Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

INFORMATION of ELAKSAMANA

BANK KERAPU

Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan


bank pertama  yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini
merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun " Kampetai". Masyarakat Kelantan
menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada
permukaan bangunaan ini di simen dengan menggunakan batu-bata kecil yang
menyebabkan permukaannya tidak rata.

Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut
siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "
The Mercatile Bank of India Ltd".

Dalam tahun 1914-1945 Negeri Kelantan telah diperintah oleh tentera Jepun.
Bangunan Bank ini telah digunakan sebagai pejabat kepada polis rahsia Jepun
(Kempetai). Bangunan  ini kemudiannya dijadikan pejabat, lokap, tempat siasatan,
tempat penderaaan dan lain-lain keganasan mereka.

Bila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan  ini
digunakan semula sebagai bank. Tahun 1977 nama Bank tersebut bertukar kepada
‘The Hongkong & Shanghai Banking Corporation". Tahun 1981 bangunan ini dijadikan
Balai Senilukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan
sebagai Memorial Peperangan Dunia Ke II di Kelantan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

You might also like