Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sumber komuniti adalah bahan-bahan yang boleh diperoleh menerusi

sumbangan dalam bentuk peralatan, tenaga dan kepakaran untuk membantu


program atau aktiviti pembelajaran di sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah
dengan komuniti adalah penting dalam menjayakan program dan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sumber komuniti boleh diperoleh menerusi agensi
yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan kepada warga sekolah.
Pendidik boleh mendapatkan kerjasama dengan komuniti untuk membantu aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, tajuk Penjagaan Kebersihan
Gigi, guru boleh menjemput atau membuat lawatan ke pejabat kesihatan atau klinik
yang berdekatan. Konsep kolaborasi antara pihak sekolah dengan komuniti dapat
membantu meningkatkankeberkesanan perlaksanaan program dan aktiviti di sekolah
khususnya bilik darjah. Oleh yang demikian terdapat tiga faktor utama dalam sumber
komuniti iaitu agensi-agensi, perkhidmatan serta kolaborasi. Agensi terdiri daripada
badan kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela yang melibatkan diri secara
langsung atau tidak langsung dengan pihak sekolah. Penglibatan agensi ini
bertujuan untuk meningkatkan program yang dianjurkan di sekolah. Kerjasama yang
diperolehi menerusi agensi adalah sebagai sokongan terhadap program yang sedia
ada. Agensi kerajaan terdiri daripada Kementerian dan jabatan kerajaan. Sebagai
contoh jabatan yang biasanya terdapat di persekitaran Bandar dan luar Bandar ialah
Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, dan Jabatan pertanian. Di Sekolah
Menengah aliran Pertanian wujud di Tingkatan 4 dan 5 dan sekiranya terdapat
agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian lebih mudah dijadikan sebagai sumber
komuniti untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian. Guru boleh
menjemput Pegawai Pertanian untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang
pertanian. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan ke jabatan pertanian
untuk melihat projek pertanian yang dijalankan. Agensi swasta adalah agensi yang
bukan di bawah kerajaan. Terdapat agensi swasta yang berurusan dengan pihak
sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, syarikat
pembekal alat tulis, syarikat pembekal perabot dan lain-lain. Pihak sekolah
hendaklah mengenalpasti agensi atau syarikat yang boleh memberi kerjasama
terhadap aktiviti yang dirancang.
Pertubuhan sukarela merupakan badan yang tidak berkonsepkan
keuntungan. Badan ini lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk komuniti.
Pihak sekolah boleh mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian daripada
pertubuhan sukarela. Antara badan pertubuhan sukarela yang memberikan
sumbangan kepada pihak sekolah ialah Pertubuhan anti dadah, Rukun tetangga dan
lain-lain. Pihak sekolah boleh meminta bantuan daripada rukun tetangga untuk
memastikan pemantauan keselamatan sekolah khususnya pada sebelah malam. Ini
memberi kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan komuniti.
Perkhidmatan sumber komuniti bermaksud sumbangan daripada berbagai
bagai punca yang boleh diperolehi mengikut keadaan komuniti. Sumbangan boleh
diberi dalam bentuk kepakaran, kemudahan dan peralatan yang tersapat di komuniti
setempat. Perkhidmatan yang diberi oleh pihak agensi kerajaan biasanya secara
percuma. Agensi swasta pula biasanya menawarkan perkhidmatan berbayar.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada mana-
mana badan untuk memohon peralatan seperti komputer, peralatan permainan luar
seperti tayar kereta untuk aktiviti melompat dan sebagainya.
Perkhidmatan sumber komuniti bermaksud sumbangan daripada berbagai
bagai punca yang boleh diperolehi mengikut keadaan komuniti. Sumbangan boleh
diberi dalam bentuk kepakaran, kemudahan dan peralatan yang tersapat di komuniti
setempat. Perkhidmatan yang diberi oleh pihak agensi kerajaan biasanya secara
percuma. Agensi swasta pula biasanya menawarkan perkhidmatan berbayar.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada mana-
