kewujudan
hubungan dengan aspek makna berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul. Hubungan
wacana dengan makna dapat ditinjau daripada kesepaduan makna yang wujud berdasarkan
aspek tatabahasa yang digunakan.

6. KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN
Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur
dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para
pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial
(laras bahasa) dalam pertuturan.
Wacana juga mempunyai tujuan menentukan jenis sesuatu ayat tersebut. Kata hubung dan
penanda wacana yang digunakan akan menentukan jenis-jenis sesuatu ayat bergantung fungsi
sesuatu ayat tersebut. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat
yang terbentuk ialah ayat tanya. Ianya bagi mengelakkan pengulangan maklumat atau
pengulangan ayat yang mempunyai tujuan atau matlamat yang sama. Penulisan bertujuan
untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembacanya.
Sesuatu penulisan yang baik dapat dinilai melalui sejauh mana bahan tulisan itu mampu
menyakinkan pembacanya. Pencerahan dari segi maklumat dan pengolahannya yang
sempurna mampu mengwujudkan satu bentuk penghubung antara bahan bacaan dengan
pembacanya.
Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar iaitu wacana
lisan. Penanda wacana dan kata penghubung berfungsi sebagai pengabung jalin antara
maklumat yang diterima dan menjadikannya serasi dan bertepatan. Segala maklumat akan
digabungkan mengikut hiraki dan keutamaan. Pengabungan antara maklumat dan fakta akan
dipisahkan dengan mengunakan perenggan yang ianya seharusnya saling berkait dan saling
bertautan. Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya:
Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.
Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat,
waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.
Ayat- ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut
berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik). Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan
sebelumnya) tidak perlu diulang.
Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar
andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya
mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca
itu sendiri tanpa perlu ditulis. Secara tidak langsung pembaca dapat menghayati sesuatu
penulisan tersebut dan menikmatinya.
Wacana haruslah mempunyai maklumat baru dan dapat dibuktikan dengan data atau sesuatu
fakta. Sesuatu ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan
dalam satu wacana. Ianya berfungsi untuk membenarkan sesuatu yang mungkin akan
dianggap sebagai satu andaian atau rumor pada permulaannya menjadi sesuatu yang hakiki
dan fakta. Ini akan menghasilkan sesuatu penulisan yang bersifat kenyataan, logik dan
realistik dan bukanlah rekaan individu semata- mata.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang
penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa.
Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun
kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan
peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, isi.
Kamus
Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap dan melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya
yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
1. Pendahuluan
2. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda
bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
3. Penutup
4. Graf, jadual, peta dan statistik.

7. APLIKASI PENULISAN WACANA BERBENTUK FAKTA DI SEKOLAH RENDAH
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang
sekiranya bercadang menulis karangan jenis ini.
b) Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang
cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
c) Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun, dan menepati kehendak soalan.
d) Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah
difahami.
e) Carilah sekurang-kurangnya 4 isi penting, pendahuluan dan penutup.
Jadual dibawah berikut menerangkan aplikasi kemahiran wacana dalam penulisan sekolah
rendah.
TAJUK/OBJEKTIF KEMAHIRAN MEDIA
PENGAJARAN
KBKK
Penulisan: Fakta
Objektif :
Murid boleh:
1. Memberikan
pendapat yang
bernas mengenai
sesutu perkara yang
dibincangkan.
2. Menyusun isi
mengikut turutan
yang betul
3. Menyenaraikan isi
dengan menulis
semula isi dengan
baik.
4. Murid dapat
menjawab soalan
yang dikemukakan
dengan tepat
berdasarkan bahan.
5. Menulis karangan
1.1.6 Menjawab
soalan tentang isi
sesuatu bahan.
1.4.9. Menyatakan
pendapat yang
bernas dalam
perbincangan.
3.3.5. Menulis
semula maklumat
yang diterima
dengan teratur.
3.4.0 Menulis
karangan dalam
bentuk Prosa.
1. Gambar.
2. Kad jalur.
3. Carta.
4. Keratan akhbar.
1. Menjana idea.
2. Menyusun
mengikut
keutamaan.
lengkap dalam
bentuk prosa.

Jadual: Tajuk atau Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan Kemahiran berfikir secara
kritis dan Kreatif (KKBK).

Contoh 1.
Kita digalakkan rajin membaca buku cerita. Terangkan faedah-faedah yang diperolehi
daripada membaca.
Rangka karangan.

Pendahuluan
Membaca hobi yang banyak memberi faedah.
Boleh didapati di perpustakaan atau kedai buku.
Masa yang terluang digunakan dengan membaca buku.
Idea
1) Dapat menambah pengetahuan.
Membaca fiksyen sains, mengetahui
tentang sains.
Boleh digunakan dalam mata
pelajaran sains.

2) Dapat memberikan hiburan.
Perasaan merasa tenang sesudah
3) Bahasa akan bertambah baik.
Membaca buku inggeris bahasa kita
semakin baik.
Kita mahir mengarang.

4) Menggunakan masa terluang dengan
berfaedah.
Tidak membaca akan bercampur
membaca.
Mudah untuk mengulang kaji buku
sekolah.
dengan budak nakal.
Boleh melakukan perbuatan yang
tidak baik.
Penutup
Masa itu sangat berharga.
Genakan masa terluang dengan membaca.
Perlu membaca sebuah buku dalam tempoh seminggu.


Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Faedah-faedah Membaca Buku Cerita.
Membaca buku cerita merupakan hobi yang banyak memberikan faedah. Buku
cerita boleh kita perolehi dari perpustakaan ataupun menerusi kedai buku. Oleh sebab
faedahnya yang begitu banyak, setiap masa yang terluang perlu kita mafaatkan dengan
membaca buku cerita.
Membaca buku cerita boleh menambahkan ilmu pengetahuan sebagai contoh,
sekiranya kita membaca buku fiksyen sains, kita akan mengetahui perkara-perkara yang
berkaitan dengan sains. Segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran
matapelajaran Sains di kelas.
Membaca buku cerita juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai contoh, hati
kita yang tertekan akan menjadi tenang dengan kesudahan kita yang kita baca. Apabila
kita merasa tenang mudahlah untuk kita mengulang kaji buku-buku pelajaran pula.
Seterusnya, membaca buku cerita dapat mempercepatkan penguasaan kita dalam
sesuatu bahasa. Sebagai contoh, sekiranya kita rajin membaca buku dalam bahasa
inggeris, penguasaan kita dalam bahasa inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah
untuk kita mengarang dalam bahasa tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang
cerita.
Membaca buku cerita sebenarnya adalah satu cara untuk kita menggunakan masa
lapang kita dengan baik. Sebagai contoh jika kita tidak membaca, mungkin kita
menggunakan masa itu untuk bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya,
kemungkinan kita akan terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri.
Sesungguhnya, masa itu emas dan membaca pula sebagai jambatan ilmu. Oleh itu,
gunakan masa yang terluang dengan membaca. Bermula hari ini, kita hendaklah tanamkan
azam untuk membaca sebuah buku cerita setebal 60 halaman dalam tempoh seminggu
agar kita menjadi murid yang tajam hati.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Tajam haticerdas dan pintar.

Contoh 2.
Kita dididik sepaya berjasa kepada guru. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara
membalas jasa guru.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Menjadi murid yang tahu membalas jasa.
Di rumah membalas jasa ayah dan ibu.
Di sekolah membalas jasa guru.
Idea
1) Rajin belajar. 3) Tahu menghargai jasa guru.
Memberi tumpuan ketika belajar.
Akhirnya mendapat keputusan yang
baik.

3) Mengamalkan nasihat guru.
Guru mahu kita berbudi bahasa.
Bersifat lemah lembut dengan guru.

Berterima kasih dan memberikan
hadiah ketika Hari Guru.
Guru bangga murid tahu
mengenang budi.

4) Ingat guru walaupun sudah
meninggalkan sekolah.
Menghubungi bekas guru.
Mengeratkan siraturahim.
Penutup
Banyak cara membalas jasa guru.
Berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.
Orang berbudi kita berbahasa.
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Cara-cara Membalas Jasa Guru.
Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas jasa
ayah dan ibu. Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.
Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar. Sebagai contoh, semasa di dalam kelas,
kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar. Kesannya, kita akan mendapat keputusan
yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.
Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru. Sebagai contoh guru mahu kita bersikap
berbudi bahasa. Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap
lemah lembut.
Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru. Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau
member hadiah ketika Hari Guru. Kesannya, guru merasa murid-muridnya insan yang tahu
mengenang budi.
Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam
persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu
ketika dahulu. Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.
Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh
itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi. Orang berbudi kita berbahasa,
orang member kita merasa.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa Tiap-tiap pemberian orang
hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.