mana badan untuk memohon peralatan seperti komputer, peralatan permainan luar
seperti tayar kereta untuk aktiviti melompat dan sebagainya.
Bentuk hubungan yang diberikan seperi Polis membuat tinjauan di kawasan
sekolah dan member laporan kepada pihak sekolah. Selain itu, pihak bomba dan
penyelamat boelh memberikan taklimat kebakaran dan teknik-teknik
menyelamatakan diri. Secara tidak langsung dua agensi ini membantu pihak sekolah
jika berlaku kemalangan seperti kecurian, kemalangan, dan lain-lain.
Komuniti perlu menyokong setiap program yang dianjurkan di sekolah. Ia bagi
mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak sekolah. Komuniti perlu
peka tentang program Sekolah Selamat, pelan dan prosedur tindakan serta peranan
dan tanggungjawab mereka terhadap program yang dianjurkan di sekolah. Selain
itu, komuniti boleh membantu dalam melihat perkembangan pelaja khususnya dalam
bidang akademik dengan member idea untuk meningkatkan mutu pendidikan serta
memantau tingkah laku pelajar di sekolah mahupun di rumah. Sebagai contoh
menghadiri ke Majlis Penyampaian Anugerah Pelajat Cemerlang, Hari Gotong-
Royong, Mesyuarat PIBG dan sebagainya.
Komuniti juga perlu melibatkan diri bersama bagi membanteras masalah
disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Agensi yang terlibat seperti Polis, Rukun
Tetangga dan PIBG sekolah. Mereka perlu peka terhadap gejala yang berlaku di
sekitar atau kawasan mereka. Komuniti juga perlu melaporkan dengan segera
kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa apabila melihat keadaan yang
mencurigakan. Yang paling penting, komuniti tidak perlu rasa menjaga tepi kain
orang kerana keselamatan semua memerlukan setiap orang prihatiin apa yang
ber;laku di sekeliling.
Hal ini kerana adalah untuk membentuk sikap saling bergantungan antara
satu sama lain. Tanpa komuniti, sesebuah kawasan akan hidup dalam keadaan
sunyi tanpa ada penghuninya. Begitu juga dengan pihak sekolah, secara tidak
langsung komuniti dapat member bantuan dalam pelbagai bentuk. Sebagai
contohnya, sebuah sekolah yang memiliki asrama dan tidak ada kemudahan masjid
untuk pelajar lelaki menunaikan Soalt Jumaat. Maka di sini pihak komuniti akan
memberi bantuan dengan membenarkan pelajar-pelajar lelaki untuk solat bersama-
sama dengan komuniti setempat.
Bagi kawasan penempatan yang mudah dinaiki air setiap kali berlaku
bencana alam,di sini dua pihak perlu bersatu hati untuk memberi bantuan dan
semangat. Kebiasaanya sekolah adalah tempat mangsa-mangsa banjir akan
ditempatkan buat sementara waktu. Dan apabila keadaan pulih seperti biasa,
komuniti akan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah untuk dijadikan
tempat belajar seperti sedia kala. Maka hubungan antara sekolah dan komuniti
begitu penting dalam menyelesaikan maslaah bersama.
Komuniti bukan sahaja difokuskan kepada masyarakat sahaja tetapi ia
termasuk beberapa agensi seperti Polis, Jabatan Kesihatan. Jabatan Bomba dan
Penyelamat serta lain-lain lagi. Sebagai contoh, setiap tahun Jabatan Kesihatan
akan membuat pemerikasaan gigi krepada pelajar sekolah dan ini membantu pelajar
tanpa perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Adakalnya, Jabatan Kesihatan
akan mendemonstrasikan cara menggosok gigi yang betul dan ini merupakan
pendidikan secara informal yang diterima
Komuniti boleh memberi pelbagai idea semasa perjumpaan atau mesyuarat di
sekolah. Oleh itu, terdapat dua pertembungan idea di antara pihak sekolah dan
komuniti. Hal ini memberi impak yang positif kerana terdapat penglibatan daripada
warga komuniti untuk membantu masalah pihak sekolah.
Komuniti perlu pandai berkomunikasi dengan pihak sekolah apabila wujudnya
konflik. Hal ini kerana, komunikasi yang baik memberikan kesan yang baik kepada
dua pihak. Sekiranya, komuniti ada rasa tidak puas hati dengan pihak sekolah,
mereka boleh berbincang atau berjumpa dengan Pengetua atau guru untuk
mendapatkan penjelasan. Komuniti dan sekolah sangat penting dalam membendung
masalah daripada terus berlaku.

You might also like