7.1 JENIS-JENIS PENULISAN/KARANGAN FAKTA
Berdasarkan tujuan, ada karangan berbentuk fakta seperti perbincangan, persuasi, rencana,
dekskripsi dan narasi. Karangan narasi dan dekskripsi adalah bersifat fiksyen, dan karangan
rencana, persuasi dan perbincangan yang sifatnya non-fiksyen.

a) Penulisan Fakta Berbentuk Rencana
Penulisan fakta berbentuk eksposisi ialah sesuatu penulisan yang memaparkan sejumlah
pengetahuan atau informasi. Ianya bertujuan agar pembaca mendapat informasi dan
pengetahuan yang jelas dan sahih. Penulisan fakta jenis ini haruslah mengemukakan data dan
fakta-fakta yang berkaitan yang boleh diambil daripada sesuatu kajian ataupun keterangan
oleh pakar-pakar untuk memperjelas pemaparannya.
Penulisan fakta berbentuk eksposisi adalah salah satu jenis pengembangan paragraf dalam
penulisan yang dimana isinya ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan atau memberikan
pengertian dengan gaya penulisan yang mempunyai ciri-ciri seperti singkat, akurat dan padat.
Contoh-contoh penulisan fakta berbentuk eksposisi adalah berita di akhbar dan petunjuk
penggunaan dan laporan kegiatan

b) Penulisan Fakta Berbentuk Perbincangan.
Penulisan fakta berbentuk argumentasi adalah bertujuan untuk membuktikan suatu kebenaran
sehingga pembaca meyakini kebenaran sesuatu idea, gagasan atau pendapat tersebut adalah
benar dan terbukti. Pembuktian sesuatu penulisan tersebut memerlukan sesuatu data dan
fakta yang meyakinkan.
Penulisan fakta adalah salah satu jenis pengembangan perenggan dalam penulisan yang
ditulis dengan tujuan untuk meyakinkan atau memujuk pembaca mempercayainya. Dalam
penulisan fakta berbentuk argumentasi, isi ialah merupakan penjelasan, pembuktian, alasan,
mahu pun ulasan objektif dimana perlu disertakan dengan contoh, analogi dan sebab akibat
bagi tujuan penerangan sesuatu fakta tersebut. Struktur informasi dalam penulisan fakta jenis
ini adalah seperti berikut:
1) Pendahuluan, bertujuan untuk menarik perhatian pembaca, memusatkan perhatian
pembaca kepada argumen yang akan disampaikan, atau menunjukkan dasar-dasar mengapa
argumentasi dikemukakan.
2) Tubuh, bertujuan untuk membuktikan kebenaran yang akan disampaikan dalam
perenggan argumentasi sehingga kesimpulan yang akan dicapai juga benar. Kebenaran yang
disampaikan dalam tubuh harus dianalisis, disusun, dan dikemukakan dengan mengadakan
observasi, eksperimen, penyusun fakta, dan buah fikiran yang logik.
3) Kesimpulan atau ringkasan, bertujuan untuk membuktikan kepada pembaca bahawa
kebenaran yang ingin disampaikan melalui proses penalaran memang dapat diterima sebagai
sesuatu yang logik.

8. KESIMPULAN
Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang
selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai
kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai
urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.
Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi, sebuah kajian yang
menggunakan model komunikatif (Hymes, 1972; Canale, 1983; Allen dan rakan-rakan, 1983;
Bachman, 1990; Hutchinson, 1990) telah dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang
mendapat peruntukan kewangan di bawah Fundamental research Grant Scheme (FRGS)
dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid
sekolah kebangsaan. Pengumpulan data adalah meliputi sampel di Semenanjung Malaysia
untuk digunakan dalam pembinaan jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran
menulis murid sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Dalam sesebuah hasil penulisan yang baik dan bermutu, penggunaan penanda wacana atau
dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan
antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan
akan memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat
dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan.
Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian, penggunaan frasa yang sesuai
diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga Jelaslah, aspek penanda
wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa
secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan
yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan
kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.

9. BIBILOGRAFI

1. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan
mengajar bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
2. Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
3. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
4. Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran
kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
6. Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
7. Atas talian :http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran Kemahiran Menulis
Karangan Bahasa Melayu di Sekolah.pdf (tarikh muat turun :12 FEB 2014 )
8. http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh
muat turun : 10 FEB 2014)
9. http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat
turun : 7 FEB 2014)
10. http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-
melayu.html ( tarikh muat turun : 2 FEB 2014 )
11. http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun :
2 Februari 2014)
12. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-
menulis.html (tarikh muat turun : 31 Januari 2014 )
13. http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat
turun : 24 Januari 2014)

14. http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-
Pendapat(tarikh muat turun : 21 Januari 2014 )

You might also like